skip to main |
skip to sidebar
Soal Jawab Agama Siri 67 (Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah, Solat Memejamkan Mata, Perbezaan Sunat dan Sunah Dan Lain-lain)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 67 adalah menjelaskan persoalan asbabun nuzul surah al-Baqarah, solat dengan memejamkan mata, perbezaan sunat dan sunah, huraian sunah Nabi SAW dan menolak pemberian hadiah.
621. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan Asbabun Nuzul untuk surah dan ayat-ayat berikut :
Pertama : Surah al-Baqarah ayat 1-5.
Kedua : Surah al-Baqarah ayat 6-7.
Ketiga : Surah al-Baqarah ayat 19-20
Keempat : Surah al-Baqarah ayat 26-27
Kelima : Surah al-Baqarah ayat 44.
Jawapan :
Pertama : Surah al-Baqarah ayat 2-5.
Firman Allah SWT :
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)
Maksudnya : Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (QS. 2:2)
3) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ)
3. "(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka".(QS. 2:3)
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)
4. Maksudnya : "Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat."(QS. 2:4)
أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
5 Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung.(QS. 2:5)
Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 2-5 .
"Mujahid r.a menjelaskan, bahawa empat ayat pertama tersebut di turunkan untuk menerangkan sifat-sifat dan perilaku orang-orang mukmin. Lalu dua ayat setelahnya tentang sifat orang-orang munafik, dan dari ayat 40-120 tentang Bani Israel." (Hadis Riwayat Faryabi dan Ibnu Jarir . Lihat ad-Darrul Mantsur 1/59)
Kedua : Surah al-Baqarah ayat 6-7.
Firman Allah SWT :
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡهِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (٦) خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ وَعَلَىٰ سَمۡعِهِمۡۖ وَعَلَىٰٓ أَبۡصَـٰرِهِمۡ غِشَـٰوَةٌ۬ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٧
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang kafir..." Kedua ayat ini turun pada orang-orang Yahudi Madinah yang diberi peringatan oleh Allah, tetapi mereka tetap ingkar. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka. Bagi mereka siksa yang pedih" (QS. 2 : 6-7)
Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 6-7 :
Ibnu Abbas r.a. memaparkan, bahawa kedua ayat tersebut diturunkan sehubungan dengan kaum Yahudi Madinah, yang meskipun diberi peringatan, mereka tetap tidak akan beriman." (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Ishaq. Lihat tafsir Ibnu Katsir : 1/85)
Ketiga : Surah al-Baqarah ayat 19-20
أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ (19) يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (20
Maksudnya : "Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat ; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, kerana (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir. (19) Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (20).
Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 19-20.
"Sejumlah sahabat menjelaskan, bahawa kedua ayat ini di turunkan berkenaan dengan dua orang munafik Madinah yang lari dari ajaran Rasulaullah SAW dan menuju tempat orang-orang musyrik. Di perjalanan, mereka ditimpa hujan lebat dan guruh yang dahsyat. Akibat ketakutan, mereka kembali pulang, menyesali perbuatan mereka, kemudian menghadap Rasul SAW untuk kembali memeluk agama Islam." (Hadis Riwayat Ibnu Jarir , Ibnu Abbas dan Ibnu Masud. Lihat ad- Durrul Mantsur : 1/82)
Keempat : Surah al-Baqarah ayat 26-27
Firman Allah SWT :
إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ
وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا
يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا
وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ26
الَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ27
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:”Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?”. Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik, (26). (yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi”.(27)
Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 26-27.
As-Suddi r.a. memaparkan , bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan perkataan orang-orang munafik. Saat Allah membuat dua perumpamaan, seperti tersebut dalam QS 2: 17 dan 19, untuk orang-orang munafik, mereka berkata : "Mungkinkah Allah Yang Mahatinggi dan Maha luhur membuat suatu perumpamaan seperti itu? " (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim . Lihat ad- Durrul Mantsur : 1/78)
5. Surah al-Baqarah ayat 44.
Firman Allah SWT :
قَالَ اللهُ تَعَالى: أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَـابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ {44}
Maksudnya :"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat) Maka tidakkah kamu berfikir (QS 2 : 44)
Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah Ayat 44 :
Qatadah r.a. menuturkan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Bani Israel yang selalu menyuruh orang lain agar taat dan bertakwa kepada Allah, serta mencegah mereka berbuat maksiat kepada-Nya , akan tetapi mereka sendiri malah meninggalkan ketaatan kepada Allah dan lebih memilih mendahulukan perbuatan maksiat." (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan as-Suddi. Lihat Ibnu Katsir : 1/ 246 dan tafsir al-Kabir Fakhr ar- Razi : 1/413
622. Soalan : Apa hukum solat dengan menutup (memejamkan) mata?
Jawapan :
Pada
dasarnya, tidak ada keterangan secara jelas sunah yang melarang atau
menetapkannya. Hanya saja terdapat beberapa dalil yang menunjukkan
bahawa solatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan para
sahabatnya adalah dengan membuka mata (melihat). Seperti permintaan
beliau agar disingkirkan tirai yang bergambar kerana mengganggu
solatnya. Ini menunjukkan baahwa baginda membuka mata dalam solatnya.
Hadis Ma'mar yang bertanya kepada Khabbah menunjukkan bahwa para sahabat solat dengan membuka mata,
أَكَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي
الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ قَالَ نَعَمْ قُلْنَا بِمَ كُنْتُمْ تَعْرِفُونَ
ذَاكَ قَالَ بِاضْطِرَابِ لِحْيَتِه
"Apakah Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam membaca dalam solat Zuhur dan Asar?" beliau menjawab,
"Ya." Kami bertanya, "Bagaimana kalian mengetahui hal itu?" beliau
menjawab, "Dengan gerakan janggutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)
Dari
sini para ulama memakruhkan memejamkan kedua mata semasa solat, kecuali
kerana keperluan mendesak seperti tidak mungkin boleh khusyuk kecuali
dengannya. Misalnya, berdiri di depannya orang yang memakai baju
bergambar yang membaut tertawa atau ada tulisan yang mengganggu
penumpuan.
Larangan ini telah tertulis dalam beberapa kitab,
seperti Al-Raudh al-Murabba' milik Ibnul Qasim: 1/95, Mannarul Sabil
milik Ibrahim Dhauyan: 1/66, Al-Kaafi fi Fiqh ahlil Madinah milik Abu
Umar Abdulbarr al-Qurthubi: 1/285, Al-Mughni milik Ibnu Qudamah: 2/30,
dan Al-Iqna': 1/127, dan lainnya.
Imam al-Kasani berkata,
"Dimakruhkan, kerana ia menyalahi sunnah. Bahawa disyariatkan
mengarahkan pandangan ke tempat sujud. Kerana setiap anggota tubuh punya
bagiannya dalam ibadah, begitu juga kedua mata." (Bada-i' al-Shana-i':
1/503)
Imam Al-'Izz bin Abdussalam dalam Fatawa-nya membolehkan
untuk memejamkan mata ketika ada keperluan, jika hal itu lebih membuat
orang yang solat lebih khusyu dalam solatnya.
Sementara Ibnul
Qayyim dalam Zaad al-Ma'ad menerangkan, jika seseorang boleh lebih
khusyu dengan membuka mata maka itu lebih utama. Namun jika ia akan
lebih khusyuk dengan memejamkan kedua mata kerana ada sesuatu yang
mengganggunya berupa hiasan maka tidak dimakruhkan secara mutlak.
Bahkan –dalam keadaan ini- pendapat yang menganjurkan memejamkan mata
lebih dekat kepada tujuan dan prinsip syariat daripada
623. Soalan : Apakah perbezaan di antara sunat dan sunah?
Jawapan :
1.Sunat :
Sunat merujuk kepada hukum iaitu perbuatan atau percakapan yang
disunatkan iaitu jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika
ditinggalkan tidaklah berdosa. Ia adalah salah satu dari lima hukum
taklifi (yakni hukum Syariat yang ditetapkan ke atas perbuatan-perbuatan
manusia) iaitu; wajib, sunat, harus, haram dan makruh.
2. Sunah :
Adapun
sunah atau as-Sunah, ia bermaksud cara hidup Nabi SAW atau apa yang datang
dari bagindai. Pengertian Sunah lebih luas dari sunat kerana Sunah
terangkum di dalamnya semua yang diwarisi dari Nabi SAW meliputi perbuatan , percakapan , pengakuan , sifat-sifat Nabi SAW (sama ada sifat
kejadian atau sifat akhlak) dan seerah hidup baginda (dari mula
kelahiran hingga kewafatannya).
Sunah ada yang wajib kita amalkan, ada
yang sunat diamalkan dan ada yang elok untuk diikuti. Sebagai contoh
tadi; makan dengan tangan kanan, ia termasuk dalam sunah yang wajib
diamalkan. Adapun yang lain-lainnya (berwuduk mulai dari anggota kanan,
memakai pakaian, sepatu bermula dari kanan dulu, melangkah kaki kanan
dulu untuk masuk masjid dan sebagainya tadi) ia adalah sunah yang
termasuk dalam kategori sunat.
624. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan lebih jelas lagi maksud as-Sunah?
Jawapan :
Pengertian as-Sunah
Apa yang terbit dari Nabi SAW dinamakan as-Sunah. Secara amnya para ulamak mentakrifkan
as-Sunah sebagai; “Segala yang terbit dari Nabi SAW selain dari
al-Quran- sama ada ucapan baginda, perbuatan baginda atau pengakuan
baginda”. Berdasarkan takrifan ini, maka as-Sunah dapat dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu;
1. Sunah Qauliyah
Iaitu
perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Nabi SAW dalam pelbagai
sempena dan tujuan. Kebiasaannya dipanggil dengan al-Hadith (الحديث) di
mana apabila disebut sahaja al-Hadith maka difahami bahawa yang
dimaksudkan ialah Sunnah Qauliyah (yakni ucapan-ucapan Nabi SAW.).
2. Sunah Fi’liyah
Iaitu
apa-apa yang dilakukan atau dikerjakan oleh Nabi SAW. Contoh Sunah
Fi’liyah ini juga banyak, antaranya; perlaksanaan solat dengan
bentuk-bentuk dan rukun-rukunnya, perlaksanaan haji, pengadilan baginda
dalam penghakiman dan sebagainya.
3. Sunah Taqririyah
Iaitu
senyap Nabi terhadap perbuatan atau percakapan yang berlaku di hadapan
baginda iaitu baginda tidak mengingkarinya. Senyapnya baginda itu
menunjukkan bahawa perbuatan atau percakapan itu adalah harus di sisi
Syarak kerana seorang nabi tidak akan sekali-kali membisu apabila
berhadapan dengan kebatilan.
Perbuatan Nabi dan ruang-lingkupnya
Antara
yang tergolong dalam as-Sunah ialah perbuatan Nabi SAW.
Perbuatan-perbuatan Nabi SAW ada yang berkait dengan urusan agama
secara langsung (seperti urusan ibadat, ketetapan hakam, halal dan haram
dan sebagainya), ada yang berkait dengan urusan duniawi (seperti
politik, masyarakat, ketenteraan dan seumpamanya) dan ada yang berkait
dengan amalan rutin atau kebiasaan sebagai manusia (antaranya makanan,
pakain, kenderaan dan sebagainya). Secara lebih jelas, Syeikh Muhammad
al-Hadhari dalam bukunya “أصول الفقه” menjelaskan; “Perbuatan-perbuatan
Nabi SAW terdiri dari tiga kategori;
a) Jibilli (جبلي); iaitu
perbuatan yang bersifat tabi’ie atau kebiasaan sebagai manusia seperti
makan, minum, tidur, berpakaian dan yang seumpamanya.
b) Qurb
(قرب); iaitu perbuatan untuk taat atau mendekatkan diri kepada Allah
seperti solat, puasa, sedekah dan yang semisal dengannya.
c)
Mu’amalat (معاملات); iaitu perbuatan yang berupa interaksi sesama
manusia seperti jual-beli, perkahwinan, akad muzara’ah, mu’amalat harta
dan semisalnya.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga menjelaskan; “Di
antara yang dapat diperhatikan ialah dari kalangan fi’liyah Nabi SAW
ada yang terbit dari jibiliyyah dan tabi’iyyah (yakni kebiasaan dan
tabi’ie sebagai manusia) seperti riwayat soheh yang menceritakan;
“Adalah Nabi menyukai labu (الدباء/القرع)”. Begitu juga, riwayat yang
menceritakan; “Baginda menyukai daging di bahagian kaki (kambing atau
sebagainya)”.
Di antara sunah Fi’liyyah ada juga yang terbit dari
adat/kebiasaan seperti memakai serban dan melepaskan ekornya antara dua
bahu. Di antara sunah fi’liyyah itu juga ada yang terbit dari baginda
dalam bentuk qurbah iaitu yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri
kepada Allah ketika melakukannya seperti perbuatan-perbuatan baginda
dalam solat, ketika haji dan umrah, zikir-zikir dan doa dan yang lain
lagi seumpamanya…”.
625. Soalan : Saya ingin bertanya, apakah hukumnya menolak pemberian orang lain tanpa jelas alasannya, contohnya seperti hadiah? Terima kasih.
Jawapan :
Hadiah atau pemberian jika sekiranya berupa suatu yang halal dan tidak
berselindung di sebalik tujuan yang haram seperti rasuah, menggadai
prinsip dan sebagainya, sunat kita menerimanya kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam- sentiasa menerima hadiah yang diberikan
kepadanya termasuk dari orang bukan Islam, di samping terdapat hadis
secara khusus Rasulullah menggalakkan kita menerima pemberian orang lain
kepada kita. Di bawah ini kita kemukakan sebahagian hadis tentangnya;
1.
Dari Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda; “Jika aku dihadiahkan kaki (kambing atau sebagainya) nescaya
akan aku terimanya dan jika aku dijemput ke jamuan yang menghidangkannya
nescaya akan aku penuhi” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi. Kata
at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).
2. Abu Hurairah r.a.
menceritakan dari Nabi SAW. yang bersabda; “Jika aku diajak kepada
hidangan betis (kambing) atau kakinya nescaya akan aku penuhinya dan
jika dihadiahkan kepadaku betis (kambing) atau kakinya nescaya akan aku
terimanya” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari).
Nilai kaki kambing tidaklah
seberapa, namun Rasulullah tetap menghargainya dan tidak keberatan
untuk menerimanya sebagai hadiah dari orang lain. Berkata Imam Ibnu
Battal –mengulas hadis di atas-; Hadis ini merupakan galakan dari Nabi
kepada umatnya supaya mereka saling memberi hadiah, menghubung
silaturrahim, menjinak-jinakkan dan saling berkasih sayang. Baginda
menjelaskan bahawa beliau tidak menganggap remeh/kecil sesuatu apapun
yang dihadiahkan kepadanya atau dijemput beliau menghadirinya. Tujuan
baginda ialah agar tiada sesiapa pun yang keberatan memberi hadiah
kerana merasa kecil hadiah yang ingin diberikan. Baginda memberi contoh
dengan kaki kambing sebagai galakan yang sungguh-sungguh supaya kita
menerima hadiah sekalipun kecil”. (Syarah Soheh al-Bukhari, oleh Ibnu
Battal).
3. Imam Ahmad dan a-Bazzar meriwayatkan dari Saidina
‘Ali yang menceritakan; “Kisra (Raja Parsi) pernah memberi hadiah kepada
Rasulullah dan baginda menerimanya. Raja-raja yang lain juga memberi
hadiah kepadanya dan baginda menerima”. Terdapat dalam Sunan an-Nasai;
riwayat dari Abdurrahman bin ‘Alqamah as-Saqafi yang menceritakan;
Rombongan Tsaqif datang untuk bertemu Nabi. Mereka tiba dengan membawa
hadiah. Nabi bertanya mereka; “Hadiah atau sedekah?”. Mereka menjawab;
“Hadiah”. Nabi lalu menerimanya. (Lihat hadis-hadis ini dalam; Tuhfah
al-Ahwazi).
Hadis di atas menunjukkan kepada keharusan menerima
hadiah dari orang bukan Islam jika hadiah itu berupa suatu yang halal
dan tidak bertujuan jahat.
4. Abdullah bin Umar menceritakan; Aku
telah mendengar bapaku (iaitu Umar bin al-Khattab) menceritakan;
Rasulullah pernah memberiku satu hadiah/pemberian, lalu aku berkata; “Ya
Rasulullah, berilah ia kepada orang yang lebih fakir dariku”. Lalu
Rasulullah berkata kepadaku; “Wahai Umar, ambillah. Jika datang kepadamu
suatu harta tanpa engkau mengharap-harapnya dan tanpa engkau
memintanya, terimalah. Namun jika sebaliknya, janganlah engkau
menggantung hati padanya” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Berkata
Imam an-Nawawi; Menurut pandangan yang soheh dan masyhur yang menjadi
pegangan jumhur ulamak; menerima pemberian harta dari orang lain adalah
sunat kecuali pemberian dari sultan (pemeintah) di mana sebahagian
ulamak mengharamkannya, sebahagian memakruhkannya dan sebahagian lagi
mengharuskannya. Pandangan yang soheh ialah; jika harta yang menjadi
milik sultan itu kebanyakannya datang dari sumber yang haram, haram
menerima pemberiannya. Begitu juga, haram menerimanya orang yang tidak
berhak mendapatnya. Adapun jika kebanyakan hartanya datang dari sumber
yang tidak haram, harus menerima pemberiannya kecualilah jika orang yang
ingin menerima itu padanya terdapat suatu tegahan yang tidak
melayakkannya untuk mengambil pemberian itu. Ada juga segolongan ulamak
berpandangan; Menerima pemberian adalah wajib sama ada dari sultan atau
orang lain. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).
Dari
penjelasan di atas dapatlah kita simpulkan bahawa menolak pemberian atau
hadiah orang lain tanpa alasan hukumnya adalah makruh kerana ia
bertentangan dengan sikap Nabi, lebih-lebih lagi jika pemberian itu
datang dari saudara mara dan orang baik-baik. Berkata Imam Ibnu Jarir;
“Menolak pemberian dari orang soleh bercanggah dengan adab yang diajar
oleh agama” (Faudhul-Qadier).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah al-Bukhari, oleh Ibnu Battal, Kitab al-Hibah wa Fadhliha wa at-Tharidh ‘Alaiha.
2. Tuhfah al-Ahwazi, Abwab al-Ahkam, bab Ma Ja-a Fi Qabul al-Hadiyyah wa Ijabati ad-Da’wah.
3.
Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Juzuk 9, Kitab az-Zakah, bab
Ibahat al-Akhzi Liman U’tiya min Ghairi Masalatin wa la Israafin.
4. Faidhul-Qadier, hadis no. 7768 dan no. 7769.
No comments:
Post a Comment