Sahabat yang dimuliakan,
Dalam satu perbincangan dengan para sahabat, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)
Hadis di atas secara jelas menyatakan betapa tingginya nilai silaturahim. Bahkan Rasulullah s.a.w. memberi jaminan bagi para pelaksana silaturahim, hanya dengan satu amalan, ini ia memperolehi empat jaminan sekaligus; dicintai keluarga, diluaskan rezeki, dipanjangkan usia dan yang paling penting menjadi penghuni Syurga Allah s.w.t.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Mengapa nilai silaturahim ini begitu tinggi? Ini disebabkan Islam adalah agama kasih sayang risalahnya ditujukan sebagai rahmat semesta alam. Islam bukan sekadar membimbing manusia untuk memiliki hubungan yang baik dengan Tuhannya, tetapi Islam adalah ajaran yang mengajak manusia supaya menjaga hubungan baik sesama manusia, malah ini merupakan sasaran dalam Deen al-Islam.
Iman seorang Mukmin dan Mukminah tergambar di dalam hubungan sosialnya di tengah keluarga dan masyarakat. Ibadah yang dilakukan seseorang, tidak akan membawa apa-apa erti apabila tidak membuahkan hubungan baik sesama manusia. Silaturahim merupakan kunci hubungan sesama manusia yang diajarkan oleh Islam. Bahkan barangsiapa yang melaksanakan silaturahim ia digolongkan sebagai orang yang berakal dan mengenal kebenaran.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dan Rabb-Mu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran, (iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah s.w.t. dan tidak merosakkan perjanjian. Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah s.w.t. perintahkan supaya dihubungkan dan mereka takut kepada Rabbnya dan takut kepada hisab yang buruk."
(Surah Ar-Ra'du ayat 19-21)
Di dalam ayat di atas dapat diambil pengajaran bahawa terdapat tiga ciri orang yang berakal :
1. Memenuhi janji Allah s.w.t. dan tidak merosakkan perjanjian. Sentiasa melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Perjanjian dengan Allah s.w.t. adalah ikatan aqidah yang melahirkan ketaatan kepada syariat dan terpancar dalam akhlak Islam.
2.Menghubungkan tali silaturahim. Memperkukuhkan tali persaudaraan dengan keluarga atau dengan sesama Muslim. Hubungan ini amat bermanfaat bagi memperkukuhkan asas sosial orang-orang yang beriman.
3.Takut kepada Allah s.w.t. dan hari perhitungan di akhirat nanti. Ini bererti melaksanakan dua perkara di atas dengan kawalan dan pengawasan Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata.
Silaturahim membawa makna hubungan kasih sayang. Rahmat (kasih sayanag) merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada mereka yang benar-benar beriman dengan keimanan yang sahih. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Orang yang memutuskan silaturahim tidak akan masuk Syurga."
(Riwayat Muttafaq Alaih)
Sahabat yang dihormati,
Menjalin hubungan silaturahim bukan sekadar bertandang ke rumah jiran tetangga, sanak saudara atau keluarga, tetapi kita wajib memerhatikan keperluan mereka. Ajaran Islam membimbing umatnya agar memiliki kepekaan untuk memberi bantuan keluarga serta masyarakat dan persekitarannya yang memerlukan bantuan dan sumbangan. Perhatian terhadap nasib sesama insan yang memerlukan pertolongan merupakan ciri khas sifat Islam.
Terdapat tiga kunci silaturahim yang wajib di laksanakan dalam kehidupan seoarang Muslim :
Pertama, berbakti kepada ke dua ibu bapa :
Ini adalah hubungan kewajipan yang bersifat mutlak. Ayah dan ibu adalah orang yang paling berjasa pada anaknya.
Setiap anak sudah selayaknya menyayangi kedua ibu bapanya. Derhaka kepada ibu bapa tergolong di dalam dosa besar yang sangat dibenci oleh Allah s.w.t. Islam mengajar agar setiap Muslim merendahkan hati dan hormat kepada ibu bapa.
Kedua, berbuat baik kepada sanak saudara, kaum kerabat dan sesama manusia :
Keluarga dan sanak saudara merupakan benteng pemeliharaan hubungan kasih sayang yang luas. Islam mengatur agar hubungan yang mesra sesama manusia menjadi terarah dan seimbang. Maka keutamaan silaturahim terhadap keluarga juga di akui, selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip iman dan amal soleh.
Jagalah hubungan sesama keluarga, sesama adik beradik jangan sampai wujud perselisihan dalam perkara-perkara kecil, hingga membawa kepada permusuhan dan tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari (kerana amat besar dosa yang mereka tanggung dan rahmat Allah tidak akan sampai kerana permusuhan tersebut).
Perselisihan disebabkan tidak puas hati dalam pembahagiaan harta pusaka juga akan membawa bencana yang lebih besar kerana terputusnya tali silaturahim. Nilai harta tidak ada nilai disisi Allah sedangkan nilai hubungan silaturahim amat dipandang oleh Allah s.w.t. kerana orang yang memutuskan tali silaturahim tidak akan masuk Syurga. Tanda kasih sayang kepada keluarga adalah kita sampaikan dakwah Islam kepada mereka.
Ketiga, bertetangga secara Islam :
Hubungan bertetangga merupakan kunci untuk melahirkan hubungan silaturahim di tengah-tengah masyarakat. Apabiala setiap Muslim dan Muslimah dapat menunjukkan keperibadian Islam di kawasan tempat tinggalnya, maka secara automatik ia akan memiliki daya tarikan dakwah. Oleh itu Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita tentang hak-hak terhadap jiran tetangga.
Nabi s.a.w. ada bersabda yang bermaksud, "Malaikat Jibril a.s. selalu berpesan kepadaku tentang tetangga sehingga aku mengira dia akan menetapkan hak waris bagi tetangga."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Akhirkata tiga kunci utama dalam menjalin silaturahim ini apabila dilaksanakan pasti seruan dan dakwah Islam semakin tersebar luas. Apabila Islam dipersembahkan dengan penuh kasih sayang pasti ramai manusia yang tertarik dengannya. Sama-samalah kita perbaiki hubungan silaturahim dengan ahli keluarga dan sesama Muslim.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment