1. Bumi yang paling dicintai Allah dan Rasul-Nya :
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika baginda berdiri di atas al-Hazwarah (sebuah bukit kecil) "Demi Allah sesungguhnya engkau ini (Makkah) adalah sebaik-baik tempat di bumi Allah dan tempat yang paling dicintai oleh Allah. Sekiranya aku tidak disuruh untuk keluar (hijrah) darinya nescaya aku tidak akan keluar."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesungguhnya engkaulah (Makkah) tempat terbaik dan paling aku cintai. Jika tidak kerana kaumku menghalauku keluar nescaya tidak akan kuhuni tempat lain selain di sisimu."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
2.Tanah Haram dipelihara kehormatannya :
Sabda Rasulullah s.a.w. sewaktu hari pembukaan kota Makkah : "Sesungguhnya kota ini (Makkah) telah dijadikan tanah haram oleh Allah pada hari dijadikan langit dan bumi. Maka ia menjadi tanah haram dengan ketetapan Allah sehingga Hari Qiyamat. Tidaklah boleh dipatahkan duri pepohonnya maupun dihalau binatang buruannya. Tidak pula boleh diambil barang yang hilang di dalamnya maupun dibuang pucuk-pucuk pada tumbuhan meliar."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Dalam satu riwayat Imam Muslim lain disebutkan bahawa Al-Abbas menambah pengecualian tumbuhan yang dinamakan al-Izkhir (tumbuhan wangi yang digunakan di kuburan dan mewangikan rumah) maka Nabi s.a.w. bersetuju dengan sabdanya : "Ya kecuali al-Izkhir".
(Hadis Riwayat Muttafaq 'Alaih ).
3. Tidak dimasuki Dajjal dan dikawal oleh para malaikat :
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Tidak ada suatu tempat di dalam dunia ini tidak akan dimasuki oleh Dajjal kecuali bumi Makkah al-Mukarramah. Tidak ada sesuatu sempadan yang terbiar melainkan semuanya ada malaikat yang berbaris menjaganya."
(Hadis Riwayat Imam Bukhari).
4. Kelebihan beribadah di Makkah :
Dari Jabir r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pahala solat di masjidku (Masjid Nabawi) adalah digandakan seribu kali solat di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram (Makkah). Solat di Masjidil Haram adalah lebih afdhal dari seratus ribu kali solat."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Sekiranya kita ingin hitung berapa besarnya pahala satu solat di Masjidil Haram ini adalah sama seperti kita solat selama 55 tahun 6 bulan dan 20 hari. Pahala solat lima waktu pula sekiranya dikerjakan di Masjidil Haram adalah seperti solat selama 277 tahun 9 bulan dan 10 hari. Subhanallah. Begitu besar ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t. di bumi Makkah al-Mukarramah ini.
Berkata Imam al-Muhibb al-Tabariyy dalam analogi yang dilakukannya bahawasanya hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai pahala ibadah solat di Masjidil Haram adalah juga dalil kepada gandaan ganjaran pahala melakukan sebarang bentuk kebajikan di Tanah Haram.
Imam Hasan al-Basri pula menambah bahawasanya puasa sehari di Makkah adalah seumpama berpuasa selama seratus ribu hari dan bersedekah dengan hanya 1 dirham bersamaan pahala bersedekah 100,000 dirham dan setiap kebajikan digandakan seratus ribu pahala.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment