Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai
antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost
immune system. Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam
proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.
Lemon
mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids,
pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan
sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon
sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah
penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon
bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada
hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan
penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan
bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air
lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik
untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium,
kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air
Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam
lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat
membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid
glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian
mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak
barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri
antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit
tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam
beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon
adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia
mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh
membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne.
Lemon
mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne.
Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk
kulit yang sihat dan bersinar.
Caranya:
Dengan
menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke
tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula
memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa.
Campurkan satu
bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan
campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya
setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi,
satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas.
Kajian
membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya
boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas,
takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan
konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner
berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE).
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni.
Caranya:
Campurkan
lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni
at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman
nanti dah tak rasa apa.
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan
sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu.
habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan. Minum setiap
2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila
kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara
dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel
pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk
membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya
sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan
air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali
sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada
tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan
lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral
lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk
membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak
dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan
potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan
semalaman. Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil
yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu
dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan
yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan
8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu
besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan
lagi healing power of lemon tadi Rendamkan kain ke dalam campuran tadi,
perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3
kali sehari.
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk
lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa
yang sama sebagai refreshment. Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia
boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada
sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang
brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada
bekas aromatherapy yang telah diisi air Ataupun minum segelas air lemon
selang beberapa jam.
Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan
3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah
lemak ataupon susu soya Reneh atas api selama 5 minit, Tapiskan dan
sejukkan. Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari Dan
sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam
lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut
di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil,
campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu. Untuk buat insect repellent,
tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke
udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon
boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam
bilik. Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit
yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2
oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Menidurkan Insomnia
Kajian
menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs
seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk
tidur. Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage
lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of
lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan.
Menyelamatkan perut
Setiap
kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam. Asid
pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti
otot perut Selamat tinggal Varicose Vein!.
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan
campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the
direction of the heart. Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan,
campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan
juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml)
madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi
tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan
Amalkan
meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari.
Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali
sehari. Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk
mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan
beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba
oil.
Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan. Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan:
Kanak-kanak
berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang
tidak sesuai minum jus lemon. Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan
terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu
sekurang-kurangnya setengah jam.
Semoga bermanfaat!