Saturday, September 19, 2009

Ramadan Tetamuku!

Ramadan!
Malam ini kau telah pergi meninggalkanku, dengan kesepian, kesedihan kerana sepanjang menjadi tetamuku jasamu cukup besar! 

Kau ajarkanku erti kehidupan, erti perhambaan kepada Yang Maha Pencipta, kau didik hatiku yang keras menjadi lembut, kau ajarku untuk menatap dan membaca al-Quran kerana sebelum ini aku alpa untuk menatap lambaran yang suci ini. 

Kau ajarku untuk berpuasa, berlapar dan dahaga dan menjaga segala pancaindera dari maksiat untuk menyahut panggilan suci memenuhi tuntutan Rukun Islam.

Kegigihanmu melatihku untuk memiliki sifat mahmudah iaitu sifat sabar, baik sangka, takwa, tawakkal, lemah lembut, rendah diri, bersyukur dan sopan santun dan juga kau minta dijauhi segala sifat-sifat mazmumah iaitu sifat marah, suka mengumpat, sombong, bongkak, takbur, iri hati, ujub ,batu api dan hasad dengki. telah benar-benar mendidik hatiku.

Alangkah indahnya kau gerakkanku untuk bangun malam bersama-samamu bertahajud dan berqiyamulail sepanjang kehadiranmu 29 hari di sisiku, mengadap wajah kehadrat Rabbul Jalil, di rumah Allah, hingga ku rasakan rumah Allah telah menjadi rumah ke duaku, hatiku bertambah bersih, jiwaku bertambah murni dan perasaanku bertambah cinta pada Yang Maha Berkuasa.

Inilah kali pertamaku rasakan kehadiranmu tahun ini, mendorongku untuk iftar secara berjemaah penuh dan tidak pernah meninggalkan solah berjemaah. Dan merasa cukup seronok dan terisi jiwa ini dengan tazkirah Ramadan sebelum iftar.

Ramadhan!

Kedatanganmu membawa seribu rahmat, seribu pengampunan dan seribu pembebasan dari seksaan api neraka. 

Semua makluk yang ada dibumi dan para malaikat menanti-nanti kedatanganmu, mereka mendokan kepada sesiapa sahaja diantara anak Adam yang melayanmu sebagai tetamu ,mereka akan mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat, dan terampunlah segala dosa-dosa mereka. Aku bersyukur kerana kau menjadi tetamuku yang cukup akrab dan aku tidak mensia-siakan kehadiranmu.

Ramadan!

Bersama-sama kehadiranmu, kau ada membawa satu hadiah yang cukup istimewa, iatu lebih baik beribadah seribu bulan iaitu 'malam lailatul qadar'. 

Aku menanti-nanti akan hadiahmu itu, kau rahsiakannya atas perintah Tuanmu, tidak mengapa aku tidak berkecil hati, walaupun aku tidak nampak secara zahir hadiahmu itu, tetapiku rasakan hadiah istimewamu ini ,roh dan gelumbang kebaikannya telah terpancar pada hati, jiwa dan kehidupanku , ku harapkan doa-doaku diterima oleh Allah Azzawajalla.

Aku tetap bersyukur dengan jasa baikmu itu hadir ketika aku keseorangan dan perlukan bimbingan. Ku harapkan Allah SWT  menizinkan kau menjadi tetamuku lagi pada tahun hadapan, insya Allah.

Fadhilat dan Kebaikan Solat Sunat Eidul Fitri


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,  
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"... Kemudian datang malam Eidul Fitri yang dikenali sebagai Lailatul Jaaizah (malam pengurniaan hadiah). Di waktu pagi Eidul Fitri Allah menurunkan malaikat-malaikat-Nya kesemua tempat-tempat dibumi dimana mereka mencari tempat masing-masing menyeru dengan suara yang didengari oleh semua makhluk melainkan manusia dan jin : ' Wahai umat Muhammad, keluarlah dari rumah-rumah kamu ke arah Tuhan yang Mulia dan Agong, yang mengurniakan sebanyak-banyaknya dan mengampunkan dosa-dosa besar.'

Bila mereka menuju ketempat sembahyang raya, Allah berkata kepada malaikat, 'Apakah upah sebenarnya bagi seorang pekerja yang telah memberikan khidmatnya?'

Malaikat-malaikat pun menjawab : 'Wahai Tuhan dan Penguasa kami, adalah berhak baginya bahawa dia mendapat ganjarannya dengan sepenuhnya diatas tugasnya itu.'

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : 'Daku menjadikan kamu sebagai penyaksi, wahai malaikat-malaikat-Ku, kerana mereka telah menyempurnakan puasa mereka terhadap-Ku pada bulan Ramadan, dan kerana terpaksa berdiri dihadapan-Ku bersembahyang diwaktu malam.

Daku telah menganugerahkan mereka dengan ganjaran keredaan-Ku dan telah menganugerahkan mereka dengan keampunan. Wahai hamba-hamba-Ku, bermohonlah sekarang kepada-Ku, kerana Daku telah bersumpah demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku pada hari ini di dalam perjumpaan kamu ini bagi keperluan-keperluan akhiratmu, Daku akan memberikan kepadamu, dan apa sahaja yang kamu minta untuk keperluan duniawimu.

Daku akan melihat keatasmu dengan sewajarnya. Demi kemuliaan-Ku. Daku bersumpah, selagi kamu mematuhi perintah-perintah-Ku. Daku akan menutup kesalahanmu.Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku. Daku bersumpah, bahawa Daku tidak akan menghinamu di antara orang-orang yang melakukan maksiat dan kafir-kafir. Bersurailah sekarang daripada sini, kamu diampunkan. Sesungguhnya kamu telah reda kepada-Ku dan Daku juga reda keatasmu.'

Para malaikat apabila melihat ganjaran yang besar ini yang dikurniakan ke atas umat Muhammad SAW. menjadi begitu sukacita dan gembiranya."

Friday, September 18, 2009

Eidul Fitri Yang Berkat di Sambut Tanpa Maksiat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Ramadan sudah sampai penghujungnya, bulan yang penuh keberkatan ini akan pergi meninggalkan kita. Bagi hati mukmin, perginya Ramadan membuat hati merasa sayu dan sedih, kerana kehadiran Ramadan membawa seribu kebaikan dan kegembiraan iaitu mendapat rahmat Allah, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari seksaan api neraka. Kelebihannya tidak ada pada bulan-bulan yang lain

Sebulan kita menahan lapar. Ringan badan beribadah. Berlapar menutup pintu hasutan syaitan. Muslimin mengikis penyakit-penyakit hati seperti hasad, ego, ‘ujub, sum’ah, bakhil, buruk makan, cinta dunia dan panjang angan-angan. Membuang sifat malas dan berpoya, berpecah dan berseteru.

Madrasah Ramadan merupakan proses tarbiah dan tazkiyah pada hati, jiwa dan roh kepada pembersihan sebenar yang mendekatkan diri kepada Allah SWT Natijah dari segala proses di madrasah ini melahirkan hati yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Takwa inilah merupakan pakaian orang mukmin, pakaian inilah yang dipakainya untuk menghadapi sebelas bulan yang akan datang.

Sahabat yang dimuliakan,
Adakah Ramadan kali ini, merupakan Ramadan yang terbaik pernah sahabat rasai? Adakah segala amal ibadah, puasa, doa, munajat, tafakur, sedekah, bacaan al-Quran yang sahabat laksanakan memberi kesan yang mendalam pada hati , jiwa dan perasaan dan benar-benar dapat merasai kemanisannya? Meningkat atau tidak meningkatnya tarbiah rohiyah ini, berkesan atau tidak berkesannya proses tamrin ini bergantung pada peribadi masing-masing sejauhmana ia hayati Ramadan.

Berbahagialah sesiapa yang diubah perangainya oleh Ramadan. Ia terlepas dari celaan seperti sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud; “Terjauhlah (dari rahmat) sesiapa yang sempat bertemu dengan Ramadan (tetapi tidak memperdulikannya) maka Allah tidak mengampunkannya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dari Kaab bin ‘Ujrah)

Sahabat boleh muhasabah diri sendiri, kesan yang paling nyata adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita laksanakan semasa Ramadan akan dapat kita teruskan dan istiqamah pada bulan-bulan berikutnya , malah mungkin lebih baik lagi. Jika ini berlaku , ini bermakna ciri-ciri takwa itu dapat kita perolehi. Takwa itu ia tidak tersimpan didalam hati sahaja tetapi ia akan dilahirkan dalam berfikir, dalam tindakkan dan membuat keputusan, nampak jelas dalam peribadi, akhlak, tutur kata, pergaulan dan amalan hariannya.

Apakah kamu bertemu malam Lailatul Qadar? Yang pasti kamu telah bertemu Lailatu Qadar hanya kamu tidak mengetahui malam Ramadan ke berapa dan bila saatnya berlaku! Maksud hadis Nabi SAW. menyatakan bahawa sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah disepanjang Ramadan dia sebenarnya telah mendapat malam Lailatul Qadar. Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa fadilat solat isyak berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat separuh malam dan fadilat solat subuh berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat sepanjang malam. Kita mohon kehadrat Allah SWT semoga keberkatan malam Lailatu Qadar tahun ini dapat memberi kesan pada hati, jiwa dan kehidupan kita yang lebih baik dan mendapat keredhan Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Dengan kedatangan Eidul Fitri ini bermakna hari kemenangan umat Islam, perlu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur diatas kemenangan iman menakluki nafsu dalam bulan Ramadhan. Eid bermakna hari kejayaan dan Fitri bermakna fitrah iaitu nurani yang bersih.

Kejayaan disambut pada Eidul Fitri. Berkumandang takbir, tahmid dan tasbih. Hati mukmin semakin akrab dan kasih terhadap Allah, pancaran nur ibadah Ramadan. Zakat fitrah dkeluarkan, tanda syukur menghabiskan Ramadhan dengan penuh adab. Berlapar sebulan menginsafkan ia tentang penderitaan orang miskin dan pelarian perang yang tertindas. Ia menunaikan solat sunat Eidul Fitri menyembah Zat Yang Agung, Allah s.w.t. Hari lebaran membuka ruang untuk bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan, kasih sayang dan berlemah lembut sesama mukmin. Ia berkata didalam takbir, ‘Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Esa, yang benar pada janji-Nya, yang membantu hamba-Nya, yang memenangkan pejuang (agama-Nya) dan mengalahkan pakatan musuh-Nya, semua dengan sendiri-Nya.’

Sahabat yang dikasihi,
Eidul Fitri disambut dengan sederhana. Sederhana dalam makanan dan perhiasan. Yang meriah ialah hati kerana iman yang diperolehi. Apa yang indah ialah kata-kata dan akhlak mulia yang dibina dalam Ramadan, ucapan yang dianjurkan ialah :
1.‘Taqabbalallahu minkum ‘ bererti semoga Allah menerima amal kamu.
2.’Kullu ‘ammun wa antum bikhir’ bererti sepanjang tahun kamu dalam kebaikan.
3.’Minal ‘Aidin wal faizin. Bererti kamu tergolong di kalangan yang mulia dan berjaya.

Tidak perlu bermuzik atau menonton filem yang menggiurkan syahwat.
Sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud ; “ Perlakuan dosa pada hari Eid umpama membuat dosa pada Hari Mahsyar.”
Ingatlah Eidul Fitri ialah satu ibadah bukan adat.

Wednesday, September 16, 2009

Siapakah Musuh Utamamu?

Sahabat yang dikasihi Allah,
Kamu sentiasa dikelilingi musuh-musuhmu, mereka tidak pernah leka atau alpa untuk memantau perjalanan hidupmu.Tunggu apabila sedetik kau leka atau lupa maka jaruam beracun akan dicucuk dihatimu, hingga hatimu menjadi kebas dan keras dan tidak berupaya untuk mengingati Allah, tidak merasai takut akan azab Allah s.w.t. dan tidak takut untuk membuat maksiat. Hati yang sakit ini akan bertambah sakit dan ditambah dengan kuman-kuman yang datang kemudian yang dibawa oleh musuh-musuhmu itu.

Ingatlah sahabat! Iblis dan syaitanlah musuhmu yang utama, bala tenteranya ramai datang silih berganti, mereka ada shif bertukar-tukar staf waktu siang dan malam. Kalaulah ditakdirkan kau boleh melihat wajah mereka dan boleh hitung bilangan mereka, kamu akan terkejut melihatkan wajah mereka yang hodoh dan bilangan mereka memenuhi kamarmu, ada yang disiling, dibumbung, ditandas, didapur dan dihalaman rumah.

Sahabat! Jangan kau bimbangi tipu helah mereka. Mereka telah mendedahkan pekerjaan jahat mereka kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Kau telah kenal rahsia mereka, tektik dan teknik mereka menjalankan perang saraf, godaan dan hasutan mereka! Dari itu jangan terpedaya dengan pujukan dan tipu helah mereka ini.

Walaupun mereka berpengalaman beribu tahun, memahami saikologi manusia tetapi mereka juga ada kelemahan dan kebodohan. Mereka kalah pada hati-hati yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Mereka akan lemah berhadapan dengan hati yang luhur dan ikhlas pada Allah s.w.t. Mereka akan kepanasan apabila lidah sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t., sentiasa membaca Al-Qur'an dan sentiasa istighfar kepada Allah s.w.t.

Ingatlah! Dihati kamu itu ada kamar, akan diisi dengan salah satu daripadanya samaada fujur atau takwa, apabila kamarmu itu diisi dengan zikir dan mengingati Allah, ia akan menjadi takwa, maka malaikatlah yang akan menetap dikamar itu dan larilah syaitan kerana kepanasan, tetapi bila kamu leka dan tidak berzikir, maka akan terbinalah fujur dan syaitan akan meletakkan belalainya. Oleh itu janganlah kamu leka untuk berzikir dan mengingati Allah, kerana hati yang sentiasa mengingati Allah akan membuatkan hati menjadi bersih dan sejahtera, dan segala racun-racun yang dicucuk oleh syaitan itu boleh menjadi penawarnya.

Sahabatku,
Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi akan meninggalkan kita. Bulan yang penuh keberkatan, pergunakanlah baki masa yang ada ini untuk memohon ampun kepada Allah s.w.t., memohon agar Allah membebaskan diri kita daripada siksaan api Neraka, memohon semoga do'a dan hajat-hajat kita diperkenaankan Allah s.w.t., memohon agar dibulan-bulan yang akan datang kita tetap istiqamah dengan Islam, dengan ibadah, dengan zikirullah, dengan amal soleh, denga dakwah, dengan jihad dan mohon semoga Allah melindungi kita daripada dorongan nafsu amarah dan godaan syaitan laknatullah.

Ingat sahabat!
Musuh-musuhmu itu akan bebas dari ikatan belengu yang merantai mereka, musuh-musuhmu akan bertambah garang dan ganas kerana mereka tidak dapat mengoda manusia yang beriman ketika bulan Ramadhan. Mereka akan bermasyuarat dan menyusun perancangan rapi bagaimana hendak memesungkan dan memalingkan hati anak Adam dari mengingati Allah dan dari melaksanakan amal soleh.

Oleh itu saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat semua agar kita susun strategi yang kemas dan rapi bagaimana untuk tetap kekal menjadi Mukmin beriman dan bertakwa setelah berlalunya Ramadhan nanti. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut :

1.Betulkan niat: Kita iaitu masuk dalam Islam keseluruhannya dalam aqidah, ibadah dan amal perbuatan. Pastikan buat semua yang wajib dan fardu dan tinggal semua yang haram, subha, makruh dan maksiat.Isikan dihati kita dengan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat warak, zuhud, baik sangka, sabar, tawaduk, izzah,tawakkal, lemah lembut, rendah diri dan salim pada masa yang sama buangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat sombong, bongkak, takbur, ujub, iri hati dan hasad dengki.

2.Pertingkatkan imanan dan kefahaman Islam: Dengan mengikuti majlis ilmu, usrah dan halaqah, kursus motivasi, rehlah dan muqayam. Jadikan media dalam internet yang mengandungi pengajaran dan ilmu Islam sebagai teman setia kamu.

3.Pastikan solah fardu lima waktu: Di laksanakan dimasjid secara berjemaah dan akifkan diri mengikuti program-program yang dianjurkan pihak masjid.

4.Pilih sahabat-sahabat yang baik dan soleh : Sahabat yang boleh menasihatkan kita bila kita lupa dan tersilap. Nasihat menasihat ini amat berguna untuk kita terhindar dari melakukan kesalahan dan dosa.

5. Dekatilah alim ulama, ustaz atau ustazah dan guru-guru motivasi : Mereka kita jadikan sebagai murabbi (pendidik) yang sentiasa menjadi penasihat. Biah yang soleh ini amat penting untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah.

6.Teruskan amalan sunat : Kerjakan semasa Ramadhan umpama solat tahajjud, solat witir, solat duha, bacaan Al-Qur'an, zikrullah dan jangan tinggal puasa sunat 6 hari dalam bulan Shawal.

7.Sentiasa menyedari kehadiran Iblis dan syaitan :Iblis dan syaitan yang menggoda dan mendatangkan was-was dalam hati kita. Apa sahaja rasa hati yang tak baik, tindakan gopoh dan menangguhkan urusan kebajikan, tidak menyegerakan taubat, solah, sedekah, bayar hutang, bermalas-malas adalah datangnya dari hasutan Iblis dan syaitan. Jika sudah mengenali mereka ayuh jangan tunggu-tunggu lagi, terus kita bekerja dan melaksanakan amal soleh tanpa berlengah-lengah lagi semoga kita mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah s.w.t.

Keadaan Iblis Ketika Umat Islam Membaca Al-Quran, Mengerjakan Haji Dan Puasa


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Iblis laknatullah akan merasa kecewa apabila umat Islam membaca al-Quran, mengerjakan fardu haji di Baitullah dan berpuasa dibulan Ramadan semata-mata kerana Allah SWT.


Pertama : Membaca al-Quran.

 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; "Wahai Iblis, bagaimana keadaan kamu apabila umatku membaca Al-Quran?"

Berkata Iblis ; "Wahai Nabi Allah, apabila umatmu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah SWT. (iaitu ikhlas) maka akan hanguslah seluruh tubuhku dan aku merasa bagai putus segala urat sarafku dan bersegera aku lari dengan kuat menghindarkan diri darinya."

Nabi SAW bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (Hadis Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur (hanya untuk tidur sahaja). Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya." (Hadis riwayat Imam Muslim).


Kedua : Mengerjakan fardu haji di Baitullah.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud ; "Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan rukun haji dengan ikhlas kerana Allah SWT.?"

Berkata Iblis ; "Ya Nabi Allah, binasalah daku dan akan gugurlah dagingku yang ada ditubuhku, disebabkan umatmu telah mencukupkan rukun didalam agamanya".

Ketiga : Mengerjakan puasa di bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud ; "Wahai Iblis, bagaimana pula keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa dalam bulan Ramadan kerana Allah SWT.?"

Berkata Iblis ; "Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut :

1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

2. Bagi orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah SWT. dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukan tidak akan dicatit selama dia berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berasa dukacita yang amat sangat.

Yang paling menyakitkan hati ku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, malaikat , segala kehidupan didarat dan dilaut hatta burung yang terbang diudara dan semua yang bernyawa akan mendo'akan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati orang yang berpuasa Ramadan ialah 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga di tutup pintu neraka dan di bukakan pula semua pintu syurga dengan selebar-lebarnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat dibawah Arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.

"Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadan, maka akan turunlah para malaikat dengan perintah Tuhan untuk menangkap kami dari bangsa iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua kebawah bumi yang paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat, seksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali."

"Semua ini dilakukan oleh Allah SWT supaya kami tidak mengacau dan menganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan berasa lega dan gembira melakukan ibadah puasa tanpa gangguan dari kami, demikian juga dikala bangun untuk makan sahur diwaktu tengah malam, mereka akan berasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti diwaktu bulan lain".

Terdapat beberapa hadis Nabi SAW. yang menceritakan tentang keistimewaan bulan Ramadan:

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud ; " Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan reda (ikhlas) dan menjaga batas-batasnya (sah dan batalnya) dan larangan, serta memelihara dirinya dari kesalahan, nescaya puasanya itu akan menghapuskan semua dosa-dosanya yang telah lalu".

Sabda baginda lagi yang bermaksud ; "Telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat. Allah SWT. telah memfardukan atas kamu berpuasa padanya. Dibukakan di dalamnya semua pintu syurga, dan dikuncikan di dalamnya semua pintu neraka dan dibelenggu di dalamnya segala Iblis dan syaitan". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan An Nasaai serta Al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.)

Sunday, September 13, 2009

Ketenangan Hati Ada Pada Orang Beriman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Banyak orang diberikan Allah kepintaran, kemasyhuran, kesihatan yang baik dan harta yang banyak, namun hatinya dilamun resah dan hidupnya dirasakan hambar. Mahligai yang besar dirasakan umpama sangkar atau penjara. Makanan yan sedap dirasakan tawar dan tidak menyelerakan. Anak pinak dan sahabat handai yang ramai dirasakan membosankan. Hidup seperti tiada erti dan hanya bertujuan menghabiskan saki baki umur sementara menunggu hari kematian.

Banyak pula orang hidupnya kelihatan susah, tiada kemasyhuran, rumah kecil dan makanannya sederhana, namun pada hakikatnya dia sangat bahagia dan gembira. Dia menikmati hidup riang kerana hatinya tenang, walaupun berdepan dengan kemelut hidup yang mencabar.

Tiada ketenangan hati jika tiada iman. Tiada diragu lagi bahawa ketenangan hati adalah sebab utama untuk hidup bahagia.Tetapi ketenangan hati tidak dapat dihasilkan oleh kekayaan, kemasyhuran, dan kekuatan fizikal. Ketenangan hati hanya akan diperolehi dengan satu sumber iaitu iman kepada Allah dan hari akhirat.

Ketenangan hati adalah nikmat Allah SWT yang dianugerahkan kepada hamba-hamba pilihan-Nya sahaja, supaya mereka berhati teguh dikala orang lain goyah, yakin dikala orang lain ragu, sabar ketika orang lain keluh-kesah dan berlapang dada semasa orang penik.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dialah (Allah) yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah dan keimanan mereka yang telah ada. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” (Surah Al-Fath ayat 4)

Firman Allah lagi yang bermaksud : “Dan siapa yang hendak dibiarkan sesat oleh Allah, dijadikan Allah dadanya sesak dan sempit, seperti orang yang naik ke tempat yang tinggi.”
(Surah Al- An’am ayat 125)

Sahabat yang dihormati,
Orang beriman memperolehi ketenangan hati kerana orang beriman menyahut panggilan fitrah, mereka menempuh hidup yang sesuai dengan fitrahnya. Fitrah manusia tidak boleh dipenuhi dengan ilmu, peradaban dan falsafah tetapi ia hanya dapat dipenuhi dengan keimanan kepada Allah.Fitrah manusia yang sentiasa lapar dan dahaga hanya akan dapat dipuaskan dengan mengenali Allah dan menghadapkan hidup kepada-Nya. Apabila fitrah telah dipenuhi dengan keimanan dan rasa puas maka manusia akan hidup gembira riang dan aman daripada ketakutan. Orang yang tidak mahu belajar mengenali Allah dan lupa diri sendiri maka Allah akan membiarkan hidup menderita.

Sahabat yang dikasihi,
Orang beriman mengetahui rahsia penciptaan alam dan dirinya sendiri. Orang beriman hatinya tenang dan puas kerana persoalan ini dijawab oleh Allah SAW. Hatinya yakin dan tidak ragu-ragu.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
(Surah Ath-Thalaq ayat 12)

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah pada-Ku.” (Surah Az-Zariyaat ayat 56)

Dunia ini adalah kerajaan Allah. Manusia adalah khalifah Allah, diciptakan untuk memuja dan mentaati-Nya. Orang beriman memahami semua ini lalu melaksanakannya. Orang beriman jelas matlamat hidup yang hendak ditujunya, sedangkan orang yang tidak beriman tidak tahu ke mana kesudahannya, hidup meraba-raba dalam kegelapan dan berjalan tanpa haluan.

Orang beriman bebas dari semua kebimbangan kerana hidupnya terus ditujukan kepada matlamat mencapai keredaan Allah. Dia tidak peduli samaada orang lain suka atau tidak terhadap dirinya, asalkan dia mendapat keredaan Allah.

Orang beriman merasakan perjalanan mencapai matlamat hidupnya tidak ada yang sukar. Segala yang pahit menjadi manis, segenap pengorbanan dirasakan ringan, bahkan dihadapinya dengan tenang dan gembira. Tidak berasa takut dan cemas, tidak gentar dan ngeri terhadap sesuatu demi memperolehi keredaan Allah SWT.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dialah (Allah) yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Fath ayat 4)

Sahabat,
Orang-orang yang beriman berasa dirinya dekat dengan Allah, dia merasakan hidupnya tidak bersendirian atau kesepian. Dia merasakan sangat dekat dan erat dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka kemana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah.” (Surah Al-Baqarah ayat 115)

Firman Allah lagi yang bermaksud : “Dia (Allah) ada bersama kamu di mana saja kamu berada, dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hadid ayat 4)

Orang beriman tidak akan merasa hidup terpencil, walaupun dia bersendirian semasa dia bekerja atau berada dirumahnya. Allah sentiasa menyertainya. Bahkan orang yang beriman merasakan hidup bersahabat dengan Nabi-nabi dan orang-orang soleh dari segenap umat dan zaman seperti firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul, mereka itu adalah bersama orang-orang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, orang-orang yang benar, orang-orang yang syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.”

Orang beriman juga selalu berbisik dan berdoa kepada Allah dalam solat dan ibadahnya. Oleh itu dia berasa tenang dan gembira kerana tidak keseorangan.

Allah SWT. panggil dengan pangilan yang lembut pada orang-orang yang beriman yang bermaksud : “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Masuklah kedalam jemaah-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.”
(Surah Al-Fajr ayat 27-30)

Saturday, September 12, 2009

Fasa ketiga Ramadan Pembebasan dari Api Neraka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Alhamdulillah, kita telah memasuki fasa terakhir dalam bulan Ramadan iaitu pembebasan dari api neraka iaitu disepuluh terakhir. Apa yang kita sangat harapkan bertemu malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Di fasa ini kita di tuntut menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Quran, zikrullah, berdo'a, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari seksaan api neraka!

Teruskanlah ibadahmu dengan bersungguh-sungguh, kurangkan berbicara dan simbang-simbang kosong, tinggalkan rutin harian seperti menonton t.v dan sebagaikan, ikutilah amalan Nabi SAW yang merasa terlalu sibuk lebih dari masa-masa sebelumnya kerana fasa terakhir ini amat penting iaitu mendapat pembebasan dari seksaan api neraka. Kita amat berharap belas kasihan Allah SWT. semoga Allah memberi pembebasan dan menyelamatkan kita dari siksaan api neraka. Malaikat Jibril mengatakan celaka pada mereka yang berakhir Ramadan tetapi namanya masih tercatat sebagai ahli neraka.

Allah SWT Maha Mendengar atas rintihan hamba-hamba-Nya yang mengaku atas dosa dan kesalahannya meminta rahmat dan rahim Allah SWT. dimalam yang penuh sahdu hingga menitiskan air mata penyesalan.

Alangkah bahagianya hidup kita apabila Allah SWT. mengampunkan segala dosa-dosa kita dan diredai-Nya dan dipilih untuk memasuki syurga-Nya seluas langit dan bumi.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, maka syurga itu berkata :'Ya Allah masukkanlah ia ke syurga!' Dan barangsiapa yang memohon diselamatkan dari neraka sebanyak tiga kali, maka neraka itu berkata: 'Ya Allah! Selamatkanlah ia dari neraka," (Hadis Riwayat Tirmizi)

Mohonlah doa ini berulang-ulang sepanjang malam dan siang di fasa ketiga ini :
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni maka ampunlah aku."

"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan-Mu dan dari azab api neraka."

Friday, September 11, 2009

Asas-asas Pembentukan Akhlak Peribadi Muslim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,  
Peribadi bermaksud manusia itu sendiri dengan fizikal, aqidah dan akhlaknya, yang berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Peribadi yang baik ialah yang memiliki akidah Islam.

Pembentukan akhlak Islam mestilah ditegak diatas empat asas utama, iaitu :

Pertama: Iman.

Kedua : Islam.

Ketiga : Takwa.

Keempat : Ihsan.

Huraiannya :

Sekiranya tidak wujud keempat-empat asas ini pada satu peribadi maka belum lagi dapat diakui ia benar-benar berakhlak Islam. Keempat-empat asas ini mesti dibentuk dan ditingkatkan mengikut keutamaan masing-masing.

Pertama : Iman.

Dalam konteks ini asas keimanan mesti diutamakan. Ini kerana asas-asas yang lain tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa asas keimanan. Keimanan dianggap suatu yang ungul dan memainkan peranan yang positif. Kekuatannya memberikan inspirasi atau aspirasi yang kuat terhadap pembentukan asas-asas berikutnya. Sebaliknya, kelemahan iman akan mengakibatkan kelemahan asas-asas yang lain.

Iman tidak ubah seperti acuan atau benih. Bagaimana acuan maka begitulah hasilnya dan bagaimana benih maka begitulah pokoknya. Oleh itu adalah sia-sia sebarang usaha pembentukan akhlak Islam, jika tidak dimulakan dengan menegakkan asas keimanan terlebih dahulu.

Iman yang dikehendaki disini ialah iman yang menjadi asas atau tunjang kehidupan umat Islam dalam semua aspek. Seorang muslim perlulah beriman sepenuhnya kepada prinsip-prinsip keimanan yang enam, iaitu beriman kepada Allah, Rasul-Nya, Kitab-Nya, Malaikat-Nya, Hari Akhirat dan beriman kepada Qada dan Qadar. 

Iman ini hendaklah hidup subur dijiwa serta menghasilkan amalan dan usaha yang sesuai dengan kehendak Islam dan diredai Allah SWT. Kuat atau lemah , pasang atau surut iman seseorang akan memberi kesan kepada setiap pekerjaan atau perbuatannya. Jika kuat iman itu maka baiklah perbuatannya. Sebaliknya jika lemah iman itu maka buruklah perbuatannya.

Kemurniaan hidup masyarakat Islam dizaman Rasulullah SAW  dalam semua aspek adalah berpunca dari kekuatan iman yang dibentuk oleh Rasulullah SAW. Keberanian, keadilan, kesabaran, persaudaraan dan perlaksanaan sepenuhnya ajaran Allah dalam kehidupan mereka setiap hari adalah natijah dan benih keimanan yang tulin. Sebaliknya kejatuhan akhlak yang berlaku di kalangan muda mudi Islam kini adalah berpunca dari ketandusan iman mereka.

Amalan atau pekerjaan yang berfaedah disisi Allah SWT. ialah amalan atau pekerjaan yang digerak atau dicetuskan oleh iman.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila diperdengarkan kepada mereka ayat Allah bertambah lagi iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakal. Mereka mendirikan solat dan membelanjakan rezeki yang Kami anugrahkan kepada mereka, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memiliki beberapa darjat di sisi Allah serta mendapat pengampunan dan rezeki yang murah daripada-Nya.” (Surah Al-Anfal ayat 2-4)

Kedua : Islam.

Asas kedua dalam pembentukan akhlak Islam ialah Islam itu sendiri .Islam bermakna ikutan atau perlaksanaan segala titah perintah Allah SWT. dan patuh kepada-Nya semata-mata. Islam merupakan tatacara hidup yang serba lengkap seperti yang ditegaskan oleh Allah SWT. dalam firman-Nya yang bermaksud : “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu deenmu, dan telah-Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah redai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah Al-Maidah ayat 3)

Islam sahaja merupakan cara hidup yang Allah redai.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Barangsiapa mencari deen selain deen Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripada-Nya, dan dia di akhirat termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran ayat 85)

Ajaran Islam tidak akan dapat dilaksanakan di dalam kehidupan seseorang tanpa asas pertama kepada pembentukan akhlak Islam, iaitu keimanan yang hakiki. Selagimana ajaran Islam tidak dituruti sepenuhnya hasil dari dorongan iman, maka belumlah seseorang itu dapat diakui sudah berakhlak Isalm.

Perlaksanaan ajaran Islam dengan amalan seseorang adalah menandakan wujudnya iman dalam jiwanya. Amal dan iman adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman mengerjakan amal soleh, mendirikan solah dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah Al-Baqarah ayat 277)

Ketiga : Takwa.

Seorang muslim dianggap bertakwa apabila hatinya benar-benar takutkan Allah SWT. serta memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Dia juga menyedari bahawa dia akan berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat kelak. Hidup didunia ini dianggapnya sebagai ujian dari Allah SWT. Justeru itu dia perlu sentiasa berhati-hati dan mengawasi dirinya agar tidak terjerumus kedalam perbuatan-perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah SWT. Takwa ini mestilah dibina diatas iman yang sejati.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok (Akhirat) , dan bertakwalah, kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr ayat 18)

Keempat : Ihsan. 

Manakala ihsan pula lahir dari hati yang cintakan Allah SWT. Cinta yang mendorong seseorang itu bersungguh-sungguh dan penuh minat melaksanakan ajaran Islam demi mengejar keredaan-Nya. Seorang yang bersifat ihsan akan mengutamakan orang lain daripada dirinya. Sifat ini melambangkan ketinggian akhlak seseorang muslim. Dalam menjelaskan ihsan, Allah SWT berfirman yang bermaksud : "...(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik diwaktu lapang atau sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang mohsin (bersifat ihsan)." (Surah Ali-Imran ayat 134)

Sahabat yang dikasihi,
Akhir kata suka ditegaskan bahawa akhlak Islam akan lahir pada peribadi muslim setelah melengkapi asas-asas tadi, iaitu iman, Islam takwa dan ihsan. Sayugia juga diingatkan bahawa asas pertama (iman) dan kedua (Islam) adalah syarat mutlak untuk membentuk akhlak Islam. Manakala asas ketiga (takwa) dan keempat (ihsan) ialah asas-asas yang melengkapi dan menyempurnakannya.

Thursday, September 10, 2009

Satu Dirham Mengatasi Seribu Dirham

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
“Satu dirham mengatasi seribu dirham.”

Para sahabat bertanya, “Bagaimana berlaku demikian, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW. menjawab, “Seorang lelaki ada dua dirham, lalu disedekahkannya satu dirham yang paling baik. Seorang kaya mengeluarkan dari hartanya yang banyak dan disedekahkan seribu dirham. Maka satu dirham itu lebih baik.”(Dari Abu Hurairah r.a. Hadis Riwayat Nasa' i 2481 dan Ahmad 8575 Hadis Hasan)

Mata wang dirham adalah mata wang yang lumrah digunakan di zaman Rasulullah SAW. Dari hadis diatas dapat kita mengambil pengajaran bahawa sumbangan si miskin walaupun kecil tetapi besar bagi si miskin kerana ia memerlukan wang tersebut untuk menyara kehidupannya, dia terpaksa berlawan dengan perasaan dan rasa hatinya sendiri dan sanggup memberikan sedekah tersebut dengan rasa ikhlas dan takwa .

Sebaliknya si kaya tidak merasai apa-apa kesulitan walaupun dia bersedekah sebanyak seribu dirham, kerana harta yang ia miliki jauh lebih banyak daripada apa yang disedekahkan.

Oleh itu Allah SAW. menilai bukan pada jumlah sumbangan tetapi ianya dinilai daripada sejauhmana pengorbanan dan kesusahan yang terpaksa ia lalui untuk memberi sumbangan. Itulah sebabnya kenapa satu dirham mengatasi seribu dirham.

Sahabat yang dikasihi,
Sifat cintakan harta boleh menjangkiti siapa sahaja tanpa mengenal orang miskin atau kaya. Berlatihlah bersikap dermawan sewaktu miskin, walaupun menderma seringgit mungkin seringgit yang kalian dermakan nilainya melebihi seribu ringgit. Sekiranya amalan mulia ini diteruskan, percayalah kalian akan bersikap dermawan sewaktu kaya nanti.

Didalam satu wasiat Nabi SAW kepada Saidina Ali k.w mengatakan bahawa dipintu syurga ada tertulis bahawa orang yang bakhil tidak dibenarkan masuk kedalam syurga.

Sekiranya kalian membiarkan diri bersikap bakhil, kemungkinan penyakit bakhil itu akan terus kekal sewaktu kalian kaya nanti. Keadaan ini telah berlaku kepada Qarun yang hidup di zaman Nabi Musa a.s. semasa miskin beliau berjanji pada Nabi Musa a.s. bahawa beliau akan bersedekah dan menggunakan harta kekayaannya untuk membela agama Allah SWT. Tetapi berlaku sebaliknya, bahawa Qarun telah menggunakan harta kekayaannya untuk memfitnah baginda, sombaong dan tidak mahu membayar zakat,  akhirnya Allah SWT benamkan beliau dan hartanya keperut bumi. 

Oleh itu rebutlah peluang untuk bersedekah dan menyumbang sementara harta dan umur masih ada. Kalian tidak tahu, mungkin esok kalian jatuh miskin atau kembali kepada Allah SAW dan tidak berkesempatan untuk bersedekah.

Sifat Marah Terbaik Untuk di Telan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,  
Sifat marah adalah satu sifat yang Allah anugrahkan kepada setiap manusia. Marah sangat berguna dan berfaedah seandainya dibendung oleh pemikiran yang waras dan dikawal oleh keimanan kepada Allah SWT. Misalnya marah kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat akan mendorong seseorang untuk berdakwah dan berjihad membetulkannya. Orang yang kuat imannya marah kepada maksiat dan sukakan kebaikan, sebaliknya orang yang lemah iman suka kepada maksiat dan marahkan kepada kebaikan.

Sifat marah yang berlandaskan hawa nafsu pula membawa kepada kerosakan. Pernah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata : “Ya Rasulullah, wasiatlah kepadaku dengan satu wasiat yang mudah supaya saya tidak lupa”.
Lalu baginda bersabda yang bermaksud ,” Janganlah kamu marah”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"  (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Taala."  (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Diakhirat nanti Allah SWT akan memanggil seorang yang kuat menahan marahnya dari khalayak ramai dan dibenarkan memilih mana-mana bidadari yang disukainya.

Untuk mengawal marah yang sedang bergelojak, Rasulullah SAW. pernah berpesan, yang bermaksud: “Marah itu dari syaitan. Syaitan dijadikan daripada api dan api boleh dipadamkan dengan air. Bila seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita mengawal perasaan marah yang meluap-luap , kerana marah yang lahir daripada nafsu dan godaan syaitan adalah marah yang tercela kerana marah seperti ini bukan marah yang diredai oleh Allah SWT. Punca kemarahan adalah berpunca  daripada sifat ego dan sombong seseorang dan tidak boleh bersabar apabila berlaku kesilapan orang lain. Orang yang suka marah sebenarnya tidak ada perasaan sabar, tolak ansur dan lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Wednesday, September 9, 2009

Dengan Iman Nafsu Dapat di Tundukkan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Salam sejahtera, semoga sahabat semua berada didalam sihat sejahtera. Puji dan syukur kepada Allah SWT. yang telah melimpahkan nikmat dan rahmat-Nya dan sehingga kini dipanjangkan umur dan masih dalam keadaan beriman kepada-Nya.

Seandainya kalian ingin terselamat daripada segala mara bahaya sentiasalah menimba ilmu dan beribadah secara benar. Ibadah yang dilakukan tanpa ilmu adalah sia-sia. Segala urusan dalam hidup ini saling berkaitan antara ilmu dan ibadah.

Dari itu hendaklah kalian memusatkan perhatian pada ibadah dan ilmu. Nanti kalian akan mengecapi keseimbangan antara kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Jadikanlah kata-kata hikmat Imam al-Hasan Basri sebagai pedoman hidupmu, "Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadah. Dan beribadahlah dengan tidak lupa menuntut ilmu."

Sahabat yang dimuliakan,
Kalian mestilah memelihara keseimbangan dalam menempuh jalan Islam yang lurus. Tidak leka dengan kemewahan material dan tidak panjang angan-angan. Sedarlah akan hak Rabb, hak diri, hak keluarga dan hak masyarakat. Tunaikanlah setiap amanah dengan baik sesuai dengan haknya. Tidak berat sebelah dan tidak pilih kasih sehingga merugikan orang lain.

Permudahkan sesuatu urusan dan bukan mempersulitkan. Sentiasalah menyebarkan berita gembira, bukan menjauhkan orang lain. Jangan mudah melontarkan kecaman kepada orang lain apalagi menuduh atau memfitnah. Jauhkan sifat fanatik. Bertahan kuatlah dengan pendirian kalian  dan pertahankanlah Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.Imbangilah antara dunia dan akhirat. Tidak melarikan diri dari hakikat hidup di dunia, tetapi usah rakus dengan kemewahan dunia.

Rasulullah SAW sentiasa berdoa : "Ya Allah! Perbaikilah agamaku yang merupakan pelindung masaalahku. Perbaikilah duniaku yang menjadi penegak kehidupanku dan perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat penentuanku." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dihormati,
Jadikanlah diri kalian "generasi awwabun taibun" iaitu generasi yang sangat takut dirinya bermaksiat kepada Allah. Rasa takut ini lebih besar dari takut terhadap musuh Allah dan musuh dirinya yang paling ganas. Mereka lebih takut pada maksiat kalbu kerana ia lebih berbahaya daripada maksiat fizikal. Maksiat kalbu yang di maksudkan seumpama 'ujub, sombong, riyak, angkuh, suka menonjol diri, su'udzan (berprasangka buruk)'. Sifat-sifat sedemikian boleh menggugurkan kebaikan yang telah dikerjakan seperti api membakar kayu.

Kekuatan iman bukan sahaja mampu menepis godaan syaitan, malahan berperanan mengimbangi antara ilmu dan ibadah. Apabila kekuatan iman diabaikan, dengan pantas dorongan nafsu menguasai akal dan perilaku. Awaslah nafsu kalian! Nafsu akan bertindak lebih pantas dari bisikan syaitan jika iman tidak diperkukuhkan.

Mari sama-sama meninjau bagaimana tabiat dan karenah hawa nafsu supaya nanti dapat kalian usahakan cara mematahkan pengaruhnya :

1. Nafsu sentiasa mendorong kepada kejahatan.

Setiap orang mempunyai potensi menjadi baik, tapi nafsu sangat bencikan kebaikan. Sebaliknya apa saja sifat buruk serta perbuatan jahat cukup serasi dengan nafsu.Oleh itu, usaha membina sikap yang baik sering memerlukan kesungguhan yang kental. Contohnya, sangat payah menahan marah dan bersifat sabar, memaafkan kesalahan orang lain, bersangka baik, tidak berdendam dan tidak iri hati. Ia sukar kerana ada saja bisikan berlawanan yang datang dari nafsu.

2.Nafsu hanya mahu kesenangan dan kelazatan.

Nafsu suka kepada kesenangan, kemewahan, bermalas-malas dan bersedap-sedap. Dengan itu nafsu tidak memujuk hati menempuh untuk jalan ke syurga kerana jalannya penuh dengan susah payah. Kerana jalan ke neraka penuh dengan hal-hal yang bersenangan dan keseronokan.

3.Nafsu tidak takut pada neraka.

Nafsu tidak akan berjaya ditundukkan sekadar dengan ancaman seksa neraka. Ia mesti juga sentiasa diperingatkan bertalu-talu tentang kebenaran janji syurga dan kenikmatan yang akan dikecapi di hari akhirat nanti.

4.Nafsu tidak pernah puas.

Sudah menjadi tabiat nafsu, kehendaknya tidak akan habis. Dapat sejengkal hendak sehasta. Dapat sehasta hendak sedepa. Bila kehendak nafsu dituruti, kita akan diperhambakannya. Kecuali kita menyedari hakikat yang berlaku dan berani mengatakan 'tidak' kepada desakan nafsu.

Sahabat yang diredai Allah,
Begitulah ragam hawa nafsu yang sentiasa menanti peluang dari kelemahan iman. Justeru itu, apabila berlaku kecuaian dalam beribadat, kembalilah kepada Allah SWT dengan bertaubat dan beristighfar. Ingatlah Allah SWT tidak akan membiarkan kalian tenggelam dalam perdayaan hawa nafsu selagi kalian benar-benar mengharap rahmat-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi." (Surah al-A'raf ayat 23)

Sentiasalah merasakan dihati bahawa kurnia Allah SWT tidak terhingga, sedang bakti yang kalian curahkan sangat sedikit. Sesungguhnya Allah SWT tidak memerlukan bakti kalian kerana Dia Maha Kaya. Kalianlah yang sangat memerlukan rahmat dan rahim-Nya. Selalulah berdoa dengan doa para Ulul Albab :

"Ya Rabb! Ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami beserta orang-orang yang banyak berbuat bakti." (Surah Ali Imran ayat 193)

Allah SWT. memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, firman-Nya yang bermaksud : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran ayat 139)

Akhirkata, usahlah lupa diri dengan hanya hidup bersenang-senang. Tinggalkanlah sikap 'wahan' iaitu penyakit takut mati dan cinta dunia. Tanpa 'wahan' kalian semua akan berjaya meraih keuntungan di dunia dan di akhirat

Tuesday, September 8, 2009

Doa Adalah Senjata Orang Mukmin









Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah kamu setiap masa dan ketika untuk memohon ampun kepada Allah SWT. Semua perkara didunia ini telah ditetapkan oleh Allah SWT di Loh Mahfuz. Salah satu daripada Rukun Iman adalah percaya kepada Qadak dan Qadar.

Hanya ada satu cara sahaja yang boleh mengubah Qadak dan Qadar iaitu berdoa kepada Allah SWT. Allah SWT. menciptakan segala makhuk didunia ini, Dia yang menetapkan jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut seseorang. Dia yang menetapkan dan hanya Dia yang boleh mengubahkannya. Manusia hanya diminta untuk berusaha, berdoa , bermunajat dan bertawakal.

Didalam al-Quran Allah SWT. ada menceritakan kisah pertemuan dua orang soleh iatu Nabi Musa a.s. dan Nabi Alkhidhir a.s. Allah SWT. mengutus Nabi Alkhidhir a.s. kepada Nabi Musa a.s. adalah kerana Allah SWT. hendak membuktikan ilmu Allah SWT yang luas dan hendak mendidik Nabi Musa a.s. supaya tidak sombong dan bangga diri (ujub) .Walaupun Allah SWT telah memberikannya mukjizat, ilmu yang luas dan kemuliaan yang besar. Rupanya ada lagi hamba Allah yang lebih soleh dan berpengetahuan luas (mengetahui perkara ghaib yang akan datang) selain daripada dirinya sendiri.

Nabi Musa a.s. sanggup bermusafir bersama-sama Nabi Alkhidhir a.s. dengan syarat Nabi Musa a.s. jangan tanya apabila ada perkara-perkara luar biasa yang akan dilakukan oleh Nabi Alkhidhir a.s. Ternyata Nabi Musa a.s. tidak mampu melihat tindakan luar biasa yang dilakukan oleh Nabi Alkhidhir a.s. ,dan sebanyak tiga kali Nabi Musa a.s. menegur Nabi Alkhidhir a.s.

Akhirnya Nabi Alkhidhir a.s. berkata kepada Nabi Musa a.s.“..Dengan melubangi yang aku lakukan dalam bahtera itu, si raja yang zalim itu akan berfikir dua kali sebelum merampas bahtera yang dianggapnya rosak dan berlubang itu. Maka perbuatanku yang pada lahirnya adalah merosakkan milik orang, namun tujuannya ialah menyelamatkannya dari tindakan perampas sewenang-wenangnya.”

Nabi Alkhidhir a.s. berkata lagi. “Adapun tentang anak yang aku bunuh itu, maka tujuanku ialah menyelamatkan kedua orang tuanya dari gangguan anak yang derhaka itu. Kedua orang tua anak itu adalah orang-orang Mukmin, soleh dan bertakwa, yang aku khuaitirkan boleh menjadi tersesat dan melakukan hal-hal yang buruk kerana dorongan anaknya yang derhaka itu. Aku harapkan dengan matinya anak itu Allah akan mengurniakan anak pengganti yang soleh dan berbakti kepada mereka berdua.”

Nabi Alkhidhir a.s. meneruskan kata-katanya, “ Sedang mengenai dinding rumah yang kuperbaiki dan kutegakkan kembali itu adalah kerana di bawahnya terpendam harta peninggalan milik dua orang anak yatim piatu. Ayah mereka adalah orang soleh ahli ibadah dan Allah menghendaki bahawa warisan yang ditinggalkan untuk kedua anaknya itu sampai ketangan mereka selamat dan utuh bila mereka sudah mencapai dewasanya, sebagai rahmat dari Tuhan serta ganjaran bagi ayah mereka yang soleh dan bertakwa itu.”

Sahabat yang dimuliakan,
Pengajaran yang boleh kita ambil disini bahawa Allah SWT ingin merubah Qadak dan Qadar-Nya yang telah ditetapkan sejak azali lagi melalui tangan hamba-Nya yang soleh Nabi Alkhidhir .a.s. sebagai pengajaran kepada Nabi Musa a.s. Allah SWT boleh melakukan apa sahaja atas kehendak-Nya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya. 

Allah SWT. memberi wahyu kepada Nabi Alkhidhir a.s. bahawa bahtera itu akan dirampas oleh raja yang zalim, anak itu akan jadi anak yang derhaka dan tembuk itu akan runtuh dan harta anak yatim piatu akan terkeluar dan akan diambil oleh orang lain. Jika dibiarkan maka ketiga-tiga kejadian itu akan berlaku tetapi Allah minta Nabi Alkhidhir a.s. merubahnya keadaan tersebut supaya menjadi lebih baik untuk hamba-hamba-Nya yang soleh, beriman dan bertakwa.

Setiap perjalanan hidup makhluk ciptaan Allah SWT. telah tercatat di Loh Mahfuz, termasuk diri kita telah tercatat disana. Bagi Allah SWT amat mudah untuk Dia mengubahnya. Sebagai hamba Allah yang lemah dan dhaif kita perlulah berdoa untuk kebahagiaan kita hidup di dunia dan di akhirat dan terselamat dari siksa api neraka.

Sahabat yang dihormati,
Pertama sekali kita hendaklah meminta doa supaya Allah SWT. tetapkan hati didalam hidayah :

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai Rabb kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali-Imran ayat 8).

"Ya Allah, Rabb yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan pada-Mu.” (Hadis Riwayat Muslim).

"Ya Allah, Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim).

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud , : "Al-Mizan itu berada ditangan Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga kehari Qiyamat. Hati manusia berada diantara dua jari Allah Al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendakiNya akan disesatkanNya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, al-Nasa’ei, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Disebabkan terlalu mudahnya hati itu berubah, kita digalakkan beramal dengan doa ini dan doa memohon ketetapan hati yang diamalkan oleh Nabi SAW.

Untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kita perlu berdoa :
"Allahuma inni asalukal ‘afiata fiddun ya wal akhirah”
(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan akhirat)
(Hadis Riwayat Tirmizi).

"Rabbana atinafiddunya khasanah wafil akhirati khasanah wakinaazabannar”
(Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab api Neraka)
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah SWT akan perkenankan doa-doa kita dengan syarat dua perkara yang mesti ditunaikan iaitu mengikut perentah Allah SWT. dan kedua hendaklah beriman kepada-Nya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Apabila hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang hal-Ku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta, bila ia meminta kepada-Ku, tetapi hendaklah ia mengikut perintah-Ku, serta beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah ayat 186)

Sahabat yang dikasihi,
Salah satu doa yang makbul adalah doa sahabat kepada sahabatnya yang lain.Walaupun sahabat itu berada di tempat yang jauh, walaupun tidak pernah bertemu wajah tetapi Allah pertemukan dari hati ke hati iaitu hati-hati yang takut pada azab Allah, hati-hati yang cinta pada Islam dan hati-hati yang cinta pada Allah dan Rasul.

Saya berdoa untuk sahabat-sahabat semua :
"Ya Allah ya Rabbku, sesiapa sahaja diantara hamba-hamba-Mu yang membaca risalah didalam blog ini,aku mohon pada-Mu, Kau berilah sihat wal afiat kepada mereka , Kau berilah Taufik dan Hidayah-Mu, Kau berilah kefahaman yang mendalam tentang Islam, Kau berikanlah kekuatan pada mereka untuk mengamalkannya dan kemampuan pula untuk menyampaikannya pada orang lain.

Ya Allah Kau jadikanlah mereka sahabat-sahabatku di dunia dan sahabat-sahabatku di hari akhirat, kami mohon ketika itu kami semua berteduh dibawah naungan-Mu.

Ya Allah, Kau satukanlah hati-hati kami dengan ikatan persaudaraan Islam, Kau pertemukanlah kami di dunia dan pertemukanlah kami di hari akhirat bersama hamba-hamba-Mu yang Kau redhai.

Jadikanlah hati –hati kami bertemu dan berpisah semata-mata untuk mencari keredhaan-Mu. Jadikanlah kami batu-bata untuk membina bangunan Islam, pilihlah kami untuk menjadi para dai’e-Mu untuk melaksanakan amal maaruf dan nahi mungkar.

Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada siksaan api neraka.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, yang telah kami lakukan dengan sengaja atau dengan tidak sengaja, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui, sesungguhnya Engkau suka mengampuni, ampuni kami ya Allah. Amin yarabbul alamin”

Monday, September 7, 2009

Muhasabah Diri di Fasa kedua Ramadan Pengampunan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, kita sudah sampai 17 Ramadhan, tarikh ini dipanggil Nuzul al-Quran iaitu masa al-Quran diturunkan kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW. Sehingga ke saat ini kita telah melaksanakan ibadah puasa selama 17 hari.

Kita sedang berada dipenghujung fasa kedua iaitu Pengampunan dari Allah SWT. dan akan memasuki fasa terakhir iaitu Pembebasan dari api neraka.

Marilah kita bermuhasabah dan memerhatikan kualiti ibadah puasa yang kita laksanakan dan amalan ibadah-ibadah yang lain. Adakah ibadah puasa yang dilakukan pada zahir dan batin iaitu puasa dalam erti sebenarnya?. Sekiranya kita dapat menjaganya dan mengawal hati, nafsu dan keinginan lahiriah maka kita telah berjaya meningkatkan kualiti ibadah puasa iaitu darisegi zahir dan batin.

Puasa pada hati iaitu menghidupkan hati dengan zikrullah, mengingati Allah, meningkatkan iman, takwa, tawakkal, tawaduk, sabar dan membuangkan sifat-sifat mazmumah (sifat –sifat yang dikeji seperti hasad dengki, iri hati, sombong , takbur dan buruk sangka).

Puasa pada nafsu tidak makan dan minum disiang hari dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan tidak makan dan minum berlebihan ketika berbuka. Kontrol nafsu makan dan tidak melakukan pembaziran.

Puasa pada pancaindera iaitu menjaga mulut, mata, telinga dan anggota lain supaya tidak melakukan sesuatu yang ditegah oleh syarak.

Darisegi ibadah yang lain pula berjalan dan berterusan secara konsistan iaitu solat tarawih, solat duha, solat tahajjud, solat taubat,solat hajat, membaca al-Quran, mendengar tazkirah Ramadan, sedekah , bermunajat, berdoa dan berzikir . Tidak ada ruang langsung untuk membuang masa yang sia-sia.

Sekiranya apa yang dinyatakan diatas terdapat didalam puasa kita dan perlaksanaan ibadah-ibadah yang lain, memenuhi ciri-ciri tersebut insya Allah kita mempunyai puasa yang berkualiti seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam fasa kedua ini Allah SWT. menerima dan memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya yang merayu , berdoa dan memohon keampunan dari-Nya. Apakah ada tanda-tanda atau kesan dari fasa kedua ini yang telah memberi kesan pada kita?

Tanda Allah SWT.menerima dan mengampuni hamba-hamba-Nya ialah ia merasakan dalam hati tidak mahu lagi melakukan dosa-dosa samaada besar atau kecil, menginsafi akan kesalahan-kesalahan lama yang ia telah lakukan dan terus merasai seronok dengan amal ibadah, zikrullah dan amal soleh. Dalam hati dan jiwanya merasai bahawa hidup didunia hanya sementara dan kehidupan dihari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Didalam fikirannya terbayang-bayang kehidupan di syurga yang penuh nikmat dan juga azab Neraka yang amat dahsyat sekali. Perasaan ini akan menjadi sebagai pendorong dan motivasi untuk ia terus meningkatkan amal soleh dan meninggalkan amal yang buruk dan berdosa.

Sahabat yang dihormati,
Setiap kali berdo’a dan bermunajat teruskan memohon ampun kepada Yang Maha Pengampun, kerana sifat ini amat disukai oleh Allah s.w.t. Dan kalau Allah SWT menyukai kita, akan diberi-Nya rahmat dan nikmat seluas-luas-nya dan akan dibebaskan kita daripada siksaan api neraka.

Amalkanlah membaca doa ini sebelum membuat sebarang permohonan kepada Allah SWT. agar diterima oleh-Nya.(Dari Kitab 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih- Us. Zahazan Mohamed)

“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang.”

“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sahabat yang dikasihi,
Persiapkanlah dirimu untuk masuk fasa terakhir.Nabi SAW  sendiri apabila masuk sahaja 10 hari terakhir begitu sibuk sekali, baginda mengikat kain sarungnya (tidak mendekati isteri-isteri baginda) kerana terlalu sibuk dengan ibadah lebih dari masa-masa lain. Dibangunkan isteri dan anak-anaknya agar menghidupkan malam-malam ini dengan berikhtikaf di masjid dan memperbanyakkan berdoa, bermunajat, membaca al-Quran, solat dan berzikir. Kerana didalam malam-malam 10 hari terakhir terdapat malam Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh berkah dan lebih baik daripada 1000 bulan.Mengutamakan pada malam-malam ganjil.

Malam Lailatul Qadar berlaku serentak seluruh dunia, malam yang penuh berkah ini bermula dari masuk waktu magrib sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh). Menurut pendapat ulama’ diantara waktu magrib hingga subuh terdapat beberapa saat waktu kemuncak Lailatul Qadar masanya diantara jam 2.00 pagi hingga jam 5.30 pagi. Waktu ini adalah waktu mustajab do’a dan turun ketika ini malaikat Rahmat. Alangkah bahagianya apabila datang malaikat Rahmat tersebut pada waktu dan saatnya kita sedang berdo’a, bermunajat, membaca Al-Qur’an atau sedang solat sunnat.

Oleh itu selepas solat tarawih, tidurlah awal sedikit dan berikhtikaf di masjid , dengan tidur awal untuk menghilangkan rasa mengantuk dan memberi kekuatan pada badan dan bangun diawal pagi dan teruskan ibadah sehingga solat subuh.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT  semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik yang pernah kita lalui. Peningkatan darisegi ibadah, meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa. Yang nikmatnya kita perolehi di Ramadan kali ini kita mememui dan menghayati dimalam Lailatul Qadar.

Permintaan saya pada kalian semua jangan lupa semasa kalian berdoa , tolong doakan saya supaya saya sentiasa sihat walafiat dan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. dan dapat meneruskan tugas dan amanah yang diberikan-Nya kepada saya.

Saya juga akan memasukan dalam doa saya untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kalian semua dan semoga kalian sentiasa beriman, bertakwa dan kekal didalam deen Islam dan diredai oleh Allah SWT .di dunia dan akhirat. Amin yarabbul alamin.