Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Cara-cara tersebut adalah seperti berikut :
1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.
2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
4. Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat
5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah
6. Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah.
7. Melaungkan Azan
8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu.
9. Membaca Tiga (3) Qul Sebelum Tidur
10. Membaca zikir al-Mathurat.
Huraiannya :
1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan
Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini. “ Dan apabila masuk ke rumah tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)
2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
Rumah yang pintunya ditutup dengan membaca Bismillah tidak akan dimasuki syaitan, (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.……
Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)
3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wasallam, baginda bersabda, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 2187)
4. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Daripada ‘Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat (fardu/wajib).”
Nabi SAW bersabda makasudnya, "Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas setiap kali selesai solat (fardu) " (Hadis Riwayat Abu Dawud, 2/86, an-Nasai 3/68. Lihat pula Sohih Sunan at-Tirmidzi, 2/8. Kumpulan ketiga-tiga surah ini dinamakan al-mu’awidzat - lihat Fathul Baari Syarah Sohih al-Bukhari, 9/62)
5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah.
Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya (kekuasaanNya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad)
6. Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)
7. Melaungkan Azan
Syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Hadis Riwayat Muslim).
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Mujadilah [19] :Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;
9. Membaca Tiga (3) Qul Sebelum Tidur
Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
10. Membaca zikir al-Mathurat.
“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)
Di dalam al-Mathurat adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang memnacanya selepas subuh dan selepas asar/magrib. Kelebihannya adalah seperti berikut :
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment