skip to main |
skip to sidebar
Jauhi Mengumpat Dan Mencerca Orang Lain
Ayat ini
biasa kita dengar. Betul ke mengata depan-depan tak salah (tak berdosa)?
Kalau kita lihat surah al Humazah ayat 1,
Allah سبحانه وتعالى
berfirman:
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ [الهمزة : 1
Ertinya: Kecelakaan / lembah neraka bagi orang yang "HUMAZAH" dan "LUMAZAH"
(Surah al Humazah ayat 1)
Apa makna humazah dan lumazah?
1. Kata Ibnu Abbas:
عن ابن عباس أن الهمزة : الذي يغتاب واللمزة : العياب .
Ertinya: al Humazah itu yang mengumpat (dibelakang) dan al Lumazah itu yang mengaibkan.
2. Pendapat ulama' lain:
وقال أبو العالية والحسن ومجاهد وعطاء بن أبي رباح : الهمزة : الذي يغتاب
ويطعن في وجه الرجل ، واللمزة : الذي يغتابه من خلفه إذا غاب
Kata
Abu Al Aliah, al Hasan, Mujahid, Ata' bin Abi Rabah: al HUMAZAH ialah
yang mengumpat dan mencerca di depan muka seseorang dan al LUMAZAH ialah
yang mengumpat orang yang di belakangnya .
Jadi kalau mengikut
tafsiran ulama, kata- kata: "SAYA TAK MENGUMPAT, SAYA KATA
DEPAN-DEPAN" adalah tidak betul. Ini kerana kata di depan juga termasuk
dalam kategori yang dilarang dalam Islam sebagaimana tafsiran surah al
Humazah tadi. Semoga kita dapat memperbetulkan anggapan kita dan amalan
kita.
Dipetik dari Tafsir al Qurtubi
2 comments:
tazkirah ini ringkas dan padat...sangat baik..semoga ustaz dapat menghasilkan tazkirah seperti ini lagi.
Teruskan menulis ustaz. Jgn berhenti
Giatkan lagi.
Post a Comment