Dari Abu Sa'id Al-Khudry r.a dari Rasulullah s.a.w. bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya dunia ini adalah manis lagi hijau dipandang. Dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di dalamnya, maka Allah akan melihat bagaimana yang kalian perbuat. Kerananya, berhati-hatilah pada dunia dan berhati-hati kepada wanita, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israel itu adalah fitnah wanita."
(Hadis Riwayat Muslim).
Sahabat yang dimuliakan,
Dalam hadis di atas Allah s.w.t. telah melantik manusia menjadi khalifah Allah di muka bumi. Apakah ciri-ciri seorang khalifah, yang mampu mentadbir muka bumi ini? Seorang Mukmin adalah orang yang layak menjadi khalifah. Seorang Mukmin yang kuat akan sentiasa memelihara apa yang bermanfaat baginya di sisi Allah. Ia betul-betul menjaga solat, zakat, puasa dan haji.
Menjaga apa yang bermanfaat bagi dirinya, seperti jujur, sedekah, amanah, amal ma'ruf nahi anil mungkar dan sentiasa mencari yang halal. Sentiasa mendidik isteri dan anak-anaknya dengan Deen dan aqidah Islam dan bersikap adil pada semua orang. Menjaga peribadinya dari mengumpat, menjadi batu api,hasad dengki, iri hati, sombong dan tidak merendahkan orang lain. Sentiasa menjaga pandangannya tidak memandang yang diharamkan, sentiasa menutup aurat dan sesuatu yang lahir dari lidahnya tidak menyakiti orang lain dan tidak mendatangkan dosa.
Orang Mukmin juga tidak merasa lemah dan sentiasa merasa mampu dan keyakinan diri yang kuat untuk melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas dirinya. Ia juga sentiasa berhati-hati di dunia ini, dalam hatinya tidak masuk kecintaan pada dunia tetapi mengunakan sepenuhnya kenikmatan dunia untuk mencapai kebahgiaan di hari akhirat.Ia juga sentiasa berwas pada pada wanita supaya tidak timbul fitnah, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israel adalah fitnah wanita.
No comments:
Post a Comment