Saturday, January 19, 2013

Siapakah Akan Menjadi Suami Kepada Wanita Ahli Syurga?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Dalam Islam pembentukan keluarga bahagia sakinah mawadah adalah satu tuntutan dan ianya adalah salah satu daripada ciri-ciri baitul muslim . Keakraban di antara ahli keluarga, hubungan di antara suami-isteri, ibu bapa dengan anak-anaknya bukan sahaja setakat hubungan di dunia tetapi ianya berkekalan hingga ke syurga, jika semua mereka layak untuk memasuki syurga Allah SWT.

Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman maksudnya :" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." (Surah al-Thur ayat 21)

Ayat di atas secara jelas menjelaskan kelebihan dua hala di dalam hubungan  ibu-bapa  dan anak cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam syurga bersama dengan ibu-bapa serta anak cucu mereka sebagai salah satu bentuk nikmat dan hiburan kepada mereka.

Bahkan Allah akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana doa anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir)). Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).

Walaubagaimanapun nikmat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa  dan anak cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa persoalan mengenai pasangan suami isteri ketika di dunia adakah mereka akan bertemu semula di syurga seandainya kedua-duanya memasuki syurga? 
Seandainya amalan soleh isteri tidak sebanding dengan amalan soleh suaminya, apakah di syurga isteri tersebut boleh minta kepada Allah SWT ditempatkan bersama-sama suaminya ketika di dunia dahulu pada tingkat syurga yang sama ?

Berdasarkan  rujukan hadis, pendapat para ulama, dan sebagainya, selagi keduanya adalah hamba Allah yang baik dan soleh, maka kemungkinan besar Allah SWT akan menempatkan keduanya dalam tempat yang sama. Kerana, asalnya isteri seseorang di dunia akan ditempatkan juga kelak menjadi isterinya di akhirat, walaupun amalan  isteri tidak begitu banyak dengan amalan suaminya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu bertanya, ” Ya Rasulullah, bagaimana menurut tuan seseorang yang mencintai suatu kaum namun dia tidak boleh menjakau ( amalan soleh ) mereka ? ” Lalu Rasulullah menjawab, ” Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai “( Hadis Riwayat Bukhari No. 5703 dan Muslim No. 2640 )

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa baginda ditanya , "Seorang wanita yang telah bernikah (berkahwin) dengan lebih dari dua atau tiga laki-laki, bersama siapakah ia tinggal di antara mereka di syurga?" Maka, baginda menjawab, "Ia akan memilih yang paling mulia akhlaknya."

Dalam suatu hadis yang lain terdapat penjelasan bahawa seorang wanita muslimah, akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir ketika di dunia. Oleh kerana itu, isteri-isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam, tidak boleh di kawini orang lain sepeninggal baginda, kerana mereka akan menjadi isteri-isteri baginda di akhirat.

Muawiyah bin Abi Sufyan pernah melamar Ummu Darda, namun dia enggan berkahwin dengannya. Dan dia berkata, “Aku pernah mendengar Abu Darda berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Wanita itu untuk suaminya yang terakhir.” 

Sedangkan aku tidak menginginkan pengganti Abu Darda.”

Dalam lafazh lain disebutkan,

َۧيُّمَۧ Ű§Ù…ْ۱َŰŁَŰ©ٍ ŰȘُوُفِّيَ Űčَنْهَۧ ŰČَوْŰŹُهَۧ فَŰȘَŰČَوَّŰŹَŰȘْ ŰšَŰčْŰŻَهُ فَهِيَ ِÙ„ŰąŰźِ۱ِ ŰŁَŰČْوَۧۏِهَۧ

“Wanita mana saja yang ditinggal mati suaminya, lalu dia menikah lagi setelahnya, maka dia milik suaminya yang terakhir.”  (Di nilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jamik dan di dalam al-Silsilah al-Sahihah no. 1281)


Terdapat beberapa soalan siapakah suami untuk wanita di syurga ?

Bagi para muslimah, mungkin belum jelas  lagi siapa suami mereka nanti  di syurga?

Terdapat enam keadaan wanita di dunia :

1. Dia meninggal dunia sebelum berkahwin.

2. Dia meninggal dunia setelah di ceraikan suaminya dan dia tidak berkahwin lagi sampai meninggal dunia( menjadi ibu tunggal sampai meninggal dunia)

3. Dia sudah berkahwin, dia masuk syurga sedangkan suaminya tidak bersamanya di syurga.

4. Dia meninggal dunia setelah berkahwin samaada suaminya kawin lagi sepeninggalnya atau pun tidak, yakni jika dia meninggal dunia terlebih dahulu sebelum suaminya.

5. Suaminya meninggal terlebih dahulu, kemudian kemudian dia tidak berkahwin lagi sampai meninggal dunia.

6. Suaminya meninggal dunia terlebih dahulu, lalu dia berkahwin lagi selepas habis idah.

Untuk menjawab enam persoalan di atas huraiannya adalah seperti berikut :

Jawapan untuk soalan 1,2 dan 3 wanita tersebut masuk syurga tanpa suami. Allah SWT akan kawinkan (nikahkan) dia dengan lelaki ahli syurga yang sama keadaannya iaitu lelaki yang meninggal dunia sebelum berkahwin atau lelaki yang bercerai dengan isterinya dan dia tidak kawin lagi sampai meninggal dunia atau lelaki yang dapat masuk syurga sedangkan isterinya tidak dapat masuk ke syurga bersamanya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) : ”Tidak ada seorang bujangan di dalam syurga “ (Hadis Riwayat Muslim no. 2834)

Syaikh Ibnu Utsaimin berkata dalam Al-Fatawa jilid 2 No 177, jawabanya di ambil daripada ayat al-Quran berbentuk umum,  firman Allah SWT maksudnya : ”Di dalamnya kalian memperoleh apa yang kalian inginkan dan memperoleh ( pula) di dalamnya apa yang kalian minta. Turun dari Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ 
(Surah Fushshilat ayat 31)

Dan juga firman Allah SWT maksudnya : ”Dan didalam syurga itu terdapat segala apa yang di ingini oleh hati dan sedap ( di pandang ) mata dan kalian kekal di dalamnya “
(Surah Az-Zukhruf ayat 71)

Seorang wanita, jika dia termasuk ke dalam penghuni syurga akan tetapi dia belum berkahwin atau suaminya tidak termasuk ke dalam penghuni syurga, ketika dia masuk ke dalam syurga maka disana ada laki-laki penghuni syurga yang belum berkahwin. Mereka mempunyai isteri di kalangan bidadari. Dan mereka juga mempunyai isteri - isteri dari kalangan wanita dunia jika mereka berhajat. 

Demikian pula  perihal wanita jika mereka masuk ke syurga dalam keadaan tidak bersuami atau dia sudah bersuami di dunia akan tetapi suaminya tidak masuk ke dalam syurga. Maka dia (wanita tersebut) jika dia ingin berkahwin, maka pasti dia akan mendapatkan apa yang dia inginkan, berdasarkan  ayat di atas bersifat umum.

Dan beliau (Syaikh Ibnu Utsaimin)  juga berkata ” Jika dia ( wanita tersebut) belum berkahwin ketika di dunia, maka Allah SWT akan kawinkan dengan laki-laki yang dia senangi di syurga. Maka kenikmatan di syurga, tidaklah terbatas kepada kaum lelaki sahaja, tapi bersifat umum untuk kaum lelaki dan wanita. Dan diantara kenikamatan-kenikmatan tersebut adalah perkahwinan. “

Adapun wanita dalam keadaan soalan ke 4 atau ke 5, maka dia akan menjadi isteri di syurga kepada suaminya di dunia. (suaminya dapat masuk ke syurga)

Soalan ke 6, wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain. Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :”Wanita itu milik suaminya yang paling akhir “
( Hadis Riwayat Abu Asy-Syaikh dalam Tarikh hal 270 dari sahabat Abu Darda dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shohihah: 3/275/1281 )

Dan juga berdasarkan ucapan Hudzaifah kepada isteri beliau,” Jika kamu mahu menjadi isteriku disyurga, maka janganlah kamu menikah (berkahwin) lagi sepeninggalku, kerana wanita di syurga milik suaminya yang paling terakhir di dunia. Kerananya, Allah mengharamkan para isteri Nabi untuk menikah lagi sepeninggal baginda kerana mereka adalah isteri-isteri baginda di syurga. “( Hadis Riwayat Al-Baihaqi:7/69/13199 )

Sahabat yang dikasihi,
Wanita sayugianya menyedari bahawa tugas, tanggungjawab dan peranan mereka adalah berat, sukar untuk dilaksanakan dan sulit untuk di selesaikan tanpa panduan dan pemahaman yang benar-benar ikhlas dan mendalam. Sedarlah, bahawa jalannya sukar untuk menjadi suatu perhiasan yang terbaik atau untuk memiliki pangkat solehah itu, tapi usaha ke arah itu adalah wajib dibuat.

Juga sedarlah, bahawa diri wanita itu adalah senjata syaitan yang paling ampuh untuk melahirkan kerosakan kepada lelaki khasnya dan masyarakat amnya, dan senjata ini telah terbukti berkesan jika diikuti rentetan sejarah kehidupan manusia sejak penciptaan Nabi Adam a.s. Dari itu, berwaspadalah dan teruskan usaha mengejar anugerah syurga yang dijanjikan Allah kepada wanita-wanita yang solehah.

Terdapat di dalam kitab 'Uqud Al-Lujan' bahawa Nabi SAW  bersabda maksudnya : Empat wanita yang menjadi penghuni Syurga :

Pertama : Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan ia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

Kedua : Wanita yang banyak keturunan (melahirkan banyak anak ) lagi penyabar serta ia menerima sahaja pemberian Allah itu dan ia sabar dengan kehidupan yang serba kurang (qanaah) dan apa sahaja yang diberikan suaminya.

Ketiga : Wanita yang bersifat pemalu. Apabila suaminya pergi (keluar menjalankan tugas) ia menjaga dirinya dan tetap beramanah dengan harta suaminya. Jika suaminya pulang ia menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh menguriskan hati suaminya.

Keempat : Wanita yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan ia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya (yang yatim) dan ia tidak bersedia untuk berkahwin kerana takut anak-anaknya terbiar."

Demikianlah gambaran daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang kelebihan darjat kaum wanita dan betapa mudahnya mereka mendapat darjat yang tinggi itu di sisi Allah serta betapa mudahnya jalan yang dibuka oleh Allah untuk memasuki Syurga.

Friday, January 18, 2013

Terdapat Enam Ciri-ciri Isteri Derhaka.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. " (Hadis Riwayat Muslim)

Wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita solehah iaitu menunaikan solat fardu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya. Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud  : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Walaupun wanita mudah masuk syurga kenapa pula wanita ramai di neraka sebagaimana Nabi SAW melihat ketika Israk dan Mikraj.

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." (Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Walaupun banyak jalan-jalan kebaikan boleh dilakukan dan memudahkan wanita memasuki syurga Allah SWT, tetapi terdapat beberapa halangan terpaksa dihadapi oleh para wanita . Jika wanita tidak mengambil perhatian serius dan tidak berwaspada halangan, dugaan dan cabaran dikhuatiri wanita akan terjebak melakukan dosa dengan itu mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka (nusyuz).

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiallahu ‘anha bermaksud: "Aku pernah bertanya kepada baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." (Hadis Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut adalah di antara ciri-ciri atau tanda-tanda isteri derhaka:

Pertama : Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya." 
Isteri yang mementingkan harta dunia, suka kepada kemewahan dan perhiasan dunia tidak akan ada sifat qanaah dan sering membebankan suami dengan perkara-perkara diluar kemampuan suami. Sifat kebendaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan bersyukur di atas nikmat rezeki yang diberikan oleh suaminya.

Kedua : Suka menyakiti hati suami.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Hadis Riwayat Muslim)

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: 'Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami'." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Biasanya apabila seorang wanita (isteri) memegang jawatan yang tinggi daripada suaminya, mempunyai keluarga yang berharta atau sebuk memegang jawatan di dalam masyarakat akan wujud sifat riak dan bangga diri. Suaminya dipandang sepi dan sukar untuk diberi nasihat. Bila dirumah sifat menjadi "bos" ketika dipejabat akan terbawa-bawa dirumah dengan ini sifat menghormati suami akan hilang dan jadilah dia seorang isteri yang derhaka.

Ketiga : Meneriama kedatangan seorang lelaki dirumah tanpa izin suaminya.

Suasana di akhir zaman ini kadangkala pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita tanpa batas. Wanita muslim terbawa-bawa sikap wanita barat yang bebas bergaul walaupun mereka sudah menjadi isteri seperti keluar makan bersama ditempat kerja, keluar membeli belah dipasaraya dan membawa kawan lelaki datang kerumah dengan alasan membincangkan urusan perniagaan atau aktiviti masyarakat.

Akibat daripada pergaulan bebas tanpa had ini amat mudah boleh mengakibatkan wanita (isteri) berlaku curang kepada suaminya di luar rumah.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walaupun lelaki yang datang kerumah isteri tersebut adalah terdiri daripada mahramnya perlulah mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu. Tetapi jika suami tidak ada halangan di atas kehadiran mereka tidak menjadi masaalah .

Keempat : Keluar rumah tanpa izin suami.

Maksud firman Allah: “Janganlah mereka (perempuan-perempuan) menampakkan perhiasannya melainkan untuk suaminya.” (Surah an-Nur ayat 31)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali." (Hadis Riwayat Thabarani di dalam al-Awsat)

Wanita sering keluar rumah dengan berhias, berwangi-wangian dan berpakaian tanpa menutup aurat yang sempurna. Terdapat kebanyakkan wanita muslim tidak menjaga aurat ketika keluar rumah. Suka memakai seluar jean, berbaju kemeja T-lengan pendik, tudung tiga segi yang nipis dan kecil dan berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh mereka. Walaupun suaminya mengizinkan isterinya memakai pakaian tersebut (tidak sempurna berpakaian menurut Islam) darisegi akhlak islam suami dan isteri tersebut akan mendapat dosa disisi Allah SWT.

Kelima : Meminta cerai daripada suami.

Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Dalam kes meminta cerai kepada suaminya, seorang isteri dibenarkan sekiranya terdapat beberapa sebab yang di benarkan syarak seperti suami tidak memberikan nafkah zahir dan batin, suka memukul isteri dan menyuruh isteri melakukan perkara yang haram. Isteri boleh mengadu pada mahkamah syariah di atas perbuatan suaminya dan boleh menuntut fasakh. Jika isteri sudah merasakan tidak bersesuaian untuk hidup bersama suaminya dia boleh juga mengadu di makhamah syariah untuk Tebus Talak iaitu memberikan beberapa sejumlah wang sebagai tebusan kepada suaminya untuk dia diceraikan.

Tetapi dalam kes suami hendak berpoligami dan suami berkemampuan ketika ini isteri tidak ada hak untuk meminta cerai . Ini adalah kerana hukum berpoligami telah termaktub di dalam al-Quran dan ianya di halalkan oleh Allah SWT.  Jika suaminya telah pun berkahwin lain tanpa pengetahuannya dan jika dia memaksa suaminya mencerikan madunya dia akan mendapat laknat Allah dan berdosa besar. Suaminya akan menjadi  dayus apabila mengikut telunjuk isteri pertama dengan mengabaikan isteri keduanya.

Jalan sebaik-baiknya isteri pertama perlulah bertolak ansur dan janganlah mengikut nafsu amarah dan membelakangkan hukum agama. Jika kalian bersabar dan menerima kehadiran isteri kedua dengan hati yang tenang dan terbuka dan berfikiran positif ganjaran yang akan kalian terima cukup besar disis Allah SWT.  Jika kalian bertindak secara melulu tanpa di dorong oleh iman dan takwa berdasarkan hadis di atas tidak akan masuk syurga isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak.

Keenam : Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya : "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW terlihat wanita yang mengagumkan baginda. Kemudian baginda mendatangi isterinya (iaitu Zainab r.ha) yang sedang membuat adonan roti. Lalu baginda melakukan hajatnya (berjimak dengan isterinya). Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan (mengajak kepada hawa nafsu). Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya. Kerana yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya. (Hadis Riwayat Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Baihaqi)

Sahabat yang dikasihi,
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya pihak isteri supaya enam ciri-ciri yang boleh mendatangkan derhaka (nusyuz) dapat dielakkan. 

Jika reda anak datang daripada reda ibu bapa maka reda isteri datang daripada reda suami. Isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari di syurga nanti sedangkan isteri yang nusyuz tempatnya di neraka . Kalian pilihlah mana yang terbaik kerana ahli hikmah ada berkata : "Wanita yang cerdik adalah wanita yang sanggup mengorbankan sedikit daripada perasaannya dan bersusah payah di dunia semata-mata untuk mencapai kebahagiaan di hari akhirat. " Wallahualam

Wednesday, January 16, 2013

Ciri-ciri Atau Sifat-sifat Orang Munafik !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:

Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa pun.Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan mencelakan.

Apakah kita termasuk orang yang munafik?

Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.

Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :

1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.

3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.

Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.

1. Berbohong / Dusta

Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila seseorang itu tidak jujur kepada orang lain maka dia boleh menjadi orang yang munafik. Contoh bohong seseorang mengatakan dia ada di pejabat untuk menerima temu janji tetapi apabila orang yang di berhajat berjumpa dengannya dia menghilangkan diri. Dia berbohong dan memberi alasan yang tidak benar.

2. Mungkir dan Ingkar Janji

Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu telah ingkar janji. Contohnya seorang majikan berjanji hendak membayar gaji pekerjanya tetapi bila sampai masa dia mungkir janji dengan alasan yang direka-reka. Sifat seperti ini sungguh buruk lebih-lebih lagi dia menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada orang-orang dibawahnya. Sifat buruk ini menjadi umpatan orang lain dibelakangnya. Apabila sifat mungkir janji ini dilakukan berulang-ulang menyebabkan kepercayaan orang lain kepadanya sudah hilang.

3. Berkhianat/ Tidak Amanah

Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat suka bohong dan suka ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri. Ketuanya mengamanahkan wang gaji kepadanya tetapi wang tersebut dilesapkannya untuk membayar hutang peribadinya atau untuk kepentingan dirinya sendiri. Hidup orang yang tidak amanah ini tidak akan berkat dan dia akan mendapat balasan kerana sifat pecah amanah yang dilakukannya.

Di Bawah terdapat tambahan 32 sifat-sifat orang munafik yang boleh wujud pada diri seseorang dan membuatkan dia menjadi munafik tulin  secara tak sedar. Bacalah dan semaklah samada sifat-sifat itu ada pada diri kalian. Jika ada usahalah untuk memperbaiki.

32 Sifat munafik yang wujud dalam perbuatan dan hati manusia :

Sifat Yang Ke-1 : Dusta

Sifat Yang Ke-2 : Khianat

Sifat Yang Ke-3 : Fujur dan lemah imannya

Sifat Yang Ke-4 : Suka mungkir janji bila berjanji

Sifat Yang Ke-5 : Malas beribadah

Sifat Yang Ke-6 : Riya

Sifat Yang Ke-7 : Sedikit berzikir

Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat solat (malas ketika solat)

Sifat Yang Ke-9 : Mencela orang-orang yang taat dan soleh

Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah Rasulullah SAW

Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah palsu

Sifat Yang Ke-12 : Tidak mahu berinfaq dan bersedekah

Sifat Yang Ke-13 : Tidak mempunyai sikap prihatin terhadap nasib kaum muslimin

Sifat Yang Ke-14 : Suka menyebarkan berita fitnah

Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari takdir (tidak reda qadak dan qadar)

Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh

Sifat Yang Ke-17 : Sering meninggalkan solat berjamaah

Sifat Yang Ke-18 : Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan mengadakan perbaikan

Sifat Yang Ke-19 : Tidak ada kesesuaian antara amal zahir dengan batin

Sifat Yang Ke-20 : Suka mengeluh dan tidak reda terhadap ujian Allah SWT

Sifat Yang Ke-21 : Suka membuat alasan dengan berdusta.

Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh perbuatan mungkar dan mencegah amal makruf

Sifat Yang Ke-23 : Bakhil harta yang dimilikinya.

Sifat Yang Ke-24 : Lupa kepada Allah SWT

Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya

Sifat Yang Ke-26 : Lebih mengutamakan zahir dan mengabaikan batin

Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam berbicara dan suka menegakkan kebatilan.

Sifat Yang Ke-28 : Tidak memahami Islam (Ad Din) sebagai satu cara hidup.

Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah SWT dengan dosa

Sifat Yang Ke-30 : Bergembira dengan musibah yang menimpa orang-orang mukmin dan dengki terhadap kebahagiaan mereka.

Sifat Yang Ke-31 : Suka mengungkit-ungkit pemberiannya kepada orang lain (buruk siku)

Sifat Yang Ke-31 : Suka maki hamun dan melaknat orang mukmin.(melampaui batas dalam berhujah)

Sifat Yang Ke-32 : Suka bertindak merampas hak orang lain

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhi tiga sifat munafik yang dinyatakan oleh Nabi SAW iaitu  apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. Selain daripada tiga sifat ini terdapat 32 lagi sifat-sifat munafik yang menjelaskan lagi ciri-ciri munafik tulin yang terdapat ramai dikalangan masyarakat kita.

Semoga kita muhasabah sifat-sifat di atas agar kita boleh perbaiki kelemahan kita dan menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan taat dan patuh segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wallahualam.





Al-Quran Menjawab Sembilan Soalan Manusia


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap kejadian yang berlaku dimuka bumi dan kepada diri manusia semuanya mengandungi hikmah dan Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap apa yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.

Manusia perlu bersabar dan bertenang dan mencari kebaikan dan hikmah dibalik setiap peristiwa yang berlaku. Dari sinilah akan melahirkan jiwa yang  reda dengan qadak dan qadar dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat daripada Allah SWT.

Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah SWT. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran. Daripada sembilan soalan ini melahirkan sembilan sifat orang mukmin terhadap ujian Allah SWT.

Soalan pertama : Kenapa aku diuji?

(Sifat pertama : Bersabar dengan ujian Allah SWT)

Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut  ayat 2-3).

Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga. 

Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

(Sifat kedua : Reda dengan qadak dan qadar Allah SWT, menyakini sesuatu ketetapan Allah SWT adalah baik belaka dan mengandungi hikmah)

Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah  ayat 216)

Seungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah SWT. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah SWT sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya. 

Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?

(Sifat ketiga : Menerima dugaan Allah SWT dengan fikiran positif dan tenang ketika menghadapi ujian daripada Allah SWT)

Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".(Surah al-Baqarah ayat 286)

Allah SWT. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.

Soalan keempat  : Kenapa kita rasa kecewa?

(Sifat keempat : Tidak pernah merasa lemah dan bersedih hati sebaliknya merasa diri ini mulia disisi Allah SWT sebagai orang mukmin)

Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman". (Surah Ali Imran  ayat 139)

Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan qadak dan qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah SWT. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.

Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?

(Sifat kelima : Menjadikan sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat sebagai pakaian atau amalan hariannya)

Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Surah al-Baqarah ayat 45)

Benarlah saranan Allah SWT. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan daripada segala kesusahan ini jika kita istiqamah dengan bersabar dan mengerjakan solat kerana solat adalah doa dan munajat para hamba kepada Tuhannya.

Soalan keenam : Kepada siapa aku berharap?

(Sifat keenam : Sentiasa bertawakal dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT dalam semua urusannya)

Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal". (Surah at-Taubah ayat 129)

Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan hanya kepada Allah SWT. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan. 

Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

(Sifat ketujuh : Sentiasa infakkan diri dan hartanya dijalan Allah SWT)

Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka". (Surah at-Taubah  ayat 111)

Tidak ada balasan yang paling berharga yang di miliki oleh manusia yang bertakwa melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi. Semua ujian yang dihadapai tidak akan sia-sia kerana Allah SWT. telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada siapa yang sanggup berjihad dijalan-Nya dengan harta, masa dan nyawa semata-mata mencari keredaan-Nya. 

Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!

(Sifat kelapan : Tidak pernah berputus asa daripada rahmat Allah)

Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf  ayat 12)

Orang mukmin tidak akan putus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir. 

Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?

(Sifat kesembilan : Meyakini pertolongan Allah SWT akan datang untuk membatu orang-orang mukmin)

Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Benar apa yang dijelaskan oleh al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan . Allah SWT. Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai pula masanya Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan. Ingatlah bahawa pertolongan Allah SWT. cukup dekat bila kita baik sangka dengan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Begitulah sembilan soalan dan semuanya telah diberi jawapan oleh al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat daripada Allah SWT kepada semua hamba-hamba-Nya. Apabila kita dapat memahami hikmah dibalik semua kejadian di dunia ini, maka hati kita akan menjadi tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT. yang dinyatakan-Nya di dalam al-Quran.

Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ". (Surah  Al-Hadid ayat 22) 

Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (Loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)

Sahabat yang dikasihi,
Semua sembilan sifat-sifat yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran adalah sifat orang mukmin yang bertakwa. Sifat-sifat mulia yang menyebabkan seseorang mukmin itu layak memasuki syurga Allah SWT. Marilah sama-sama kita hayati sembilan sifat-sifat ini dalam kehidupan kita untuk mencari keredaan Allah SWT .

Tuesday, January 15, 2013

Syirik Dosa Yang Tidak Akan Di Ampunkan Oleh Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dosa yang paling besar yang dilakukan oleh manusia kepada Allah SWT adalah dosa syirik. Jika seseorang mati dalam keadaan dia melakukan syirik kepada Allah SWT dan tidak sempat bertaubat maka matinya adalah masuk neraka kekal selama-lamanya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya." (Surah an-Nisaa' ayat 116)

Terdapat beberapa jalan yang boleh jatuh kepada syirik :

Pertama : Orang-orang kafir penyembah berhala.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan berhala-berhala yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apapun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang. (Berhala-berhala) itu benda mati, tidak hidup, dan berhala-berhala itu tidak mengetahui, bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan." (Surah an-Nahl yat 20-21)

Allah SWT berfirman tentang mereka yang bermaksud: "Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata, 'Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah.'Katakanlah, 'Apakah kamu mengkhabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahuiNya baik di langit dan tidak (pula) di bumi.' Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (itu)." (Surah Yunus ayat 18)

Orang-orang Kristian yang melakukan berbagai macam kemungkaran juga mempercayai bahawa Al-Masih telah menghapus dosa-dosa mereka, ketika ia disalib. Demikian menurut anggapan mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun."
(Surah al-Ma'idah ayat 72)

Kedua : Orang-orang yang mencari-cari hukum lain yang sabit dalam Al-Quran lalu mengubah hukum tersebut dengan mengatakan ada hukum lain yang lebih benar dari kata-kata Allah SWT. Mereka dihukum syirik kerana menganggap ada kuasa atau perkataan yang lebih benar dari Allah SWT.

Wajib berhukum dengan syariat Allah SWT.

Allah SWT berfirman :

وَŰŁَنِ ْۭۧكُمْ Űšَيْنَهُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَÙ„Ű§ ŰȘَŰȘَّŰšِŰčْ ŰŁَهْوَۧۥَهُمْ وَْۭۧŰ°َ۱ْهُمْ ŰŁَنْ يَفْŰȘِنُوكَ Űčَنْ ŰšَŰčْ۶ِ مَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَيْكَ فَŰ„ِنْ ŰȘَوَلَّوْۧ فَۧŰčْلَمْ ŰŁَنَّمَۧ يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَنْ يُŰ”ِÙŠŰšَهُمْ ŰšِŰšَŰčْ۶ِ Ű°ُنُÙˆŰšِهِمْ وَŰ„ِنَّ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ لَفَۧ۳ِقُونَ

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 49].

Firman Allah SWT maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Hujuraat ayat 1)

Ketiga: Percaya kepada bomoh yang boleh memberikan manfaat dan membuang mudharat (termasuk mempercayai barang-barang antik yang dipuja oleh bomoh seperti keris, besi kuning, batu akik dan sebaginya kononnya boleh mendatangkan menfaat dan mudharat)

Orang-orang yang mencari sembahan selain Allah Yang Maha Agung. Mereka sudah tahu hanya Allah Yang Maha Agung sahaja yang mampu memberi manfaat dan mudharat, tetapi tetap sengaja mencari sesuatu yang lain seperti percaya pada tangkal, azimat, gelang yang menyembuhkan, batu geliga dan percaya kepada kubur tertentu membawa berkat dan keramat.

Dukun atau bomoh adalah perbuatan yang bertentangan dengan tauhid dan pelakunya yang memuja dan meminta pertolongan daripada jin atau syaitan, menjadi musyrik.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda (maksudnya) : "Barangsiapa yang mendatangi bomoh dan membenarkan apa yang dikatakannya maka ia telah kafir terhadap wahyu yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Al-Hakim, Dinukil dari Kitab Ghoyatul-Murid (Sheikh Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad-Menteri Agama dan Wakaf Arab Saudi).

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) : "Tidak ada 'Adwa (penyakit berjangkit-kecuali dengan izin Allah), Hamah (melihat burung hantu akan bernasib sial), Safar (bulan safar membawa nasib sial).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tambahan dalam riwayat Imam Muslim : "Dan tidak ada Nau' (turunnya hujan atas sebab-sebab tertentu) dan tidak ada ghaul (beranggapan hantu dapat menyesatkan dan mengganggu orang)." (Dipetik dari Kitab Ghoyatul-Murid [Sheikh Shaleh bin Abdul Aziz]

Firman Allah SWT maksudnya : "Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui"(Surah al-A'raaf ayat 131)

Keempat : Tersesat kerana memang tidak mengetahui jalan yang sebenar.

Orang-orang yang memang jahil kerana semenjak dari kecilnya tidak pernah diajar dengan hukum-hukum agama. Namun mereka digelar sesat kerana setelah mencapai akil baligh dan dapat menggunakan akal fikiran dengan betul, mereka tetap dengan pendirian mereka yang menolak kebenaran. Jahil di sini bukan bermakna mereka tidak ada pengetahun mengenai sains dan teknoloji atau bidang akademik tetapi jahil yag dimaksudkan disini adalah jahil bidang agama dan ilmu fardu ain.

Sedangkan anjing liar lagi boleh diubah perangainya menjadi jinak, apatah pula manusia yang dibekali fitrah tauhid, tentunya lebih mudah mengubah perangainya sendiri dari binatang liar. Ini tidak dapat dilakukan kecuali menggunakan akal yang diberikan dalam menuntut ilmu dan menerima kebenaran. 

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raf (7) ayat 179)

Orang jahil akan mengikut pemimpin mereka secara buta tuli dan taksub berlebihan. Mereka sanggup membuat fitnah, menghina hukum-hukum Allah SWT kerana pemimpin mereka juga jahil tentang syariat Islam. Mereka ini suka menghina ulama dan mengatakan hukum-hukum Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk. Golongan ini tidak tahu dosa pahala dan mudah menuduh seseorang berzina dan meliwat tanpa mengemukakan empat orang saksi. 

Allah SAW berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (Surah ar-Rum ayat 31-32)

Sahabat yang dimuliakan,
Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya. Allah SWT. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah SAW keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rasulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab, "Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar petuah Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar." (Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Oleh itu kita hendaklah jauhilah semua amalan-amalan yang boleh jatuh kepada syirik. Hanya hati-hati yang beriman, bertakwa dan ikhlas sahaja akan dapat menghindari dirinya daripada syirik kepada Allah SWT.

Sunday, January 13, 2013

Kaedah Fiqh : Di Antara Dua Mudharat Pilih Yang Lebih Ringan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Ulama Islam telah menghuraikan dengan jelas bagaimana kaedah yang harus diambil oleh umat Islam apabila berada di dalam keadaan yang genting terpaksa memilih salah satu di antara dua mudharat, iaitu mudharat yang kecil dengan mudharat yang besar. Maka ketika itu diharuskan memilih mudharat yang kecil berbanding mudharat yang lebih besar. Atau pun jika meninggalkan mudharat tersebut maka bahayanya lebih besar maka pemilihan untuk mengambil mudharat tersebut adalah diharuskan.

Huraiannya adalah seperti berikut :

KAEDAH FIQH : DI ANTARA DUA MUDHARAT PILIH YANG LEBIH RINGAN.

ÙˆŰ¶ŰŻُّه ŰȘŰČŰ§Ű­Ù…ُ Ű§Ù„Ù…ÙŰ§ŰłŰŻِ ÙŰ§Ű±ْŰȘَكِŰš Ű§Ù„ŰŁŰŻÙ†Ù‰ من Ű§Ù„Ù…ÙŰ§Űł 


WADHIDDUHU TAZAKUMUL MAFASIDDI FARTAKABU ADNA MINAL MAFASIDI 

Maksudnya : adapun lawannya jika banyak mudharat antara mudharat satu dengan yang lainya maka diambil mudharat yang paling kecil dan ringan .

Jika  seseorang tidak mampu meningalkan dua mudharat & mafsadah ( bahaya) secara bersamaan yang dia mampu adalah meninggalkan yang satu tetapi tidaka boleh lepas dari bahaya yang lainnya, maka jika menghadapi keadaan yang demikian itu : dia harus memilih bahaya yang lebih kecil & ringan untuk mencegah bahaya & mafsadah yang lebih besar,.


Adapun dalil dari kaedah ini adalah firman Allah SWT : 


{ فَمَنِ ۧ۶ْŰ·ُ۱َّ Űșَيْ۱َ ŰšَۧŰșٍ وَلَۧ Űčَۧۯٍ فَلَۧ Ű„ِŰ«ْمَ Űčَلَيْهِ } (ŰłÙˆŰ±Ű© Ű§Ù„ŰšÙ‚Ű±Ű© ŰąÙŠŰ© : 173)


Maksudnya : "Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Baqarah ayat 173 ) 


ÙˆÙ‡Ù†Ű§ ŰȘŰčۧ۱۶ŰȘ Ù…ÙŰłŰŻŰȘŰ§Ù†: Ű§Ù„Ù…ÙŰłŰŻŰ© Ű§Ù„ŰŁÙˆÙ„Ù‰: Ù…ÙŰłŰŻŰ© Ű§Ù„Ù†ÙŰł، ÙˆŰ§Ù„Ù…ÙŰłŰŻŰ© Ű§Ù„Ű«Ű§Ù†ÙŠŰ©: Ű§Ù„ŰŁÙƒÙ„ من Ű§Ù„Ù…ÙŠŰȘŰ©، فŰȘُŰŹُنِّŰšَŰȘ Ű§Ù„Ù…ÙŰłŰŻŰ© Ű§Ù„ŰŁŰŽŰŻ، ولو ÙƒŰ§Ù† في Ű°Ù„Ùƒ ۧ۱ŰȘÙƒŰ§Űš Ű§Ù„Ù…ÙŰłŰŻŰ© Ű§Ù„ŰŁÙ‚Ù„ ŰšŰŁÙƒÙ„ Ű§Ù„Ù…ÙŠŰȘŰ©.


Dari ayat ini diketahui adanya dua bahaya, iaitu bahaya bagi diri sendiri ( jika tidak makan dia akan mati ) , dan bahaya kedua memakan bangkai yang haram , maka jalan keluar dari 2 bahaya itu adalah memilih bahaya yang lebih ringan iaitu memakan bangkai. 


Bahaya terbahagi dua :

1. Mafsadah (bahaya) yang makruh, : Ù…ÙŰ§ŰłŰŻ Ù…ÙƒŰ±ÙˆÙ‡Ű©

2. Mafsadah (bahaya) yang haram , Ű§Ù„Ù…ÙŰ§ŰłŰŻ Ű§Ù„Ù…Ű­Ű±Ù…Ű© yang diantaranya boleh termasuk bahaya yang besar adapula yang kecil , dan perbezaan ini bertingkat-tingkat tergantung keadanya.

Jika terdapat bahaya yang makruh dengan bahaya yang haram, maka kita tinggalkan bahaya yang haram walupun kecil dan kita memilih bahaya yang makruh.


Jika tidak ada pilihan lain terdapat bahaya haram yang besar dengan bahaya haram yang kecil maka kita pilih bahaya haram yang kecil dan tinggalkan bahaya haram yang besar. 


Dan begitu juga ada  bahaya yang kadang berhubungan dengan orang lain, dan berhubungan dengan diri sendiri, maka jika dalam hal seperti ini, kita harus memilih bahaya yang berhubungan dengan diri sendiri jika tidak mungkin meningalkan keduanya, misalnya : 


Jika ada seseorang yang sangat memerlukan kepada makanan dan tidak mendapati kecuali bangkai atau binatang yang haram serta makanan yang halal tetapi milik orang lain yang sama keadannya dengan dia ( sangat memerlukan makanan ) , maka jika dia makan makanan yang halal milik orang lain tersebut yang boleh menyebabkan bahaya orang lain , sedang jika kita makan bangkai tersebut tidak membahayakan orang lain maka kita harus memilih memakan bangkai yang hanya berhubungan dengan diri sendiri bukan orang lain.


Contoh yang lainnya : 

Jika dikatakan kepada seseorang bunuh orang lain jika tidak kami akan membunuhmu, maka di sana ada dua mudharat dan bahaya, iaitu : terbunuh jiwanya dan terbunuh orang, maka mafsadah yang kita ambil adalah mafsadah yang berhubungan dengan diri sendiri, dan kita siap dibunuh demi untuk menhilangkan bahaya yang lebih besar yang berhubungan dengan orang lain.

Contoh dari hadis Nabi SAW :


Sebagaimana di ceritakan tentang keinginan Umar al-Khattab r.a. untuk membunuh Abdullah bin Ubai bin Salul, di sana ada 2 mudharat yaitu : Abdullah bin Salul yang suka mencela & menghina Islam dan yang kedua jika di bunuh akan menimbulkan fitnah dan manusia akan mengira bahwasanya Rasulullah SAW telah membunuh para sahabatnya. Maka tidak membunuhnya lebih di utamakan oleh Rasulullah demi maslahat yang lebih utama dan memilih bahaya yang lebih kecil. (kemunafikan Abdullah bin Ubai)


Contoh lain : 

Jika dikatakan munimlah arak ( minuman keras ) kalau tidak aku akan bunuh kamu ? di sana ada dua mudharat iaitu minum arak yang haram dan di bunuh jika tidak mahu minum , maka kita memilih untuk minum arak demi menolak bahaya yang lebih besar iaitu keselamata jiwa kita terancam 

Sahabat yang dikasihi,
Agama Islam adalah agama yang cukup indah dan mampu menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang dihadapi oleh umatnya. Jika kita fahami dan hayati Islam sepenuhnya berdasarkan peraturan dan kaedah-kaedahnya maka ianya akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Firman Allah SWT maksudnya : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Maa-idah ayat 3)


Kewajiban Mengundi Dan Larangan Memilih Pemimpin Yang Zalim.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Firman Allah SWT  :

وَلَۧ ŰȘَ۱ْكَنُÙˆŰ§ Ű„ِلَى Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰžَلَمُÙˆŰ§ فَŰȘَمَŰłَّكُمُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ُ وَمَۧ لَكُمْ مِنْ ŰŻُونِ Ű§Ù„Ù„َّهِ مِنْ ŰŁَوْلِيَۧۥَ Ű«ُمَّ لَۧ ŰȘُنْŰ”َ۱ُونَ

Maksudnya : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."(Surah Hud ayat 113)

Pada ayat ini Allah SWT memberi amaran bahawa orang-orang yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan menganut agama yang dibawa baginda SAW supaya jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang zalim; iaitu bersahabat dan berbaik-baik dan mentaati musuh-musuh kaum muslimin yang selalu menyakiti mereka.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW ummat Islam tidaklah boleh cenderung untuk melakukan sesuatu tindakan yang dilihat atau menjurus kepada menyokong golongan yang zalim dalam menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh pewaris para anbiya yakni para ulama yang ikhlas dalam menyampaikan dakwah dan berusaha menegakkan agama Allah. Jika perbuatan sedemikian dilakukan ia bereti telah menempah azab seksa yakni dicampakkan ke dalam neraka serta tiadanya pertolongan Allah sedangkan Allah adalah satu-satunya tempat memohon pertolongan.

Berdasarkan kefahaman ayat di atas, jelas sekali cenderung (menyokong) kepada kezaliman adalah sesuatu perbuatan yang di larang oleh Islam apalagi mengambil seseorang yang zalim sebagai pemimpin kerana kezaliman seorang pemimpin lebih besar mudaratnya kepada orang ramai. Mereka yang memilih pemimpin yang zalim juga dikira sebagai orang yang zalim. Dalam erti kata yang lain segala sokongan terhadap dosa si pelaku kezaliman adalah satu pembabitan yang dihukumkan sama dosanya terhadap si penyokong.

Firman Allah SWT :

وَمَنْ يَŰȘَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَŰ„ِنَّهُ مِنْهُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ لَۧ يَهْŰŻِي Ű§Ù„ْقَوْمَ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ

Maksudnya : "Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maa-idah ayat 51)

Untuk lebih memahamkan firman-firman Allah di atas, sayugilah kita memerhatikan dialog di antara si tukang jahit dengan seorang ulamak silam yang terkenal iaitu Sufyan at Thauri.

Suatu ketika datang seorang lelaki bertanya kepada Sufyan at Thauri , dia berkata :"Aku ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah yang zalim); adakah aku tergolong dalam kalangan penyokongnya?

Sufyan at Thauri menjawab : "Engkau bukan daripada kalangan penyokong tetapi engkau adalah golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada engkau jarum dan benang (untuk menjahit)."(Kitab al Mu'jam al Kabir)

Dalam situasi hari ini, sistem pengundian adalah sejenis mengiktiraf seorang pemimpin dengan pengakuan taat setia yakni suatu jalan usaha untuk membentuk pengagihan kuasa yang benar dan adil. Oleh kerana kebenaran dan keadilan itu adalah dituntut oleh agama maka ia menjadi satu kewajiban yang mesti ditunaikan oleh setiap kaum muslimin. Jelasnya satu undi daripada setiap orang dikira sebagai satu usaha untuk untuk melantik pemimpin masyarakat dan negara yang dilihat memiliki ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki Islam (berdasarkan penyaksian atau maklumat yang diperolehi melalui sumber yang sah). 

Bukankah Allah mengambil kira setiap perbuatan walaupun ianya sebesar zarah apakan lagi dalam hal sebesar ini.?

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesiapa yang mati tetapi tidak pernah membai'ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliyah. (Hadis Sahih Riwayat Muslim no. 3441)

Firman Allah SWT :

وَŰŁَقِيمُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰŽَّهَۧۯَŰ©َ لِلَّهِ Ű°َلِكُمْ يُوŰčَŰžُ Űšِهِ مَنْ كَŰ§Ù†َ يُŰ€ْمِنُ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ وَŰ§Ù„ْيَوْمِ Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱ِ وَمَنْ يَŰȘَّقِ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰŹْŰčَلْ لَهُ مَŰźْ۱َŰŹًۧ

Maksudnya : "Dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."(Surah at Thalaaq ayat 2)

Selanjutnya Allah SWT menyerukan supaya kesaksian itu supaya diberikan secara jujur, kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan bayaran, tanpa memihak, sebagaimana firman Allah SWT menjelaskan :

ÙŠŰ§ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ كُونُÙˆŰ§ قَوَّŰ§Ù…ِينَ ŰšِŰ§Ù„ْقِŰłْŰ·ِ ŰŽُهَŰŻَۧۥَ لِلَّهِ وَلَوْ Űčَلَى ŰŁَنْفُŰłِكُمْ

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri."(Surah An Nisa' ayat 135)

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kepada para hamba-Nya yang beriman agar menjadi orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan di tengah-tengah masyarakat. Maka kerananya Allah SWT memerintahkan kepada mereka untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang menyampaikan mereka kepada keadilan itu, seperti: keadilan dalam memilih pemimpin yang adil (yakni berkelayakan).

Maka mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syarak juga adalah suatu kezaliman (kejahatan) ini kerana ia dianggap seolah menyembunyikan kesaksian yang sebenar seperti yang dituntut oleh ayat di bawah, Allah SWT berfirman :

وَمَنْ يَكْŰȘُمْهَۧ فَŰ„ِنَّهُ ۹ِ۫مٌ قَلْŰšُهُ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ Űšِمَۧ ŰȘَŰčْمَلُونَ Űčَلِيمٌ

Maksudnya : "Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah al Baqarah ayat 283)

Untuk menambah lagi kefahaman kita hendaklah kita memerhatikan firman Allah SWT:

وَŰȘَŰčَŰ§ÙˆَنُÙˆŰ§ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰšِ۱ِّ وَŰ§Ù„ŰȘَّقْوَى وَلَۧ ŰȘَŰčَŰ§ÙˆَنُÙˆŰ§ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰ„ِŰ«ْمِ وَŰ§Ù„ْŰčُŰŻْوَŰ§Ù†ِ وَۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰŽَŰŻِÙŠŰŻُ Ű§Ù„ْŰčِقَِۧۚ

Maksudnya : "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya."(Surah al Maa-idah ayat 2)

Maka berikrarlah sebagaimana yang diajari Allah SWT kepada kita sepertimana dalam firmanNya :

وَلَۧ نَكْŰȘُمُ ŰŽَهَۧۯَŰ©َ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّۧ Ű„ِŰ°ًۧ لَمِنَ Ű§Ù„ْ۹ِ۫مِينَ

Maksudnya : "..dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian kerana Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa."(Surah al Maa-idah ayat 106)

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang muslim-mukmin yang beriman dan bertakwa tidak akan membiarkan kepimpinan negara dikuasai oleh golongan sekular yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri, ahli keluarga dan kroni-kroni disekelilingnya.

Apabila kepimpinan terlalu lama dikuasai oleh mereka yang rasuah, mementingkan hiburan daripada pendidikan Islam , meminggirkan hukum hudud, qisas dan takzir (takzir mengikut nilai Islam) dan tidak ada usaha-usaha yang serius untuk memperkasakan hukum-hukum Allah SWT, merampaskan hak rakyat (mengswastakan air, letrik dan kenakan cukai-cukai yang tinggi), hak rakyat dinafikan untuk mendapatkan pendidikan percuma (pinjaman yang membebankan), membebankan rakyat dengan tol-tol yang dilebuh raya (sepatutnya rakyat mendapat lalun percuma), menghalang rakyat untuk menyuarakan pandangan dan mengadakan perhimpunan aman dan ketidak adailan dalam sistem kehakiman apabila melibatkan pemimpin negara atau kroni .

Akibat daripada tidak mengambil nilai-nilai akhlak Islam untuk diterapkan dalam pendidikan di sekolah dan universiti telah melahirkan gejala sosial yang parah dengan menghasilkan anak-anak tidak sah taraf ratusan ribu bilangannya hanya dalam masa beberapa tahun sahaja.

Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan bertakwa hendaklah kalian menghindari perbuatan mengundi bagi memenangkan mereka yang zalim. Dan perbuatan tidak mengundi juga adalah seolah-olah meredai mereka yang zalim untuk mendapat kuasa memerintah.

Kalian pasti akan ditanya di akhirat nanti kenapa kalian memberi saham dan sokongan kepada kezaliman?

Sahabat yang dikasihi,
Segala pertolongan daripada mereka yang zalim yang berbentuk duniawi janganlah dijadikan alasan untuk menyokong mereka yang zalim itu kerana ia tidak dapat digunakan untuk menebus azab seksa di akhirat. Sesungguhnya hanya Allah SWT adalah sebenar-benar penolong kepada kita. Oleh itu pilihlah pemimpin yang berazam untuk menegakkan Islam sebagai satu cara hidup dan mereka-meraka yang bersatu dibawah payong menentang kezaliman demi mencari keredaan Allah SWT. 

Mengikut kaedah syarak : Jika kalian diberi peluang untuk memilih di antara mukmin yang bertakwa dengan musim yang zalim maka pilihlah mukmin yang bertakwa . Jika kalian terpaksa berhadapan di antara dua mudarat iaitu mudarat yang kecil dengan mudarat yang besar maka pilihlah yang mudarat yang kecil. Semuanya atas pilihan kalian "tepuk dada tanya iman dan mata hati kalian mana yang lebih baik dan mana satu yang akan mendapat keredaan Allah SWT"