Friday, September 4, 2015

Bai'ah Diikat Lafaz Talaq Tiga : Suatu Pandangan.

Isu terkini yang hangat di bincangkan di media masa mengenai isu bai'ah dan Lafaz Talak Tiga untuk waklil rakyat PAS yang keluar daripada Parti PAS untuk memasuki parti baru . Dr Zaharuddin bin Abd Rahman cuba membincangkan secara ilmiah dengan nas dan dalil-dalilnya termasuk pandangan ulama terdahulu. Supaya kita bersikap lebih adil , terbuka dan meletakkan satu hukum berdasarkan nas dan pandangan ulama-ulama muktabar masa kini dan terdahulu.

Beberapa perkara yang perlu diperinci dan diteliti dalam hal ini. Ia seperti berikut :-

1)    Hukum melafazkan Talaq tiga dengan sekali lafaz

2)    Bersumpah atau berbai'ah sambil ta'liq talak dengan tiga sekaligus.

3)    Munasabah mengikat bai'ah taat setia dengan lafaz ta'liq tercerai isteri dengan tiga talaq

TIGA SEKALI LAFAZ JATUH BERAPA DAN DOSA ATAU TIDAK?
Ulama berbeza ijtihad seperti berikut:-

PENDAPAT PERTAMA: Talaq sedemikian adalah HARUS (dibenarkan) dan jatuh TIGA sekaligus : Ini merupakan ijtihad mazhab Syafie dan Hanbali serta majoriti ulama silam : (al-Muhazzab, 4/282; Al-Mughni, 7/104 ;)

Malah Umar al-khattab juga mendenda sesiapa sahaja yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus. Sebagai dinukilkan oleh Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari :-

ŰŁَنَّ Űčُمَ۱ كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁُŰȘِيَ Űšِ۱َŰŹُلٍ Ű·َلَّقَ ِۧمْ۱َŰŁَŰȘه Ű«َلًَۧ۫ۧ ŰŁَوْŰŹَŰčَ ŰžَهْŰ±Ù‡

Ertinya : Sesungguhnya Umar, apabila didatangi oleh lelaki yang menceraikan isterinya dengan talaq tiga ( sekali lafaz), lalu akan dipukul belakangnya (sebagai hukuman)

Satu ketika Rasulullah SAW  diberitahu tentang seorang laki-laki yang mencerai isterinya tiga talaq sekaligus. Kemudian Rasulullah SAW berdiri dan marah, sambil bersabda:

ŰŁÙŠُلŰčŰšُ ŰšÙƒŰȘِۧۚ Ű§Ù„Ù„َّه ŰčŰČَّ ÙˆŰŹÙ„َّ ÙˆŰŁÙ†Ű§ ŰšÙŠÙ†َ ŰŁŰžÙ‡ُ۱ِكم Ű­ŰȘى Ù‚Ű§Ù…َ Ű±ŰŹÙ„ٌ ÙÙ‚Ű§Ù„ ÙŠŰ§ Ű±ŰłÙˆÙ„َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁَÙ„Ű§َ ŰŁÙ‚ŰȘُله  

Ertinya : "Apakah dia mahu mempermainkan kitabullah, sedang saya berada di tengah-tengah kamu? Sehingga berdirilah seorang laki-laki lain, kemudian dia berkata: Ya Rasulullah! apakah tidak saya bunuh saja orang itu!" (Hadis Riwayat Nasa'i, 2/349, perawinya dikatakan boleh dipercayai namun diperbincangkan oleh Ibn Hajar)

Gejala menceraikan isteri dengan talaq tiga melalui satu lafaz juga berlaku di zaman Umar al-Khattab r.a, ini dikisahkan oleh Ibn Abbas r.a dalam satu riwayat yang sohih:-

Ű„ŰšÙ† Űčۚۧ۳ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù„: ÙƒŰ§Ù† Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚ Űčلى ŰčÙ‡ŰŻ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙˆŰŁŰšÙŠ ŰšÙƒŰ± ÙˆŰłÙ†ŰȘين من ŰźÙ„Ű§ÙŰ© ŰčÙ…Ű± Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ù…Ű§ Ű·Ù„Ű§Ù‚ Ű§Ù„Ű«Ù„Ű§Ű« ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ©، ÙÙ‚Ű§Ù„ ŰčÙ…Ű± Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه: Ű„Ù† Ű§Ù„Ù†Ű§Űł Ù‚ŰŻ ۧ۳ŰȘŰčŰŹَلُÙˆŰ§ في ŰŁÙ…Ű±ٍ Ù‚ŰŻ ÙƒŰ§Ù†ŰȘ لهم فيه ŰŁَنَۧ۩، فلو ŰŁَمْ۶َينَŰ§Ù‡ُ Űčليهم، ÙŰŁَمْ۶َŰ§Ù‡ُ Űčليهم

Ertinya : Ibn Abbas berkata : Talaq di masa Rasulullah SAW ,Abu Bakar dan dua tahun awal pemerintahan Umar, talaq tiga dianggap satu , maka Umar berkata selepas tu : "Sesungguhnya manusia (ramai orang) tergesa-gesa dalam urusan ini (semakin ramai menggunakan lafaz tiga tanap tertibnya), walaupun sebelum ini mereka lebih cermat, maka jika demikian kita benarkan untuk mereka (jatuh tiga sekaligus)." ( Hadis Riwayat Muslim, no 1472 )

Pendirian Umar al-Khattab ini yang tidak dibantah oleh sahabat lain, menunjukkan berlakunya Ijma' Sukuti berkenaan jatuhnya tiga talaq dengan sekali lafaz.. 

PENDAPAT KEDUA : Ia adalah HARAM (DOSA) dan jatuh TIGA SEKALIGUS : Malik dan Abu Hanifah dan lain-lain; Salah satu riwayat dari Ahmad. Ia juga pendapat majoriti sahabat, tabien dan ulama silam.  (Hasyiah Ad-Dusuqi, 2/385)

Sebahagian dalil-dalil mereka adalah sama dengan kumpulan pertama di atas namun dengan cara kefahaman yang berbeza.

PENDAPAT KETIGA : Ia HARAM tetapi hanya jatuh SATU talaq sahaja : Sebahagian sahabat seperti Ali bin Abi Talib r.a, Ibn Mas'ud r.a,  Abd Rahman bin Auf r.a, Az-Zubayr bin Awwam r.a.

Dalil mereka yang pertama adalah hadis Ibn Abbas dari Thowus, namun riwayat ini dikritik oleh ulama hadis seperti Ibn Abd Barr dan ramai lagi serta dianggap lemah.

Dalil kedua adalah hadis Ibn Umar yang menjatuhkan talaq tiga dengan sekali lafaz, kemudian Nabi SAW mengarahkannya untuk kembali dan rujuk.

Dalil ketiga adalah Hadis Rukanah yang juga menceraikan isterinya dengan sekali lafaz, namun bila dirujuk kepada Nabi SAW, berikut adalah hadisnya :

Ű·َلَّقَ ۱ُكَŰ§Ù†َŰ© Űšْن ŰčَŰšْŰŻ يَŰČِÙŠŰŻ ِۧمْ۱َŰŁَŰȘه Ű«َلًَۧ۫ۧ فِي مَŰŹْلِŰł وَِۭۧŰŻ ، فَŰ­َŰČِنَ Űčَلَيْهَۧ Ű­ُŰČْنًۧ ŰŽَŰŻِÙŠŰŻًۧ ، فَŰłَŰŁَلَهُ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّه Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ : كَيْف Ű·َلَّقْŰȘهَۧ ؟ قَŰ§Ù„َ : Ű«َلًَۧ۫ۧ فِي مَŰŹْلِŰł وَِۭۧŰŻ فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّه Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ : Ű„ِنَّمَۧ ŰȘِلْكَ وَِۭۧŰŻَŰ© ، فَۧ۱ْŰȘَŰŹِŰčْهَۧ Ű„ِنْ ŰŽِŰŠْŰȘ . فَۧ۱ْŰȘَŰŹِŰčْهَۧ

Ertinya : Rukanah Bin Abd menceraikan isterinya dengan talaq tiga dalam satu majlis, maka sesudah itu ia jatuh sedih yang amat sangat. (Apabila dibawa kepada Nabi) Rasulullah SAW bertanya kepadanya : Bagaimanakah kamu menceraikannya? Dia menjawab  : Dengan tiga sekaligus dalam satu majlis, lalu Nabi menjawab : Sesungguhnya itu hanyalah satu, rujuklah dengannya sekiranya kamu mahu, lalu dia pun kembali rujuk dengan isterinya ( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Yu'la, Dinilai Sohih oleh Imam Ahmad).

Penggunaan hadis sebagai hujah, tidak disetujui oleh Ibn Hajar dan beliau menjawabnya dengan jawapan panjang lebar dari empat sudut, (Rujuk kitabnya Fath al-Bari syarah sohih Bukhari)

Selain itu, berkata Ibn Abbas :

وهل هو Ű„Ù„Ű§ كمن Ù‚Ű§Ù„ : Ù‚Ű±ŰŁŰȘ ŰłÙˆŰ±Ű© Ű§Ù„ŰšÙ‚Ű±Ű© Ű«Ù„Ű§Ű« Ù…Ű±Ű§ŰȘ ÙˆÙ‚ŰŻ Ù‚Ű±ŰŁÙ‡Ű§ ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ© ÙŰ„Ù† قوله Ű«Ù„Ű§Ű« Ù…Ű±Ű§ŰȘ يكون ÙƒŰ§Ű°ŰšŰ§ً

Ertinya : "Adakah ia tidak ubah seperti seorang berkata : aku telah membaca surah Al-Baqarah sebanyak tiga kali, padahal ia hanya membaca sekali, dan kata-katanya TIGA kali itu hanyalah bohong semata-mata"

Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan As-Syawkani juga bersama dengan kumpulan ini. (Zad Al-Ma'ad, 4/67) iaitu jika menceraikan isteri dengan talaq tiga dalam satu majlis maka jatuh talaq satu bukan talaq tiga.

(Nota : Berdasarkan riwayat-riwayat sahih di atas talaq tiga sekaligus dalam satu lafaz tidak jatuh tiga tetapi jatuh satu semasa zaman Rasulullah SAW , zaman pemerentahan Saidina Abu Bakar r.a dan dua tahun pemerentahan Saidina Umar r.a. Saidina Umar berijtihad pada zaman pemerintahannya kerana ramai suami yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus maka di terima talaq tiga yang di ucapkan akan jatuh tiga  untuk membendung amalan yang tidak sihat. Mereka yang berpegang pendapat lafaz talak tiga jatuh talak satu tidak bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW dan pendapat Khalifah Abu Bakar as- Sidiq r.a)

DI MALAYSIA MANA YANG TERPAKAI?

Apapun, di Malaysia pendapat majoriti mazhab adalah terpakai, ini bermakna sesiapa yang menyebut cerai talaq tiga dalam satu lafaz, jatuhlah talaq tiga.

Kes Zakaria Talib lwn Norziah Ahmad [2005] 1 CLJ (Sya) 132 adalah contoh dimana suami menlafazkan talak tiga sekali gus melalui surat dan hakim berpendapat bahawa talaq tiga telah jatuh kerana lafaz telah jelas dan niat tidak perlu dibuktikan.

Hasilnya, suami tidak boleh rujuk atau nikah semula dengan isterinya kecuali setelah isterinya berkawhin dengan lelaki lain, cerai dan tamat iddahnya.

Walaubagimana pun di negeri Perlis hanya talaq satu yang jatuh walaupun di ucapkan talaq tiga sekaligus dalam satu majlis. Juga hakim di beberapa negeri boleh memutuskan hanya jatuh satu atau tidak jatuh samasekali berdasarkan keterangan mereka yang terlibat di mahkamah.

TA'LIQ DENGAN TALAQ TIGA DALAM BAI'AH

Setelah melihat ringkasan perbahasan ulama di atas, jelas kepada kita undang-undang keluarga di Malaysia mengambil pandangan majoriti mazhab yang menganggap jatuhnya TIGA TALAQ dengan sekali lafaz, maka oleh kerana itu, sekiranya mana-mana suami yang melafazkan ta'liq dengan talaq tiga sekaligus, lafaznya itu dianggap sah dan terpakai oleh empat mazhab Islam, dan jika berlaku, dua mazhab mengganggapnya berdosa selain jatuhnya talaq itu.

Talaq itu juga adalah berstatus Bain Baynunah Kubra dan tidak boleh rujuk kecuali setelah bekas isteri berkahwin lain dan kemudian tercerai secara neutral dan habis iddah, barulah bekas suami yang asal boleh bernikah baru dengan bekas isterinya itu. Dalilnya jelas dari firman Allah :-

فَŰ„ِن Ű·َلَّقَهَۧ فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰ­ِلُّ لَهُ مِن ŰšَŰčْŰŻُ Ű­َŰȘَّىَ ŰȘَنكِŰ­َ ŰČَوْŰŹًۧ Űșَيْ۱َهُ فَŰ„ِن Ű·َلَّقَهَۧ فَÙ„Ű§َ ŰŹُنََۭۧ Űčَلَيْهِمَۧ ŰŁَن يَŰȘَ۱َۧۏَŰčَۧ Ű„ِن Űžَنَّۧ ŰŁَن يُقِيمَۧ Ű­ُŰŻُÙˆŰŻَ Ű§Ù„Ù„ّهِ وَŰȘِلْكَ Ű­ُŰŻُÙˆŰŻُ Ű§Ù„Ù„ّهِ يُŰšَيِّنُهَۧ لِقَوْمٍ يَŰčْلَمُونَ

Ertinya : Kemudian jika si suami menceraikan (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mahu) mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 230)

Seperti dijelas sebelum ini, terdapat satu kumpulan sahabat dan ulama yang menganggap hanya satu talaq sahaja yang jatuh walau dilafaz dengan tiga sekaligus.

Namun demikian, melafazkan talaq tiga dalam satu lafaz adalah satu isu. Berbai'ah akan tercerai isteri dengan talaq tiga pula boleh termasuk dalam perbahasan Fiqh yang lain pula. Iaitu kes Bersumpah Untuk Mencerai Isteri Secara Ta'liq.

Tidak dinafikan, ia mempunyai perbahasan tersendiri pula dan tidak mudah untuk diringkaskan dalam ruangan ini.

Cuma, ringkasnya terdapat sekumpulan ulama seperti mazhab Hanafi dan Ibn Taymiah menegaskan sumpah tersebut adalah bergantung kepada niat, tetapi si pelaku berdosa.

[Hasyiah Ibn Abidin, 3/785 ]

ومن Ù‚Ű§Ù„ في مŰč۱۶ Ű­ŰŻÙŠŰ«Ù‡: Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚ يلŰČمني Ù„ŰŁÙŰčل ÙƒŰ°Ű§، ŰŁÙˆ Ù„ŰŁÙ‚ÙˆÙ„ ÙƒŰ°Ű§ ÙÙ‡Ű°Ű§ ÙŠŰŻÙ„ في ŰžŰ§Ù‡Ű±Ù‡ Űčلى Ű§Ù„ÙŠÙ…ÙŠÙ† Ù„ŰŁÙ†Ù‡ Ù„Ű§ مŰčنى له ŰșÙŠŰ± Ù‡Ű°Ű§، ومن Űčلق Ű·Ù„Ű§Ù‚ ŰČÙˆŰŹŰȘه Űčلى ŰŁÙ…Ű± ŰȘفŰčله هي ŰŁÙˆ يفŰčله ێ۟۔ ۹۟۱ -كقوله: Ű„Ù† Űčمل ŰŁŰźÙˆÙƒ ŰŁÙˆ ŰŁŰšÙˆÙƒ ÙƒŰ°Ű§ ÙŰŁÙ†ŰȘ Ű·Ű§Ù„Ù‚- ÙÙ‡Ű°Ű§ Ű§Ù„Ù…Ű±ŰŹŰč فيه Ű„Ù„Ù‰ نيŰȘه Ű§Ù„ŰźÙÙŠŰ©، ÙŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† ÙŠÙ‚Ű”ŰŻ من Ű°Ù„Ùƒ Ű§Ù„ÙŠÙ…ÙŠÙ† ولم ÙŠÙ‚Ű”ŰŻ Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚ فقوله Ù‡Ű°Ű§ يمين، ÙˆŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† ÙŠÙ‚Ű”ŰŻ Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚ ۄ۰ۧ وقŰč Ű§Ù„ŰŁÙ…Ű± Ű§Ù„Ù…Űčلق Űčليه وقŰč Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚

Ertinya : Jika seseorang berkata : "Talaq akan jatuh sekiranya aku melakukan ini dan itu" ini semuanya menunjukkan pada zahirnya ia adalah sebuah sumpah dan tiada makna lain selainnya, barangsiapa yang mengikat akan jatuhnya talaq ke atas isterinya jika diperbuat sesuatu ataupun orang lain buat sesuatu seperti katanya :" Sekiranya saudara kamu atau bapa kamu melakukan itu maka engkau tercerai" semua lafaz sebegini perlu merujuk kepada niat dalamannya, sekiranya diniatkan ia sebagai sumpah dan tidak bermaksud sebenar untuk cerai, ia akan menjadi sumpah sahaja, jika diniat talaq, dan sekiranya berlaku apa yang diikat tadi, jatuhlah talaqnya. [
Majmu' al-Fatawa, IBn Taymiah, 33/141]

Berdasarkan pendapat ini, jika niat suami yang melafaz hanyalah sebagai ancaman kepada isteri atau menegahnya dari melakukan sesuatu perkara. Tatkala itu lafaz ta'liq itu dianggap bukan sumpah sebenar dan apabila ia dilanggari, perlulah si suami melunaskan kaffarah langgar sumpah yang ditetapkan oleh undang-undang Islam sahaja dan isterinya TIDAK TERCERAI sama ada dengan satu talaq atau tiga talaq.

Mazhab Syafie pula bergantung kepada uruf setempat, namun kebanyakan ulasan ulama syafie menjurus kepada JATUH TALAQ YANG DIIKAT ATAU DIJADIKAN SUMPAH, IAITU jika dilanggar dengan SENGAJA. Manakala, talaq tidak jatuh jika terlupa atau tidak sengaja.

[Al-Hawi Al-kabir, Al-Mawardi, 13/178 ; Mughni muhtaj, 3/326]

KONTEKS BAI'AH PAS
Maka dalam konteks PAS, DALAM MENENTUKAN HUKUM IJTIHAD MANA YANG AKAN TERPAKAI (IAITU JATUH SATU TALAQ ATAU TIGA) disebabkan PAS dan semua ahli Parlimen PAS berada di dalam wilayah pemerintahan negara Malaysia, para ulama mengatakan keputusan menggunakan ijtihad ulama yang mana satu bergantung kepada undang-undang yang diterima pakai oleh pemerintah agama di Malaysia.

Namun demikian, saya tidak pasti sama ada akan ada pimpinan dan ulama PAS akan cuba mentarjihkan pandangan Ibn Taymiah yang mengelaskan jenis ta'liq talaq yang dibuat oleh calon PAS itu sebenarnya "At-Ta'liq al-Qasami" iaitu ikatan sumpah janji setia dan lafaz cerai isteri dengan talaq tiga hanyalah bersifat ancaman dan menunjukkan keseriusan tanpa diniatkan. Yang mana jika dilanggari Talaq sedemikian, talaq TIDAK JATUH TETAPI si pelaku hanya dikenakan Kaffarah melanggar sumpah sahaja. [
Rujuk Majmu' Al-Fatawa, 33/208 ( Kafarah langgar sumpah adalah mengikut urutan kemampuan 1) bebaskan seorang hamba 2) atau Memberi pakaian 10 orang miskin. atau 3. Memberi makan 10 orang miskin , jika tidak mampu maka barulah 4) berpuasa tiga hari.]

Ringkasnya, bai'ah tercerai isteri dengan talaq tiga itu bergantung kepada niat calon PAS yang menyebut dan teks yang dibacakan. Jika ia diniat semasa dilafaz untuk cerai jika keluar atau khianat parti, maka cerai akan berlaku dengan Talaq Tiga, jika ia diniat sumpah, maka tidak tercerai, cuma perlu membayar kaffarah.

PANDANGAN DR. ZAHARUDDIN BIN ABD RAHMAN.

Pertamanya, Sheikh Dr. Abd Qadir Abu Faris menyatakan terdapat di dalam sahih al-Bukhari lafaz bai’ah Abdullah Bin Umar kepada Abd Malik bin Marwan dan tiada padanya sebarang sumpah.( Al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dar al-Furqan, Jordan, 1986 , h. 307). Sehinggalah tiba zaman pemerintah zalim bernama Al-Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi yang melakukan penambahan dengan memasukkan lafaz sumpah bagi mengunci komitmen dan memastikan tiada yang berani melawan khilafah Umawiyah ketika itu. Sesiapa sahaja yang ingkar maka isteri mereka turut terjatuh talaqnya dan hamba milik mereka akan terbebas dan darah mereka pula menjadi harus. Ibn Khaldun menyatakan hal ini sambil berkata keadaan ini jenis sumpah sebegini di zaman bani Umayyah dan Abbasiyyah sehingga tiba suatu masa Imam Malik bin Anas mengeluarkan fatwa membantah dan mengugurkan paksaan sumpah di dalam bai’ah. Hasil fatwa terbabit beliau mendapat beberapa ujian dan cabaran dari pemerintah. (Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun, h. 229)

Keduanya, saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz yang dibacakan oleh calon-calon PAS tersebut, justeru sukar untuk memberi komentar samada ia dari jenis sumpah dengan atau dilafaz ta'liq Talaq dengan niat.

Apapun, secara peribadi, saya cenderung untuk TIDAK BERSETUJU dengan cara bai'ah yang mewajibkan calon untuk melafaz ta'liq talaq tiga ke atas isteri masing-masing, yang diLAKUKAN OLEH SEBILANGAN PAS DI NEGERI-NEGERI TERTENTU. Walaupun saya merasakan bahawa sebahagian pimpinan PAS membenarkan teknik bai'ah sebegitu dibuat KEMUNGKINAN kerana :-
 

Pimpinan PAS dan calonnya semua secara yakin mampu melafazkan bai'ah sedemikian rupa  kerana sedar dan percaya semua mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS, sehingga lafaz tersebut sedikit pun tidak dirasa beban sama sekali.
 

Lafaz bai'ah dan ta'liq talaq itu TIDAK menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran UNTUK KERJA POLITIK, malah ia sebenarnya menunjukkan bahawa perjuangan PAS bukan sekadar politik tetapi adalah Islam dan semuanya adalah sama penting dengan keluarga. Kesemua itu seolah-olah satu, Politik, Islam dan kelaurga adalah perjuangan yang satu tanpa sebarang pemisahan.
 

Pimpinan mungkin membenarkan atas dasar siyasah syar'iyyah yang memang wujud di dalam Islam. Pun begitu, siyasah syar'iyyah sepatutnya adalah di sisi 'ulil amri' dan bukan pimpinan JAMAAH MUSLIMIN SEPERTI PARTI PAS.
 

Bai'ah tersebut dibuat bagi tujuan menolak kemudaratan yang lebih besar dan menyeluruh (JIKA lompat, khianat atau keluar parti) sehingga diharuskan untuk dikemudiankan mudarat yang kecil peribadi dan individu. Dan ada kaedah Fiqh yang terang menyatakan : "Didahulukan maslahat ramai atas maslahat peribadi". Justeru, lafaz talaq walau dibuat mudaratnya hanya akan terkena atas individu sahaja berbanding mudarat kepada seluruh perjuangan parti dan Islam akibat keluarnya seseorang dari partinya.

Walaupun semua di atas saya yakin dan faham, namun secara peribadi saya melihat TIDAK BOLEH UNTUK sengaja menggabungkan dua mudarat dalam satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.

Kita faham, keluar dari parti (perjuangan Islam melalui parti) adalah satu kesalahan, malah di sisi ahli PAS, PAS adalah sebuah jemaah Islam dan bukan sekadar parti politik. Justeru memang amat wajar untuk tidak sesekali memikirkan untuk keluar dari kumpulan atau jemaah amar makruf nahi mungkar atas nama PAS itu dikira sebagai KESALAHAN, NAMUN ADALAH TIDAK WAJAR serta BURUK LAGI MESTI DIHENTIKAN kerana :
 

Mengikat KESALAHAN ITU DENGAN satu kesalahan lagi seperti mencerai isteri dengan Talaq Tiga kerana ia akan hanya menggandakan mudarat ke atas seseorang sedang Islam amat menganjurkan sesebuah mudarat itu diminimakan dan bukan dipergandakan. Lebih kurang tepat, kerana mudarat itu bukan hanya mengenai individu yang bersalah tetapi akan merebak kepada isteri dan anak-anaknya.
 

Islam juga tidak membenarkan hukuman atas satu kesalahan dijatuhkan sebanyak dua kali. Demikian juga displin dalam hal hukuman hudud dan qisas. Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki berzina sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah dia ditangkap dan dihukumi oleh sebuah kerajaan Islam, hukuman sebatnya hanyalah 100 kali juga dan bukan 300 kali.[Rujuk At-Tasyi' Al-Jina;ie, Abd Qadir Awdah ]

Kecuali setelah dihukum, ia mengulanginya, barulah hukuman berasingan akan dikenakan semula. Itulah roh dan maqasid dalam hukuman Islam yang sentiasa mendidik dan minimakan hukuman. Namun dalam konteks baiah talaq ini, ia seolah memberikan hukuman berganda atas satu kesalahan (jika berlaku). Wallahu'alam. PAS mempunyai ramai cendiakawan Islam, kita amat berharap dapat mendengar hujjah dan justifikasi mereka dalam hal ini.
 

Keluarnya seseorang calon dari PAS tidak semestinya ia terus mengkhianati perjuangan Islam secara total, malah terdapat kemungkinan ia akan terus aktif dalam perjaungan Islam melalui platform jemaah-jemaah lain yang mungkin tidak bersifat politik seperti tabligh dan lain-lain. Justeru, mengenakan dua mudarat ke atasnya adalah tidak wajar kerana dia BELUM BOLEH DIKIRA mengkhianati Islam secara sepenuhnya, hanya kerana ia meninggalkan PAS.(bukan keluar daripada agama Islam)
 

Menggunakan sumpah setia dengan lafaz ta'liq sebagai pengikat juga tidak WAJAR kerana melafazkan talaq tiga dengan satu lafaz dianggap satu kesalahan dan dosa oleh majoriti ulama,malah penceraian sebegitu juga dibenci oleh Rasulullah SAW serta para sahabat. Maka mengapakah diambil jalan yang dibenci ini sebagai strateginya, sedang boleh difikirkan cara-cara lain untuk mengikat calon untuk kekal. Seperti sumpah laknat atas diri, dicagarkan harta tertentu kepada parti dan sebagainya yang bersifat neutral, bukan sumpah yang tercela dan dikira dosa.
 

Bukankah talaq adalah perkara yang dibenci oleh Allah walau ia diharuskan? Ia juga adalah ihsan yang diberi oleh Allah SWT bagi suami isteri yang benar-benar memerlukan, ia juga diajar oleh Allah SWT untuk mengikut tertib kiraannya. Mengapa perlu hal sebegini dijadikan pengikatnya? Amat sedih jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan dalam peribadi mereka berdua. Maqasid Shariah dalam peruntukan cerai dalam Islam adalah untuk keharmonian rumahtangga dan keluarga, peruntukan tiga kali diberikan oleh Allah SWT adalah khas untuk suami isteri yang bercerai agar memikir kembali kebaikan kedua-dua pihak dan dibenarkan mengikat semula perkahwinan setelah muhasabah.

Lalu, sebarang penggunaan ‘cerai' untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan nas dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan memadam seluruh objektif asal peruntukan cerai yang diberikan oleh Allah SWT.
 

Saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz diolah. Cuma kita juga tidak boleh menolak kemungkinan perjuangan PAS menjadi melencong akibat pertukaran pimpinan di masa-masa akan datang. Walaupun akan dibidas sebagai KURANG PRAKTIKAL DAN TIDAK MUNGKIN HAL ITU AKAN MENJADI KENYATAAN, namun sepak terajang politik sukar diduga. Bayangkan, jika itu berlaku dan PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islamnya, apakah yang mampu dibuat oleh calon PAS yang masih inginkan perjuangan Islamnya?. Dia tidak boleh keluar parti kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya.

(Perkembangan terkini selepas Muktamar PAS Ke 61 menyebabkan sebahagian para wakli rakyat PAS yang bercadang untuk keluar PAS menganggap  PAS bukan seperti keadaan PAS semasa mereka berbai'ah dahulu dan melanggar bai'ah bukan satu kesalahan kerana mereka berhijrah kepada parti yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam mereka hanya membayar kaffarah sumpah untuk membatalkan bai'ah mereka kepada Parti PAS).

AKHIRNYA

Demikian pandangan saya, semua yang membaca bebas untuk menerima pendapat ini atau menolaknya.

Saya hanya memberikan jawapan berupa pandangan kepada orang yang menyoal, boleh jadi pandangan ini benar dan wajar difikirkan, boleh jadi ia tidak mempunyai sebarang nilai untuk difikirkan. Keikhlasan saya dalam melontarkan pandangan ini, tidaklah perlu untuk dipersoal dan didebatkan dan cukuplah Allah SWT sebagai saksinya. Saya yakin lontaran ini dibuat secara ikhlas, untuk kebaikan umat Islam di Malaysia khususnya ahli-ahli PAS.

Sekian. Wassalam .


(Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman.)

Komen Isu Bai'ah Taklik Talak 3 Terhadap Isteri :

Pandangan ulamak hadis Pakistan tentang Bai'ah Taklid Talak 3 terhadap isteri.

Maulana Khalilur Rahman - umur -+ 80 tahun. Ulamak/ahli hadis Pakistan. Menghafal sahih Muslim dan menghafal kebanyakan hadith dlm kitab Mawattha' Imam Malik.

Beliau berpandangan tidak jatuh talak 3 terhadap isteri bila wakil rakyat Pas keluar dr Pas kerana :

1. Taklik mestilah dilafazkan antara suami dgn isteri. Contohnya jika suami kata kpd isterinya jika kamu keluar rumah tanpa kebenaran aku maka jatuh talak, dan isterinya memang mendengar dan memahaminya. Maka jika siisteri keluar rumah tanpa kebenaran suami, memang jatuh talak sebagaimana disebutkan ttg kisah Ibnu Umar dlm sahih bukhari. Dlm kes wakil rakyat pas, baiah/taklik dibuat antara suami dgn pihak ke3 iaitu parti pas bukan dgn siis3. Maka usul taklid sudah tersasar. Bai'ah taklid itu sudah tidak ada kaitan dgn is3. Maka baiah ini tertolak dan tidak timbul isu talak thd isteri.

2. Bai'ah yg dibuat oleh pas adalah bai'ah yg mungkar kerana menjadikan isteri sbg bahan pertaruhan dan ini merupakan satu penganiayaan thdp kaum wanita. Islam mengharamkan kezaliman.
3. Dizaman Rasulullah telah ada bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat. Tidak ada satu tuntunan pun drp nabi dan para sahabat berhubung dgn bai'ah memperjudikan nasib isteri untuk dijatuhkan talak. Sesiapa shj yg ingin membuat bai'ah perlulah merujuk kpd tuntunan bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat.

4. Dizaman rasulullah bai'ah yg wujud adalah bai'ah di antara rakyat n pemimpin yakni bai'ah berbentuk ketaatan kpd amirul mukminin yg memerintah daulah islam. Pas bukanlah kerajaan islam dan pemimpinnya bukanlah amirul mukminin.

5. Wafatnya Rasulullah memberi kefahaman bahawa Islam itu sudah lengkap dan sempurna. Membuat bai'ah yg mempertaruhkan isteri sebagai bahan talak yg tidak pernah disyariatkan merupakan syariat baru yg dibuat oleh pas.

6. Kesimpulannya tidak jatuh talak dan memadai baiah/ sumpah tsb ditebus di dgn membayar kafarah.


Adapun berhubung dgn laknat Allah pula, perlu dilihat kpd tindakan wakil rakyat yg keluar parti. Andaikata tindakan mereka selepas keluar parti kearah melawan gerakan islam dan menyokong kezaliman,maka itu antara dia dgn Allah. Tidak mustahil Allah akan melaknat mereka. Tapi kalau beliau loncat parti kemudian terus memperjuangkan islam melalui wadah yg berbeza, itu tiada masalah dan in sya Allah tiada laknat Allah tethadap mereka kerana memperjuangkan islam itu tidak semestinya melalui parti pas semata-mata.

7. Beliau juga meminta kita agar tidak mengaitkan isu bai'ah ini dgn TGNA krn beliau sudah meninggal dunia. Sebaliknya kita dianjurkan agar sama2 berdoa agar Allah swt mengampunkan beliau krn sebagai manusia yg tidak maksum sudah pasti tidak lari drp melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan.

8. Akhir sekali beliau berpesan agar pendokong gerakan islam khususnya Pas tidak menjadikan pemimpin mereka spt pendita-pendita Yahudi, dimana mereka tahu dan nampak pemimpin mereka membuat kesalahan tetapi mereka masih tetap mengikut membuta tuli tanpa membuat sebarang teguran.

Contohnya dlm kes bai'ah , ada pemimpin Pas mengatakan mereka sengaja tidak memecat pemimpin Pas yg menang dlm praya dan keluar drp Pas supaya mereka membuat pilihan samada nak kekal dlm Pas ataupun keluar parti dan jatuh talak 3 thdp isteri. Kalau mereka pecat sudah tentu pemimpin ini terlepas drp terkena jatuh talak 3 thp isteri. Ini merupakan suatu kesalahan yg dlakukan oleh pemimpin, ttp pengikut masih tetap setuju dan berwalak kpd pemimpin tsbt tanpa dibuat sbrg teguran.

-Maklumat ini ana peroleh drp sahabat/guru ana yg menelefon terus gurunya ini diPakistan berhubung dgn isu ini semalam.

(Di petik daripada tulisan Ibnu Amin Al-Muari)

Tuesday, September 1, 2015

Sifat Wuduk Menurut Sunah Rasulullah SAW

Pengertian Wudhu’

Al-Wudhuu’ (ŰŁَلْوُ۶ُوْŰĄُ) menurut bahasa adalah dari kata Al-Wadhaa’ah, iaitu kebersihan (Ű§Ù„Ù†ŰžŰ§ÙŰ©) dan kesegaran (Ű§Ù„Ù†Ű¶Ű§Ű±Ű©). Apabila kata Al-Wudhuu’ dibaca dengan men-dhammahkan huruf wawnya, ia bermaksud al-fi’l (perbuatan berwudhu’). Dan apabila difat-hahkan wawnya: (ŰŁَلْوَ۶ُوْŰĄُ), maka ia bermaksud air untuk berwudhu’.

Wudhu’ menurut syara’ adalah: Menggunakan air (yang menyucikan) untuk membasuh anggota-anggota tertentu (dari anggota-anggota wudhu’) yang telah ditetapkan oleh syara’ untuk menghilangkan apa-apa yang menghalangi seseorang dari melaksanakan solat dan ibadah lainnya.

Berwudhu’ untuk disyari’atkan berdasarkan firman Allah ‘Azza wa Jalla:

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ Ű„ِŰ°َۧ قُمْŰȘُمْ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ فَۧŰșْŰłِلُÙˆŰ§ وُŰŹُوهَكُمْ وَŰŁَيْŰŻِيَكُمْ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْمَ۱َŰ§Ùِقِ وَŰ§Ù…ْŰłَŰ­ُÙˆŰ§ Űšِ۱ُŰĄُÙˆŰłِكُمْ وَŰŁَ۱ْŰŹُلَكُمْ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْكَŰčْŰšَيْنِ

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga ke siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.” (Surah al-Ma’idah, 5: 6)

Tidak sah solat seseorang tanpa bersuci atau berwudhu’ terlebih dahulu, sebagaimana perintah dan penjelasan dari hadis-hadis yang sahih:

لَۧ Ű”َلَۧ۩َ لِمَنْ لَۧ وُ۶ُÙˆŰĄَ لَهُ، وَلَۧ وُ۶ُÙˆŰĄَ لِمَنْ لَمْ يَŰ°ْكُ۱ِ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űčَلَيْهِ

“Tiada solat bagi sesiapa yang tidak berwudhu’, dan tidak ada wudhu’ bagi sesiapa yang yang tidak menyebut nama Allah padanya.” (Musnad Ahmad, no. 9418, 16651, 23236, 27145, 27147. Abu Daud, no. 101, bab: Fii Tasmiyah ‘ala al-Wudhu’. Sunan Ibnu Majah, no. 394. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam hadis yang lain daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Ù„Ű§َ يَقْŰšَلُ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű”َÙ„Ű§َŰ©َ ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَŰ­ْŰŻَŰ«َ Ű­َŰȘَّى يَŰȘَوَ۶َّŰŁَ

“Allah tidak menerima solat salah seorang di antara kamu apabila berhadas sampailah dia berwudhu’. (Shahih Al-Bukhari, no. 6954)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah B. ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Ű„ِنَّمَۧ ŰŁُمِ۱ْŰȘُ ŰšِŰ§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄِ Ű„ِŰ°َۧ قُمْŰȘُ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ

“Sesungguhnya aku diperintah berwudhu’ apabila aku hendak mendirikan solat.” (Sunan Abu Daud, no. 3760. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Para ulama telah ittifaq (sepakat) bahawa solat tidaklah sah tanpa thaharah (bersuci) jika dia mampu melakukannya. (Ibnul Mundzir, Al-Awsath, 1/107)

Beberapa Fadhilat Berwudhu’

1, Sebahagian Dari Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Ű§Ù„Ű·ُّهُÙˆŰ±ُ ŰŽَŰ·ْ۱ُ Ű§Ù„ْŰ„ِيمَŰ§Ù†ِ وَŰ§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ ŰȘَمْلَŰŁُ Ű§Ù„ْمِيŰČَŰ§Ù†َ، وَŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَŰ§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ ŰȘَمْلَŰąَنِ – ŰŁَوْ ŰȘَمْلَŰŁُ – مَۧ Űšَيْنَ Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ، وَŰ§Ù„Ű”َّلَۧ۩ُ نُÙˆŰ±ٌ، وَŰ§Ù„Ű”َّŰŻَقَŰ©ُ Űšُ۱ْهَŰ§Ù†ٌ وَŰ§Ù„Ű”َّŰšْ۱ُ ۶ِيَۧۥٌ، وَŰ§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ُ Ű­ُŰŹَّŰ©ٌ لَكَ ŰŁَوْ Űčَلَيْكَ، كُلُّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ يَŰșْŰŻُو فَŰšَŰ§ÙŠِŰčٌ نَفْŰłَهُ فَمُŰčْŰȘِقُهَۧ ŰŁَوْ مُÙˆŰšِقُهَۧ

“Bersuci adalah sebahagian dari iman, ucapan Alhamdulillah memenuhi al-miizaan (timbangan),  ucapan Subhanallaah wal-Hamdulillaah memenuhi antara langit dan bumi, solat adalah nuur (cahaya), sedekah adalah burhan (sebagai bukti), sabar adalah cahaya yang bersinar, dan al-Qur’an adalah hujah untuk (mendukung) engkau atau ke atas engkau. Setiap manusia keluar berusaha, dia menjual (mengabdikan) dirinya (kepada Allah) lalu dia bebas, atau binasa (kerana menjual dirinya kepada selain Allah).” (Shahih Muslim, no. 223)



2, Wudhu’ Yang Sempurna Menghapuskan Dosa-dosa kecil

Pengambilan wudhu’ yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Ű„ِŰ°َۧ ŰȘَوَ۶َّŰŁَ Ű§Ù„ْŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„ْمُŰłْلِمُ – ŰŁَوِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنُ – فَŰșَŰłَلَ وَŰŹْهَهُ Űźَ۱َŰŹَ مِنْ وَŰŹْهِهِ كُلُّ ŰźَŰ·ِÙŠŰŠَŰ©ٍ نَŰžَ۱َ Ű„ِلَيْهَۧ ŰšِŰčَيْنَيْهِ مَŰčَ Ű§Ù„ْمَۧۥِ – ŰŁَوْ مَŰčَ ۹ِ۟۱ِ قَŰ·ْ۱ِ Ű§Ù„ْمَۧۥِ -، فَŰ„ِŰ°َۧ ŰșَŰłَلَ يَŰŻَيْهِ Űźَ۱َŰŹَ مِنْ يَŰŻَيْهِ كُلُّ ŰźَŰ·ِÙŠŰŠَŰ©ٍ كَŰ§Ù†َ ŰšَŰ·َŰŽَŰȘْهَۧ يَŰŻَŰ§Ù‡ُ مَŰčَ Ű§Ù„ْمَۧۥِ ŰŁَوْ مَŰčَ ۹ِ۟۱ِ قَŰ·ْ۱ِ Ű§Ù„ْمَۧۥِ -، فَŰ„ِŰ°َۧ ŰșَŰłَلَ ۱ِŰŹْلَيْهِ Űźَ۱َŰŹَŰȘْ كُلُّ ŰźَŰ·ِÙŠŰŠَŰ©ٍ مَŰŽَŰȘْهَۧ ۱ِŰŹْلَŰ§Ù‡ُ مَŰčَ Ű§Ù„ْمَۧۥِ – ŰŁَوْ مَŰčَ ۹ِ۟۱ِ قَŰ·ْ۱ِ Ű§Ù„ْمَۧۥِ – Ű­َŰȘَّى يَŰźْ۱ُŰŹَ نَقِيًّۧ مِنَ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšِ

“Apabila seseorang hamba muslim atau mu’min berwudhu’ maka ketika dia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat dengan kedua matanya bersama-sama air atau bersama titisan air yang terakhir. Maka apabila membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya segala dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya segala dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ dia pun bersih dari dosa-dosanya.” (Shahih Muslim, no. 244)

Hadis daripada ‘Utsman, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ ŰȘَوَ۶َّŰŁَ هَكَŰ°َۧ Űșُفِ۱َ لَهُ مَۧ ŰȘَقَŰŻَّمَ مِنْ Ű°َنْŰšِهِ، وَكَŰ§Ù†َŰȘْ Ű”َلَۧŰȘُهُ وَمَŰŽْيُهُ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْمَŰłْŰŹِŰŻِ نَŰ§ÙِلَŰ©ً

“Sesiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, dan solat serta langkahnya menuju masjid akan dihitung sebagai naafilah (amal kebaikan).” (Shahih Muslim, no. 229)

Hadis daripada Abi Umamah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Ű„ِŰ°َۧ ŰȘَوَ۶َّŰŁَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ Ű§Ù„ْمُŰłْلِمُ Űźَ۱َŰŹَŰȘْ Ű°ُنُÙˆŰšُهُ مِنْ ŰłَمْŰčِهِ وَŰšَŰ”َ۱ِهِ وَيَŰŻَيْهِ وَ۱ِŰŹْلَيْهِ، فَŰ„ِنْ قَŰčَŰŻَ قَŰčَŰŻَ مَŰșْفُÙˆŰ±ًۧ لَهُ

“Apabila seseorang muslim berwudhu’, keluarlah dosa-dosanya dari dari pendengarannya, penglihatannya, tangannya, dan dari kakinya. Apabila ia duduk (kerana menanti solat), duduknya dikira dalam keadaan mendapat keampunan (dari dosa-dosanya).” (Musnad Ahmad, no. 22206. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

3, Wudhu’ Mengangkat Darjat Manusia

Hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ŰŁَلَۧ ŰŁَŰŻُلُّكُمْ Űčَلَى مَۧ يَمْŰ­ُو Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űšِهِ Ű§Ù„ْŰźَŰ·َŰ§ÙŠَۧ، وَيَ۱ْفَŰčُ Űšِهِ Ű§Ù„ŰŻَّ۱َŰŹَۧŰȘِ؟ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Űšَلَى يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ قَŰ§Ù„َ: Ű„ِŰłْŰšَۧŰșُ Ű§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄِ Űčَلَى Ű§Ù„ْمَكَۧ۱ِهِ، وَكَŰ«ْ۱َŰ©ُ Ű§Ù„ْŰźُŰ·َۧ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْمَŰłَۧۏِŰŻِ، وَŰ§Ù†ْŰȘِŰžَۧ۱ُ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ ŰšَŰčْŰŻَ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ، فَŰ°َلِكُمُ Ű§Ù„Ű±ِّŰšَۧ۷ُ

“Mahukah kamu semua jika aku tunjukkan amalan yang dengannya Allah akan menghapuskan kesalahan dan mengangkat darjat kalian? Mereka menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

“Iaitu menyempurnakan wudhu’ walaupun di saat-saat yang dibenci (seperti ketika musim sejuk, sedang sakit, atau seumpamanya – pent.), memperbanyakkan langkah menuju masjid, dan menanti waktu solat setelah solat. Maka itulah dia ar-ribaath (perjuangan dalam melakukan ketaatan).” (Shahih Muslim, no: 251)

4, Wudhu’ Membuka Pintu Ke Syurga

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَۧ مِنْكُمْ مِنْ ŰŁَŰ­َŰŻٍ يَŰȘَوَ۶َّŰŁُ فَيُŰšْلِŰșُ – ŰŁَوْ فَيُŰłْŰšِŰșُ – Ű§Ù„ْوَ۶ُÙˆŰĄَ Ű«ُمَّ يَقُولُ: ŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰŁَنَّ مُŰ­َمَّŰŻًۧ ŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَ۱َŰłُولُهُ Ű„ِلَّۧ فُŰȘِŰ­َŰȘْ لَهُ ŰŁَŰšْوَُۧۚ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ِ Ű§Ù„Ű«َّمَŰ§Ù†ِيَŰ©ُ يَŰŻْŰźُلُ مِنْ ŰŁَيِّهَۧ ŰŽَۧۥَ

“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu dia menyampaikan atau meratakan wudhu’nya (secara sempurna), kemudian dia mengucapkan:

“Asyhadu allaa ilaaha illallaah wa anna Muhammadan ‘Abdullah wa Rasuuluh…”

melainkan dibukalah untuknya pintu Syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (Shahih Muslim, no. 234)

5, Wudhu’ Memberi Cahaya Di Akhirat

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

ŰȘَŰšْلُŰșُ Ű§Ù„ْŰ­ِلْيَŰ©ُ مِنَ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِ، Ű­َيْŰ«ُ يَŰšْلُŰșُ Ű§Ù„ْوَ۶ُÙˆŰĄُ

“Perhiasan-perhiasan (permata) seorang mu’min itu bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (Shahih Muslim, no: 250)

6, Wudhu’ Dapat Membuka Ikatan Syaitan

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَŰčْقِŰŻُ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ Űčَلَى قَŰ§ÙِيَŰ©ِ ۱َŰŁْŰłِ ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ Ű„ِŰ°َۧ هُوَ نَŰ§Ù…َ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َ ŰčُقَŰŻٍ يَ۶ْ۱ِŰšُ كُلَّ ŰčُقْŰŻَŰ©ٍ Űčَلَيْكَ لَيْلٌ Ű·َوِيلٌ، فَۧ۱ْقُŰŻْ فَŰ„ِنِ ۧ۳ْŰȘَيْقَŰžَ فَŰ°َكَ۱َ Ű§Ù„Ù„َّهَ، Ű§Ù†ْŰ­َلَّŰȘْ ŰčُقْŰŻَŰ©ٌ، فَŰ„ِنْ ŰȘَوَ۶َّŰŁَ Ű§Ù†ْŰ­َلَّŰȘْ ŰčُقْŰŻَŰ©ٌ، فَŰ„ِنْ Ű”َلَّى Ű§Ù†ْŰ­َلَّŰȘْ ŰčُقْŰŻَŰ©ٌ، فَŰŁَŰ”ْŰšَŰ­َ نَŰŽِÙŠŰ·ًۧ Ű·َيِّŰšَ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ وَŰ„ِلَّۧ ŰŁَŰ”ْŰšَŰ­َ ŰźَŰšِÙŠŰ«َ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ كَŰłْÙ„Ű§َنَ

“Syaitan mengikatkan dengan tiga ikatan ke atas tengkuk kepala salah seorang dari kalian apabila kalian tidur. Syaitan memperketatkan setiap ikatan ke atas kalian sambil mengatakan, “Malam masih panjang, maka tidurlah lagi.” Tetapi apabila orang itu bangun lalu mengingat Allah (berdzikir), maka terlepaslah satu ikatan. Apabila dia berwudhu’, terlepaslah satu lagi ikatan. Apabila ia menunaikan solat, maka terlepaslah satu ikatan lagi, sehinggalah dia pun menjadi cergas lagi aktif dan jiwanya pun menjadi baik. Tetapi apabila dia tidak melakukannya, jiwanya pun menjadi buruk lagi bersifat pemalas.” (Shahih al-Bukhari, no. 1142, 3269)

Tata Cara Wudhu’ Berserta Sunnah-sunnahnya

Berikut adalah turutannya secara ringkasan umum terlebih dahulu, insyaAllah perinciannya akan dibentangkan di bawah:

1, Berniat wudhu’. (Wajib, termasuk syarat sah wudhu’)

2, Menyebut nama Allah (membaca “bismillaah”). (Sunnah yang dianjurkan)

3, Membasuh dua telapak tangan. (Sunnah)

4, Mengambil atau menciduk air dengan tangan kanan lalu berkumur-kumur seraya ber-istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung), kemudian ber-istintsar (menghembuskannya). (Wajib)

5, Membasuh muka (seluruh wajah). (Wajib, termasuk rukun)

6, Membasuh dua tangan hingga ke siku serta meratakannya ke celah-celah jari. (Wajib, termasuk rukun)

7, Mengusap kepala dari bahagian depan (tempat batas tumbuhnya rambut) hingga ke tengkuk, kemudian tanpa melepaskannya, mengusap dari tengkuk ke depan tempat bermula, seraya mengusap telinga bahagian luar dan dalamnya. Ini dilakukan satu kali sahaja. (Wajib, termasuk rukun)

8, Membasuh dua kaki hingga ke buku lali (dua mata kaki) dan meratakannya ke celah-celah jari-jemari kaki. (Wajib, termasuk rukun)

9, Membaca doa-doa yang disunnahkan. (Sunnah)

10, Solat sunnah dua raka’at. (Sunnah)

Perincian Tata Cara dan Tertib Wudhu’

1, Berniat

Setiap amalan dituntut agar dimulakan dengan niat. Demikian juga dengan wudhu’. Niat adalah syarat sah wudhu’. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Ű„ِنَّمَۧ Ű§Ù„ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„ُ ŰšِŰ§Ù„Ù†ِّيَّۧŰȘِ، وَŰ„ِنَّمَۧ لِكُلِّ Ű§Ù…ْ۱ِŰŠٍ مَۧ نَوَى

“Sesungguhnya apa-apa amalan itu dengan niat, dan setiap orang hanya mendapatkan berdasarkan apa yang diniatkannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1)

Maksud niat ialah menyengajakan, kehendak atau tekad untuk berbuat, serta bersungguh-sungguh untuk mengerjakan sesuatu kerana menunaikan perintah Allah ‘Azza wa Jalla. Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

مَŰ­َلُّ Ű§Ù„Ù†ِّيَّŰ©ِ Ű§Ù„ْقَلْŰšُ ŰŻُونَ Ű§Ù„Ù„ِّŰłَŰ§Ù†ِ، ŰšِۧŰȘِّفَŰ§Ù‚ِ ŰŁَŰŠِمَّŰ©ِ Ű§Ù„ْمُŰłْلِمِينَ فِي ŰŹَمِيŰčِ Ű§Ù„ْŰčِŰšَۧۯَۧŰȘِ: Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ وَŰ§Ù„Ű·َّهَۧ۱َŰ©ِ وَŰ§Ù„ŰČَّكَۧ۩ِ وَŰ§Ù„ْŰ­َŰŹِّ وَŰ§Ù„Ű”ِّيَŰ§Ù…ِ وَŰ§Ù„ْŰčِŰȘْقِ وَŰ§Ù„ْŰŹِهَۧۯِ، وَŰșَيْ۱ِ Ű°َلِكَ. وَلَوْ ŰȘَكَلَّمَ ŰšِلِŰłَŰ§Ù†ِهِ ŰšِŰźِلَŰ§Ùِ مَۧ نَوَى فِي قَلْŰšِهِ كَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ِۧŰčْŰȘِŰšَۧ۱ُ Űšِمَۧ نَوَى ŰšِقَلْŰšِهِ، لَۧ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّفْŰžِ، وَلَوْ ŰȘَكَلَّمَ ŰšِلِŰłَŰ§Ù†ِهِ وَلَمْ ŰȘَŰ­ْŰ”ُلْ Ű§Ù„Ù†ِّيَّŰ©ُ فِي قَلْŰšِهِ لَمْ يُŰŹْŰČِŰŠْ Ű°َلِكَ ŰšِۧŰȘِّفَŰ§Ù‚ِ ŰŁَŰŠِمَّŰ©ِ Ű§Ù„ْمُŰłْلِمِينَ.

“Niat itu tempatnya di hati berdasarkan ittifaq (kesepakatan) para ulama kaum muslimin bagi seluruh ibadah, bukan di lisan, sama ada pada solat, thaharah, zakat, haji, puasa, pembebasan hamba, jihad, dan selain dari itu semua. Jika diucapkan dengan lisannya tetapi berlainan dengan kehendak hatinya maka yang diambil kira adalah apa yang diniatkan oleh hatinya bukan lafaznya. Dan jika diucapkan niat dengan lisannya sedangkan berlainan dengan niat yang di hatinya maka ia tidak diterima menurut kesepakatan ulama kaum muslimin.” (Ibnu Taimiyah, Al-Fatawa al-Kubra, 1/88)

Maka, niat wudhu’ adalah kehendak dan tekad untuk menyucikan diri dari hadas, seraya disertakan dengan tindakan/amalan wudhu’. Niat tidak perlu dilafazkan, sebaliknya cukup dipahatkan di dalam hati diikuti dengan tindakan, dan Allah maha Tahu apa-apa yang ada di dalam hati para hamba-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ŰŁَلَۧ Ű­ِينَ يَŰłْŰȘَŰșْŰŽُونَ Ű«ِيََۧۚهُمْ يَŰčْلَمُ مَۧ يُŰłِ۱ُّونَ وَمَۧ يُŰčْلِنُونَ Ű„ِنَّهُ Űčَلِيمٌ ŰšِŰ°َۧŰȘِ Ű§Ù„Ű”ُّŰŻُÙˆŰ±ِ

“Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati yang di dalam dada.” (Surah Huud, 11: 5)

2, Ber-Tasmiyah (membaca bismillah)

Iaitu membaca bismillah ketika hendak berwudhu’. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَۧ Ű”َلَۧ۩َ لِمَنْ لَۧ وُ۶ُÙˆŰĄَ لَهُ، وَلَۧ وُ۶ُÙˆŰĄَ لِمَنْ لَمْ يَŰ°ْكُ۱ِ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űčَلَيْهِ

“Tiada solat bagi sesiapa yang tidak berwudhu’, dan tidak ada wudhu’ bagi sesiapa yang yang tidak menyebut nama Allah padanya.” (Musnad Ahmad, no. 9418, 16651, 23236, 27145, 27147. Abu Daud, no. 101, bab: Fii Tasmiyah ‘ala al-Wudhu’. Sunan Ibnu Majah, no. 394. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Walau bagaimanapun, hadis ini diperselisihkan kesahihannya oleh para ulama. Berdasarkan hadis ini dan dukungan dari hadis-hadis yang lain, sebahagian ulama mewajibkan mengucapkannya ketika hendak berwudhu’ sebagaimana zahir hadis, iaitu tidak ada wudhu’ tanpa menyebut nama Allah, dan sesiapa yang sengaja meninggalkannya maka wudhu’nya wajib diulang. Tasmiyah (membaca bismillah) ini ia diucapkan sebaik memasang niat.

Sebahagian ulama lainnya mengatakan ia bukanlah wajib tetapi sebaliknya hanya bersifat anjuran, termasuk sunnah, dan penyempurna kepada wudhu’. (Lihat: Sunan At-Tirmidzi, pada hadis no. 25. Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/174-175)

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berkata:

وَŰŁُŰ­ِŰšُّ لِÙ„Ű±َّŰŹُلِ ŰŁَنْ ÙŠŰłÙ…Ù‰ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰčŰČ ÙˆŰŹÙ„ في ْۧۚŰȘِŰŻَۧۥِ وُ۶ُÙˆŰŠِهِ فَŰ„ِنْ Űłَهَۧ Űłَمَّى مَŰȘَى Ű°َكَ۱َ وَŰ„ِنْ ÙƒŰ§Ù† Ù‚ŰšÙ„ ŰŁَنْ يُكْمِلَ Ű§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄَ وَŰ„ِنْ ŰȘَ۱َكَ Ű§Ù„ŰȘَّŰłْمِيَŰ©َ نَۧ۳ِيًۧ ŰŁÙˆ ŰčَŰ§Ù…ِŰŻًۧ لم يَفْŰłُŰŻْ ÙˆŰ¶ÙˆŰ€Ù‡ Ű„Ù†ْ ŰŽَۧۥَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰȘَŰčَŰ§Ù„َى

“Aku menyukai (menganjurkan) orang yang berwudhu’ agar mengucapkan bismillah di permulaan wudhu’nya, jika dia lupa mengucapkannya, maka bacalah ketika dia ingat walaupun ketika hampir selesai wudhu’nya. Dan jika dia meninggalkan tasmiyah (menyebut bismillah) dengan sebab lupa ataupun sengaja, maka itu tidaklah sampai merosakkan wudhu’nya, insyaAllahu Ta’ala.” (Al-Umm, 1/31)

Bahkan kalau melihat ke kitab-kitab hadis, kita akan menemui di setiap perbahasan wudhu’, pasti diletakkan bab “Membaca bismillah ketika hendak berwudhu’” yang menunjukkan adanya penegasan yang bersifat anjuran membaca bismillah di setiap kali hendak berwudhu’.

Dalam hadis yang lain, Anas radhiyallahu ‘anhu berkata:

Ű·َلَŰšَ ŰšَŰčْ۶ُ ŰŁَŰ”ْŰ­َِۧۚ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ وَ۶ُÙˆŰĄًۧ. فَقَŰ§Ù„َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ: «Ù‡َلْ مَŰčَ ŰŁَŰ­َŰŻٍ مِنْكُمْ مَۧۥٌ؟» فَوَ۶َŰčَ يَŰŻَهُ فِي Ű§Ù„ْمَۧۥِ وَيَقُولُ: ŰȘَوَ۶َّŰŠُÙˆŰ§ ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„َّهِ. فَ۱َŰŁَيْŰȘُ Ű§Ù„ْمَۧۥَ يَŰźْ۱ُŰŹُ مِنْ Űšَيْنِ ŰŁَŰ”َِۧۚŰčِهِ Ű­َŰȘَّى ŰȘَوَ۶َّŰŠُÙˆŰ§ مِنْ ŰčِنْŰŻِ ۹ِ۟۱ِهِمْ قَŰ§Ù„َ Ű«َِۧۚŰȘٌ: قُلْŰȘُ لِŰŁَنَŰłٍ: كَمْ ŰȘُ۱َŰ§Ù‡ُمْ؟ قَŰ§Ù„َ: نَŰ­ْوًۧ مِنْ ŰłَŰšْŰčِينَ

“Sebahagian sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencari air untuk berwudhu’. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya:

“Adakah salah seorang di antara kamu memiliki air?” lalu beliau pun memasukkan tangannya ke dalam air dan bersabda:

“Berwudhu’lah dengan menyebut nama Allah (membaca bismillah).” Aku (Anas) pun melihat air keluar dari celah-celah jari-jemari beliau hingga orang yang terakhir pun dapat berwudhu’. Tsabit bertanya kepada Anas, “Berapa jumlah sahabat yang engkau lihat?”

Anas jawab, “Kira-kira tujuh puluh orang.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 78. Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 144. Shahih Ibnu Hibban, no. 6544. Turut dinilai sahih oleh Al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

3, Membasuh kedua telapak tangan

Ini adalah termasuk sebahagian dari sunnah-sunnah wudhu’ (bukan rukun atau wajib). Dalilnya, Humran maula ‘Utsman berkata, beliau melihat ‘Utsman membawa air di dalam bekas (untuk berwudhu’):

فَŰŁَفْ۱َŰșَ Űčَلَى كَفَّيْهِ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َ مِ۱َۧ۱ٍ، فَŰșَŰłَلَهُمَۧ، Ű«ُمَّ ŰŁَŰŻْŰźَلَ يَمِينَهُ فِي Ű§Ù„Ű„ِنَۧۥِ، فَمَ۶ْمَ۶َ، وَۧ۳ْŰȘَنْŰŽَقَ

“Lalu ‘Utsman pun menuangkannya ke telapak tangan tiga kali lalu membasuh keduanya, kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas air lalu berkumur-kumur dan ber-istinsyaq, … (dan seterusnya..).” (Shahih Al-Bukhari, no. 159)

4, Berkumur-kumur, Istinsyaq, dan Istintsar

Istinsyaq adalah menghirup air ke dalam hidung (sedalam yang mampu), manakala istintsar adalah menghembuskannya dengan kuat.

Para ulama berbeza pendapat sama ada ia termasuk hal yang diwajibkan atau sekadar anjuran (mandub). Dan pendapat yang kuat adalah ia termasuk perkara yang wajib. Dan jika diteliti dari hadis-hadis menunjukkan Nabi tidak pernah meninggalkannya di saat berwudhu’ (walaupun ketika sedang berpuasa – pent.). (Lihat: Shahih fiqhus Sunnah, 1/113-114 – Al-Maktabah At-Taufiqiyah)

Bahkan terdapat hadis berbentuk perintah atau suruhan terhadapnya.

Caranya adalah memulakan dengan menceduk atau mengambil air dengan tangan kanan lalu berkumur-kumur serta ber-istinsyaq, lalu ber-istintsar dengan tangan kiri dalam satu tuangan atau cedokkan air yang sama. Jika mahu lakukan dua kali, maka diambil air yang baru. Demikian juga jika tiga kali.

Ini sebagaimana hadis daripada ‘Ali radhiyallahu ‘anhu:

فَŰŁَŰŻْŰźَلَ يَŰŻَهُ Ű§Ù„ْيُمْنَى فِي Ű§Ù„ْŰ„ِنَۧۥِ فَمَلَŰŁَ فَمَهُ فَŰȘَمَ۶ْمَ۶َ وَۧ۳ْŰȘَنْŰŽَقَ وَۧ۳ْŰȘَنْŰ«َ۱َ ŰšِيَŰŻِهِ Ű§Ù„ْيُŰłْ۱َى، فَفَŰčَلَ Ű°َلِكَ Ű«َلًَۧ۫ۧ

“… beliau memasukkan tangannya yang kanan (dengan cara menceduk dengan tangan kanan) ke dalam bekas air lalu memasukkan air ke mulut seraya berkumur-kumur dan ber-istinsyaq, lalu ber-istintsar (menghembuskannya) dengan tangannya yang kiri. Beliau melakukan demikian tiga kali.” (Al-Baihaqi, Sunan Al-Kubra, no. 221. Dengan sanad yang sahih)

Juga sebagaimana hadis ‘Abdullah B. Zaid dalam Shahih Muslim:

Ű«ُمَّ ŰŁَŰŻْŰźَلَ يَŰŻَهُ فَۧ۳ْŰȘَŰźْ۱َŰŹَهَۧ فَمَ۶ْمَ۶َ، وَۧ۳ْŰȘَنْŰŽَقَ مِنْ كَفٍّ وَِۭۧŰŻَŰ©ٍ فَفَŰčَلَ Ű°َلِكَ Ű«َلًَۧ۫ۧ

“… kemudian beliau mengambil air dengan tangannya lalu berkumur-kumur dan ber-istinsyaq dari satu telapak tangan, beliau melakukan demikian tiga kali.” (Shahih Muslim, no. 235)

Boleh juga berkumur-kumur dan istinsyaq sebanyak tiga kali dengan satu kali cedukkan air dengan tangannya. Dasarnya adalah hadis ‘Abdullah B. Zaid dalam Shahih Al-Bukhari:

Ű«ُمَّ ŰŁَŰŻْŰźَلَ يَŰŻَهُ فِي Ű§Ù„ŰȘَّوْ۱ِ، فَمَ۶ْمَ۶َ وَۧ۳ْŰȘَنْŰ«َ۱َ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َ مَ۱َّۧŰȘٍ مِنْ Űșَ۱ْفَŰ©ٍ وَِۭۧŰŻَŰ©ٍ

 “… kemudian beliau memasukkan tangannya ke dalam bekas air lalu berkumur-kumur dan ber-istinsyar sebanyak tiga kali dari satu cedukkan air.” (Shahih Al-Bukhari, no. 199)

Boleh juga dengan cara berkumur-kumur tiga kali, kemudian ber-istinsyaq tiga kali dari satu cedukkan air yang sama. Dasarnya dari hadis ‘Ali radhiyallahu ‘anhu:

Ű«ُمَّ ŰŁَŰŻْŰźَلَ يَŰŻَهُ Ű§Ù„ْيُمْنَى فِي Ű§Ù„ْŰ„ِنَۧۥِ فَمَ۶ْمَ۶َ Ű«َلًَۧ۫ۧ وَۧ۳ْŰȘَنْŰŽَقَ Ű«َلًَۧ۫ۧ

“… kemudian beliau mengambil air di dalam bekas dengan tangannya yang kanan seraya berkumur-kumur tiga kali, dan beristinsyaq tiga kali.” (Sunan Abu Daud, no. 112. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

5 – Membasuh Muka Serta Mengusap-usap Janggut

Membasuh muka (seluruhnya) adalah wajib dan termasuk rukun. Wajah atau muka adalah suatu yang tampak apabila berhadapan. Batasnya adalah dari tempat tumbuhnya rambut bahagian atas dahi hingga ke bahagian paling bawah janggut atau dagu secara vertikal, serta dari telinga ke telinga berikutnya.

Membasuh muka (watau wajah) adalah salah satu rukun wudhu’ yang tidak sah wudhu’ tanpa melaksanakannya. Dalilnya, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ Ű„ِŰ°َۧ قُمْŰȘُمْ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ فَۧŰșْŰłِلُÙˆŰ§ وُŰŹُوهَكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajah kamu.” (Surah al-Ma’idah, 5: 6)

Telah tsabit bahawa setiap yang meriwayatkan sifat wudhu’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, pasti menjelaskan membasuh wajah. (Lihat: Shahih Fiqhus Sunnah, 1/113)

Jika ada bulu di wajah seperti janggut, alis, atau misai yang tebal, maka disunnahkan agar menyela-nyela bulu tersebut dengan tangan ketika membasuh wajah.

Dalilnya adalah sebagaimana hadis dalam Sunan Abu Daud, daripada Anas:

ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ŰȘَوَ۶َّŰŁَ، ŰŁَŰźَŰ°َ كَفًّۧ مِنْ مَۧۥٍ فَŰŁَŰŻْŰźَلَهُ ŰȘَŰ­ْŰȘَ Ű­َنَكِهِ فَŰźَلَّلَ Űšِهِ لِŰ­ْيَŰȘَهُ، وَقَŰ§Ù„َ: هَكَŰ°َۧ ŰŁَمَ۱َنِي ۱َŰšِّي ŰčَŰČَّ وَŰŹَلَّ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila berwudhu’, beliau mengambil sedikit air lalu memasukkannya di bawah dagunya yang dengannya beliau menyela-nyela janggutnya. Kemudian beliau bersabda:

“Beginilah aku diperintahkan oleh Rabb-ku ‘Azza wa Allah.” (Sunan Abu Daud, no. 145. Bab: Menyela-nyela janggut. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

6, Membasuh Kedua Tangan Hingga Ke Siku



Membasuh kedua tangan hingga ke siku (termasuk siku) adalah wajib dan termasuk rukun wudhu’. Dalilnya, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَŰŁَيْŰŻِيَكُمْ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْمَ۱َŰ§Ùِقِ

“… (dan basuhlah) tangan-mu sampai ke siku.” (Surah al-Ma’idah, 5: 6)

Siku (مَ۱َŰ§Ùِقِ) ialah tempat percantuman antara hasta (lengan sebelah bawah) dengan lengan sebelah atas.

7, Mengusap Air Ke Seluruh Kepala

Para ulama sepakat bahawa mengusap kepala ketika berwudhu’ hukumnya wajib, termasuk rukun. Dalilnya, firman Allah Ta’ala:

وَŰ§Ù…ْŰłَŰ­ُÙˆŰ§ Űšِ۱ُŰĄُÙˆŰłِكُمْ

“… Dan sapu/usap-lah kepalamu (seluruhnya).” (Surah al-Ma’idah, 5: 6)

Cuma mereka (dari para ulama tersebut) berbeza pendapat tentang kadar sah usapan tersebut. Kerana asal maksud mengusap kepala (dari sudut bahasa) tidaklah bermaksud mesti seluruh kepala, boleh jadi hanya sebahagian juga sudah dianggap atau dikatakan sebagai mengusap.

Adapun yang tepat adalah disapu seluruhnya, sebagaimana perintah membasuh muka, maka muka dibasuh keseluruhannya. Kata Ibnu Burhan, “Sesiapa yang mengatakan huruf ba (Űš) dalam ayat tersebut menunjukkan maksud hanya sebahagian (dari kepala), bererti ia telah mengatakan sesuatu yang tidak pernah dikenal oleh pakar bahasa.” (Shahih Fiqhus Sunnah, 1/118)

Demikian juga ayat perintah mengusap muka ketika tayammum:

فَŰ§Ù…ْŰłَŰ­ُÙˆŰ§ ŰšِوُŰŹُوهِكُمْ

“Dan usaplah wajah kalian.” (Surah al-Ma’idah, 5: 6), yang menunjukkan diusap seluruhnya, bukan hanya sebahagian wajah.



Ini juga dapat difahami berdasarkan hadis Ibn al-Mughirah dari ayahnya (Al-Mughirah B. Syu’bah) ketika dalam sebuah perjalanan bahawa:

ŰȘَوَ۶َّŰŁَ فَمَŰłَŰ­َ Űšِنَۧ۔ِيَŰȘِهِ، وَŰčَلَى Ű§Ù„ْŰčِمَŰ§Ù…َŰ©ِ وَŰčَلَى Ű§Ù„ْŰźُفَّيْنِ

“Rasulullah berwudhu’, lalu kemudian beliau mengusap pada ubun-ubunnya dan di atas ‘imamahnya (serbannya) dan di atas khufnya (kasutnya).” (Shahih Muslim, no. 247)

Iaitu dari hadis ini, jika cukup hanya sekadar mengusap sebahagian kepala yang depan, sudah tentu Rasulullah tidak mengusap bahagian atas serbannya. Ini menunjukkan wajibnya mengusap seluruh kepala, sebagaimana wajibnya mengusap seluruh kaki jika tanpa berkasut.
Ini diperincikan lagi melalui contoh yang ditunjukkan dari sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Imam Al-Bukhari membuat bab di dalam Shahihnya:

Űšَُۧۚ مَŰłْŰ­ِ Ű§Ù„Ű±َّŰŁْŰłِ كُلِّهِ

“Bab mengusap seluruh kepala (ketika berwudhu’).”

Kemudian beliau berkata, “Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَŰ§Ù…ْŰłَŰ­ُÙˆŰ§ Űšِ۱ُŰĄُÙˆŰłِكُمْ

“… Dan sapu/usap-lah kepalamu.” (Surah al-Ma’idah, 5: 6)

Ibnul Musayyib berkata, “Perempuan itu sama dengan lelaki dalam perkara mengusap kepala (ketika berwudhu’).” Imam Malik pernah ditanya, “Adakah cukup mengusap sebahagian kepala (atau rambut) sahaja?” Lalu beliau pun mengemukakan dalil hadis ‘Abdillah B. Zaid.”

Kemudian Imam Al-Bukhari pun mengemukakan hadisnya:

ŰŁَنَّ ۱َŰŹُلًۧ، قَŰ§Ù„َ لِŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنِ ŰČَيْŰŻٍ، وَهُوَ ŰŹَŰŻُّ Űčَمْ۱ِو Űšْنِ يَŰ­ْيَى ŰŁَŰȘَŰłْŰȘَŰ·ِيŰčُ ŰŁَنْ ŰȘُ۱ِيَنِي، كَيْفَ كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَŰȘَوَ۶َّŰŁُ؟ فَقَŰ§Ù„َ ŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنُ ŰČَيْŰŻٍ: نَŰčَمْ، فَŰŻَŰčَۧ Űšِمَۧۥٍ، فَŰŁَفْ۱َŰșَ Űčَلَى يَŰŻَيْهِ فَŰșَŰłَلَ مَ۱َّŰȘَيْنِ، Ű«ُمَّ مَ۶ْمَ۶َ وَۧ۳ْŰȘَنْŰ«َ۱َ Ű«َÙ„Ű§َŰ«ًۧ، Ű«ُمَّ ŰșَŰłَلَ وَŰŹْهَهُ Ű«َÙ„Ű§َŰ«ًۧ، Ű«ُمَّ ŰșَŰłَلَ يَŰŻَيْهِ مَ۱َّŰȘَيْنِ مَ۱َّŰȘَيْنِ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù…ِ۱ْفَقَيْنِ، Ű«ُمَّ مَŰłَŰ­َ ۱َŰŁْŰłَهُ ŰšِيَŰŻَيْهِ، فَŰŁَقْŰšَلَ Űšِهِمَۧ وَŰŁَŰŻْŰšَ۱َ، ŰšَŰŻَŰŁَ ŰšِمُقَŰŻَّمِ ۱َŰŁْŰłِهِ Ű­َŰȘَّى Ű°َهَŰšَ Űšِهِمَۧ Ű„ِلَى قَفَŰ§Ù‡ُ، Ű«ُمَّ ۱َŰŻَّهُمَۧ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù…َكَŰ§Ù†ِ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰšَŰŻَŰŁَ مِنْهُ، Ű«ُمَّ ŰșَŰłَلَ ۱ِŰŹْلَيْهِ

“Seorang lelaki berkata kepada ‘Abdillah B. Zaid dan beliau adalah datuk ‘Amru B. Yahya, “Bolehkah engkau tunjukkan kepada-ku bagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berwudhu’?” Maka ‘Abdullah B. Zaid pun berkata, “Ya, boleh.” Maka ‘Abdullah meminta dibawakan air untuknya lalu beliau pun menuangkannya ke tangannya seraya membasuhnya dua kali, kemudian berkumur-kumur dan ber-istintsar tiga kali. Kemudian beliau membasuh wajahnya tiga kali. Kemudian beliau membasuh dua tangannya dua kali-dua kali hingga ke siku. Kemudian beliau mengusap kepalanya dengan dua tangannya dari bahagian depan ke bahagian belakang kepala, iaitu dimulakan mengusap tersebut dari depan kepalanya hingga ke bahagian tengkuknya lalu menarik (mengusap) hingga ke depan kembali (tempat dimulakan mengusap). Kemudian beliau membasuh dua kakinya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 185)

Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah, ‘Abdullah B. Zaid radhiyallahu ‘anhu berkata:

Ù…ŰłŰ­ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه و ŰłÙ„Ù… Ű±ŰŁŰłÙ‡ في ÙˆŰ¶ÙˆŰŠÙ‡ من Ù†Ű§Ű”ÙŠŰȘه Ű„Ù„Ù‰ Ù‚ÙŰ§Ù‡ Ű«Ù… ۱ۯ ÙŠŰŻÙŠÙ‡ Ű„Ù„Ù‰ Ù†Ű§Ű”ÙŠŰȘه ÙˆÙ…ŰłŰ­ Ű±ŰŁŰłÙ‡ كله

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengusap kepalanya ketika wudhu’nya dengan dua tagannya bermula pada ubun-ubun hingga ke tengkuknya kemudian mengembalikan semula usapan tersebut (dari tengkuknya) ke bahagian ubun-ubun dan begitulah beliau mengusap seluruh kepalanya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 157. Bab: Menyapu seluruh kepala ketika berwudhu’)



Kemudian, tidak pula ada hadis yang sahih daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menjelaskan bahawa beliau hanya mengusap sebahagian kepala sahaja. (Malah ketika beliau berserban), beliau mengusap ubun-ubunnya (bahagian depan kepalanya) lalu beliau menyempurnakannya dengan mengusap bahagian atas serbannya.

Sebahagian ulama ada yang memahami mengusap kepala tersebut dimulakan dari bahagian belakang (aras tengkuk) menuju ke bahagian depan (ubun-ubun: tempat batas tumbuhnya rambut depan pada wajah menurut kebiasaan/kebanyakan manusia), lalu ditarik usapannya ke belakang kembali. Wallahu a’lam.

Adapun bagi wanita, tidak diketahui adanya dalil yang membezakan antara wanita dengan lelaki dalam praktik ini. Namun dibolehkan bagi wanita mengusap bahagian atas tudungnya. Jika ia mengusap bahagian depan kepalanya berserta atas tudungnya, maka itu lebih baik. (Lihat: Shahih Fiqhus Sunnah, 1/118)

Dan hal ini turut didukung dengan antaranya atsar daripada Ummu Salamah:

ŰŁَنَّهَۧ كَŰ§Ù†َŰȘْ ŰȘَمْŰłَŰ­ُ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰźِمَۧ۱ِ

“Bahawasanya beliau pernah mengusap di atas tudungnya (ketika berwudhu’).” (Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 223)

Kata Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H): “Jika seorang wanita merasa bimbang kerana suasana dingin atau yang seumpama dengannya, maka dia boleh mengusap di atas tudungnya ketika berwudhu’. Kerana Ummu Salamah pernah melakukannya. Dan hendaklah ketika dia mengusap tudungnya, dia juga mengusap sebahagian rambutnya. Adapun jika ianya dilakukan tanpa ada sebarang keperluan (kesulitan), para ulama berbeza pendapat dalam hal ini.” (Majmu’ Al-Fatawa, 21/218)

8, Mengusap Pada Kedua Telinga

Wajib mengusap dua telinga bersamaan dengan mengusap kepala, dan kedua telinga adalah termasuk bahagian dari kepala. Ini difahami dari hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

Ű§Ù„ْŰŁُŰ°ُنَŰ§Ù†ِ مِنَ Ű§Ù„Ű±َّŰŁْŰłِ

“Dua telinga adalah sebahagian dari kepala.” (Sunan Abu Daud, no. 134. At-Tirmidzi, no. 37. Diperselisihkan statusnya antara dha’if dan hasan)

Kata Imam At-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) dalam Sunannya, “Hadis ini diamalkan di sisi sebahagian besar ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan generasi setelahnya. Menurut mereka, dua telinga adalah sebahagian dari kepala. Pendapat ini turut dipegang oleh Sufyan Ats-Tsauri, Ibnul Mubarak, Asy-Syafi’i, dan Ishaq.” (Sunan At-Tirmidzi, 1/53)

Juga sebagaimana kata Ibnu ‘Umar:

Ű§Ù„ْŰŁُŰ°ُنَŰ§Ù†ِ مِنَ Ű§Ù„Ű±َّŰŁْŰłِ

“Dua telinga adalah sebahagian dari kepala.” (Mushannaf ‘Abdirrozzaq, no. 24)

Dalam hadis ‘Abdullah B. ‘Amru menyebutkan bahawa ketika Rasulullah menunjukkan tata cara wudhu’, setelah Rasulullah membasuh tangannya:

Ű«ُمَّ مَŰłَŰ­َ Űšِ۱َŰŁْŰłِهِ فَŰŁَŰŻْŰźَلَ Ű„ِŰ”ْŰšَŰčَيْهِ Ű§Ù„ŰłَّŰšََّۭۧŰȘَيْنِ فِي ŰŁُŰ°ُنَيْهِ، وَمَŰłَŰ­َ ŰšِŰ„ِŰšْهَŰ§Ù…َيْهِ Űčَلَى ŰžَŰ§Ù‡ِ۱ِ ŰŁُŰ°ُنَيْهِ، وَŰšِŰ§Ù„ŰłَّŰšََّۭۧŰȘَيْنِ Űšَۧ۷ِنَ ŰŁُŰ°ُنَيْهِ

“Kemudian beliau mengusap kepalanya lalu memasukkan dua jari telunjuknya masing-masing ke dua telinganya masing-masing dan beliau mengusap dua telinganya (yang bahagian dalam) dengan dua jari telunjuknya masing-masing, dan dengan ibu jarinya mengusap bahagian luar telinganya masing-masing.” (Sunan Abu Daud, no. 135. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Kata Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H):

وَŰ°َهَŰšَ ŰŁَكْŰ«َ۱ُ ŰŁَهْلِ Ű§Ù„ْŰčِلْمِ Ű„ِلَى ŰŁَنَّهُمَۧ مِنَ Ű§Ù„Ű±َّŰŁْŰłِ يُمْŰłَŰ­َŰ§Ù†ِ مَŰčَهُ، وَŰšِهِ قَŰ§Ù„َ ŰłَŰčِÙŠŰŻُ Űšْنُ Ű§Ù„ْمُŰłَيِّŰšِ، وَŰčَŰ·َۧۥٌ، وَŰ­َŰłَنٌ، وَْۧۚنُ ŰłِÙŠŰ±ِينَ، وَŰłَŰčِÙŠŰŻُ Űšْنُ ŰŹُŰšَيْ۱ٍ، وَŰ§Ù„Ù†َّŰźَŰčِيُّ، وَهُوَ قَوْلُ Ű§Ù„Ű«َّوْ۱ِيِّ، وَْۧۚنُ Ű§Ù„ْمُŰšَۧ۱َكِ، وَمَŰ§Ù„ِكٌ، وَŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚ Ű§Ù„Ű±َّŰŁْيِ، وَŰŁَŰ­ْمَŰŻُ، وَŰ„ِŰłْŰ­َŰ§Ù‚ُ

“Dan mazhab (pendapat) kebanyakan (majoriti) ahli ilmu bahawa kepala dan telinga diusap dengan satu kali usapan air sahaja secara bersama. Pendapat ini dipegang oleh Sa’id Ibnul Musayyib, ‘Athaa’, Hasan, Ibnu Sirin, Sa’id Ibn Jubair, An-Nakha’i, juga qaul dari Ats-Tsauri, Ibnul Mubarak, Malik, Ash-habur Ra’yi, Ahmad, dan Ishaq.”

Kata Imam Ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182):

وهي ŰŁŰ­Ű§ŰŻÙŠŰ« ÙƒŰ«ÙŠŰ±Ű© Űčن Űčلي ÙˆŰ§ŰšÙ† Űčۚۧ۳ ÙˆŰ§Ù„Ű±ŰšÙŠŰč وŰčŰ«Ù…Ű§Ù† كلهم مŰȘفقون Űčلى ŰŁÙ†Ù‡ Ù…ŰłŰ­Ù‡Ù…Ű§ مŰč Ű§Ù„Ű±ŰŁŰł Ù…Ű±Ű© ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ© ŰŁÙŠ ŰšÙ…Ű§ŰĄ ÙˆŰ§Ű­ŰŻ ÙƒÙ…Ű§ هو ŰžŰ§Ù‡Ű± Ù„ÙŰž Ù…Ű±Ű© Ű„Ű° لو ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰ€ŰźŰ° Ù„Ù„ŰŁŰ°Ù†ÙŠÙ† Ù…Ű§ŰĄ ŰŹŰŻÙŠŰŻ Ù…Ű§ Ű”ŰŻÙ‚ ŰŁÙ†Ù‡ Ù…ŰłŰ­ Ű±ŰŁŰłÙ‡ ÙˆŰŁŰ°Ù†ÙŠÙ‡ Ù…Ű±Ű© ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ©

“Dan padanya banyak hadis daripada ‘Ali, Ibnu ‘Abbas, Ar-Rabii’, dan ‘Utsman. Mereka semua sepakat bahawa mengusap dua telinga hanya sekali (di setiap kali wudhu’) bersamaan dengan mengusap kepala, iaitu dengan air yang sama, sebagaimana lafaz satu kali, kerana jika mengambil air baru (memisahkan antara mengusap kepala dengan telinga), maka tidak tepat dikatakan bahawa beliau mengusap kepala dan telinga satu kali.” (Subulus Salam, 1/49)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) dalam Bulughul Maram mengatakan:

Űčن Űčۚۯ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ† ŰČÙŠŰŻ ŰŁَنَّهُ ۱َŰŁَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčَلَيْهِ وَŰłَلّم يَŰŁْŰźُŰ°ُ لِŰŁُŰ°ُنَيْهِ مَۧۥً ŰźِلَŰ§Ùَ Ű§Ù„ْمَۧۥِ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰŁَŰźَŰ°َ لِ۱َŰŁْŰłِهِ. ŰŁَŰźْ۱َŰŹَهُ Ű§Ù„ْŰšَيْهَقِيُّ. وَهُوَ ŰčِنْŰŻَ مُŰłْلِمٍ مِنْ هَŰ°َۧ Ű§Ù„ْوَŰŹْهِ ŰšِلَفْŰžٍ: وَمَŰłَŰ­َ Űšِ۱َŰŁْŰłِهِ Űšِمَۧۥٍ Űșَيْ۱َ فَ۶ْلِ يَŰŻَيْهِ, وَهُوَ Ű§Ù„ْمَŰ­ْفُÙˆŰžُ.

“Bahawa ‘Abdullah B. Zaid B. ‘Aashim melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengambil air untuk kedua telinganya selain dari air yang telah digunakan untuk (mengusap) kepalanya.” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi). Sedangkan menurut Imam Muslim dari jalan riwayat ini adalah dengan lafaz, “Dan beliau (Nabi) mengusap kepalanya dengan air yang bukan dari sisa tangannya.” (Shahih Muslim, no. 236). Dan lafaz inilah yang mahfudz (terpelihara).” (Subulus Salam, 1/49: Kitab Ath-Thaharah, Bab Al-Wudhu’, no. 11)

Kemudian Ash-Shan’ani mengemukakan kesimpulan dalam rangka kompromi bahawa dibolehkan mengambil air yang baru selepas mengusap kepala bagi tujuan mengusap dua telinga jika tidak ada lagi tersisa basah di tangannya yang cukup untuk mengusap kedua telinga, maka boleh mengambil air yang baru. (Lihat: Subulus Salam, 1/49)

9, Membasuh Kedua Kaki Hingga Mata Kaki

Membasuh kedua kaki adalah wajib dan termasuk rukun wudhu’, dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:

وَŰŁَ۱ْŰŹُلَكُمْ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْكَŰčْŰšَيْنِ

“… dan kakimu sampai ke kedua buku lali (mata kaki).” (Surah Al-Ma’idah, 5: 6)

Semua perawi yang meriwayatkan tata cara wudhu’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menunjukkan bahawa beliau mencuci kedua kaki hingga ke mata kaki. (Shahih Fiqih Sunnah, 1/119)

Dan kedua mata kaki, hendaklah turut dicuci/dibasuh. Dalam riwayat Muslim, ketika Abu Hurairah menunjukkan tata cara wudhu’:

Ű«ُمَّ ŰșَŰłَلَ ۱ِŰŹْلَهُ Ű§Ù„ْيُمْنَى Ű­َŰȘَّى ŰŁَŰŽْ۱َŰčَ فِي Ű§Ù„ŰłَّŰ§Ù‚ِ

“… kemudian beliau membasuh kakinya yang kanan sehingga paras betis…” Lau sebaik selesai, beliau berkata:

“Demikianlah aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berwudhu’.” (Shahih Muslim, no. 246)

Kemudian, perlu diperhatikan bahawa perkataan yang digunakan adalah “ghasal/ghasl” (membasuh):

Ű«ُمَّ ŰșَŰłَلَ ۱ِŰŹْلَيْهِ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َ مِ۱َۧ۱ٍ Ű„ِلَى Ű§Ù„ÙƒَŰčْŰšَيْنِ

“Kemudian Mem-BASUH dua kakinya tiga kali hingga dua mata kaki…” Atau dalam hadis yang lain:

فَ۱َŰŽَّ Űčَلَى ۱ِŰŹْلِهِ Ű§Ù„ÙŠُمْنَى Ű­َŰȘَّى ŰșَŰłَلَهَۧ

“Meratakan air ke kakinya yang kanan sehingga Mem-BASUH-nya…”

Iaitu bukan hanya sekadar cukup dengan “menyiram” atau sekadar “menjirus” air pada kaki sebagaimana diamalkan sebahagian orang, sebaliknya hendaklah ia diratakan dan dibasuh iaitu dengan cara mengusapnya dengan tangan lalu dipastikan air sampai ke celah-celah jari dengan cara mengusap atau menggosoknya.

Imam Al-Bukhari membuat bab dalam Shahihnya:

Űšَُۧۚ ŰșَŰłْلِ Ű§Ù„Ű±ِّŰŹْلَيْنِ، وَÙ„Ű§َ يَمْŰłَŰ­ُ Űčَلَى Ű§Ù„Ù‚َŰŻَمَيْنِ

“Bab membasuh dua kaki, bukan mengusap di atas telapak kaki.”

Kemudian beliau mengemukakan hadis daripada ‘Abdullah B. ‘Amru, beliau berkata:

ŰȘَŰźَلَّفَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Űčَنَّۧ فِي Űłَفْ۱َŰ©ٍ ŰłَŰ§Ùَ۱ْنَŰ§Ù‡َۧ، فَŰŁَŰŻْ۱َكَنَۧ وَقَŰŻْ ŰŁَ۱ْهَقْنَۧ Ű§Ù„ŰčَŰ”ْ۱َ، فَŰŹَŰčَلْنَۧ نَŰȘَوَ۶َّŰŁُ وَنَمْŰłَŰ­ُ Űčَلَى ŰŁَ۱ْŰŹُلِنَۧ، فَنَۧۯَى ŰšِŰŁَŰčْلَى Ű”َوْŰȘِهِ: وَيْلٌ لِلْŰŁَŰčْقَِۧۚ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ مَ۱َّŰȘَيْنِ ŰŁَوْ Ű«َÙ„Ű§َŰ«ًۧ

“Dalam satu perjalanan safar kami, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tertinggal di belakang kami. Lalu beliau pun menyusul kami sementara kami telah melewatkan solat ‘Ashar. Lalu kami mula berwudhu’ dan mengusap kaki-kaki kami. Lalu beliau pun berteriak dengan suara yang tinggi:

“Celaka-lah tumit-tumit yang dimasukkan ke dalam api Neraka.” Beliau mengucapkannya dua atau tiga kali.” (Shahih Al-Bukhari, no. 163)

Dalam Shahih Muslim, hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ۱َŰŁَى ۱َŰŹُلًۧ لَمْ يَŰșْŰłِلْ ŰčَقِŰšَيْهِ فَقَŰ§Ù„َ: وَيْلٌ لِلْŰŁَŰčْقَِۧۚ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang tidak membasuh tumitnya ketika berwudhu’, lalu beliau pun berkata:

“Celaka bagi tumit-tumit dari Neraka.” (Shahih Muslim, no. 242)

Dalam riwayat Jaabir dalam Musnad Ahmad, beliau berkata:

۱َŰŁَى ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَوْمًۧ يَŰȘَوَ۶َّŰŠُونَ، فَلَمْ يَمَŰłَّ ŰŁَŰčْقََۧۚهُمُ Ű§Ù„ْمَۧۥُ، فَقَŰ§Ù„َ: ” وَيْلٌ لِلْŰŁَŰčْقَِۧۚ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat suatu kaum berwudhu’ tetapi tidak mengusap tumit-tumit mereka dengan air, lalu beliau pun bersabda:

“Celaka bagi tumit-tumit dari Neraka.” (Musnad Ahmad, no. 14392. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Dalam Sunan Abu Daud, daripada Al-Mustaurid B. Syaddad radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

۱َŰŁَيْŰȘُ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű„ِŰ°َۧ ŰȘَوَ۶َّŰŁَ يَŰŻْلُكُ ŰŁَŰ”َِۧۚŰčَ ۱ِŰŹْلَيْهِ ŰšِŰźِنْŰ”َ۱ِهِ

“Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila berwudhu’, beliau menggosok-gosok pada celah-celah jari-jemari kakinya dengan jari tangannya (jari kelingking).” (Sunan Abu Daud, no. 148. Bab: Membasuh dua kaki. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari itu, maka hendaklah dipastikan baik-baik agar anggota-anggota wudhu’ seperti wajah, tangan, dan kaki dibasuh dengan sempurna bukan hanya sekadar dijirus atau disiram, manakala kepala dan telinga pula cukup dengan diusap.

Adapun mengusap kaki, ia dibolehkan apabila dalam keadaan berbalut dengan kasut yang mana ketika memakainya si pemakai dalam keadaan suci. Ketika si pemakai berhadas dan mahu memperbaharui wudhu’nya, maka cukup dengan mengusap di atas kasutnya tanpa perlu membukanya. Dan hal ini insyaAllah akan dibahas dalam perbahasan mengusap di atas khuf atau kasut.

10, Tertib

Iaitu menyucikan dengan mengikuti turutan anggota wudhu’ satu per satu berturut-turut sebagaimana diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat-Nya. Iaitu mencuci wajah, kedua tangan, mengusap kepala (termasuk telinga), dan mencuci kedua kaki. Tertib ini hukumnya wajib menurut salah satu dari dua pendapat ulama yang paling sahih. Ini adalah mazhab Syafi’iyah, Hanbaliyah, Abu Tsaur, Abu Ubaid, dan Dzohiri. (Shahih Fiqhus Sunnah, 1/120)

Semua perawi yang meriwayatkan tentang tata cara wudhu’ Nabi telah meriwayatkannya secara tertib, dan perbuatan tersebut menjelaskan lagi tentang perintah wudhu’ sebagaimana urutan di dalam Al-Qur’an.

Selain itu turut dikuatkan dengan ke-umuman hadis Jaabir radhiyallahu ‘anhu, ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hendak memulakan sai’e antara Safa dan Marwah, beliau menyebut firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

{Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ű”َّفَۧ ÙˆŰ§Ù„ْمَ۱ْوَŰ©َ مِنْ ŰŽَŰčَۧۊِ۱ِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ} [Ű§Ù„ŰšÙ‚Ű±Ű©: 158] ŰŁَŰšْŰŻَŰŁُ Űšِمَۧ ŰšَŰŻَŰŁَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űšِهِ فَŰšَŰŻَŰŁَ ŰšِŰ§Ù„Ű”َّفَۧ

“Sesungguhnya Shafa dan Marwah adalah dari syi’ar-syi’ar Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 158). Kemudian beliau bersabda, “Aku bermula dengan apa yang dimulakan oleh Allah, dan beliau bermula dengan safa.” (Shahih Muslim, no. 1218)

Hadis ini menunjukkan penegasan dan perbuatan Nabi memulakan sai’e dengan Shafa kerana Allah memulakan sebutan “Shafa” pada surah al-Baqarah (2: 158) tersebut.

11, Al-Muwaalaah

Iaitu berturut-turut dalam membasuh anggota-anggota wudhu’ sebelum satu anggota wudhu’ mengering, dia terus membasuh anggota seterusnya dalam kadar yang mu’tadil (selayaknya). (Shahih Fiqhus Sunnah, 1/121)

Maksudnya tidak dipisahkan dengan tempoh masa (yang tidak sepatutnya) atau diselang-selikan di antara membasuh satu anggota wudhu’ dengan anggota yang seterusnya yang lain dengan pekerjaan atau perbuatan yang tidak berkaitan.