Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Saya cukup tertarik dengan buku tulisan Muhammad Isa Daud yang bertajuk "Dailog Dengan Jin Islam".
Di dalam kandungan buku ini menceritakan secara jelas mengenai kehidupan makhluk jin bermula daripada kejadian asal usul jin, bentuk dan sifatnya secara fizikal, kesukaannya, cara-cara jin menggoda manusia dan perhubungan jin dengan iblis dan syaitan laknatullah.
Kelebihan buku ini bagaimana setiap jawapan jin tersebut mengenai persoalan penulis akan kemukakan hadis-hadis Nabi SAW dan huraian ulama-ulama mengenai perkara tersebut . Dengan huraian tersebut telah terbukti bahawa hadis-hadis Nabi SAW adalah benar dan tidak bercangah langsung dengan keadaan sebenar yang bersangkut paut dengan kehidupan alam jin.
Telah tersingkap beberapa persoalan mengenai salah anggap manusia kepada jin yang mana ianya juga satu bentuk fitnah yang dilemparkan manusia kepada makhluk jin ini. Kerana kita sering mendengar ungkapan kata-kata, "Sejahat-jahat manusia adalah lebih baik daripada sebaik-baik jin." maksudnya jika Firaun itu sejahat-jahat manusia maka seolah-oleh dia lebih baik daripada jin yang paling baik. Kata-kata ini sebenarnya bertentangan dengan al-Quran dalam surah al-Jin mengatakan ada jin yang beriman apabila mendengar bacaan al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah SAW.
Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah al-Jin bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.”
(Surah al-Jinn, ayat 1-2)
Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermakud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?”
Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.”
Ibnu Masud menyatakan bahawa ia turut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi juru dakwah daripada kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya dan aku bacakan al-Quran kepada mereka.”
Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma'ala, tidak jauh dari perkuburan kaum muslim di kota Makkah. Kini masjid itu dinamakan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah atau juga Masjid al-Haras. Ia dibaik pulih kembali pada 1421 hijrah. Di sini jin berbai'ah atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan al-Quran.
Jin sendiri mengaku bahawa di antara mereka ada yang baik dan ada pula yang jahat. Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan sesungguhnya di antara kami terdapat jin-jin yang taat, dan ada pula jin-jin yang menyimpang dari kebenaran." (Surah al-Jinn ayat 14)
Sahabat yang dimuliaka,
Muhammad Isa Daud berkata, " Sesudah saya beristikharah kepada Allah SWT untuk menulis buku tentang alam jin, maka Allah SWT memberikan kehendak-Nya sehingga terjadilah hubungan antara saya dengan jin Islam. Sebelum ini dia adalah kafir, kemudian Allah memuliakannya dengan Islam melalui pertemuannya dengan saya yang terjadi berkali-kali dan dalam waktu yang cukup lama. Jin yang saya maksudkan disini, berasal dari keluarga Konjur dan memilih nama Mustafa sesudah dia masuk Islam. Seluruh persoalannya sangat ganjil. Kerana itu, bersangka-baik sahajalah dan jangan bertanya mengapa begitu.
Dalam berbagai pertemuan dan dailog yang terjadi antara saya dan kawan yang datang dari alam ghaib tersebut, saya mengajukan beratus pertanyaan. Saya mengajaknya berbincang-bincang tentang berbagai masalaah, bahkan dia menunjukkan di depan mata saya berbagai keajaiban yang dikhususkan Allah bagi mereka dengan ilmunya. Sesudah dia yakin betul akan persahabatan kami, dia mengungkapkan kepada saya banyak sekali hal yang selama ini diyakini secara keliru oleh manusia; termasuk hal-hal lain yang ingin sekali saya gali darinya, namun dia tidak bersedia mengungkapkannya. Walaupun demikian, saya telah terlibat dengannya dalam berbagai persoalan yang mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran pembaca yang budiman, yang saya ketahui melalui perhubungan kami.
Hasilnya, terbitlah buku ini. Di dalamnya termuat pengakuan-pengakuan dari jin yang sudah masuk Islam yang saya yakin merupakan buku satu-satunya dalam masalah ini, dan sama sekali tidak bercorak taklid. Ia memuat, dengan sebenar-benarnya, tambahan-tambahan yang sesekali terlihat mengejutkan dan membetulkan konsep-konsep yang selama ini keliru, dan membantah anggapan-anggapan yang samar.
Sahabat yang dimuliakan,
Oleh kerana buku ini panjang menggandungi 404 muka surat maka saya bercadang untuk meringkaskan soalan-soalan dan jawapan-jawapannya dan mengambil intipati yang penting-penting saja supaya "message" di dalam buku ini dapat difahami dan boleh dijadikan panduan kepada para pembaca semua.
Untuk menjadikan artikal ini tidak terlalu panjang saya akan pecahkan kepada beberapa siri dan para pembaca boleh mengikuti siri-siri berikutnya untuk mengetahui intipati dailog tersebut.
Pendahuluan :
Jinn adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah jiniy yang bermaksud "yang tersembunyi" atau " yang tak terlihat"
Dalam al-Quran Allah SWT menjelaskan penciptaan jin. Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu, dari api yang sangat panas." (Surah al-Hajr ayat 26-27)
Jin juga ada yang akan masuk syurga atau masuk neraka kerana amalannya di dunia. Firman Allah SWT maksudnya : "Di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh sebelumnya, oleh jin mahupun manusia." (Surah ar-Rahman ayat 55-56)
Di dalam tafsirnya Imam al-Qurtubi mengatakan, "Di dalam ayat ini terdapat petunjuk yang menyatakan bahawa jin, sebagaimana halnya manusia, juga mati, lalu masuk syurga. Untuk mereka disediakan jin-jin perempuan (bidadari-bidadari jin).
Di paparkan dailog di antara Muhammad Isa Daud (MID) dengan Jin Islam (JI) :
Sifat-sifat Fizikal Jin
MID : Selama ini ada anggapan bahawa mata kalian selamanya merah, apakah benar"?
JI : Tidak selamanya demikian. Mata kami , sebagaimana halnya dengan mata manusia, banyak sekali macamnya. Ada mata yang merah hitam, kuning, coklat tua, seperti mata mausia. Adanya sinar-sinar halus yang memancar dari mata kami, yakni sinar yang selamanya cenderung berwarna merah. Ia tidak menakutkan bagi sesiapa yang menatapnya, bahkan disitu terdapat suatu keindahan.
Sedangkan telinga kami kedua-duanya mirip telinga kuda, khususnya dalam hal bentuknya yang runcing. Ada pula di antara kami yang telinganya mirip telinga kucing. Kalau ada di antara kami menyerupakan diri dalam bentuk-bentuk tertentu, maka yang paling mereka sukai adalah kucing, kuda atau harimau.
Hidung kami serupa hidung manusia. Hanya ia tidak mancung seperti hidung kalian. Lazimnya hidung kami pesek atau bulat mirip hidung lelaki atau wanita Filipina.
Jin Islam memanjangkan janggutnya, kerana mengikut sunah Nabi Muhammad SAW. Terdapat juga yang tidak berjanggut.
Rambut kami sangat tebal, dan lebih tebal lagi pada kaum wanita jin. Di kalangan kaum lelaki rambut kami terasa lebih kasar, dan dalam skala besar lebih banyak yang botak.
Rambut kaum wanita, bagi kami sangat -sangat panjang. Dan itu, merupakan lambang kecantikan. Sehingga ada di antara mereka yang rambutnya terseret di tanah kerana panjangnya.
MID : Bagaimana pula tangan dan kaki kalian.?
JI : Tangan kami seperti tangan kalian. Cuma dari segi panjang lengan dan kuku, agak berbeza. Lengan kami, dalam bandingannya dengan tubuh kami, terbilang sangat panjang, bila dibandingkan dengan lengan kalian terhadap tubuh kalian. Demikian pula halnya dengan kuku-kuku kami. Sebab, jari-jari kami pun panjang-panjang. Sedangkan kaki kami , beza dengan kaki kalian dalam hal letak tumit dan keruncingan jari-jarinya.
MID : Apakah kalian juga punya tulang, jantung, organ pernafasan dan pencernaan?
JI : Ya sama seperti kalian, sekalipun tulang kami, dibandingkan dengan kulit atau daging kami, agak besar. Sekarang ini, kami memiliki kelenturah yang tidak mungkin kalian bayangkan. Organ-organ kami yang selebihnya, agak kecil-kecil. Semuanya berfungsi seperti tubuh kalian, sekalipun kami tidak memerlukan oksigen untuk bernafas sebanyak yang kalian perlukan.
Begitu pula dengan alat pencernaan yang mencerna segala yang kami makan. Sisa-sisa pencernaan kami juga keluar dari lubang-lubang pencernaan seperti kalian alami, sekalipun najis kami tidak berbentuk kasar, melainkan lebih mirip dengan wab yang sangat pekat.
Sedangkan air kencing, juga berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya, tetapi sangat ringan dan mirip aliran air pancur dikalangan kalian. Itu sebabnya , maka ada syaitan yang boleh mengencingi telinga seorang muslim yang sedang tidur tidak menyebut ASMA ALLAH dan yang dimalam harinya tidak pernah berniat untuk menunaikan kewajipan kepada Allah, Tuhan semesta alam.
[Saya mengatakan, Subhanallah, sungguh benar Rasulullah SAW, ketika mengatakan dalam salah satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibn Wa'il, dari Abdullah bin Mas'ud katanya, "Di sebutkan di hadapan Nabi SAW seorang lelaki (yang tidak hadir saat itu). Lalu seorang mengatakan, 'Dia masih tidur hingga pagi tadi, dan tidak bangun untuk solat.' Nabi SAW mengatakan,' Syaitan telah mengencingi telinganya."
Dalam pembicaraan saya dengan Jin Islam sahabat saya itu, kita boleh memahami bahawa tidur yang disertai zikir kepada Allah dan disertai pula dengan niat untukbangun untuk melaksanakan perintah Allah, merupakan dua hal yang dapat menolak syaitan yang mendatangi seorang muslim, serta menyebabkan datangnya pertolongan Allah dalam menunaikan kewajipan-kewajipan yang ditetapkan-Nya.]
MID : Apakah kamu mempunyai alat kelamin?
JI : Sama seperti manusia. Hanya lebih kecil bila dibandingkan dengan yang ada pada kalian, dan dalam bandingkan dengan tubuh kami. Kaum lelaki kami seperti lelaki kalian. Mereka punya dorongan berahi dan kemampuan untuk bersenggama, dan mengeluarkan sperma. Wanitanya pun seperti kaum wanita kalian. Mereka mempunyai selaput dara yang pecah ketika terjadi hubungan seksual. Suatu bentuk kehidupan . Wahai saudaraku, betul-betul kehidupan biasa.
MID : Kembali pada persolan tentang Nabi SAW pernah berkata."Sesungguhnya matahari, ketika terbit, ia membawa tanduk syaitan. Ketika ia naik, dilepaskannya tanduknya. Kemudian ketika ia tepat di tengah ufuk, dikenakannya kembali tanduknya. Namun ketika tergelincir tanduk itu ditinggalkan, untuk kemudian dikenakannya lagi ketika matahari tenggelam. Ketika betul-betul tenggelam, tanduk itu ditinggalkan. Kerana itu, janganlah kalian solat pada tiga waktu tersebut." (Hadis Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwaththa' hadis ke 44 dan 49. Hadis yang sama diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam musnadnya)
Dalam hadis riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Bad' Al-Khalq , Nabi SAW bersabda maksudnya: "Janganlah kalian mendekatkan solat kalian dengan waktu terbit dan tenggelamnya matahari. Sebab , ia terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula."
Kalau demikian, apakah syaitan atau jin mempunyai tanduk dalam bentuk nyata, ataukah itu hanya
merupakan kiasan saja.?
JI : Itu adalah ucapan Muhammad SAW dan baginda mengatakan yang benar. Setiap jin punya tanduk. Tetapi kedua tanduk tersebut sangat kecil, bahkan bila dibandingkan dengan tubuh kami yang kecil.
MID : Apakah itu bererti engkau juga punya dua tanduk?
JI : Ya, ya...akan tetapi sangat kecil, seperti huruf "Nun"; kecil, kecil sekali, dan tidak panjang seperti gambaran manusia.
MID : Apakan tanduk iblis kecil atau besar?
JI : Besar, sesuai dengan tubuhnya. Iblis sangat tua usianya, jauh lebih tua daripada manusia yang pertama. Kami adalah makhluk -makhluk yang bertubuh lemah, seperti tubuh manusia yang mengalami proses kelemahan sejalan dengan perjalanan waktu.
MID : Tentang warna kulit kalian?
JI : Berbeza-beza seperti kalian. Akan tetapi biasanya kami lebih hitam daripada manusia yang berkulai hitam. Sebab kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warna mirip dengan warna kerbau kalian. Hanya sangat tebal bulunya, seperti orang yang paling tebal bulunya di antara kamu. Di antara kami ada jin-jin yang lebih tebal lagi bulunya. Juga ada yang putih dan merah. Subhanallah, banyak sekali warnanya.
Ibnu Masud r.a. berkata, " Bunuhlah semua ular, kecuali jin putih, yang bentuknya seperti tongkat perak." (Hadis Riwayat Abu Daud dalam kitab Al-Adab juz V hlm. 415)
Ular putih adalah jelmaan Jin Islam yang sangat jarang ditemukan , seakan-akan ia merupakan tongkat perak.
MID : Apakan kalangan jin berpakaian?
JI : Ya, ya... kami mengenakan pakaian yang berbeza-beza dan indah-indah. Kaum wanitanya mengenakan pakaian yang sesuai dengan kewanitaannya. Yang muslimah mengenakan tudung atau jilbab seperti kaum wanita kalian. Akan tetapi saya lebih menekankan jubah, sebab ia lebih dekan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :" Hendaklan mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka." (Surah al-Ahzab ayat 59). Kaum lelakinya mengenakan pakaian yang sesuai, lazimnya semacam kemeja. Sebahagian besar jin menyukai warna merah, kemudian kuning dan hitam.
MID : Bagaimana dengan lidahmu yang sekarang berkata-kata ini, apakah ia betul-betul lidah, ataukah kalian berbicara dengan cara yang tidak kami ketahui?
JI : Tidak, tidak ini betul-betul lidah dan bukan sekadar kiasan. Akan tetapi sangat kecil, sesuai dengan kecilnya tubuh kami. Singkatnya, kami juga mempunyai organ-organ seperti kalian, segalanya, segalanya seperti kalian.
MID : Juga punya gigi?
JI : Tentu saja. Hanya saja bila dibandingkan dengan tubuh kami, ia terbilang panjang atau besar, dibandingkan dengan gigi kalian terhadap tubuh kalian.
MID : Walaupun begitu, kami tetap tidak boleh melihat kalian?
JI : Ya, wajar saja. Sebab asal kami adalah api yang bersifat gas yang ringan, sekalipun dalam keadaan-keadaan tertentu kami boleh dilihat.
MID : Keadaan yang bagaimana?
JI : Ya, ketika kami menampakkan diri dalam bentuk fizikal atau melalui sihir atau ketika seseorang minum air sihir.
MID : Apakah yang kalian kenakan di kaki kalian? Apakah kalian berjalan dengan telanjang kaki, atau memakai kasut atau terumpah?
JI : Ya, ya, ada sesuatu yang kami kenakan. Tetapi berbeza di antara jin Islam dengan jin syaitan.
MID : Apa bezanya?
JI : Kalau jin syaitan, menggunakan satu terumpah di kaki kiri, sedang kaki kanannya dibiarkannya telanjang.
[Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah SAW yang bersabda (maksudnya) : "Jangan salah seorang di antaramu berjalan dengan satu terumpah, sebab syaitan berjalan dengan satu terumpah pula." (Harb Al-Kirmani meriwayatkan hadis dalam kitabnya yang berjudul Al-Masa'il)
Dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa Nabi SAW melarang berjalan dengan satu terumpah, bila terumpah yang satunya lagi putus, sampai ia diperbaiki.]
MID : Kalau yang muslim?
JI : Tidak seperti itu. Alhamdulillah, akau mengenakan dua terumpah di dua kakiku.
MID : Di buat dari apa terumpah kamu?
JI : Di buat dari daun papirus.
MID : Daun papirus biasa, yakni daun yang digunakan sebagai alat tulis oleh para Firaun, ataukah daun papirus lain yang kalian tanam dan tidak kami lihat?
JI : Tidak, ya daun papirus yang itu-itu juga. Akan tetapi, biasanya sangat kecil, sesuai dengan kecilnya tubuh kami. Apalagi ia kami kenakan sedemikian rupa, sehingga ia mengikuti kekhususan-kekususan kami, sehingga tidak boleh dilihat oleh sesiapa.
Jin Wujud Dalam Alam Ghaib (Mata Manusia Tidak Boleh Melihatnya)
MID : Bagaimana pendapatmu tentang melihat jin, apakah manusia boleh melihatnya?
JI : Kabarnya, di antara kalian ada yang berpendapat bahawa barangsiapa yang mengatakan telah melihat jin, batallah syadatnya, atau ditolaklah syahadatnya...Memang begitu.Akan tetapi apa yang disampaikan Allah SWT tidaklah menafikan kemugkinan melihatnya. Yang dimaksudkan di situ adalah bahawa pada prinsipnya memang begitu.Yang demikian itu adalah sesuatu yang wajar, yang sejalan dengan karakter tubuh kami yang diciptakan oleh Allah SWT. Kami adalah dunia yang dikehendaki Allah untuk tidak boleh dilihat dari alam manusia, tidak boleh didengar dan disentuh, kecuali dalam beberapa hal yang didahului oleh ilmu-Nya.Iaitu, pemberitahuan tentang keistimewaan dunia ini, atau kemampuan khusus yang dengannya dia (jin) menjadi mudah melancarkan gangguan atau bergaul dengan manusia, tanpa manusia sendiri, pada umumnya, memiliki kemungkinan untuk melihat mereka, kecuali dalam keadaan-keadaan yang sangat khususu.
MID : Menurut hematmu, apa pengecualian tersebut?
JI : Tadi sudah saya katakan, yakni ketika kami menampakkan diri dalam bentuk yang memang boleh dilihat, atau dalam keadaan sihir, atau minum air sihir, atau melalui kemahuan jin itu sendiri untuk memperlihatkan diri, dan keadaan-keadaan tertentu yang di situ terpenuhi segala syarat untuk boleh melihat kami.
MID : Apakah ada larangan terhadapmu untuk menjelaskan secara rinci akan keadaan tersebut, kemudian memberi sedikit keterangan yang boleh membuat orang-orang berakal menjadi faham, dan orang-orang yang bodoh menjadi tahu?
JI : Tidak , tidak ada larangan apa pun...Sesungguhnya Allah SWT telah menganugerahkan kepada kami suatu kemampuan untuk mengubah diri dalam berbagai bentuk. Cuba baca surah al-Anfal ayat 48.
Firman Allah SWT maksudnya : " Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka, seraya mengatakan, "Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu'. Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling melihat, syaitan itu berbalik ke belakang seraya berkata,'Sesunggunnya aku berlepas diri dari kamu, sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihatnya. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras seksa-Nya." (Surah al-Anfal ayat 48)
Cuba ambilkan tafsirmu yang menjelaskan ayat tersebut!
MID : Ini tafsir Ibn Katsir, dan yang itu Tafsir Al-Qurtubi.
JI : Bacalah tafsir ayat itu!
MID : Saya membaca tafsir Al-Qurtubi : Di riwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju'syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut bila Bani Bakr mengejar mereka. Sebab, mereka telah membunuh salah seorang warga Bani Bakr. Ketika dia telah menampakkan diri kepada mereka, dia lalu menyampaikan khabar yang dia katakan berasal dari Tuhan.
Adh-Dhahhak mengatakan, "Pada perang Badar, datang Iblis dan pengikut-pengikutnya kepada mereka (kaum musyrikin) lalu membisikkan ke dalam hati mereka bahawa mereka tidak akan dikalahkan, sebab mereka berperang membela agama nenek moyang mereka."
Ibn Abbas mengatakan, "Allah SWT membantu Nabi-Nya, Muhammad SAW dan kaum mukminin dengan seribu malaikat yang mendampingi pasukan baginda di kiri dan kanan. Di sebutkan pula bahawa Jibril dan pasukannya itu merupakan satu platun yang menghadang di salah satu hujaung jalan, sedang Mikail dengan lima ratus malaikat yang dipimpinnya mendampingi pasukan tersebut. Kemudian muncul Iblis ditengah-tengan pasukan syaitan, dengan membawa bendera. Dia menampakkan diri dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan syaitan dalam rupa Suraqah bin Malik bin Ju'syam.
Syaitan berkata kepada kaum musyrikin, "Hari ini tidak akan ada yang mengalahkan kalian, sebab aku mendampingi kalian." Ketika pasukan tersebut berbaris, Abu Jahal berkata, "Tuhan, tolonglah kami dalam membela kebenaran, dan bantulah dia."
Di pihak yang lain Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya dan berdoa :" Tuhanku, sesungguhnya jika Engkau hancurkan pasukan ini, maka Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini untuk selama-lamanya."
Mendengar itu Jibril berkata,"Ambillah segenggam debu"
Maka Rasulullah pun meraup segenggam tanah, lalu dihamburkannya ke arah kaum musyrikin, sehingga tidak ada seorang pun di antara mereka yang mata, kerongkong dan mulutnya tidak terkena serangan debu. Akibatnya mereka lari tunggang-langgang.
Kemudian Jibril menemui Iblis. Ketika Jibril melihatnya, maka saat itu tangan Iblis sedang menganding salah seorang di antara kaum musyrikin. Kemudian dia melepaskan tangannya dan lari bersama pengikut-pengikutnya. Lelaki yang diganding tangannya itu berteriak kepadanya (Iblis) ,"Wahai Suraqah, bukankah engkau telah menyatakan untuk membantu kami?"
Iblis menjawab, " Aku berlepas tangan dari kalian. Sesungguhnya aku melihat apa yang tidak kamu lihat."
(Hadis Riwayat Baihaqi dan perawi-perawi yang lain)
JI : Ini merupakan bukti bahawa Iblis, yang termasuk kategori jin, itu boleh menampakkan diri dalam bentuk seorang lelaki yang memungkinkan dia boleh dilihat dan diajak berbicara. Bahkan dia mengganding tangan manusia, dan mengikat perjanjian bersama mereka.
Dalam sahih Muslim disebutkan adanya jin yang menampakkan diri dalam bentuk ular, dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Seandainya pemuda itu menikam ular tersebut ditempat yang mematikan (sampai mati), nescaya dia tidak dapat terkena musibah seperti itu. Sayangnya dia menangguhkannya. Ini merupakan peringatan dan pelajaran. Tetapi, bagaimanapun juga, hadis Nabi Muhammad SAW ini merupakan bukti tentang kemampuan jin menampakkan diri dalam berbagai rupa.
Melihat Jin Melalui Sihir Atau Dengan Meminum Air Sihir.
JI : Dalam keadaan sihir atau minum air sihir, manusia boleh melihat jin dalam rupanya yang biasa dalam kehidupan mereka hari-hari.
MID : Bagaimana boleh begitu?
JI : Akan saya jelaskan. Tetapi hendaknya engkau selalu ingat akan ucapan Nabi SAW yang mengatakan, : "Barangsiapa melakukan sihir dia telah kafir."
MID : Memang benar. Sungguh benar Rasulullah SAW.
JI : Ada orang menjual dirinya kepada syaitan, lalu berusaha menguasai orang lain, menghancurkan kehidupannya atau menguasai dan mengendalikan keadaan. Misalnya dengan membuat rugi perniagaan, memikat isterinya, atau membuat gelisah fikirannya sehingga dia tidak boleh tenang dan tidak pula boleh tidur. Di antara mereka ada yang berlaku demikian jahat dengan meminum air yang sudah diberi mantera dengan mentera-mentera syaitan kepada korbannya. Ketika air itu telah memasuki tubuh korban, maka ia membentuk semacam "pusat" besi -berani yang menarik syaitan-syaitan masuk ke dalam tubuhnya. Kalau sudah begitu, maka si korban seakan-akan lubang tanpa penjaga yang boleh dimasuki syaitan bila saja dia mahu.
MID : Rupanya, boleh masuk, bagaimana caranya?
JI : Air tersebut sagat aneh.Ia boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan undangan untuk kenduri.
MID : Aku mengerti, tetapi yang ku maksudkan adalah, dari organ tubuh yang mana dia masuk?
JI : Biasanya dari dubur. Sebahagian dari mulut, khususnya bila orangnya kurang memperhatikan kebersihannya dengan menggosok gigi dan lain-lain. Kemugkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya lebih menyukai tempat-tempat berbau tidak sedap. Kerana itu, biasanya masuk melalui lubang dubur.
MID : Lalu, bagaimana dalam keadaan itu manusia dapat melihat jin?
JI : Boleh dilakukan melalui pengaruh air sihir, yang memberikan kemampuan kepada mata manusia di atas kemampuannya yang biasa, sehingga dapat melihat kami. Pengaruh air sihir terhadap mata atau indera orang yang tersihir demikian hebat, dan pada darjah yang sulit kalian bayangkan. Gangguan yang demikian hebat pada susunan fizikal orang yang tersihir inilah yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk melihat, mendengar dan memudahkan kami untuk mempengaruhinya.
MID : Boleh kau jelaskan lebih jauh?
JI : Saya berikan suatu contoh.Kalau engkau memegang seketul batu, lalu melemparkan sekuat-kuatnya, maka batu itu ketika melayang, lenyap dari pandanganmu. Kemudian kecepatannya sedikit melambat kerana adanya suatu daya tarik. Akhirnya goncangannya semakin lambat sehingga engkau dapat melihatnya kembali.Kau tahu bahawa Allah SWT telah menjadikan seluruh makhluk-Nya, baik manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, binatang dan benda-benda mati, terdiri dari atom yang selalu bergerak.Akan tetapi kekuatan gerakannya berbeza satu sama lain.
MID : Ya, memang benar, bila yang engkau maksudkan adalah bahawa Allah menciptakan jasad kalian dari atom-atom yang bergerak dengan cepat, sedangkan kami diciptakan dengan atom-atom yang sedikit lebih lambat. Kemudia sihir itu memberikan kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan yang biasa kepada atom-atom yang ada pada tubuh manusia tersebut. Dengan demikian, maka indera orang yang tersihir itu dapat melihat kalian sebagimana wujud kalian yang sebenarnya.
JI : Sungguh Allah telah memberikanmu ilmu yang banyak. Memang betullah seperti itu.
MID : Barangkali engkau juga memaksudkan bahawa kalian tidak boleh dilihat , didengar dan disentuh, kerana eter kalian bergerak sangat cepat.
JI : Ya. Bahkan kecepatan kami mengatasi kecepatan cahaya menurut perhitungan kalian (186,000 batu sesaat), yang dengan itu kalian membuat perhitungan-perhitungan. Misalnya, sebuah batu yang dilemparkan demikian kuat yang menjadi tidak terlihat, atau peluru yang ditembakkan dari senapang, yang tidak boleh kalian lihat kerana kecepatannya yang melebihi kecepatan gerak atom dalam struktur dirinya. Jadi, kalian tidak boleh melihat kami kecuali bila kalian diberi kekuatan seperti yang diberikan oleh air sihir.
MID : Apakah setiap orang yang tersihir atau yang minum air sihir boleh seperti itu?
JI : Tidak, tetapi hanya mereka yang diminumkan air sihir yang disertai kekuatan syaitan, dalam erti bahawa dia akan berubah bentuk menjadi syaitan lelaki atau syaitan perempuan, atau lebih dari itu. Ketika syaitan sudah keluar dari tubuh orang yang dirasukinya, lalu dia kembali sedar, maka dia boleh melihat syaitan atau sejumlah syaitan di depan matanya.
MID : Kalau sihir itu tidak disertai dengan penguasaan syaitan atas diri manusia, bagaimana?
JI : Orang yang tersihir tidak akan boleh melihat syaitan. Akan tetapi bila sihir itu berlaku terhadapnya, maka keadaan dirinya berubah menjadi tidak normal. Dia tidak akan boleh kembali kepada keadaan asalnya, kecuali jika Allah memberikan pertolongan-Nya dengan menghancurkan pengaruh sihir tadi.
(Di petik daripada Buku "Dialog Dengan Jin Islam" tulisan Muhammad Isa Daud)
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment