Thursday, April 16, 2015

Doa Dan Zikir Menurut Sunah Rasulullah SAW.

Doa dan zikir adalah termasuk jenis ibadah khusus yang sangat penting. Oleh sebab itu agar kedua-duanya sempurna dan diterima oleh Allah SWT maka kita mestilah melakukannya dengan ikhlas dan mengikuti cara yang telah diajar oleh Rasulullah SAW.

Bagi kita yang berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan akur dan setuju selalu dengan segala bimbingan dan cara beramal yang datang daripada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah). Betapa tidak! Bukankah doa dan zikir kita panjatkan kepada Allah? Bukankah cara zikir dan doa Rasulullah SAW yang paling baik dan sempurna? Apalagi menurut kaedah Ushul:

Ű§Ù„ŰŁَŰ”ْلُ فِى Ű§Ù„ŰčِŰšَۧۯَŰ©ِ Ű­َ۱َŰ§Ù…ٌ Ű„ِÙ„Ű§َّ مَۧ ŰŁَمَ۱َهَۧ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَ۱َŰłُوْلُهُ

“Hukum asal dalam ibadah adalah haram (dilarang) kecuali apa yang disuruh oleh Allah dan RasulNya”.

Jadi, kaedah ini mengajar kita agar beribadah hendaklah berasaskan dalil Al-Quran dan Al-Hadis, bukan berasaskan apa yang orang ramai amalkan. Bagi kita pengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, hanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam saja manusia yang mempunyai autoriti (kuasa) untuk menentukan bagaimana cara beribadah yang betul kepada Allah SWT sebab hanya baginda yang mendapat bimbingan langsung daripadaNya melalui wahyu.

Hadis Rasulullah SAW :

ÙĄ) Űčن ŰŁŰšÙ‰ Ù…ÙˆŰłÙ‰ Ù‚Ű§Ù„: كُنَّۧ مَŰčَ Ű§Ù„Ù†ِِّŰšÙŠِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ فِى Űłَفَ۱ٍ ، فَŰŹَŰčَلَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ُ يَŰŹْهَ۱ُوْنَ ŰšِŰ§Ù„ŰȘكْŰšِيْ۱ِ وَŰ§Ù„ŰȘَّهْلِيْلِ فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ: ŰŁÙŠُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ُ ۧ۱ْŰšَŰčُÙˆŰ§ Űčَلىَ ŰŁÙ†ْفُŰłِكُمْ Ű„ِنَّكُمْ Ù„Ű§َ ŰȘَŰŻْŰčُوْنَ ŰŁŰ”َمَّ وَÙ„Ű§َ ŰșَۧۊِŰšًۧ ، Ű„ِنَّكُمْ ŰȘَŰŻْŰčُوْنَ ŰłَمِيْŰčًۧ قَ۱ِيْŰšًۧ ، وَهُوَ مَŰčَكُمْ
(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…)

Maksudnya, "Daripada Abi Musa (ra), katanya: Kami pernah bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam dalam satu perjalanan (safar), lalu manusia (para sahabat) bertakbir (Allahu Akbar) dan bertahlil (Laa Ilahaa Illal Laah) dengan suara kuat, maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam pun bersabda:

“Rendahkanlah suara kamu! Sesungguhnya kamu tidak berdoa (memohon) kepada yang pekak dan tidak pula kepada yang jauh. Sesungguhnya kamu memohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia senantiasa bersama kamu”. (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Ùą) Űčن ŰłَŰčْŰŻِ Űšْنِ ŰŁَŰšِى وَقَّۧ۔ فَŰ§Ù„َ: قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ: Űźَيْ۱ُ Ű§Ù„Ű°ِّكْ۱ِ Ű§Ù„Űźَفِيُّ وَŰźَيْ۱ُ Ű§Ù„Ű±ِّŰČْقِ مَۧ يَكْفِى
(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰ­Ù…ŰŻ ÙˆŰ§ŰšÙ† Ű­ŰšŰ§Ù†)

Maksudnya, "Daripada Sa’ad Bin Abi Waqqas (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam: “Sebaik zikir ialah perlahan-lahan, dan sebaik-baik rezki ialah apa yang mencukupi”. (Hadis Sahih Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban )

Berdoa Dan Berzikir Hendaklah Dengan Suara Lunak (Lembut):

Selain hadis-hadis di atas, juga banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita agar berdoa dan berzikir dengan suara lunak dan melarang kita melakukannya dengan suara keras dan lantang. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:

Firman Allah SWT :

ۧۯْŰčُÙˆŰ§ْ ۱َŰšَّكُمْ ŰȘَ۶َ۱ُّŰčًۧ وَŰźُفْيَŰ©ً Ű„ِنَّهُ Ù„Ű§َ يُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْمُŰčْŰȘَŰŻِينَ

Maksudnya, "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
(Surah al-A’raaf (7) ayat 55)

Firman-Nya lagi.

وَۧ۰ْكُ۱ ۱َّŰšَّكَ فِي نَفْŰłِكَ ŰȘَ۶َ۱ُّŰčًۧ وَŰźِيفَŰ©ً وَŰŻُونَ Ű§Ù„ْŰŹَهْ۱ِ مِنَ Ű§Ù„ْقَوْلِ ŰšِŰ§Ù„ْŰșُŰŻُوِّ وَŰ§Ù„ŰąŰ”َŰ§Ù„ِ وَÙ„Ű§َ ŰȘَكُن مِّنَ Ű§Ù„ْŰșَŰ§Ùِلِينَ

Maksudnya, "Dan berzikirlah (sebutlah nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
(Surah al-A’raaf (7) ayat 205)

Umat Islam jangan terkeliru jika terdapat bentuk dan cara zikir yang berlainan dan bertentangan dengan uruf kebiasaan masyarakat kita amalkan. Semoga kita di jauhi daripaad fitnah dan amalan yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

Monday, April 13, 2015

Hadis Sahih kelebihan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

1. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda : “Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]

2. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]

3. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]

4. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah SAW. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk Hadis Sahih Riwayat An-Nasaie-1271 ]

5. Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah SAW. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]

6. Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadis ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]

7. Hadis Hasan. Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan]

8. Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) berkata,Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-3440 ]

9. Di dalam satu riwayat yang lain ,hadis ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.” [Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]

Kemuskilan Agama : Orang Yang Akan Mendapat Syafaat Nabi SAW Di Akhirat.

Soalan Ke Lapan Puluh Lima : Siapakah orang yang paling berbahagia akan mendapat syafaat Nabi SAW?

Jawapan : 

Dari Abu Hurairah r.a : Ada orang bertanya kepada Nabi SAW, ‘Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaat (pertolongan) tuan (Nabi SAW) di hari kiamat?’ 

Jawab Nabi SAW, “Saya kira, hai Abu Hurairah, belum ada orang bertanya perkara ini kepadaku sebelum ini. Mungkin barangkali kerana saya lihat engkau sangat rakus (ingin mendapat sesuatu dengan banyak) mendapatkan hadis. 

Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’, benar-benar ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwanya.” [Hadis Sahih Bukhari no. 0075] 

Penjelasan Hadis : 

Mengucapkan kalimah ‘Laa ilaaha illallaah’ dengan ikhlas akan membuahkan keperibadian yang baik. Dari keperibadian yang baik timbul amal yang baik. Oleh sebab itu mereka akan memperoleh syafaat Nabi SAW di hari kiamat. Ikhlas bererti juga bebas syirik. 

Apakah maksud kalimah " Laa ilaaha illallaah"?

Kalimah "Laa ilaaha illallaa" adalah kalimah yang termasuk di dalam Tauhid Uluhiyah. Tauhid al-Uluhiyah adalah bermaksud mentauhidkan Allah SWT dalam peribadatan atau persembahan. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan Rasul iaitu menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyah. Tidak ada iIah (tuhan) yang di sembah melainkan Allah SWT . Tidak ada ketaatan dan kepatuhan melainkan ketaatan yang mutlak kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasa-nya tiada iIah (tuhan) melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.”  
(Surah Al-Anbiya’ ayat  25)

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”  (Surah An-Nahl ayat  36)

“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (Nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.”  (Surah Al-Mukminun ayat 23).

Seorang mukmin yang memiliki Tauhid al-Uluhiyah akan menerima undang-undang yang di ciptakan oleh Allah SWT tanpa ragu-ragu dan menolak dalam jiwanya undang-undang ciptaan manusia dan peraturan yang mengikut hawa nafsu.