Tuesday, December 25, 2012

Nikmat Syurga Siapakah Yang Layak Untuk Memasukinya?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Syurga adalah negeri kemuliaan yang abadi, negeri yang penuh dengan kenikmatan yang sempurna, yang tak ada cela sama sekali. 

kenikmatan telah Allah SWT  persiapkan di sana. Dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman maksudnya :

“Aku telah persiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terbetik di hati manusia.” Kemudian Rasulullah SAW  bersabda maksudnya :  “Kalau mahu, silakan kalian baca:

“Tidak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka. (Surah as-Sajdah ayat 17)’.” (Hadis Riwayat. al-Bukhari no. 3244).

Terlihat agungnya nikmat syurga ketika dibandingkan dengan kesenangan duniawi. Kesenangan dunia dibandingkan dengan kenikmatan akhirat sangatlah rendah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tempat cemeti salah seorang kalian di syurga lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis al-Bukhari no. 3250)

Oleh kerana itu, masuk ke syurga dan selamat dari neraka adalah kejayaan yang agung, kemenangan yang besar. Allah SWT berfirman maksudnya :

“Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung.” (Surah Ali Imran ayat 185)

“Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang baik di Syurga ‘Adn. Dan keredaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar.” (Surah at-Taubah ayat 72)

Setiap mukmin pastilah merindukan syurga. Merindukan berbagai kenikmatan yang telah dipersiapkan oleh Allah SWT di sana. Untuk semakin menambah keimanan kita tentang syurga dan menambah kerinduan kita kepadanya sehingga semakin bersemangat beribadah kepada Allah SWT maka terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW menceritakan keindahan syura

Sifat-Sifat Syurga :

Di dalam al-Quran dan as-Sunah telah banyak disebutkan sifat syurga. Sifat-sifat syurga adalah seperti berikut :

Luas Syurga.

Allah SWT telah menjelaskan tentang luas syurga dalam firman-Nya yang bermaksud :

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran ayat 133)

Syurga Bertingkat-Tingkat :

Telah ada dalam nash yang sahih bahawa syurga ada seratus tingkat, jarak antara tingkat sejauh langit dan bumi. 

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW yang bersabda:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ

Maksudnya : “Sesungguhnya di syurga ada seratus tingkat yang dipersiapkan bagi para mujahidin di jalan-Nya. Jarak antara tingkat seperti jarak bumi dan langit.” (Hadis Riwayat  Bukhari no. 2790)

Pintu-Pintu Syurga :

Pintu syurga ada lapan, salah satunya bernama Rayyan. Dari Sahl bin Sa’d z, dari Nabi SAW bersabda:

فِى الْجَنَّةِ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابٍ، فِيهَا بَابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ لاَ يَدْخُلُهُ إِلاَّ الصَّائِمُونَ

Maksudnya : “Di syurga ada delapan pintu. Ada pintu yang dinamai Rayyan, tidak ada yang masuk melalui pintu tersebut melainkan orang-orang yang puasa.” (Hadis Riwayat Bukhari: 3257)

Akan ada orang yang dipanggil untuk masuk dari semua pintu, di antara mereka adalah Saidina Abu Bakr As-Sidiq r.a. (lihat Sahih al-Bukhari no. 1879 dan Sahih Muslim no. 2418)

Penjaga Syurga :

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan orang-orang yang bertakwa kepada Rabb mereka dibawa ke dalam syurga berkelompok-kelompok (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedangkan pintu-pintunya telah terbuka, berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka, “Keselamatan (dilimpahkan) untuk kalian. Berbahagialah kalian! Masukilah syurga ini, kalian kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar ayat 73)

Dari Anas bin Malik r.a  Rasulullah SAW bersabda :

آتِى بَابَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَسْتَفْتِحُ فَيَقُولُ الْخَازِنُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَأَقُولُ: مُحَمَّدٌ. فَيَقُولُ: بِكَ أُمِرْتُ لاَ أَفْتَحُ لِأَحَدٍ قَبْلَكَ

"Aku mendatangi pintu syurga dan minta untuk dibukakan. Penjaga syurga pun berkata, “Siapa kamu?” Aku menjawab, “Muhammad.” Penjaga syurga berkata, “Aku telah diperintah membukanya untukmu, dan aku tidak boleh membukanya untuk orang lain sebelummu.” (Hadis Riwayat Muslim no. 507)

Ayat dan hadis di atas menunjukkan bahawa syurga ada penjaganya dari kalangan malaikat.

Yang Pertama Masuk Surga.

Orang yang pertama masuk syurga adalah Nabi Muhammad SAW dan umat pertama yang masuk syurga adalah umat baginda. Dari Anas bin Malik  r.a., ia berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

آتِى بَابَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَسْتَفْتِحُ فَيَقُولُ الْخَازِنُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَأَقُولُ: مُحَمَّدٌ. فَيَقُولُ: بِكَ أُمِرْتُ لاَ أَفْتَحُ لِأَحَدٍ قَبْلَكَ

Maksudnya : "Aku mendatangi pintu syurga dan minta untuk dibukakan. Penjaga syurga pun berkata, “Siapa kamu?” Aku menjawab, “Muhammad.” Penjaga syurga berkata, “Aku telah diperintah membukanya untukmu, dan aku tidak boleh membukanya untuk orang lain sebelummu.” (Hadis Riwayat Muslim no. 507)

Dalil yang menyatakan bahawa umat Muhammad SAW yang paling dahulu masuk syurga adalah hadis Nabi SAW.

نَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ

Maksudnya : “Kita adalah yang terakhir (masanya di dunia), tetapi yang pertama di hari kiamat. Kitalah yang akan masuk syurga lebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bangunan di Syurga :

Dari Ibnu Umar r.a.

سُئِلَ رَسُولُ اللهِ n عَنِ الْجَنَّة: كَيْفَ هِيَ؟ قَالَ: مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يَحْيَى لاَ يَمُوتُ، وَيَنْعَمُ لاَ يَبْأَسُ، وَلاَ تَبْلَى ثِيَابُهُ، وَلاَ يُبْلَى شَبَابُهُ. قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ بِنَاؤُهَا؟ قَالَ: لَبِنَةٌ مِنْ فِضَّةٍ، وَلَبِنَةٌ مِنْ ذَهَبٍ، مِلاَطُهَا مِسْكٌ، وَحَصْبَاؤُهَا اللُّؤْلُؤُ وَالْيَاقُوتُ، وَتُرَابُهَا الزَّعْفَرَانُ.

Rasulullah SAW ditanya tentang syurga, “Bagaimanakah syurga?” Baginda menjawab, “Barang siapa yang masuk syurga akan terus hidup tidak akan mati, terus akan mendapatkan kenikmatan tidak akan susah, tidak akan lapuk bajunya, dan tidak akan hilang masa mudanya.” Ditanyakan, “Wahai Rasulullah, bagaimana bangunannya?” Baginda menjawab, “Ada yang batanya dari perak dan ada yang dari emas, (adukan) simennya adalah misik, kerikilnya adalah mutiara dan permata, dan tanahnya adalah za’faran.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan dinyatakan sahih oleh asy-Syaikh al-Albani dalam tahqiq Misykatul Mashabih).

Kemah-Kemah di Syurga :

Allah SWT berfirman maksudnya : “(Bidadari-bidadari) yang pandangan mereka hanya kepada suami dipingit dalam kemah-kemah.” (Surah ar-Rahman ayat 72)

Dari Abu Bakr bin Abdullah bin Qais, dari ayahnya , Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ خَيْمَةً مِنْ لُؤْلُؤَةٍ مُجَوَّفَةٍ، عَرْضُهَا سِتُّونَ مِيلاً

“Di syurga ada kemah dari mutiara yang dilubangi, lebarnya enam puluh batu.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 4879)

Pasar di Syurga :

Dari Anas bin Malik r.a.  Rasulullah  SAW bersabda. 

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ: وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً. فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً

Maksudnya : “Sungguh di syurga ada pasar yang didatangi penghuni syurga setiap Jumaat. Bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga mereka semakin indah dan tampan. Mereka pulang ke isteri-isteri mereka dalam keadaan telah bertambah indah dan tampan. Keluarga mereka berkata, ‘Demi Allah, engkau semakin bertambah indah dan tampan.’ Mereka pun berkata, ‘Kalian pun semakin bertambah indah dan cantik’.” (Hadis Riwayat Muslim no. 7324)

Sifat-Sifat Wanita Syurga :

Allah SWT dan Rasul-Nya telah menyebutkan sifat-sifat wanita syurga, di antara sifat wanita syurga:

• Akhlak dan Tubuh Mereka Telah Disucikan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Bagi mereka isteri-isteri  yang telah disucikan.” (Surah al-Baqarah ayat 25)

Asy-Syaikh Abdurahman as-Sa’di berkata, “Mereka disucikan akhlak dan tubuhnya. Lisan dan pandangan mereka telah disucikan.”

Wanita penghuni syurga ini tidak pernah disentuh lelaki lain dan tidak memangang lelaki lain.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Surah ar-Rahman ayat 56)

• Usia Mereka Sebaya :

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan. (iaitu) kebun-kebun dan buah anggur, wanita-wanita yang sebaya.” (Surah an-Naba ayat 31-33)

• Mereka Dijadikan oleh Allah SWT sebagai gadis :

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah al-Waqiah ayat 35-37)

Tentang ayat ini, ada dua penafsiran:

1. Gadis tersebut adalah bidadari syurga. (diciptakan khusus untuk penghuni syurga)

2. Wanita dari kalangan manusia (yang layak memasuki syurga) yakni Allah SWT kembalikan mereka menjadi gadis. (akan menjadi ketua bidadari untuk suaminya)

Dalam satu riwayat disebutkan, “Pernah seorang wanita tua minta agar Rasulullah SAW mendoakannya masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Ummu Fulan, syurga tidak dimasuki wanita tua." 

Wanita itu pun kembali dan menangis. Rasulullah SAW lalu bersabda,  "Kabarkan kepadanya, dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua , kerana  Allah berfirman maksudnya :

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Surah al-Waqiah ayat  35-37).” (Hadis ini dinyatakan hasan oleh asy-Syaikh al-Albani dalam Mukhtashar asy-Syama’il).

Sahabat yang dimuliakan,
Syeikh Muhammad al-’Utsaymīn pernah ditanya, “Jika seorang wanita dari kalangan ahli syurga belum pernah bernikah di dunia, atau beliau sudah bernikah namun suaminya tidak masuk syurga, maka siapakah yang akan bersama wanita itu (di syurga)?”

Beliau menjawab, “Jawapan atas pertanyaan ini dapat diambil dari keumuman firman Allah Taala:

وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ نُزُلاً مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيم

Maksudnya : “Dan bagi kamu di dalamnya (akhirat) apa yang kamu inginkan dan bagi kamu (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Rabb yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Fushshilat (41) ayat 31-32)

Juga dari (keumuman) firman Allah Taala:

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُون

Maksudnya : “Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.” (Surah Az-Zukhruf (43) ayat 71)

Jika seorang wanita termasuk ahli syurga dan dia belum pernah bernikah (di dunia), atau ternyata suaminya (di dunia) tidak termasuk ahli syurga, maka apabila wanita itu memasuki syurga nescaya dia akan mendapati bahawa di syurga ada pemuda-pemuda yang juga belum bernikah (di dunia), yang mana pemuda-pemuda tersebut memiliki isteri-isteri dari kalangan bidadari dan wanita-wanita dunia—jika mereka menghendaki dan jiwa mereka menginginkan hal itu. Maka begitu pula yang kita katakan terkait dengan wanita tadi—(iaitu) apabila dia belum memiliki suami (di dunia) atau dia memiliki suami di dunia namun suaminya tidak masuk syurga bersamanya—bahawa apabila ia ingin menikah maka ia pasti akan mendapatkan apa yang ia inginkan tersebut, berdasarkan keumuman ayat-ayat di atas. Pada saat ini saya belum mendapati nas yang khusus dalam permasalahan ini, dan ilmu adalah milik Allah Taala.” [Fatwa al-Aqidah, hal. 312]

Beliau juga berkata, “Hanyalah disebutkan isteri-isteri bagi para lelaki, sebab lelaki adalah pihak yang mencari dan menginginkan wanita. Kerana itulah hanya disebutkan isteri-isteri bagi para lelaki di syurga dan tidak disebutkan suami-suami bagi para wanita. Namun hal ini bukan bererti para wanita tersebut tidak memiliki suami (di syurga), bahkan wanita-wanita tersebut memiliki suami-suami dari kalangan anak Adam.” [Fatwa al-Aqidah, hal. 313]

Sifat-sifat di atas hanya sebagian kecil dari sifat wanita syurga yang telah disebutkan oleh al-Quran dan as-Sunah.

Makanan Ahli Syurga.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan buah-buahan yang mereka pilih dan daging burung yang mereka inginkan.” (Surah al-Waqi’ah ayat 20-21)

Buah-Buahan di Syurga Banyak dan Tidak Terputus.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, serta kasur-kasur yang tebal lagi empuk.” (Surah al-Waqi’ah ayat 32-34)

Allah SWT berfirman maksudnya : “Buah-buahannya dekat, (kepada mereka dikatakan), ‘Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu’.” (Surah al-Haqqah ayat 23-24)

Dari Tsauban, Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا نَزَعَ ثَمَرَةً مِنَ الْجَنَّةِ عَادَتْ مَكَانَهَا أُخْرَى

Maksudnya : “Seorang penghuni syurga jika memetik buah di syurga, buah yang lain akan menempati tempatnya.” (Hadis Riwayat. ath-Thabarani, dinyatakan sahih dalam Jami’ ash-Shagir no. 1617 dan ash-Shahihah no. 1598)

Minuman Ahli Syurga :

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur. (iaitu) mata air (dalam syurga) yang darinya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.” (Surah al-Insan ayat 5-6)

Allah SWT berfirman maksudnya : “Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe. (Yang didatangkan dari) sebuah mata air (di syurga) yang dinamakan Salsabil.” (Surah al-Insan ayat 17-18)

Abu Umamah r.a. mengatakan, “Seorang penghuni syurga ingin meminum minuman. Datanglah ceret ke tangannya kemudian ia pun minum dan ceret tersebut kembali ke tempatnya.” (Dinyatakan mauquf oleh asy-Syaikh al-Albani)

Sungai di Syurga :

Allah SWT  berfirman maksudnya : “Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?” (Surah Muhammad ayat 15)

Kenikmatan Tertinggi: Melihat Allah SWT:

Kenikmatan penduduk syurga yang paling agung adalah melihat wajah Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya :

“Wajah-wajah mereka itu berseri-seri kerana melihat Rabbnya.” (Surah al-Qiyamah ayat  22-23)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Bagi orang-orang yang berbuat baik al-husna dan tambahannya.”(Surah Yunus ayat 26)

Para ahli tafsir menafsirkan ayat di atas : “Al-husna adalah syurga. Tambahannya adalah melihat wajah Allah SWT”

Dari Shuhaib, Nabi SAW bersabda :

إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ -قَالَ- يَقُولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ؟ فَيَقُولُونَ: أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا، أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ؟ قَالَ: فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ، ثُمَّ تَلاَ هَذِهِ الآيَةَ: { ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ}

Maksudnya : “Ketika penduduk syurga masuk ke dalamnya, Allah SWT berfirman, ‘Kalian ingin Aku menambah (nikmat) untuk kalian?’ Penduduk syurga pun berkata, ‘Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke syurga dan menyelamatkan kami dari neraka?’ Rasulullah berkata, “Allah SWT membuka hijab (sehingga mereka melihat Allah). Tidaklah mereka diberi nikmat yang lebih mereka senangi selain melihat Rabb mereka.” Kemudian Rasulullah SAW membaca: “Bagi orang-orang yang berbuat baik al-husna dan tambahannya (Surah Yunus ayat 26).” (Hadis Riwayat Muslim)

Demikianlah sebagian keindahan dan kenikmatan syurga yang Allah SWT persiapkan.

Contoh-contoh sahabat-sahabat Rasulullah SAW akan menjadi ahli syurga :

Pertama : Kisah Anas bin Nadhr r.a.

Ketika di Perang Uhud, beliau melihat sebagian orang mundur. Namun, beliau tetap maju sembari berkata kepada Sa’d bin Mu’adz z, “Wahai Sa’d, demi Rabb Nadhr, aku telah mencium wangi syurga di dekat Uhud.”

Anas r.a. berkata, “Kami temukan di tubuhnya ada delapan puluh lebih tusukan pedang, tombak, atau panah. Kami dapati beliau telah meninggal (syahid) dan dicacah oleh orang musyrikin. Tidak ada yang mengenalinya selain saudarinya.” (Muttafaq alaih)

Kedua : Kisah Abu Dahdah r.a.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Betapa banyak kurma yang bergelantungan di pohonnya untuk Abu Dahdah di syurga.” (Dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Jami’ush Shagir no. 4574)

Apa sebab beliau mendapat keutamaan ini? Dalam riwayat lain dijelaskan sebabnya. Ketika turun ayat:

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak?” (Surah al-Baqarah ayat 245)

Abu Dahdah r.a. berkata, “Wahai Rasulullah, Allah ingin meminjam dari kita?” Rasulullah SAW menjawab, “Benar, wahai Abu Dahdah.” Abu Dahdah berkata, “Perlihatkanlah tanganmu kepadaku, ya Rasulullah, aku telah meminjamkan kebun kurmaku kepada Rabbku.” Ibnu Mas’ud berkata, “Kebun kurmanya berisi enam ratus pohon kurma.” (Dinyatakan sahih oleh asy-Syaikh al-Albani dalam takhrij Musykilatul Faqr)

Ketiga : Kisah Wanita yang Sering Tidak Sadarkan Diri.

Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku sering tidak sadarkan diri (epilepsi) dan (ketika itu) tersingkap hijabku. Doakanlah aku agar disembuhkan oleh Allah.”Rasulullah SAW  berkata, “Jika engkau mahu bersabar, engkau akan mendapatkan syurga. Namun, kalau memang engkau mahu didoakan, aku akan mendoakanmu.” Wanita tadi berkata, “Kalau begitu aku akan sabar.” (Muttafaq ‘alaih)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal ibadah, beramal soleh dan melakukan sebanyak mungkin kebaikan semata-mata ikhlas kerana Allah SWT. Mukmin yang ikhlas dan sentiasa berjihad dan berjuang dijalan Allah SWT dan mewakafkan diri dan hidupnya semata-mata kerana Allah SWT maka rahmat dan kasih sayang-Nya akan diperolehinya. Syurga seluas langit dan bumi akan diwariskan kepada orang-orang mukmin yang bertakwa dan beramal soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk penduduk syurga-Mu dan jauhkan kami daripada seksa neraka-Mu. 

Wallahu a’lam.





No comments: