Saturday, February 16, 2013

Protokol Yahudi Boleh Menghancurkan Umat Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita bersyukur di atas nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketakwaan kita  kepada Allah SWT. maka kita akan mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT. Jadilah kita di kalangan hambanya yang melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan apabila kita taat kepada Allah dan Rasul-Nya, kita akan tergolong di kalangan hamba-Nya yang mendapat  nikmat kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat.

Terdapat banyak kisah-kisah yang dinyatakan oleh al-Quran bahawa bangsa Yahudi (Bani Israil) adalah satu bangsa yang jahat dan banyak tipu muslihatnya. Ramai dikalangan para Rasul berasal daripada bangsa Yahudi ini adalah kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang degil, jahat dan engkar, itulah hikmah Dia mengutus ramai para Rasul dikalangan Bani Israil untuk mengajak kaum Yahudi yang jahat dan engkar dan sukar untuk menerima kebenaran daripada Allah SWT.

Masyarakat Yahudi adalah satu golongan yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT kerana kesesatannya dan kezalimannya menderhakai Allah dan Rasulnya serta menzalimi Umat Islam semenjak dahulu sehinggalah kini. Allah SWT amat melarang Umat Islam menjadikan mereka sebagai teman rapat dan rakan taulan khususnya dalam mengurus hal ehwal berkaitan Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 51:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin kamu, kerana sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpinnya, maka sesunggguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim".

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah bagi kita bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang zalim dan mereka sentiasa mengadakan propaganda untuk menghancurkan ummat di dunia ini terutamanya kepada Ummat Islam. Kita melihat mereka menjajah, merampas tanah air dan membunuh Umat Islam di Palestin dan di tempat lain pula mereka membunuh semangat, akidah dan menjajah fikiran dengan pelaksanaan ghazwatul fikr iaitu bentuk penjajahan pemikiran melalui protokol Yahudi.

Sahabat yang dimuliakan,
Sekiranya kita merujuk kepada 24 protokol Yahudi, maka yang ke-empatnya adalah ditulis, "Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan kebendaan dan lain-lain yang melalaikan".

Protokol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda  sehinggakan ramai umat Islam telah di cengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 120:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu)".

Di antara perkara yang menggempur pemikiran Umat Islam ialah dengan pelaksanaan‘5S' iaitu screen, smoke, sport, sing & song dan seks.

Huraiannya :

1.   ‘Screen' atau filem. Melalui filem, Yahudi berjaya melakukan propaganda  memburuk-burukkan Islam, menghina Rasulullah SAW, menggalakkan pergaulan bebas di kalangan muda-mudi, menampilkan fesyen dan budaya songsang, melahirkan fahaman dan akidah sesat dan sebagainya. Filem juga boleh mempegaruhi pemikiran umat Islam dan melemahkan semangat jihad dan lebih suka berehat-rehat.

2.    ‘Smoke' atau rokok. Melalui rokok inilah kita menyumbangkan kira-kira 10 juta dollar U.S sehari membantu ekonomi Yahudi untuk membunuh Umat Islam di Palestin. Malah melalui rokoklah akhirnya boleh melarat kepada penagihan najis dadah. Merokok tidak ada menfaat lansung kerana rokok boleh menjejaskan kesihatan dan mendatangkan banyak penyakit fizikal.

3.   ‘Sport' atau sukan. Pelaksanaan temasya sukan yang ditaja oleh syarikat-syarikat arak dan rokok dalam menjayakannya, pendedahan aurat yang nyata, pergaulan bebas dan terdapat unsur-unsur majusiah iaitu unggun api di dalam pelaksanaannya.

4.   ‘Sing & Song' atau nyanyian. Melalui nyanyian dan hiburan telah banyak memesongkan akidah Umat Islam dengan pemujaan terhadap syaitan dan wanita yang mengakibatkan kelalaian dan lupa kepada Allah dan Rasul.

5.   ‘Seks'. Penerapan budaya songsang di kalangan masyarakat terutamanya belia. Berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga merangsang perlakuan seks yang tidak terkawal. Natijahnya ramai anak zina yang lahir dan ianya sangat mengancam generasi Islam pada masa akan datang.

Sidang yang dihormati,
Bagaimanakah cara dan kaedahnya bagi kita Umat Islam untuk mengawal daripada pengaruh  fenomena protokol Yahudi ini? Antara kaedah dan caranya ialah;

1.   Wajib bagi Umat Islam kembali kepada pegangan akidah yang ampuh pemahaman syariat yang benar dan pengamalan akhlak yang terpuji mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kita.

2.   Tarbiah dan didikan anak-anak kepada asas ilmu dan ibadah yang istiqamah adalah jaminan keselamatan generasi kita yang akan datang dan mampu menjadi benteng serangan pemikiran dan protokol Yahudi. 

3.   Wajib bagi kita mengenali musuh-musuh Islam yang sentiasa memerangi aqidah, syariat dan akhlak-akhlak Islam. 

4.   Wajar bagi Umat Islam mengatur strategi untuk melumpuhkan ekonomi Yahudi dengan memboikot atau memberhentikan urusan perdagangan dengan Yahudi.

5.   Umat Islam mesti berani menguasai medium dakwah alaf baru untuk menarik minat generasi muda dekat dengan Islam melalui wasilah hiburan, sukan, filem, internet dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat.

6.   Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab menjelaskan kepada orang ramai bahayanya protokol Yahudi ini.

Pihak pemerintah, pendakwah bebas, pertubuhan Islam perlulah menganjurkan program pendidikan dan tarbiah bagi menjelaskan bahayanya protokol ‘5S'  Yahudi kepada masyarakat. Gajala sosial yang berlaku di dalam masyarakat adalah kesan daripada kejayaan protokol Yahudi menguasai akhlak dan pemikiran pemuda dan pemudi Islam.

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah (doa) Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas".  (Surah al-Maaidah ayar 78)


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dengan melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi semua larangan-Nya. Pilihlah pemimpin dikalangan umat Islam yang jujur dan amanah dan tidak membawa agenda Yahudi laknatullah. 

Jika kalian berhajat untuk menyelamatkan umat daripada dirosakkan oleh pemimpin jahil dan zalim maka kalian perlu berhati-hati ketika membuat pilihan dan mengundi di dalam pilihan raya. Setiap undi yang betul dan tepat mempunyai saham akhirat ia itu berbentuk ganjaran pahala atau pun undi yang salah dan silap akan menjadi bebanan dosa di akhirat nanti. Wallahualam.




Fadilat Bersedekah Semata-mata Kerana Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Amru bin Auf r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)." (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraian Hadis:  

Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk (su'ul khatimah) di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su'ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya. Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.


Thursday, February 14, 2013

Tunduk dalam Keadaan Malu dan Hina - Reaksi Orang-orang Yang Berdosa.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT memberi pelbagai gambaran bagaimana reaksi orang-orang yang berdosa ketika berhadapan dengan Allah SWT kelak. Antaranya mereka tunduk dalam keadaan malu dan hina sambil membuat rayuan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".(Surah As-Sajdah (32) ayat 12)

Orang-orang yang berdosa menundukkan kepala kesan daripada kesalahan yang mereka lakukan di dunia. Orang yang angkuh dan sombong semasa berada di dunia akan tunduk malu bila berada di akhirat sebaliknya orang-orang yang tawadhuk serta rendah diri akan terangkat kepalanya di akhirat.

Saidina Umar Ibnul Khattab pernah berkata; "Wahai manusia! hendaklah kamu merendah diri kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang merendah diri kerana Allah, Allah akan mengangkatnya" (Hadis Riwayat Abu Nuaim)

Di akhirat kelak, kepada orang-orang yang berdosa mereka akan diperlakukan sebagaimana tabiat dan kelakuan mereka semasa berada di dunia. Mereka yang Allah tundukkan kepala di akhirat ialah kesan daripada apa yang mereka pernah lakukan di dunia.

Firman Allah SWT maksudnya : "Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.(Surah Hud (11) ayat 5)

Dalam ayat di atas, Allah menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa orang-orang yang mendengar apa yang disampaikan nabi itu menundukkan/membongkokkan badan mereka/tidak mahu memandang Rasulullah SAW kerana mereka enggan mendengar apa yang disampaikan oleh nabi. Pada hal Rasulullah menyampaikan perkara-perkara yang boleh membawa mereka ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat.

Di akhirat kelak, azab yang mereka akan terima adalah sesuai dan serupa dengan apa yang mereka lakukan semasa berada di dunia sebagaimana orang-orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak menginfakkan ke jalan Allah.

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT berfirman maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah At-Taubah (9) ayat 34)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda/apa yang mereka simpan ) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar / diseterika dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu." (Surah At-Taubah (9) ayat 35)

Perhatikan bahawa gambaran dalam ayat di atas seakan-akan gambaran yang pernah dilakukan oleh seseorang yang susah untuk memberi apabila didatang seseorang yang meminta. Mereka mengerutkan dahi, memasamkan muka dan berpaling meninggalkan peminta tanpa memikirkan perasaan peminta.

Apakah yang akan dilihat oleh golongan yang berdosa ini?

Mereka akan melihat Allah SWT yang tiada sekutu bagiNya dan tidak akan penolong yang akan menolong serta tiada pemberi syafaat selain Allah SWT. Ketika itu segala pengakuan sudah tidak berguna lagi.

Begitu jugalah yang berlaku terhadap Firaun yang membuat pengakuan sebelum dia ditenggelamkan.

"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". Lalu Allah menjawab: "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.(Surah Yunus (10) ayat 90-91)

Sahabat yang dikasihi,
1. Pengajaran yang boleh kita ambil daripada ayat-ayat al-Quran di atas adalah akan berlaku kepada orang-orang yang berdosa apabila datangnya hari Kiamat mereka akan diseksa dengan seksaan yang dahsyat kerana keingkaran mereka kepada Allah SWT dan Rasul yang menjadi utusan Allah SWT.

2. Betapa sukarnya apabila tiada berbekalkan iman dan amal soleh apabila sampai masa bertemu dengan Allah SWT.

3. Setiap kelakuan jahat di dunia akan dibalas setimpal di akhirat nanti. Sambil diseksa, orang-orang yang berdosa itu juga menerima tempelakan daripada malaikat.

Mudah-mudahan menambahkan rasa bimbang kita kepada saat yang akan tiba, tiada berguma lagi harta dan anak pinak kecuali membawa hati yang sejahtera.

Wallahualam.

(Di ambil daripada tulisan Werdah)

Wednesday, February 13, 2013

Haram Menyambut Valentine's Day (Hari Kekasih)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Islam terdapat perayaan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi S.A.W.  pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” 
(Hadis riwayat Nasaai) 

Selepas kurun ke 3 Hijrah, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulidur-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain lagi.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Christmas, Deepavali , Thaipusam, Hari Halloween 
dan juga Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) yang sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan daripada baginda S.A.W. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hadis Nabi S.A.W yang lain bermaksud : "“Sesiapa yang reda dengan kufur maka diamenjadi kufur"

Sahabat yang dimuliakan,
Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Setiap tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day)  ini namun ianya tidak di hiraukan oleh golongan remaja dan muda-mudi umat Islam, mereka tetap menyambut dan meraikannya.

Oleh itu untuk menyedarkan umat Islam terutama mereka yang sedang bercinta sebenarnya hari tersebut mempunyai kaitan dengan sejarah agama Kristian, sejarah Rom Kuno dan sejarah mereka bergembira kerana kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol . Hari Memperingati Kekasih tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.
Terdapat 3 pendapat kenapa orang Kristian menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's Day) :

Pendapat Pertama : Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat Kedua : Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari.

Pendapat Ketiga :  Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day)  ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Kristian dan Rom Kuno sebagaimana yang telah penulis paparkan di atas. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine dan menyambut peristiwa yang berlaku semasa Rom Kuno jelas akan menjejaskan akidah Islam, maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam.

Sambutan Hari Memperingati Kekasih juga seolah-oleh kita reda dengan kegembiraan orang Kristian merayakan kemenangan mereka menjatuhkan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol yang mana sejarah terlah menceritakan ratusan ribu umat Islam disembelih, masjid ditukar menjadi gereja dan hukum-hukum Islam telah ditukar dengan hukum-hukum menurut agama meraka. Adalah sesuatu yang amat memalukan jika kita bersekongkol dengan orang kafir  untuk meraikan hari tersebut. Jika ini berlaku maka kita telah mendedahkan diri kita untuk mendapat kemurkaaan Allah S.W.T kerana terang-terang perayaan tersebut menentang hukum-hukum Allah S.W.T.

Sahabat yang dihormati,
Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Memperingati Kelasih (Valentine's day)  sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.

Tambahan pula sambutan ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) , Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan hari tersebut  ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya yang bermaksud : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." ( Surah al-Israa’ ayat 32)

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar arus perdana, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah S.W.T.. Firman-Nya yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". 
(Surah al-Baqarah ayat 120)

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day)  ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya yang bermaksud : "Iblis berkata: 'Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".(Surah al-Hijr ayat 39-40)

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day)  adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Memperingati Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita berkempen kepada semua umat Islam agar meninggalkan amalan songsang ini dan jangan sekali-kali merayakannya kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah kita sebagai umat Islam. Jika kita berdiam diri dan tidak memberi nasihat kepada umat Islam, remaja dan muda mudi kitaakan bahaya perayaan tersebut ditakuti bala yang turun nanti bukan saja menimpa kepada orang yang melakukan maksiat tetapi kita juga akan turut mendapat kesannya. Gunakanlah masa terluang kita untuk menambahkan ilmu yang bermanfaat disurau-surau atau di masjid-masjid supaya kita sentiasa mendapat taufik dan hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Tuesday, February 12, 2013

Janji-janji Allah SWT Kepada Orang-orang Mukmin


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah SWT menciptakan manusia dimuka bumi adalah semata-mata untuk beribadah kepadanya . Terdapat banyak janji-janji Allah SWT di dalam al-Quran dan juga janji-janji Allah SWT melalui lisan Nabi-Nya (hadis-hadis Nabi SAW) untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia samaada di dunia dan akhirat apabila manusia patuh dan tunduk kepada Allah SWT dan bersyukur dan bersabar di atas ujian dan musibah yang di timpakan oleh Allah SWT.

Terdapat beberapa janji-janji Allah SWT untuk kebaikan para hamba-hamba-Nya. Janji-janji tersebut adalah seperti berikut :

1-Mereka yang sakit, Allah SWT akan sembuhkan.

2-Apa yang dikorbankan atau disedekah Allah SWT akan kembalikan.

3-Mereka yang berduka, Allah SWT akan gembirakan.

4-Segala dugaan, Allah SWT akan angkatkan darjat kita.

5- Segala keresahan atau kesempitan, Allah SWT akan lapangkan atau Allah SWT akan hapuskan.

Huraiannya :

1-Mereka yang sakit, Allah SWT akan sembuhkan.

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi SAW sabdanya:"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam riwayat yang lain :"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"

2-Apa yang dikorbankan atau disedekah Allah SWT akan kembalikan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."(Surah al-Baqarah ayat 245)

3-Mereka yang berduka, Allah SWT akan gembirakan.

Firman Allah SWT : فَŰ„ِنَّ مَŰčَ Ű§Ù„ْŰčُŰłْ۱ِ يُŰłْ۱ًۧ 
Maksudnya : "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan"
(Surah Alam Nasyrah ayat 5)

Dalam ayat ini Allah mengungkapkan bahwa sesungguhnya di dalam setiap kesempitan di situ terdapat kelapangan dan di dalam setiap kekurangan untuk mencapai suatu keinginan di situ pula terdapat jalan keluar, jika seseorang dalam menuntut sesuatu tetap berpegang pada kesabaran dan tawakal kepada Tuhannya. Ini adalah sifat Nabi SAW. baik sebelum baginda diangkat menjadi Rasul maupun sesudahnya, ketika baginda terdesak menghadapi tantangan kaumnya.

Walaupun demikian, baginda tidak pernah gelisah dan tidak pula mengubah tujuan tetapi baginda bersabar menghadapi kejahatan kaumnya dan terus menjalankan dakwah sambil berserah diri dengan tawakal kepada Allah SWT dan mengharap pahala daripada-Nya. Selepas kesusuahan yang diterima Nabi SAW bersama para sahabat akhirnya Allah SWT kurniakan kejayaan dan kegembiraan. 

Firman Allah SWT maksudnya : “(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu adalah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjik hidayat-Nya.” (Surah al-Baqarah ayat 156-157)

4-Segala dugaan, Allah SWT akan angkatkan darjat kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani). 

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"(Hadis Riwayat Tarmizi )

5- Segala keresahan atau kesempitan, Allah SWT akan lapangkan atau Allah SWT akan hapuskan.

Dari Anas radh. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum. Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhai ujian Allah, Allah juga akan meredhainya. Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sahabat yang dikasihi,
Allah SWT menjanjikan syurga kepada orang-orang mukmin yang beriman dan bertakwa, ketika di dunia dia bersabar dengan ujian penyakit, ditimpa musibah dan ditimpakan dengan berbagai-bagai dugaan, dia bersyukur di atas nikamat kurniaan Allah SWT dan tidak kikir untuk bersedekah dan infakkan hartanya di jalan Allah SWT.

Inilah Janji-Janji Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri Janji-janji Nya

Monday, February 11, 2013

Tiga Golongan Manusia Tidak Boleh Di Hina


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Tiga golongan  manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. " (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan manusia yang tidak boleh dihina iaitu :

Pertama : Orang tua muslim

Kedua : Orang yang berilmu.

Ketiga : Imam (pemimpun ) yang adil.

Huraiannya : 

Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang . Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai. 

Sada Nabi SAW. maksudnya : "Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Hadis Riwayat Muslim).

Firman Allah SWT yang bermaksud :|"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
(Surah al Hujurat ayat 11).

Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas merupakan mereka yang sebenarnya mempunyai nilai di sisi masyarakat dan harus dihormati. 

Pertama : Orang tua muslim.

Sebagai orang tua  mereka sudah tentu mempunyai banyak pengalaman hidup yang boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mereka yang masih muda. Orang muda perlu meghormati orang tua dan ambillah nasihat dan tunjuk ajar yang diberikannya.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Sesungguhnya di antara cara memuliakan Allah adalah dengan menghormati orang muslim yang sudah tua, dengan menghormati ahli Al-Quran tanpa berlebihan dan tanpa menghinanya, serta dengan menghormati penguasa yang adil” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Dalam kalimat yang lembut ini, Rasulullah SAW ingin menegaskan kemuliaan orang tua di kalangan kaum muslimin sampai didahulukan daripada ahli Al-Quran dan pemimpin yang adil, dimana kemuliaan mereka begitu besar.

Walapun orang-orang tua sudah ada pengalaman, pelajaran, kebijaksanaan yang lebih dan sudah kukuh status serta kewangannya, orang-orang tua masih tetap memiliki kekurangan. Kelemahan itu jelas nampak pada kesihan dan tubuhnhya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Kemudian Kami jadikan setelah masa kuat itu masa lemah (kembali) dan beruban..” (Surah Ar-Rum ayat 54)

Suatu hari ada seorang tua datang kepada Rasulullah SAW. Orang-orang pada waktu itu tidak bersegera memberi jalan kepadanya. Dengan penuh kelembutan dan kasih sayang Rasulullah SAW menyatakan:

“Tidak termasuk bahagian daripada kami orang yang tidak menyintai anak kecil dan tidak menghormati orang tua”, (Hadis riawayat Bukhari)

Baginda ingin menyatakan bahawa siapa yang tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang tua, ia tidak termasuk bahagian kaum muslimim; Ia tidak bersifat seperti sifat kami, tidak beramal seperti amalam kami, dan tidak berakhlak dengan akhlak kami. 

Nabi SAW sendiri telah menggambarkan hal ini dalam kehidupannya.

Ketika Fathu Makkah, Abu Bakar datang dengan bapaknya, Abu Quhafah, pada ketika  itu telah berusia lanjut untuk masuk Islam di hadapan Rasulullah SAW di Baitul Haram. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar: “Mengapa engkau tidak membiarkan orang tua ini di rumahnya biar saya mendatanganinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Inilah dia akhlak Nabi SAW. Sementara Abu Quhafah adalah seorang tua yang terlambat masuk Islam sampai dua puluh tahun. Meskipun begitu, Rasulullah SAW tetap menghormatinya dan memandang bahawa bagindalah yang seharusnya datang ke rumah orang tua ini.

Demikianlah orang tua dalam pandangan Rasulullah SAW. Baginda bahkan menolak memanjangkan solat berjemaah (walapun besar kecintaan Rasulullah terhadapat solat jemaah) kerana dapat menyusahkan orang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan. Ini menunjukkan pandangan baginda yang menyeluruh dalam permalasahan kasih sayang. Hal ini menunjukkan keluasan wawasan dan pemahaman baginda terhadap hakikat Islam; bahawa Islam sesungguhnya datang untuk menebar kasih sayang dan bukan untuk menyeksa dan menyusahkan.

Kedua : Orang berilmu.

Manakala orang yang berilmu juga merupakan aset yang memberi manfaat untuk kebaikan dan kemajuan ummah  yang semestinya menjadi tali pengikat kepada keharmonian dan keamanan masyarakat seluruhnya. Golongan berilmu (ulama) harus diberi penghormatan sewajarnya kerana setiap kebaikan yang ada pada dirinya bakal menjadi teladan buat generasi yang datang selepasnya.

Orang yang menghina orang berilmu (ulama) sama artinya dia mengumumkan perang kepada Allah SWT.

Hal ini sebagaimana disebutkan dalam hadis tentang wali Allah yang diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari -rahimahullah dari Abu Hurairah r.a :

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهُ قَŰ§Ù„َ : قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… : Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ ŰȘَŰčَŰ§Ù„َى قَŰ§Ù„َ : مَنْ Űčَۧۯَى لِي وَلِيًّۧ فَقَŰŻْ ۹۰َنْŰȘُهُ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َ۱ْŰšِ – …Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ

Dari Abu Hurairah”Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman maksudnya : "Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya… " (Hadis Riwayat Bukhari)

Dan para ulama, mereka adalah termasuk wali-wali Allah.

Orang munafik amat suka menghina ulama yang jujur dan ikhlas menyatakan kebenaran dan akan melebalkan ulama sebagai membawa perpecahan dan kesesatan. Golongan munafik ini akan menghina ulama dengan gambar-gambar superimpose, gambar karton dan dengan mengucapkan kata-kata penghinaan dan maki hamun yang menurunkan mertabat sebagai seorang ulama yang dihormati.

Orang yang menaibkan para ulama maka ia akan dijerumuskan kepada apa yang ia tuduhkan kepada ulama itu.

Berkata Ibrahim An-Nakha-i rahimahullah, “Aku mendapati dalam jiwaku keinginan untuk membicarakan aib seseorang; akan tetapi yang mencegahku dari membicarakannya adalah aku khawatir jika aib orang itu ternyata menimpa diriku”

Ketahuilah bahwa ulama itu seperti bintang, dan salah satu fungsi bintang adalah sebagai penunjuk jalan.
Kita menjadikan ulama sebagai penunjuk jalan kita kepada kebenaran dalam memahami al-Quran dan As-Sunah. Jika kebenaran telah jelas dihadapan kita maka tidak boleh kita berpaling dari kebenaran itu dengan beralasan pada perkataan siapapun. 

Ketiga : Imam (pemimpin) yang adil.

Dalam zaman morden ini untuk mendapat imam atau pemimpin yang adil amat sukar. Pemimpin yang adil sebenarnya adalah pemimpin yang meletakkan pemerentahannya mengikut petunjuk Allah SWT. Melaksanakan al-Quran dan as-sunah dan menggunakan seluruh harta negara untuk kemaslahatan rakyat bukan untuk kroni dan ahli keluarga. Contoh pemimpin yang adil adalah khalifah ar-rasyidin dan khaifah Umar bin Abdul Azizi. Jika pemimpin tidak mengambil rasuah dan memerentah dengan adil dan saksama tidak kira bangsa dan agama rakyat dibawah pemerentahannya maka pemimpin seperti ini tidak boleh dihina dan di ceritakan kelemahan dirinya. Tetapi jika seseorang pemimpin itu telah terbukti rasuah dan menggunakan kekayaan negara untuk memuaskan nafsunya maka pemimpin seperti ini wajib ditukar dan digantikan dengan pemimpin yang lebih adil dan telus.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita menghina tiga golongan manusia yang dinyatakan seperti hadis di atas supaya kita tidak termasuk menjadi orang-orang munafik, kerana kerja-kerja orang munafik akan sentiasa membuat fitnah, mengaibkan orang lain, mengadu domba, dan menimbulkan perpecahan dikalangan orang-orang Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan agama lain. Wallahualam.





Saturday, February 9, 2013

Pilihan Raya Malaysia Menentukan Agama Islam Terpelihara dan Terbela dan Untuk Kemaslahatan Rakyat Jelata.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tinggal hanya beberapa hari lagi apabila Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri, maka semua rakyat Malaysia yang berkelayakan akan membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke 13, untuk memilih pemimpin baru samaada sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri.

Ketika ini semua parti-parti politik akan sebuk mengemukakan calun masing-masing, bermulanya kempen dan ceramah politik, semua ahli parti dan penyokong mereka akan bekerja keras untuk memastikan calun-calun mereka berjaya menambat hati rakyat dan berjaya membentuk samaada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.

Realiti di Malaysia secara umumnya terdapat hanya dua  kumpulan Parti Besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Calun-calun bebas dan parti-parti baru biasanya tidak mendapat tempat dihati pengundi dan sebahagian besarnya hilang wang pertaruhan apabila masuk bertanding di dalam pilihan Raya.

Terdapat 33 Parti Politik yang telah berdaftar dengan SPR. Sebahagian besarnya telah bergabung dengan salah satu kumpulan Parti Besar samaada Barisan National atau Pakatan rakyat. Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) belum membuat keputusan untuk bersama-sama BN atau PR. Parti baru yang mungkin akan muncul adalah daripada JATI , PERKASA dan ISMA. 

ISMA telah membuat pengistiharan oleh Presidennya untuk memasuki pilihanraya (PRU13) sebagai calun bebas.  Yang pasti JATI, ISMA dan PERKASA tidak akan bersama-sama Pakatan Rakyat dan mereka lebih cenderung untuk bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional.

Pengalaman yang lalu realiti di Malaysia calun-calun bebas dan baru samaada menggunakan perjuangan Islam atau bangsa tidak akan mendapat tempat di Malaysia. Contoh Parti Hamim, Semangat 46 dan Berjasa tidak berjaya untuk mengubah landskap politik di Malaysia.

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk menjelaskan lebih mendalam mengenai Pilihan Raya di Malaysia dihuraikan dibawah syarat-syarat dan peraturan-peraturan Pilihan Raya untuk makluman.

Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.  Umno ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 dan Parti Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. 

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Undang-undang dan peraturan pilihan raya

Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-

1. Perlembagaan Persekutuan.
2. Perlembagaan Negeri.
3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
7. Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.
8. Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. 

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-

1. Bahagian Pilihan Raya.
2. Pemilih.
3. Calon.
4. Proses Pilihan Raya.

Pusat Pengiraan Undi.

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Pendaftaran pemilih

Pengundi memasukkan kertas undi.

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-

1. Warganegara Malaysia; 
2. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
3. Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan tidak hilang kelayakan.

Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-

1. Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
2. Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
3. Telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. 

Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

Kelayakan calon

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
2. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
3. Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-

1. Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
2. Didapati seorang bankrap; atau
3. Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
4. Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
5. Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.
[sunting]Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. 

Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Hari mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-

1. Tarikh mengundi;
2. Lokasi tempat mengundi;
3. Waktu mengundi di semua tempat mengundi;
4. Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Senarai pilihan raya umum

1. Pilihan raya umum 1955
2. Pilihan raya umum 1959 (ke-1)
3. Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
4. Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
5. Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
6. Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
7. Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
8. Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
9. Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
10. Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
11. Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
12. Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
13. Pilihan raya umum 2008 (ke-12)

Sahabat yang dihormati,
Pemilihan pemimpin yang betul di dalam Pilihan Raya adalah tanggungjawab setiap muslim-mukmin yang merasakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dikira sebagai ibadah dan amal soleh jika pemilihan tepat dan betul in syaa Allah.

Pemilihan pemimpin yang akan bertanggungjawab menguruskan kebajikan rakyat dan mentadbir negara dengan jujur dan amanah adalah satu kewajipan. Tanpa ada pemimpin tidak mungkin kemaslahatan rakyat dapat diurus dengan baik. Kemakmuran suatu negara, rakyatnya bersatu padu, terhindar daripada kebinasaan, kepincangan dan kerosakan adalah mempunyai perhubungan yang erat dengan pemimpin yang amanah. Jika seorang pemimpin itu rasuah, rendah akhlak dan moralnya, sering melakukan dosa-dosa besar dan bersubahat dengan pembuat fitnah , mengambil harta rakyat untuk ahli keluarga dan kroni, maka pemimpin tersebut tidak layak dipilih dan diberi peluang untuk memimpin rakyat.

Kuasa mengundi ada ditangan kalian dan kalian perlulah berhati-hati dan berwaspada supaya tidak melakukan kesilapan dan keliru semasa membuat pengundian. Kenapakan mengundi dalam pilihan satu amanah yang tidak boleh diabaikan? Seseorang yang engan mengundi dan menganggap ianya perkara yang tidak penting maka dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dihari akhirat nanti sekiranya golongan perasuah , mabuk kuasa dan mereka yang rendah akhlaknya terpilih di sebabkan majoriti memihak kepada mereka. Begitu juga jika kalian silap membuat pemilihan tangan kalian yang memangkah pasti akan ditanya nanti di hari akhirat, dan kesalahan pemimpin tersebut kalian akan mendapat sahamnya.

Oleh itu berazam dan bertekat untuk Pilihan Raya kali ini kalian tidak mudah dikelirukan oleh penyebar fitnah dan akhbar-akhbar yang tidak bertanggung membawa berita-berita tidak sahih.

Firman Allah SWT maksudnya : “Barangsiapa yang berbuat kebaikan walau sebesar zarah, maka dia akan dikira. Dan barangsiapa yang berbuat keburukan walau sebesar zarah, maka dia akan dirkira” (Surah Al-zalzalah ayat 7-8.)




Friday, February 8, 2013

Cetusan Hati Di Hari Lahirku Tahun 2013


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masa terus berjalan, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Tidak ku sedari umurku meniti ke alam senja. Doa ku terima "selamat panjang umur" hakikat sebenarnya setiap kali kusambut hari kelahiranku ini petanda umurku semakin berkurangan.

Alangkah bahagianya sekiranya bertambah saja usiaku maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Alangkah ruginya  jika tahun bertambah, umur  meningkat tetapi pada masa yang sama bertambah pula dosa, kemugkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT?. Ya Allah ampunkan dosa-dosaku.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Bilaku perhatikan, sesungguhnya..amal solehku, ibadahku, solatku, zikirku, sedekahku, jihadku, dakwahku dan pengorbananku untuk jalan Allah masih terlalu sedikit. Masih banyak amanah dan tugas yang dipikulkan kebahuku masih belum mampu ku laksanakan. Selagi muka bumi Allah SWT ini masih ada orang melakukan maksiat dan dosa selama itulah dakwah dan tarbiah tidak boleh ditinggalkan.

Hatiku rasa sedih bilaku lihat ramai remaja dan pemuda seagama denganku terlibat dengan gejala sosial, hidup berpoya-poya dengan maksiat sedangkan aku tidak mampu mengajak mereka untuk menjadi pemuda dan pemudi beriman dan bertakwa. Sedangkan mereka semua adalah aset penting negara untuk masa hadapan. Hancurnya sebuah negara dan tamadun apabila hancur pemuda dan pemudinya.

Bilaku lihat ramai wanita Islam berpakaian samaada remaja atau dewasa tidak menutup aurat, bergaul bebas dan seronok dengan hiburan dan berpeleseran dipusat membeli belah hatiku berkata-kata , "kenapakah mereka tidak takut kepada kemurkaan Allah dan lupa bahawa hidup di dunia ini adalah sementara belaka dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi" Siapakah yang mampu untuk menyedarkan mereka? Di mana ayah dan ibu mereka dan dimanakah para suami-suamai mereka yang membiarkan isteri-isteri mereka mendedahkan aurat!

Bilaku lihat dalam masyarakat umat Islam berlaku persengkitaan, berpecah belah dan saling tuduh menuduh dan fitnah memfitnah, dapatlah ku rasakan bahawa rahmat dan keberkataan hidup telah ditarik balik oleh Allah SWT kerana mereka meningglkan dakwah dan ajaran Islam. Mereka mengutamakan harta benda, pangkat dan kuasa melebihi ukhwah dan kasih sayang dan mereka telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.

Ku harapkan doa sahabat-sahabat semua untuk kebahgiaanku di dunia dan akhirat dan aku juga mendoakan kalian semua  sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan umur dengan melakukan kebaikan dan di kurniakan rezeki yang halal dan berkat dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Doa sahabat yang berjauhan mustajab di sisi Allah SWT. Semoga kita semua dipilih oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya seluas langit dan bumi dengan penuh kenikmatan.Salah satu syafaat di hari akhirat adalah syafaat sahabat kepada sahabatnya yang lain untuk memasuki syurga. Semoga aku terpilih untuk mendapat syafaat daripada kalian.

Di dalam al-Quran dinukilkan doa orang mukmin yang sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kebaikan :: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah al-Ahqaf ayat 15)

Di dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa "Apabila umurnya mencecah 50 tahun , Allah akan meringankan dosa-dosanya.."

Aku harap aku termasuk dikalangan mereka yang terpilih sebagaimana hadis ini.

Daripada Abdullah ibn Abu Bakar as-Siddiq radiyallahhu ‘anhu berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang bermaksud): “Apabila umur seseorang muslim telah mencecah 40 tahun, Allah akan menjauhkan daripadanya 3 jenis bala: gila,kusta dan sopak. Apabila umurnya mencecah 50 tahun, Allah akan meringankan dosa-dosanya. Apabila sampai 60 tahun Allah akan mengurniakan taubat padanya. Apabila sampai umurnya 70 tahun, para malaikat di langit akan mengasihinya. Apabila umurnya 80 tahun ditetapkan segala kebaikannya dan dihapuskan segala kejahatanya. Apabila umurnya mencecah 90 tahun, diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, dia dinamakan tawanan Allah di muka bumi serta dia akan mensyafaatkan ahli keluarganya.”


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan semua perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangannya.Jazakumullahu khairan
di atas doa dan ucapan selamat yang kalian berikan kepadaku hanya Allah SWT sahaja yang akan dapat membalasnya dengan dikurniakan kebaikan pula kepada kalian semua. Amin.


Memilih Wanita Solehah Sebagai Isteri Adalah Di Tuntut Oleh Islam.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk mendapatkan anak-anak (zuriat) yang soleh dan solehah, tindakan paling awal yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin adalah memilih pasangan hidup (isteri) yang beriman dan bertakwa dan baik agamanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :"Hendaklah kamu memilih tempat hendak salurkan air mani kamu(isteri)."(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi- hadis sahih) 

Maksudnya wanita yang dipilih menjadi isterinya adalah wanita yang baik akhlak dan keperibadiannya, menutup aurat dan bersifat lemah lembut.

Ciri utama yg perlu ada pada pasangan adalah yang elok akhlak dan agamanya sebagamana Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Maka beruntunglah orang yang memilih wanita yang beragama."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabdanya lagi yang bermaksud : "Apabila datang seorang lelaki yang elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dengan dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yang besar akan berlaku."(Hadis Riwayat Tirmidzi-hasan sahih)

Ciri-ciri  isteri yang solehah adalah sepertimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yang perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yang solehah. Apabila suaminya pandang dia akan rasa gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya."
(Hadis Riwayat Abu Daud) 

Untuk lelaki yang masih bujang seeloknya hendaklah dia memilih anak dara sebagai calun isterinya. Jabir berkata: "Aku berkahwin dengan seorang wanita; lalu aku berjumpa dengan Nabi SAW. Nabi SAW  bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi SAW bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yang mana kamu berseronok dengan dia dan dia berseronok denganmu."(Hadis Riwayat Muslim) 

Ini bukan bermakna berkahwin dengan janda tidak boleh mendatangkan kebahagiaan dan suami-isteri dan tidak boleh bergurau senda. Tetapi saranan Nabi SAW adalah ditujukan kepada sahabat tersebut (untuk kali pertama berkahwin ) supaya beliau dapat bermesra dan bermanja dengan anak dara yang belum mempunyai tanggungan anak berbanding dengan janda biasanya janda mempunyai anak daripada suaminya yang lama samaada cerai hidup atau pun cerai mati.

Berbeza pula jika lelaki tersebut adalah duda dan mempunyai anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya yang lama maka berkahwin dengan anak dara atau janda tidak menjadi halangan.

Sahabat yang dimuliakan,
Lelaki juga hendaklah memilih wanita yang penyayang dan mampu melahirkan anak yang ramai. Nabi SAW bersabda maksudnya :"Hendaklah kamu berkahwin dengan wanita yang boleh melahirkan ramai anak dan wanita yang penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya ummatku"(Hadis Riwayat Abu Daud) 

Disunatkan lelaki yg hendak mengahwini seseorang wanita itu melihat muka dan dua tapak tangan.  Seorang lelaki memberitahu Nabi SAW bahawa dia hendak kahwin. Rasulullah SAW bertanya "Adakah engkau sudah melihatnya?" Lelaki itu menjawab "Belum" Lalu Nabi SAW bersabda "Pergilah engkau melihatnya."(Hadis Riwayat Muslim) 

Imam Nawawi berkata : "Sesungguhnya diharuskan melihat ke muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya bukan aurat dan juga kerana muka menunjukkan kecantikan atau sebaliknya; manakala tapak tangan menunjukkan kepada kesuburan tubuh atau sebaliknya. 

Ulama mazhab Syafie berkata: "Sekiranya tidak mampu melihatnya maka disunatkan supaya menghantar seorang wanita yang dipercayai untuk melihat wanita yg hendak dikahwini dan memberitahunya. Perkara ini seeloknya sebelum pertunangan. Sebaik-baiknya menghantar seseorang untuk merisik pasangan seperti mana Nabi SAW menghantar Ummu Sulaim untuk merisik seorang wanita. (Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim- sahih) 

Seeloknya minta pertolongan dan berbincang dengan orang alim atau orang soleh mengenai pemilihan jodoh seperti mana Nabi SAW telah meminang wanita Ansar bagi pihak Julaibib.
(Hadis Riwayat Ahmad-sahih) 

Nabi SAW telah memberitahu kepada Fatimah binti Qis apabila dia dipinang oleh Muawiyah, Abul Jaham dan Usamah bin Zaid, baginda bersabda maksudnya : "Adapun Muawiyah adalah lelaki yang faqir tidak ada duit, Abu Jaham pula seorang yang banyak memukul wanita dan Usamah la yang perlu engkau pilih." 

Fatimah berkata "Aku berkahwin dengan Usamah dan aku amat bergembira bersamanya."(Hadis Riwayat Ahmad) 

Sahabat yang dikasihi,
Jika kalian sedang berusaha untuk mencari jodoh pilih dan carilah wanita solehah yang menutup aurat, memiliki akhlak yang mulia, lemah lembut dan mempunyai sifat pengasih dan penyayang. Jauhi wanita yang keras hati, bengis , garang dan tidak menjaga akhlak dan keperibadian dirinya. Janganlah kalian utamakan hanya kecantikan dirinya kerana kecantikan itu tidak akan kekal lama, bila bertambah usia maka kecantikan akan hilang dan wajah akan berkedut . Wanita yang beriman dan bertakwa semakin meningkat usia maka iman dan takwanya akan meningkat dan bertambah. Di sinilah perlunya meletakkan nilai agama dan akhlak mengatasi nilai-nilai yang lain. 

Wanita yang solehah akan menasihatkan suami supaya taat dan patuh kepada perintah Allah SWT , sedangkan wanita yang kurang kesolehannya akan mendorong suaminya supaya mencintai dunia dan perhiasan yang sementara. 


Cubalah pilih yang terbaik mengikut ape yang Islam telah gariskan. Bincanglah dengan baik dengan orang-orang yang dipercayai, guru, orang alim dan Ibu Bapa. Banyakkan solat Istikharah dan solat hajat. Mudah-mudahan mendapat pasangan yang terbaik.
Jika kalian memilih jodoh mengikut sunah yang dibawa oleh Rasulullah SAW maka kalian akan selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT :

ّقُلْ Ű„ِن كُنŰȘُمْ ŰȘُŰ­ِŰšُّونَ Ű§Ù„Ù„َّهَ فَۧŰȘَّŰšِŰčُونِي يُŰ­ْŰšِŰšْكُمُ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَيَŰșْفِ۱ْ لَكُمْ ۰ُنُÙˆŰšَكُمْ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ ŰșَفُÙˆŰ±ٌ ۱َّŰ­ِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali Imran ayat 31).