Monday, July 19, 2010

Mutiara Kata : Sheikh Abdul Kadir Jailani

1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya. Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri, "Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya."

2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah, "Dia belum menderhaka kepada Allah maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku."

3. Sekiranya dia adalah yang lebih tua daripada engkau maka katakanlah, "Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku."

4. Sekiranya dia adalah orang yang alim, maka katakanlah, "Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak peroleh dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."

5. Sekiranya dia adalah seorang yang jahil, maka katakanlah, "Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya."
 
6.Sekiranya dia adalah seorang yang kafir, maka katakanlah, "Aku tidak tahu, mungkin akhirnya dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah." Na'uzubillahuminzalikh...

Kesimpulannya:-

1) Berbaik sangka sesama manusia adalah menjadi tuntutan agama dan disenangi oleh Allah s.w.t.

2) Mukmin yang sejati sentiasa mendoakan akan kesejahteraan muslimin dan muslimat di samping diri sendiri serta keluarga.

3) Sentiasa melihat kekurangan diri sendiri dan berusaha untuk meningkatkan kualiti iman serta taqwa dari masa ke semasa.

4) Bijak terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain malah berani untuk mengaku akan jasa dan kelebihan orang lain (saat mendengar aib orang lain sepantasnya dikuburkan dan jangan pernah dibuka melainkan yang dibenar agama).

5) Lupakan segala jasa dan kebaikan diri yang dilakukan (saat melakukan satu kebaikan sepantasnya dilupakan dan tidak pernah mengungkitnya semula bagi mengenang dan mempersoalkan akan segala kebaikan yang dilakukan).

6) Untuk berusaha agar tidak lalai atau terleka barang sekejap bagi mengingati Allah dan menurut segala yang diperintahkan Nya, meninggalkan segala larangan Nya.

Insya Allah... Wallahu'alam..

No comments: