Allah s.w.t. telah merakamkan dalam al-Qur’an sebuah kisah yang amat mengerikan dan dahsyat pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah ini juga merupakan mesej untuk memberitahu betapa murkanya Allah s.w.t. terhadap sikap dan tindakkan manusia yang menentang kebenaran dan melampau sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi.
Kaum ‘Aad merupakan kaum yang mahir dalam seni bina sehingga mereka mampu mendirikan bangunan dan gedung-gedung indah di setiap tempat tinggi dengan harapan mereka dapat hidup selama-lamanya.
Allah s.w.t. mengutus kepada kaum ‘Aad seorang Nabi yang dilantik daripada kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s. untuk memberi peringatan. Malangnya kaum ‘Aad menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s.
Allah s.w.t. merakamkan kisah tersebut dalam al-Qur’an :
“Dan (Hud berkata) : ‘Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.’
Kaum ‘Aad membalas : ‘Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagiaan sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu’.”
Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana kaum ‘Aad dibinasakan dalam firman-Nya :
“Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin rebut yang kencang , yang melampau kencangnya, yang diarahkan menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus menerus. (Kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati , seolah-olah mereka , batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?” (Surah al-Haaqqah ayat 6-8)
Kajian geografi menunjukkan bahawa tempat tinggal kaum ‘Aad ialah di bumi Ahqaf yang terletak di sebelah utara Hadramaut. Disebelah utaranya terletak Ar Rab’ Khali, manakala timurnya ialah Oman . Mereka ialah kaum yang menyembah berhala, antaranya yang bernama Waddn, Suwa’an, Yaghus, Ya’uq dan Nasran. Kaum ‘Aad yang dibinasakan ialah kaum ‘Aad yang terdahulu (pertama). Adapun kaum ‘Aad yang terkemudian (kedua) mereka menetap di Yaman.
Menurut cerita daripada penduduk Hadramaut . Sesungguhnya Nabi Hud a.s menetap di Hadramaut selepas kaum ‘Aad di binasakan sehingga baginda wafat dan dikebumikan ditimur Hadramaut iaitu dua marhalah daripada bandar Turim berhampiran lembah (Barhut)
Allah s.w.t. telah menyebutkan kehebatan kaum ‘Aad dalam firman-Nya yang bermaksud : “Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum ‘Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya (sesuai dengan penduduknya.) (Surah al-Fajr ayat 6-7)
Seorang ahli arkeologi bernama Nicholas Clapp telah menemui lokasi lagenda purba itu. Daripada penemuan arkeologi tersebut didapati bahawa menara dan tiang-tiang yang disebutkan dalam al-Qur’an begitu mengagumkan dan mempunyai bentuk-bentuk khas . Catatan sejarah mendapati kaum ‘Aad adalah kaum yang terkaya di dunia. Mereka sangat maju dalam pertanian ‘frankincence’ , salah satu tanaman yang paling berharga pada waktu itu. Manakala hasil daripada penggalian , telah ditemui sisa runtuhan sebuah kota yang amat luar biasa. Kota tersebut dikelilingi dinding memiliki ukuran begitu luas dan istananya merupakan bangunan yang sangat menakjubkan. Tiang-tiangnya memiliki teknologi arkitektual yang tinggi, berbentuk bulat dan disusun dalam serambi yang melengkung, berlapis emas atau perak. Ruang-ruang di antara tiang-tiang tersebut sangat mengagumkan.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Adapun kaum ‘Aad , maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar , serta berkata : “Siapakah yang lebih kuat daripada kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (daripada tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatan-Nya daripada mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahui) (Surah al-Fushilat ayat 15)
Begitulah sikap kaum ‘Aad sehingga mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t . Akibatnya mereka dibinasakan dengan taufan.
(Dipetik dari tulisan Ustaz Mohd Wahid Abd. Hanif dari Majalah Solusi 05/2009)
Pengajarannya : 1. Setiap para Rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. yang berdakwah kepada kaumnya untuk mengajak mereka kembali kepada sumber yang satu iaitu mentauhidkan Allah s.w.t dan meninggalkan segala sembahan yang lain. Mereka engkar dan mencabar kekuasaan Allah s.w.t. dan meminta diturunkan bala, maka turunlah bala menimpa mereka.
2. Kemajuan dan teknologi cangih yang dimiliki oleh umat terdahulu semuanya tidak mampu menghalang azab Allah s.w.t apabila telah datang kemurkaan Allah s.w.t. Oleh itu kita di zaman moden dengan kemajuan sains dan teknologi juga tidak akan terlepas dari azab Allah s.w.t apabila umat Islam hari ini meninggalkan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya kemajuan yang kita miliki semakin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan patuh kepada hukum-hakam-Nya.
Kata-kata hukama : "Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Saya berminat untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah melalui tulisan terhadap semua peringkat dalam masyarakat umum umat Islam.Semuga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu kerja-kerja dakwah untuk menyedarkan masyarakat.
Sahabat-sahabat semua:
Saya membenarkan semua atau sebahagian artikel yang terdapat dalam blog ini untuk di hantar dan di sebarkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.Segala usaha-usaha murni sahabat semua akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.insya Allah.
Pesanan dari Wahab al-Munabbih : "Puncak kebahagiaan ada tiga, pertama ialah nikmat Islam, kedua nikmat kesihatan dan ketiga nikmat kekayaan. Bermula dengan nikmat Islam kemudian bermanfaatlah nikmat yang lain. Dalam Islam terdapat banyak peluang ibadah untuk bekalan kehidupan dunia dan untuk kembali kepada akhirat dengan jaya, serta untuk mendapat rehat di alam baru. Bersabda Nabi s.a.w., 'Ya Allah jadikan hidupku penambahan kebaikan, dan jadikan matiku dalam kerehatan'."
Cartier Jewellery Collection
-
1904 was a revolutionary watch for yourself or someone you love - just
follow your style and diversity makes Cartier watches can be priced high
for a Car...
Penghapus Dosa
-
*Lihatlah* pada mereka yang *SAKIT,*
*DAHULUny*a mereka pernah *SIHAT,*
*Lihatlah* pada mereka yang *TUA,*
*SUATU KETIKA* dahulu mereka juga pernah *MUDA...
Pintu Syurga VS Pintu Neraka
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir
seluruh alam, mencurahkan limpah kurn...
Daabbatul Ardh
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan
limpah kurniaNya dan kenikmatan ...
Mengambil nafas ketika membaca AlQuran
-
Apakah hukum mencuri nafas semasa sedang membaca Al-Quran?
Jawapan:
Mengambil nafas ketika membaca Al-Quran tidak dikira bersalah selagi mana
ayat Al-Qura...
Pelajar Terbaik Perakaunan UNISEL
-
Seorang pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar
Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama
11 wakil uni...
Kepentingan MERANCANG KEWANGAN dalam Islam
-
*Ketahuilah saudaraku...*Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik di
masa depan. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang
dengan ...
No comments:
Post a Comment