Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah SWT.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
Pertama : Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
Pertama : Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Kedua : Taat kepada suami
Huraiannya :
Pertama : Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah dan Rasul-Nya?
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah dan Rasul-Nya?
1. Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi dari segala-galanya.
2. Menjaga solat lima waktu
3. Berpuasa dibulan Ramadan.
2. Menjaga solat lima waktu
3. Berpuasa dibulan Ramadan.
4. Wajib menutup aurat dan menjaga kehormatan diri.
5. Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
6. Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
7. Sering membantu orang lain dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
8. Berbuat baik kepada ibu dan bapa
9. Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
10. Tidak menghampiri zina dan tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
11. Bersikap baik terhadap jiran tetangga
Kedua : Taat kepada suami.
1. Memelihara kewajipan terhadap suami
1. Memelihara kewajipan terhadap suami
2. Sentiasa menyenangkan hati suami
3. Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
4. Tidak bermasam muka di hadapan suami
5. Tidak menolak ajakan suami untuk berjimak ditempat tidur.
6. Tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami
7. Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
8. Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
9. Tidak menerima tetamu yang dibenci suaminya
10. Sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangga..
Terdapat ciri-ciri lain untuk melengkapkan dua ciri-ciri di atas iaitu :
1. Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah SWT.
2. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripada dirinya sendiri sebaliknya itulah kurniaan Allah SWT kepadanya.
3. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah SWT yang memberi nikmat. Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud: “Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”
4. Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan, dan akan menghubungkan setiap ujian dengan qadak dan qadar dan akan reda dengan ujian tersebut.
Hati kecilnya akan berkata : "Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih solehah? Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukuman-Mu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hamba-Mu ini ya Allah.”
Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.
Sahabat yang dimuliakan,

Wanita solehah akan sentiasa reda terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah SWT. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah SWT di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.
Malah hati yang sudah cinta dengan Allah SWT itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah SWT kepadanya.

Semakin berat ujian yang menimpa diri, sekencang itulah juga ibadahnya kepada Allah SWT. Sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat dirasakan bermunajat kepada Allah SWT. Dalam sepi malam dia bangun bermunajat kepada Allah SWT, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi cuba dilupa-lupakan.
Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah SWT telah mengingatkan di dalam firmanNya yang bermaksud :
“… kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.”
(Surah Yusuf ayat 53)
Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri supaya berbuat jahat seperti hasad dengki kepada jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.

Dia sedar, sekali diri berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu.”
Sabda baginda yang lain: “Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.”

Wanita solehah tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, ibu, ayah, ahli keluarganya sekalipun dirinya sendiri. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.
Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal. Bukanlah kehidupannya untuk mencari pangkat dan nama kerana dia tahu di atas dua tiket inilah yang membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, dia menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdaan Allah SWT semata-mata.
Sahabat yang dikasihi Allah,
Oleh itu wahai sahabat-sahabatku wanita yang solehah! Jauhlah diri kalian daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa besar dan akan mengheret kalian ke Neraka Jahannam. Rebutlah peluang keemasan ini iaitu melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan mentaati suamimu seperti yang dinyatakan di atas. Ini adalah jalan-jalan mudah untuk kalian memasuki syurga Allah SWT melalui mana-mana pintu syurga yang kalian pilih.

No comments:
Post a Comment