Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(Hadis Riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Sahabat yang dimuliakan,
Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkah hadis diatas setiap orang Mukmin dikehendaki menjalinkan hubungan yang baik, sentiasa menyebarkan kasih sayang sesama manusia dan merapatkan lagi hubungan ukuwah Islamiyah sesama umat Islam. Seorang Mukmin yang baik adalah sentiasa menjaga lidahnya daripada mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan mengatakan sesuatu yang menyakiti hati orang lain. Ia perlu berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan. Sebaik-baiknya berdiam diri sekiranya berkata-kata itu boleh mendatangkan dosa atau fitnah.
Menjaga hak jiran dan memuliakannya adalah salah satu tuntutan Islam. Hubungan baik dengan jiran adalah perhubungan yang ada kaitan dengan keimanan kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. ada menyatakan tidak sempurna iman seseorang itu apabila dia kenyang sedangkan jirannya kelaparan. Menyakiti hati jiran boleh membawa seseorang mendapat kemurkaan Allah s.w.t. Untuk memelihara hubungan baik dengan jiran hendaklah kalian sentiasa memberi senyum bila berjumpa, menziarahi mereka bila sakit, kematian atau ketika menyambut hari raya, memberi hadiah, memenuhi undangan bila diundang dalam sesuatu majlis dan membantu-membantu apabila ia memerlukan bantuan.
Merai dan memuliakan tetamu adalah satu tuntutan Islam. Apabila tetamu datang ke rumah wajib kalian merai dan melayan tetamu selama tiga hari. Selepas daripada tiga hari telah hilang kewajipannya, tetapi sekiranya kalian bersedia untuk berkhidmat, meraikan dan memuliakannya ianya adalah digalakan dan dikira sebagai sedekah.
Nabi s.a.w. pernah berpesan pada Sayyidina Ali k.w yang bermaksud, : "Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."
Nabi s.a.w. pernah berpesan pada Sayyidina Ali k.w yang bermaksud, : "Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."
Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan iman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.
Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka. Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat
No comments:
Post a Comment