سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sifat ikhlas adalah antara sifat terpuji yang menghiasi peribadi muslim bertakwa. Keikhlasan juga adalah asas penilaian di sisi Allah SWT sama ada amalan dilaksanakan setiap muslim diterima Allah SWT atau sebaliknya.
Maknanya, keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan dan kebahagiaan muslim di dunia dan di akhirat.
Jika ditinjau rangkaian ayat suci al-Quran, kita dapati betapa ciri keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi muslim yang bertakwa.
Di antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya." (Surah al-Zumar, ayat 2).
Rasulullah SAW tidak ketinggalan memperlihatkan kepada kita akan kepentingan sifat ikhlas dibajai dalam sanubari muslim melalui sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu." (Hadis riwayat Bukhari).
Berdasarkan nas ini, dapat disimpulkan keikhlasan memainkan peranan penting dalam menentukan penerimaan amalan di sisi Allah SWT.
Yang lebih penting lagi ialah keikhlasan menjadi bukti kepada kesempurnaan dan ketulusan iman muslim kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menahan diri pun kerana Allah, maka sesungguhnya dia mencapai kesempurnaan imannya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Sesungguhnya, sifat ikhlas amat penting disemai dan dibaja dalam hati setiap muslim dalam semua lapangan hidup agar dapat menempatkan dirinya di kalangan hamba Allah SWT yang bertakwa.
Perlu disedari sifat ini tidak hanya perlu diserlahkan ketika pelaksanaan ibadat seperti solat, puasa, sedekah dan haji, malah niat yang ikhlas akan meningkatkan mutu amalan yang dianggap keduniaan semata-mata dan menjadikannya sebagai satu ibadat diberi ganjaran pahala.
Sebaliknya, niat tidak baik seperti riak atau ujub (mengharap pujian ramai) akan menjatuhkan nilai sesuatu amalan walaupun ia adalah amalan ibadat dan akan menukarkannya menjadi amal maksiat yang pastinya disediakan balasan seksaan pedih di akhirat kelak.
Sehubungan itu, Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umat Islam agar menjauhi perkara boleh menodai dan menghakis sifat keikhlasan kepada Allah SWT seperti sifat riak, ujub dan sombong.

Sahabat yang dimuliakan,
Pernah suatu ketika Rasulullah SAW menganggap riak itu sebahagian daripada syirik tersembunyi kepada Allah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik. Maka sesiapa memusuhi wali Allah, nescaya dia memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang (ghaib) dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari, dan jika mereka hadir di situ, mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka umpama lampu petunjuk yang menyuluh mereka keluar dari tempat gelap gelita." (Hadis riwayat Hakim).
Demikian gambaran indah diterangkan Rasulullah terhadap hamba-Nya yang mengikhlaskan diri kepada Allah SWT.
Mereka sama sekali tidak mengharapkan habuan dan kemewahan dunia, sebaliknya hanyalah limpahan keredaan Ilahi dan syurga Allah.
Itulah impian mereka dalam setiap detik kehidupan mereka yang sarat dengan pengabdian penuh tulus semata-mata kerana Allah SWT sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah al-An'am, ayat 162-163).
Dari satu segi, gambaran orang tidak ikhlas dalam amalan mereka dan mengharapkan pujian manusia dan kemewahan dunia amatlah menggerunkan hati orang beriman.
Ini kerana Rasulullah SAW sebagai rasul yang amat sayangkan umatnya awal-awal lagi sudah memperingatkan balasan buruk yang akan menimpa kepada orang tidak ikhlas.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan apa-apa dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Baihaqi).
Di samping itu, Islam adalah agama amat unik kerana setiap gerak geri dan perlakuan harian yang dilakukan muslim dianggap sebagai ibadat.
Rasulullah SAW sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”
Dalam hadis riwayat Ahmad dijelaskan tentang kepentingan niat dan ikhlas serta implikasinya dalam realiti kehidupan (yang bermaksud): “Barangsiapa menikahi wanita dengan mas kahwinnya, sedangkan ia tidak berniat memberinya, maka ia berzina. Dan sesiapa berhutang, sedangkan ia tidak berniat untuk membayarnya, maka ia adalah pencuri”
Al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan: “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap urusan dengan apa yang diniatkannya”
Muslim yang ikhlas dalam kerjanya akan terhindar daripada sombong, riyak dan mengharapkan penghargaan makhluk. Ali bin Abi Talib k.wj pernah berkata (yang bermaksud):
“Orang riyak itu memiliki empat tanda:
1. Malas ketika bersendirian
2. Bersemangat ketika berada di tengah manusia ramai
3. Bertambah amalannya jika dipuji, dan
4. Berkurangan amalan jika tidak mendapat pujian”
Oleh itu, setiap amalan sama ada berbentuk duniawi atau ukhrawi memperoleh ganjaran pahala jika diniatkan penuh ikhlas kerana Allah SWT.
Hal ini ditegaskan sendiri Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: "Tiada sesuatu yang engkau belanjakan kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala hinggakan apa yang engkau suapkan ke dalam mulut isteri engkau."(Hadis riwayat Bukhari).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Apa yang engkau beri makan kepada diri engkau sendiri ada padanya pahala sedekah, dan apa engkau beri makan kepada anak isteri engkau ada padanya pahala sedekah, dan juga apa yang engkau beri makan kepada khadam di rumah, ada padanya pahala sedekah." (Hadis riwayat Ahmad).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menyerahkan dirinya kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan semata-mata mencari keredaan-Nya. Oleh itu segala tingkah laku dan diam kita, tidur dan jaga kita akan dinilai sebagai ibadah apabila kita lakukan semata-mata menuju kepada keredaan Allah.
Jika begini kedudukan seorang ikhlas kepada Allah SWT dengan pelbagai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT, maka kita sebagai umat Islam sewajarnya menghiaskan diri dengan sifat mulia dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan ummah di persada dunia.
Dengan penjanaan sifat ikhlas ini barulah hati bersih dan suci dari sebarang kekotoran serta penyakit yang boleh menghancurkan ummah.
Harta dan kemewahan dunia tidak bererti, sebaliknya harta paling bernilai adalah hati yang ikhlas.
Ia bertepatan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya, Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu." (Hadis riwayat Muslim).
Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan takwa kepada-Nya.

3 comments:
Salam Ustaz.
Jika kita berbuat sesuatu kebaikan dengan niat utk mendapat pahala dari Allah,itu pun dikategorikan sebagai ikhlas kerana Allah kan?
ikhlas itu ade peringkatnye... jika masih mengharap sesuatu atas amal yg dilakukan biarpun pahala masih ikhlas secara pandangan syariat namun masih belum menepati ciri2 keikhlasan sebenar... ikhlas yang sebenar ialah apebila kita tidak merasakan diri kita yang memperbuat amalan...serahkan segalanya kepada Allah... apabila sadar akan ketidak upayaan diri melakukan amal dengan sendii nye tidak akan kita tuntut sebarang balasan mahupon pahala...wallahualam
assalamualaiakum, setaip satu amal sudah disediakan pahala oleh Allah SWT, kerana Nabi SAW ada menyatakan dlm hadis sahih bahawa satu kebaikan akan diganjari 10 kebaikan dan digandakan lagi sehingga 700 kebaikan. Sebaik-baik amal adalah kita lakukan semata-mata mencari keredaan Allah SWT bukan untuk mendapat pahalanya. Pahalanya akan dinilai oleh Allah SWT. Jika seseorang mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT masih tidak dikira riak kerana riak adalah buat sesuatu kerana manusia, tapi mengarapkan pahala adalah mengharapkan kasih sayang dan belas kasihan Allah SWT. Semoga amalan tersebut masih dikira ikhlas kerana Allah SWT. WAULLAHUALAM.
Post a Comment