Saturday, December 4, 2010

Hutang Dalam Islam

Sahabat yang dirahmati Allah,
Memberi hutang adalah amalan yang mulia jika tujuannya untuk meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup.Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang.

Jika dilihat kepada konsep kemasyarakatan, memberi hutang sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang Mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan kesusahan orang lain termasuk memberi hutang. Berbeza halnya dengan orang yang berhutang. Berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan oleh Islam kerana hutang itu merupakan "kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari". Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang.

Sahabat yang dimuliakan,
Dari itu hutang perlu dijelaskan dengan segera. Jangan suka atau sengaja tidak menghiraukan hutang sehingga menyebabkan hutang tersebut tertangguh begitu lama sekali dengan berbagai-bagai alasan yang diberikan mengenainya sehingga kadang-kadang menyebabkan kesusahan kepada orang yang memberi hutang. Dalam keadaan-keadaan lain, hubungan kedua belah pihak menjadi tidak mesra, bahkan seperti bermusuhan. Kadang-kadang penangguhan itu bukan kerana tidak mampu membayar hutang, tetapi sengaja dilengah-lengahkan.

Menurut Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman.

Demikian ditegaskan oleh Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya yang bermaksud : "Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta (untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan
menghalalkan hukumannya."

Daripada maksud hadis di atas, Ibnu Hajar Al-Haitsami berpendapat bahawa orang-orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang sedangkan dia berkeupayaan untuk melunaskannya menyebabkan kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Walau bagaimanapun hal yang boleh diceritakan itu hanyalah mengenai buruk perangainya kerana melengah-lengahkan hutang itu sahaja.

Adapun menceriatkan keburukannya yang lain adalah haram hukumnya kerana orang yang dizalimi itu hanya dibenarkan menceritakan kezaliman dalam perkara menangguhkan hutang sahaja. dalam perkara menghalalkan hukuman ke atasnya bererti dia boleh dihukum kerana perbuatan  sengaja melengah-lengahkan hutang. Hukuman itu sama ada dipenjara, dirotan atau seumpamanya. (Az-Zawajir hln 414).

Menurut Ibnu Hajar lagi, sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan berkemampuan itu adalah melakukan dosa besar.

Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. Antaranya disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : "Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Di antara risikonya lagi, suatu perisitiwa pernah terjadi di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam enggan menyembahyangkan jenazah apabila baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai tanggungan hutang.

Tindakan baginda itu jelas menunukkan tentang ketidaksukaan baginda terhadap orang-orang yang berhutang. Tindakan sedemikian memberi pengajaran kepada orang lain tentang akibat berhutang.

Jika si pehutang benar-benar tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya dalam jangka atau tempoh yang dijanjikan atau dientukan, berterus-teranglah kepada pemiutang dan berundinglah bagaimana cara yang patut dan munasabah untuk membayar hutangnya.

Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan selesa di dunia dan di akhirat kelak.

Untuk pemberi hutang pula jika orang yang berhutang dengannya tidak berkemampun untuk membayarnya maka berilah tempuh yang sewajarnya atau jika boleh halalkan saja itu lebih baik kerana ada hadis di riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah kita menjauhkan diri daripada berhutang walaupun hutang yang berjadual kerana risiko hutang ini amat berat jika tidak ditunaikan mengikut perjanjiannya. Gunakanlah sebanyak mungkin membeli secara tunai kerana murah, mudah dan tidak membebankan. Janganlah membebankan diri dengan membeli barang-barang yang  kurang bermanfaat  seperti perabut mahal dan peralatan rumah yang cangih-cangih dengan berhutang. Berpadalah dengan apa yang ada dan jadikanlah diri kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan bersifat qana'ah.

Takut Kepada Allah Sifat Orang Mukmin.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam jiwa manusia hanya boleh menerima salah satu saja samaada jalan fujur (keburukan) atau jalan taqwa. Manusia boleh buat pilihan sendiri tanpa dipaksa-paksa.

Firman Allah s.w.t :
فَŰŁَلْهَمَهَۧ فُŰŹُÙˆŰ±َهَۧ وَŰȘَقْوَŰ§Ù‡َۧ
 "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada fujur (kejahatan), dan yang membawanya kepada bertaqwa" (Surah Ash-Syams ayat 8)

Apabila seseorang itu memilih jalan fujur (kejahatan) maka manusia akan menanggung akibat daripada kesilapan ini  . Firman Allah s.w.t maksudnya :
“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya dia (akan merasakan) kehidupan yang sempit (di dunia), dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta” (Surah Thaaha ayat 124).


Sebaliknya orang Mukmin akan memilih jalan taqwa kerana jalan ini boleh menyelamatkan kehidupannya di dunia dan akhirat.


Firman Allah s.w.t. maksudnya :
"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (Surah al-Baqarah ayat 212)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"(Surah al-An'am ayat 32)

Sahabat yang dimuliakan,
Hati manusia yang memilih jalan fujur (kejahatan) sebenarnya ia mengundang syaitan hadir di hatinya, jiwanya akan dikuasai hawa nafsu amarah, matlamat hidupnya hanya untuk dunia semata-mata, jiwanya tidak pernah merasa puas dengan kemewahan hidup dan tidak pernah bersyukur. Demi untuk mengejar dunia yang mempersonakan tidak kira halal haram semuanya dikebas tanpa takut bahawa satu hari nanti ia akan bertemu dengan Allah s.w.t dan akan disoal hartanya darimana dia perolehi dan kemana pula dia belanjakan?

Berbeza pula dengan orang yang memilih jalan taqwa, hatinya sentiasa diisi dengan malaikat kerana banyaknya berzikir dan meningati Allah, banyak membaca al-Qur'an dan solat tahajjud, ia merasakan bahawa hidup di dunia adalah tempat sementara waktu dan di akhirat adalah tempat yang kekal abadi. Di dunia adalah tempat ia bercucuk tanam dan  di akhirat adalah tempat memetik hasil-hasilnya.

Orang bertaqwa tidak mengenal letih, putus asa dan kecewa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Dunia tempat bekerja bukan tempat rehat. Ia terus gigih melaksanakan amal soleh, memperbanyakkan amal ibadah, meningkatkan ilmu fardu ain dan menyampaikannya, berdakwah dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam  memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, tidak akan dapat menikmati kesenangan. Orang bertaqwa  sekali-kali tidak akan terpengaruh dengan ajakan  syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita melihat satu kisah yang di ceritakan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin, menukilkan satu kisah teladan antara seorang guru dan beberapa orang muridnya. Di kalangan murid-murid itu ada seorang murid yang lebih di sayangi oleh guru. Sampailah suatu ketika mereka merasa tidak puas hati meluahkan perasaan kepada guru. "Kenapa dia lebih di sayangi daripada kami semua?" Guru tidak banyak menjawab, malah memberi satu tugas kepada semua muridnya termasuk murid yang tersayang.

Kata guru itu, " Ambillah tiap orang dari kamu seekor burung ini dan sembelih burung itu tanpa di lihat oleh sesiapa pun." Setelah melakukan tugas yang di beri oleh guru, kembalilah semua mereka dengan sembelihan masing-masing. Mereka begitu gembira kerana telah berjaya mencapai maksud guru supaya di sembelih burung tanpa di lihat oleh sesiapa pun. Anehnya, murid yang tersayang telah kembali tanpa menyembelih burung itu, Guru bertanya kepadanya di hadapan murid-murid lain, "Kenapa kamu tidak menyembelihnya?" Jawab murid berkenaan, " Puas saya mencari tempat yang tidak boleh di lihat orang. Ke mana jua saya pergi, tidak dapat lari dari di lihat oleh Allah s.w.t." Mendengar penjelasan murid berkenaan, fahamlah murid-murid yang selainnya kenapa ia di sayangi oleh guru.

Demikian syakhsiah orang yang muraqabah. Perbuatannya luhur, perkataannya benar, fikirannya bersih, hatinya mulia. Tersemat pada dirinya takut sebenarnya pada murka Allah s.w.t. dan tidak takut selain daripada Allah s.w.t. Bimbangnya pada nasib akhirat mengatasi bimbangnya akan pengaruh di dunia. Ia tidak banyak berkata-kata kecuali yang mengandungi kebaikan. Ia banyak merenung diri daripada berkata hal orang lain (mengumpat). Ia bimbang menerima amanah kerana takut tidak tertunai, lebih-lebih lagi amanah kepimpinan.

Sahabat,
Orang Mukmin yang bertakwa kepada Allah, sentiasa menyebukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan, membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, berkhidmat pada masyarakat tanpa mengharap ganjaran. Dia bijak membahagikan masanya dengan berkesan, masa untuk dia memperkemaskan dirinya dengan ilmu agama dan kemahiran. Sentiasa meningkatkan ibadah khusus iaitu dengan membaca zikir al- Ma'thurat kubra pagi dan petang, membaca al- Quran, solat duha, solat tahajjud dan lain-lain lagi. Untuk ilmu pula memperuntukan masa untuk hadir di majlis-majlis ilmu dan ceramah agama, mengikuti program usrah dan halaqat,program-program dakwah, membaca buku-buku fikrah tulisan ulama'-ulama' muktabar, hadis dan tafsir.

Bayangkanlah, sekiranya kita laksanakan semua perkara berupa tanggung jawab di atas masa yang ada tidak mencukupi berbanding masa yang ada pada kita! Kita tidak ada masa untuk melepak di pasar-pasar raya, menonton konset-konset yang melalaikan atau memenuhi hobi tanpa ada tujuan yang jelas. Ingatlah! masa adalah kehidupan, lebih berharga dari emas dan permata, masa tidak boleh di ganti dengan harta di dunia, kalau dia berlalu bermakna habislah sebahagian daripada hidup kita.

Nabi s.a.w mengajar kita berdoa yang bermaksud " Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas, sikap bakhil dan penakut, hutang yang menyibukkan fikiran (dan mengacau hatiku) dan orang yang menindasku."
(Hadis Riwayat Bukhari).

Friday, December 3, 2010

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang Mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang Mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap Mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup, manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah s.w.t. supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah s.w.t.

Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Qur’an maksudnya :  “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka mau merubah diri mereka sendiri.”
 
Dulu ketika umat islam masih berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan sunnah Nabi s.a.w. aqidah mereka masih bersih perbuatan dan akhlaknya masih mengikut lunas-lunas Islam,  masih terjunjung tinggi ketika itulah Allah s.w.t. eratkan tali persaudaraan mereka. Dia muliakan mereka sehingga mereka dihormati dan ditakuti musuh pada saat itulah mereka mampu menguasai dunia . 

Keadaan ini sangat jauh berbeza dengan umat Islam sekarang ini, aqidah mereka sudah tercemar akhlak dan perbuatan mereka rusak terhadap urusan agama dan dunianya pun mereka tidak menguasai teknologinya terkini  maka patutlah mereka terhina di hadapan musuh musuh Islam. Persatuan mereka rapuh dan kemuliaan mereka telah hilang wibawanya dan mereka telah kalah dalam segala hal . 

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Tiadalah Allah telah menzalimi mereka akan tetapi merekalah yg telah menzalimi diri mereka.”

Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Tarbiyyah Islamiyyah Perlu Kepada Empat Asas Penting

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia perlu kepada tarbiyyah (pendidikan). Tanpa tarbiyah menusia akan hilang peduman dan tidak akan dapat mencapai tahap insan kamil. Tarbiyyah yang perlu kita laksanakan adalah tarbiyyah Islamiyyah yang akan melahirkan insan kamil yakni Mukmin yang melengkapi tarbiyyah kepada empat bahagian dalam diri insan iaitu kerohanian(spritual), kejiwaan (perasaan / emosi), pemikiran (mental) dan jasmani (fizikal)

Tarbiyyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi Mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan Mukmin yang syumul yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah.

Rasulullah s.a.w. mendidik sahabatnya hingga menjadi Mujahid yang kukuh iman mereka, mempunyai jiwa yang bersih dan mulia, akhlak terpuji, berilmu dan kuat jasmaninya dan mereka bersedia berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'ie yang jujur, berani, dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Mereka seperti abid dimalam hari dan seperti singer disiang hari.

Apabila Islam memerlulan pengorbanan, harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah s.a.w. dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman al-Affan dan Abdul Rahman 'Auf.

Semua itu adalah hasil daripada tarbiyyah Imaniyah yang memenuhi empat bahagian dalam diri insan tadi, maka berjalan di Madrasah Rasulullah s.a.w. Didikan Rasulullah s.a.w. bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau abid yang meninggalkan keperluan duniawi dan tidak menghiraukan tipu daya musuh yang ingin menghancurkan Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila kita ingin melaksanakan tarbiyyah Islamiyah perlulah kita mengambil kita empat perkara tadi yang diperlukan oleh setiap manusia. Proses ini perlu berjalan serentak maka akan melahirkan da'ie yang seimbang (tawazun)  iaitu :

Pertama : Kerohanian (Spritual).

Tarbiyyah perlu bermula dengan asas kerohanian iaitu asas keimanan kepada Allah s.w.t dan kepercayaan kepada rukun-rukun iman yang lain. Perkara pokok ini adalah umpama akar tunjang yang kuat dan menjunam ke dasar bumi.

Persoalan aqidah merupakan isu terpenting dalam kehidupan Muslim . Ini disebabkan aqidah menurut Islam adalah asas bagi binaan Islam pada keseluruhannya. Daripada aspek yang lain ia juga dapat disifatkan sebagai benteng yang paling teguh bagi menjaga dan mengawasi segala bentuk penyelewengan.

Dewasa ini didapati beberapa bentuk penyelewengan berlaku sama ada dari segi pemikiran, percakapan lebih-lebih lagi tingkah laku yang semuanya berpunca daripada ketidakfahaman mereka terhadap asas aqidah Islam  secara mendalam, sedangkan kefahaman tentang aqidah itu merupakan satu tuntutan untuk melahirkan keyakinan dan penghayatan Islam secara menyeluruh.

Asas aqidah yang ditekankan di sini adalah mentauhidkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan satu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Surah Luqman ayat 13)

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Luqman memulai nasihat kepada anaknya supaya menjauhkan diri daripada syirik kepada Allah, kerana hati yang suci harus bersih daripada sebarang kerosakan dan kesesatan. Di antara punca kerosakan aqidah adalah syirik. Oleh itu ia hendaklah dijaga daripada syirik agar aqidah sentiasa berada dalam keadaan baik. Kerana kesucian dan kemurniaan aqidah itulah punca segala amalan yang baik.

Syirik adalah sebesar-besar dosa yang dilakukan oleh seseorang kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."

Kedua : Kejiwaan (perasaan / emosi).

Tarbiyyah kedua yang perlu ditekankan adalah aspek kejiwaan manusia. Jiwa manusia perlu di proses kepada sifat-sifat mahmudah iaitu sifat ikhlas, sabar, redha, qana'ah, syukur, taqwa, zuhud, tawakkal dan tawaduk. Untuk melahirkan jiwa-jiwa yang bersih dan sejahtera ini perlu kepada mujahadah, murajaah dan mujahadah. Asas kedua ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan asas pertama iaitu keimanan kepada Allah s.w.t.

Untuk melahirkan hati yang bersih dan sejahtera ini amalan yang perlu dilakukan adalah banyak berzikir, beristighfar, membaca al-Qur'an , solat tahajjud dan mengingati mati dan di dedahkan mengenai kisah-kisah siksaan Allah s.w.t di hari akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Perbanyakkan mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan zuhud pada dunia."

Imam al-Ghazali mengatakan, "Dengan meningati mati, hati kamu menjadi lembut."

Dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud, "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya. Maka begitulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan perasaan takut."

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran."

Apabila hati manusia sudah bersih dan sampai ketahap yakin pada janji-janji Allah dan takut hanya kepada Allah s.w.t akan terhindarkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat marah, buruk sangka, riak, ujub, takkbur dan cinta dunia.

Ketiga : Pemikiran / Kefahaman (mental )

Proses tarbiyyah ketiga yang perlu dijalankan adalah meningkatkan kefahaman tentang Islam iaitu menambahkan ilmu syarak (ilmu fardu ain dan fardu kifayah) dan ilmu semasa.

Pemikiran manusia hari ini banyak dipengaruhi oleh fahaman sekular,  asabiyah (perkauman sempit),  sosialis,  liberal, atis (menolak ketuhanan) dan  kebendaan (materialistik).

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : “Barangsiapa yang menempuh sebuah jalan untuk menuntut ilmu agama, niscaya Allah akan mudahkan baginya satu jalan menuju Syurga-Nya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Semua kefahaman ini bertentangan dengan kefahaman Islam. Islam perlu difahami seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna mencakupi semua kehidupan manusia samaada darisegi aqidah, ibadah, kekeluargaan, politik, ekonomi,  pentadbiran dan pemerintahan dalam sebuah negara.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah meredhai Islam menjadi agama bagi kalian"(Surah al-Maidah ayat 3).

Untuk melahirkan pemikiran Islam yang jelas maka kita perlu merujuk kepada al-Qur'an dan as- Sunnah Nabi s.a.w, ijma' ulama, qiyas  dan buku-buku ulama muktabar yang jelas fikrah dan kefahamannya tentang Islam yang syumul dan menjauhkan diri daripada membaca buku-buku tulisan orientalis barat yang cuba memesungkan kefahaman Islam yang sebenarnya.

Keempat : Jasmani (fizikal)

Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah s.w.t daripada Mukmin yang lemah. Islam amat menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menjauhkan diri daripada penyakit.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang Mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang Mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal."

Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat".

Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya. Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah s.a.w., iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

Terdapat banyak hadis menunjukkan kepentingan kepada riadah dan perlu kepada tarbiyyah jasmani antaranya
adalah :

1. Sabda Nabi s.a.w maksudnya  : "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda."

2. Rasulullah SAW bersabda : "Lemparkanlah (panah) dan tungganilah (kuda)."
(Hadis Riwayat Muslim)

3. "Kamu harus belajar memanah kerana memanah termasuk sebaik-baik permainanmu."
(Hadis Riwayat Bazzar dan Thabrani dengan sanad yang baik)

Ketiga-tiga jenis sukan atau riadah yang memerlukan kekuatan fizikal seperti berenang, memanah dan menunggang kuda supaya untuk melahirkan Mukmin yang sihat dan kuat darisegi fizikalnya. Kita boleh tambah dengan berjoging dan menunggang basikal.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita melengkapkan diri kita dengan proses tarbiyyah Islamiyyah yang melalui empat jenis tarbiyyah iaitu rohaniah, kejiwaan (emosi), pemikiran dan jasmani. Sekiranya kita melengkapkan keemapt-empat asas ini maka jadilah kita Mukmin yang bertaqwa dan kuat yang akan mampu melaksanakan tugas dan amanah yang dipikulkan kepada diri kita seperti sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Thursday, December 2, 2010

Kebaikan dan Fadhilat Surah Al-Ashr

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah:ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…ÙˆَŰ§Ù„ْŰčَŰ”ْ۱ِ (1) Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْŰ„ِنْŰłَŰ§Ù†َ لَفِي ŰźُŰłْ۱ٍ (2) Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَŰčَمِلُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­َۧŰȘِ وَŰȘَوَۧ۔َوْۧ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ وَŰȘَوَۧ۔َوْۧ ŰšِŰ§Ù„Ű”َّŰšْ۱ِ (3) [Ű§Ù„Űč۔۱ : 1 - 3]

”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”. (Surah Al-Ashr ayat 1-3)

Allah s.w.t memulakan ayat ini dengan bersumpah dengan menyebutkan waktu “Ashar” yang merupakan sebahagian dari masa. Hal demikian mengisyaratkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan manusia, sejauhmana manusia cuba menfaatkan masa yang berfaedah di dalam kehidupannya di dunia ini.. Bila mereka dapat memanfaatkan umur mereka di dunia ini dengan perkara yang diredhai oleh Allah s.w.t, maka baiklah yang akan mereka perolehi di akhirat nanti. Tetapi jika mereka gagal dalam memanfaatkan hidup di dunia ini dengan melakukan maksiat dan dosa maka mereka akan tanggung akibatnya di hari akhirat nanti.

Olehnya itu Allah menyatakan  bahwa seluruh manusia berada dalam kerugian. Maksudnya adalah orang-orang yang menyia-nyiakan kesempatan umur yang Allah telah berikan kepada mereka. Adapun orang-orang yang dapat  memanfaatkan kesempatan umur mereka, maka mereka itu tidaklah masuk dalam golongan orang-orang yang dikategorikan sebagai orang-orang yang rugi.  Kerana setelah Allah s.w.t menyebutkan bahwa seluruh manusia berada dalam kerugian, Dia memberi pengecualian dari golongan manusia tadi. Siapa golongan yang dikecualikan itu ?. Mereka itu adalah golongan yang mampu menggabungkan antara 4 perkara iaitu :

1. Iman

2. Amal soleh.

3. Dakwah dan

4. Sabar.

Sahabat yang dimuliakan,
Ciri-ciri yang diceritakan di dalam surah ini adalah ciri-ciri orang Mukmin yang mana ianya terangkum kepada empat asas penting iaitu beriman, beramal soleh , berdakwah dan sentiasa bersabar. Huraian untuk ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Iman.
Beriman kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang enam adalah perkara pokok yang mesti ada pada diri seorang Muslim. Tanpa ada ciri pertama ini seseorang tidak dikira sebagai seorang Muslim. Asas inilah yang ditanam oleh Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat baginda dan setiap orang-orang yang baru memasuki Islam.

Namun iman yang dimaksud tidaklah akan tumbuh bersemi dalam jiwa seorang tanpa  ilmu pengetahuan. Olehnya, ilmu dalam agama adalah merupakan perkara penting yang mesti dimiliki oleh siapa saja yang ingin menjadi seorang Muslim.

Tanpa ilmu, maka keinginan untuk menjadi Muslim yang sempurna tidak akan berjaya.  Sebaliknya, dengan ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan seorang menuju Syurga-Nya. Allah berfirman

يَ۱ْفَŰčِ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ مِنْكُمْ وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁُوŰȘُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْŰčِلْمَ ŰŻَ۱َŰŹَۧŰȘٍ [Ű§Ù„Ù…ŰŹŰ§ŰŻÙ„Ű© : 11]
Maksudnya : ”Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat (di atas mereka yang tidak berilmu).”. (Surah al Mujaadilah ayat 11).

Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda maksudnya
:مَنْ يُ۱ِŰŻْ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űšِهِ Űźَيْ۱ًۧ يُفَقِّهْهُ فِي Ű§Ù„ŰŻِّينِ
”Barangsiapa yang Allah hendaki kebaikan baginya, niscaya Ia akan menjadikannya faham terhadap agama ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah berfirman;قُلْ هَلْ يَŰłْŰȘَوِي Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَŰčْلَمُونَ وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ لَۧ يَŰčْلَمُونَ Ű„ِنَّمَۧ يَŰȘَŰ°َكَّ۱ُ ŰŁُولُو Ű§Ù„ْŰŁَلْŰšَِۧۚ [Ű§Ù„ŰČÙ…Ű± :
9]
“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”. (Surah az Zumar ayat 9).

Allah berfirman;Ű„ِنَّمَۧ يَŰźْŰŽَى Ű§Ù„Ù„َّهَ مِنْ ŰčِŰšَۧۯِهِ Ű§Ù„ْŰčُلَمَۧۥُ [ÙŰ§Ű·Ű± : 28]
”Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (orang-orang yang berilmu).”. (Surah Faathir ayat 28)

Demikianlah kedudukan ilmu dalam agama yang mulia ini. Ia adalah sesuatu yang menempati urutan pertama, karena hanya dengannyalah iman akan tumbuh dalam jiwa seseorang. Namun, hal yang harus diingat bahwa ilmu tidaklah akan datang tanpa usaha atau pergi belajar dengan guru yang murshid. Untuk mendapatkannya diperlukan usaha, pengorbanan dan kesabaran.

Olehnya itu, Rasulullah bersabda :Ű„ِنَّمَۧ Ű§Ù„ْŰčِلْمُ ŰšِŰ§Ù„ŰȘَّŰčَلُّمِ
“Ilmu itu hanyalah boleh  diperoleh dengan belajar.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maka ketika seorang telah melakukan upaya yang sungguh-sungguh dan ikhlas untuk mempelajari ilmu agama ini, ketika itulah Allah akan memberikan berbagai macam hikmah-Nya kepada orang tersebut, sebagaimana firman-Nya;

وَۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَيُŰčَلِّمُكُمُ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ Űšِكُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ Űčَلِيمٌ [Ű§Ù„ŰšÙ‚Ű±Ű© : 282]
 “Bertakwalah kepada Allah; niscaya Allah akan mengajarmu; dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”.
(Surah al Baqarah; 282).

Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda;
مَنْ Űłَلَكَ Ű·َ۱ِيقًۧ يَلْŰȘَمِŰłُ فِيهِ Űčِلْمًۧ Űłَهَّلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَهُ Ű·َ۱ِيقًۧ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ِ
 “Barangsiapa yang menempuh sebuah jalan untuk menuntut ilmu agama, niscaya Allah akan mudahkan baginya satu jalan menuju Syurga-Nya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kedua : Beramal soleh.
Perkara kedua yang mesti ada bagi seorang yang menginginkan kebahagiaan adalah beramal soleh. Amal soleh adalah buah dari ilmu. Ilmu tanpa amal ibarat sebuah pohon yang tidak berbuah dan tidak bermanfaat. Bahkan Allah  sangat murka kepada orang-orang yang tidak mengamalkan ilmu (hal-hal wajib) yang telah diketahuinya.

Allah berfirman
;يََۣۧيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰĄَŰ§Ù…َنُÙˆŰ§ لِمَ ŰȘَقُولُونَ مَۧ لَۧ ŰȘَفْŰčَلُونَ(2)كَŰšُ۱َ مَقْŰȘًۧ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَنْ ŰȘَقُولُÙˆŰ§ مَۧ لَۧ ŰȘَفْŰčَلُونَ(
3)
”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (Surah Ash-shaf ayat 2-3).

Seorang Mukmin adalah orang yang menggabungkan antara ilmu dan amal soleh. Sesiapa yang berilmu sedangkan dia tidak amalkan ilmu tersebut di hari akhirat akan mendapat azab yang dahsyat.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni Neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang ma'ruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Ketiga : Berdakwah.
Setelah iman dan amal, perkara ketiga yang mesti dijalani oleh orang-orang Mukmin adalah berdakwah, menyebarkan Islam yang mulia ini untuk kemanfaatan seluruh alam.

Dakwah, menyebarkan dan menyampaikan risalah ini ke seluruh dunia adalah tugas utama dan tanggungjawab terbesar yang harus dipikul oleh setiap Muslim Mukmin yang yakin akan kehidupan di hari akhirat kerana tugas ini adalah tugas yang laksanakan oleh Rasulullah s.a.w.

Allah s.w.t.  berfirman;

كُنْŰȘُمْ Űźَيْ۱َ ŰŁُمَّŰ©ٍ ŰŁُŰźْ۱ِŰŹَŰȘْ لِلنَّۧ۳ِ ŰȘَŰŁْمُ۱ُونَ ŰšِŰ§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ وَŰȘَنْهَوْنَ Űčَنِ Ű§Ù„ْمُنْكَ۱ِ وَŰȘُŰ€ْمِنُونَ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ
 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imraan ayat 110)

Dakwah adalah merupakan kewajiaban yang Allah ta’ala bebankan kepada nabi-Nya dan kepada seluruh pengikutnya. Allah s.w.t. berfirman;

ŰȘَŰšَۧ۱َكَ Ű§Ù„َّŰ°ِي نَŰČَّلَ Ű§Ù„ْفُ۱ْقَŰ§Ù†َ Űčَلَى ŰčَŰšْŰŻِهِ لِيَكُونَ لِلْŰčَŰ§Ù„َمِينَ نَŰ°ِÙŠŰ±ًۧ
 “Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al Qur’an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,” (Surah Al-furqaan ayat 1)

Firman Allah s.w.t
قُلْ هَŰ°ِهِ ŰłَŰšِيلِي ŰŁَŰŻْŰčُو Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ Űčَلَى ŰšَŰ”ِÙŠŰ±َŰ©ٍ ŰŁَنَۧ وَمَنِ ۧŰȘَّŰšَŰčَنِي
 “Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata.” (Surah Yusuf ayat 108)

Kita wajib menyampaikan dakwah ini walaupun satu ayat terutama kepada ahli keluarga kita, jiran tetangga, rakan-rakan pejabat dan masyarakat seluruhnya sekadar kemampuan kita kerana Nabi s.a.w menyatakan sampaikanlah (dakwah)  daripadanya  walaupun satu ayat.

Allah ta’ala berfirman;

وَلْŰȘَكُنْ مِنْكُمْ ŰŁُمَّŰ©ٌ يَŰŻْŰčُونَ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْŰźَيْ۱ِ وَيَŰŁْمُ۱ُونَ ŰšِŰ§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ وَيَنْهَوْنَ Űčَنِ Ű§Ù„ْمُنْكَ۱ِ وَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْمُفْلِŰ­ُونَ
 “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali Imraan ayat 104).

Berkata Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah :.“Maksud dari ayat ini adalah; wajib bagi sebahagian dari ummat ini memfokuskan dirinya secara sungguh-sungguh dalam melaksanakan dakwah di jalan Allah, meski tugas ini -pada hakiaktnya- merupakan tanggung jawab seluruh kaum Muslimin sesuai dengan kadar kesanggupan mereka masing-masing." {Tafsir al Quran al ‘Adzhiim, (2/91) }

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda;

مَنْ ۱َŰŁَى مِنْكُمْ مُنْكَ۱ًۧ فَلْيُŰșَيِّ۱ْهُ ŰšِيَŰŻِهِ فَŰ„ِنْ لَمْ يَŰłْŰȘَŰ·ِŰčْ فَŰšِلِŰłَŰ§Ù†ِهِ فَŰ„ِنْ لَمْ يَŰłْŰȘَŰ·ِŰčْ فَŰšِقَلْŰšِهِ وَŰ°َلِكَ ŰŁَ۶ْŰčَفُ Ű§Ù„ْŰ„ِيمَŰ§Ù†ِ
 “Barangsiapa diantara kalian yang menyaksikan sebuah kemungkaran, hendaklah ia merubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu  maka hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika ia masih belum mampu, maka hendaklah ia membencinya didalam hati; yang demikian itulah serendah-rendahnya iman.”.(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda;

Ű„ِنَّ Ű§Ù„ŰŻَّŰ§Ù„َّ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰźَيْ۱ِ كَفَۧŰčِلِهِ
 “Seorang yang menunjuki saudaranya sebuah kebaikan, akan mendapat pahala yang sama dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kerja-kerja dakwah ini sungguh mulia kerana jika dibiarkan kemugkaran dan gejala sosial berlaku merata tempat tanpa ada usaha-usaha positif maka kita semua akan menanggung dosanya. Jika Allah s.w.t hendak turunkan bala maka semua kita akan terkena tanpa kita orang baik atau orang melakukan maksiat. Oleh itu tugas ini tidak boleh diabaikan langsung.

Keempat : Sabar.
Sifat sabar adalah salah satu sifat mahmudah, seorang Mukmin akan menghiasi akhlaknya dengan sifat sabar dan sentiasa tenang menghadapi dugaan dan musibah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
(Surah al-Baqarah ayat 153)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"(Surah az-Zumar, ayat10).

Seterusnya Allah s.w.t. juga berfirman: "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Tidak ada balasan yang setimpal untuk mereka yang bersabar melainkan Syurga Allah s.w.t. Oleh kerana Allah s.w.t. bersifat sabar kepada makhluk-Nya maka sifat yang mulia ini amat disukai oleh Allah s.w.t jika dimiliki dan diamalkan oleh para hamba-Nya ketika hidup di dunia ini.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati maksud dan tuntutan surah Al-Ashr walaupun hanya mengandungi 3 ayat tetapi cukup berkesan mendidik hati kita untuk beriman kepada Allah s.w.t. dan tuntutan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita dalam kehidupan.

Surah ini menjadi bahan wasiat para sahabat ketika mereka bertemu dan hendak berpisah. Abu al Madinah ad Daarimiy –radhiyallahu ‘anhu- berkata;

كَŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلَŰ§Ù†ِ مِنْ ŰŁَŰ”ْŰ­َِۧۚ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű„ِŰ°َۧ Ű§Ù„ْŰȘَقَيَۧ، وَŰŁَ۱َۧۯَۧ ŰŁَنْ يَŰȘَفَ۱َّقَۧ، قَ۱َŰŁَ ŰŁَŰ­َŰŻُهُمْ ŰłُÙˆŰ±َŰ©َ: وَŰ§Ù„ْŰčَŰ”ْ۱ِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْŰ„ِنْŰłَŰ§Ù†َ لَفِي ŰźُŰłْ۱ٍ، Ű«ُمَّ Űłَلَّمَ ŰŁَŰ­َŰŻُهُمَۧ Űčَلَى Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱ِ ŰŁَوْ Űčَلَى Ű”َِۭۧŰšِهِ Ű«ُمَّ ŰȘَفَ۱َّقَۧ
 “Dahulu bila ada dua orang sahabat Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- berjumpa dan keduanya hendak berpisah, maka salah seorang dari mereka membaca surah al Ashr, lantas ia mengucapkan salam, kemudian keduanya pun berpisah.”(Hadis Riwayat. at Thabraani, lihat “Silsilah al Ahaadiits as Shahiihah”)

Imam as Syaafi’e –rahimahullah- berkata;“Andai saja tidak turun satupun surah melainkan surah ini, niscaya cukuplah surah ini bagi manusia.” (Kitab bertajuk Ruuh al Ma’aani, oleh al Aluusi)

Syarat-syarat Terkabulnya Do'a

 Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Fushshilat  ayat 51 maksudnya :
“Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdo'a.”

Dari ayat tersebut, terlihat bahwa Allah s.w.t. ‘menyindir’ dan mengecam (sifat) manusia, yang mudah lupa jika diberi kenikmatan. Sebaliknya, jika mendapat kesusahan, walau sekecil apapun, maka dia akan menangis, berkeluh kesah dan berdo'a meminta pertolongan kepada Allah s.w.t.

Tidak semua manusia berbuat demikian. Masih ada manusia yang tetap mengingat Allah s.w.t. baik di kala senang maupun di kala susah. Contoh manusia yang tetap mengingat Allah s.w.t.  di saat mendapat kenikmatan atau kesenangan yang luar biasa banyaknya adalah Nabi Sulaiman a.s. Sedangkan Nabi Ayyub a.s. pula menjadi contoh manusia yang tetap mengingat Allah s.w.t. baik di kala suka ataupun duka.

Pada hakikatnya do'a mesti dilakukan dalam keadaan apa sekalipun samaada ketika kaya, miskin, suka, duka, sihat, sakit atau dalam keadaan genting maka do'a perlu di lakukan semata-mata kerana kasih dan cinta kita kepada Allah. Hal ini mengingatkan kita bahwa pada dasarnya MANUSIA BERGANTUNG HANYA KEPADA ALLAH S.W.T.

Rasulullah s.a.w sendiri bersabda bahwa do'a merupakan inti ibadah dan senjata untuk orang-orang Mukmin.

Kita perlu yakin  bahwa do'a kita akan dikabulkan. Jika tidak dikabulkan di dunia, maka do'a tersebut akan di kabulkan di akhirat kelak.

Manusia ketika berada di dalam keadaan saat genting dia berdo'a kepada Allah s.w.t. seraya menjanjikan ini itu (bernadzar), tapi bila Allah s.w.t.  mengangkat kesusahannya, pada saat itu pula dia melupakan nadzarnya itu. Dengan kata lain, manusia begitu mudah mendurhakai Allah s.w.t. yang telah melepaskannya daripada kesusahan (ini sesuai dengan ayat al-Qur'an  diatas).

Berikut beberapa syarat agar do'a dikabulkan Allah s.w.t.:
1. Makanan, minuman, dan pakaian yang kita gunakan dan keperluan harian sehari-hari mestilah berasal dari rezeki yang halal. Ingat, 1 suap makanan yang haram akan menghalangi diterimanya ibadah selama 40 hari, apalagi jika makanan haram tersebut telah menjadi daging…berarti kita telah menyiapkan diri kita masuk ke dalam Neraka.

Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada sekalian rasul dengan firman-Nya (seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud) : Wahai sekalian rasul, makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-nya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman! Makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya, dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdo'a) Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram, dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan do'anya". (Hadis Riwayat Muslim)
2. Menyucikan dan membersihkan diri, baik lahir-batin. Sebaiknya sebelum berdo'a kita membersihkan diri (minimal berwudhu') untuk membersihkan lahir kita. Untuk membersihkan batin, kita boleh perbanyak berzikir dan beristighfar.

3. Membaca selawat kepada Nab s.a.w. Tanpa berselawat kepada baginda dalam berdo'a, akan mengakibatkan do'a menggantung (tidak akan di perkenankan oleh Allah s.w.t.)

4. Perbanyak puji-pujian kepada Allah s.w.t., karena hanya Allah s.w.t. yang berhak untuk menerima puji-pujian. Boleh kita ambil dari Asmaul Husna.

5. Berdo'alah di waktu-waktu dan tempat-tempat yang mustajab. Sebagai contoh, padang Arafah, di masjid, hari Jumaat, 1/3 malam terakhir, di antara 2 khutbah, semasa hendak buka puasa, semasa hendak sahur, terkecuali bagi orang-orang yang sedang teraniaya atau sedang dizalimi oleh kaum lain di suatu tempat.

6. Carilah waktu yang tenang dan damai, agar kita boleh do'a dengan khusyuk. Misalnya semasa  sujud, 1/3 malam terakhir.


7. (Dianjurkan) Gunakan do'a yang diajarkan Nabi s.a.w atau do'a yang terdapat di dalam al-Qur'an. Di dalam al-Qur’an banyak sekali do'a-do'a para Nabi dan Rasul. Do'a tersebut hendaklah difahami dengan betul dan tahu maksudnya, agar meresap ke dalam hati. Namun, tidak ada salahnya juga berdo'a dengan cara kita sendiri, terutama bila kita ada hajat tertentu untuk dipohon kepada Allah s.w.t. Gunakan bahasa kita sendiri pun boleh.

8. Berdo'alah yang wajar (diutamakan jika kita telah melakukan ikhtiar sebelumnya). Janganlah kita berdo'a untuk sesuatu yang mendatangkan keburukan kepada orang lain dan kiat berdo'a dan meminta sesuatu daripada Allah s.w.t tanpa usaha yang sepatutnya.

Sahabat yang dimuliakan,
Ada manusia-manusia yang do'anya tidak ditolak dan mudah diterima dan dikabulkan oleh Allah s.w.t.


1. Kedua orang tua, yang mendo'akan keselamatan dan kesejahteraan bagi anak-anaknya. Bagi para orang tua, hendaklah berhati-hati menjaga lisannya, terutama semasa marah. Jika salah cakap, maka bukan kebahagiaan yang didapati dari  anaknya, namun kutukan dan azab Allah yang diterima oleh  anaknya. Bagi kita jika kedua ibu bapa kita masih hidup, hendaknya jangan sampai kita melukai hati mereka.

2. Orang yang teraniaya iaitu orang yang dizalimi, diambil dan dipaksa hak-haknya, ditipu (diberi janji palsu). Insya Allah do'a mereka tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. Oleh itu, hat-hatilah dalam menjadi pemimpin. Jangan sampai ada rakyat yang teraniaya.

3. Pemimpin yang adil. Jika seorang pemimpin berjuang dengan ikhlas demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyatnya, maka do'anya tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t.


4. Pejuang Fi Sabilillah. Termasuk di dalamnya orang-orang yang berjuang di jalan Allah, berdakwah,mengajak kepada amal maaruf nahi mungkar dan sebagainya.

5. Orang yang sedang berpuasa. Menjelang Ramadhan ini, persiapkan dan perbanyakkan berdo'a apa sahaja yang kita ingin meminta kepada Allah s.w.t. Insya Allah dikabulkan-Nya.

6. Anak-anak yang soleh dan solehah. Untuk itu hendaklah kita mendidik dan mentarbiyah anak-anak kita dengan  ilmu agama, akhlak yang baik dan keimanan yang kuat kepada Allah s.w.t. semoga mereka menjadi penolong kita ketika kita telah meninggal dunia nanti.



















Menepati Janji Adalah Sifat Orang Mukmin

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kita kehadrat Allah s.w.t. dengan melakukan apa jua suruhan-Nya dan menjauhi segala apa jua larangan-Nya.

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita tidak terlepas dari membuat janji sama ada antara sahabat dengan sahabat, rakan sekerja dengan rakan sekerja, pekerja dengan majikan, pemimpin dengan ahli-ahli bawahannya dan kerajaan dengan rakyat. Malah mungkin juga di antara dua golongan yang bermusuhan dan sebagainya.  Bahkan juga kadang-kadang berjanji dengan Allah s.w.t atau bersumpah dengan nama Allah s.w.t. untuk membuat sesuatu kebajikan dan meninggalkan sesuatu kemungkaran.

Agama Islam tidak melarang kita membuat janji dengan sesiapa pun atau mana-mana pihak asalkan janji-janji itu ditepati dan ditunaikan khasnya dalam perkara-perkara yang baik dan berkebajikan.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian." (Surah al-Maaidah ayat 1)

Perjanjian adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian dan tidak menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan dimurkai Allah s.w.t. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Menepati janji adalah sangat-sangat dituntut oleh agama Islam. Dan orang-orang Mukmin yang menepati janji akan diberi ganjaran yang sebesar-besarnya oleh Allah s.w.t. iaitu ganjaran Syurga Firdaus. 

Firman Allah s.w.t. yang maksudnya : "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.  Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi  yang akan mewarisi  Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya."(Surah Al-Mukminuun ayat 8-11)

Sahabat yang dihormati,
Ingatlah bahawa mungkir janji  adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah s.w.t. yang banyak menimbulkan keburukan kepada pihak-pihak yang berjanji. Sebagai contoh, akibat mungkir janji, sahabat dengan sahabat menjadi renggang, pekerja dengan majikan bermusuhan, suami isteri berselisih faham, ayah dan anak tidak bersefahaman. Rakyat dengan kerajaan akan menimbulkan hubungan yang tidak harmoni. Rakyat tidak akam memilihnya semula apabila berlaku pilihanraya.

Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud : "Dari tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berbohong dan apabila berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianat"

Sahabat,
Islam dalam memimpin umatnya telah mengaturkan bagi mereka adab-adab dalam perjanjian, antaranya adab-adab yang perlu diikuti itu ialah mengucapkan lafaz “Insya-Allah” apabila berjanji suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah Al-kahfi, ayat 23 dan 24 yang bermaksud : 

"Janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan dengan berkata Insya-Allah. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah :  mudah-mudahan Tuhanku memimpin ku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Apabila kita mengucapkan perkataan “Insya-Allah” sebenarnya ucapan ini adalah sebagai janji yang mesti dipenuhi mengikuti hukum syara'  inilah yang menjadi kebiasaan di kalangan kita apabila berjanji akan mengatakan “Insya-Allah” dengan maksud tidak memberatkan apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain “Insya-Allah” itu diucapkan sebagai alasan untuk tidak memenuhi janji.

Perlu diingat dan difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, ini bererti ucapan “Insya-Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji. Bahkan perkataan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dibenci oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun menyentuh perkataan “Insya-Allah” dengan azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu kecuali dengan izin Allah s.w.t. jua.

Demikianlah wahai kaum Muslimin, betapa agama Islam sangat mengambil berat dalam soalan janji, oleh itu berhati-hatilah sebelum berjanji atau menerima janji.  Jadikanlah menyebut perkataan “Insya-Allah” itu bagi menyempurnakan mana-mana janji, itulah yang dituntut oleh Agama Islam.  Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan terhindar daripada sifat-sifat orang munafik.

Firman Allah s.w.t.  dalam surah Al-Anfaal, ayat 58 :- maksudnya : "Dan jika kamu khuatir akan terjadinya pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur.  Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang khianat."

Sahabat yang dikasihi,
Satu lagi perkara janji yang paling besar yang telah kita ikrarkan kepada Allah s.w.t adalah apabila kita mengucapkan kalimah  "Dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud... Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan Neraka baginya.."

Dua kalimah syahadah yang kita ucap dan ikrarkan itu adalah perjanjian yang besar kepada Allah s.w.t bahawa kita telah berikrar bahawa Tidak ada Tuhan (Illah) yang disembah melainkan Allah (yaini kita hanya beriman dan melaksanakan semua suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya) dan menyakini bahawa hanya Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah (yaini beriman kepada Nabi s.a.w dan mengikut sunnah dan ajaran yang dibawa dan meninggalkan semua larangannya) balasan daripada kita memenuhi janji ini adalah balasan Syurga dan dijauhi daripada Neraka.

Jika kita ingkar kepada dua kalimah syahadah tersebut ini bermakna kita telah memukir janji, sifat orang Mukmin adalah memenuhi janjinya apabila ia berjanji.

Oleh itu marilah kita berazam untuk memenuhi semua janji-janji kita untuk melayakkan kita menjadi orang Mukmin yang dikasihi Allah s.w.t.

Wednesday, December 1, 2010

Kekuatan Do'a Kepada Allah

Mari kita bersama menyingkap khazanah berharga dari sumber utama rujukan kita, Al-Qur'an, hadis berserta sirah Rasulullah s.a.w. , para sahabat dan salafusoleh untuk memahamkan lagi kepada kita nilai dan keutamaan do'a buat para dai’e Ilallah. 

Tahukah kita seberapa besar kekuatan do'a di saat-saat genting? Situasi genting yang paling genting, adalah saat para pejuang Allah s.w.t menghadapi kekuatan musuh Allah s.w.t yang lebih besar. Kegentingan yang pernah dialami hampir oleh para Rasul Allah s.w.t, tidak terkecuali Rasulullah Muhammad s.a.w. 

Saudaraku,
Bayangkanlah kegentingan yang dialami Nabiyullah Musa a.s saat ia dan kaumnya dikejar Fir’aun dan bala tenteranya, sehingga di tepi laut. Perhatikanlah bagaimana kegentingan ini digambarkan oleh Al-Qur’anul Karim maksudnya : “Maka, ketika kedua kelompok itu saling melihat, berkatalah pengikut Musa , 'Sungguh kita akan benar-benar akan ditawan' Musa menjawab, 'Sekali-kali tidak, sesungguhnya Tuhanku menyertaiku (dengan pemuliharaan dan pertolongannya). Dia akan memberi petunjuk kepadaku'.” (Surah Asy Syu ’ara ayat 62).

Betapa kegentingan dan kengerian menyinggap ke hati kaum Bani Israel yang saat itu dipimpin Musa a.s. Tapi Musa a.s memiliki keyakinan dan ketergantungan yang kuat dengan Allah s.w.t. Ia yakin, Allah pasti membelanya. Ia yakin, bahawa tidak ada yang memiliki kekuatan kecuali Allah s.w.t. Musa a.s, begitu dekat dengan Allah s.w.t.

Saudaraku,
Mari kita lihat lagi jejak para pejuang di jalan Allah s.w.t yang ditinggalkan dalam lembar-lembar sejarah. Kita ingin mengetahui dan turut merasakan bagaimana kedudukan keyakinan dan do'a kepada Allah sebagai senjata paling ampuh hingga kemenangan berhasil mereka raih.

Lihatlah saudaraku, 
Dimalam senyap dan gelap. Malam peperangan Badar Kubra. Para sahabat radhiallahuanhum tertidur. Kecuali Rasulullah s.a.w sedang terjaga dan solat di berhampiran sebuah pohon. Ia berulangkali sujud dengan mengatakan, “Yaa hayyu yaa Qayyuuum... (Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri) Rasulullah s.a.w terus menerus mengulang-ulang ucapan itu, agar Allah s.w.t mendatangkan kemenangan pada kaum beriman. (Rujukan kitab Al Bidayah wa An Nihayah , 5/82). 

Seperti itulah keyakinan berpadu permohonan yang amat sangat dari seorang Rasulullah s.a.w saat menghadapi suasana genting. Lalu, ketika melihat pasukan Quraisy, ia mengatakan, “Ya Allah inilah Quraisy telah datang dengan kesombongan dan keegoannya. Mereka mendustai Rasul-Mu. Ya Allah timpakanlah bencana kepada mereka esok. (Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, 3/168)

Umar bin Khattab r.a. meriwayatkan, detik-detik pecahnya pertempuran di Badar, Rasulullah s.a.w memandang para sahabatnya yang berjumlah tiga ratusan tiga belas orang. Lalu ia melihat barisan kaum Musyirikin yang jumlahnya lebih dari 1000 orang. Utusan Allah s.w.t itu berdo'a :
“Ya Allah, berikanlah kepadaku apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau musnahkan kelompok Islam ini, Engkau tidak lagi disembah di muka bumi selamanya.”

Kata Umar, Rasulullah s.a.w terus menerus berdo'a sampai selendangnya terjatuh dari pundaknya. Abu Bakar r.a yang memungutnya mengatakan, “Wahai Nabi Allah, cukup sudah do'amu kepada Allah s.w.t. Dia pasti memberimu apa yang dijanjikan kepadamu...” (HR.Ahmad)

Saudaraku,
Pernahkah kita mendengar kisah Nu’man bin Maqran? Seorang pejuang Islam yang memimpin peperangan melawan Parsi. Ketika itu, pasukan Islam telah berminggu- minggu mengepung benteng Parsi yang kukuh kerana pertahanannya melewati parit parit. Nu’man berdiskusi dengan komandan perangnya. Mereka merumuskan strategi untuk memancing pasukan Parsi keluar dari parit-parit mereka.

Caranya, pasukan Islam berpura-pura lari meninggalkan medan tempur sehingga apabila orang-orang Parsi keluar dari parit, barulah pasukan Islam berbalik menyerang mereka. Nu’man sepakat dengan strategi ini. Ia mengatakan kepada rakan-rakannya, “Nanti akulah yang akan meneriakkan takbir tiga kali. Jika kalian mendengar teriakan takbir ketiga, bererti saat itulah kalian mulai peperangan.” 

Setelah itu, Nu’man pergi ke salah satu tempat dan berdo’a kepada Allah s.w.t dengan mengatakan, “Ya Allah, muliakanlah agamamu, menangkanlah hamba-Mu. Ya Allah aku memohon kepada-Mu agar mataku sejuk dengan kemenangan yang menjadikan Islam mulia, dan matikanlah aku dalam keadaan syahid.” Orang-orang yang mendengar do'a Nu’man menangis. Mereka sama-sama larut dalam munajat dan do’a dengan penuh khusyuk dan tunduk.

Saudaraku,
Allah s.w.t mengabulkan do'a mereka. Kaum Muslimin diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t dengan kemenangan yang luar biasa. Allah s.w.t juga mengabulkan doa Nu’man bin Maqran kerana dialah perajurit pertama yang syahid di medan perang ketika itu. (Rujukan Al Bidayah wa An Nihayah, 7/89). 

Seorang sahabat yang bernama Qutaibah bin Muslim dan Muhammad bin Wasi ’. Ibnul Jauzi dalam Shifatu Shafwah menceritakan pengalaman keduanya menjelang peperangan meletus. Tiba-tiba Muhammad bin Wasi ’ menghilang dari barisan. Qutaibah lalu memerintahkan pasukannya melihat siapa yang ada di dalam masjid. Pasukannya mengatakan, “Tidak ada seorangpun kecuali Muhammad bin Wasi ’. Ia sedang mengangkat jari-jarinya.” Qutaibah mengatakan,, “Jari-jarinya yang terangkat itu lebih aku sukai daripada tiga puluh ribu pemuda yang kuat dengan pedang terhunus.” 

Perhatikanlah saudaraku,
Bagaimana kedudukan dan kekuatan do'a dalam pandangan para salafusoleh. Lihatlah lagi saudaraku, bagaimana Solehuddin Al Ayyubi, tokoh pahlawan pembebas Al Quds dari tangan pasukan salib. Dikisahkan, “Solehuddin, ketika mendengar pasukan salib berhasil mendesak kaum Muslimin, ia tersungkur sujud kepada Allah s.w.t sambil berdo'a, “Ya Allah aku telah terputus dari sebab-sebab bumi untuk memenangkan agama-Mu. Tidak ada yang tersisa kecuali menyerahkan semuanya kepada-Mu, sambil tetap berpegang pada ajaran-Mu dan bersandar pada kurnia-Mu. Engkaulah Penolongku dan sebaik-baik Pelindung.” Dalam sujudnya itu ia menangis dan air matanya masih menitik di antara janggut hingga membasahi sejadahnya. Dan ketika itulah Allah s.w.t menurunkan kemenangan pasukan Islam atas pasukan salib.

Saudaraku,
Beristighfarlah dan ucapkan dengan tekun akan kalimah-kalimah do'amu untuk para mujahidin di Palestin, Afghanistan, Iraq, Selatan Thailand, Mindanao, Sudan, dan para pejuang kebenaran di mana pun mereka berada. Mohonlah dalam do'a-do'amu agar tanggungjawab dakwahmu mampu dipikul dengan penuh ketaatan, keringanan dan penuh keistiqamahan… dan semoga dengan do'a anda sekalian, dakwah Islam beroleh kemenangan dan kita semua ditempatkan di Syurga Firdausi… InsyaAllah… Berdo'alah…

Hafiz Abdullah
Kolej Teknologi Darulnaim

Tuesday, November 30, 2010

Tugas dan Tanggungjawab Sebagai Guru Sungguh Mulia di Sisi Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :

ÙŠŰ±ÙŰč Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰĄŰ§Ù…Ù†ÙˆŰ§ منكم ÙˆŰ§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰŁÙˆŰȘÙˆŰ§ Ű§Ù„Űčلم ۯ۱ۏŰȘ

Maksudnya: “Supaya Allah  meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar,  kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.

Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.

Firman Allah s.w.t. maksudnya :  “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.( Surah al-Nahl ayat 125)

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya  menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa keempat-empat ciri di atas hendaklah fahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai  pendidik terutama ciri keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,
Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulin untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

ÙŠŰšÙ†Ù‰ ŰŁÙ‚Ù… Ű§Ù„Ű”Ù„ÙˆŰ© ÙˆŰŁÙ…Ű± ŰšŰ§Ù„Ù…ŰčŰ±ÙˆÙ ÙˆŰ§Ù†Ù‡ Űčن Ű§Ù„Ù…Ù†ÙƒŰ± ÙˆŰ§Ű”ŰšŰ± Űčلى Ù…Ű§ŰŁŰ”Ű§ŰšÙƒ Ű„Ù† Ű°Ù„Ùƒ من ŰčŰČم Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ±

Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)

Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

كلكم ۱ۧŰč وكلكم Ù…ŰłŰ€Ù„ Űčن ۱ŰčيŰȘه

Maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru di sekolah perlulah menanamkan asas aqidah Islam dan keimanan kepada Allah s.w.t. Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak Islam dan takut kepada azab Allah s.w.t jika melakukan maksiat dan kemungkaran.

Semua guru-guru samaada guru agama atau guru akademik perlu memainkan peranan yang berat ini dan jangan jemu-jemu menasihati, mendidik, membentuk dan mengasuh jiwa para pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa syaksiah Islam dan akan menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya.

Kasihanilah anak-anak didik kita ini dengan tutur kata yang lemah lembut kerana fitrah manusia suka kepada kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita sendiri dekatilah mereka yang bermasaalah dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya.

Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah ibu bapa juga perlulah mengambil tanggungjawab bersama guru untuk memikul tugas yang besar dan berat ini dan meneruskan pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ko korikulum yang menjurus kepada insan beriman dan bertaqwa iaitu dengan menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah Ibadah, qiyamulail, kelas hafazan, tazkirah ,kuliah agama dan group usrah di waktu-waktu cuti atau hujung minggu.

Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu mata pelajaran agama Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu dan tarbiyah kepada para pelajar.

PIBG sekolah juga boleh mengembeling tenaga bersama ibu bapa dan guru merangka program yg bermanfaat. Apabila aktiviti ini dapat  dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.

Sahabat yang dikasihi,
Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu `alaihi wasallam, sejarah para sahabat r.a  dan para solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani di sekolah-sekolah.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

Ù…Ű±ÙˆŰ§ ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻÙƒÙ… ŰšŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© وهم ŰŁŰšÙ†Ű§ŰĄ ۳ۚŰč ŰłÙ†ÙŠÙ† ÙˆŰ§Ű¶Ű±ŰšÙˆÙ‡Ù… ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ وهم ŰŁŰšÙ†Ű§ŰĄ Űčێ۱ ÙˆÙŰ±Ù‚ÙˆŰ§ فى Ű§Ù„Ù…Ű¶Ű§ŰŹŰč

Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ”.( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

ŰčÙ„Ù…ÙˆŰ§ ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻÙƒÙ… ÙˆŰŁÙ‡Ù„ÙŠÙƒÙ… Ű§Ù„ŰźÙŠŰ± ÙˆŰŁŰŻŰšÙˆÙ‡Ù…

Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik. Firman Allah taala:

Ù„Ù‚ŰŻ ÙƒŰ§Ù† لكم فى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰłÙˆŰ© Ű­ŰłÙ†Ű© لمن ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰ±ŰŹÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§Ù„ÙŠÙˆÙ… Ű§Ù„ŰŁŰźŰ± ÙˆŰ°ÙƒŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙƒŰ«ÙŠŰ±Ű§

Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu , bertaqwa dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat Islam yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan.

Guru membawa misi penyempurnaan akhlak, sebagaimana misi diutusnya Rasulullah Muhammad s.a.w . Nabi sendiri dengan tegas pernah bersabda: "Innama buitstu liutammima makaarima al-akhlaq, artinya sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak (manusia)."

Lantaran itu, tidak salah jika ahli tafsir mengatakan bahwa posisi guru setingkat di bawah Nabi, sebagaimana yang ia pahami dalam sabda Nabi s.a.w., : "Al-Ulama'u waratsatu al-Anbiya', (Ulama [menurutnya termasuk guru] adalah pewaris para Nabi).

Sahabat,
Guru yang menyampaikan ilmunya adalah berupa ilmu yang bermanfaat, jika ilmu tersebut di amalkan berterusan hingga ke hari kiamat maka walaupun ia telah kembali ke alam barzakh maka pahalanya akan berterusan diperolehi.

Perhatikanlah hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan do'a anak soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

Oleh itu bergembiralah wahai para guru jasamu tetap dikenang , pahalamu tetap berterusan  walaupun kau sudah tidak ada di dunia ini.

Monday, November 29, 2010

Beristighfar Penebus Dosa

Sahabat yang dirahmati Allah,
Jadikanlah istighfar kepada Allah s.w.t amalan setiap hari yang tidak kita tinggalkan. Nabi s.a.w. sentiasa beristighfar sebanyak 100 kali sehari. Maka kita sebagai hamba Allah yang sentisa melakukan dosa dan kesalahan perlulah lebih banyak lagi daripada Nabi s.a.w. kerana baginda maksum sedangkan kita tidak maksum.

Istighfar sebagai penebus dosa, dalam satu riwayat  Rasulullah shalallahu alaihi wasalam  pernah bersabda:

مَنْ Ù‚Ű§َلَ ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ű§Ù„ŰčَŰžِيْمِ َۧلَّŰ°ِي Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيُّ Ű§Ù„ْقَيُوْمُ وَ ŰŁَŰȘُوْŰšُ Ű„ِلَيْهِ
 
"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Jelaslah bahwa dengan beristighfar Allah akan mengampuni dosa-dosa seorang hamba,  sekalipun seperti buih di lautan, atau sebanyak tumpukan pasir, atau dedaunan pohon, atau hari-hari di dunia. Inilah ayat Allah s.w.t.yang menegaskan adanya pengampunan dosa bagi hamba yang berdosa.

Allah s.w.t. berfirman:

قُلْ يَۧŰčِŰšَۧۯِي Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَŰłْ۱َفُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنفُŰłِهِمْ Ù„Ű§َŰȘَقْنَŰ·ُÙˆŰ§ مِن ۱َّŰ­ْمَŰ©ِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡
َ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ ŰŹَمِيŰčًۧ  Ű„ِنَّهُ هُوَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ {53}

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas (melakukan dosa) terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az Zumar ayat 53)

Sunday, November 28, 2010

Orang Bertaqwa Mendapat Pertolongan Allah Ketika Titian Sirat

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu." (Surah Mariam ayat 71)

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang Mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal solih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju titian itu.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang” (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t”

Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :

Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain.

Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah ia boleh bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan aqidah ini terdapat syirik kepada Allah s.w.t. dan telah rosak aqidahnya maka seseorang itu tidak akan terlepas untuk meneruskan perjalanan dan ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.

Firman Allah s.w.t yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia telah melakukan dosa yang sangat besar.” (Surah An-Nisaa ayat 48)

Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.

Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun tidak. Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas waktunya.  Adakah dia mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan diperiksa satu persatu. Jika ada kekurangan solat fardunya akan di periksa solat-solat sunat yang lain untuk menampung kekurangan solat fardu tersebut.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.

Jika puasa Ramadhannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat melepasi sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.

Sekatan Keempat : Mengenai zakat.

Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya cukup nisab dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan perjalanan ke sekatan kelima.

Terdapat hadis Nabi s.a.w yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat. Sabda baginda maksudnya : "Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra’ yang akan mengikutinya dengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya, pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,“Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya.” Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahwa dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)

Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.

Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi menangguh-nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak berniat langsung untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat disini. Jika seseorang menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa riak maka amalannya juga tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Sekatan Keenam : Mengenai wudhu' dan mandi hadas besar.

Jika diperiksa wudhu'nya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wudhu'nya tidak sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga mandi hadas besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan berhadas besar maka solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.

Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk (samaada ada terdapat perbuatan zalim yang dilakukan kepada orang lain).

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya.

Manusia yang dizalimi akan menuntut haknya kepada Allah s.w.t maka seseorang yang pernah melakukan kezaliman tidak akan mudah melepasi sekatan ketujuh ini walaupun ia terlepas daripada sekatan pertama hingga keenam.


Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredhaan daripada Allah s.w.t.


Semasa melintasi Titian Sirat (Siratul Mustaqim), terdapat pelbagai jenis manusia. Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirath adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk melintasi Jambatan tersebut.

    * Kumpulan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar
    * Kumpulan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang
    * Kumpulan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik
    * Kumpulan Keempat – melintasi bagai burung yang pantas
    * Kumpulan Kelima – melintasi dalam keadaan berlari
    * Kumpulan Keenam – melintasi dalam keadaan berjalan
    * Kumpulan Ketujuh – berdiri dan duduk
    * Kumpulan Kelapan – menarik muka mereka dengan rantai
    * Kumpulan Kesembilan dan kesepuluh – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.

Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath:

Kumpulan Ketujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa terpikul dibelakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w. berhenti diatas Sirat. Setiap kali, Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat,  kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.


Kumpulan Kelapan – mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru; “Wahai Muhammad!”, dan Nabi Muhammad s.a.w. akan berkata; “Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!”


Sahabat yang dikasihi,

Berdasarkan hadis di atas dan kisah yang jelas mengenai Titian Sirat sedarlah kita bahawa setiap daripada kita tidak akan terlepas melaluinya sebelum memasuki Syurga Allah s.w.t. Perlulah kita muhasabah kita akan berada dikumpulan mana?

Sekiranya kita termasuk di dalam kumpulan pertama hingga keenam akan terselamat daripada tergelincir dan terhumban ke dalam Neraka Jahanam, jika kita termasuk dalam kumpulan ketujuh dan kelapan akan selamat sampai juga dengan pertolongan Nabi s.a.w tetapi dalam keadaan yang amat azab.

Minta dijauhilah masuk ke dalam kumpulan kesembilan dan kesepuluh kerana kumpulan ini akan tertinggal di pertengahan jalan dan tunggu masa untuk tergelincir ke dalam Neraka Jahanam, na'uzubillahiminzalik.

Marilah kita pertingkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan dan kebajikan dan tinggalkan semua dosa, maksiat dan kemugkaran kepada Allah s.w.t. untuk kita dapat menyelamatkan diri kita nanti di hari akhirat. Alangkah ruginya kita bila bertemu Allah s.w.t nanti tidak ada amalan yang dapat membantu dan menyelamatkan kita dengan siksaan yang dahsyat iaitu siksaan Neraka Jahanam.


Hanya jiwa yang beriman dan bertaqwa sahaja akan terselamat daripada azab yang pedih ketika meniti Sirat dan terselamat daripada azab Neraka Jahanam.


Rezeki Yang Berkat Untuk Orang Bertaqwa

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdo'a dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah s.w.t. dimuka bumi ini.

Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Taqwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah s.w.t. Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi taqwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah s.w.t. Orang yang bertaqwa adalah orang Mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah s.w.t., malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.

Allah s.w.t. akan membantu orang-orang yang bertaqwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah s.w.t. Bukan setakat ini saja, malahan Allah s.w.t. akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."

Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah s.w.t. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Diceritakan bahawa ada seorang pencuri kain kafan yang ingin bertaubat. Ia datang ke hadapan Abu Yazid Al-Bustami. Maka Abu Yazid bertanya kepada orang itu :
"Syukur engkau telah bertaubat, tetapi apakah sebabnya engkau ingin bertaubat?"

Ia menjawab, "Lebih kurang seribu kuburan telah aku gali, semua muka mereka itu berpaling dari arah kiblat, hanya ada dua mayat yang tetap mukanya menghadap kiblat."

Maka Abu Yazid berkata, " Kasihan mereka! Kerana ragu-ragu tentang rezeki sehingga menyebabkan muka mereka berpaling dari arah kiblat."

Sesiapa yang tidak yakin rezeki datang daripada Allah s.w.t. dan lebih yakin pada manusia atau usahanya sendiri sebenarnya ianya telah syirik kepada Allah s.w.t itu sebabnya 998 orang wajahnya lari daripada kiblat (ragu-ragu dengan rezeki datangnya daripada Allah) dan hanya dua orang sahaja yang menghadap kiblat, masya Allah.

Oleh itu, sebagai orang yang beriman, menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup diatas muka bumi ini. Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya. Rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk, melainkan semua ini untuk bekalan dalam beribadah dan supaya hati kita menjadi tenang. Sebab, kadangkala kemiskinan itu mengganggu fikiran dalam beribadah kepada Allah.

Tawakkal atau berserah diri dalam perkara rezeki, bukanlah bererti penyerahan diri secara lahiriah dengan hanya duduk berpangku tangan tanpa bekerja. Yang dimaksudkan disini ialah kita harus yakin dengan sepenuhnya bahawa Allah telah menjamin rezeki bagi segala makhluk yang telah diciptakan-Nya. Untuk mendapat jaminan tersebut, manusia mestilah berusha dan berikhtiar untuk mendapatkannya, melainkan orang-orang tertentu diberi kelebihan oleh Allah s.w.t.

Dalam persoalan tawakkal ini, kita juga harus beringat agar tidak melakukan syirik kepada Allah. Contohnya, apabila kita memperolehi sesuatu setelah berusaha dan kita merasai bahawa dengan kepandaian kitalah menyebabkan kita perolehi keuntungan yang besar dan berlagak sombong maka sebenarnya kita telah lari daripada tawakkal kepada Allah s.w.t.. Yakinilah bahawa dengan izin Allahlah berlakunya sesuatu perkara.

Sahabat yang dikasihi,
Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah s.w.t hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwudhu', menghubungkan silaturahim, solat dhuha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Qur'an. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah s.w.t. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan do'a kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakkal kepada Allah dengan hakikat tawakkal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini.

Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.