Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Dari Abdullah bin Mas’ud : Rasulullah SAW bersabda, “Penciptaan salah seorang kamu disempurnakan dalam rahim ibunya sepanjang tempoh beberapa kali (dalam) empat puluh hari. Empat puluh hari yang kedua dalam bentuk segumpal darah kemudian dalam empat puluh hari yang ketiga dalam bentuk segumpal daging.
Kemudian Allah mengutuskan malaikat kepadanya lalu diperintahkan agar menulis untuknya empat kalimah dengan firman-Nya : ‘Tulislah baginya amalannya, ajalnya, rezekinya dan samada celaka atau bahagia.’
Maka demi Dia yang memegang jiwa ku di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya (jika) seseorang dari kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga hinggalah jarak beliau dengan syurga itu hanyalah satu hasta, maka sebagaimana telah dituliskan ketentuannya (sebagai ahli neraka) lalu beramallah beliau dengan amalan ahli neraka, justeru itu beliau pun masuk neraka.
Dan sesungguhnya (jika) seseorang dari kamu beramal dengan amalan ahli neraka hinggalah jarak beliau dengan neraka itu hanyalah sehasta, namun telah ditetapkan ketentuan (takdir) untuknya (sebagai ahli syurga) lalu beliaupun beramal dengan amalan ahli syurga, justeru itu beliaupun masuk syurga.” (Hadis Sahih Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, Imam Ahmad dan hampir seumpama lafaznya juga yang telah dikeluarkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan At-Tirmidzi)
Huraian hadis :
Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari,
Berdasarkan yang disebut dalam hadis, mereka menafsirkan bahawa roh ditiup ke dalam janin pada waktu ianya berupa seketul daging, yang pada zahirnya selepas 40 hari yang ketiga.
Firman Allah SWT maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. (Surah al-Mukminun ayat 12-14)
Telah sabit dalam kajian saintifik gerakan janin dapat dikesan pada peringkat awal, iaitu pada minggu ke lapan atau ketika kandungan janin sebesar 3sm atau panjang janin lebih kurang 15mm. Demikian juga dapat dilihat gerakan pernafasan, anggota bahagian atas, denyutan jantung, kerdipan mata dan sebagainya. Gerakan tangan ke mulut, lidah dan menghisap jari semuanya dapat dilihat diminggu ke enam belas, iaitu sebelum 120 hari.
Demikianlah sedikit perbincangan mengenai mukjizat Nabi SAW yang menceritakan proses kejadian janin yang begitu halus dan terperinci di zaman sebelum manusia mengenali sains dan teknologi lebih 14 abad yang lampau, ini menunjukkan kebenaran ajarannya, begitu juga dengan perkara lain seperti hadis ‘Zubab’ atau lalat dan seumpamanya. Semoga Allah menambahkan kekuatan berfikir dan kefahaman yang luas kepada kita semua agar dapat kita memahami isi kandungan ayat-ayat-Nya serta Sunnah Nabi SAW dan terus berpegang serta beramal dengan kedua-duanya.

Sahabat yang dimuliakan,
Begitu banyak pengajaran yang terdapat dalam hadis ini, namun kesimpulannya adalah mengagungkan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi. Selain itu kita wajib beriman kepada qada dan qadar ini dan bersangka baik kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.
Demikian pula dalam Al Quran surat Ali Imran 154, Allah SWT berfirman maksudnya, "Mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah. Mereka berkata, 'Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah..."
Rasulullah SAW bersaba maksudnya, "Janganlah kamu (sekalian) mati melainkan dalam keadaan ber baik sangka kepada Allah." (Hadis Riwayat Muslim)
Maksudnya kita mesti senantiasa berprasangka baik bahwa Allah akan menjadikan kita sebagai orang yang mati dalam husnul khatimah.Berdoalah kepada Allah SWT semoga Dia kekalkan iman dan akidah kita tetap kukuh dari sekarang hinggalah ke akhir hayat .

Jika kita merasakan bahawa kita adalah ahli syurga, maka berusahalah menuntut ilmu agar kita dapat beramal dengan amalan ahli syurga. Maksudnya, hadis ini memberi dorongan atau motivasi kepada kita untuk berusaha mendapatkan syurga.
Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) : “Tidak tertolak qada itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Doa itu sendiri sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah.Mereka yang berdoa perlu mempunyai keyakinan kerana ada dinyatakan, Allah tidak akan mempersia-siakan mereka.
Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi:“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Sayyidina Umar Al-Khattab r.a pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
Hadis ini juga mengajar kita supaya tidak sombong dan memandang rendah pada orang lain kerana syurga dan neraka itu milik Allah yang Maha Agung dan Dia boleh memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Untuk menjauhkan diri dari termasuk menjadi ahli neraka maka perlulah menjauhkan diri daripada sifat-sifat ahli neraka iaitu sifat-sifat mazmumah (sombong, riak, dendam, suka membuat fitnah, mengadu domba, bongkak, takbur, iri hati hasad dengki, buruk sangka, dan sebagainya).
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri setiap masa dan ketika. Peruntukkanlah masa untuk solat tahajud , berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT di malam hari ketika isteri dan anak-anak kita tidur. Bertaubat hingga menitiskan air mata, mohonlah belas kasihan Allah SWT, kerana betapa kerdilnya diri kita ini berbanding dengan kekuasaan-Nya, rahmat dan kasih sayang-Nya.
No comments:
Post a Comment