Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang yang beriman kepada Allah SWT adalah orang yang kuat. Kuat disini bermaksud kuat jasmani dan rohani, sehingga ia tidak pernah gentar menghadapi hidup, sekalipun hidup itu penuh dengan cubaan dan rintangan.
Kekuatan orang yang beriman diperoleh kerana harapan kepada Allah SWT. Ia tidak akan mudah putus asa, kerana ia yakin bahawa Allah SWT bersamanya. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud : "Dia (Allah) beserta kamu dimanapun kamu berada dan Allah Maha Teliti akan segala sesuatu yang kamu kerjakan. Maka kemanapun kamu menghadap, maka disanalah wajah Allah. ( Surah al-Baqarah ayat 115).
Oleh kerana itu, orang yang beriman akan selalu mengantongkan dirinya hanya kepada Allah SWT semata-mata bukan kepada yang lain. Sebab ia yakin dan percaya Allah SWT pasti menolongnya dan tidak akan membiarkan dirinya menghadapi cubaan dan rintangan itu secara bersendirian. Dugaan dan rintangan itu pasti dapat dihadapinya sebab dia yakin akan firman Allah SWT yang bermaksud : "Allah tidak akan memberatkan seseorang kecuali sekedar kemampuannya (ia mampu memikulnya). (Surah al-Baqarah ayat 286).
Dengan demikian, iman menghasilkan pengharapan, tiadanya pengharapan pertanda tiadanya iman. Orang yang tidak ada pengharapan terhadap Allah SWT, pertanda orang tersebut tidak percaya kepadaNya.
Oleh kerana itu, di dalam al-Quran kita selalu diingatkan oleh Allah SWT seperti apa yang disampaikan oleh Nabi Yakub a.s. kepada anak-anaknya dalam mencari Yusuf dan Bunyamin di Mesir maksudnya : "..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir."
(Surah. (12) ayat 87)
Untuk menjadi hamba Allah yang beriman maka kita dituntut untuk senantiasa menjaga dan bahkan meningkatkan iman dari masa ke masa, sebab sesuai sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan La ilaha illallah “. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)
Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa iman kita boleh bertambah atau berkurang setiap hari bahkan berkemungkinan, iman boleh hilang sama sekali. Oleh kerana itu, kita harus melakukan amalan untuk mempertahankan dan meningkatkannya. Salah satu cara adalah dengan memperbanyakkan zikir kalimah 'Lailaha illallah'
Tetapi, kebanyakan daripada kita mentafsirkan hadis tersebut bahawa sekiranya berlaku kelemahan diri kita, kita mengatakan sememangnya iman itu ada masa naik dan ada masa turun. Sepatutnya kita merasakan bahawa sekiranya tahap iman kita lemah (rendah) kita berusaha untuk meningkatkannya.
Tapi kita lupa hal terpenting yang harus kita ambil dari hadis itu, iaitu apakah tindakan selanjutnya apabila mendapati iman kita semakin turun, maka tidak seharusnya kita membiarkannya turun. Kita harus memperbaharuinya dan ini boleh dilakukan dengan banyak cara.
Adapun usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mempertahankan iman adalah dengan menghayati dan mengamalkan tiga soalan :
1. Dari mana kita datang?
2. Apakah tujuan kita diciptakan di dunia?
3. Kemana kita akan pergi setelah kematian?
Huraiannya :
1. Dari mana kita datang?
Kita diciptakan oleh Allah SWT dari roh di alam arwah. Ketika ini apabila ditanya oleh Allah SWT siapakahTuhan mereka, maka semua roh menjawab Allah SWT sebagai Tuhan mereka.
Fitrah manusia pada asalnya adalah suka kepada kebaikan dan telah mengaku kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'alah di alam arwah lagi bahawa Dia adalah Tuhan yang Maha Esa.
Allah Subhanahu Wa Taa'la berfirman yang bermaksud : "(Allah bertanya pada roh) "Bukankah Aku Tuhanmu?". Roh menjawab: 'Ya', kami akui Engkaulah Tuhan kami." (Surah al ‘Araaf ayat 172)
Sebelum masuk ke badan kita roh sudah mengenal Allah SWT, bahkan sudah menyaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengaku kehambaan pada Allah. Tetapi ketika dilahirkan ke dunia, roh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan.
Manusia barasal daripada tanah (ciptaan Nabi Adam a.s) , selepas ciptaan Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa, manusia diciptakan daripada air mani lelaki dan wanita selepas berlaku persenyawaan maka akan terbentuk janin di dalam kandungan perut ibunya. Apabila dilahirkan sahaja maka manusia telah memasuki alam dunia. Ketika inilah manusia diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalfah Allah dimuka bumi.

Selama ini kita sering mendengar dari ulama yang menjelaskan bahwa tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT sebagaimana ayat surah az-Dzaariat ayat 56 menjelaskannya “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
Beribadah (menyembah) kepada Allah SWT dimaksud ialah menyembah(solat) kepada Allah, berpuasa, naik haji, berbuat kebaikan-kebaikan dan lain-lain lagi.
Kalau sudah menjalankan rukun Islam ini ramai menyangka bahawa mereka sudah merasa beragama dengan benar. Sesungguhnya bukanlah demikian menurut perintah Allah SWT. Penjelasan seperti diatas itu belumlah sempurna, sehingga hasilnya pun juga tidak sempurna. Seperti kita lihat masarakat Islam sekarang ini yang masih terbelakang.
Beribadah kepada Allah SWT bukanlah menyembah Allah SWT sahaja bukan menjalankan rukun Islam yang lima saja, dan berbuat kebajikan saja, tetapi maknanya jauh dari itu.
Beribadah kepada Allah SWT bermaksud melaksanakan semua perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangan-Nya dengan bersungguh-sungguh. Allah SWT adalah Raja di bumi dan di langit ini. Sebagai para hamba kepada Allah SWT maka manusia seharusnya patuh dan taat mengikuti semua peraturan-peraturan Allah SWT bagaimana cara hidup dan bagaimana cara berkerja di dunia ini.
Selain daripada menjadi hamba Allah SWT di dunia ini, kita juga telah dipilih oleh Allah SWT menjadi khalifah Allah SWT iaitu memakmurkan muka bumi ini dengan Islam dan undang-undang Allah SWT.
Firman Allah SWT maksudnya : " Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi" (Surah al-Baqarah ayat 30).
Khalifah bermaksud menjadi wakil Tuhan untuk mengurus tadbir bumi dengan baik berpandukan peraturan dan ketetapan yang termaktub dalam AlQuran dan Sunnah Nabi SAW untuk kesejahteraan umat manusia sejagat sebagai "rahmatan lil 'alamin" . Tanggungjawab khalifah tidak diberi kepada makhluk lain kerana mereka tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Apabila manusia meninggal dunia maka rohnya akan kembali ke alam barzakh . Alam barzakh adalah alam di antara dua alam iaitu alam dunia dan hari akhirat. Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiya' ayat 35)
Apabila mayat dikebumikan dikubur, maka dia akan tinggal keseorangan melainkan yang akan menemaninya adalah amalannya ketika di dunia. Jika banyak amal solehnya maka dia akan merasa gembira dan berbahagia, tetapi jika dia membawa amalan dosa dan maksiat dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT maka dia akan berdukacita , sedih dan merasai amat takut untuk berhadapan dengan malaikat Munkar dan Nakir.
Malaikat yang menanyakan persoalan di amal barzakh adalah Malaikat Munkar Dan Nakir. Malaikat Munkar dan Nakir bertugas menanyai mayat dalam alam kubur tentang siapa Tuhannya, apa agamanya dan siapa nabinya. Sedangkan dalam suatu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah menjelaskan bahwa al-Qaulu as-Tsabit dalam al-Quran Surah Ibrahim ayat 27 adalah jawaban orang Islam terhadap pertanyaan Malaikat di dalam alam kubur.
Firman Allah SWT maksudnya : "Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (al-Qaulu as-Tsabit) (dalam kehidupan ) di dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim, dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki" (Surah Ibrahim ayat 27)
Asbabun Nuzaul ayat 27 :
Al-Barra' r.a menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan tentang azab kubur dan keadaan yang terjadi di alam kubur. (Hadis Sahih Riwayat Nasai).
Selepas berlakunya hari kiamat maka semua makhluk Allah SWT samaada jin atau manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar. Ketika inilah proses keadilan bermula dan setiap manusia akan di adili seadil-adilnya di mahkamah Allah SWT dan dijalankan timbangan amal (Mizan). Selepas Mizan akan ada pula titian yang perlu dilalui untuk ke syurga iaitu Siratul Mustakim. Ada manusia yang berjaya melalui titian ini dan ramai yang kecundang hingga terjatuh ke gaung dibawahnya iaitu tempat terletaknya Neraka Jahanam dengan api yang menyala-nyala.
Sahabat yang dikasihi,
Tujuan hidup adalah mencari reda Allah SWT bukan mencari reda syaitan, atau reda manusia. Tugas hidup adalah beribadah kepada Allah SWT . Peranan hidup adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi yang bertindak mengolah dan melindungi, bukan sebagai perosak dan penghancur bumi. Pedoman hidup adalah Al-Quran dan Al-Hadis bekal hidup adalah ilmu dan amal, teladan hidup adalah Rasulullah SAW, kawan hidup adalah orang-orang yang beriman dan tidak memusuhi Islam dan lawan hidup adalah syaitan laknatullah.
Apabila tiga persoalan di atas dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari, maka iman seseorang akan dapat dipertahankan dan bahkan dapat ditingkatkan dari masa kemasa. Apabila imannya kuat maka pengharapannya akan sebab ia sadar bahawa ia tidak sendirian sebab Allah SWT selalu menyertainya.

No comments:
Post a Comment