Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu kewajipan seorang muslimah adalah menutup aurat. Hukum menutup aurat bagi
wanita muslim yang telah sampai akhil baligh wajib menutup aurat iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan hingga pergelangan tangan.
Para Ulama’ bersepakat berpendapat bawah
aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh
kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman
Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, surah Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59
serta riwayat beberapa buah hadis.
Firman Allah SWT:{وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}
Maksudnya: “{Dan janganlah mereka
(wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak
daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke
bawah dada}.” [Surah An-Nur ayat 31].
Firman Allah SWT
{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا} الأحزاب (59)
Maksudnya: “{Wahai Nabi,
katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta
kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB
mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah
dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada
gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang}.” [Surah Al-Ahzab ayat 59].
{وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ} الأحزاب (53)
Yang bermaksud: “{Apabila kamu
bertanya atau meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri
Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih
mensucikan hati kamu dan hati mereka …}” [Surah Al-Ahzab ayat 53]
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebut riwayat dari Ibn Syihab dari ’Urwah dan dari Aishah, r.anha berkata:
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya”. [Tafsir Ibn Kathir juz 3 halaman 284]
Hadis riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya: “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).”
DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA KEADAAN.
1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.
2. Ketika berjual beli.
3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.
4. Ketika hendak menjadi saksi.
5. Ketika mengajar.
Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
1) Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
2) Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
3) Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas
bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
4) Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
5) Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
6) Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
7) Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Pakaian Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak syariat Islam ialah:
1) Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
2) Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
4) Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
5) Tidak berwangi-wangian.
6) Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7) Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8) Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Sahabat yang dikasihi,
Salah satu punca gejala sosial yang melanda umat Islam hingga melahirkan ramai anak-anak tak sah taraf adalah berpunca daripada pergaulan bebas lelaki dan wanita dan wanita itu sendiri tidak memutup aurat. Jika memakai tudung sekali pun belum tentu mereka sudah sempurna melaksanakan perintah Allah SWT untuk menutup aurat sekiranya piawaian pemakaian tudung dan pakaian tidak memenuhi spesifikasi yang digariskan oleh Islam. Lihat gambarajah di atas terdapat 6 cara-cara pemakaian tudung dan pakaian tidak mengukut syariat Islam.
Oleh itu wahai sekelian wanita muslim! Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya , dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Salah satu suruhan-Nya adalah kalian wajib memakai pakaian dan bertudung dengan menutup aurat. Semoga dengan ini kalian terpelihara daripada kemurkaan Allah SWT dan dijauhi daripada fitnah dunia.
No comments:
Post a Comment