Saturday, October 27, 2012

Setiap Muslim Wajib Meyakini Tauhid Ar-Rububiyyah Dan Tauhid Al-Uluhiyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kalimah tauhid ‘La ilaha illallah’ bermaksud tiada tuhan selain Allah. Sungguhpun ringkas, kalimah ini mempunyai pengertian yang luas dan mendalam bagi kehidupan seorang muslim.

Kalimah ini sebenarnya bererti ‘aku mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah SWT sahaja manakala selain daripada-Nya sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Aku berikrar dengan hatiku, menyatakan dengan lidahku dan aku membuktikan dengan perbuatanku.’

Di dalam akidah tauhid seorang muslim itu perlu memahami Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah:

Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beriktiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan bagi sekelian alam manakala Tauhid al-Uluhiyyah pula bermaksud menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan dan menerima hanya hakimiah(undang-undang) Allah SWT.

Antara pengertian kalimah Rabb ialah as-Sayyid (Tuan), al-Malik (Yang Memiliki sesuatu), Pencipta sesuatu, Penguasa terhadap sesuatu, Pendidik serta Pengasuh makhluk-Nya, Penjaga maslahat makhluk-Nya serta Penguatkuasa perintah-Nya terhadap makhluk-Nya.

Oleh itu, Tauhid ar-Rububiyyah ialah iktiqad atau keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai sifat yang sempurna. Segala sesuatu yang ada di alam ini adalah kepunyaan Allah SWT. Dialah Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian alam). Dialah yang berkuasa, menjadi, menghidup dan mematikan. 

Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, maka tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, maka tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya. Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’ (berkuasa) untuk memberikan manfaat atau mudarat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al-An’am ayat 17)

Dengan itu, semua makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya serta berharap kepada-Nya. Apa yang dimiliki makhluk hanya bersifat sementara dan pinjaman. Oleh itu jika manusia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifat itu hanya sementara kerana segala sesuatu di alam ini adalah kepunyaan Allah.

Begitu juga dengan kecerdikan, kebijaksanaan dan kepandaian yang dimiliki manusia, semuanya datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia sebenarnya bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada Allah.

Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk serta gerak nafasnya datang daripada Allah.

Dengan keyakinan itu, maka timbullah kesan tauhid dalam diri seorang muslim. Dia hanya takut kepada Allah dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu juga kerana keyakinannya kepada Allah.

Sahabat yang dimuliakan,
Kesan keyakinan sedemikian terbukti dalam kehidupan Rasulullah SAW  dan sahabat-sahabatnya. Sebelum keluar berhijrah ke Madiah, Rasulullah SAW telah merancang untuk berhijrah di rumah Saidina Abu Bakar r.a. Mereka terpaksa bersembunyi di Gua Thur beberapa hari untuk mengelakkan daripada di kesan oleh Kafir Quraisy.

Keyakinan yang sama juga pernah dapat kita lihat pada Khalid al-Walid r.a.. Beliau pernah mendapat luka yang banyak kerana berperang di jalan Allah. Namun keyakinannya dengan kekuasaan Allah menyebabkan dia meneruskan pertempuran melawan musuh. Beliau juga pernah dipecat daripda menjadi ketua tentera oleh Saidina Umar al-Kattab dan digantikan dengan sahabat lain. Belaiu tidak kecewa dan bersusah hati kerena dia berjuang adalah kerana Allah SWT bukan kerana Khalifah.

Saidina Bilal bin Rabah r.a. pula sanggup diheret di padang pasir, dijemur di bawah matahari yang terik serta diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Bagaimanapun dia tetap mempertahankan keimanannya. Lidahnya hanya menyebut 'AHAD' , 'AHAD', maksudnya Allah SWT itu Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Kini ramai manusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka yakin kepada yang lain daripada Allah SWT. Mereka bimbang kepada kegagalan, mengharap kepada ketua dan takut kepada kematian dan sebagainya. Oleh itu menjadi kewajipan bagi sebagai muslim-mukmin untuk mengembalikan manusia kepada keyakinan tersebut.

Manusia sebenarnya bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya sentiasa memerlukan pertolongan Allah SWT. Begitu juga dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan. Semuanya bersifat fakir kerana mereka adalah makhluk dan berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk. 

Firman Allah SWT di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud: “Hai manusia, kamu semua  berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepada-nya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua lapar kecuali mereka yang aku berikan makan. Oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripadaKu.”

Sebaliknya Allah Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah SWT. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (yang tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Surah Fathir ayat 15)

Fakir adalah sifat setiap makhluk ciptaan Allah manakala kaya adalah sifat al-Khaliq (Pencipta).

Apakah dalil-dalil Tauhid ar-Rububiyyah ?

Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu wujud, Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Jika mahu dibuat analogi kita lihat pada tulisan di papan hitam, maka sudah pasti ada yang menulisnya. Orang berakal waras akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya.

Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya ialah makhluk ciptaan Allah SWT. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah SWT. Tidak ada orang yang berakal waras menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri.

Begitulah hebatnya ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya.

Sebenarnya terdapat seribu satu macam ciptaan Allah SWT yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Rabb kita adalah Allah SWT.

Fitrah manusia sebenarnya mengaku akan Tauhid ar-Rububiyya . Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat diterima akal. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu kafir, jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT.  

Firman Allah SWT. yang bermaksud: “Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Surah Az-Zukhruf ayat 87)

“Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit dan bumi?  Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Surah Az-Zukhruf ayat 9)

Tidak sukar untuk membuktikan hakikat Rububiyyah Allah SWT. Fitrah setiap insan menjadi buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah yang bersifat Maha Pencipta.

Apakah dalil-dalil Tauhid al-Uluhiyah?

Tauhid al-Uluhiyah adalah bermaksud mentauhidkan Allah SWT dalam peribadatan atau persembahan. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan Rasul iaitu menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasa-nya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.”  
(Surah Al-Anbiya’ ayat  25)
 
“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”  (Surah An-Nahl ayat  36)
 
“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (Nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.”  (Surah Al-Mukminun ayat 23).

Seorang mukmin yang memiliki Tauhid al-Uluhiyah akan menerima undang-undang yang di ciptakan oleh Allah SWT tanpa ragu-ragu dan menolak dalam jiwanya undang-undang ciptaan manusia.

Hasil daripada kedua-dua Tauhid iaitu Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluiyah akan melahirkan Ubidiyah kepada Allah SWT.
 
Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya. 

Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan seksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariat-Nya, menceritakan tentang keadaan orang-orang zaman dahulu yang telah menderhakai Allah SWT. Semua ini untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan ibadah kepada Allah SWT. 

Oleh itu tauhid adalah intipati atau asas Islam. Daripada tauhid terpancar segala sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua ibadat dan hukum dalam Islam bertujuan untuk menambah, memahir, menguat dan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hati orang-orang mukmin.

Seseorang hamba disifatkan sedang menyembah Allah SWT apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah SWT, bertawakkal kepada Allah SWT, berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Allah SWT, berpaut pada ketentuan Allah SWT, meminta atau berharap serta berserah hanya kepada Allah SWT, mendekati Allah SWT dengan cara sentiasa mengingati-Nya, melaksanakan segala syariat Allah SWT dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara yang diredai Allah SWT. 

Pengertian ubudiyah (pengabdian) kepada Allah SWT akan bertambah mendalam, sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia terlalu fakir di hadapan Allah SWT, manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah SWT, manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah SWT walaupun sekelip mata. 

Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah serta rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah SWT bertambah teguh apabila semakin mantap makrifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah SWT, asma Allah al-husna (sifat-sifat Allah yang terpuji), kesempurnaan Allah SWT dan kehebatan nikmat kurniaan Allah SWT. 

Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ubudiyah terhadap Allah SWT maka semakin bebaslah dia daripada belenggu ubudiyah kepada yang lain daripada Allah SWT. Dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan. 

Sahabat yang dikasihi,
Jiwa manusia yang tidak yakin kepada kedua-dua tauhid di atas  dan banyak yakin kepada makhluk akan menyebabkan hidup manusia telah menyimpang daripada jalan yang lurus dan hanyut dibawa arus jahiliah dan hawa nafsu.

Oleh itu marilah kita hayati dan yakin sepenuhnya kepada Tauhdi ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyah dalam hati dan jiwa kita semoga dengan tauhid yang mantap, bersih dan sejahtera akan melahirkan ubudiyah dan perhambaan sepenuhnya kepada Allah SWT.








Friday, October 26, 2012

Dailog Di Antara Penghuni Syurga Dan Penghuni Neraka.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW banyak terdapat ayat-ayat yang menjelaskan sifat-sifat ahli syurga dan neraka. Al-Quran juga ada menceritakan kisah dailog dan perbualan di antara penguni syurga dan neraka. 

Sebelum peristiwa kiamat terjadi dan sebelum adanya penghuni syurga ataupun neraka, Allah SWT telah menggambarkan dalam al-Quran tentang apa-apa saja yang ada dalam syurga ataupun neraka. Termasuk juga percakapan-percakapan antara penghuni syurga dan penghuni neraka.
Firman Allah SWT dalam Surah al-A'raf ayat 44-51.

44. Dan penghuni-penghuni syurga berseru kepada penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan) : “Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami menjanjikannya kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh dengan sebenarnya apa (azab) yang Tuhan kamu menjanjikan (kepadamu)?

Mereka (penduduk neraka) menjawab, “Betul”.

Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu :
“Kutukan Allah ditimpakan kepada orang- orang yang zalim;

45. (yaitu) orang-orang yang menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat.

46. Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas, dan di atas A’raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka.

Dan mereka menyeru penduduk syurga “Salaamun’alaikum”. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya).

47. Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata:
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim itu.”

48. Dan orang-orang yang di atas A’raaf memanggil beberapa orang  (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan :
“Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu.”

49. (Orang-orang di atas A’raaf bertanya kepada penghuni neraka) :
“Itukah orang-orang (penghuni syurga) yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?”.

(Kepada orang mukmin itu dikatakan): “Masuklah ke dalam syurga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati.”

50. Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga :
“Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah di rezekikan Allah kepadamu”.

Mereka (penghuni syurga) menjawab : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir,

51. (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.

Jika kita meneliti ayat-ayat Surah al-A'raf. Antara berita yang diceritakan oleh Allah SWT kepada kita adalah:

Pertama : Ada benteng pemisah antara syurga dan neraka. Benteng ini tinggi sehinggakan membolehkan orang yang berdiri atau berada di atasnya dapat melihat keadaan penghuni dalam syurga dan penghuni dalam neraka. Mereka yang berada di atas benteng atau tembok tersebut dinamakan 'ashabul a'raf'. 

Siapa 'Ashabul A'raf'? Mereka adalah orang yang sudah ditentutkan di Padang Mahsyar kelak berdasarkan Buku Catatan Amalannya, bahawa dia selamat dari neraka buat sementara waktu dan tidak pula dapat merasai nikmat syurga. Ketika majoriti umat Islam masuk neraka, memulakan merasakan azab neraka dan segolongan kecil umat Islam yg sudahpun berada di syurga. 

Kenapa segolongan kecil? Rasulallah SAW memberitahu bahawa ketika kiamat dunia, bermulanya proses menimbang amal baik dan buruk manusia (Mizan) dan setelah proses hisab diputuskan siapa akan masuk syurga dan siapa akan masuk neraka, hanya seorang (1) drp 1,000 orang yang menganut agama Allah  (agama Islam) dari mulai zaman Nabi Adam a.s. sampailah terjadinya kiamat, yang masuk atau mendapat syurga. Sedangkan 999 daripadanya akan masuk neraka.

Selepas peristiwa Zalzalah… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari)

Dalam hadis lain Rasulullah SAW memberitahu bahawa di kalangan umat baginda sendiri - manusia yang hidup zaman baginda sampailah manusia terakhir di dunia ketika terjadinya kiamat, satu golongan daripada 73 golongan atau firqah umat Islam yg berjaya mendapat syurga, selainnya, iaitu 72 golongan walaupun Islam, gagal mendapat syurga, dan sebaliknya masuk neraka. Jadi, yang berjaya di akhirat itu hanyalah golongan minoriti - golongan yg sedikit dari kalangan umat Islam. Oleh itu berwaspadalah. Janganlah rasa seronok kerana kita Islam mudah untuk memasuki syurga!

Benar, jika seseorang itu ada sedikit iman akhirnya akan masuk syurga, kerana Allah SWT berjanji, sesiapa sahaj dikalangan orang Islam dan beriman dan ada keimanannya sebesar zarrah atau sebesar tubuh semuit hitam yg halus atau sebesar biji sawi, jika wujud dalam kalbunya keyakinan tentang adanya Tuhan yang Maha Esa yg berhak di sembah, iaitu Allah SWT, dan menyebut akan kalimah 'la-ilaha illallah' (Yg bermaksud: Tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah SWT) , dan juga menyebut Muhammad itu Rasulullah  dan beriman dengan rukun Iman yang lain, akhirnya kelak, setelah berakhkab [Nota: 'Akhkab' adalah hitungan waktu akhirat. Katanya satu akhkab bersamaan dgn 100,000 tahun dalam tahun akhirat. Setiap sehari di akhirat sama dengan 1,000 tahun kiraan tahun kita di dunia sekarang, 1 tahun bersamaada 360 hari] dalam neraka, akan masuk syurga. Itulah orang Iman yg terakhir mendapat syurga, setelah sekian jutaan atau ribuaan atau ratusan tahun merana dalam neraka dalam proses pembersihan diri mereka daripada dosa!  

Ketika telah diputuskan orang-orang Islam yang berjaya mendapat syurga telah dimasukkan ke dalam syurga dan yang gagal mendapat syurga, telah dimasukkan ke dalam neraka, 'ashabul a'raf' berada di atas bentang yang memisahkan syurga dgn neraka. Mereka berdiri melihat ke dalam syurga dan melihat penghunnya, dan mereka juga dapat melihat neraka dan penghuninya. Mereka mengharapkan agar tergolong dalam penghuni syurga dan terselamat dari neraka. 

Golongan ini adalah golongan yang dari segi hisab masaalah dengan Allah SWT selesai, tapi hisab kerana berdosa kepada manusia (Islam) belum diselesaikan lagi. Hanya setelah di hisab dan membayar hutang-hutang dosa dengan orang lain, barulah dapat ditentukan mereka masuk syurga atau masuk neraka. Sekiranya semasa membayar 'hutang dosa' tersebut mereka muflis, maka mereka masuk neraka. kalau setelah ditolak 'hutang dosa' terhadap saudara sesama Islam, dia kekal tak muflis, dan masih ada baki pahala maka dia masih berpeluang untuk masuk ke syurga.

Hidup dizaman ICT dan internet amat mudah menjadi 'muflis segera'. Golongan ini di dunia cukup suka membuat fitnah, mengumpat, aibkan orang lain, jiwa penuh hasad dengki, iri hati, bongkak , sombong dan takbur. Jika dia menulis dalam facebook atau blog sentiasa menghina orang lain dan menyebarkan fitnah-fitnah kepada pengguna internet dan merasa puasa hati dan bergembira. Terlalu gemar memuat turun gambar-gambar seks fitnah dan dikongsikan pada rakan-rakannya. Jika terlalu ramai orang 'share' dalam masa sehari sahaja boleh habiskan pahala yang dia kumpul puluhan tahun dan dalam sehari juga boleh menghimpunkan dosa tinggi menggunung. Nauzubillahiminzalik.

Kedua : Jika sesaorang  itu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah SWT dan tidak percaya kepada kehidupan hari akhir dan dia menghalang umat Islam daripada jalan kebenaran maka dia  menjadi orang kafir dan kekal dalam neraka. 

Tetapi sekiranya dia menghalang umat Islam iatau orang Islam mengaji atau belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya, dihalangi daripada mengerjakan amalan atau ibadah atau amar makruf nahi mungkar, yakni beramal dengan syariat agama Islam yang hak berdasarkan al-Quran dan as-Sunah, adalah juga penghuni neraka. Mereka walaupun Islam tidak akan  mendapatkan syurga, kecualilah akhir-akhir nanti sebagaimana orang dalam golongan yang terdahulu itu. 

Mereka ini adalah orang-orang Islam yang menduduki tempat berkuasa mengaturkan atau menguruskan umat Islam, tetapi mereka yang sepatutnya mempermudahkan proses dakwah, mereka menyusakkan proses dakwah. Mereka mengadakan peraturan atau undang-undang atau peraturan mengikut kehendak hati mereka supaya pergerakan umat Islam dalam proses ilmu dan amalan tergendala atau terganggu dan tidak lancar, dan sentiasa  dihantui oleh tindak tanduk mereka yang kononnya memantau umat Islam dan aqidah umat Islam.

Ketiga: Adalah golongan umat Islam yang juga tidak dapat masuk syurga sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT maksudnya : (iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami." (Surah al-A'raf ayat 51)
Golongan ini menghina Islam dan tidak meyakini hukum-hukum Allah SWT dan menganggap hukum Allah SWT tidak sesuai dan ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masyarakat majmuk.  Sedangkan Islam adalah hukum yang paling sesuai di sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi,
Penghuni syurga semakin bertambah dengan kenikmatan Allah atas mereka, yaitu dengan masuknya mereka ke dalam syurga serta keselamatan mereka dari api neraka. Serta agar semakin bertambah penyesalan dan kerugian penghuni neraka kerana kehilangan karunia dan mendapatkan seksa.

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada jalan-jalan batil yang akan menjerumuskan kita ke dalam neraka. Beramallah dengan amalan ahli syurga iaitu mereka yang beramal soleh dan beribadah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Sifat ahli syurga juga adalah mereka yang menjauhkan diri daripada sifat sombong,  takbur, hasad dengki, suka membuat fitnah , mengumpat dan mengaibkan orang lain.

Berdoalah Kepada Allah SWT Semoga Di Jauhi-Nya Daripada Seksaan Neraka

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga dan neraka ada dua tempat pulang atau destinasi terakhir yang disediakan oleh Allah SWT untuk makhluknya yang bernama jin dan manusia. Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah untuk megabdikan diri kepada Allah SWT ketika di dunia. Jika mereka hayati pengabdian ini mereka akan selamat nanti di akhirat dengan balasan syurga, tetapi jika mereka menyimpang daripada tujuan penciptaannya maka mereka akan menaggung azab sengsara yang berkekalan di neraka.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : 
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”  (Surah az-Zariyat ayat 56.)
 
Para ulama muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardu solat,  puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah SWT. Berdasar ayat tersebut di atas  dan untuk  menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah SWT. serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW. 

Sahabat yang dimuliakan,
Neraka adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya untuk orang fasik, kafir dan munafik mereka kekal di dalam selama-lamanya. Kecuali orang fasik yang ada sedikit iman setelah menjalani seksaan neraka ribuan atau jutaan tahun barulah akan dibenarkan memasuki syurga.
 
Apabila orang-orang kafir sampai di neraka, pintu-pintu dikunci di belakang mereka. Di sini, mereka melihat pemandangan yang paling menakutkan. Mereka segera faham bahawa mereka akan menerima azab yang pedih dan dahsyat di neraka, tempat mereka untuk selama-lamanya. Pintu-pintu yang terkunci menunjukkan bahawa tidak akan jalan untuk menyelamatkan diri. 
Allah SWT menerangkan keadaan orang-orang kafir sebagai berikut (maksudnya) :
“Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.” (Surah al-Balad (90) ayat 19-20)

Manusia yang tidak sanggup menahan sekadar nyala api kecil di dunia, tidak dapat memahami bagaimana terbakar api selamanya. Lebih jauh lagi, rasa sakit akibat api di dunia tidak sebanding dengan seksaan yang dahsyat di neraka. Tidak ada rasa sakit yang dapat menyamai apa yang dirasakan di neraka 
Firman Allah SWT maksudnya :“Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyeksa seperti seksa-Nya, dan tiada seorangpun yang mengikat seperti ikatan-Nya.” (Surah al -Fajr (89) ayat 25-26)
Kenapakah mereka di seksa  dengan azab sekali di neraka? Apakah kesalahan yang telah mereka lakukan ketika di dunia?

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A'raaf (7) ayat 179)

Semua penderitaan yang mereka alami, tidak akan ada seorang pun memberi pertolongan kepada penghuni neraka. Tidak ada yang sanggup menyelamatkan mereka darinya. Dibuang seperti itu akan memberi mereka perasaan kesepian yang pahit. 

"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini.." 
(Surah al-Haaqqah (69) ayat 35) 

Di sekeliling mereka, hanya ada malaikat azab yang diciptakan oleh Allah SWT tidak ada perasaan belas kasihan dan mereka patuh segala perintah dari Allah. Mereka ini adalah para penjaga yang luar biasa keras, kasar dan bengis, tidak ada tolak ansur dan belas kasihan untuk memberi seksaan kepada penghuni neraka. Rasa kasihan telah dihilangkan sepenuhnya dari jiwa para malaikat ini. Di samping seksaan yang mereka berikan, mereka juga memiliki penampilan, suara, dan gerak-geri yang menakutkan. Seksaan yang diberikan adalah  untuk membalas mereka yang mengingkari Allah SWT, menolak hukum-hukum Allah SWT dan hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat. Malaikat neraka ini akan melaksanakan tanggung jawab dengan taat dan patuh tanpa banyak bicara dan pilih kasih kepada sesiapa sahaja yang telah berada di neraka.
Penghuni neraka menanggung rasa sakit melalui seluruh panca inderanya. Mata mereka melihat bentuk-bentuk yang menjijikkan dan mengerikan; telinga mereka mendengar jeritan, raungan, dan tangis mengerunkan, hidung mereka mencium bau busuk dan sengit; lidah mereka mengecap rasa yang amat busuk, pahit, masam yang tidak tertahan. Mereka merasakan neraka hingga ke dalam urat-saraf mereka; rasa sakit yang dahsyat dan membuat gila, yang sukar untuk dibayangkan di dunia ini. Kulit mereka, organ-organ tubuh mereka, dan seluruh jasad mereka hancur dan mereka menggeliat-geliat kesakitan. Selepas hancur dipulihkan semula, dan terus diseksa dan di azab berulang-ulang tanpa berhenti.

Penghuni neraka tidak tahan rasa sakit dan mereka tidak pernah mati. Oleh kerana itu, mereka tidak pernah dapat menyelamatkan diri dari seksaan. Dalam Al Quran, rasa sakit diterangkan sebagai berikut: "alangkah beraninya mereka menentang api neraka!" (Surah al-Baqarah (2) ayat 175).
Kulit mereka pulih semula setelah  dibakar; seksaan yang sama berlangsung terus menerus selama-lamanya; Sekali lagi, Allah SWT berfirman maksudnya : "Masuklah kamu ke dalamnya; maka baik kamu bersabar atau tidak, sama saja bagimu." 
(Surah at-Thuur, (52) ayat 16)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisaa' (4) ayat 56)
 
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita bersana-sama menjaga diri kita dan ahli keluarga kita daripada seksaan api neraka dengan memberi nasihat dan tarbiah. Jangan biarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat. Jika kita biarkan kita akan ditanya nanti kenapa kita biarkan ahli keluarga kita tanpa didikan dan asuhan dengan betul.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” 
(Surah at-Tahrim: 6)

Kita juga tidak boleh membiarkan sahabat-sahabat, saudara mara, jiran tetangga dan umat Islam hanyut dibawa arus jahiliah dengan membiarkan mereka tanpa diberikan dakwah, tarbiah dan nasihat yang baik. Oleh itu kerja-kerja amar makruf nahi mugkar perlu di teruskan dan di jalankan. 

Jika tugas-tugas di atas kita jalankan dengan rasa tanggungjawab dan penuh keinsafan insya Allah kita akan di selamatkan daripada seksaan api neraka dan akan di masukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah SWT.

Thursday, October 25, 2012

Hayati Ibadah Korban Tanda Hamba Yang Bersyukur Kepda Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibadah korban adalah menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir Tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

*Umur binatang yang boleh dikorbankan:
  1.  Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
  2.  Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian.
  3.  Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
  4.  Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.

٭Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.

Kelebihan Korban

Sangat banyak hadis Rasulullah SAW  yang menerangkan tentang keutamaan berkorban, dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar. Hadis-hadis tersebut di antaranya:

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah SWT  selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (Hadis Riwayat  Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

"Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami ini". (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Daripada penjelasan beberapa hadis di atas, maka jelaslah bahawa amalan korban itu adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam dan juga sunnah yang diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. Bagi orang-orang yang melaksanakan korban, ia akan dapat satu kebajikan daripada setiap helai bulu haiwan yang telah dikorbankan itu. Selain itu juga korban tersebut akan memperoleh manfaat atau faedahnya jika sekiranya korban tersebut benar-benar dilaksanakan kerana Allah dengan tujuan untuk menegakkan sunnah dan terlepas dari maksud dan tujuan yang lain.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur".

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketakwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (Surah al-Hajj ayat 36-37)

Hukum Korban
Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut). Adapun bagi mereka yang bernazar,hukumnya wajib. Bagi mereka yang berkemampuan Makruh meninggalkan amalan ini.

Wajib hukumnya kepada Rasulullah berdasarkan hadis: “Diwajibkan ke atas ku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan satu amalan sunat bagi kamu”.(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

Waktu melakukan ibadah Korban
Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.(10,11,12 dan 13)

Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:”Hari-hari Tashriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.” (Hadis Riwayat  Muslim)

Pembahagian daging
Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir,

Bolehkah daging korban disimpan?
Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita hayati ibadah korban tanda hamba yang bersyukur kepada Allah SWT. Besar ganjarannya di sisi Allah SWT apabila kita melaksanakan ibadah korban ini. Jika kita tidak berkorban pada tahun ini niatkan pada tahun hadapan kita akan berkorban insya Allah. Dan bantulah saudara-saudara kita yang akan berkorban pada tahun ini samaada di surau-surau atau dimasjid-masjid. Kita menolong akan diberikan pahala oleh Allah SWT dan akan ada sedikit rezeki yang akan dibawa pulang berupa daging korban.

Kedatangan Aidil Adha Di Sambut Dengan Penuh Syukur Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Sahabat yang dimuliakan,
Malam Aidil Adha atau Hari Raya Haji adalah malam yang makbul doa.: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati. 
Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu Darda’ berkata:Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Aidil Fitri, malam pertama Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Daripada Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari Rejab, malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Fitri dan Adha).

Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.

Untuk menghidupkan malam Aidil Adha terdapat beberapa amalan yang biasa dilakukan oleh orang-orang soleh terdahulu.

1) Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar;

ÙŠŰłŰȘŰ­Űš Ű„Ű­ÙŠŰ§ŰĄ ليلŰȘي Ű§Ù„ŰčÙŠŰŻ ŰšŰ§Ù„Ű°ÙƒŰ± ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© وŰșÙŠŰ±Ù‡Ù…Ű§ ÙŰ„Ù†Ù‡ ÙˆŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† ۶ŰčÙŠÙŰ§ لكن ŰŁŰ­Ű§ŰŻÙŠŰ« Ű§Ù„ÙŰ¶Ű§ŰŠÙ„ يŰȘŰłŰ§Ù…Ű­ ÙÙŠÙ‡Ű§Ù‚Ű§Ù„ : ÙˆŰ§Ù„ŰžŰ§Ù‡Ű± ŰŁÙ†Ù‡ Ù„Ű§ ÙŠŰ­Ű”Ù„ Ű§Ù„Ű„Ű­ÙŠŰ§ŰĄ Ű„Ù„Ű§ ŰšÙ…ŰčŰžÙ… Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„
Maksudnya: Disunatkan untuk menghidupkan kedua-dua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.
Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.

2) Di dalam kitab Al-Imdad’;

وفي Ű§Ù„Ű§Ù…ŰŻŰ§ŰŻ: ÙˆÙŠŰ­Ű”Ù„ Ű§Ù„Ù‚ÙŠŰ§Ù… ŰšŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© Ù†ÙÙ„Ű§ ÙŰ±Ű§ŰŻÙ‰ من ŰșÙŠŰ± ŰčŰŻŰŻ Ù…ŰźŰ”ÙˆŰ”، ÙˆŰšÙ‚Ű±Ű§ŰĄŰ© Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű§Ű­Ű§ŰŻÙŠŰ«ÙˆŰłÙ…Ű§ŰčÙ‡Ű§، ÙˆŰšŰ§Ù„ŰȘŰłŰšÙŠŰ­ ÙˆŰ§Ù„Ű«Ù†Ű§ŰĄ، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ (Ű”) Ű§Ù„Ű­Ű§Ű”Ù„ Ű°Ù„Ùƒ في مŰčŰžÙ… Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„
Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.

3) Daripada Ibn Abbas;

Űčن Ű§ŰšÙ† Űčۚۧ۳ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ù…Ű§ ŰšŰ”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„Űčێۧۥ ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ©، ÙˆŰ§Ù„ŰčŰČم Űčلى Ű”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„Ű”ŰšŰ­ ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ©، ÙƒÙ…Ű§ Ù‚Ű§Ù„ÙˆÙ‡ ÙÙŠŰ„Ű­ÙŠŰ§ŰĄ ليلŰȘي Ű§Ù„ŰčÙŠŰŻÙŠÙ†
وفي Ű”Ű­ÙŠŰ­ Ù…ŰłÙ„Ù… Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ (Ű”) من Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Űčێۧۥ في ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ© ÙÙƒŰŁÙ†Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù… Ù†Ű”Ù Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„، ومن Ű”Ù„Ù‰Ű§Ù„Ű”ŰšŰ­ في ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ© ÙÙƒŰŁÙ†Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù… Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ كله
Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah. Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sambut kedatangan Aidil Adha dengan penuh syukur, berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT sebagai hamba yang lemah dan dhaif mengharapkan belas kasihan dan rahmat daripada-Nya.

Pada malam ini dan seterusnya pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah terus memuji dan memuja Allah SWT dengan zikir dan takbir hari raya . Melaksanakan ibadah korban  sebagai tanda
hamba yang sentiasa reda dan patuh kepada semua perintah Allah SWT.
Kita sama-sama melaksanakan solat sunat Aidil Adha satu amalan sunat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan. Amalan sunah juga  jangan menjamah makanan sebelum habis solat sunat Aidil Adha. Selepas pulang daripada mengerjakan solat sunat Aidil Adha maka barulah menjamah hidangan dirumah.

Wednesday, October 24, 2012

Setiap Manusia Akan Di Kumpulkan Bersama-sama Orang Yang Di Cintai Ketika Di Dunia


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik r.a. : Ada seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW : “Bilakah kiamat itu tiba?”

Rasulullah bersabda : “Apa yang telah kamu persiapkan untuk itu?”

Lelaki itu menjawab : “Cinta Allah dan Rasul-Nya.”

Rasulullah menjawab : “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.”

(Hadis Riwayat Muslim, No. 4775)

 Huraiannya :


Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap mukmin yang beriman dan bertakwa akan bertemu di syurga orang yang dicintai ketika di dunia dahulu.

Apabila ditanya oleh Nabi SAW kepada Arab Badwi apakah persiapan beliau untuk menghadapi kiamat, beliau menjawab dia mencintai Allah  dan Rasul-Nya. Jika benar apa yang beliau ucapkan maka di hari akhirat nanti beliau akan bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah SWT mencintai dan meredainya. Begitu juga jika beliau mencintai Rasul-Nya maka beliau akan bertemu dan berkumpul bersama-sama baginda di syurga.

Jika di dunia kita mencintai Rasulullah SAW, para sahabat baginda, alim ulama, orang-orang soleh, para mujahid Islam, orang-orang mukmin, ibu bapa, isteri, anak-anak, ahli keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan insya Allah kita akan bertemu dengan mereka di dalam syurga , salah satu tempatnya adalah di Pasar Syurga setiap hari Jumaat.

Tanda kita mencintai Rasulullah SAW adalah dengan mengikut sunah dan ajaran Rasulullah SAW dan banyak berselawat ke atas baginda maka kita akan bertemu dan dikumpulkan bersama baginda.

Nabi SAW menyuruh umatnya apabila ingin mencari sahabat maka carilah sahabat yang soleh kerana sahabat yang soleh bukan sahaja akan membantu menyelamatkan kita ketika di dunia tetapi dia juga akan memberi syafaat ketika di hari akhirat nanti.

Nabi SAW mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

مَŰ«َلُ Ű§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِ وَŰ§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„ŰłَّوْŰĄِ كَمَŰ«َلِ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ ، وَكِÙŠŰ±ِ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ ، Ù„Ű§َ يَŰčْŰŻَمُكَ مِنْ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ Ű„ِمَّۧ ŰȘَŰŽْŰȘَ۱ِيهِ ، ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ ۱ِÙŠŰ­َهُ ، وَكِÙŠŰ±ُ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ يُŰ­ْ۱ِقُ ŰšَŰŻَنَكَ ŰŁَوْ Ű«َوْŰšَكَ ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ مِنْهُ ۱ِÙŠŰ­ًۧ ŰźَŰšِÙŠŰ«َŰ©ً

Maksudnya : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Ulama Salaf ada memberi pesanan : "Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semuga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Begitu juga jika kita mencintai ulama kerana ilmunya yang bermanfaat dan sentiasa menasihati kita supaya terdorong untuk mentaati Allah SWT dan menjauhi daripada maksiat dan dosa , kemudian kita berusaha melaksanakan kebaikan tersebut, kita akan bertemu dengannya di syurga dalam keadaan cinta mencintai dan berkasih sayang.

Sahabat yang dimuliakan,
Perlulah kalian berhati-hati ketika kalian mencintai seseorang manusia. Jika kalian silap memilih pemimpin dan kalian mencintai pemimpin yang zalim dan dia membelakangkan peraturan Allah SWT maka kalian akan dikumpulkan bersama-sama dengan mereka di hari akhirat nanti. Maka ketika ini apa alasan kalian hendak berikan kepada Allah SWT? Ketika ini sudah terlambat dan penyesalan ketika itu sudah tidak berguna lagi.

Firman Allah SWT maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan..."(Surah al-Maaidah ayat 57)

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).." (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri dan berhati-hatilah ketika di dunia supaya jangan kita mencintai golongan yang terang-terang menentang Islam kerana dikhuatiri akan berkumpul bersama dengan mereka di hari akhirat nanti. Oleh itu cintailah semua manusia yang dicintai Allah SWT terutama Rasulullah SAW, para sahabat dan orang-orang soleh, semoga kita dapat bersama dengan mereka di syurga nanti insya Allah.



Monday, October 22, 2012

Setiap Amal Soleh Terdapat Pintu-pintu Khusus Di Syurga .


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang berinfak dengan sepasang hartanya di jalan Allah maka ia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, ‘Hai hamba Allah, inilah kebaikan.’ Maka orang yang termasuk golongan ahli solat maka ia akan dipanggil dari pintu solat. Orang yang termasuk golongan ahli jihad akan dipanggil dari pintu jihad. Orang yang termasuk golongan ahli puasa akan dipanggil dari pintu Ar-Royyan. Dan orang yang termasuk golongan ahli sedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

Ketika mendengar hadis ini Abu Bakar pun bertanya, “Ayah dan ibuku sebagai penebus anda wahai Rasulullah, kesulitan apa lagi yang perlu dikhawatirkan oleh orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu. Mungkinkah ada orang yang dipanggil dari semua pintu tersebut?”.

Maka baginda pun menjawab, “Iya ada. Dan aku berharap kamu termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari [1897 dan 3666] dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu).

Berdasarkan hadis sahih di atas jelaslah kepada kita semua bahawa setiap amal soleh dan amal kebaikan yang kita kerjakan di dunai ini semuanya tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT. Segala kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sehinggakan setiap amal soleh yang banyak dikerjakan oleh seseorang mukmin di dunia ini terdapat pintu-pintu khusus untuk dia memasukinya.Ini menunjukkan bagaimana Allah SWT mencintai para hamba-Nya yang beristiqamah dengan amal-amal soleh dan kebaikan dengan melipatgandakan amalan tersebut.

Terdapat 5 amal soleh yang mempunyai pintu-pintu khusus di syurga iaitu :
 
Pertama : Pintu Infak - Sesiapa yang banyak infakkan hartanya dijalan Allah SWT.

Kedua : Pintu Solat - Sesiapa yang banyak mengerjakan solat.

Ketiga : Pintu Jihad - Sesiapa yang sentiasa berjihad di jalan Allah SWT.

Keempat : Pintu Ar-Royyan- Sesiapa yang banyak mengerjakan puasa

Kelima : Pintu Sedekah. - Sesiapa yang banyak melakukan sedekah.

Huraiannya :

Pertama : Pintu Infak - Sesiapa yang banyak infakkan hartanya dijalan Allah SWT.

Al-Qadhi menukil ucapan Al-Harawi ketika menerangkan makna ‘sepasang hartanya’ : Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksud dengan ‘sepasang harta’ adalah dua ekor kuda, dua orang budak, atau dua ekor unta (Al-Minhaj oleh An-Nawawi, 4/351).

Sedangkan yang dimaksud dengan berinfak di jalan Allah dalam hadis ini mencakup berinfak untuk segala bentuk amal kebaikan, bukan khusus untuk jihad saja (Al-Minhaj, 4/352).

Apabila kita memberikan harta kita untuk kerja-kerja dakwah menyebarkan risalah Islam, memberi tarbiah dan meninggikan syiar Islam dan menderma dan membantu saudara-saudara kita di Palestin dan Syria yang sedang berjuang mendaulatkan Islam dan mempertahankan tanah air mereka daripada kezaliman golongan Zionis dan Syiah adalah termasuk berinfak di jalan Allah SWT.

Kedua : Pintu Solat - Sesiapa yang banyak mengerjakan solat.

Solat yang paling afdal selepas solat fardu adalah Solat Tahajud. Solat Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai salatullail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Israa’ ayat 79)

Selain daripada Solat Tahajud solat yang dituntut adalah solat-solat sunat yang lain :

1. Solat Witir.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Hadis Riwayat Ahmad)

2. Solat Duha.

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat Duha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur". (Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

3. Solat Sunat Rawaib.

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari Nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaihi)

4. Solat Tasbih.


 Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni  kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak. 

Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rekaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian ruku' dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan ruku', kemudian engkau bangun dari ruku' dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.

Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila  tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah) 

5. Solat Istikharah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan reda dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

6. Solat sunat ketika masuk dan keluar rumah.

Nabi SAW bersabda  :

ۄ۰ۧ ŰŻŰźÙ„ŰȘ منŰČلك ÙŰ”Ù„ Ű±ÙƒŰčŰȘين ŰȘمنŰčŰ§Ù†Ùƒ Ù…ŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„ŰłÙˆŰĄ ÙˆŰ„Ű°Ű§ ۟۱ۏŰȘ من منŰČلك ÙŰ”Ù„ Ű±ÙƒŰčŰȘين ŰȘمنŰčŰ§Ù†Ùƒ Ù…ŰźŰ±ŰŹ Ű§Ù„ŰłÙˆŰĄ

Maksudnya: "Apabila kamu masuk ke dalam rumah-mu, maka tunaikanlah solat 2 rakaat, ianya menghalang kamu dari kemasukan sesuatu keburukan, dan demikian juga jika kamu keluar daripada rumah-mu, solatlah 2 rakaat, ianya menghalang kamu dari kemasukan sesuatu keburukan."

(Hadis ini dinilai para perawinya sebagai thiqah di dalam Majma' al-Zawa-id, dan dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami')

7. Solat selepas berwuduk.

8. Solat Hajat.

9. Solat Taubat.

10. Solat Tahyatul Masjid.

Ketiga : Pintu Jihad - Sesiapa yang sentiasa berjihad di jalan Allah SWT.

Berjihad dijalan Allah SWT cukup luas bukan sahaja mengangkat senjata memerangi golongan kafir tetapi bekerja dan berusaha amar makruf nahi mungkar adalah termasuk berjihad dijalan Allah SWT. Berusaha untuk menegakkan sistem hidup Islam, menyebarkan fikrah dan kefahman Islam samaada melalui di media masa, internet , buku, risalah, television, radio dan lain-lain adalah termasuk kerja-kerja jihad dijalan Allah SWT.

Berjihad di jalan Allah SWT berlaku umum bagi seluruh kaum muslimin. Masing-masing mereka wajib berjihad sesuai dengan kemampuannya. Dan perintah agar berjihad dengan sebenar-benarnya ini perintah-Nya untuk bertakwa dengan sebenar-benarnya.
Seperti firman Allah SWT maksudnya " Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan." (Surah al-Hajj ayat 78)

Keempat : Pintu Ar-Royyan- Sesiapa yang banyak mengerjakan puasa.

Untuk terpilih memasuki Pintu Ar-Royyan seseorang itu bukan setakat mengerjakan puasa Ramadan sahaja tetapi mereka perlulah banyak mengerjakan puasa-puasa sunat yang lain. Puasa-puasa sunat seperti :

1. Puasa enam hari di bulan Syawal.

2. Puasa hari Isnin dan Khamis.

3. Puasa tiga hari setiap bulan. (13, 14 dan 15 )

4. Puasa Hari Arafah.(9 Zulhijjah)

5. Puasa Asura. (10 Muharam)
 
6. Puasa hari Tasu'a (9 Muharram)

7. Puasa dibulan Syaaban. (perbanyakkan puasa sunat).

Mengerjakan puasa-puasa sunat hendaklah dengan ikhlas dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa.

Kelima : Pintu Sedekah. - Sesiapa yang banyak melakukan sedekah.

Salah satu sifat yang mulia yang perlu ada pada seorang mukmin adalah sifat pemurah dan ada perasaan belas kasihan dan suka membantu kepada golongan fakir-miskin dan anak-anak yatim. Hidup ini akan lebih harmoni hanya apabila kita banyak bersedekah dan memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?
Nabi SAW menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesiapa yang banyak bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT Sehinggakan Nabi SAW ada menyatakan di dalam hadisnya bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan daripada Allah SAWT. di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah kerana Allah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Didalam riwayat yang yang lain Nabi SAW ada menyatakan bahawa seorang dermawan yang ikhlas kerana Allah akan dimasukkan ke dalam syurga lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid dan akan dipelawa untuk memasuki syurga melalui pintu sedekah.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita pertingkatkan amal ibadah dan amal soleh kita ketika di dunia ini. Jika kita berusaha di dunia ini untuk memilih bidang khusus untuk memenuhi minat dalam kerjaya kita maka kenapa kita tidak memilih salah satu bidang khusus untuk beramal soleh sebagai bekalan kita di hari akhirat nanti dan boleh memasuki pintu-pintu syurga yang disediakan?

Contoh sahabat-sahabat Rasulullah SAW :

1. Abdul Raman bin Auf - banyak bersedekah dan infak dijalan Allah SWT.

2. Khalid bin al-Walid - banyak berjihad dijalan Allah SWT sehingga badannya penuh dengan luka-luka kerana berjihad dijalan Allah SWT.

3. Abu Hurairah - seorang yang pakar ilmu hadis (banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW)

4. Ali bin Zainal Abidin - cucu kepada Saidina Ali k.wj - bersolat sunat lebih 1000 rekaat sehari. Di panggil ‘As-Sajjad’ (orang yang ahli sujud).

5. Ibnu Abbas - seorang yang pakar dibidang tafsir al-Quranul karim.


Sesungguhnya kalian semua lebih tahu apa bidang yang kalian minat dan banyak melakukan amal soleh. Teruskan beramal dan beristiqamahlah semata-mata mencari keredaan Allah SWT.