Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam pembinaan jemaah Islam kekuatan jemaah adalah bergantung kepada kekuatan pemimpin dan ahli-ahlinya. Tidak mugkin jemaah akan mampu bergerak kehadapan mengalas tanggungjawab umah, melaksanakan tugas dakwah dan tarbiah, di anggotai oleh ahli-ahli yang lemah, tidak berpengetahuan dan rendah akhlak dan keperibadiannya. Oleh itu untuk melahirkan amilin yang qawi (kuat) dan berakhlak mulia maka terdapat 10 sifat-sifat mukmin yang perlu dibentuk dan dihasilkan oleh jemaah.
Sepuluh sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut :
1. Akidah Yang Sejahtera.
2. Ibadah Yang Sahih.
3. Akhlak Yang Mantap.
4. Luas Pengetahuan.
5. Sihat Tubuh Badan.
6. Mampu Berdikari.
7. Mampu Berjuang Melawan Nafsu.
8. Bijak Mengurus Masa.
9. Tersusun Urusannya.
10. Bermanfaat Kepada Orang Lain.
Huraiannya :
1. Akidah Yang Sejahtera :
Sesungguhnya akidah yang sejahtera adalah akidah (tauhid) yang bersih daripada unsur unsur syirik yang dicapai dalam kehidupan seseorang, akan mendatangkan sebaik baik hasil dan kesan dalam kehidupan.
Syirik dalam apa jua bentuk dan simbol adalah merupakan kelemahan dan kehinaan diri seseorang, kerana dengannya membuatkan seseorang itu tunduk kepada makhluk dan mengabdikan diri kepada sesuatu atau kepada manusia. Makhluk tersebut tidak mampu mencipta sesuatu sedangkan ia sendiri diciptakan, atau tidak mempunyai hak untuk diri mereka sama ada untuk memberi manfaat atau mudarat dan tidak juga memiliki kuasa menghidup atau mematikan atau menghidupkan semula setelah mati.
Dengan akidah yang sejahtera dapat menyelamatkan manusia dari apa apa pengabdian selain Allah yang mencipta. Akidah yang sejatera juga dapat membebaskan manusia dari berbagai salah fahaman dan khurafat, serta dengannya dapat membebaskan jiwa manusia dari tunduk, merendah, menghina dan menyerah (kepada yang lain dari Allah): juga dapat membebaskan kehidupannya dari kekuasaan golongan fasik , zalim dan munafik.
Dengan akidah yang sejahtera akan melahirkan akhlak dan keperibadian mukmin kerana iman dan akhlak tidak dapat dipisahkan sama sekali. Iman itu bukan angan-angan atau perhiasan tetapi iman itu apa yang tertanam di hati dan diterjemahkan dalam bentuk amalan.
2. Ibadah Yang Sahih.
Semua ibadah yang kita lakukan mestilah mengikut al-Quran dan sunah Nabi SAW . Baginda telah menunjukan cara-cara beribadah dan berdoa dengan adab-adab yang jelas melalui hadis-hadis yang sahih.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah (menyembah) kepada Ku.” (Surah Az-Zariyat ayat 56)
Ayat ini jelas memberitahu tujuan kewujudan manusia. Apabila kita meniliti ayat ini, kita dapat melihat ayat ini ditujukan kepada Jin dan seluruh manusia. Jadi beribadah kepada Allah SWT bukan sahaja tujuan hidup muslim; malahan seluruh manusia. Memahami ibadah bererti memahami tujuan hidup; dan ini merupakan persoalan asas yang dimiliki oleh setiap insan.
Apa itu ibadah? Ibadah bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Ia juga bererti mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah SWT dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Dalam urusan ibadah kita wajib mengikut segala suruhan, sunah dan amalan Nabi SAW.
Sentiasa bersolat seperti solatnya Nabi SAW sebagaimana sabdanya yang bermaksud: ْ“Solatlah kamu sebagimana kamu melihat aku solat”. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
3. Akhlak Yang Mantap .
Mukmin yang memiliki akhlak yang mantap tidak mudah terpengaruh dengan suasana luar yang cuba mempengaruhi jiwanya hingga dengan tarikan yang mempersonakan. Dia sentiasa membawa syaksiah Islam walau dimana dia berada dan akhlaknya akan menjadi contoh ikutan yang baik.
Dari An-Nawwas bin Samaan r.a dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Kebaikan adalah akhlak yang baik sedangkan dosa adalah apa yang terlintas di jiwamu tetapi kamu benci atau takut diketahui oleh orang lain” (Hadis Riwayat Imam Muslim ; hadis no. 2553, Imam Ahmad ; 4/182, At-Turmuzi ; hadis no. 2389, Ad-Darimi ; 2/322, Imam Bukhari dalam kitabnya “Al-Adab Al-Mufrad” ; hal. 295, 302 . Hadis ini ditashhih oleh Ibnu Hibban; Sahih Ibn Hibban, hal. 397.)
Berdasarkan hadis sahih di atas Nabi SAW menjelaskan bahawa segala kebaikan adalah akhlak yang baik begitu juga sesuatu yang berdosa itu adalah sesuatu yang terlintas dijiwa dan di takuti orang lain mengetahuinya.
Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tidak lah aku (Nabi SAW) diutus melainkan (antaranya) untuk menyempurnakan akhlak yang baik "(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad (2/381), Al-Bukhari dalam Al-Tarikh Al-Kabir (7/188)
Nabi SAW menjanjikan bahwa akhlak yang baik akan menjadi beratnya timbangan amal di akhirat nanti , sabda baginda yang bermaksud : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya (kelak diakhirat) dari pada akhlak yang mulia.”Amal ibadah yang terdapat dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah di antaranya yang dimaksudkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
4. Luas Pengetahuan.
Seorang mukmin akan sentiasa mencari dan meningkatkan ilmu pengetahuan fardu ain iaitu ilmu syariat (Islam) dan juga ilmu fardu kifayah (ilmu sains, perubatan, kejuruteraan atau ilmu kemahiran). Dia juga sentiasa mencari ilmu-ilmu baru dan mengkaji perkembangan semasa yang melibatkan kepentingan Islam. Mempelajari seluk belok dan tektik yang digunakan oleh musuh untuk menghancurkan Islam.
Allah SWT berfirman,
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah az-Zumar ayat 9)
5. Sihat Tubuh Badan.
Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (SAW) : "Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis di atas menyatakan kelebihan mukmin yang kuat dengan mukmin yang lemah, hadis ini menjelaskan pula bahawa kedua-dua jenis mukmin itu masing-masing ada mempunyai kebaikan. Di antara dua orang mukmin yang lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah SWT adalah mukmin yang sihat, kuat tubuh badan dan mampu menjalankan tugas dan amanah tanpa jemu dan bosan. Sihat tubuh badan bermakna badan tidak ditimpa penyakit fizikal yang akan menghalang tugas-tugas dakwah. Pepatah melayu ada menyatakan bahawa,"Otak yang sihat lahir daripada tubuh badan yang sihat."
Untuk mendapat tubuh badan yang sihat perlu menjaga makanan (kurang makan), tidak banyak tidur dan sentiasa melakukan riadah dan sukan.
6. Mampu Berdikari.
Mampu berdikari maksudnya mampu mencari nafkah hidup dan tidak hanya mengharap bantuan orang lain.
Mencari rezeki yang halal dalam agama Islam hukumnya wajib. Ini menandakan betapa pentingnya mencari rezeki yang halal. Dengan demikian, motivasi kerja dalam Islam, bukan hanya memenuhi nafkah semata tetapi sebagai kewajipan beribadah kepada Allah setelah ibadah fardu lainnya.
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berkarya dan tampil (profesional atau ahli) . Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza wajalla." (Hadis Riwayat Ahmad)
Mampu berdikari juga bermaksud boleh bekerja dengan usaha-usaha sendiri tanpa menunggu arahan baru boleh bekerja. (memiliki idea dan cara bekerja yang baik untuk kemaslahatan umah)
7. Mampu Berjuang Melawan Nafsu .
Mukmin yang baik sentiasa bermujahadah melawan bisikan dan dorongan hawa nafsu. Hawa nafsu suka membuat maksiat, bermalas-malas dan menangguh-nangguhkan kerja dan suka kepada pembaziran dan berseronak-seronok.
Allah SWT. memberi jaminan bahawa sesiapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang mencegah dirinya daripada menuruti hawa nafsu adalah syurga sebagai kurniaan-Nya di akhirat nanti.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan mencegah dirinya dari hawa nafsu, maka syurgalah tempat kediamannya."(Surah An-Nazi'at ayat 40-41)
8. Bijak Mengurus Masa.
Mukmin yang baik adalah mukmin yang sentiasa menguruskan masa dengan baik dan berkesan.
Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Pepatah Arab ada menyatakan :"Masa itu seperti pisau. Jika kamu tidak memotongnya, ia pula memotong kamu!"
Generasi sahabat-sahabat Rasulullah SAW. telah bekerja keras untuk mempertingkatkan prestasi hidup mereka dari masa ke semasa. Konsep hidup mereka adalah, 'Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Siapa yang pada hari esok sama dengan semalam, maka dia masih lemah. Siapa yang hari esoknya lebih buruk dari semalam, maka dia adalah orang yang terkutuk!"
Masa perlu diurus dengan baik agar tidak ada yang terbuang begitu sahaja. Perancangan perlu ada untuk setiap perkara yang ingin dilakukan. Perancangan dapat mengelakkan perkara yang penting terabai begitu sahaja.
9. Tersusun Urusannya.
Kerja dengan tersusun rapi adalah pengurusan Islam. Satu kaedah syarak menyatakan bahawa, "Kebatilan yang tersusun akan mudah menghancurkan haq yang tidak tersusun". Gerak kerja dakwah akan gagal jika ahli-ahli bekerja tidak sistematik dan hanya ikut perasaan sahaja.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, bersiap-siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!.” (Surah An-Nisa ayat 71).
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu.” (Surah Al-Anfal ayat 60)
Dua ayat al-Quran di atas menjelaskan kepada kita bahawa orang beriman perlu bekerja dengan barisan yang tersusun kukuh dan dengan persiapan yang sebaik mungkin untuk mengalahkan musuh-musuh Allah SWT.
10. Bermanfaat Kepada Orang Lain.
Sifat orang mukmin itu dikenal melalui pancaran jiwanya yang sentiasa membantu saudaranya yang memerlukan. Hatinya akan resah apabila adanya kes terlepas pandang akan bantuan yang sepatutnya dihulurkan.
Sekurang-kurangnya bantuan berkenaan dapat meringankan bebanan dan cabaran kehidupan. Prinsip ini menjadi tunjang pentadbiran Khalifah Islam yang sedaya upaya menghilangkan kesusahan rakyat dengan menyumbangkan keperluan hidupnya.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."(Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Barangsiapa yang mengusahakan keperluan saudaranya, pasti Allah akan mengusahakan keperluannya.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama menghayati 10 sifat-sifat orang mukmin yang akan menjadi teras kepada kekuatan umah dan jemaah. Tanpa sifat-sifat ini tidak mugkin sebuah organisasi Islam akan mencapai kejayaannya mendaulatkan ISLAM sebagai satu cara hidup yang sempurna. Kesemua sifat-sifat ini telah dimiliki oleh Generasi al-Quran yang unik iaitu generasi sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

No comments:
Post a Comment