Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Dakwah merupakan amal yang paling utama. Melalui dakwah, Islam dapat tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Melalui dakwah juga, Islam dapat diwariskan daripada satu generasi ke generasi yang lain dan menjadikannya hidup di sepanjang masa.
Islam juga dapat ditegakkan secara kaffah (sempurna) di tengah-tengah kehidupan lantaran aktiviti-aktiviti dakwah. Terdapat banyak dalil yang memerintahkan agar kaum Muslimin untuk sentiasa berdakwah. Ganjaran pahala yang disediakan bagi para pendakwah juga amat besar. Antara dalil yang menjelaskan tentang keutamaan dakwah adalah sepertimana firmanNya:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَـلِحاً وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya : “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sesugguhnya aku adalah daripada kalangan orang muslim (yang berserah diri)?” (Surah Fussilat (41) ayat 33)
Secara zahirnya, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Alusi, seruan dakwah yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah melalui lisan. Manakala perkataan kepada Allah SWT di sini bermaksud mengajak kepada mentauhidkan Allah SWT dan taat kepadaNya.
Asy-Syaukani dan Al-Jazairi dalam tafsir mereka tidak jauh berbeza dengan pendapat Abu Hayyan Al-Andalusi yang mengatakan bahawa al-du’a ilal-Lah adalah dengan menyeru kepada Islam, berjihad melawan kaum kafir dan menghentikan perbuatan orang-orang yang zalim. Ini dari sudut seruan ayat tersebut.
Dari sudut pelaku atau orang yang menyeru kepada dakwah pula, ada yang menafsirkan bahawa orang yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada Rasulullah SAW. Ada pula yang menyatakan bahawa ayat ini turun berkenaan muazin (orang yang melaungkan azan). Jika dilihat pada lafaznya, kata “man” dalam ayat ini adalah isim al-istifham (kata soal). Kata tersebut memberikan makna yang umum. Oleh kerana ia memberi makna yang umum, maka selagimana tidak ada dalil yang mengkhususkannya untuk sesuatu, maka ia tetap kekal dengan makna yang umum. Oleh itu, kebanyakkan mufassir (ahli tafsir) seperti Al-Hasan, Mujahid, Ibnu Katsir, Asy-Syaukani, Al-Alusi dan lain-lain memilih kesimpulan bahawa ayat ini bermaksud umum yang melibatkan semua orang yang menyeru kepada Allah SWT.
Walaupun kalimat “man” dalam ayat ini adalah isim al-istifham, menurut Al-Alusi, istifham tersebut membawa makna al-nafiyy (penegasan). Ertinya, tidak ada perkataan yang disampaikan oleh seseorang yang lebih baik daripada orang yang menyeru kepada Allah SWT. Menurut Fakhruddin Al-Razi, ini menunjukkan bahawa berdakwah kepada Allah lebih baik daripada perkara-perkara yang lain.
Semua manusia maklum bahawa yang dihasilkan oleh lisan adalah ucapan atau perkataan. Sebagaimana anggota badan yang lain, apa sahaja yang dilakukan oleh lisan adalah wajib untuk terikat dan sejajar dengan hukum syara.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata khair (yang baik-baik) atau diam”. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan al-Tirmidzi daripada Abu Hurairah).
Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari menyatakan bahawa perkara termasuk dalam cakupan “al-khair” (baik-baik) adalah apa sahaja ucapan atau perkataan yang dituntut (oleh Islam), sama ada yang difardukan mahupun yang disunatkan. Adapun maksud kata “syarr” (diam) adalah apa sahaja yang mengakibatkan keburukan, maka diperintahkan untuk diam.
Perkataan yang mengandungi seruan dakwah kepada Allah dan kepada agamaNya adalah perkataan yang paling baik. Ini adalah kerana, ucapan tersebut bukan sahaja menampilkan kesempurnaan dirinya, tetapi ia juga dapat menyempurnakan orang lain. Pahala yang diberikan kepada orang-orang yang melakukan aktiviti tersebut juga sangat besar.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Demi Allah, sesungguhnya satu orang yang diberikan petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu (pendakwah), maka itu lebih baik daripada unta merah” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan al-Nasa’i).
Apabila dakwahnya diterima, pahala yang diberikan kepadanya pun terus mengalir. Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang menunjukkan atau mengajarkan suatu kebaikan, maka dia mendapat pahala yang sama sepertimana orang yang melakukannya (mengikutinya)”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ahmad).
Malah, Nabi SAW juga mengatakan bahawa dakwah yang disampaikan kepada penguasa yang zalim disebut sebagai afdhal al-jihad ( jihad yang paling utama)" ( Hadis Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Jika ia mati dibunuh oleh penguasa yang didakwahkan tersebut, maka ia dianggap sebagai sayyid al-syuhada (pemimpin para syuhada)"(Hadis Riwayat al-Hakim dan Al-Mustadrak). Ini semua menunjukkan bahawa dakwah kepada Islam merupakan perkataan yang paling baik.
Sahabat yang dimuliakan,
Dalam usaha-usaha dakwah ini terdapat dua golongan manusia yang perlu kita dakwahkan iaitu :
Pertama : Golongan orang Islam sendiri.
Kedua : Golongan orang bukan Islam
Huraiannya :
Pertama : Golongan orang Islam sendiri.
Golongan ini adalah terdiri daripada orang -orang Islam yang asal keturunannya adalah orang-orang Islam. Mereka menerima Islam hanya dalam bentuk tradisi dan ikut-ikutan sahaja tanpa memahami ajaran Islam sebenar dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Ada masa melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT tetapi ada masanya pula meninggalkan ajaran Islam. Islam difahami sebagai agama yang sempit dan ritual sahaja dan tidak ada kaitan dengan kehidupan yang menyeluruh samaada darisegi ekonomi, politik, hukum-hakam dan pemerentahan sebuah negara.
Sasaran dakwah kepada golongan ini adalah memberi takrif Islam sebenarnya. Menjelaskan konsep akidah, ibadah , akhlak dan menjelaskan bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
Mengislamkan semula orang-orang Islam dengan kefahaman yang syumul (menyeluruh) adalah satu tugas yang berat dan perlu kepada kesabaran yang tinggi kerana memang sukar untuk membuangkan fikrah dan kefahaman lama yang mengelirukan yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Umat Islam rata-rata disogokkan dengan kefahaman yang sesat dan menganggap bahawa hukum-hukum Allah SWT seperti hudud, qisas , diyat dan takzir adalah hukum yang telah ketinggalan zaman dan zalim sedangkan hukum-hukum tersebut adalah hukum-hukum Allah SWT yang mana jika kita menolaknya akan jatuh kepada murtad.
Kedua : Golongan orang bukan Islam
Golongan ini perlu diberi perhatian serius oleh setiap para duat kerana golongan ini adalah golongan yang terbesar di dalam masyarakat kita. Jika kita tinggalkan golongan ini mereka boleh komplen dihadapan Allah SWT di hari akhirat nanti bahawa kita tidak pernah menyeru kepada mereka ketika di dunia sehinggakan mereka tidak tahu dan faham terhadap ajaran Islam.
Jika dakwah telah sampai kepada mereka, ini bermakna kita telah menjalankan tugas dan tanggungjawab kita, samaada mereka beriman atau tidak itu adalah urusan Allah SWT kerana taufik dan hidayah adalah hak Allah SWT.
Tugas asasi para rasul yang diutuskan Allah SWT kemuka bumi adalah untuk mengajak orang kafir yang menyembah berhala kepada beriman kepada Allah SWT dan menerima syariat yang dibawa oleh setiap para rasul.
Para pendakwah perlu merasai bahawa tugas mengajak orang bukan Islam kepada Islam adalah tugas para rasul dan tugas ini adalah tugas yang paling mulia dan paling berharga di sisi Allah SWT. Ganjaran besar menanti para pendakwah yang menghabiskan masanya untuk berdakwah dan menyeru manusia kembali beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya dan untuk memasuki Islam.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang sedikit pun." (Hadis Riwayat Muslim).
Perlu diingat bahawa sekiranya seseorang memasuki Islam dan beriman kepada Allah SWT kerana usaha-usahanya, maka pahala orang tersebut dan pahala keturunannya yang beriman sehingga kehari kiamat akan diperoleh oleh orang yang berdakwah tadi tanpa dikurangkan walaupun sedikit. Umpama air sungai yang mengalir tanpa henti-henti.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang melakukan satu kebaikan, dan kebaikan itu diikuti oleh orang lain maka ia dapat ganjaran terhadap apa yang dia lakukan dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa ada sebarang kekurangan. Manakala sesiapa yang melakukan keburukan dan keburukan itu diikuti oleh orang lain maka ia mendapat ganjaran terhadap apa yang dia buat dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa sebarang kekurangan. " (Hadis Riwayat Tirmizi)
Pada hadis ini Nabi datangkan dengan lafaz "man" yang mana mengikut kaedah bahasa arab lafaz "man" adalah lafaz nakirah mengandungi makna syarat. Bila begitu ia akan membawa makna umum juga iaitu meliputi semua kebaikan yang bertepatan dengan al-Quran Dan hadis.
Sahabat yang dikasihi,
Cubalah kita bermuhasabah diri kita sendiri. Sejauhmana kita telah melakukan amal ibadah , amal soleh dan amal kebajikan. Adakah amal soleh yang kita lakukan setiap hari melebihi dosa-dosa dan maksiat yang kita kerjakan? Adakah cukup dengan pahala yang kita miliki ini untuk berhadapan dimahkamah Allah SWT yang cukup hebat dan besar?
Kita tidak tahu berapa ramai manusia akan menuntut pahala-pahala kita kerana kezaliman kita, pernah mengambil hak orang lain, hutang-piutang yang tidak dibayar, mengumpat dan memfitnah yang kita lakukan dan bersubahat dengan pembuat fitnah dan kelalaian kita menegur maksiat yang berada dihadapan kita, kegagalan kita taat pada suami, kegagalan kita berdakwah kepada jiran dan kaum keluarga, mensia-siakan masa ketika bertugas, kelemahan kita mendidik anak-anak , dosa memakai pakaian yang tidak sempurna menutup aurat dan dosa-dosa mata, telinga dan lidah kita?
Jika kita rasa cukup kerdil dengan pahala yang akan kita bawa untuk menghadap Allah SWT di hari akhirat nanti maka perlulah kita cari apakah bentuk pahala besar yang akan membantu kita nanti disana? Tidak ada jalan lain melainkan kita perlu melaksanakan kerja-kerja dakwah dan tarbiah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan berdakwah kepada orang Islam dan orang yang bukan Islam. Serulah dan ajaklah mereka walaupun hanya dengan beberapa patah perkataan dan istiqamahlah dengan kebaikan ini dan jadikan kerja-kerja ini sebagai profesion kita sepenuh masa tanpa mendapat habuan dunia.

No comments:
Post a Comment