Suatu hari Rasulullah s.a.w datang menziarahi anaknya, Siti Fatimah r.h dan didapati Fatimah sedang menangis, Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai Fatimah?"
Jawab Fatimah, "Wahai ayahku, saya menangis kerana saya amat letih mengisar tepung dan menjalankan kerja-kerja rumah. Sekiranya dapat, ayahnda tolonglah suruh Ali belikan seorang hamba untuk menolong segala kerja-kerja ini dan ia akan menjadi suatu kurniaan yang besar kepada saya."
Mendengar aduan anaknya itu, Rasulullah s.a.w sedih dan mengalirkan air mata. Baginda pun menghampiri batu pengisar tepung itu bertujuan untuk membantu anaknya dan ia mengambil segenggam gandum dan dimasukkan ke dalam batu pengisar tersebat sambil membaca Bismillah.
Tatkala Rasulullah s.a.w memasukkan tepung, maka batu pengisar itu pun bergerak-gerak dengan sendirinya tanpa payah dipegang dan dikisar oleh tangan yang mulia itu sambil batu itu mengucapkan tasbih dengan bahasa yang amat indah sekali sehingga selesai mengisar gandum itu. Setelah habis gandum itu dikisar. Rasulullah s.a.w berkata kepada batu itu, "Diamlah wahai batu pengisar."
Ketika itu juga Allah telah mengizinkan alat pengisar itu boleh berkata-kata dengan bahasa yang sangat fasih sekali, iapun berkata : "Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, sebagai seorang Rasul dan sebagai seorang yang paling amanah, bahawa aku tidak akan diam selagi engkau tidak memberi jaminan kepada aku bahawa aku akan ditempatkan oleh Allah di dalam Syurga dan dijauhi daripada api Neraka."
Rasulullah s.a.w pun berkata, "Wahai batu, engkau walaupun batu, tetapi engkau takut kepada api Neraka."
Batu pengisar itu berkata lagi : "Wahai Rasulullah s.a.w aku telah mendengar satu ayat daripada al-Qur'an, 'Wahai orang yang beriman, jauhilah diri kamu dan keluarga kamu daripada api Neraka yang bahan pembakarnya daripada manusia dan batu-batu. Di atasnya terdapat Malaikat yang amat garang dan tidak pernah ingkar dengan perintah Allah.'
Dengan sifat belas kasihan Rasulullah s.a.w pun mendo'akan keselamatan untuk batu tersebut. Setelah selesai Nabi s.a.w berdo'a maka Allah mengutuskan Malaikat Jibril kepada baginda.
Kata Malaikat Jibril, " Wahai Muhammad, Tuhan yang baginya segala pujian dan Yang Maha Tinggi telah mengirimkan salam dan penghormatan kepadamu dan ia sekaligus berpesan, berilah khabar gembira kepada batu itu, bahawa Allah telah melepaskan batu itu daripada api Neraka dan ia diletakkan bersama-sama batu-batu Syurga di dalam Istana (Mahligai) Fatimah di akhirat, dimana ia akan mengeluarkan cahaya yang terang menyinari mahligai itu bagai sinar matahari dunia ini."
Berita itu pun disampaikan kepada batu tersebut dan sambil ia memandang kepada anaknya Fatimah dan berkata, " Sekiranya dikehendaki oleh Allah pengisar ini akan boleh bekerja dengan sendirinya seperti mana yang engkau lihat tadi bagi membantumu, tetapi Allah menghendaki engkau perolehi pahala dan Ia hendak mencatitkan kebajikan dan meninggikan darjatmu di sisi-Nya kerana kerjamu yang sangat berat dan memenatkan itu."
"Wahai Fatimah." sambung Rasulullah s.a.w lagi, "Kelebihan setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anak-anaknya) Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api Neraka (bagi menghalang bahang api Neraka itu), dan jarak di antara satu parit dengan satu parit sejauh langit dengan bumi."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasakkan kepada ahli rumahnya, maka Allah akan mencatitkan pahala sebanyak yang diberikan-Nya kepada orang yang menangis kerana takutkan Allah."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminta benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatitkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahat (dosa-dosanya)."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatnya pakaian (untuk ahli rumahnya, suami dan anak-anaknya), Allah telah menetapkannya ditempat khas di atas takhta di akhirat." (Dalam satu riwayat lain disebut ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberikan pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian).
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyak rambut, menyikat, mencuci pakaian, mencuci dan membersihkan anak-anaknya, maka Allah akan membalas perbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan pula dosa-dosanya dan menjadikan ia berseri-seri (di akhirat) di mana orang yang melihatnya."
(Hadis Riwayat Abu Hurairah).
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment