Friday, August 7, 2015

Hukum Orang Bertato Jika Telah Bertaubat

Di dalam sebuah hadits Rasulullah SAW. bersabda:

“Sesungguhnya Allah memaafkan dari ummatku, kesalahan, kelupaan dan segala sesuatu yang dipaksakan atasnya.” (HR. Hakim dari Ibnu Abas).

Menato badan hukumnya memang haram, bukan bererti orang yang bertato tidak wajib solat. Mungkin ada yang beralasan tidak sah solat orang yang bertato kerana tato dianggap
menghalangi air ke kulit ketika bersuci (wuduk dan mandi junub), sehingga bersucinya tidak sah. Sekilas memang pernyataan ini seolah-olah benar, padahal tidak tepat.

Sebab,

1. Allah Maha Menerima Taubat hamba-hamba-Nya.

2. Solat lima waktu hukumnya wajib.

3. Kalau menghapus tato itu mudah dan tanpa menyakiti badan maka harus dihapus, tetapi kalau menghapusnya harus dengan menyakiti badan, dengan disetrika misalnya, atau dengan memberikan cairan yang menimbulkan rasa sangat sakit, tentu ini justru perbuatan yang dilarang dalam Islam, oleh itu Allah SWT berfirmanyang bermaksud, “Dan janganlah kalian melemparkan diri kalian dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah ayat 195).

4. Ada beberapa kaedah usul yang membenarkannya, diantaranya;

a. Meninggalkan syarat lebih baik daripada meninggalkan kewajiban,

b. apabila terdapat dua bahaya dalam dua pilihan, maka pilihlah bahaya yang lebih ringan.

Berdasarkan beberapa alasan diatas, maka orang yang terlanjur bertato kemudian ia bertaubat dengan taubatan nasuha lalu melaksanakan solat maka insya Allah taubat dan solatnya diterima oleh Allah SWT.

Di samping itu semua bahawa Islam adalah agama rahmatan lil alamin, agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan tidak ada ajarannya yang bertentangan dengan akal sihat. 

Betapa sulitnya manusia, sekiranya keinginan kuatnya ingin bertaqarrub kepada Allah SWT tidak boleh tercapai hanya gara-gara tato yang sulit dihapus. Padahal Allah Maha Pengampun, Maha Pemaaf dan Maha Menerima taubat. Wallahu A’lam.

Subhanallah, semoga bermanfaat.

Wednesday, August 5, 2015

HUKUM SHISHA MENURUT PANDANGAN SYARAK

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah HARAM. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;

“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Kaedah Usul Fiqh:

۳ۯ Ű§Ù„Ű°Ű±ÙŠŰčŰ© - iaitu “Menutup pintu kerosakkan” 
ۯ۱ۥ Ű§Ù„Ù…ÙŰ§ŰłŰŻ Ù…Ù‚ŰŻÙ… Űčلى ŰŹÙ„Űš Ű§Ù„Ù…Ű”Ű§Ù„Ű­ – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

http://www.e-fatwa.gov.my/…/hukum-shisha-menurut-pandangan-…

Tuesday, August 4, 2015

Terkini: Fatwa Penggunaan Rokok Elektrik/E Cigarette/Vapor dari Mufti Wilayah



Trend terkini selalu kita lihat ramai perokok telah bertukar kepada penggunaan vapor/E Cigarette/rokok elektrik di mana dikatakan penggunaannya lebih sihat dan menjimatkan.

Selain baunya yang wangi dan sedap ia dikatakan bebas dari bahan kimia lain selain hanya perisa makanan, air dan sedikit nikotin berdasarkan keperluan.

Namun adakah hukum menghisap rokok ini adalah berbeza dengan rokok sebenar dan perkara ini telah diulas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di mana beliau telah menfatwakan penggunaan vapor ini adalah haram seperti rokok sebenar.

Hukum Menggunakan Rokok Elektrik/ E Cigarette/ Vapor Difatwakan Sebagai Haram Sama Seperti Rokok Sebenar

IRSYAD FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPOR
Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj.

Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa.

Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.

Definisi Rokok Elektrik

Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor.

Pendapat Pakar

Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :

-Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.

-Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.

-Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok” Lihat http://www.who.int/media…/…/releases/2008/pr34/en/index.html


Hukum

Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami ‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:

-Qiyas kepada rokok sebenar
-Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
-Pembaziran
-Meniru budaya yang bukan Islam
-Dilihat tidak bermaruah

Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.

Fatwa Ulama’

Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram. (Lihathttp://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php…)
Penutup

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia.

Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Saturday, August 1, 2015

Nama-nama Yang Buruk Dalam Islam

Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.

Nama-Nama Larangan

1. Pengabdian / Penghambaan

Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.

2. Malikul-Amlak

Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

Ű„Ù†َّ ŰŁŰźْنَŰčَ ۧ۳ْمٍ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰčŰ§Ù„Ù‰ ۱َŰŹُلٌ ŰȘَŰłَمَّى مَلِكَ Ű§Ù„ŰŁÙ…ْÙ„Ű§Ùƒِ

“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

ŰŁَŰșْيَŰžُ ۱َŰŹُلٍ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ، وَŰŁَŰźْŰšَŰ«ُهُ، ۱َŰŹُلٌ كَŰ§Ù†َ يُŰłَمَّى مَلِكَ Ű§Ù„ŰŁَمْÙ„Ű§َكِ، Ù„Ű§َ مَلِكَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„َّهُ

“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

3. Nama Malaikat

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”

4. Tengok Nasib Dan Penafian

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

Ù„Ű§َ ŰȘُŰłَمِّيَنَّ ŰșُÙ„Ű§َمَكَ يَŰłَۧ۱ًۧ، وَÙ„Ű§َ ۱َŰšًَۭۧۧ، وَÙ„Ű§َ نَŰŹِÙŠŰ­Ű§ً، وَÙ„Ű§َ ŰŁَفْلَŰ­َ، فَŰ„ِنَّكَ ŰȘَقُولُ: ŰŁَŰ«َمَّ هُوَ؟ فَÙ„Ű§َ يَكُونُ، فَيَقُولُ: Ù„Ű§َ”. Ű„ِنَّمَۧ هُنَّ ŰŁَ۱ْŰšَŰčٌ، فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰČِÙŠŰŻُنَّ Űčَلَيَّ.

“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

Ù„Ű§ ŰȘŰłÙ…ÙŠÙ† ŰșÙ„Ű§Ù…Ùƒ ÙŠŰłŰ§Ű±Ű§ ÙˆÙ„Ű§ ۱ۭۚۧۧ ÙˆÙ„Ű§ Ù†ŰŹÙŠŰ­Ű§ ÙˆÙ„Ű§ ŰŁÙÙ„Ű­ ÙŰ„Ù†Ùƒ ŰȘقول ŰŁŰ«Ù… هو ÙÙ„Ű§ يكون فيقول: Ù„Ű§

“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.”  (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)

Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)

5.     Kekufuran Dan Kejahatan

Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.

6.     Tidak Melambangkan Islam

Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.

7.     Memuji Diri Sendiri

Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.

Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:

Ù„Ű§َ ŰȘُŰČَكُّوْۧ ŰŁَنْفُŰłَكُمْ َۧللهُ ŰŁَŰčْلَمُ ŰšِŰŁَهْلِ Ű§Ù„ْŰšِ۱ِّ مِنْكُمْ

“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”
Baginda menjawab: “Zainab.” (Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)

Daripada Umar r.a.berkata, Rasulullah SAW bersabda;

Űčن ŰčÙ…Ű± Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„, Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…:Ù„ŰŁÙ†Ù‡ÙŠÙ† Ű§Ù† ÙŠŰłÙ…Ù‰ Ű±Ű§ÙŰč ÙˆŰšŰ±ÙƒŰ© ÙˆÙŠŰłŰ§Ű±.

“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”

8.     Gabungan Nama

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

9.     Nama Buruk

Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;

ŰȘَŰłَمَّÙˆŰ§ ۣۚ۳ْÙ…Ű§ŰĄِ Ű§Ù„ŰŁÙ†ْŰšِÙŠŰ§ŰĄِ، وَŰŁŰ­َŰšُّ Ű§Ù„ŰŁŰłْÙ…Ű§ŰĄِ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„ّه ŰȘَŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ù„ّه وَŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَن، ÙˆŰŁŰ”ْŰŻَقُÙ‡Ű§: Ű­َۧ۱ِŰ«ٌ وَهمَّŰ§Ù…ٌ، ÙˆŰŁÙ‚ْŰšَŰ­ُÙ‡Ű§: Ű­َ۱ْŰšٌ وَمُ۱َّŰ©ُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

Monday, July 27, 2015

Doa-doa Pelindung Diri Dari Sihir.

DOA-DOA PELINDUNG DIRI DARI SIHIR


DOA PELINDUNG DARI SIHIR
Doa-doa ini.. moga dapat dijadikan perkongsian ilmu bersama..

Berhati-hati dan amalkanlah ayat/doa-doa dibawah ni untuk bertawakal dan berdoa agar dijauhkan dari sesuatu senjata yang amat dasyat selain senjata tajam/berpeluru.. iaitu SIHIR
1. Baca Al-Fatihah 

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
2. Baca Surah Al-Ikhlas


(1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (3) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
3. Baca Surah Al-Falaq
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (2) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (3) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (4) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (5) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
4. Baca Surah An-nas 
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang Menguasai sekalian manusia, (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (4) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

2. Membaca surah 3 Qul setiap hari. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan al-Mu'awizatain (surah an-Nas dan surah al-Falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. (Sunan at-Tirmizi - no: 5072 dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi - no: 3575) 
5. Baca Ayatul Qursi

(255) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

3. Ayat al-Kursi (surah Al-Baqarah ayat 255), lebih baik jika memahami maksudnya sekali. Daripada Abu Hurairah radhiallahu; Rasulullah s.a.w telah mewakilkan aku supaya menjaga harta zakat Ramadhan, lalu datang seorang lelaki mencuri makanan. Akupun menangkapnya dan berkata, "Aku akan membawa kamu kepada Rasulullah s.a.w...Lalu dia berkata, "Sekiranya kamu pergi ke katilmu, maka bacalah Ayat al-Kursi, kamu akan diiringi oleh seorang penjaga daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga waktu pagi." Nabi s.a.w bersabda, "Dia telah bercakap benar kepadamu sedangkan dia adalah penipu besar. Dia adalah syaitan," (Sahih al-Bukhari – no: 4723) 
4. Membaca doa di atas setiap hari sebanyak 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : (terjemahan ayat) "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya. (Sohih Muslim, no 2731) 
(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.
(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim).

5. Dua ayat terakhir surah al-Baqarah di atas. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa membaca dua ayat terakhir (ayat no. 285 dan 286) dari surah al-Baqarah pada malam hari, maka mencukupi baginya (daripada diganggu oleh Syaitan). (Sahih al-Bukhari - no: 3786; Sahih Muslim - no: 807) 
6. Membaca zikir : "Laa ilaaha illAllaah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qodir" (sepuluh kali sekurang²nya). Sabdalah Nabi s.a.w; Barangsiapa mengucapkan "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu." sebanyak seratus kali sehari, akan memperoleh ganjaran seperti membebaskan sepuluh hamba, satu ratus hasanah (kebaikan) akan dicatatkan untuknya dan satu ratus sa'iyah (keburukan) akan dipadamkan daripada catatannya, dan ianya akan menjadi pelindung baginya daripada syaitan untuk hari tersebut sehingga petang. Tidak ada seorang pun yang akan lebih baik darinya melainkan orang yang melakukan melebihi dari apa yang dia lakukan. (Sunan at-Tirmizi - no: 3390 dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi – no: 3534) 
7. Membaca : "A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq." Sabda Nabi s.a.w; Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (terjemahan ayat di atas) "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. (Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Ketika Subuh, no 336, 1/225) 

Saturday, July 25, 2015

Majlis Fatwa Syarat-syarat Pelaburan Emas.

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut: 

Harga Belian (al-Thaman) 

1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. 

Barang Belian (al-Muthman) 

2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah. 

3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah: 

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya. 

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’. 

6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai

b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)

c. Pembayaran secara cek peribadi

d. Pembayaran secara kad debit

e. Pembayaran secara kad kredit

f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.

b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Wednesday, July 22, 2015

Haiwan Buruan Halal Di Makan

Haiwan-haiwan hasil buruan itu pada dasarnya halal dimakan, kecuali haiwan yang asalnya tidak boleh dimakan seperti biawak atau harimau kerana termasuk haiwan buas. 

Selebihnya, ayam hutan, kancil, kerbau.  rusa dan lainnya pada dasarnya memang haiwan halal, maka kalau mati dengan cara diburu dengan sengaja dan memenuhi ketentuan syariat Islam, hukum dagingnya halal dimakan, meski tidak sempat di lakukan penyembelihan.

Dalam syariat Islam, sesungguhnya berburu adalah salah satu cara untuk mendapatkan makanan yang halal, selain dengan melakukan penyembelihan yang syar'i. 

Dasar Kebolehan Menurut Al-Quran dan As-Sunah

Bahkan Al-Quran Al-Karim sendiri tegas menghalalkan haiwan yang didapat dari hasil berburu. Tentu saja haiwan itu mati ketika diburu, sehingga tidak perlu lagi disembelih secara syar'i, kerana penyembelihan syar'inya digantikan dengan perburuan. 

Firman Allah SWT .

وَŰ„ِ۰َۧ Ű­َلَلْŰȘُمْ فَۧ۔ْŰ·َۧۯُÙˆŰ§

Maksudnya, " Apabila kalian telah bertahallul (selesai dari ihram), silahkan berburu (Surah Al-Maidah ayat 2)

Bahkan yang lebih menarik lagi, Al-Quran dengan tegas membolehkan kita berburu haiwan dengan menggunakan haiwan pemburu. Dan haiwan pemburu itu sendiri tidak lain adalah haiwan buas, yang umumnya pandai berburu haiwan lain untuk dimangsa dan dijadikan makanan. Dan salah satu haiwan pemburu yang dibolehkan adalah anjing pemburu. 

Firman Allah SWT.

ŰŁُŰ­ِلَّ لَكُمُ Ű§Ù„Ű·َّيِّŰšَۧŰȘُ وَمَۧ ŰčَلَّمْŰȘُمْ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹَوَۧ۱ِŰ­ِ مُكَلِّŰšِينَ ŰȘُŰčَلِّمُونَهُنَّ مِمَّۧ Űčَلَّمَكُمُ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَكُلُÙˆŰ§ مِمَّۧ ŰŁَمْŰłَكْنَ Űčَلَيْكُمْ وَۧ۰ْكُ۱ُÙˆŰ§ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űčَلَيْهِ

Maksudnya, "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu waktu melepaskannya. (Surah. Al-Maidah ayat 4)

Selain Al-Quran, As-Sunah pun juga tegas menghalalkan kita memakan haiwan hasil buruan. Ada begitu banyak hadis yang boleh kita jadikan dalil, diantaranya hadis-hadis berikut :

Nabi SAW bersabda :

مَۧ Ű”ِŰŻْŰȘَ ŰšِقَوْŰłِكَ فَۧ۰ْكُ۱ِ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű«ُمَّ كُل ومَۧ Ű”ِŰŻْŰȘَ ŰšِكَلْŰšِكَ Ű§Ù„ْمُŰčَلَّمِ فَ۰َكَ۱ْŰȘَ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَكُل وَمَۧ Ű”ِŰŻْŰȘَ ŰšِكَلْŰšِكَ Űșَيْ۱ِ مُŰčَلَّمٍ فَŰŁَŰŻْ۱َكْŰȘَ ۰َكَۧŰȘَهُ فَكُل

Maksudnya, "Haiwan-haiwan yang kamu buru dengan menggunakan panahmu dan melafadzkan nama Allah, makanlah. Dan haiwan-haiwan yang kamu buru dengan menggunakan anjingmu yang terlatih dan melafazkan nama Allah, makanlah. Sedangkan haiwan-haiwan yang kamu buru dengan menggunakan anjingmu yang belum terlatih, bila kamu dapati maka sembelihlah dan makanlah. (Hadis Riwayat  Bukhari Muslim)

Nabi SAW bersabda :

Űčن ŰčَŰŻِيِّ Űšْنِ Ű­َۧŰȘِمٍ - ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُ - قَŰ§Ù„ : قُلْŰȘُ : يَۧ ۱َŰłُول Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّۧ قَوْمٌ نَŰȘَŰ”َيَّŰŻُ Űšِهَ۰ِهِ Ű§Ù„ْكِÙ„Ű§َŰšِ فَمَۧ يَŰ­ِل لَنَۧ مِنْهَۧ ؟ فَقَŰ§Ù„ : Ű„ِ۰َۧ ŰŁَ۱ْŰłَلْŰȘَ كِÙ„Ű§َŰšَكَ Ű§Ù„ْمُŰčَلَّمَŰ©َ وَ۰َكَ۱ْŰȘَ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَكُل مِمَّۧ ŰŁَمْŰłَكْنَ Űčَلَيْكَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŁَنْ يَŰŁْكُل Ű§Ù„ْكَلْŰšُ فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰŁْكُل فَŰ„ِنِّي ŰŁَŰźَŰ§Ùُ ŰŁَنْ يَكُونَ Ű„ِنَّمَۧ ŰŁَمْŰłَكَ Űčَلَى نَفْŰłِهِ وَŰ„ِنْ ŰźَŰ§Ù„َŰ·َهَۧ كَلْŰšٌ مِنْ Űșَيْ۱ِهَۧ فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰŁْكُل .

Maksudnya, "Dari Adi bin Hatim radhiyalahuanhu berkata,”Aku bertanya,”Ya Rasulallah, kami adalah kaum yang biasa berburu dengan menggunakan anjing, apakah halal hasil buruannya?”. Rasulullah SAW menjawab,”Bila kamu melepaskan anjingmu yang sudah terlatih dengan menyebut nama Allah, maka makanlah dari hasil buruannya. Namun bila anjing itu ikut memakannya, maka jangan dimakan, kerana aku khawatir anjing itu berburu untuk dirinya sendiri. Dan bila ada anjing lain yang ikut makan, janganlah dimakan. (Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh itu apabila haiwan yang mati kerana sengaja kita berburu adalah haiwan yang halal dimakan. Termasuk bila berburu menggunakan haiwan buas yang sudah dilatih.

Monday, July 20, 2015

Hadis Mencecah Garam Sebelum Makan

Adakah Sunah Nabi Menjilat Garam Sebelum dan Sesudah Makan?

Terdapat sebuah hadis dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, dinyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memberi nasihat kepada beliau,

ÙˆŰ„Ű°Ű§ ŰŁÙƒÙ„ŰȘ ÙŰ§ŰšŰŻŰŁ ŰšŰ§Ù„Ù…Ù„Ű­ ÙˆŰ§ŰźŰȘم ŰšŰ§Ù„Ù…Ù„Ű­؛ ÙŰ„Ù† في Ű§Ù„Ù…Ù„Ű­ ŰŽÙŰ§ŰĄ من ۳ۚŰčين ۯۧۥ، ŰŁÙˆÙ„Ù‡Ű§ Ű§Ù„ŰŹŰ°Ű§Ù… ÙˆŰ§Ù„ŰŹÙ†ÙˆÙ† ÙˆŰ§Ù„ŰšŰ±Ű”

”Jika kamu makan, mulailah dengan mencicipi garam dan akhiri dengan makan garam. Kerana dalam garam terdapat ubat bagi 70 penyakit, yang pertama lepra, gila, dan kusta…”

Dan ada hadis lain yang semisal, yang paling dikenal adalah hadis Ali bin Abi Thalib di atas.

Hadis ini disebutkan oleh al-Harits bin Abi Usamah dalam al-Musnad, dari Abdurrahim bin Waqid, dari Hammad bin Amr, dari As-Suri bin Khalid bin Syadad. Hadisnya cukup panjang, yang disebutkan di atas adalah salah satu sedutannya.

Dalam al-Fatawa al-Haditsiyah ketika pembahasan hadis ini dijelaskan,

ÙˆÙ‡Ű°Ű§ Ű„ŰłÙ†Ű§ŰŻٌ ŰłŰ§Ù‚Ű·ٌ، Ù…ŰłÙ„ŰłÙ„ٌ ŰšŰ§Ù„Ù…ŰŹŰ±ÙˆŰ­ÙŠÙ†،ÙŰŽÙŠŰź Ű§Ù„Ű­Ű§Ű±Ű« ŰšÙ† ŰŁŰšÙŠ ŰŁŰłŰ§Ù…Ű©، Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„ŰźŰ·ÙŠŰš في «ŰȘŰ§Ű±ÙŠŰźÙ‡» (11/85): «ÙÙŠ Ű­ŰŻÙŠŰ«Ù‡ Ù…Ù†Ű§ÙƒÙŠŰ±، Ù„ŰŁÙ†Ù‡Ű§ Űčن ۶ŰčÙŰ§ŰĄ ÙˆÙ…ŰŹŰ§Ù‡ÙŠÙ„»

Hadis ini sanadnya gugur, penuh rentetan perawi yang dinilai cacat. Syaikh al-Harits bin Abi Usamah, dikatakan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab Tarikhnya (11/85), ‘Dalam hadisnya terdapat banyak yang munkar. Kerana hadis-hadisnya diriwayatkan dari para perawi dhaif dan majhul (tak dikenal).’ (al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497).

Sementara perawi berikutnya yang bernama Hammad bin Amr, dinilai pendusta oleh al-Juzajani. Abu Zur’ah menilainya sebagai orang lemah hadisnya. Ibnu Hibban menilai orang ini dengan mengatakan,

ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰ¶Űč Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ« ÙˆŰ¶Űčًۧ

‘Dia telah memalsukan hadis.’

Hammad juga ditinggalkan oleh an-Nasai, dan Bukhari menyebutnya, ’Munkar hadisnya.’

Kemudian, as-Suri bin Khalid, dinyatakan oleh al-Azdi, ‘Tidak dianggap.’ Sementara ad-Dzahabi dalam al-Mizan menyatakan, ‘Tidak dikenal.’ (al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497).

Ibnul Jauzi juga menyebutkan hadis ini dalam karyanya al-Maudhu’at (kumpulan hadis dhaif). Ketika sampai pada pembahasan hadis ini, beliau mengatakan,

Ù‡Ű°Ű§ Ű­ŰŻÙŠŰ« Ù„Ű§ ÙŠŰ”Ű­ Űčن Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…

“Hadis ini tidak sah sampai kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam.” (al-Maudhu’at, 2/289).

Kemudian, as-Suyuthi (w. 911 H) juga membawakan hadis di atas, dari jalur lain, iaitu dari jalur Abdullah bin Ahmad, dari ayahnya Ahmad bin Amir, dari Ali bin Musa ar-Ridha. Selanjutnya, as-Suyuthi menegaskan,

Ù„Ű§ ÙŠŰ”Ű­ ÙˆŰ§Ù„Ù…ŰȘهم ŰšÙ‡ Űčۚۯ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ† ŰŁŰ­Ù…ŰŻ ŰšÙ† ŰčŰ§Ù…Ű± ŰŁÙˆ ŰŁŰšÙˆÙ‡ ÙŰ„Ù†Ù‡Ù…Ű§ ÙŠŰ±ÙˆÙŠŰ§Ù† Ù†ŰłŰźŰ© Űčن ŰŁÙ‡Ù„ Ű§Ù„ŰšÙŠŰȘ ÙƒÙ„Ù‡Ű§ ŰšŰ§Ű·Ù„Ű©

”Tidak sahih. Yang tertuduh di sini adalah Abdullah bin Ahmad bin Amir dan ayahnya. Kedua orang ini mengumpulkan tulisan hadis dari ahlul bait, namun semuanya dusta (atas nama ahlul bait).” (al-Lali’ al-Mashnu’ah, 2/179).

As-Syaukani (w. 1250 H) juga memberikan penilaian yang sama. Bahkan beliau dengan tegas menyatakan, ’Hadis palsu.’ (al-Fawaid al-Majmu’ah, 1/78).

Dari semua keterangan di atas, tidak halal bagi kita untuk menyatakan bahawa mencicipi (mencecah) garam sebelum atau sesudah makan termasuk sunah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kerana semua hadis tentang masalah ini adalah  dusta atas nama Nabi  Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Wallahu a'lam

Friday, July 10, 2015

Doa-doa Selepas Tahyat Akhir.

Terdapat 10 doa yang boleh di baca selepas tahyat akhir sebelum salam. Selepas membaca salah satu doa-doa tersebut bolehlah berdoa dengan doa yang di hajatkan untuk kepentingan dunia dan akhirat. 

Doa-doa tersebut adalah seperti berikut : 

1) Doa pertama berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ Űčَ۰َِۧۚ ŰŹَهَنَّمَ ، وَمِنْ Űčَ۰َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ، وَمِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَŰ§Ù„ْمَمَۧŰȘِ ،
وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„

Dan mafhumnya : Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.

2) Doa kedua berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari. (sangat baik diamalkan jika kita ada situasi hutang) : 

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ Űčَ۰َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„ِ ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَفِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَمَۧŰȘِ ، Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْمَŰŁْŰ«َمِ وَŰ§Ù„ْمَŰșْ۱َمِ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang. 

3) Doa ketiga berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari juga. Doa yang ini amat baik untuk melupuskan sifat mazmumah yang ada pada diri kita. :

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰšُŰźْلِ، وَŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹُŰšْنِ، وَŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ ŰŁَنْ ŰŁُ۱َŰŻَّ Ű„ِلَى ŰŁَ۱ْ۰َلِ Ű§Ù„ْŰčُمْ۱ِ، وَŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَŰčَ۰َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ.

Dan mafhumnya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.

4) Doa keempat berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam An-Nasaie. Doa yang amat baik untuk memohon ALLAH jadikan kita hambaNYA yang bersyukur dan sentiasa mengingatiNYA :

َۧللَّهُمَّ ŰŁَŰčِنِّيْ Űčَلَى ۰ِكْ۱ِكَ، وَŰŽُكْ۱ِكَ، وَŰ­ُŰłْنِ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِكَ.

Dan mafhumnya : “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu

5) Doa kelima berdasarkan hadis riwayat Imam An-Nasaie.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ ŰčَمِلْŰȘُ ، وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ لَمْ ŰŁَŰčْمَلْ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan.

6. Doa yang keenam. Doa ini untuk memohon ALLAH mudahkan urusan hisab / perbicaraan kita di mahkamah ALLAH di akhirat nanti.

Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű­َۧ۳ِŰšْنِي Ű­ِŰłًَۧۚۧ يَŰłِÙŠŰ±َۧ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

7. Doa yang ketujuh dari riwayat Imam Bukhary. Doa ini adalah doa taubat. sesuai sangat dibaca selepas membaca tahiyyat akhir dalam solat taubat.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰžَلَمْŰȘُ نَفْŰłِي Űžُلْمًۧ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ وَلَۧ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ ، فَۧŰșْفِ۱ْ لِي مَŰșْفِ۱َŰ©ً مِنْ ŰčِنْŰŻِكَ ، وَۧ۱ْŰ­َمْنِي Ű„ِنَّك ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.

8. Doa kelapan dari riwayat Imam Abu Daud.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ يَۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ْŰŁَŰ­َŰŻُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ Ű§Ù„َّ۰ِي لَمْ يَلِŰŻْ وَلَمْ يُولَŰŻْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًۧ ŰŁَŰ­َŰŻٌ ، ŰŁَنْ ŰȘَŰșْفِ۱َ لِي ۰ُنُÙˆŰšِي Ű„ِنَّكَ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang. 

9. Doa kesembilan riwayat Imam Abu Daud.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِي مَۧ قَŰŻَّمْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰźَّ۱ْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َ۱ْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰčْلَنْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َفْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَنْŰȘَ ŰŁَŰčْلَمُ Űšِهِ مِنِّي ، ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُقَŰŻِّمُ وَŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُŰ€َŰźِّ۱ُ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.

10. Doa kesepuluh dari hadis riwayat imam Abu Daud juga, doa memohon dimasukkan ke syurga dan diselamatkan dari neraka

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَŰŁَŰčُوْ۰ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

Dan mafhumnya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.

Alhamdulillah berjaya juga mengumpulkan 10 doa-doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw selepas membaca tasyahhud / tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam.

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redho dan rahmat ALLAH dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka….

Hafiz Termuda Di Dunia

Inilah Apa Yang Dilakukan Ibu 3 Al-Hafiz Termuda di Dunia Saat Beliau Hamil



Ingin mempunyai anak yang hafal Al Qur'an? Cara yang dilakukan oleh Rasya el-Ghayyar, ibu kepada 3 hafiz termuda di dunia (Tabarak, Yazid, Zeenah), ini boleh kita cuba praktikkan.

Ketika Rasya hamil, beliau melakukan sekurang-kurangnya tiga perkara yang berkaitan langsung dengan cita-cita untuk mempunyai anak penghafal Qur'an:

Banyak Tilawah

Doktor yang menjadi pensyarah di Batterje Medical College itu selalu melazimi membaca Al Qur'an sejak sebelum berkahwin. Ketika beliau hamil, kebiasaan tilawah itu terus beliau lakukan. Bahkan kebiasaannya lebih banyak dari hari-hari sebelumnya.

Menghafal Al-Quran

Selain banyak tilawah, Rasya juga berusaha menambah hafalannya ketika ia mengandung. Baik anak pertama (Tabarak), anak kedua (Yazeed), mahupun anak ketiga (Zeenah).

Berdoa

Rasya sering memanjatkan doa khusus pada waktu hamil. Beliau berdoa sebagaimana doa isteri Imran yang mulia:

۱ۚ Ű„Ù†ÙŠ Ù†Ű°Ű±ŰȘ لك Ù…Ű§ في ŰšŰ·Ù†ÙŠ Ù…Ű­Ű±Ű±Ű§ فŰȘÙ‚ŰšÙ„ مني Ű„Ù†Ùƒ ŰŁÙ†ŰȘ Ű§Ù„ŰłÙ…ÙŠŰč Ű§Ù„Űčليم

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menadzarkan kepada Engkau anak yang ada dalam kandunganku menjadi hamba yang solih dan berkhidmat. Kerana itu, terimalah (nadzar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "(QS. Ali Imran: 35)

Sambil berdoa, Rasya menazarkan anaknya menjadi anak yang taat kepada Allah dan berbakti untuk Al-Quran.

BIIDZNILLAH, doa itu kemudian dikabulkan Allah. Tabarak yang lahir pada 20 Zulhijjah 1423 H bertepatan dengan 22 Februari 2003, mulai menghafal Al Qur'an pada usia 3 tahun dan menjadi hafiz pada usia 4.5 tahun. Beliau lulus ujian al Jamiyyah al Khairiyah li Tahfizh al Qur'an al Karim di Jeddah dan al Hai'ah al 'Alamiyah li Ta'lim al Qur'an al Karim milik Rabithah al' Alam al Islami dengan peringkat mumtaz (cemerlang). Tabarak tercatat sebagai hafiz termuda di dunia.

Anak kedua, Yazid Tamamuddin juga hafal Al-Quran 30 juz pada usia 4.5 tahun. Ia bahkan mendapatkan nilai lebih tinggi daripada kakaknya. Walaupun sama-sama mumtaz, Tabarak mendapat nilai 90 dan Yazeed mendapat nilai 95.

Anak ketiga juga demikian. Zeenah el Laboody hafal Al-Quran 30 juz pada usia kurang dari lima tahun.

Akhirnya, jadilah ketiganya menjadi 3 hafiz termuda di dunia. Masya Allah ...  (Bersamadakwah)

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.