Friday, June 17, 2011

Kewajiban Hamba Allah S.W.T adalah Syukur Mensyukuri Kurnia Ciptaan-Nya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Renungan renungan sahaja...

Sahabat yang dirahmati Allah,

Manusia wajib bersyukur kepada Allah S.W.T kerana 4 sebab:

1. Allah S.W.T telah mencipta kita.Dahulu kita tiada
2. Allah S.W.T telah menciptakan kita dalam bentuk manusia. Bukan binatang
3. Allah S.W.T telah meletakkan kita di planet bumi ini.Planet lain x sesuai
4. Allah  S.W.T telah menjadikan kita orang Islam dan beriman kepada Allah S.W.T. Maka tiada gunanya menjadi manusia tetapi kafir dengan ALLAH S.W.T

Firman Allah SWT:
Adapun orang yang beriman itu sangat cinta kepada Tuhannya

Firman Allah SWT:
Adapun orang yang berilmu itu sangat takut kepada Tuhannya
(Hargailah Ilmu itu sebagai aset paling bernilai)

Firman Allah SWT:
Di antara manusia ada yang membantah tentang Allah SWT
tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang sangat jahat
Ketahuilah dengan memgingati Allah S.W.T,  HATI akan menjadi tenang.

Ya ALLAH, Engkau lindungilah kami hambaMu dari tipu daya syaitan yang direjam
Allahumma Aamiin ya Rabbal Alamin

Marilah kita mengambil langkah positif meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan
bagi menikmati kehidupan yang lebih cemerlang di dunia dan jua di akhirat kelak...

 (Di petik daripada tulisan Nur Haibati)

No comments: