Saturday, September 17, 2011

Terdapat 10 Tanda Hati Yang Rosak

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud : "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "
(Surah al-Israa ayat 36)

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Nabi SAW menganggap hati manusia sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Paling penting, setiap muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah SWT pada hari kiamat nanti.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup adalah hati yang menjadi pangkal hidupnya iman, akhlak Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). " (Surah as-Suy'araa ayat 88-89)

Hati yang bersih itu adalah hati yang sejahtera dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Setelah kita mengenal hati yang bersih dan sejatera, maka apakah pula ciri-ciri hati yang rosak?.

Terdapat 10 perkara tanda-tanda hati yang rosak. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Huraiannya :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (Hadis Riwayat Bukhari)


2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

Orang yang telah rosak hatinya tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT, sedangkan Rasulullah SAW sentiasa bertaubat 100 kali sehari.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali (Hadis Riwayat  Muslim)

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

Hati yang telah rosak adalah hati yang merasa seronok dengan maksiat dan dosa seperti orang-orang kafir. Sedangkan dunai ini syurga untuk orang kafir dan penjara untuk orang Islam.

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari  Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)

Orang-orang kafir berseronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah syurga untuk mereka. Sekiranya umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari syurga oleh Allah SWT.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

Orang mukmin sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya . Sedangkan orang fasik, munafik dan kafir tiadak akan memperdulikan perintah Allah SWT dan sentiasa melakukan larangan-Nya dan berseronok-seronok dengan maksiat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas, yang membuat kerosakan di bumi dan tidak mengadakan perbaikan." (Surah Asy-Syuaara ayat 151-152)

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

Firman Allah SWT maksudnya ; "Mereka (orang munafik) menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang-halang (manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan."

Sifat orang munafik suka menghalang manusia dari jalan Allah, tidak suka tarbiah, tazkirah dan menarik balik tauliah para ulama yang berilmu dan menyampaikan dakwah. Hati golongan ini telah rosak dan ditambah lagi kerosakkan hati-hati mereka, nanti di akhirat mereka akan dihumbankan kedalam neraka.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

Sesiapa yang membenci orang soleh sebenarnya  dia menjauhkan dirinya kepada rahmat Allah SWT dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

مَŰ«َلُ Ű§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِ وَŰ§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„ŰłَّوْŰĄِ كَمَŰ«َلِ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ ، وَكِÙŠŰ±ِ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ ، Ù„Ű§َ يَŰčْŰŻَمُكَ مِنْ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ Ű„ِمَّۧ ŰȘَŰŽْŰȘَ۱ِيهِ ، ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ ۱ِÙŠŰ­َهُ ، وَكِÙŠŰ±ُ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ يُŰ­ْ۱ِقُ ŰšَŰŻَنَكَ ŰŁَوْ Ű«َوْŰšَكَ ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ مِنْهُ ۱ِÙŠŰ­ًۧ ŰźَŰšِÙŠŰ«َŰ©ً

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

Suka bertengkar pada perkara yang tidak bermanfaat akan mematikan hati dan menimbulkan kebencian sesama muslim. Salah satu sifat orang munafik adalah suka bertengkar dan mempertahankan kebatilan dan pendapat yang menyalahi agama.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat menjawab . "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

Sabda Rasulullah SAW.  maksudnya :  “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Orang yang suka mengambil riba pula sebenarnya melanggar hukum Allah SWT yang jelas mengharamkan riba seksaannya cukup berat dihari akhirat nanti.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

Orang yang telah rosak hatinya dia takut kepada manusia, jin dan syaitan lebih daripada Allah SWT. Orang mukmin hanya bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT. Semua makhluk tidak boleh mendatangkan mudarat kepada kita melainkan dengan izin Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Jika Allah menyentuhkan kemudharatan bagi mu, tidak ada yang boleh menghilangkannya selain Allah, Jika Allah memberikan kebaikan pada-Mu maka tidak ada yang boleh menolaknya, Allah memberikan kepada siapa saja diantara hamba yang Dia kehendaki, Dialah Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ..." (Surah Yunus ayat 107)

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Sifat orang fasik dan hatinya telah rosak adalah benci pada makruf dan suka kepada kemungkaran. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud:  “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Jagalah hati-hati kita supaya sentiasa sihat, sejahtera dan menjaganya supaya tidak rosak binasa. Jauhilah 10 perkara yang menyebabkan hati kita akan rosak . Jika dah rosak makan masa hendak dipulihkan, maka dari itu teruskan kita mendekati orang soleh, banyakkan berdakwah dan bekerja untuk Islam supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.

Friday, September 16, 2011

Jauhi Dua Sifat Sangat di Benci Allah SWT iaitu Keras Kepala dan Suka Bertengkar

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang laki-laki yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala lagi suka bertengkar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa ada dua sifat manusia yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu :

Pertama : Keras kepala

Kedua : Suka bertengkar.

Huraiannya :

Pertama : Keras kepala.

Penyakit keras kepala atau degil adalah sifat iblis laknatullah.

Iblis merasa dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. kerana dia diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada tanah. Iblis keras kepala tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT dan dia tetap berdegil dengan  pendapatnya sendiri dan tidak mematuhi arahan Allah SWT. Sifat keras kepala ini sebenarnya beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego.

Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan sifat-sifat ini adalah sifat penghuni neraka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)

Ini menunjukkan bahawa kekufuran iblis bukanlah kerana kejahilan bahkan kekufurannya kerana keras kepala dan sombong.

Sabda Nabi SAW maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
(Hadis Riwayat Muslim)

Jika kita lihat di dalam masyarakat kita adakah kita bertemu dengan orang yang bersifat keras kepala? Ya, kita akan bertemu dengan ramai manusia yang bersifat keras kepala, degil , ego dan  sombong.

Sifat keras kepala ini salah satu sifat mazmumah yang membawa dosa besar selepas kufur. Bahkan dari keras kepala, seseorang itu boleh jadi kufur apabila ego dan kesombongannya itu sudah besar. Dari sifat  ini melahirkan lebih banyak mazmumah-mazmumah yang lain. Dari satu mazmumah, beranak-anak mazmumah yang lain. Seolah-olah sifat keras kepala itu bukan buah lagi tetapi ia adalah pokok kejahatan dalam hati manusia, yang akan melahirkan buah-buah kejahatan, yang berduri, kelat dan beracun. Dari sini akan melahirkan sifat pemarah, dendam dan susah terima kebenaran. Dari situ juga melahirkan kezaliman sesama manusia. Sudah berapa banyak sifat yang dilahirkan oleh keras kepala yang bukan sahaja merosakkan dirinya bahkan mengharu-birukan kehidupan, memecahbelahkan rumah tangga, masyarakat, antara etnik dengan etnik, bangsa dengan bangsa dan akhirnya mencetuskan peperangan.

Biasanya orang yang keras kepala adalah terdiri daripada orang-orang kaya, golongan bangsawan, hartawan dan pemimpin masyarakat. Setiap para Rasul yang telah diutuskan kepada kaumnya, majoriti yang menolak dakwah para rasul adalah terdiri daripada mereka yang menjadi penguasa / pemimpin masyarakat dan mereka terdiri daripada golongan hartawan dan bangsawan, sedangkan yang menjadi pengikut setia para rasul adalah golongan miskin yang sentiasa ditindas.

Pintu hati orang yang keras kepala telah tertutup untuk menerima kebenaran. Jika diminta untuk beriman kepada Allah SWT mereka enggan beriman, begitu juga jika diminta berhukum dengan hukum-hukum Allah SWT, mereka memberi macam-macam alasan .

Contoh alasannya sekarang zaman moden hukum-hukum Allah SWT tidak sesuai dengan masyarakat majmuk, jika hukum rejam dijalankan keatas orang yang berzina maka akan habis batu-batu JKR untuk membuat jalan raya, jika hukum potong tangan dijalankan maka umat Islam akan dipandang hina oleh agama lain disebabkan ramai tangan-tangan umat Islam kodong kerana telah dipotong tangan kerana mencuri. Nauzubillahiminzalik! ini sebenarnya jawapan orang-orang fasik dan munafik dan mereka kufur dengan ayat-ayat Allah SWT, kerana mempermain-mainkan hukum-hukum Allah SWT seolah-olah Dia telah berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.

Dalam surah Nuh jelas menunjukkan bahawa orang yang keras kepala tetap tidak mahu beriman walaupun  Nabi Nuh a.s berdakwah siang dan malam selama hampir 950 tahun.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampunkan mereka, mereka memasukkan anak jarinya ketelinganya dan menutupkan bajunya (kewajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri." (Surah Nuh ayat 7)

Nabi Nuh a.s telah habis kesabaran lalu berdoa kepada Allah SWT  agar Dia menurunkan azab-Nya di atas kaumnya yang keras kepala seraya berseru:"Ya Allah! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mereka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir seperti mereka." (Surah Nuh ayat 26-27)

Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah SWT dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, kerana mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam di dalam banjir besar yang diturunkan oleh Allah SWT.

Kedua : Suka bertengkar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat menjawab . "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri (menegakkan benang yang basah) adalah orang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Sifat ini berlaku disebabkan  hatinya sakit dan keras disebabkan dosa-dosa yang menutup pintu hati. Bila melakukan maksiat sudah tidak terasa bahawa maksiat itu adalah perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jangan terlalu banyak berbicara selain menyebut Allah. Sebab mereka yang banyak berbicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ialah pemilik hati yang keras." (Hadis Riwayat Tirmizi daripada Ibnu Umar)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita daripada sifat keras kepala dan suka bertengkar kerana kedua-dua sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika Allah SWT membenci sifat-sifat ini maka Dia tidak akan memberi  taufik dan hidayah dan rahmat-Nya kepada sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini. Wujudnya kedua-dua sifat ini adalah tanda hati seseorang sedang sakit, keras dan mati.

Thursday, September 15, 2011

Penyembelihan Cara Islam dan Tinggalkan Makanan Yang Syubhat

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Dari segi syarak bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam maksudnya : “Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Abbas)

HUKUM PENYEMBELIHAN :

Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan.

Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis.

Firman Allah Subhanahu Wata‘ala maksudnya:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)”
(Surah Al-Ma’idah ayat 3)

DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN :

Firman Allah Subhanahu Wata‘ala maksudnya:
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”  (Surah Al-An‘am ayat 118)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

RUKUN PENYEMBELIHAN :

Penyembelih:

1. Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.

2.  Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.

3. Berakal dan berfikiran waras.

4. Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).

Binatang Yang Disembelih:
Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:

a) Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:

1. Babi dan keturunannya.

2. Anjing.

3. Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

4. Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.

5. Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.

6. Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti ular, tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya

7. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah.

8. Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.

9. Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.


b)       Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:

1. Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.

2. Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.

Alat Penyembelihan:

Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya.Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.

Bahagian Yang Disembelih:
Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
1. Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.

2. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah

3. Binatang itu masih hidup ketika disembelih

4. Binatang itu adalah halal dimakan.

5. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.

6. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.

7. Mati dengan sekali sembelihan sahaja.

8. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.

9. Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).

Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri.

PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN

1. Membaca basmalah.

2. Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.

3. Membaca salawat ke atas Nabi SAW.

4. Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.

5. Menggunakan pisau yang tajam.

6. Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.

7. Melakukan penyembelihan dengan segera.

PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN

1. Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.

2. Menyembelih hingga terputus kepala.

3. Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.

HIKMAH PENYEMBELIHAN :

Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya.

Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.

2. Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.

3. Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.

4. Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.

5. Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.

Cara-cara membasuh haiwan yang telah disembelih :

Contoh ayam , itik, angsa dan sebagainya.

1. Setelah disembelih pastikan haiwan tersebut telah mati 100 %.

2. Belah perut dan keluarkan usus, hati dan semua organ yang terdapat di dalam perut.

3. Basuh hingga bersih haiwan tersebut semua kesan darah dan najis yang ada di dalam perutnya. (alirkan air keatasnya supaya darah dan najis dapat dibersihkan sebelum dibuangkan bulunya)

4. Baru rendam dalam air panas dan baru dimasukkan kedalam mesin untuk mencabut bulu-bulu haiwan tersebut.

Cara-cara membasuh ikan.

1. Belah perut ikan dan keluarkan semua organ dan tahi ikan.

2. Basuh kotoran yang terdapat di dalam perut ikan .

3. Akhir sekali alirkan air keatas ikan supaya darah dan kotoran (tahi ikan) dapat dibersihkan dengan sempurna.

Sahabat yang dimuliakan,
Umat Islam perlulah prihatin untuk memakan hanya makanan yang halal semata-mata. Halal yang dimaksudkan disini bukanlah halal darisegi jenis binatang yang halal dimakan sahaja tetapi proses penyembelihan betul (tidak ada keraguan) dan proses membasuh dan menyediakannya juga bersih dan tidak menimbulkan keraguan.

Terdapat beberapa kes ditempat penyembelihan ayam , ada ayam-ayam yang belum mati sepenuhnya telah direndam kedalam air panas menyebabkan kematiannya bukan kerana penyembelihan tetapi kerana direndam dengan air panas, maka ayam seperti ini dikira sebagai bangkai. Organ yang ada di dalam perut ayam tidak dikeluarkan dahulu dan dibasuh sebelum dimasukkan kedalam mesin membuangkan bulu-bulu ayam.

Pastikan juga bahawa penyembelih adalah seorang Islam yang taat kepada ajaran Islam bukannya seorang yang fasik kerana meninggalkan solat, puasa dan melakukan dosa-dosa besar.

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya..." (Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh itu apabila kita meragui sesuatu perkara maka tinggalkanlah yang meragukan dan ambillah yang jelas dan tidak meragukan supaya kita dapat menjaga kehormatan dan agama. Produk-produk ayam yang dikeluarkan oleh pengusaha muslim yang menyediakan ayam-ayam basah dan mendapat pengiktirafan (IMP) telah ada dipasaran, maka sebagai orang Islam perlulah membantu pengusaha muslim pada masa yang sama kita mendapat produk yang "halalan tayyiban", berkualiti , bersih dan tidak meragukan.

Wednesday, September 14, 2011

Buangkan Sifat Bakhil Untuk Mendapat Rahmat Allah SWT.

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Biasanya nafsu mendorong kita bersifat bakhil. Sedangkan bakhil itu dikeji dan dibenci oleh Allah SWT. Kerana Allah SWT mahu kita jadi pemurah. Dalam sebuah Hadis, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Hadis Riwayat Al Khatib)

Oleh itu kita mesti melawan kemahuan nafsu itu. Paksalah hati memberi atau menderma selalu, terutamanya waktu rasa bakhil itu menguasai diri. Yang paling baik, waktu duit tinggal sedikit, waktu itulah kita latih berkorban kerana waktu itulah nafsu rasa paling tercabar. Itulah waktu yang sebaik-baiknya untuk menundukkan nafsu. Sedangkan waktu kita kaya, fungsi menderma tidaklah sebagai riadah melawan nafsu tetapi perbuatan itu sekadar dapat pahala.

Katakanlah kita sedar bahawa pada diri kita ada sifat bakhil. Kita pun tahu bahawa Allah SWT tidak suka pada orang yang bakhil. Kerana itu kita berazam untuk mengikis sifat yang terkutuk itu. Maka kita perlu cuba membiasakan dan membanyakkan sedekah, memberi hadiah dan lain-lain amalan yang berupa pemberian hak kita kepada orang lain. Agar sifat pemurah menjadi subur dan sebati seterusnya menjadi tabiat kita.

Saidina Abu Bakar r.a berkata : "Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

Pertama : Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

Kedua : Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

Ketiga : Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

Keempat : Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna"

Huraiannya :

Pertama : Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.

Setiap manusia akan mati samaada dia seorang yang pemurah atau seorang yang bakhil. Orang yang pemurah dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya dan dan dekat dengan syurga, sebaliknya orang bakhil jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan dekat dengan neraka.

Harta sibakhil apabila ditinggalkan kepada warisnya setelah kematiannya akan dibelanjakan ditempat maksiat atau bukan dijalan Allah SWT kerana harta itu tidak berkat dan tidak pernah dizakatkan (dibersihkan).

Kedua : Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

Harta yang tersimpan dan tidak pernah disedekahkan atau dikeluarkan zakat, di dunia lagi harta itu akan mendatangkan musibah kepada si pemilik harta tersebut. Kerana si bakhil akan mendapat kutukan malaikat rahmat (rezeki)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sejarah telah membuktikan bahawa setiap pemimpin yang zalim telah mengambil harta orang yang bakhil ini secara paksa kerana ini adalah balasan Allah SWT kepada orang yang bakhil dan kedekut untuk menginfakkan hartanya di jalan Allah SWT. Dia tidak akan mendapat pahala sedekah apabila hartanya dirampas secara paksa kerana harta tersebut tidak ditunaikan hak-hak yang wajib ditunaikan oleh pemiliknya.

Ketiga : Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

Biasanya orang yang bakhil terhadap hartanya, dia tidak akan suka menjalankan kerja-kerja kebaikan dan kebajikan dan tidak berminat untuk memberi sumbangan terhadap kerja-kerja dakwah dan tarbiah. Dia lebih suka melabur dalam kerja-kerja maksiat atau untuk berhibur sahaja. Hartanya akan digunakan oleh orang-orang jahat dan kaki maksiat. Kenapa perkara ini boleh berlaku? kerana sibakhil ini hatinya telah tertutup untuk membuat kebaikan dan dia banyak didorong oleh hawa nafsunya dan bisikan syaitan.

Iblis pernah berkata dihadapan Nabi SAW mengenai cara-cara iblis memperdaya anak Adam , iblis berkata : "Adapun orang miskin yang ingin mengerjakan ibadah, maka aku akan goda dirinya supaya dia memohon kekayaan dulu dari Allah SWT. Apabila dia telah mendapat kekayaan dari kurnia Allah SWT. maka dia akan lupa kemiskinannya dahulu dan akhirnya dia akan menjadi seperti Qarun. Dan dia juga tidak akan menolong sesama manusia terutama sekali fakir miskin dan menderma ke jalan Allah. Dia juga tidak akan mengeluarkan hartanya untuk membantu anak-anak yatim, mengeluarkan zakat tidak akan terlintas didalam hatinya.

Apabila hatinya sudah terpaut kepada harta kekayaan yang dia miliki, maka lupa dia untuk melaksanakan kebaikan untuk dirinya sendiri. Dia hanya akan memikirkan cara mencari untung yang akan mendatangkan kekayaan yang berlebihan kepadanya semata-mata, dia juga tidak akan memikirkan orang lain sama sekali. Dia akan menggunakan harta kekayaan untuk berfoya-foya dengan maksiat dan perkara-perkara keji, bukan sahaja setakat itu bahkan dia akan lebih sesat dari binatang ternakan.”

Keempat : Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Kita sering mendengar ada  berlaku rompakan , pecah rumah, ragut dan kecurain disana sini, telah berlaku di dalam masyarakat kita, mugkin kita menganggap ini adalah jenayah yang dilakukan oleh orang-orang jahat, tetapi kenapa kita tidak pernah terfikir bahawa adakah harta yang kita miliki ini pernah dibayar zakat (jika cukup nisab dan tempuhnya) atau kita keluarkan sedekah untuk fakir miskin dan dimasukan kedalam tabung-tabung masjid?

Perlu kita ingat bahawa keberkatan sesuatu harta adalah kita tunaikan hak-hak orang miskin , anak yatim dan sekolah-sekolah agama dan hak untuk membantu kerja-kerja dakwah. Apabila berlaku kehilangan harta kita diambil oleh orang-orang jahat ini bermakna harta kita tidak bersih dan kita bakhil untuk memberikan sumbangan daripada harta tersebut. Tetapi jika kita telah melaksanakan hak-hak yang wajib kita tunaikan dan berlaku juga kehilangan harta ini adalah dugaan Allah SWT untuk kita bersabar.

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah SWT: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian dari hartamu, memperolehi pahala yang besar.” (Surah al-Hadid ayat 7)

Firman Allah SWT: “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.” (Surah al-Hadid ayat 11)

Bersabda Rasulullah SAW maksudnya : “Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin, samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih, dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sebenarnya sifat bakhil bukan sahaja ada pada orang kaya dan berharta bahkan orang miskin pun tidak mustahil dihinggapi penyakit ini. Kerana itu dalam Islam bukan sahaja sedekah itu boleh dilakukan dengan harta benda tetapi boleh juga dilakukan dengan cara yang lain. Cara-cara ini dapat mendidik akhlak mulia bagi semua orang, memberi peluang pada orang miskin mengikis sifat bakhil selain turut mendapat pahala sedekah.

Oleh itu marilah sama-sama kita tinggalkan sifat bakhil, satu sifat yang dibenci dan dimurkai oleh Allah SWT. Jadikanlah kita hamba-hamba Allah SWT yang bersifat pemurah dan sentiasa bersedekah dan menginfakkan harta dijalan Allah SWT.

Bersabarlah Kerana Setiap Kesusahan Akan Ada Kemudahan dan Kejayaan.

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT : فَŰ„ِنَّ مَŰčَ Ű§Ù„ْŰčُŰłْ۱ِ يُŰłْ۱ًۧ  
Maksudnya : "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan"
(Surah Alam Nasyrah ayat 5)

Dalam ayat ini Allah mengungkapkan bahwa sesungguhnya di dalam setiap kesempitan di situ terdapat kelapangan dan di dalam setiap kekurangan  untuk mencapai suatu keinginan di situ pula terdapat jalan keluar, jika seseorang dalam menuntut sesuatu tetap berpegang pada kesabaran dan tawakal kepada Tuhannya. Ini adalah sifat Nabi SAW. baik sebelum baginda diangkat menjadi Rasul maupun sesudahnya, ketika baginda terdesak menghadapi tantangan kaumnya.

Walaupun demikian, baginda tidak pernah gelisah dan tidak pula mengubah tujuan tetapi baginda bersabar menghadapi kejahatan kaumnya dan terus menjalankan dakwah sambil berserah diri dengan tawakal kepada Allah SWT dan mengharap pahala daripada-Nya. 

Begitulah keadaan Nabi SAW. sejak permulaan dakwahnya. Pada akhirnya Allah memberikan kepadanya pendukung-pendukung yang mencintai baginda sepenuh hati dan bertekad untuk menjaga diri pribadi baginda dan agama yang dibawanya, dengan keyakinan bahawa tidaklah sempurna hidup mereka kecuali dengan menghancurkan dan meleburkan segala sendi kemusyrikan dan kekafiran. Lalu mereka bersedia menebus pahala dan nikmat yang disediakan di sisi Allah bagi orang-orang yang berjihad pada jalan-Nya dengan jiwa dan harta dan semua yang mereka miliki. Maka dengan demikian mereka telah sanggup menghancurkan kubu-kubu pertahanan raja-raja Persia dan Romawi.

Ayat tersebut seakan-akan menyatakan bahawa bila keadaan telah terlalu genting maka dengan sendirinya kita ingin keluar dengan selamat dari kegentingan tersebut dengan melalui segala jalan yang dapat ditempuh, sambil bertawakal kepada Allah. maka dengan demikian tercapai kemenangan biar bagaimanapun hebatnya rintangan dan percubaan yang dihadapi.

Dengan ini pula Allah memberitahukan kepada Nabi Nya bahawa keadaannya akan berubah, dari miskin menjadi kaya, dari tidak mempunyai teman sampai mempunyai saudara yang banyak dan dari kebencian kaumnya kepada kecintaan yang tidak ada taranya.
   
Firman Allah SWT :

Ű„ِنَّ مَŰčَ Ű§Ù„ْŰčُŰłْ۱ِ يُŰłْ۱ًۧ )
Maksudnya : "Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan."
(Surah Alam Nasyrah ayat 6)
 
Ayat ini adalah ulangan ayat sebelumnya untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam ayat yang terdahulu; yakni bila kesusahan itu dihadapi dengan tekad yang sungguh-sungguh dan berusaha dengan sekuat tenaga dan fikiran untuk melepaskan diri daripadanya, tekun dan sabar serta tidak mengeluh atas kelambatan datangnya kemudahan, pasti kemudahan itu akan tiba.

 Asbabun Nuzul ayat 6.

Hasan al-Bashri r.a menegaskan bahawa kedua-dua ayat ini (ayat 5 dan 6) diturunkan berkenaan dengan kaum musyrik yang seringkali menghina kefakiran dan kemiskinan kaum muslimin. (Hadis Riwayat Ibnu Jarir)

Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita membaca ayat di atas, mengapa kita perlu merasa takut. Sebab jika kita mengalami kesusahan, insya Allah pasti akan datang pula kemudahan . Ayat ini sungguh memberikan inspirasi untuk kita yang sedang mengalami kesusahan atau dugaan, ayat yang memberikan dorongan kepada kita untuk tetap bertahan, tetap bersemangat dalam menghadapi hidup yang penuh kesusahan dan pancaroba.

Kemudahan, atau pertolongan Allah SWT, akan datang. Tenanglah! Seperti tenangnya Nabi Musa as. ketika tentera Firaun sudah menghampiri mereka , seperti diceritakan dengan indah dalam Al Quran yang maksudnya : "Lalu (Firaun dan bala tenteranya) dapat menyusul mereka pada waktu matahari terbit. Maka ketika kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut  Musa : 'Kita benar-benar akan tersusul'. Dia (Musa) menjawab, 'Sekali-kali tidak akan (tersusul) sesungguhnya Tuhanku bersamaku. Dia akan memberi petunjuk kepadaku'." (Surah Asy-Syuara' ayat 60-62)


Jika kita mengikut contoh Nabi Musa as., kita juga boleh mengatakan “Sesungguhnya Allah bersamaku, Dia akan memberikan petunjuk kepadaku”

Ketika kita  ditimpa musibah atau menghadapi masalah hidup yang sukar seolah-olah tidak akan boleh di hadapi atau selesaikan, maka janganlah bersedih dan berputus asa, serahkanlah kepada Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pasti setiap kesusahan itu akan ada kemudahan, pertolongan Allah SWT akan datang apabila hati mukmin yakin akan janji-janji Allah SWT, bahawa Dia tidak akan sia-siakan doa dan permohonan para hamba-Nya.

Tunggulah pertolongan tersebut, kerana ianya sudah dijamin oleh Allah SWT dalam Al Quran .Tentu saja sambil mengharap pertolongan Allah SWT, kita perlu banyakkan sabar dan solat kerana dengan sabar dan solat akan memberi ketenangan di dalam jiwa, perasaan dan fikiran.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.''  (Surah al-Baqarah ayat 153)


"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 155)


Berdasarkan ayat-ayat di atas Allah SWT  menyeru kepada orang-orang beriman supaya menjadikan sabar dan solat itu sebagai penolongnya. Para ahli tafsir menyatakan bahawa suruhan ini adalah wajib kerana berbentuk suruhan kepada orang-orang mukmin. Jika orang mukmin meninggalkan sifat sabar dan meninggalkan solat maka ianya berdosa.


Hari esok adalah dalam ilmu Allah SWT, kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, boleh sahaja esok datangnya kemudahan tersebut. Jadi selalulah hati dan jiwa kita meletakkan pengharapan mutlak kepada Allah SWT.

Kadangkala kesusahan yang kita alami ini ada sesuatu perkara baru yang ingin dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita yang mana perkara itu lebih baik daripada apa yang kita terima sebelumnya. Mungkin jika tidak digantikan dengan yang baru akan lebih mendatangkan mudarat kepada diri kita.

Mungkin ada dikalangan kita yang terpaksa berpisah sebagai suami isteri kerana tidak sehaluan dalam hidup atau krisis rumah tangga yang memuncak, kerana salah seorang pasangannya sudah tidak memiliki akhlak Islam, jika diteruskan akan mendatangkan musibah yang lebih besar, maka jalan terbaik adalah berpisah dengan cara hormat. Mungkin disini ada banyak hikmah yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada pihak yang istiqamah dengan Islam.

Begitu juga dengan rezeki, mungkin kita diuji dengan kerugian dalam perniagaan atau di berhentikan kerja atau rezeki yang ada tidak cukup untuk menampung keperluan hidup yang semakin mendesak. Ketika berada di dalam keadaan kritikal seperti ini, jangan mudah putus asa dan menyalahkan takdir, kerana setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan dan kebahagiaan. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal maka disitu nantinya akan ada nur Ilahi , ketenangan dan jalan penyelesaian yang akan menunjukkan jalan yang lurus dan kebahagiaan yang  abadi.   

Allah sudah menyiapkan rezeki bagi kita, jadi meskipun semasa kita susah, sebenarnya sudah Allah SWT siapkan untuk kita. Kemudahan akan kita dapatkan setelah kesulitan ini.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Loh mahfuz)." (Surah Huud ayat 6).

Sahabat yang dikasihi,
Daripada tenggelam dengan kesedihan akibat kesusahan dan kesulitan, mengapa kita tidak berusaha mengambil hikmah dengan cara berprasangka baik kepada Allah SWT. Mungkin dengan datangnya kesusahan kepada kita akan memberi banyak kebaikan :

1. Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesusahan menguatkan hati kita

2. Sadar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat
dan dosa kita diampuni.

3. Bebas dari rasa ‘ujub, kesusahan adalah boleh mendidik kita supaya merendahkan diri.

4. Tidak lalai, sudah nyata kesusahan ada dihadapan kita.

5. Lebih banyak mengingat Allah SWT.

6. Lebih benyak bersabar dan mengerjakan solat, kerana mungkin sahaja dengan kesusahan ini akan melatih kita untuk lebih bersifat sabar.

Tuesday, September 13, 2011

Hidup di Dunia Hanya Sementara dan Akhirat Adalah Tempat Yang Kekal Abdi

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak dapat bersyukur. Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan berkhianat. Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia . Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka.

Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau. Ada kalanya menang ada kalanya kalah. Susah dan senang silih berganti. Senangnya merupakan kesenangan yang menipu, sedihnya merupakan kesengsaraan sementara. Itulah di namakan kehidupan di alam fana. Sungguh berbeda dengan kehidupan sejati dan abadi di akhirat  nanti. Barangsiapa senang, maka ia akan selamanya senang (Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan ini). Barangsiapa menderita, maka ia akan menderita selamanya (na’udzu billahi min zalik).

Al-Quran menyebutkan bahawa kehidupan di dunia tidak lebih hanya main-main dan senda gurau semata:

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

Apabila kalian merasai kesukaran dan menghadapi banyak masaalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat di letakkan sepenuh pengharapan. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada-Nya.

Bersabda Rasulullah Sallallahu ’Alaih Wa sallam: “Doa orang yang sedang menderita (kesedihan yang mendalam) ialah: "Ya Allah, RahmatMu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Ilah yang berhak disembah selain Engkau.” (HR Abu Dawud)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam kehidupan ini ada bertingkat-tingkat tentang kenikmatan dunia. Manusia berlumba-lumba  mengejar, hingga kepayahan, dan umurnya habis, dan hidupnya tersungkur, hanya diarahkan mengejar kenikmatan dunia. Tak ada kenikmatan yang sejati. Kenikmatan yang diinginkan manusia dalam kehidupan itu hanyalah kenikmatan yang semuanya hanya ilusi. Khayalan dari manusia yang sudah menjadi tabiat hidupnya hanya untuk kenikmatan dan kemegahan.

Ketahuilah, sesungguhnya kenikmatan yang teragung dan terbesar, iaitu kenikmatan yang dirasai sepenuhnya di hari akhirat nanti. Kenikmatan akhirat itulah yang akan membawa hamba kepada kemuliaan yang kekal. Kerana itu, hakikatnya seorang mukmin, tidak mengejar kenikmatan dunia, yang tidak memiliki keuntungan apa-apa melainkan sedikit sahaja, dibandingkan dengan kenikmatan berupa kemuliaan disisi Allah Azza Wa Jalla.

Tidak ada maknanya kenikmatan dan kelazatan dunia seisinya, yang boleh membuat manusia menjadi lupa dan mabuk, sehingga terlena dengan kehidupan dunia. Kehidupan manusia yang sudah mabuk dunia itu, menjadi sujud, rukuk, dan ibadahnya hanya untuk memenuhi rasa kenikmatan dunia.

Hanyalah orang-orang mukmin, yang layak mendapatkan kenikmatan yang sejati, kerana pahala yang akan dikurniakan oleh Allah Rabbul alamin, sentiasa mengalir, ketika mereka makan, minum, berpakaian, tidur, terjaga, dan dalam perkahwinannya, dan semua amal mereka semata hanya diarahkan untuk mendapatkan reda-Nya. Tidak mencari reda selain-Nya. Apalagi, hanya ingin mendapatkan reda kepada manusia lainnya, yang dapat memberinya kenikmatan dunia. Itu bukan sifat mukmin yang hakiki.

Orang-orang mukmin kerinduan hanya pada kenikmatan atas keimanannya, ibadahnya, kerinduannya hanya kepada Allah Azza Wa Jalla. Ketahuilah, sesungguhnya kenikmatan dunia itu, selalu akan menghalangi seseorang memperoleh kenikmatan akhirat dan bahkan mengantarkan dirinya kepada seksa neraka. Manusia yang matlamat hidupnya kepada kenikmatan dunia, akhirnya menjadikan harta-benda, pangkat, kekuasaan, dan makhluk-makhluk, serta berbagai bentuk berhala-hala, yang menyerupai tuhan, menjadi arah dan tujuan hidup mereka. Seakan semua yang ada itu, mampu memberikan kenikmatan kepada manusia yang bersifat kekal. Karena itu, ketika diakhirat mereka saling mencerca dan menyalahkan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang maksudnya : "Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata; 'Ya Tuhan, kami telah saling mendapatkan kesenangan, dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan buat kami telah datang.' Allah berfirman.'Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali jika Allah menghendaki lain.' Sesungguhnya, Tuhanmu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Dan demikianlah Kami jadikan sebagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan”. (Surah al-An’aam  ayat 128-129).

Kelazatan dan kenikmatan orang yang berbuat zalim dan keji merupakan istidraj (pemberian daripada Allah SWT dalam keadaan Dia murka), yang diberikan Allah SWT agar mereka merasakan seksa yang lebih berat dan mereka akan terlarang untuk merasakan kenikmatan yang paling agung. Seperti orang yang meletakkna makan yang lazat dan diletakkan racun kedalamnya, agar orang yang memakannya mati secara peralahan-lahan. 

Allah SWT berfirman maksudnya  : "Kelak akan Kami hukum mereka beransur-ansur dari arah yang tidak mereka mengetahui. Dan Aku memberi tangguh waktu kepada mereka. Sesungguhnya , rencana-Ku sangat teguh (inna kaidi matin)." (Surah al-Qalam ayat 44-45).

Sebagian ahli tafsir menafsirkan 'inna kaidi matin' (rencana-Ku sangat teguh), maksudnya adalah setiap kali mereka melakukan dosa, maka Kami akan memberikan nikmat kepada mereka. Itulah bagi orang-orang yang hidupnya hanya mengejar kenikmatan dunia.

Sebaliknya, seorang yang sangat takut dengan kehidupan dunia, dan hidupnya zuhud dan warak, ketika meninggalkan rombongan malaikat suci, hamba-hamba Allah yang sangat dekat kepada-Nya, datang menjemputnya menuju ke tempat yang  kekal abadi untuk selama-lamanya iaitu syurga Allah  SWT yang tertinggi bernama Syurga Firdaus.

Firman Allah SWT maksudnya : “Kebahagiaan di kampung akhirat itu Kami sediakan hanya bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Qashash  ayat  83).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat . Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan  yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT. Renungkanlah dan bertindak segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.

Sunday, September 11, 2011

Amalkan Wuduk Zahir dan Batin Sebelum Melakukan Solat.

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Isam bin Yusof ialah seorang ahli ibadah (abid) yang sangat khusyuk dalam solat. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. Dia selalu bertanya kepada orang yang di anggap lebih dalam ibadah untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menemui seorang abid bernama Hatim dan bertanya, "Wahai Abu Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim menjawab, "Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggata dengan tujuh perkara :

Pertama : Bertaubat.

Kedua : Menyesali dosa yang di lakukan.

Ketiga : Tidak tergila-gila dunia.

Keempat : Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya').

Kelima : Meninggalkan sifat suka berbangga.

Keenam : Meninggalkan sifat khianat dan suka menipu.

Ketujuh : Meninggalkan sifat hasad dengki.

Huraiannya :

Pertama : Bertaubat.

Dari Anas bin Malik ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Allah berfirman maksudnya : “Wahai anak Adam ( manusia ), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengaharap kepadaKu, Aku memberi keampunan kepadamu terhadap apa (dosa ) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampun kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adaml, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu niscaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi”. (Hadis Riwayat Turmudzi).

Kedua : Menyesali dosa yang di lakukan.

Seorang ahli sufi yang bernama Dzun Nun berkata, "Hakikat taubat ialah jika bumi yang luas ini terasa sempit bagimu. Sehingga engkau tidak melihat tempat yang boleh dihuni, dan keadaan ini semakin menyempitkan jiwamu."

Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : "Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang " (Hadis Riwayat  Bukhari)

Ketiga : Tidak tergila-gila dunia.

Orang mukmin tidak tergila-gila hidup di dunia kerana dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Dan dunia inilah umpama tempat bermain-main.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riyak).

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat, puasa dan sedekah.

Kelima : Meninggalkan sifat suka berbangga (ujub dan sombong)

Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan menganggapnya bagai angin lalu.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya :
”Sesungguhnya seluruh orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat bagaikan semut yang diinjak-injak manusia.” Ada seseorang yang bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah seseorang itu ingin agar baju yang dikenakannya bagus, sandal yang dipakainya juga bagus?” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah, dan menyukai keindahan, hakikat sombong itu ialah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.” (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)

Awal hadis berbunyi: “Tidak akan masuk syurga orang yang terdapat sebesar biji zarrah kesombongan dalam hatinya".

Keenam : Meninggalkan sifat khianat dan suka menipu.

Rasulullah SAW. menjelaskan perkara ini ketika ditanya oleh seorang sahabat ‘’ wahai Rasulullah SAW siapakah manusia yang terbaik ?’ jawab baginda s.a.w. orang mukmin yang bersih hatinya ? tanya sahabat lagi ‘ apakah maksud orang yang bersih hatinya itu? ‘ jawab baginda SAW  ialah yang bertakwa, bersih yakni tidak ada kederhakaan, pengkhianatan , dendam dan kedengkian ‘ (Hadis Riwayat Ibnu Majjah.)

Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati (khianat) kerana penyakit ini muncul dari dorongan hawa nafsu yang jahat dan hasil dari godaan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia .

Ketujuh : Meninggalkan sifat hasad dengki.

Hasad dengki memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat dan mendatangkan dosa besar.   Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT.  Jika kita berhasad dengki dan mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan diantara manusia.  Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku, syurga disebelah belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk. Aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan sepenuh ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sahabat yng dikasihi,
Marilah kita amalkan wuduk zahir dan batin sepeti huraian di atas, kerana wuduk zahir yang sempurna akan memberi cahaya kepada wajah orang-orang mukmin di dunia dan akhirat. Wuduk yang sempurna darisegi batinnya juga akan membersihkan hati-hati mukmin dari sifat mazmumah dan hatinya sentiasa berhubung dan cinta kepada Allah SWT.