Tuesday, February 1, 2011

Salam Ukhuwah dan Perjuangan!

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita tidak pernah bertemu wajah, tetapi takdir Allah menemukan kita dialam siber ini! 
Sebenarnya pertemuan ini telah di atur oleh yang Maha Esa sejak azali lagi. Di alam arwah dahulu rohmu, rohku dan roh semua manusia telah berikrar dihadapan Rabbul Jalil , firman Allah S.W.T. dalam Surah al-'Araf ayat 172 yang bermaksud, "Tidakkah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab, 'bahkan kami menyaksikan'."

Sahabat yang dimuliakan,
Bersyukurlah kepada-Nya dengan syukur yang sebenar-benarnya kerana kalian dipilih menjadi hamba-Nya yang beriman, dikurniakan taufik dan hidayah-Nya dan menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. 
Kalian telah dipilih menjadi Muslim dikalangan beribu-ribu mereka yang bukan Islam, yang sedang sesat diatas dunia yang fana ini.

Ingatlah sahabatku! 
Bahawa sesungguhnya hidayah dari Allah ini lebih berharga dari dunia serta isi-isinya. Sekiranya diberi pilihan untuk menukarkan seluruh nikmat dan harta dunia ini dengan nikmat iman yang kalian miliki sekarang ini, adakah kau sanggup menukarkannya?.
Jawapannya pasti kalian tidak mahu kerana harta di dunia ini hanyalah fartamogana dan umpama barang yang tidak bernilai. 
Mereka-mereka yang mengejar dunia tanpa matlamat yang jelas sebenarnya mereka mengejar bayang-bayang yang lemah dan akan hilang apabila cahaya mentari sudah tidak ada lagi .
Di dunia umpama tempat bermain-main bukanlah hakikat kehidupan sebenarnya, di akhiratlah tempat hidup yang sebenarnya yang kekal abadi.

Al-Imam Hasan al-Banna ada berkata, " Orang yang bijak adalah orang yang sanggup bersusah payah sedikit di dunia ini untuk mendapat kebahagiaan di hari akhirat"

Sahabatku,
Ingatlah hidup di dunia adalah sementara waktu bila sampai masanya kalian akan dijemput menghadap Tuhan yang Maha Agong dan Maha Bijaksana.

Tiga yang akan mengiringi kalian kekuburan, dua akan pulang dan hanya satu yang akan menemai kalian. Dua yang pulang adalah hartamu dan insan yang dikasihi, sedangkan yang bersamamu adalah amal soleh dan amal kebaikan yang kalian lakukan dahulu.

Ingatlah kegelapan alam kubur hanya dapat diterangi dan diluaskan dengan melaksanakan empat perkara iaitu menjaga sembahyang lima waktu, banyak bersedekah
, banyak membaca al-Quran dan memperbanyak bertasbih  subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah.

Siksa kubur yang dahsyat itu dapat di jauhi apabila kalian menjauhi empat perkara iaitu tidak suka berbohong, tidak khianat, menjauhi mengadu domba dan menjaga kencing dengan sempurna.

Pergunakan lima peluang sebelum datang yang lima lagi. Manfaatkan hidup sebelum datang kematianmu, waktu sihat sebelum sakit mu, waktu lapang sebelum sibuk mu,
waktu muda sebelum tua mu dan waktu kayamu sebelum kamu menjadi miskin!

Sahabat,
Sesungguhnya hidayah untuk beriman kepada Allah S.W.T. adalah urusan dan pilihan-Nya sendiri. Para Nabi dan Rasul tidak mampu untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang mereka kasihi. 
Bagaimana Nabi Nuh a.s. tidak mampu untuk mengajak isteri dan anak lelakinya untuk beriman kepada Allah S.W.T.  Doa baginda ditolak oleh Allah S.W.T. kerana urusan hidayah adalah urusan-Nya. 
Keadaan yang sama berlaku juga kepada Nabi Luth a.s. apabila isteri baginda enggan mengikuti suaminya yang telah dipilih oleh Allah S.W.T. menjadi Rasul sebaliknya bersekongkol dengan golongan homoseksual yang kafir kepada Allah S.W.T. sehingga Dia menurunkan bala yang amat dahsyat keatas mereka.

Peristwa hidayah berlaku juga pada Nabi Muhammad S.A.W. apabila bapa saudara baginda Abu Talib di saat kematiannya masih enggan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dihadapan Nabi S.A.W , baginda merasa amat sedih kerana orang yang paling banyak berjasa kepada kehidupan dan perjuangan baginda tidak mahu mengikrarkan Kalimah Syahadah.

Sahabat,
Apakah tanda syukur kita kepada Allah S.W.T. hanya cukup sekadar kita ucapkan 'alhamdulillah' sahaja? 
Sebenarnya hanya ucapan tersebut tidak memadai kerana apabila kita mengucapkan kalimah  'Laa ila ha illallah. Muhammadur Rasulullah' ini bermakna kita berikrar dengan lisan, yakin dengan hati dan melaksanakannya dengan perbuatan. Seluruh hidup kita di serahkan sepenuhnya kepada Allah S.W.T.  untuk taat dan patuh kepada segala perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya dan beriman kepada Rasulullah S. A.W.  dan mengikuti semua sunnahnya.

Sahabat,
Tugas kepada Allah S.W.T.  bukan setakat kita melaksanakan amal soleh untuk diri kita sahaja tetapi kita perlu berdakwah kepada orang lain. 
Jika kalian ingin menjadi para mujahidin di hari akhirat , kalian perlu menjadi mujahidin ketika di dunia.
Jika kalian ingin menjadi kekasih Allah di hari akhirat kalian perlu menjadi kekasih Allah ketika di dunia ini lagi.

Di dunia adalah tempat kalian bercucuk tanam dan di hari akhirat adalah tempat menuai hasilnya.

Mana mugkin pokok yang kalian tanam kalian tidak meletakkan baja dan tidak disirami air, kalian mengharapkan ianya subur dan membuahkan hasil yang baik?

Begitu juga jika kalian mengharapkan syurga Allah, kalian perlu berusaha di dunia ini melaksanakan amal soleh, amal kebajikan, amal ibadah, berjihad dan mewakafkan seluruh hidup kalian untuk mencari reda dan rahmat Allah S.W.T.
Sahabat,
Bersabarlah kerana kesabaranmu membawa kau dekat dengan Tuhanmu.

Bertakwalah kepada Allah, kerana takwamu akan membawamu menjadi insan yang mulia disisi-Nya.

Bertawakkallah kerana tawakkal seorang hamba merupakan ikatan bersama Rabbnya.

Bersyukurlah kerana sifat syukur tanda kau menghargai nikmat-nikmat yang banyak yang telah kau terima.

Redalah diatas Qadak dan Qadar Allah tanda dirimu berbaik sangka dengan-Nya dan yakin diatas ketentuan-Nya.

Ikhlaskan hatimu kerana keikhlasan membawa nilai dalam semua amalanmu.

Khusyukan hatimu ketika solat kerana kekusyukan akan membawa erti dalam solatmu.

Berwaspadalah dalam semua perkara nescaya kau akan terhindar dari tipu daya .

Sahabat,
Jika kau ingin berjumpa Allah dengan tiada dosa dihari akhirat nanti bersihkan diri dari dosa.

Jika kau inginkan mendapat cahaya dihari akhirat maka janganlah menzalimi orang lain.

Jika kau ingin dikasihi Allah di hari qiyamat kasih diri sendiri dan kasihilah orang lain.

Jika kau ingin dihapuskan segala dosa-dosamu maka banyakkan beristighfar.

Jika kau ingin menjadi semulia-mulia manusia maka janganlah sangka buruk pada orang lain.

Jika kau ingin menjadi orang yang paling gagah sentiasalah bertawakkal dan serah diri kepada Allah.

Jika kau ingin rezeki sentiasa murah dan kau akan memilikinya maka sentiasa bersih dari hadas, solat Duha dan hubungkan silaturahim.

Jika kau ingin termasuk golongan di kasihi Allah dan Rasul maka cintailah semua yang di sukai Allah dan Rasul.

Jika kau ingin terselamat dari kemurkaan Allah di hari kiamat maka janganlah kau marah pada orang lain.

Jika kau inginkan doamu diterima Allah maka jauhilah makanan yang haram masuk dalam perutmu

Jika kau inginkan keaifanmu ditutup di hari kiamat maka tutuplah keaiban orang lain.

Jika kau ingin terselamat dari dosa maka alirkanlah air matamu tanda penyesalan, tunduk pada Allah dan bersabarlah ketika di timpa kesakitan.

Ingatlah! Sebesar-besar kebaikan disisi Allah apabila kau elokkan budi pekertimu, rendahkan dirimu dan bersabar dengan ujian.

Ingatlah! Sebesar-besar kejahatan disisi Allah adalah buruk akhlak dan sedikit ketaatan maka kau jauhkanlah dirimu dari sifat ini.

Jika kau ingin meredakan kemurkaan Allah dunia dan akhirat maka hulurkanlah sedekah secara senyap dan hubungkan kasih sayang kerana Allah.

Ingatlah! Jalan yang boleh memadamkan api neraka adalah sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Sahabat yang dikasihi Allah.
Bersihkanlah hatimu dari syirik, iri hati, riak, sombong dan takabur.
Kerana sifat-sifat ini menghapuskan amalanmu.

Janganlah pemilihanmu kerana dunia dan nafsu, nescaya ianya tak akan kekal.

Hubungkanlah hatimu dengan Allah nescaya kau akan terpelihara dari perasaan kecewa, truma, forbia, putus asa dan resah gelisah.

Yakinlah apa yang Allah takdirkan padamu itu ada hikmah yang banyak dan tanda Allah kasih padamu.

Yakinlah janji Allah...bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah adalah insan yang akan mendapat perlindungan Allah dihari akhirat nanti.

Ku harapkan pertemuan kita di blog ini termasuk di dalam golongan ini. Amen.

Monday, January 31, 2011

Persahabatan Yang Baik Mesti di Asaskan Daripada Iman Kepada Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang waras perlu kepada sahabat yang akan bersama-samanya semasa susah dan senang.Keperluan kepada sahabat adalah fitrah manusia. Rasulullah S.A.W. sendiri mempunyai sahabat-sahabat yang setia, yang sentiasa bersama-sama baginda di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, bermula di Mekkah dan seterusnya di Madinah hingga tertegaknya Daulah Islamiyah di Madinah.

Kita juga perlu kepada sahabat, melalui sahabatlah kita akan mendapat menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang kita hadapi.Sahabat adalah penasihat utama kita, bila penasihat itu baik, maka jadi baiklah kita, begitu juga apabila penasihat itu tidak baik maka akan berlaku sebaliknya.

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah S.A.W.  yang bermaksud :"Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

Berdasarkan hadis di atas Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa apabila kita ingin mencari sahabat maka hendaklah cari sahabat yang mempunyai asas agama, iaitu sahabat yang mempunyai asas budi pekerti dan akhlak yang baik, tidak fasik, tidak terlalu mementingkan hal-hak keduniaan sahaja. Jika dia seorang ahli agama maka kita juga akan menjadi ahli agama. Jika sebaliknya kita memilih sahabat yang suka kepada maksiat kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W.  juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merusak agama maupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia."
(Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqalani)

Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya. Oleh kerana itu, sangat penting sekali mencari persekitaran yang baik dan mencari sahabat atau teman dekat yang semangat dalam menjalankan agama sehingga kita pun boleh mendapat aroma kebaikannya. Jika persekitaran atau teman kita adalah baik, maka ketika kita lemah, ada yang selalu menasehati dan mengingati kita kepada kebaikan.
 Sahabat yang dimuliakan,
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa satu hari, seorang mendatangi Rasulullah S.A.W. dan berkata : "Rasulullah S.A.W. saya kelaparan" .

Rasulullah S.A.W. pun menyanyakan persediaan makanankepada para isteri baginda. Namun mereka memberitahu, bahawa tidak ada makanan sama sekali.

Lalau baginda S.A.W. berkata kepada para sahabatnya, "Semoga Allah merahmati siap pun di antara kalian yang mahu menjamunya malam ini."
"Aku yang akan menjamunya ya Rasulullah" kata seorang sahabat Ansar.
Ia pun pulang dan berkata kepada isterinya : "Siapkan makanan kepada tetamu Rasulullah ini."

"Demi Allah, makanan ini hanya cukup untuk anak-anak kita," jawab isterinya.

"Jika anak kita lapar, tidurkanlah mereka dan padamkan lampu. Biar kita menahan lapar pada malam ini," pesan sahabat tadi. Isterinya pun melakukan pesan suaminya itu.

Atas peristiwa itu, Allah menurunkan ayat surah al-Hasyr ayat 9. maksudnya : "Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), dan mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang di berikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas diri mereka sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran (bakhil), maka mereka itulah orang-orang yang beruntung."

Betapa Allah S.W.T. memberikan kemuliaan kepada sahabat Ansar yang berhati mulia, yang telah dididik oleh Rasulullah S.A.W. sanggup mengutamakan sahabat yang kelaparan dan memerlukan makanan walaupun dia, isteri dan anak-anaknya kelaparan pada malam tersebut.

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran,"(Surah Al-Kahfi ayat 28)

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga pengajaran yang boleh kita ambil :

1.Bersahabatlah dengan orang-orang yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengharap keredhan-Nya.

2.Jangan menjauhi diri dari orang-orang ahli ibadat, semata-mata kerana mengejar kesenangan dunia.

3.Jangan bersahabat dengan orang-orang fasik serta mematuhi dan mengikut perbuatannya.

Sahabat yang dikasihi,
Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semuga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah S.W.T. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Banyak hadis-hadis Nabi S.A.W. yang menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik. Sabda Nabi S.A.W.  yang bermaksud :"Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

"Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu sama lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah s.w.t."
(Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk sahabat yang berjauhan adalah sahabat-sahabat di dalam blog . Walaupun kita berjauhan dan perkenalan melalui alam maya tetapi jika persahabatan kita kerana Allah, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat insya Allah kita semua akan termasuk di dalam hadis ini. Teruskanlah persahabatan ini dan jika kita ada permasaalahan berbincanglah bersama-sama dan carilah jawapannya mengikut ajaran Islam nescaya kita akan mendapat keredaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Doa-doa kalian kepada sahabat-sahabat kalian yang lain mustajab disisi Allah s.w.t.

Kita bersahabat dengan sahabat yang baik adalah semata-mata kerana Allah s.w.t kerana sahabat kita bukan setakat di dunia sahaja tetapi dia akan menjadi sahabat kita di hari akhirat.Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. ada menceritakan kisah ahli-ahli Syurga bertemu dan berbincang sesama mereka, mereka adalah sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa taat pada Allah semasa di dunia.

Sahabat,
Al-Qamah berpesan kepada puteranya :"Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut:

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.

3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."

Dari itu marilah kita bina persahabatan kerana Allah, kita baiki akhlak kita menjadi akhlak yang mulia dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah seperti yang dinyatakan ciri-cirinya seperti diatas. Semoga kita semua berbahagia di dunia dan akhirat.

Sunday, January 30, 2011

Sifat Orang Mukmin Sentiasa Bersyukur di Atas Nikmat dan Rezeki Daripada Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersyukur adalah sifat mahmudah yang dimiliki oleh orang mukmin. Sungguh banyak nikmat dan rezeki yang kita perolehi daripada Allah S.W.T. samaada kita sedari atau pun tidak.

Sudahkan kita bersyukur hari ini? Berapa kali kita bersyukur hari ini? Apa yang kita syukuri? Kepada siapa kita bersyukur? dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).

Syukur, sesuatu yang mudah untuk di katakan, mudah untuk dijelaskan, tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Barangkali sebagian dari kita akan mengatakan, saya selalu mengatakan ‘Alhamdulillah’ kalau mendapatkan suatu kenikmatan, memang benar itulah ucapan yang  mesti kita ucapkan tanda bersyukur dengan memuji  kebesaran Allah S.W.T.

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah S.W.T.

Nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud : "Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl ayat 18)

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang kekal abadi.'
Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

2) Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:
"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl ayat 78)

Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.
Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.  

Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bumi yang mati (tandus). Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan darinya biji-bijiran, maka dari (biji-bijirin) itu mereka makan. Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, agar mereka dapat makan dari buahnya, dan dari usaha tangan mereka. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?" (Surah Yasin ayat 33-35)

Sahabat yang dimuliakan,
Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.

Syukur dapat diertikan bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah S.W.T. sebagai pemberian daripada-Nya.

Jika kita terima pemberian atau bantuan daripada sahabat kita, ketika kita berhajat kepada bantuan, maka bersyukurlah kepada Allah S.W.T. yang membuka pintu hati sahabat kita untuk menyampaikan bantuan tersebut dan berterima kasihlah kepadanya kerana betapa mulia dan baik hatinya yang sanggup berkorban. Iringilah doa kepada Allah S.W.T. supaya sahabat kita itu sentiasa dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Kerana salah satu doa yang dimakbulkan Allah S.W.T. adalah doa sahabat kepada sahabatnya yang berjauhan.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah S.W.T."
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Sahabat yang dikasihi, 
Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud : "Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl ayat 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Oleh itu marilah kita jadikan sifat syukur ini amalan hidup kita setiap hari, basahkan lidah kita dengan memuji kebesaran Allah dengan perbanyakkan menyebut "Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah) kerana Nabi Daud dan Nabi Sulaiman sentiasa memuji Allah S.W.T. , firman-Nya yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Daud dan Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: 'Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".(Surah an-Naml ayat 15)



Kita tidak akan mampu menghitung nikmat Allah, syukurilah apa yang kita miliki, syukurilah apa sahaja rezeki daripada Allah S.W.T.samaada sikit atau banyak. Mensyukuri apa yang kita perolehi walaupun hanya sedikit akan lebih baik daripada berlimpah tapi tidak bersyukur.
Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai insan yang pandai bersyukur. Amin.

Pinjaman Tanpa Faedah Besar Pahalanya di Sisi Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada malam aku pergi ke syurga (ketika Israk Mi’raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, “Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali,”

lalu aku bertanya: “Wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulia daripada sedekah?” 

“Jawab Jibrail: Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki (mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan.” (Riwayat oleh Ibn Majah) 

Al-Jassas menerusi kitab yang ditulis iaitu Ahkam al-Quran menyebut: “Allah menamakannya sebagai qardh (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qardh, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran (material) darinya.” 

Contoh riba Al-Qardh yang boleh terjadi pula adalah, hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.

Apakah Perbezaan di Antara Iblis, Syaitan dan Jin?

Sahabat yang dirahmati Allah,
Mungkin ramai dikalangan kita yang keliru dan tidak dapat membezakan di antara tiga makhluk Allah S.W.T iaitu Iblis, syaitan dan jin. Ada sebahagian daripada kita mungkin menganggap ketiga-tiganya adalah sama saja tidak ada perbezaan.

Untuk membahaskan dengan jelas marilah kita merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. supaya kita lebih mengenali mereka dan dapat menjauhkan diri daripada hasutan dan bisikan makhluk yang jahat ini.

Pertama : Iblis laknatullah.

Iblis menurut bahasa arab berasal dari kata ablasa – yublisu – ilbisan yang berarti putus asa, kecewa atau berdukacita. Iblis menurut Al Quran adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as.

“Allah berfirman maksudnya : ”Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam a.s) diwaktu Aku menyuruhmu?” lblis menjawab : ”Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
(Surah al A’raf ayat 12)

Sedangkan Iblis adalah makhluk durhaka yang jenisnya adalah daripada kalangan jin, bukan jenis manusia. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah dari jenis jin.

Firman Allah S.W.T. yang maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim."
(Surah al-Kahf ayat 50)

Jadi bolehlah disebutkan bahwa Iblis itu adalah makhluk yang sebangsa dengan jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah S.W.T, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mau diperintahkan untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. iaitu manusia pertama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat : 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir". (Surah al-Baqarah ayat 34)

Motivasi yang menghalangi Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah rasa kesombongan dan tinggi diri. Dia merasa dirinya jauh lebih baik dari Adam.

Allah berfirman maksudnya : "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?" Jawab Iblis "Saya lebih baik daripadanya : Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
(Surah al-A'raf ayat 12 )

Ciri yang paling utama dari Iblis adalah dia tidak mati-mati sampai hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah S.W.T

"Iblis menjawab: 'Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan'. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (Surah al-A'raf ayat 14-15 )

"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya ". (Surah Shaad ayat 79-81 )

Jadi Iblis adalah nama seorang jin yang hidup di masa penciptaan Adam a.s (nama asalnya Azazil dan dipanggil Iblis apabila dia enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.)

Dalam Tafsir Ibnu Katsir, dikisahkan bahwa Azazil adalah nama awal Iblis... makhluk yang awal mula menjadikan Adam dan Hawa tergelincir dari jalannya... (Kisah tergelincirnya Adam dan Hawa muncul dalam kitab Al Quran, Taurat dan Injil)

Azazil dikisahkan sebagai makhluk Allah yang paling banyak ibadah serta paling luas pengetahuannya, tafsir at-Tabari juga menyatakan hal yang sama yakni Azazil adalah makhluk yang paling rajin dan berdedikasi, suatu wujud yang dikenal karena pandangan dan pengajarannya. Ibadah dan pengetahuannya mengalahkan makhluk lainnya termasuk malaikat.

Hanya saja dalam melaksanakan ibadahnya, Azazil tidak memiliki kesadaran bahwa Allahlah yang memberi kekuatan kepada seorang hamba untuk beribadah kepadaNya. Hal tersebut memunculkan rasa sombong dalam diri Azazil dan yang merasa paling berhak menduduki maqam tertinggi makhluk. Kesombongan itu Azazil menjadi sombong dan menolak perintah Allah. Kesombongan yang muncul kerana melihat penciptaan dari api itu lebih baik dan lebih mulia dari tanah liat (sebagai bahan dalam penciptaan Adam a.s).

Dan tatkala Allah menciptakan Adam dari segumpal tanah, lalu Allah memerintahkan seluruh makhluk untuk tunduk menghormati Adam, maka tunduklah segala makhluk menuruti perintah Allah kecuali Azazil. Azazil rasa maruahnya tercabar kerana dirinya yang dicipta dari api sangkaannya lebih mulia dari Adam yang dicipta dari tanah. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Iblis berumur panjang dan dia tidak mati-mati sampai hari kiamat. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga punya keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada diantara keturunannya itu yang mati. Barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka iaitu Iblis.

Surah Al-A’raaf ayat 13 “Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”

Iblis memohon kepada Allah S.W.T. supaya dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat, ternyata Allah S.W.T. menerimanya permintaannya itu kerana ada hikmahnya. Iblis mula membuat strategi bagaimana caranya menjerumuskan Adam. Dia begitu benci dan dendam kepada Adam kerana dia merasa Adamlah yang menyebabkannya dibuang dari syurga. Adam juga yang menyebabkannya hina. Kononnya disebabkan Adam dia tidak mendapat nikmat lagi dan dijauhkan dari rahmat Allah S.W.T.

Kerana geramnya melihat Adam, dia berjanji kepada Allah akan menggoda dan menyesatkan Adam bersama anak cucunya, sesuai dengan Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Iblis menjawab 'Kerana Engkau tealh menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat).” (Surah Al-A’raaf ayat 16-17 )

Iblis telah berkahwin dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya, lalu mereka dianugrahkan keturunan. Keturunan yang berasal Iblis inilah yang disebut syaitan. Iblis mempunyai kerajaan yang besar dan mengandungi menteri-menteri, pemerentahan, dan pejabat-pejabat yang besar.

Iblis boleh wujud menyerupai manusia ketika beliau mendatangi kaum musyrikin dalam bentuk Suraqah bin Malik kala mereka hendak pergi menuju Peperangan Badar. Mereka dapat berubah-ubah dalam bentuk yang banyak, seperti anjing hitam atau juga kucing hitam. Kerana warna hitam itu lebih signifikan bagi kekuatan Iblis atau syaitan dan mempunyai kekuatan panas.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, " Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur. "

Kedua : Syaitan laknatullah.

Syaitan adalah zuriat keturunan Iblis hasil perkahwinan beliau dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya.

Iblis mempunyai 5 anak utama yang memegang lima kementerian iaitu Tsabar (kementerian musibah), Dasim (kementerian cerai berai rumah tangga), Al-A'war (kementerian perzinaan), Maswath (kementerian pembohongan) dan Zalnabur (kementerian pergaduhan dan pembunuhan).

Semua zuriat keturunan Iblis melalui lima orang anak-anaknya adalah kafir yang dipanggil syaitan. Jumlah mereka adalah ramai dan membiak setiap hari hingga jumlahnya berbillion . sesiapa diantara mereka dan menyesatkan manusia dan membuat maksiat akan diberikan mahkota tanda penghargaan Iblis kepada jasa-jasa cucu cicitnya menjalankan tugas dengan jayanya.

Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya bertajuk 'Dialog dengan Jin Islam' kerajaan Iblis yang besar adalah terletak di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika telah membuat kajian terhadap kawasan laut di Segitiga Bermuda melalui satelit canggih yang mereka temui adalah satu dataran yang sangat luas dan terdapat bunyi suara hiruk-pikuk dan tak dikenali, yang tidak ada kaitan langsung dengan suara-suara di dasar laut yang biasa diketahui.

Pernah berlaku seorang juruterbang muslim melalui di laut Segitiga Bermuda dan semua alat-alat letronik di pesawat yang dibawa rosak dan tidak berfungsi dan ditarik seperti magnet kebawah, juruterbang itu teringat Allah S.W.T. dan beliau azan sekuat-kuatnya dengan tiba-tiba alat-alat letroniknya berfungsi semula dan beliau terselamat dari terhempas di Segitiga Bermuda. Ini menandakan bahawa misteri Segitiga Bermuda sebenarnya adalah ibu pejabat kerajaan Iblis melakukan operasinya keseluruh dunia.

Huraiannya adalah seperti berikut :

1. Tsabar

Dia adalah jenis syaitan yang selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah, baik kematian anak atau kerabat dan lain-lain. Kemudia dia melancarkan bisikan dan menyatakan permusuhan kepada Allah S.W.T. Di ucapkannya, melalui mulut orang yang tertimpa musibah itu. Keluk kesah, caci maki , tidak reda dengan qadak dan qadar terhadap ketentuan Allah atas dirinya. Untuk menghindarkan ini bacalah doa ini .

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Tsabar yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

2. Dasim.

Dia adalah jenis syaitan yang yang selalu berusaha untuk mencerai beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Dia juga suka menggoda seseorang supaya suka mendedahkan aib orang lain hingga orang itu menjadi marah. Untuk menghadapinya hendaklah baca doa ini :

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Dasim yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

3. Al-A'war.

Dia adalah jenis syaitan yang pakar dalam mengalakkan perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika keluar rumah. Wanita yang keluar rumah dengan berhias diri dan tidak menutup aurat sangat disukai oleh Iblis, Al-A'war dan anak-anaknya kerana mereka bekerja untuk meruntuhkan akhlak, moral dan mengalakkan perzinaan.

4. Maswath.

Dia adalah syaitan jenis yang pakar dalam membuat pembohongan-pembohongan besar atau kecil. Bahkan kejahatan yang Maswath dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk manusia dan duduk dalam satu pertemuan yang diselenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

5. Zalnabur.

Dia adalah syaitan yang berkeliaran dipasar-pasar di seluruh dunia. Merekalah yang mengobarkan pertengkaran, caci maki, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia

Menurut bahasa Arab adalah ruuhun syariirun atau roh yang sangat jahat/buruk atau suatu kehidupan yang sangat buruk atau pendurhaka yang merusak”. Sedangkan syaitan secara istilah adalah sifat yang jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang dapat menimbulkan kerusakan dan kehancuran.

Jadi syatan adalah sebutan dari kalangan jin dan manusia yang jahat. Hal ini sesuai dengan definisi Allah mengenai syatan dalam Al Quran maksudnya :

“Syaitan yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan jin dan manusia)” (Surah an-Naas ayat 5-6)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “ Dan demikian Kami jadikan bagi tiap – tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebagian lagi membisikkan kepada sebagian lagi perkataan – perkataan yang indah – indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan,” (Surah al-An’am ayat 112)

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa syaitan adalah anak keturunan Iblis dan juga jin kafir yang menjadi pengikut Iblis bersama-sama menggoda manusia dan menimbulkan kesesatan dan kebencian. Syaitan yang berbentuk manusia pula adalah manusia jahat yang menjadikan amalan dan perbuatan Iblis itu sebagai amalannya.

Diantara sifat syaitan itu adalah sifat sombong, bongkak, sesat dan cinta terhadap kejahatan. Jin yang bersifat sombong dan bongkak dan cinta kejahatan disebut sebagai syaitan. Manusia yang memiliki sifat tersebut disebut juga syaitan. Syaitan dari jenis manusia dan syaitan dari jenis jin yang ditetapkan Allah sebagai musuh para nabi itu menperdaya sebagian yang lain dengan kata-kata indah yang dibisikannya. Yang dimaksud dengan membisikkan disini adalah kerja-kerja menipu dan mendorongnya untuk berbuat sombong, sesat dan maksiat kepada Allah Azza Wa Jalla.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “ Dan orang-orang kafir berkata, “ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (yaitu) sebagian jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kami kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina” (Surah Fusshilat ayat 29)

Sedangkan syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluk yang kerjanya mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong.

1. Mengajak Kepada Perbuatan Keji

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.(Surah al-Baqarah ayat 169 )

2. Syaitan Adalah Musuh Manusia

Dan Allah S.W.T telah menegaskan bahwa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah ayat 208 )

3. Memberi Janji Dan Angan-angan Kosong

Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (Surah an-Nisa : 120 )

4. Manusia di Panggil Syaitan

Namun syaitan itu tidak terbatas pada jenis makhluk halus / jin saja, melainkan manusia pun boleh dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran pun Allah S.W.T. menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Katakanlah: 'Aku berlidung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia." (Surah an-Naas ayat 1-6 )

Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : :“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”

(Ibnu Taimiyah – terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak)

Ketiga : Jin

Di dalam Al-Quran Al-Kariem, Allah S.W.T menyebut beberapa kali kata ‘jin’. Bahkan ada satu surah yang secara khusus membahas tentang jin dan dinamakan dengan surat al-Jin.

Bila disimpulkan secara sekilas, maka ada hal-hal yang boleh difahami dari Al-Quran Al-Kariem tentang siapakah gerangan jin itu.

1. Jin diciptakan oleh Allah S.W.T dari api.

Allah S.W.T menyebutkan bahwa jin itu diciptakan dari api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat dari nyala api.

"Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.
(Surah al-Hijr ayat 27)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Dan Dia menciptakan jin dari nyala api."
(Surah ar-Rahman ayat 15 )

Dalam sebuah hadis dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, jenis ular dan jengking dan jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan lebih ramai daripada manusia kerana umur jin panjang-panjang hingga mencecah ratusan dan ribuan tahun . Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara.

Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa dan kabilah, penguasa dan rakyat jelata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor (jin kafir) seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah.

Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: " Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah. "

Jin juga menjadikan tandas dan tempat pembuangan sampah sebagai tempat tinggalnya (iaitu jin kafir, kerana jin Islam suka tempat-tempat yang bersih).

Rasullullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : " Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan "
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang."
(Hadis Riwayat An-Nas'i)

2. Jin ada yang muslim dan ada yang kafir.

Jin ada yang Islam dan ada yang kafir. Jin Islam pula ada yang taat dan soleh dan ada juga jin Islam yang suka buat maksiat sama juga seperti manusia, ada orang Islam yang soleh dan ada yang suka buat maksiat.

Jin kafir kebanyakkannya menjadi budak suruhan Iblis dan syaitan. Ahli sihir dan bomoh-bomoh kebanyakkannya menggunakan khidmat jin kafir atau syaitan untuk menjalankan kerja-kerja mereka untuk menyihir manusia atau membuat kerosakkan dimuka bumi dengan memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Dengan melakukan pemujaan dan sajian-sajian tertentu.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Adz-Dzariyat ayat 56)

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, telah bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya :
“Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir maka hendaklah ia mengarahkan ia keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza."
(Surah al-Jin ayat 11 )

Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman a.s.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu siang sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala."
(Surah Saba’ : 12 )

"Mereka (para jin itu) membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap . Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur".
(Surah Saba’ ayat 13)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan ingatlah ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran. Maka ketika mereka menghadiri pembacaannya lalu mereka berkata: `Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)’. Ketika pembacaan telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: `Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan setelah Musa, yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan lepas dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata’.” (Surah Al-Ahqaf ayat 29-32)

Jin memiliki roh dan jasad. Hanya saja mereka dapat berubah-ubah bentuk dan menyerupai sosok tertentu, serta mereka boleh masuk dari tempat manapun. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kepada kita agar menutup pintu-pintu rumah bila menjelang magrib dan baginda mengatakan: ‘Sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka yang tertutup’.

Baginda memerintahkan agar kita menutup bekas-bekas air minuman dan menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala atasnya. Demikian pula bila seseorang masuk ke rumahnya kemudian membaca bismillah, maka syaitan mengatakan: ‘Tidak ada kesempatan menginap’. Jika seseorang makan dan mengucapkan bismillah, maka syaitan berkata: ‘Tidak ada kesempatan menginap dan bersantap malam’.”

Jin boleh wujud menyerupai seperti manusia dan binatang. Dapat berupa ular dan kalajengking, juga dalam wujud unta, lembu, kambing, kuda, bighal, keledai dan juga burung.

Kaum jin memiliki tempat tinggal yang berbeda-beda. Jin yang soleh bertempat tinggal di masjid dan tempat-tempat yang baik. Sedangkan jin yang jahat dan merusak, mereka tinggal di bilik mandi dan tempat-tempat yang kotor. Tulang dan kotoran hewan adalah makanan jin.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
“Carikan beberapa buah batu untuk kugunakan bersuci dan janganlah engkau carikan tulang dan kotoran hewan.” Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata: “Aku pun membawakan untuknya beberapa buah batu dan kusimpan di sampingnya. Lalu aku menjauh hingga beliau menyelesaikan hajatnya.”
Aku bertanya: “Ada apa dengan tulang dan kotoran hewan?”
Baginda menjawab: “Keduanya termasuk makanan jin. Aku pernah didatangi rombongan utusan jin dari Nashibin, dan mereka adalah sebaik-baik jin. Mereka meminta bekal kepadaku. Maka aku berdoa kepada Allah untuk mereka agar tidaklah mereka melewati tulang dan kotoran melainkan mereka mendapatkan makanan.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman : 'Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yg tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka Allah menolak jin itu dgn penuh kehinaan”

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan hadis Abu Musa, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:
“Rosaknya umatku sebab tusukan taun. Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulllah kalau tusukan kami telah mengerti, kemudian taun itu?' Rasulllah menjawab: 'Taun adalah tusukan saudara-saudaramu dari golongan jin”

(Ibnu As-Sir – jin mempunyai banyak gangguan : bisikan, tiupan, hembusan dan tusukan)

3. Rupa dan fizikal jin.

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh ramai jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Alam kediaman jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

4. Qarin.

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Jika seorang muslim itu bertakwa jin pendampingnya (qarin) akan terdorong untuk masuk Islam dan menjadi jin yang bertakwa.

Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya Dialog dengan Jin Islam, Qarin Rasulullah S.A.W. bernama Habib al-Huda berumur panjang dan masih hidup dan menjadi guru mengajar hadis dan tafsir kepada jin-jin Islam , beliau tinggal di Baqi' Arab Saudi.

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan huraian di atas jelaslah kepada kita bahawa terdapat perbezaan di antara Iblis, syaitan dan jin. Walaubagaimana pun ketiga-tiga makhluk ini iaitu Iblis, syaitan dan jin kafir adalah musuh kita yang paling utama dan perlulah kita berhati-hati jangan sampai kita dipengaruhi oleh makhluk yang jahat ini.

Ingatlah! Semua bentuk maksiat dan dosa, sifat-sifat mazmumah, pengaruh sihir, hasad dengki, marah, buruk sangka, sifat kecewa dan putus asa semuanya berpunca daripada bisikan, gangguan dan hasutan samaada daripada Iblis, syaitan dan jin-jin kafir kesemua mereka ini mengajak manusia ke neraka bersama-sama dengan mereka. Hanya orang-orang yang beriman dan bertakwa sahaja akan mampu menghadapi segala tipu helah dan ajakan Iblis dan syaitan laknatullah.

Saturday, January 29, 2011

Siapakah Qarin (Jin Kafir) Yang Sebenarnya?

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.
Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : ( Syaitan) yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: 'Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong'. (Allah berfirman) : 'Janganlah kamu bertengkar dihadapan-Ku, dan sungguh, dahulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu.'. Keputusan-Ku tidak dapat diubah dan Aku tidak menzalimi hamba-hamba-Ku." 
(Surah Qaf ayat 27-29)

Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(qarin) syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata : "Ibn Abbas r.a, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya".

Disifatkan bahawa qarin ini pada hari kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman Allah S.W.T. menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah Ibrahim ayat 22)

Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah S.W.T.  mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. [Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir]

Satu persoalan yang timbul, adakah qarin Nabi S.A.W.  juga seperti qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Nabi S.A.W telah megislamkan qarinnya.
Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya: "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak­sud:
"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan aku pun. Akan tetapi Allah menolong aku daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."

Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men­catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-­rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara, Al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner­aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.

Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah S.A.W., ketika beliau mula-mula menerima wahyu.

Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril . Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati)) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam Peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.

Dijelaskan juga dalam hadis  bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman­gat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan­lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.

Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen­garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. 

Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nisai demikian maksudnya : "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang­guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen­tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya."

Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen­daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca syaitan menyu­ruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penung­gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.

Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Sahabat yang dimuliakan,
Iblis menggoda dan menipu manusia. Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanah air yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Pada hal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka.

Begitu juga halnya ketika manusia hendak berji­had ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut­ nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mere­ka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikah­wini oleh orang lain apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi­ bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka-ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuanan seumpama ini adalah merugikan.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen­tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah." Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan diarahkan menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah S.W.T ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak­sud : "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa a.s. dan ibun­ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 36 yang bermaksud : "Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."

Daripada Abu Rafi r.a  (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) ia berkata Yang maksudnya : "Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah R.A melahirkannya."

Sahabat,
Marilah kita berhati-hati dalam kehidupan kita setiap hari kerana musuh sebenar kita berada di dalam diri kita sendiri, yang sentiasa menjalankan godaan dan hasutan siang dan malam tanpa berhenti-henti. Hikmah Allah S.W.T . menghantar satu qarin mengiringi kelahir seorang bayi adalah untuk menguji manusia supaya tetap istiqamah dengan jalan iman dan Islam dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan qarin, iblis atau syaitan.


Friday, January 28, 2011

Seorang Saudagar dan 4 Isterinya.

Al-kisah, tersebutlah sebuah cerita ada seorang saudagar pintar yang amat kaya raya. Dia mempunyai 4 orang isteri semasa hidupnya. Ikutilah ceritanya... untuk di jadikan pedoman...


Dia sangat sayangkan isteri keempatnya, dengan menghiaskannya dengan pakaian yang serba mahal lagi ekslusif, serta menjamu seleranya dengan berbagai jenis makanan yang serba lazat. Dia sangat menjaga terhadap isteri keempatnya ini dengan memberinya segala apa yang terbaik.

Dia juga amat menyayangi isterinya yang ketiga. Dia bermegah dengannya dan senantiasa dengan bangga menunjukkannya kepada kawan-kawannya di mana dia pergi. Walau bagaimana pun, dia amat takut yang isteri ketiganya ini, sebagai buah hatinya, akan lari mengikuti lelaki lain.

Saudagar ini juga memilikki isteri kedua yang juga amat di sayanginya. Isterinya yang ini seorang yang amat perhatian, sentiasa bersabar, bahkan dia juga bertindak sebagai penasihat peribadi saudagar kaya tersebut. Apabila saudagar itu menghadapi masalah dia akan merujuk kepada isteri keduanya ini, dan isterinya pula akan sentiasa membantu saudagar itu dalam keadaan-keadaan yang menekan jiwanya.

Isteri pertama saudagar ini pula merupakan seorang isteri yang amat setia kepadanya, dan telah banyak memberi bantuan kepada saudagar ini dalam menjaga harta kekayaan serta perniagaannya. Disamping itu, isteri pertamanya ini juga mengendalikan segala urusan rumahtangga saudagar ini. Namun demikian, saudagar itu tidak menyayangi isteri pertamanya, walau pun isterinya amat mengasihinya , bahkan dia tidak peduli terhadap kebaikan isteri pertamanya ini.

Pada suatu hari, saudagar tadi jatuh sakit karena kecapean. Setelah beberapa hari dia merasakan dia akan menemui ajalnya dalam waktu dekat. Dia pun mula memikirkan tentang segala kemewahan hidupnya selama ini dan mula berfikir, "Sekarang aku ada 4 isteri, tapi bila aku mati nanti aku akan berada keseorangan. Alangkah sunyinya aku kelak!"

Dia pun bertanya isteri keempatnya,

"Aku sayangkan engkau melebihi daripada yang lain. Aku beri engkau pakaian yang istimewa paling berharga, serta ku berikan engkau berbagai kemewahan lain. Kini aku sedang sakit dan akan menemui ajalku tak lama lagi, adakah engkau akan ikut aku untuk menemani aku?"

"Tidak mungkin", jawab isteri keempatnya itu, kemudian terus beredar meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawapan yang di terimanya itu sungguh menyayat hatinya, bagaikan pisau telah menghiris jantung hatinya.Dengan amat dukacitanya, saudagar itu kemudian bertanya pula isteri ketiganya,"Aku telah mencurahkan kasih sayangku kepada engkaukau sepanjang hayatku. Dan sekarang aku sedang sakit menunggu maut, adakah engkau akan ikut bersamaku untuk menemaniku?""Tidak!" jawab isteri ketiganya dengan tegas. "Hidup ini lebih baik di sini! Aku akan kawin lagi setelah engkau mati." Hancur lebur perasaan saudagar itu bila mendengar jawapan tersebut.

Saudagar itu berpaling pula kepada isteri keduanya seraya berkata,"Aku selalu mengadu masalah kepada engkau untuk memberi bantuan kepadaku, dan engkau sentiasa telah menolong aku dalam kesusahan. Kini aku perlukan bantuanmu lagi. Apabila aku mati nanti, adakah engkau akan mengikutiku untuk menemani aku?""Mohon maaf temanku, aku tak dapat menolongmu lagi kali ini., jawab isteri keduanya. "Paling jauh aku boleh temani mu sampai menghantarmu ke kubur saja". Jawapan ini datang seperti halilintar yang membelah dan saudagar ini merasa sungguh kecewa.

Kemudian, dengan tiba-tiba satu suara memanggilnya dengan berkata,"Aku akan tinggal bersamamu. Aku akan ikut engkau kemana engkau akan pergi untuk menemanimu."Saudagar itu pun melihat keatas, dan dilihatnya isteri pertamanya berada di situ. Dia kelihatan amatlah kurus kering, seolah-olah telah lama kelaparan. Dengan perasaan yang amat sedih dan kesal sekali, saudagar itu pun berkata, "Kasihan aku melihat engkau. Aku sepatutnya aku memperhatikan jamu semasa aku masih kuat dulu!"

Kesimpulannya:

Sebenarnya kita semua mempunyai 4 isteri di sepanjang hayat kita;

Isteri keempat kita ialah tubuh badan kita, betapa banyak waktu kita curahkan untuknya untuk menjaganya serta menghiaskannya sehingga menawan pandangan orang lain, ia tidak akan berkekalan dengan kita.

Isteri ketiga kita? Ya, ia merupakan segala-gala yang kita miliki di dunia - harta benda, status, pangkat dan kekayaan. Bila kita mati, semuanya itu akan menjadi milik orang lain, bukan?

Isteri kedua kita adalah keluarga dan sahabat kita. Bagaimana dekat sekali pun antara kita dengan mereka apabila kita masih hidup, paling jauh mereka akan dapat menemani kita ialah sampai di tanah perkuburan saja.

Akan tetapi isteri pertama kita pula merupakan jiwa atau Roh kita, lazimnya tidak di hiraukan, (diberi makan dengan berbagai amalan kebajikan dan ibadat - solat, puasa, zakat, naik haji, sadaqah, dll.) dalamkesibukan harian kita untuk mencari nafkah, harta benda dan kekayaan, kesenangan serta status atau pangkat/darjat dalam hidup. Dialah hanya satu-satunya yang akan menemani kita sehingga kedalam kubur.

(Di petik daripada tulisan Mohamad Zuhairi Abd Hadi)


Kebaikan dan Fadilat Surah-surah Dalam Al-Quran

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat banyak kebaikan dan fadilat surah-surah dalam al-Quran untuk menjadi peduman kita.

1. SURAH AL-FATIHAH

Daripada Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah S.A.W. bersabda MAKSUDNYA : “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

Didalam kitab Sahih Muslim terdapat satu Hadis yang diriwayatkan oleh dari Hazrat Abdullah bin Abas (r.a) bahawa pada suatu ketika Rasulallah S.A.W.  sedang duduk bersama kami. Baginda  bersabda maksudnya : “Dilangit telah dibuka satu pintu yang belum pernah dibuka  sebelum ini, dan dari pintu tersebut turun satu malaikat yang pernah diturunkan sebelum ini. Malaikat itu berkata kepada ku, “Terimalah satu berita gembira dengan dua nur yang belum pernah diberikan kepada  sesiapa pun sebelum ini, pertama adalah surah al-Fatihah dan kedua adalah tiga ayat trakhir dari surah al-Baqarah.”

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : " Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : "Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan".

Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya".

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah S.W.T. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya Allah dia dapat melihat Rasulullah S.A.W.  dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan .
(Hadis Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W.  mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya Allah, akan terselamat dari azab kubur..

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah S.A.W.  menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”(Hadis Riwayat Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah S.A.W.  pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara maksudnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah S.A.W.  sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhannya. "

Dari Rasulullah S.A.W.  pernah bersabda kepada Saiyidina Ali k.w, "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas.. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah S.A.W. pada setiap malam apabila hendak tidur, baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala".

Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.