Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Dari Abu Waaqid Al-Laithi r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (mengurniakan) harta bagi mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.
Jika seorang anak Adam itu mempunyai satu wadi (satu lembah harta) maka sudah pasti ia suka andainya beliau mempunyai wadi kedua; dan sekiranya beliau mempunyai dua wadi sudah pasti beliau suka untuk mempunyai wadi yang ketiga.
Tidaklah yang memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir bila mati). Kemudian Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis Sahih Riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis qudsi di atas jelaslah kepada kita bahawa peranan harta di muka bumi ini iaitu, ia digunakan untuk membuat amal kebajikan dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Di dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas (28) ayat 77)
Sahabat yang dimuliakan,
Perkataan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi bukanlah bermaksud mencari dunia separuh dan akhirat separuh (dunia 50% - akhirat 50%) ataupun keseimbangan dalam mencari harta di dunia dan akhirat.
Tetapi apa yang dimaksudkan menerusi ayat itu dalam tafsir Ibnu Katsir adalah, segala harta yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kita adalah untuk tujuan berbuat kebajikan dan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Tidak salah jika kita berusaha mencari dengan banyak harta di muka bumi ini, tetapi ia bukan untuk tujuan berbangga diri, berbuat maksiat atau kemungkaran lainnya. Ia digunakan untuk kebaikan manusia dan untuk pembangunan Islam khususnya seperti membayar zakat, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim, membina masjid, berjihad atau apa sahaja kebajikan dan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata.
Selain itu hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa sifat manusia begitu mudah ditewaskan dengan sifat tamak dan digunakan harta itu untuk memuaskan hawa nafsunya dan seringkali tidak merasa cukup pada apa yang ada pada dirinya atau kurang bersyukur.
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yg ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya.
Walaupun mendapat banyak kemewahan dan kesenangan, jiwa orang tidak bersyukur sentiasa berasa masih tidak mencukupi. Semakin banyak yang dikejar, semakin dirasakan bebanan perasaan dan bertambah kekufurannya. Allah berjanji menambah nikmatnya kepada sesiapa yg sentiasa bersyukur. Betapa beruntungnya orang yg bersyukur, mendapat nikmat di dunia dan pembalasan syurga di akhirat.
Pemusnah bagi sifat tamak yang bermaharajalela ini adalah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu mati. Apabila mati, tiada harta, makanan atau minuman yang memenuhi perut kita kecuali tanah.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berwaspada di atas harta yang kita miliki supaya setiap sen harta tersebut di gunakan di jalan yang diredai oleh Allah SWT. Perlu diingat setiap sen harta yang kita gunakan di jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjadi saksi di hari akhirat nanti, begitu juga harta yang digunakan dijalan maksiat dan dosa akan berkata-kata dan menjadi saksi keatas pemilik harta tersebut bahawa ia digunakan untuk bermaksiat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Pepatah melayu ada menyatakan: " Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna."
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment