Monday, August 9, 2010

Selamat Datang Ya Ramadhan!

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramadhan sudah hampir tiba. Tinggal beberapa ketika sahaja , tungga masa dan saatnya. Kedatangannya membawa seribu rahmat, seribu keampunan dan pembebesan dari api Neraka.

Ia disambut oleh orang Mukmin dengan hati penuh kegembiraan dan keseronokan. Di malamnya penuh dengan ibadah , berdo'a dan munajat. Disiangnya dilatih dengan kesabaran, kelaparan , kehausan , kepanasan dan istiqamah bermujahadah melawan nafsu amarah.

Kedatangan Ramadhan membawa bersamanya taklif rabbani iaitu berpuasa disiang hari. Berpuasa dalam ertikata sebenarnya meninggalkan makan minum dan perkara-perkara yang mengurangkan atau membatalkan pahala puasa.

Madrasah Ramadhan datang membawa beberapa proses untuk mendidik hati dan jiwa Mukmin untuk meningkatkan iman, takwa, ihsan, kejujuran, kesabaran, ketenangan, sentiasa mujahadah, muraja'ah, muhasabah, istiqamah, ketaatan, kepatuhan dan melahirkan jiwa hamba.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Sayidina Ali r.a. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan menjauhi (perbuatan) haram dan perbualan kosong, maka Allah Maha Pengasih akan meredhainya dan mewajibkannya masuk kedalam Syurga.
Wahai Ali ! Janganlah sekali-kali engkau mengumpat seseorang. Sesungguhnya mengumpat itu merosakkan ibadah puasa dan orang yang suka mengumpat kelak akan memakan dagingnya sendiri."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Barangsiapa yang tidak boleh meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak memerlukan terhadap amalan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” 
(Hadis Riwayat. Al-Bukhariy )

Berdasarkan dalil ini, maka diperintahkan dengan kuat terhadap setiap orang yang berpuasa untuk mengerjakan segala kewajiban, demikian juga menjauhi hal-hal yang diharamkan baik berupa perkataan maupun perbuatan, maka tidak boleh mencela, ghibah (mengumpat orang lain), berdusta, mengadu domba antara mereka, menjual barang dagangan yang haram, mendengarkan apa saja yang haram untuk didengarkan seperti lagu-lagu yang melalaikan, yang itu semuanya dapat melekakan dari ketaatan kepada Allah, serta menjauhi segala bentuk keharaman lainnya.
Apabila seseorang mengerjakan semuanya itu dalam satu bulan penuh dengan penuh keimanan dan mengharap pahala kepada Allah maka itu akan memudahkannya kelak untuk ia istiqamah  dalam masa sebelas bulan yang akan datang.

Niat adalah penting untuk meletakkan sesuatu perbuatan itu ibadah atau sebaliknya. Jika seseorang itu berpuasa hanya untuk kesihatan atau sekadar melaksanakan amalan ritual tanpa mempunyai hubungan hati dengan Allah, maka amalannya itu tidak dikira ibadah.

Allah s.w.t. mewajibkan ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Sesiapa yang melaksanakannya dengan hati yang ikhlas akan di beri ganjaran pahala yang besar, sebaliknya sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa uzur yang dibenarkan syarak akan mendapat dosa dan di murkai oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa sahaja yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan hati yang ikhlas disertai iman yang mendalam, dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka segala dosanya yang lalu akan diampunkan. Dan sesiapa yang melalui malamnya dengan beribadah dengan ikhlas dan iman yang mendalam, dan mengharap balasan baik daripada Allah, juga sesiapa yang berjaga di malam yang mulia (Lailatul Qadr) dosanya yang terdahulu akan diampunkan."

Matlamat selain Allah tidak sepatutnya mencemarkan kesucian niat. Jadikanlah puasa kita hanya untuk keredhan dan kepatuhan kepada Allah. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat."

Prof. Dr Yusof al-Qardhawi berkata, "Demikianlah manusia, terdiri daripada roh dan jasad. Jasad mempunyai tuntutan dari jenis dunianya yang rendah, sedangkan roh mempunyai tuntutan dari jenis dunianya yang tinggi. Dari sisi inilah Allah mewajibkan puasa, agar manusia dapat membebaskan diri daripada dominasi gharizahnya (penguasaan nafsu), terkeluar dari penjara jasmaninya, sanggup mengalahkan syahwatnya, menguasai kehendak kebinatangannya yang rendah itu, dan dapat menempatkan dirinya mirip dengan kedudukan malaikat, sehingga tiada hairan kalau roh orang yang berpuasa itu dapat meningkat dan menghampiri makam rohani yang tinggi."

Sekirannya seorang Muslim berpuasa dengan niat untuk mentaati Allah, dia akan memperolehi darjat takwa beserta ganjarannya. Serentak dengan itu dia juga mendapat faedah dari segi fizikal iaitu mendapat tahap kesihatan yang lebih baik.

Akhir kata, Allah menjadikan puasa Ramadhan untuk melunakkan hati dan jiwa untuk menjadi insan kamil, mendidik dan melahirkan kasih dan kesabaran. Puasa juga boleh melahirkan peribadi Muslim Mukmin yang jujur, ikhlas, tenang dan bersederhana.

No comments: