skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْÙ
ِ Ù±ÙÙَّÙِ Ù±Ù۱َّŰْÙ
َÙٰÙِ Ù±Ù۱َّŰِÙÙ
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal jawab Agama Siri 130 adalah membicangkan persoalan doa untuk bayi menangis, percaya petua orang tua-tua, berkahwin dengan adik ipar selepas bercerai, haiwan korban dan dilarang tertawa bila dengan bunyi kentut.
921. Soalan : Saya nak minta pandangan dan doa-doa dari ustaz bagaimana nak hentikan bayi menangis tengah malam? Sedangkan siang dia tidur lena..seolah-lah ada yang menganggunya untuk tidur..tiap kali menangis kepala dan mata bayi akan mendongak ke atas seolah-olah ada sesuatu yang dipandangnya.
Jawapan :
Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.
Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.
Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.
Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.
Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.
Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.
Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.
Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi Allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.
Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.
Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.
Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah SAW. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi SAW sabdanya maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya."
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh jahat (jin dan syiatan).
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib. Wallahu a'lam
922. Soalan : Di sini saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan dengan hukum mempercayai petua orang tua-tua. Mengikut petua orang tua-tua, membunuh binatang yang berdarah adalah tidak dibolehkan semasa isteri sedang mengandung ... takut terkenan katanya. Bagaimana pula jika suami tersebut membunuh cicak yang terlalu banyak di rumah dan bagaimana pula jika beliau membunuh serangga perosak seperti semut, lalat, nyamuk dan lain-lain? ....
Jawapan :
Tidak ada apa yang sisebutkan sebagai kenan. Kepercayaan ini adalah khurafat dan bercanggah dengan ayat-ayat alQur'an, antaranya:
1. Firman Allah SWT maksudnya,"(Apakah mereka akan mengikut juga akan petua-petua nenek moyang mereka), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah ayat 170)
2. Firman Allah SWT maksudnya, "Dan pada sisi Allah jualah, anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja."
(Surah al-An'am ayat 59)
3. Firman Allah SWT maksudnya, "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib itu kepada sesiapa pun, kecuali kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya." (Surah al-Jinn ayat 26-27)
4. Firman Allah SWT maksudnya, "Katakanlah:'Tidak akan menimpa kami selain apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami..." (Surah al-Taubah ayat 51)
Tidak ada larangan menyembelih binatang, membunuh binatang yang memudharatan manusia atau membunuh binatang dan makhluk yang merbahaya walaupun isteri sedang mengandung. Kenan itu adalah kepercayaan orang purbakala dan animisma yang tidak didatangkan petunjuk ke atas mereka. Islam datang dan telah membersihkan kepercayaan khurafat tersebut. Bunuhlah lalat, nyamuk, lipas dan cicak seperti biasa.
Rujukan:
1. Prof (alMarhum) Mutawalli Sya'arawi: asSihr wal hasadu, Akhbarul Yaum, Cairo
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul hayah, Kuwait
3. Ustaz Ismail Awang, Adat Orang-Orang Melayu yang bertentangan dengan Aqidah Islam, Pustaka Aman Press Kelantan, 1996.
923. Soalan ustaz bolehkah seseorang berkahwin dengan adik iparnya iaitu adik kandung isterinya sesudah isterinya bercerai dengan suaminya? Terima kasih
Wasalam
Jawapan:
Diantara pernikahan yang dilarang dalam al-Quran adalah menikahi dua orang wanita bersaudara. Allah SWT menyebutkan salah satu wanita yang tidak boleh dikawini, diantaranya,
ÙَŰŁَÙْ ŰȘَŰŹْÙ
َŰčُÙۧ ŰšَÙْÙَ ۧÙْŰŁُŰźْŰȘَÙْÙِ
”Kalian tidak boleh menggabungkan dua wanita bersaudara.” (Surah An-Nisa' ayat 23).
Maknanya, seorang lelaki dilarang berkahwin dengan dua wanita bersaudara, sehingga keduanya bersama-sama menjadi isteri satu orang. Diantara hikmah adanya larangan ini adalah agar pernikahan ini tidak memutus hubungan silaturahim diantara kedua saudara tersebut.
Oleh kerana itu, jika isteri pertama sudah berpisah, samaada melalui perceraian mahupun kerana meninggal dunia, maka suami boleh menikahi adik isterinya, kerana sudah tidak lagi bercampur dua wanita bersaudara.
Apakah Harus Menunggu Masa Iddah?
Sebagai gambaran, Si X dan si Y adalah dua wanita bersaudara. Lelaki A menikah dengan si X. Kemudian terjadi perceraian. Jika si A ingin menikahi si Y, apakah harus menunggu masa iddah (3 kali haid)?
Sebelumnya, perlu difahami bahawa perceraian antara suami istri, ada 2 keadaan:
1. Talak raj’i, iaitu talak yang masih memungkinkan untuk terjadinya rujuk. Itulah talak satu dan talak dua sebelum masa iddah selesai.
2. Talak Ba’in, iaitu talak yang tidak mungkin terjadi rujuk. Itulah talak tiga.
Dalam menghuraikan perkara di atas :
Pertama, jika perceraian yang terjadi adalah talak raj’i, maka suami harus menunggu selesainya masa iddah isteri pertamanya, untuk boleh berkahwin dengan adik isterinya.
Kedua, jika perceraian yang terjadi adalah talak ba’in, maka suami boleh langsung bernikah adik isterinya, tanpa harus menunggu selesainya masa iddah isteri pertamanya. Dan ini adalah pendapat Said bin Musayib, Hasan al-Bashri, Urwah bin Zubair, as-Syafii, Abu Tsaur, Abu Ubaid, Ibnul Mundzir, dan beberapa ulama lainnya.
Al-Qurthubi mengatakan,
ÙَŰŁَŰŹْÙ
َŰčَ ۧÙْŰčُÙَÙ
َۧۥُ ŰčَÙَÙ ŰŁَÙَّ ۧÙ۱َّŰŹُÙَ Ű„ِ۰َۧ Ű·َÙَّÙَ ŰČَÙْŰŹَŰȘَÙُ Ű·َÙَۧÙًۧ ÙَÙ
ْÙِÙُ ۱َŰŹْŰčَŰȘَÙَۧ ŰŁَÙَّÙُ ÙَÙْŰłَ ÙَÙُ ŰŁَÙْ ÙَÙْÙِŰَ ŰŁُŰźْŰȘَÙَۧ ŰŁَÙْ ŰŁَ۱ْŰšَŰčًۧ ŰłِÙَۧÙَۧ ŰَŰȘَّÙ ŰȘَÙْÙَ۶ِÙَ ŰčِŰŻَّŰ©ُ ۧÙْÙ
ُŰ·َÙَّÙَŰ©ِ
Ulama sepakat bahawa seorang lelaki yang menceraikan isterinya talak raj’i, maka dia tidak boleh menikahi saudara isterinya, hingga selesai masa iddah isteri yang ditalak. Wallahu a'lam.
924. Soalan : Apakah benar, di akhirat nanti haiwan yang kita korbankan, bulunya, tanduknya, dan kukunya haiwan korban itu akan didatangkan dan akan menolong orang yang berkorban? Minta pencerahan ustaz.
Jawapan:
Terdapat sebuah hadis dari A’isyah radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
Ù
َۧ ŰčَÙ
ِÙَ ۹ۯَÙ
ِÙٌّ Ù
ِÙْ ŰčَÙ
َÙٍ ÙَÙْÙ
َ ۧÙÙَّŰْ۱ِ ŰŁَŰَŰšَّ Ű„ِÙَÙ Ű§ÙÙَّÙِ Ù
ِÙْ Ű„ِÙْ۱َۧÙِ ۧÙŰŻَّÙ
ِ، Ű„ِÙَّÙُ ÙَÙَŰŁْŰȘِÙ ÙَÙْÙ
َ ۧÙÙِÙَۧÙ
َŰ©ِ ŰšِÙُ۱ُÙÙِÙَۧ ÙَŰŁَŰŽْŰčَۧ۱ِÙَۧ ÙَŰŁَŰžْÙَۧÙِÙَۧ، ÙَŰŁَÙَّ ۧÙŰŻَّÙ
َ ÙَÙَÙَŰčُ Ù
ِÙَ ۧÙÙَّÙِ ŰšِÙ
َÙَۧÙٍ ÙَŰšْÙَ ŰŁَÙْ ÙَÙَŰčَ Ù
ِÙَ ۧÙŰŁَ۱ْ۶ِ، ÙَŰ·ِÙŰšُÙۧ ŰšِÙَۧ ÙَÙْŰłًۧ
Maksudnya, “Tidak ada amalan manusia yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan pada hari Nahr (Idul Adha), melebihi amalan mengalirkan darah (korban). Kerana korbannya akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya, dan kukunya. Dan darahnya akan menetes di tempat yang Allah tentukan, sebelum darah itu menetes di tanah. Untuk itu hendaknya kalian merasa senang kerananya.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Turmudzi no 1493, Ibn Majah 3126, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7523. Dalam sanad hadis ini terdapat perawi bernama Abdullah bin Nafi’ dan Sulaiman bin Yazid (Abul Mutsanna), dari Hisyam bin Urwah, dari ayahnya Urwah bin Zubair.
Tentang Abdullah bin Nafi’, Ibnul Jauzi (w. 597 H) menyatakan,
ÙŰ§Ù ÙŰÙÙ Űčۚۯ ۧÙÙÙ ŰšÙ ÙۧÙŰč ÙÙŰł ۚێÙŰĄ ÙÙŰ§Ù Ű§ÙÙŰłŰ§ŰŠÙ Ù
ŰȘ۱ÙÙ ÙÙŰ§Ù Ű§ÙŰšŰźŰ§Ű±Ù Ù
ÙÙ۱ ۧÙŰŰŻÙŰ« ÙÙŰ§Ù ŰŁŰšÙ ŰŰšŰ§Ù Ùۧ ÙŰŰȘŰŹ ۣۚ۟ۚۧ۱Ù
”Yahya bin Main mengatakan, ’Abdullah bin Nafi tidak teranggap.’ Nasai menyebutnya, ’Perawi yang ditinggalkan.’ Sementara Bukhari menegaskan, ’Munkarul Hadis.’ Dan Ibnu Hibban mengatakan, ’Beritanya tidak diterima sebagai dalil.” (al-Ilal al-Mutanahiyah, 3/569).
Imam adz-Dzahabi (w. 748 H) mengatakan: “Sulaiman orang yang lemah dan sebagian ahli hadis meninggalkannya.” al-Baghawi (w. 317 H) mengatakan: “Hadis ini dinilai sangat dhaif oleh Abu Hatim.” (Silsilah Ahadits ad-Dhaifah, no. 526).
Dengan demikian, keterangan yang tersebar di masyarakat bahawa haiwan korban akan datang pada hari kiamat, bersama tanduk, bulu, dan kukunya adalah keterangan yang bersumber dari hadis dhaif, yang tidak boleh dipertanggung jawabkan keabsahannya.
Kita boleh menggalakkan orang lain untuk berkorban, tanpa menyebutkan hadis yang tidak boleh dipertanggung jawabkan kesahihannya. Wallahu a'lam.
925. Soalan : Adakah boleh seseorang mentertawakan rakannya yang terkentut dengan bunyi yang kuat?
Jawapan :
Diantara adab dalam Islam yang diajarkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah tidak menghina keadaan orang lain, yang dirinya sendiri juga melakukannya. Kentut adalah bagian dari rangkaian metabolisme tubuh manusia. Sehingga semua orang yang normal mengalaminya. Untuk itu, ketika kita mendengar ada orang yang kentut, kita dilarang menertawakannya. Kerana kita sendiripun pernah mengalaminya.
Dari sahabat Abdullah bin Zam’ah radhiyallahu ‘anhu, Suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyampaikan khutbah. Baginda menceritakan tentang kisah unta Nabi Saleh yang disembelih kaumnya yang menentangnya. Baginda menafsirkan firman Allah SWT di surat as-Syams. Kemudian baginda menasihati agar bersikap lembut dengan wanita, dan tidak boleh memukulnya.
Kemudian baginda menasihati sikap sahabat yang tertawa ketika mendengar ada yang kentut.
Ű„ِÙَۧÙ
َ Ùَ۶ْŰَÙُ ŰŁَŰَŰŻُÙُÙ
ْ Ù
ِÙ
َّۧ ÙَÙْŰčَÙُ؟
Maksudnya, “Mengapa kalian mentertawakan kentut yang kalian juga biasa mengalaminya.” (Hadis Riwayat Bukhari 4942 dan Muslim 2855).
Menertawakan Kentut Kebiasaan Jahiliyah
Dalam Tuhfatul Ahwadzi, Syarh Sunan Turmudzi, Al-Mubarokfuri mengatakan,
ÙÙۧÙÙۧ ÙÙ Ű§ÙۏۧÙÙÙŰ© ۄ۰ۧ ÙÙŰč ۰ÙÙ Ù
Ù ŰŁŰŰŻ Ù
ÙÙÙ
ÙÙ Ù
ŰŹÙŰł Ù۶ŰÙÙÙ ÙÙÙۧÙÙ
ŰčÙ Ű°ÙÙ
“Dulu mereka (para sahabat) di masa jahiliyah, apabila ada salah satu peserta majlis yang kentut, mereka tertawa. Kemudian beliau melarang hal itu.” (Tuhfatul Ahwadzi, 9/189).
Imam Ibnu Utsaimin menjelaskan,
ۧÙŰ„ÙŰłŰ§Ù Ű„ÙÙ
ۧ Ù۶ŰÙ ÙÙŰȘŰčŰŹŰš Ù
Ù ŰŽÙŰĄ Ùۧ ÙÙŰč Ù
ÙÙ، ŰŁÙ
ۧ Ù
ۧ ÙÙŰč Ù
ÙÙ؛ ÙŰ„ÙÙ Ùۧ ÙÙŰšŰșÙ ŰŁÙ Ù۶ŰÙ Ù
ÙÙ، ÙÙÙ۰ۧ ŰčۧŰȘŰš ۧÙÙŰšÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
Ù
Ù Ù۶ŰÙÙÙ Ù
Ù Ű§Ù۶۱۷۩؛ ÙŰŁÙ Ù۰ۧ ŰŽÙŰĄ Ù۟۱ۏ Ù
ÙÙÙ
، ÙÙÙ Űčۧۯ۩ ŰčÙŰŻ ÙŰ«Ù۱ Ù
Ù Ű§ÙÙۧ۳.
Umumnya orang akan menertawakan dan heran dengan sesuatu yang tidak pernah terjadi pada dirinya. Sementara sesuatu yang juga dialami dirinya, tidak selayaknya dia menertawakannya. Kerana itulah, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mencela orang yang menertawakan kentut. Kerana kentut juga mereka alami. Dan semacam ini (menertawakan kentut) termasuk adat banyak masyarakat. (Syarh Riyadhus Sholihin, 3/120).
Kemudian Imam Ibnu Utsaimin juga menyebutkan satu kaidah,
ÙÙÙ Ù۰ۧ ۄێۧ۱۩ Ű„ÙÙ ŰŁÙ Ű§ÙŰ„ÙŰłŰ§Ù Ùۧ ÙÙŰšŰșÙ ÙÙ ŰŁÙ ÙŰčÙŰš ŰșÙŰ±Ù ÙÙÙ
ۧ ÙÙŰčÙÙ ÙÙ ŰšÙÙŰłÙ
Ini merupakan isyarat bahawa tidak sepatutnya bagi manusia untuk mencela orang lain dengan sesuatu yang kita juga biasa mengalaminya. (Maroji’ : syarh riyadlush sholihin, (Syarh Riyadhus Sholihin, 3/120).
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْÙ
ِ Ù±ÙÙَّÙِ Ù±Ù۱َّŰْÙ
َÙٰÙِ Ù±Ù۱َّŰِÙÙ
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 129 adalah membicangkan persoalan kenapa berlaku penyakit hasad dengki, cemburu (iri hati) yang dibenarkan , hukum menggunakan sihir, sihir di gunakan kerana hasad dengki dan contoh hasad dengki di zaman Rasulullah SAW.
921. Soalan : Ada orang yang suka hasad dengki dengan kejayaan orang lain samaada kerjaya dan perniagaan hingga porak peranda masyarakat di buatnya. Bolehkah ustaz huraikan kenapa keadaan ini boleh berlaku?
Jawapan :
Sifat hasad dengki adalah berpunca daripada hati yang kotor, hati yang berpenyakit dan hati yang sakit. Sifat ini adalah salah satu cabang daripada sifat mazmumah dan sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu." (Hadis Riwayat Abu Dawud)"
Betapa bahayanya sifat hasad dengki bukan sahaja mengikis pahala-pahala yang di buat oleh seseorang itu sebagaimana api memakan kayu api tetapi penyakit ini akan mengundang untuk mendapat laknat Allah SWT., sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Terdapat tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut. iaitu :
Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Mungkin dia pernah di malukan atau dihina maka timbul perasaan dendam dan kebencian. Sifat marah yang ada hingga hilang pertimbangan yang waras, jiwanya sudah hilang sifat pemaaf.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Kedua : Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya dan mulalah timbul hasad dengki.
Ketiga : Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.
Keempat : Ujub (bangga diri)
Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Kelima : Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan hasad dengki ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan terutama di dalam perniagaan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.
Keenam : Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Berlumba-lumba mengejar pangkat kedudukan , atau berusaha menjadi ketua supaya dapat pengaruh, kuasa dan kedudukan di dalam pejabat atau masyarakat. Jika usaha-usahanya gagal maka timbul di dalam dirinya hasad dengki dan untuk menjatuhkan lawannya.
Ketujuh : Busuk Hati
Perasaan busuk hati ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.
922. Soalan : Kita sebagai manusia memang tidak boleh mengelak dari memiliki perasaan cemburu ini. Jadi cemburu bagaimana yang dibenarkan dalam Islam?
Jawapan :
Setiap manusia tidak boleh mengelakkan diri daripada perasaan cemburu kerana sifat ini sudah sedia ada di dalam diri manusia. Tetapi ada cemburu yang dibenarkan di dalam Islam iaitu sebagaimana hadis daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak boleh iri hati kecuali pada dua hal: (iri terhadap) orang yang dikurniakan Allah dengan harta kemudian membelanjakannya dalam kebenaran dan (iri terhadap) orang yang dikaruniai Allah dengan ilmu kemudian mengamalkannya dan mengajarkannya’.” (Muttafaq ‘Alaih).
Huraian hadis :
Ciri Iri yang Positif. :
Iri (cemburu) yang positif, maka semua pernyataan dan tindakan yg dilakukan pun akan positif. Bahkan memuji dan menghargai orang yang di iri tersebut dengan setulus hati.
Iri (cemburu) yang positif boleh juga disebut mencontohi atau mengikut kebaikan orang lain untuk di amalkan pada diri sendiri.
Iri (cemburu) adalah perasaan yang dilarang dalam ajaran agama. Namun ada iri yang diperbolehkan adalah iri ingin mendapatkan kenikmatan yang diperoleh orang lain yang kenikmatan itu dipergunakan dalam kebaikan, sehingga menambah rasa iri atau mengimpi-impikannya untuk dia pula buat kebaikan.
Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).
Jadi iri yang dibolehkan ternyata ada 2 jenis, iaitu orang kaya dan orang berilmu dengan syarat:
1. Kaya digunakan untuk kebaikan.
2. Berilmu (pandai) dan mengajarkannya kepada orang lain.
Terhadap dua orang itu kita boleh iri (cemburu)
Hal demikianlah yang diterangkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis di atas, yakni dibolehkannya kita mengimpikan kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh orang-orang yang diberi karunia harta dan ilmu. Begitulah bentuk syukur orang-orang yang mendapatkan keduanya dari Allah SWT. Mereka yang diberi harta mensyukurinya dengan menginfakkan hartanya di jalan yang Allah redhai, sedangkan mereka yang diberi ilmu mensyukurinya dengan mengamalkan dan mengajarkannya.
Perasaan iri (cemburu) berlaku juga dikalangan sahabat Muhajirin yang miskin. Lalu mereka berjumpa Rasulullah SAW. untuk mengadu.
Dari Abu Hurairah r.a, ia mengatakan, “Orang-orang miskin dari kalangan Muhajirin datang mengadu kepada Rasulullah SAW, mereka berkata, ‘Orang-orang yang ada banyak harta mendapatkan kedudukan yang tinggi dan kenikmatan yang abadi.’
Rasulullah SAW bertanya, ‘Mengapa demikian?’
Mereka menjawab, ‘Mereka memang solat seperti juga kami dan mereka berpuasa seperti juga kami. Namun mereka bersedekah sedangkan kami tidak dan mereka membebaskan hamba sedangkan kami tidak.’
Lalu Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Mahukah kalian jika aku memberi tahu kalian tentang sesuatu yang kalian terima dan dapat melampaui mereka dan kalian berada dalam garda terdepan bagi orang-orang setelah kalian serta tak ada yang lebih utama daripada kalian semua kecuali orang yang mengerjakan apa yang kalian lakukan ini?’
Mereka menjawab, ‘Tentu, wahai Rasulullah.’
Lalu baginda SAW bersabda, ‘Hendaklah kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap selesai solat masing-masing sebanyak 33 kali.’
Setelah itu mereka kembali menghadap Rasulullah SAW, dan mengadu, ‘Saudara-saudara kami orang-orang kaya itu mendengar apa yang telah kami lakukan, lalu mereka pun turut melakukannya juga.’
Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Itulah karunia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya’.” (Muttafaq `Alaih). Sifat iri bukan kerana benci tetapi kerana nak berlumba-lumba membuat kebaikan, maka sikap seperti ini di benarkan syarak.
923. Soalan : Ada juga orang dengki sampai menghantar sihir. Bagaimana Islam memandang perkara ini?
Jawapan :
Jika seseorang itu menggunakan khidmat bomoh untuk menghantar sihir kepada orang yang dibencinya kerana hasad dengki maka perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa besar. Pelakunya akan mendapat laknat Allah SWT dan boleh jatuh kepada syirik.
Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).
Bomoh yang menggunakan khidmat jin atau syaitan akan menggunakan ilmu sihir untuk melakukan penyihiran kepada seseorang yang meminta tolong kepadanya. Sifat hasad dengki yang di dorong oleh hawa nafsu sudah tidak kira sesuatu perbuatan itu samaada halal atau haram sedangkan amalan sihir adalah perbuatan yang amat dilarang keras oleh Nabi SAW.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib (menggunakan khidmat bomoh) adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.”(Surah al-Maidah, ayat 90)
Orang yang menggunakan sihir sebenarnya sudah hilang iman di dalam dadanya kerana sanggup menjadi hamba kepada jin dan syaitan. Bomoh yang menjalankan sihir akan menyuruh orang yang meminta tolong supaya melakukan perkerjaan kurafat dan syirik untuk menjayakan sihir yang dilakukan. Perbuatan ini bukan saja berdosa besar tetapi boleh menjadikan sesorang menjadi syirik kerana bergantung kepada kekuasaan jin-jin kafir dan syaitan yang melakukan pekerjaan sihir tersebut.
924. Soalan : Sihir dan ilmu hitam sinonim dengan masyarakat melayu untuk tujuan merosakkan kehidupa orang lain kerana hasad dengki, adakah perbuatan yang sama berlaku dalam bangsa-bangsa lain juga?
Jawapan :
Ilmu Sihir adalah ilmu yang menggunakan khidmat jin-jin kafir dan syaitan atau dipanggil juga ilmu hitam. Ilmu ini telah wujud di zaman kerajaan Sulaiman a.s , kerajaan Firaun, zaman Rasulullah SAW sehingga zaman kita. Ilmu sihir bukan saja terdapat dikalangan masyarakat melayu tetapi semua bangsa ada ilmu sihir mereka masing-masing.
Masyarakat yang terkenal dengan penggunaan ilmu sihir adalah masyarakat orang asli yang mengamalkan penyembahan kepada semangat (jin kafir dan syaitan), masyaraakat beragama Budha di Thailand dan sebagainya. Hasad dengki menggunakan ilmu sihir juga berlaku dikalangan bangsa-bangsa lain tetapi tidaklah seteruk masyarakat melayu. Berlaku pergeseran sedikit saja sudah sanggup menggunakan bomoh apatah lagi jika musuhnya mendapat kejayaan di dalam bidang perniagaan atau pelajaran.
925. Soalan : Ustaz boleh cerita kisah teladan mengenai wanita yang mempunyai penyakit hasad dengki ini yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.
Jawapan :
Wanita yang terkenal dizaman Rasulullah SAW yang mempunyai penyakit hasad dengki adalah Ummu Jamil ( Isteri Abu Lahab) nama sebenarnya adalah Arwah binti Harb. Beliau akan diazab sebagaimana suaminya diazab di dalam neraka. Arwah binti Harb adalah saudara perempuan Abu Sofyan bin Harb. Dia diazab kerana usahanya menyebarkan fitnah dan memadamkan dakwah Nabi Muhammad SAW. Orang Arab mengatakan bahawa, orang yang berusaha menyebarkan dan merosak hubungan antara manusia adalah seolah-olah ia membawa kayu api antara manusia, seakan-akan dia membakar silaturahim antara mereka.
Adapula yang menyatakan bahawa isterinya itu menaruh duri, pecahan kaca dan kotoran pada jalan yang biasa dilalui oleh Nabi Muhammad SAW., untuk menyakiti baginda.
Isteri Abu lahab, rendah budinya dan jahat amal perbuatannya. Pada lehernya selalu ada seutas tali yang kuat, digunakannya untuk memikul duri-duri yang akan diletakkannya pada jalan yang dilalui Nabi. Ini adalah penghinaan untuk dia dan untuk suaminya.
Maksudnya, isteri Abu Lahab begitu hebat usahanya untuk menyalakan permusuhan antara manusia, sehingga Allah mengisahkan dia sebagai seorang perempuan yang membawa kayu bakar yang digantungkan pada lehernya kemana saja ia pergi. Ini adalah seburuk-buruknya perumpamaan bagi seorang perempuan.
Telah diriwayatkan dari Said bin Musayyab; bahwa Ummu Jamil (panggilan isteri Abu lahab) mempunyai sebuah kalung yang sangat mahal, ia berkata,: "Sesungguhnya saya akan mempergunakan harga kalung ini untuk memusuhi Muhammad", lalu Allah menggantikan kalung tersebut dengan kalung dari api neraka.
Tetepi selepas baginda S.A.W. diangkat menjadi Rasul, Ummu Jamil dan Abu Lahab menjadi orang yang paling kuat menentang Rasulullah S.A.W. Mereka juga bertindak menyuruh kedua-dua orang anaknya menceraikan isteri masing-masing.(anak-anak Rasulullah SAW)
Ternyata Utbah dan Utaibah berpihak kepada ibu dan ayah mereka. Berani pula Utaibah menunjukkan sikap kurang ajar kepada bekas bapa mertuanya. Dengan angkuh dan sombong dia mengherdik Rasulullah S.A.W. "Wahai Muhammad! Aku ceraikan puterimu dan aku tinggalkan agamamu. Aku tidak akan mengikutmu lagi."
Walaupun terguris hati dengan tindakan biadab itu, Rasulullah S.A.W. menerimanya dengan lapang dada. Semua kehendak Allah SWT. Allah SWT memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Akhirnya semua mereka Ummu Jamil, Abu Lahab dan kedua anak-anak mereka mati di dalam kehinaan dan kekafiran.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
ŰȘَŰšَّŰȘْ ÙَŰŻَۧ ŰŁَŰšِÙ ÙَÙَŰšٍ ÙَŰȘَŰšَّ (1) Ù
َۧ ŰŁَŰșْÙَÙ ŰčَÙْÙُ Ù
َۧÙُÙُ ÙَÙ
َۧ ÙَŰłَŰšَ (2) ŰłَÙَŰ”ْÙَÙ Ùَۧ۱ًۧ ۰َۧŰȘَ ÙَÙَŰšٍ (3) ÙَۧÙ
ْ۱َŰŁَŰȘُÙُ ŰَÙ
َّۧÙَŰ©َ ۧÙْŰَŰ·َŰšِ (4) ÙِÙ ŰŹِÙŰŻِÙَۧ ŰَŰšْÙٌ Ù
ِÙْ Ù
َŰłَŰŻٍ (5)
Maksudnya : “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa (1). Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan (2). Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (3). Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar (4). Yang di lehernya ada tali dari sabut (5)”. (Surah Al Lahab (111) ayat 1-5).
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْÙ
ِ Ù±ÙÙَّÙِ Ù±Ù۱َّŰْÙ
َÙٰÙِ Ù±Ù۱َّŰِÙÙ
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Semasa kamu diam dan bersabar mendengar cacian orang, malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula ( membalas caci maki) malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu." (Hadis Riwayat Ahmad)
Allah SWT. telah berfirman: “Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa; iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran ayat 133-134)
Ayat tersebut di atas telah membuktikan kepada kita, bahawa orang yang menahan kemarahannya termasuk dalam golongan muttaqin; iaitu orang-orang yang bertakwa kepada Allah Ta’ala. Tambahan pula, bahawasanya Allah Ta’ala akan memberikan pengampuananNya kepada mereka, lalu menyediakan bagi mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya balasan itu!
Bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menahan siksaNya terhadap orang itu. Barangsiapa mengemukakan keuzurannya kepada Allah, nescaya Allah akan menerima keuzurannya itu, dan barangsiapa menyimpan lisannya, nescaya Allah akan menutup segala keburukannya.”
Bersabda Rasulullah SAW lagi: “Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula, ialah orang yang memberikan maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Sekali peristiwa Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. telah didatangi oleh seorang dusun yang berwatak kasar, lalu berkata kepadanya: "Wahai Umar! Demi Allah, engkau tidak berlaku adil dalam pemerintahanmu dan tidak memberikan secukupnya kepada kami. Mendengar itu, maka menjadi marahlah Khalifah Umar, hingga kemarahan itu ketara pada wajahnya. Tiba-tiba salah seorang para hadirin telah menyampuk dan berkata: Wahai Amirul Mu’minin! Bersabarlah. Tidakkah tuan mendengar firman Allah Ta’ala: “Ambillah sikap pemaaf dan suruhlah orang berbuat yang baik-baik, dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu.” (Surah al-A’raf ayat 199)
Mendengar peringatan orang itu, Khalifah Umar pun bertenang semula, dan beliau memaafkan si penuduh itu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْÙ
ِ Ù±ÙÙَّÙِ Ù±Ù۱َّŰْÙ
َÙٰÙِ Ù±Ù۱َّŰِÙÙ
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :
ÙَŰšَÙْÙَÙُÙ
َۧ ŰِŰŹٌَۧۚ ÙَŰčَÙَÙ Ű§ÙْŰŁَŰčْ۱َۧÙِ ۱ِŰŹَۧÙٌ ÙَŰčْ۱ِÙُÙÙَ ÙُÙًّۧ ŰšِŰłِÙÙ
َۧÙُÙ
ْ ÙَÙَۧۯَÙْۧ ŰŁَŰ”ْŰََۧۚ ۧÙْŰŹَÙَّŰ©ِ ŰŁَÙْ ŰłَÙَۧÙ
ٌ ŰčَÙَÙْÙُÙ
ْ ÙَÙ
ْ ÙَŰŻْŰźُÙُÙÙَۧ ÙَÙُÙ
ْ ÙَŰ·ْÙ
َŰčُÙÙَ (46)
Maksudnya : "Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas; dan di atas Araaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk syurga:` Salaamun alaikum `. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya).(Surah al-A'raf ( 7) ayat 46)
Huraiannya :
Ayat ini menerangkan bahwa antara penghuni syurga dan penghuni neraka ada batas yang sangat kokoh sekali. Batas itu berupa pagar tembok yang tidak memungkinkan masing-masing mereka untuk membuat jalan keluar dan untuk berpindah tempat. Di atas pagar tembok itu ada suatu tempat yang tertinggi, tempat orang-orang yang belum dimasukkan ke dalam syurga. Mereka bertahan di sana menunggu keputusan dari Allah. Dari tempat yang tinggi itu mereka boleh melihat penghuni syurga dan boleh pula melihat penghuni neraka. Kedua penghuni itu kenal dengan tanda yang ada pada mereka masing-masing. Seperti mengenal mukanya yang telah disifatkan Allah dalam al-Quran.
Firman Allah SWT :
ÙُŰŹُÙÙٌ ÙَÙْÙ
َŰŠِ۰ٍ Ù
ُŰłْÙِ۱َŰ©ٌ(38)۶َۧŰِÙَŰ©ٌ Ù
ُŰłْŰȘَŰšْŰŽِ۱َŰ©ٌ(39)ÙَÙُŰŹُÙÙٌ ÙَÙْÙ
َŰŠِ۰ٍ ŰčَÙَÙْÙَۧ ŰșَŰšَ۱َŰ©ٌ(40)ŰȘَ۱ْÙَÙُÙَۧ ÙَŰȘَ۱َŰ©ٌ(41)ŰŁُÙÙَŰŠِÙَ ÙُÙ
ُ ۧÙْÙَÙَ۱َŰ©ُ ۧÙْÙَŰŹَ۱َŰ©ُ(42)
Maksudnya : "Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan gembira. Dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu. Dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang yang kafir lagi durhaka. (Surah Abasa ayat 38-42)
Mereka yang tinggal di tempat yang tinggi di atas pagar batas itu mempunyai kebaikan yang seimbang dengan kejahatannya, belum boleh dimasukkan ke dalam surga tetapi tidak menjadi penghuni neraka. Mereka sementara ditempatkan di sana sambil menunggu rahmat dan karunia Allah untuk dapat masuk ke dalam syurga.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, ia berkata, bahwa Rasulullah SAW. bersabda:
ŰȘÙ۶Űč ۧÙÙ
ÙۧŰČÙÙ ÙÙÙ
ۧÙÙÙۧÙ
Ű© ÙŰȘÙŰČÙ Ű§ÙŰŰłÙۧŰȘ ÙۧÙŰłÙۊۧŰȘ ÙÙ
Ù Ű±ŰŹŰŰȘ ŰŰłÙۧŰȘÙ ŰčÙÙ ŰłÙۊۧŰȘÙ Ù
Ű«ÙŰ§Ù Űۚ۩ ŰŻŰźÙ Ű§ÙŰŹÙŰ© ÙÙ
Ù Ű±ŰŹŰŰȘ ŰłÙۊۧŰȘÙ ŰčÙÙ ŰŰłÙۧŰȘÙ Ù
Ű«ÙŰ§Ù Űۚ۩ ŰŻŰźÙ Ű§ÙÙۧ۱ ÙÙÙ: ÙÙ
Ù Ű§ŰłŰȘÙŰȘ ŰŰłÙۧŰȘÙ ÙŰłÙۊۧŰȘÙ ÙۧÙ: ŰŁÙÙŰŠÙ ŰŁŰ”Űۧۚ ۧÙŰŁŰčŰ±Ű§Ù ÙÙ
ÙŰŻŰźÙÙÙۧ ÙÙÙ
ÙŰ·Ù
ŰčÙÙ
Maksudnya : "Diletakkan timbangan pada hari kiamat lalu ditimbanglah semua kebaikan dan kejahatan. Maka orang-orang yang lebih berat timbangan kebaikannya daripada timbangan kejahatannnya meskipun sebesar biji sawi/atom dia akan masuk syurga. Dan orang yang lebih berat timbangan kejahatannya daripada timbangan kebaikannya meskipun sebesar biji sawi/atom ia akan masuk neraka. Dikatakan kepada Rasulullah, "Bagaimana orang yang sama timbangan kebaikannya dengan timbangan kejahatannya?" Rasulullah menjawab: "Mereka itulah penghuni A`raf, mereka itu belum memasuki syurga tetapi mereka sangat ingin memasukinya." (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu Mas'ud)
Sesudah itu Ibnu Masud berkata: "Sesungguhnya timbangan itu boleh berat dan boleh ringan oleh sebuah biji yang kecil saja. Siapa-siapa yang timbangan kebaikan dan kejahatannya sama-sama berat, mereka penghuni A'raf, mereka berdiri di atas jembatan.
Kemudian mereka dipalingkan melihat penghuni syurga dan neraka. Apabila mereka melihat penghuni syurga, mereka mengucapkan: "Keselamatan dan kesejahteraan bagimu." Dan apabila dipalingkan pemandangan mereka ke kiri, mereka melihat penghuni neraka seraya berkata: "Ya tuhan kami janganlah jadikan kami setempat dengan orang-orang zalim." Mereka sama-sama berlindung diri kepada Allah dari tempat mereka.
Berkata Ibnu Masud: "Ada orang yang mempunyai kebaikan, mereka diberi cahaya yang menerangi bagian depan dan kanan mereka. Tiap-tiap orang dan tiap-tiap umat diberi cahaya setibanya mereka di atas jembatan, Allah padamkan cahaya orang-orang munafik laki-laki dan munafik perempuan. Tatkala penghuni syurga melihat apa yang di hadapan orang-orang munafik, berkata: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah cahaya kami." Adapun penghuni A'raf, cahaya mereka ada di tangan mereka, tidak akan tanggal-tanggal. Di waktu itu berfirman Allah SWT.:
ÙَÙ
ْ ÙَŰŻْŰźُÙُÙÙَۧ ÙَÙُÙ
ْ ÙَŰ·ْÙ
َŰčُÙÙَ
Maksudnya : "Mereka belum lagi memasuki sedang mereka ingin segera (memasukinya)."
(Surah al- A'raf ayat 46)
Inilah yang dimaksud dalam ayat ini, bahawa penghuni A'raf itu menyeru penghuni syurga mengucapkan selamat sejahtera, kerana kerinduan mereka atas nikmat yang telah diberikan Allah kepada penghuni syurga. Mereka belum juga dapat masuk ke dalamnya, sedang hati mereka sudah sangat rindu untuk masukinya.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita terus beramal soleh tanpa jemu dan berhenti kerana kita tidak tahu bila kematian menjemput diri kita. Jika kita terus beramal dengan ikhlas dan istiqamah di harapakan dengan rahmat Allah SWT kita dapat memasuki syurga tanpa melalui hisab yang berat. Sesungguhnya golongan yang mempunyai timbangan 50: 50 dan ditempatkan di al-A'raf sungguh menyesal kerana kurang beramal soleh dan pada masa yang sama melakukan juga maksiat , ketika ini satu kalimah Allah cukup berharga untuk mejadikannya berat timbangan kepada pahala. Penyesalan ketika ini tak berguna lagi kerana dahulu semasa berpeluang berzikir dan membantu kesusahan orang lain di pandang sepi saja. Oleh itu pergunakanlah masa lapang dan masa rehat untuk menambahkan bekalan untuk hari akhirat kita. Wallahu a'lam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْÙ
ِ Ù±ÙÙَّÙِ Ù±Ù۱َّŰْÙ
َÙٰÙِ Ù±Ù۱َّŰِÙÙ
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagian ulama dan ahli ibadah (ahli sufi) punya keyakinan bahawa jika seseorang beribadah dan mengharap-harap balasan akhirat yang Allah SWT janjikan maka ini akan mencacatkan keikhlasannya. Walaupun mereka tidak menyatakan batalnya amalan kerana maksud semacam ini, namun mereka membenci jika seseorang punya maksud demikian.
Mereka pun mengatakan, “Jika aku beribadah pada Allah kerana mengharap syurga-Nya dan kerana takut akan seksa neraka-Nya, maka aku adalah orang yang tidak ikhlas. Tetapi aku hanya ingin beribadah kerana cinta dan rindu pada-Nya.”
Jadi intinya mereka bermaksud mengatakan bahawa janganlah seseorang beramal kerana ingin mengharap pahala, mengharap balasan di sisi Allah, ingin mengharap syurga atau takut pada seksa neraka. Ini namanya tidak ikhlas.?
Namun jika kita perhatikan kembali pada Al Quran dan petunjuk Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa sallam, Allah Memerintahkan untuk Berlumba Meraih Kenikmatan di Syurga :
Setelah menyebutkan berbagai kenikmatan di syurga dalam surat Al Muthaffifin, Allah Ta'ala pun memerintah untuk berlomba-lomba mendapatkannya,
ÙَÙِÙ Ű°َÙِÙَ ÙَÙْÙَŰȘَÙَۧÙَŰłِ ۧÙْÙ
ُŰȘَÙَۧÙِŰłُÙÙَ
“Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba. ” (Surah Al-Muthaffifin ayat 26)
Dalam Al Quran pun Disebutkan Balasan dari Suatu Amalan
Allah Ta'ala berfirman,
Ű„ِÙَّ ۧÙَّ۰ِÙÙَ ŰąَÙ
َÙُÙۧ ÙَŰčَÙ
ِÙُÙۧ ۧÙŰ”َّۧÙِŰَۧŰȘِ ÙَۧÙَŰȘْ ÙَÙُÙ
ْ ŰŹَÙَّۧŰȘُ ۧÙْÙِ۱ْŰŻَÙْŰłِ ÙُŰČُÙًۧ (107) ŰźَۧÙِŰŻِÙÙَ ÙِÙÙَۧ Ùَۧ ÙَŰšْŰșُÙÙَ ŰčَÙْÙَۧ ŰِÙَÙًۧ (108)
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.” (Surah Al-Kahfi ayat 107-108)
Al Qur'an Memberi Kabar Gembira dan Peringatan :
Allah Ta'ala berfirman,
ÙَÙِّÙ
ًۧ ÙِÙُÙْ۰ِ۱َ ŰšَŰŁْŰłًۧ ŰŽَŰŻِÙŰŻًۧ Ù
ِÙْ ÙَŰŻُÙْÙُ ÙَÙُŰšَŰŽِّ۱َ ۧÙْÙ
ُŰ€ْÙ
ِÙِÙÙَ ۧÙَّ۰ِÙÙَ ÙَŰčْÙ
َÙُÙÙَ ۧÙŰ”َّۧÙِŰَۧŰȘِ ŰŁَÙَّ ÙَÙُÙ
ْ ŰŁَŰŹْ۱ًۧ ŰَŰłَÙًۧ
Maksudnya : “Al-Quran sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik.” (Surah Al-Kahfi ayat 2)
Sifat Orang Beriman, Beribadah dengan Khauf (Takut) dan Raja' (Harap)
Allah Ta'ala berfirman,
ŰŁُÙÙَŰŠِÙَ ۧÙَّ۰ِÙÙَ ÙَŰŻْŰčُÙÙَ ÙَŰšْŰȘَŰșُÙÙَ Ű„ِÙَÙ Ű±َŰšِّÙِÙ
ُ ۧÙْÙَŰłِÙÙَŰ©َ ŰŁَÙُّÙُÙ
ْ ŰŁَÙْ۱َŰšُ ÙَÙَ۱ْŰŹُÙÙَ ۱َŰْÙ
َŰȘَÙُ ÙَÙَŰźَۧÙُÙÙَ Űčَ۰ََۧۚÙُ Ű„ِÙَّ Űčَ۰ََۧۚ ۱َŰšِّÙَ ÙَۧÙَ Ù
َŰْ۰ُÙ۱ًۧ
Maksudnya : “Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti. ” (Sura Al-Israa' ayat 57)
Sifat 'Ibadurrahman Berlindung dari Seksa Neraka
Allah Ta'ala berfirman,
ÙَۧÙَّ۰ِÙÙَ ÙَÙُÙÙُÙÙَ ۱َŰšَّÙَۧ ۧ۔ْ۱ِÙْ ŰčَÙَّۧ Űčَ۰ََۧۚ ŰŹَÙَÙَّÙ
َ Ű„ِÙَّ Űčَ۰ََۧۚÙَۧ ÙَۧÙَ Űșَ۱َۧÙ
ًۧ
Maksudnya : “Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal". ” (Surah Al-Furqon ayat 65)
Sifat Ulil Albab juga Berlindung dari Siksa Neraka :
Allah Ta'ala berfirman,
ۧÙَّ۰ِÙÙَ Ùَ۰ْÙُ۱ُÙÙَ ۧÙÙَّÙَ ÙِÙَۧÙ
ًۧ ÙَÙُŰčُÙŰŻًۧ ÙَŰčَÙَÙ ŰŹُÙُÙŰšِÙِÙ
ْ ÙَÙَŰȘَÙَÙَّ۱ُÙÙَ ÙِÙ ŰźَÙْÙِ ۧÙŰłَّÙ
َۧÙَۧŰȘِ ÙَۧÙْŰŁَ۱ْ۶ِ ۱َŰšَّÙَۧ Ù
َۧ ŰźَÙَÙْŰȘَ Ùَ۰َۧ Űšَۧ۷ِÙًۧ ŰłُŰšْŰَۧÙَÙَ ÙَÙِÙَۧ Űčَ۰ََۧۚ ۧÙÙَّۧ۱ِ (191) ۱َŰšَّÙَۧ Ű„ِÙَّÙَ Ù
َÙْ ŰȘُŰŻْŰźِÙِ ۧÙÙَّۧ۱َ ÙَÙَŰŻْ ŰŁَŰźْŰČَÙْŰȘَÙُ ÙَÙ
َۧ ÙِÙŰžَّۧÙِÙ
ِÙÙَ Ù
ِÙْ ŰŁَÙْŰ”َۧ۱ٍ (192) ۱َŰšَّÙَۧ Ű„ِÙَّÙَۧ ŰłَÙ
ِŰčْÙَۧ Ù
ُÙَۧۯِÙًۧ ÙُÙَۧۯِÙ ÙِÙْŰ„ِÙÙ
َۧÙِ ŰŁَÙْ ŰąَÙ
ِÙُÙۧ Űšِ۱َŰšِّÙُÙ
ْ ÙَŰąَÙ
َÙَّۧ ۱َŰšَّÙَۧ ÙَۧŰșْÙِ۱ْ ÙَÙَۧ ۰ُÙُÙŰšَÙَۧ ÙَÙَÙِّ۱ْ ŰčَÙَّۧ ŰłَÙِّŰŠَۧŰȘِÙَۧ ÙَŰȘَÙَÙَّÙَۧ Ù
َŰčَ ۧÙْŰŁَŰšْ۱َۧ۱ِ (193) ۱َŰšَّÙَۧ ÙَŰąَŰȘِÙَۧ Ù
َۧ ÙَŰčَŰŻْŰȘَÙَۧ ŰčَÙَÙ Ű±ُŰłُÙِÙَ ÙَÙَۧ ŰȘُŰźْŰČِÙَۧ ÙَÙْÙ
َ ۧÙْÙِÙَۧÙ
َŰ©ِ Ű„ِÙَّÙَ Ùَۧ ŰȘُŰźْÙِÙُ ۧÙْÙ
ِÙŰčَۧۯَ (194)
Maksudnya : “(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji." ” (Surah Ali Imran ayat 191-194)
Malaikat pun Meminta pada Allah Syurga :
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam ketika menceritakan keadaan para malaikat, baginda bersabda bahawa Allah Ta'ala berfirman,
ÙَÙ
َۧ ÙَŰłْŰŁَÙُÙÙِÙ ÙَۧÙَ ÙَŰłْŰŁَÙُÙÙَÙَ ۧÙْŰŹَÙَّŰ©َ
Maksudnya : “Apa yang para malaikat mohon pada-Ku?” “Mereka memohon pada-Mu syurga,” sabda baginda. Lihatlah malaikat pun meminta pada Allah syurga, padahal mereka adalah seutama-utamanya wali Allah. Sifat-sifat para malaikat adalah,
Ùَۧ ÙَŰčْŰ”ُÙÙَ ۧÙÙَّÙَ Ù
َۧ ŰŁَÙ
َ۱َÙُÙ
ْ ÙَÙَÙْŰčَÙُÙÙَ Ù
َۧ ÙُŰ€ْÙ
َ۱ُÙÙَ
Maksudnya : “Malaikat-malaikat itu tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim ayat 6)
Asiyah, istri Firaun yang Beriman Meminta Rumah di Syurga :
Allah Ta'ala berfirman,
Ùَ۶َ۱َŰšَ ۧÙÙَّÙُ Ù
َŰ«َÙًۧ ÙِÙَّ۰ِÙÙَ ŰąَÙ
َÙُÙۧ ِۧÙ
ْ۱َŰŁَŰ©َ Ùِ۱ْŰčَÙْÙَ Ű„ِ۰ْ ÙَۧÙَŰȘْ ۱َŰšِّ ْۧۚÙِ ÙِÙ ŰčِÙْŰŻَÙَ ŰšَÙْŰȘًۧ ÙِÙ Ű§ÙْŰŹَÙَّŰ©ِ ÙَÙَŰŹِّÙِÙ Ù
ِÙْ Ùِ۱ْŰčَÙْÙَ ÙَŰčَÙ
َÙِÙِ ÙَÙَŰŹِّÙِÙ Ù
ِÙَ ۧÙْÙَÙْÙ
ِ ۧÙŰžَّۧÙِÙ
ِÙÙَ
Maksudnya : “Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. ” (Surah. At Tahrim ayat 11).
Padahal Asiyah wanita solehah, masih meminta pada Allah SWT syurga.
Para Nabi Beribadah dengan Roghbah (Harap) dan Rohaba (Cemas/Takut)
Allah Ta'ala berfirman,
Ű„ِÙَّÙُÙ
ْ ÙَۧÙُÙۧ ÙُŰłَۧ۱ِŰčُÙÙَ ÙِÙ Ű§ÙْŰźَÙْ۱َۧŰȘِ ÙَÙَŰŻْŰčُÙÙَÙَۧ ۱َŰșَŰšًۧ Ùَ۱َÙَŰšًۧ ÙَÙَۧÙُÙۧ ÙَÙَۧ ŰźَۧێِŰčِÙÙَ
Maksudnya : “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami. ” (Surah Al Anbiya' ayat 90)
Nabi Ibrahim 'alaihis salam pun Meminta Syurga :
Sebagaimana doa Nabi Ibrahim -kholilullah (kekasih) Allah :
ÙَۧۏْŰčَÙْÙِÙ Ù
ِÙْ Ùَ۱َŰ«َŰ©ِ ŰŹَÙَّŰ©ِ ۧÙÙَّŰčِÙÙ
ِ (85) ÙَۧŰșْÙِ۱ْ ÙِŰŁَŰšِÙ Ű„ِÙَّÙُ ÙَۧÙَ Ù
ِÙَ ۧÙ۶َّۧÙِّÙÙَ (86) ÙَÙَۧ ŰȘُŰźْŰČِÙِÙ ÙَÙْÙ
َ ÙُŰšْŰčَŰ«ُÙÙَ
Maksudnya : “Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan, dan ampunilah bapakku, kerana sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.” (Surah Asy-Syu'ara ayat 85-87)
Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam pun Meminta Syurga :
Dari Abu Sholih, dari beberapa sahabat Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bertanya kepada seseorang, “Doa apa yang engkau baca di dalam solat?”
ŰŁَŰȘَŰŽَÙَّŰŻُ ÙَŰŁَÙُÙÙُ ۧÙÙَّÙُÙ
َّ Ű„ِÙِّÙ ŰŁَŰłْŰŁَÙُÙَ ۧÙْŰŹَÙَّŰ©َ ÙَŰŁَŰčُÙ۰ُ ŰšِÙَ Ù
ِÙَ ۧÙÙَّۧ۱ِ ŰŁَÙ
َۧ Ű„ِÙِّÙ Ùَۧ ŰŁُŰْŰłِÙُ ŰŻَÙْŰŻَÙَŰȘَÙَ ÙَÙَۧ ŰŻَÙْŰŻَÙَŰ©َ Ù
ُŰčَۧ۰ٍ
Maksudnay : “Aku membaca tahiyyat, lalu aku ucapkan 'Allahumma inni as-alukal jannah wa a'udzu bika minannar' (aku memohon pada-Mu syurga dan aku berlindung dari seksa neraka). Aku sendiri tidak mengetahui kalau engkau mendengungkannya begitu pula Mu'adz”, jawab orang tersebut. Kemudian Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa allam bersabda, “Kami sendiri memohon surga (atau berlindung dari neraka).”
Nabi Menyuruh Meminta Tempat yang Mulia untuknya di Syurga :
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, beliau mendengar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
Ű„ِ۰َۧ ŰłَÙ
ِŰčْŰȘُÙ
ُ ۧÙْÙ
ُŰ€َ۰ِّÙَ ÙَÙُÙÙُÙۧ Ù
ِŰ«ْÙَ Ù
َۧ ÙَÙُÙÙُ Ű«ُÙ
َّ Ű”َÙُّÙۧ ŰčَÙَÙَّ ÙَŰ„ِÙَّÙُ Ù
َÙْ Ű”َÙَّÙ ŰčَÙَÙَّ Ű”َÙَۧŰ©ً Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙُ ŰčَÙَÙْÙِ ŰšِÙَۧ ŰčَŰŽْ۱ًۧ Ű«ُÙ
َّ ŰłَÙُÙۧ ۧÙÙَّÙَ ÙِÙَ ۧÙْÙَŰłِÙÙَŰ©َ ÙَŰ„ِÙَّÙَۧ Ù
َÙْŰČِÙَŰ©ٌ ÙِÙ Ű§ÙْŰŹَÙَّŰ©ِ Ùَۧ ŰȘَÙْŰšَŰșِÙ Ű„ِÙَّۧ ÙِŰčَŰšْŰŻٍ Ù
ِÙْ ŰčِŰšَۧۯِ ۧÙÙَّÙِ ÙَŰŁَ۱ْŰŹُÙ ŰŁَÙْ ŰŁَÙُÙÙَ ŰŁَÙَۧ ÙُÙَ ÙَÙ
َÙْ ŰłَŰŁَÙَ ÙِÙَ ۧÙْÙَŰłِÙÙَŰ©َ ŰَÙَّŰȘْ ÙَÙُ ۧÙŰŽَّÙَۧŰčَŰ©ُ
Maksudnya : “Apabila kalian mendengar mu’adzin, maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh muadzin, lalu berselawatlah kepadaku, maka sungguh siapa saja yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali. Kemudian mintalah pada Allah wasilah bagiku kerana wasilah adalah sebuah kedudukan di syurga. Tidaklah layak mendapatkan kedudukan tersebut kecuali untuk satu orang di antara hamba Allah. Aku berharap aku adalah dia. Barangsiapa meminta wasilah untukku, dia berhak mendapatkan syafaatku.”
Yang dimaksud dengan wasilah adalah kedudukan tinggi di syurga. Sebagaimana terdapat dalam sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
Ű„ِÙَّ ۧÙÙَŰłِÙْÙَŰ©َ ŰŻَ۱َŰŹَŰ©ٌ ŰčِÙْŰŻَ ۧÙÙÙِ ÙَÙْŰłَ ÙَÙْÙَÙَۧ ŰŻَ۱َŰŹَŰ©ٌ ÙَŰłَÙُّÙْۧ ۧÙÙÙَ ŰŁَÙْ ÙُŰ€ْŰȘِÙَÙِÙ Ű§ÙÙَŰłِÙْÙَŰ©َ ŰčَÙَÙ ŰźَÙْÙِÙِ
Maksudnya : “Sesungguhnya wasilah adalah kedudukan (derajat yang mulia) di sisi Allah. Tidak ada lagi kedudukan yang mulia di atasnya. Maka mintalah pada Allah agar memberiku wasilah di antara hamba-Nya yang lain.”
Sahabat yang dikasihi,
Setelah kita melihat sendiri dan menyaksikan dengan seksama berbagai ayat al Quran dan riwayat hadis yang telah di kemukakan di atas, ini menunjukkan bahawa seluruh ajaran agama ini mengajak setiap hamba untuk mencari syurga dan berlindung dari neraka-Nya.
Dalil-dalil tersebut juga menunjukkan bahawa para rasul, para nabi, para shidiq, para syuhadak, para malaikat dan para wali Allah yang mulia, mereka semua beramal kerana ingin meraih syurga dan takut akan seksa neraka.
Mereka adalah hamba Allah terbaik, patutkah mereka disebut amalan tak ikhlas?!
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan,
ÙَŰ·َÙَŰšُ ۧÙْŰŹَÙَّŰ©ِ ÙَۧÙِۧ۳ْŰȘِŰčَۧ۰َŰ©ِ Ù
ِÙْ ۧÙÙَّۧ۱ِ Ű·َ۱ِÙÙُ ŰŁَÙْŰšِÙَۧۥِ ۧÙÙَّÙِ Ùَ۱ُŰłُÙِÙِ ÙَŰŹَÙ
ِÙŰčِ ŰŁَÙْÙِÙَۧۊِÙِ ۧÙŰłَِّۧۚÙِÙÙَ ۧÙْÙ
ُÙَ۱َّŰšِÙÙَ ÙَŰŁَŰ”ْŰَِۧۚ ۧÙْÙَÙ
ِÙÙِ
“Meminta syurga dan berlindung dari seksa neraka adalah jalan hidup para Nabi Allah, utusan Allah, seluruh wali Allah, ahli syurga yang terdepan (as sabiqun al muqorrobun) dan ahli syurga pertengahan (ash-habul yamin).”
Salah Faham dengan Kenikmatan di Syurga dan Seksa Neraka :
Kenikmatan di syurga adalah segala sesuatu yang dijanjikan kepada wali-wali Allah dan juga termasuk kenikmatan kerana melihat Allah. Yang terakhir ini juga termasuk kenikmatan di syurga. Oleh kerananya, makhluk Allah yang paling mulia selalu meminta syurga pada Allah dan selalu berlindung dari seksa neraka.”
Melihat wajah Allah di akhirat kelak, itulah kenikmatan yang paling besar dan istimewa dari kenikmatan lainnya.
Dari Shuhaib, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
« Ű„ِ۰َۧ ŰŻَŰźَÙَ ŰŁَÙْÙُ ۧÙْŰŹَÙَّŰ©ِ ۧÙْŰŹَÙَّŰ©َ - ÙَۧÙَ - ÙَÙُÙÙُ ۧÙÙَّÙُ ŰȘَŰšَۧ۱َÙَ ÙَŰȘَŰčَۧÙَÙ ŰȘُ۱ِÙŰŻُÙÙَ ŰŽَÙْŰŠًۧ ŰŁَŰČِÙŰŻُÙُÙ
ْ ÙَÙَÙُÙÙُÙÙَ ŰŁَÙَÙ
ْ ŰȘُŰšَÙِّ۶ْ ÙُŰŹُÙÙَÙَۧ ŰŁَÙَÙ
ْ ŰȘُŰŻْŰźِÙْÙَۧ ۧÙْŰŹَÙَّŰ©َ ÙَŰȘُÙَŰŹِّÙَۧ Ù
ِÙَ ۧÙÙَّۧ۱ِ - ÙَۧÙَ - ÙَÙَÙْŰŽِÙُ ۧÙْŰِŰŹََۧۚ ÙَÙ
َۧ ŰŁُŰčْŰ·ُÙۧ ŰŽَÙْŰŠًۧ ŰŁَŰَŰšَّ Ű„ِÙَÙْÙِÙ
ْ Ù
ِÙَ ۧÙÙَّŰžَ۱ِ Ű„ِÙَÙ Ű±َŰšِّÙِÙ
ْ ŰčَŰČَّ ÙَŰŹَÙَّ ».
Maksudnya : “Jika penduduk syurga memasuki syurga, Allah Ta'ala pun mengatakan pada mereka, “Apakah kalian ingin sesuatu sebagai tambahan untuk kalian?” “Bukankah engkau telah membuat wajah kami menjadi berseri, telah memasukkan kami ke dalam syurga dan membebaskan kami dari seksa neraka?”, tanya penduduk syurga tadi.
Nabi Sallallahu 'Aaihi Wasallam bersabda, “Allah pun membuka hijab (tirai). Maka mereka tidak pernah diberi nikmat yang begitu mereka suka dibanding dengan nikmat melihat wajah Rabb mereka 'Azza wa jalla.”
Seksaan di neraka yang paling berat adalah kerana tidak memperoleh nikmat yang besar ini yaitu melihat Allah Ta'ala. Orang-orang kafir tidak merasakan melihat wajah Allah yang merupakan nikmat terbesar yang diperoleh oleh penduduk syurga. Inilah kerugian dan seksaan bagi mereka. Allah Ta'ala berfirman,
ÙَÙَّۧ Ű„ِÙَّÙُÙ
ْ ŰčَÙْ ۱َŰšِّÙِÙ
ْ ÙَÙْÙ
َŰŠِ۰ٍ ÙَÙ
َŰْŰŹُÙŰšُÙÙَ
Maksudnya : “Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari melihat wajah Tuhan mereka. ” (Surah Al-Muthaffifin ayat 15).
Imam Syafi'i berdalil dengan mafhum (makna tersirat) ayat ini,
ÙŰ°Ù Ű§ÙŰąÙŰ© ŰŻÙÙÙ ŰčÙÙ ŰŁÙ Ű§ÙÙ
Ű€Ù
ÙÙÙ Ù۱ÙÙÙ ŰčŰČ ÙŰŹÙ ÙÙÙ
ۊ۰
“Ayat ini adalah dalil bahwa orang-0rang beriman akan melihat Allah 'azza wa jalla pada hari itu (hari kiamat).”
Inilah fikiran sempit yang membatasi kenikmatan di syurga hanya dengan merasakan berbagai nikmat, seperti sungai, bidadari, buah-buahan, namun ada nikmat yang lebih daripada itu yaitu nikmat melihat Allah Ta'ala.
Kesimpulan Yang namanya ikhlas adalah seseorang beramal dengan mengharap segala apa yang ada di sisi Allah, yaitu mengharap syurga dengan segala kenikmatannya (baik bidadari, berbagai buah, sungai di syurga, rumah di syurga, dan sebagainya), termasuk pula dalam hal ini adalah ingin melihat Allah di akhirat kelak. Begitu pula yang namanya ikhlas adalah seseorang beribadah kerana takut akan seksa neraka. Inilah yang namanya ikhlas.
Jika seseorang tidak memiliki harapan untuk meraih syurga dan takut akan neraka, maka semangatnya dalam beramalnya pun jadi lemah. Namun jika seseorang dalam beramal selalu ingin mengharapkan syurga dan takut akan seksa neraka, maka ia pun akan semakin semangat untuk beramal dan usahanya pun akan ia maksimakan.
Semoga Allah senantiasa menganugerahkan kita keikhlasan dalam beramal, harapan yang kuat untuk meraih syurga-Nya dan rasa takut akan seksa neraka-Nya. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْÙ
ِ Ù±ÙÙَّÙِ Ù±Ù۱َّŰْÙ
َÙٰÙِ Ù±Ù۱َّŰِÙÙ
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal jawab Agama Siri 128 adalah membicangkan persoalan kisah Tha'labah bin Hatib, memakai krim anti-penuaan, pemegang wasiat harta anak yatim , menanggung dosa orang lain dan Nabi SAW pernah disihir.
916. Soalan : Benarkah kisah sahabat Nabi SAW Tha’labah bin Hatib yang kononnya miskin, lalu dia meminta Nabi SAW doakan agar dia kaya, apabila dia kaya dia tak mahu membayar zakat, lalu al-Quran mengutuk perbuatannya itu. Kisah ini selalu dijadikan bahan ceramah.
Jawapan:
Kisah ini yang sering disebut oleh ramai pendakwah sebagai satu contoh buruk. Tha’labah dikatakan meminta agar Nabi SAW. mendoakan kekayaannya. Apabila beliau kaya dan berharta beliau enggan memberi zakat.
Kononnya, Al-Quran turun mengutuk perbuatan tersebut dalam Surah al-Taubah: 75-77:
ÙَÙ
ِÙْÙُÙ
ْ Ù
َÙْ ŰčَۧÙَŰŻَ ۧÙÙَّÙَ ÙَŰŠِÙْ ŰąŰȘَۧÙَۧ Ù
ِÙْ Ùَ۶ْÙِÙِ ÙَÙَŰ”َّŰŻَّÙَÙَّ ÙَÙَÙَÙُÙÙَÙَّ Ù
ِÙْ ۧÙŰ”َّۧÙِŰِÙÙَ(75)ÙَÙَÙ
َّۧ ŰąŰȘَۧÙُÙ
ْ Ù
ِÙْ Ùَ۶ْÙِÙِ ŰšَŰźِÙُÙۧ ŰšِÙِ ÙَŰȘَÙَÙَّÙۧ ÙَÙُÙ
ْ Ù
ُŰčْ۱ِ۶ُÙÙَ(76)ÙَŰŁَŰčْÙَŰšَÙُÙ
ْ ÙِÙَۧÙًۧ ÙِÙ ÙُÙُÙŰšِÙِÙ
ْ Ű„ِÙَÙ ÙَÙْÙ
ِ ÙَÙْÙَÙْÙَÙُ ŰšِÙ
َۧ ŰŁَŰźْÙَÙُÙۧ ۧÙÙَّÙَ Ù
َۧ ÙَŰčَŰŻُÙÙُ ÙَŰšِÙ
َۧ ÙَۧÙُÙۧ ÙَÙْ۰ِŰšُÙÙَ
Maksudnya: "Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: 'Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan)."
Rasulullah S.A.W dikatakan wafat dalam keadaan tidak menerima zakatnya. Begitu juga Abu Bakr dan `Umar r.ahuma selepas itu enggan menerima zakatnya. Beliau dikatakan meninggal pada zaman pemerintah `Uthman bin `Affan r.a.
Memang tidak dinafikan ramai para penafsir telah mengaitkan ayat ini dengan Tha’labah dan dia dianggap dari golongan munafik berdasarkan ayat di atas. Sedang Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam al-Isabah bahawa dia adalah ahli perang Badr. Kita hendaklah sedar, jika dia ahli Perang Badr, maka Ahli peperangan Badar tidak mungkin menjadi seorang munafik. Kesemua ahli Badr adalah ahli syurga. Di sana ada fadilat khas yang diberikan untuk ahli peperangan Badar.
Nabi SAW bersabda :
ÙَŰčَÙَّ ۧÙÙÙ Ű§Ű·َّÙŰčَ ŰčَÙÙ ŰŁÙْÙِ ŰšَŰŻْ۱ٍ ÙÙÙŰ§Ù “ۧŰčÙÙ
َÙÙۧ Ù
َۧ ŰŽِÙŰŠْŰȘُÙ
ÙَÙَŰŻ ÙَŰŹَŰšَŰȘْ ÙَÙُÙ
ُ ۧÙŰŹَÙَّŰ©ُ ŰŁÙ ÙÙŰŻ ŰșَÙَ۱ْŰȘُ ÙÙÙ
”
Maksudnya : ”Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman ” buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dia dikatakan terbunuh di dalam peperangan Uhud. Dengan itu al-Hafizd Ibn Hajar menafikan kesahihan cerita tersebut (Al-Isabah, 1/206).
Demikian juga al-Imam Ibn Hazm (meninggal 456H) dalam al-Muhalla menganggap kisah ini sebagai batil tanpa syak (Ibn Hazm, Al-Muhalla, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Antara ulama dahulu yang mengkritik riwayat ini Ibn `Abd al-Barr (meninggal 463H), al-Haithami ۧÙÙÙŰ«Ù
Ù (meninggal 807H) dan lain-lain.
Ulama zaman ini yang mengkritik riwayat ini antaranya al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani, al-Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi`I dan lain-lain.
atu buku khas mengkritik riwayat ini telah ditulis oleh `Adab Űčۯۧۚ bin Mahmud al-Himsy ۧÙŰÙ
ŰŽ bertajuk Ű«ŰčÙۚ۩ ŰšÙ Űۧ۷ۚ ۧÙŰ”ŰŰ§ŰšÙ Ű§ÙÙ
ÙŰȘŰ±Ù ŰčÙÙÙ yang bermaksud Tha’labah bin Hatib, seorang sahabah yang didustai ke atasnya, adalah satu tulisan yang baik untuk dibaca.
Oleh itu wajar berhati-hati agar kita tidak mentohmahkan sahabah tanpa asas yang kukuh. Walaupun tidak dinafikan cerita ini begitu tersebar dan buku-buku tafsir, namun sikap mengkaji dan meneliti sangat penting.
917. Soalan : Saya hendak tanya adakah di bolehkan syarak jika seorang muslim memakai krem anti penuaan ( anti ageing cream) adakah ia di bolehkan? Saya hendak tahu dalil-dalil atau qaul ulama mengenai hal ini. Terma kasih.
Jawapan:
Penggunaan kream ant-penuaan ini bukanlah mengubah kejadian Allah SWT sebagaimana mereka yang melakukan pembedahan kosmetik. Umat ini hanyalah stimulasi keatas sel-sel manusia, dimana sel-sel ini akan memperbaiki dirinya sendiri.
Konsepnya sama seperti makanan tambahan (food supplement) sahaja; seperti vitamin. Banyak sekali kream-kream anti-penuaan ini diperbuat dari herba. Malah menurut Ibn Qayyim r.h, Imam Zahabi r.h ada menyatakan bahawa minyak zaiton (Olive Oil) dapat melambatkan proses ’penuaan’. Dari riwayat Abu Aseed, kata beliau : Nabi SAW bersabda :
ÙُÙُÙۧ ۧÙŰČَّÙْŰȘَ ÙَۧۯَّÙِÙُÙۧ ŰšِÙِ ÙَŰ„ِÙَّÙُ Ù
ِÙْ ŰŽَŰŹَ۱َŰ©ٍ Ù
ُŰšَۧ۱َÙَŰ©ٍ
Maksudnya : “Makanlah minyak zaitun dan gunakannya pada rambut dan kulit, kerana ia datang dari pokok yang barakah” (Hadis Riwayat Tirmudzi no. 1775).
Apa yang perlu dilihat pada kream-krean ini adalah; apakah isi kandungannya mengandungi bahan-bahan yang dilarang atau tidak? Selama-mana ia mengandungi bahan-bahan halal, maka penggunaan kream tersebut adalah harus. Wallau a'lam.
918. Soalan : Saya terdengar pendapat mengatakan pemegang wasiat harta anak yatim mempunyai sebahagian hak keatas harta tersebut. Dan ia dibolehkan untuk membelanjakan asalkan tidak dengan secara pembaziran. Betulkah pandangan sebegini?
Jawapan:
Panduan mengurus harta anak yatim dijelaskan dalam ayat berikut:
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas berpatutan dan janganlah kamu tergesa-gesa membelanjakannya sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara penjaga) itu mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari makan memakan harta anak yatim itu dan barangsiapa (penjaga) yang miskin, bolehlah dia memakan harta itu menurut kadar yg patut…) (Surah an-Nisaa’ ayat 6)
Tafsir Ibn Jauzi (w. 597H, Baghdad) menjelaskan dalam tafsirnya, maksud makan harta anak yatim dengan berpatutan itu:
1. menggunakannya dengan cara pinjaman (loan)
2. membelanjakan menurut kadar keperluan dan tidak berlebihan
3. menggunakan harta itu setimpal dengan nilai kerja yang dilakukan demi kepentingan anak yatim itu.
4. pengurus mengambil dalam keadaan terdesak, apabila ia kelapangan ia memulangkan semula, tapi kalau tidak mampu, maka ia halal.
Begitulah maksud ayat itu dan maksud memakan harta anak yatim oleh pengurusnya.
Wallahu a'lam.
919. Soalan : Saya ada 2 soalan yang hendak minta ustaz memberikan pencerahannya.
1: Betulkah perempuan yang sudah baligh tetapi belum kawin lagi dosa yang dbuat olehnya ditanggung oleh bapanya…saya mendengar ramai ustaz cakap seperti ini?
2. Selemah-lemah iman ialah mencegah kemungkaran dengan hati. adakah kita berdosa kalau kita hanya mampu cegah dengan hati ? Tambahan pula pada zaman yang banyak maksiat ni?
Jawapan:
1. Cakap-cakap ustaz itu hendaklah terus dirujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Apabila kita rujuk al-Quran kenyataan ini bercanggah dengan surah al-An’am ayat 164
maksudnya, "Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kpd dirinya sendiri; dan orang yg berdosa TIDAK AKAN memikul dosa orang lain."
Orang yang bercakap begitu ialah mereka keliru dengan konsep wali kepada anak gadis. Seorang wali (ayah) masih bertanggungjawab kepada keselamatan, nafkah dan penjagaan sebelum anak daranya itu dipinang dan bernikah. Mana-mana anak Adam yang sudah baligh, maka buku amalan atas nama masing-masing pun dibuka dan dialah kena bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tak ada konsep ada orang tulung pikul dosa orang lain. sendiri kena tanggung. Ayah dan ibu akan memikul dosa jika dia cuai dalam pendidikan anak-anak atau nafkah tapi bukan kena pikul dosa anak yang dah akil baligh! Kalau macam itu teruklah Nabi Nuh a.s.dia kena pikul dosa anaknya dan isterinya dan Nabi Luth a.s. kena pikul dosa isterinya yang derhaka.
2). Fiqh amar makruf nahi mungkar, terdapat hadis : Dari Abi Sa’eed al-Khudri yg dikeluarkan oleh Imam Muslim (no. 49) dalam sahihnya:
” Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak sanggup, maka dengan lidahnya, dan jika tidak sanggup juga, maka dengan hatinya, demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (hadis no.34, matan Arba’iin an-Nawawiyah)
Berbalik pada apakah berdosa seorang muslim hanya sanggup mencegah dgn hati sahaja?
Mengikut pensyarah-pensyarah hadis ini, tidak berdosa baga si fulan yang hanya mampu mencegah dengan hatinya atau membenci kemungkaran itu kerana dia tidak ada kesanggupan atau kemampuan mencegah dengan lisan (nasihat) atau tangan (kekuasaan).
Kata Imam al-Munawi ketika mensyarah hadis ni dalam Faidhul Qadir (Jld 4/131), perasaan benci akan mungkar ini wajib ada bila ia melihatnya dan tercetus niat bahawa jika aku ada kuasa atau kemampuan lisan, maka aku akan mengubahnya dengan tangan dan lidahku. Tidak cukup dengan ada rasa benci, tapi dia hendaklah meninggalkan majlis itu jika mungkar itu berlaku dalam majlis yang dihadhirinya sebagai menandakan kebencian hatinya.
Maksudnya kalau tidak ada perasaan benci akan mungkar itu bila melihat orang melakukannya, barulah berdosa. atau mungkar berlaku depan matanya tapi dia tidak menunjukkan hatinya benci yaitu dengan meninggalkan kemungkaran atau majlis kemungkaran itu sebagai tanda protes. Wallahu a'lam.
920. Soalan : Saya ada 3 soalan minta pencerahan daripada ustaz.
1. Saya mendengar dakwaan sesetengah pihak, mengatakan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah dishir betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia, adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunnah tentang perkara ini?
2. Apakah hikmah Islam melarang keras pekerjaan atau amalan sihir?
3. Bolehkah saya mengunakan memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia?
Jawapan :
1. Nabi Muhammad SAW memang maksum, seperti Firman Allah SWT yang maksudnya, "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maaidah, 67).
Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan 'ya'tsimuka' (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi SAW tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi SAW disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke atas baginda.
Semua ini bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah S.W.T kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.
Merujuk kepada dakwaan Nabi SAW disihir, jika diteliti huraian di atas, bermakna sihir memang boleh berlaku. Di sebut dalam hadis sahih, Daripada A'ishah r.anha: "Kata A'ishah, telah disihir Rasulullah SAW oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A'sam al-Yahudi. Rasulullah SAW berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A'ishah, "Wahai A'ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, "ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada disisi kepalaku, seorang lagi berada disisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, 'apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi, sihirkan oleh Labid bin al-A'sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad SAW sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A'ishah, "Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis sahih ini sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat bahawa berpandukan kepada hadis sahih ini, memang ada percubaan oleh insan yang kenali melakukan sesuatu yang dipanggil sihir.
Nabi SAW memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan menggangu ibadat, malah menganggu daripada melakukan kerja harian, ini semua tidak menganggu Nabi.SAW.
Nabi Muhammad SAW cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengetahui, A'ishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi SAW memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-muawwiyat, ayat pelindung penyakit sihir.
Sekaligus, ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit.
Seterusnya, jelas bahawa Nabi sendiripun bila disihirkan orang, baginda sendiri tidak mengetahui, melainkan selepas Jibril a.s memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan).
Jika Nabi SAW sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan, bagaimana orang yang datang untuk berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba orang yang hendak mengubat tersebut mengatakan 'kamu telah kena sihir?' Datang pesakit lain, kita mengatakan pula, 'kamu telah kena buatan orang.'
Ada yang lebih ke hadapan mengatakan, 'kamu telah disihir fulan bin si fulan.'
Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, inilah masalah yang kita hadapi.
Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah S.W.T sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.
Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau menuduh serta menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
2. Pekerjaan dan amalan sihir adalah sesuatu yang pada kebiasaannya mengagungkan makhluk halus sama ada yang bernama iblis, jin, syaitan dan sebagainya. Makhluk ini sememangnya bertugas sepenuh masa menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka dari rahmat Allah S.W.T.
Mereka telah dilaknati Allah S.W.T, maka mereka berusaha untuk menyesatkan manusia supaya dijauhkan rahmat Allah SWT. Salah satu caranya adalah menggunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kerja jahat tersebut.
Manusia akan mudah terpengaruh apabila seorang manusia mampu melakukan perkara yang ganjil pada pandangan manusia lain. Atau seolah-olahnya ada kelebihan khusus kepada orang tertentu, yang mengetahui penyakit orang lain tanpa diberitahu. Atau mungkin boleh membaca fikiran orang lain.
Hal sedemikian ini ada kemungkinan boleh berlaku dengan bantuan makhluk halus, dapat mengagak atau makhluk halus mengetahui daripada percakapan mereka kepada diri atau kawan-kawan.
Perkara ini merangsang manusia mendampingi dan mendapatkan khidmat ahli sihir untuk menyampaikan sesuatu maksud mereka.
Bila sihir dilakukan, maka berlaku perkara negatif, yang paling besar sekali adalah kerosakan aKidah. Dalam beberapa hadis Rasulullah SAW maksudnya,"Sesiapa yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah S.W.T." (Hadis Riwayat Imam Muslim).
Hadis lain menyebut maksudnya, "Sesiapa yang mendatangi seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib, lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quranul Karim yang diturunan kepada Nabi Muhammad."
Dengan amalan sihir juga membuka jalan kepada seseorang mempercayai apa sahaja yang dikatakan ahli sihir kepadanya. Kata-kata seperti, 'penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya', kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya), terus dipercayai tanpa menyiasat dengan terperinci.
Hal ini boleh menimbulkan permusuhan yang berpanjangan sehingga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, dilakukan. Lebih buruk apabila, dibalas balik dengan sihir juga.
Dalam al-Quran, Allah S.W.T menyebut maksudnya, "Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengkehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci."
(Surah ali-Imran, 91).
Jelas bahawa peluang yang terbuka kepada orang yang mendatangi ahli sihir ini, syaitan mengambil kesempatan menimbulkan permusuhan antara dua orang yang berkasih, menimbukkan kebencian yang amat sangat antara anak beranak.
Ilmu sihir merupakan perantaraan yang boleh menimbulkan caca merba dalam masyarakat. Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir, tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keuntungan duniawi sehingga mengenakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.
Oleh kerana itu maka Islam sebagai agama salam sejahtera, menyelamatkan manusia dari hal-hal yang tidak baik, khasnya menjaga akidah supaya tidak rosak, memelihara harta benda dari pemerasnya dan untuk manusia kembali kepada pertolongan Allah S.W.T.
Islam melarang dengan sekeras-kerasnya menggunakan sihir sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud.
3. Di zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat jahiliyyah. Raslullah SAW telah mengharamkan pengunaan tangkal dan menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah S.W.T menghindari dari sesuatu yang tidak diingini.
Dakam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang maksudnya, "Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik."
Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima ayat al-Quran daripada Rasulullah SAW, diamalkan untuk menghindari ganguan, menulis ayat tersebut dikertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang belum boleh membaca al-Quran.Bila dirujuk kepada Rasulullah SAW, baginda tidak melarangnya.
Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Pandangan ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, "Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih pendapat di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu.
Tentang keharusan yang Rasulullah SAW berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana,
1; mencegah daripada keburukan yang lebih besar,
2; menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas dan
3; membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya."
Wallahu a'lam