Saturday, June 15, 2013

Soal Jawab Agama Siri 31 (Hubungan Silaturahim, Bertemu dan Berpisah Kerana Allah, Tolong Menolong, Golongan Muflis dan Amalan Untuk Akhirat.)

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 31 adalah menjawab persoalan hubungan silaturahim, bertemu dan berpisah kerana Allah, tolong menolong, golongan muflis dan amalan untuk akhirat.

451. Soalan : Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang mukmin yang suka menghubungkan silaturahim dengan sahabat-sahabat lama yang terputus hubungan, mengeratkan lagi ukuwah Islamiah dan ziarah menziarahi di antara satu sama lain?

Sungguh besar pahala di sisi Allah SWT sesiapa saja dikalangan orang mukmin yang berusaha untuk mengeratkan silaturahim dan membina ukhwah Islamiah.

Daripada Anas (r.a) bahwa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam) bersabda: “Siapa yang ingin agar rezkinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Anas (r.a) beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: “Sesungguhnya sedekah dan silaturrahim, kedua-duanya dapat menambah umur dan menghindarkan seseorang daripada maitatassuu’ (mati dalam keadaan mengerikan), dan menghindarkannya daripada perkara yang dibenci lagi dilarang”. (Hadis Riwayat Abu Ya’laa)

Dalam satu hadis yang lain seseorang yang menziarahi saudaranya kerana Allah SWT akan mendapat balasan syurga .

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Seorang yang keluar untuk mengunjungi saudaranya dikampung yang lain dan Allah mengutus seorang malaikat untuk menunggunya di perjalanan. (Apabila orang itu sampai ketempat dimana malaikat berada)

Malaikat bertanya 'Kemana engkau hendak pergi? '

Dia menjawab : 'Aku pergi kepada saudaraku dikampung ini'.
Malaikat bertanya :' Adakah dia meminjamkan kamu sesuatu yang mana kamu hendak mengambilnya kembali?'
Orang itu menjawab :' Tidak. Kedatanganku semata-mata kerana aku mencintainya kerana Allah'.
Malaikat berkata :' Aku adalah pesuruh Allah yang dihantar kepada engkau untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintainya semata-mata kerana Allah." (Hadis Riwayat Muslim).

Dia datang berziarah adalah semata-mata kerana Allah SWT dan bukan diatas sebab-sebab ada kepentingan duniawi kerana harta atau kerana hubungan keluarga.

452. Soalan : Sekiranya seorang mukmin itu bertemu saudaranya kerana Allah SWT dan berpisah kerana Allah dan saling kasih mengasihi kerana Allah SWT apakah balasan di akhirat nanti yang akan diterimanya terutama ketika manusia semua di kumpulkan di Padang Mahsyar?
 

Di dalam satu hadis riwayat Bukhari terdapat tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy ketika berada di Padang Mahsyar salah satu daripada golongan tersebut adalah seorang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.

Rasul SAW itu bersabda yang bermaksud:  "Terdapat 7 golongan manusia yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya iaitu: Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW. meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : " Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari kiamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada mereka."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

453. Soalan  : Amalan tolong menolong, bantu membantu sesama saudara muslim adalah adalah amalan yang baik yang sangat di tuntut dalam Islam. Minta ustaz cuba jelaskan hadis-hadis Nabi SAW yang menggalakkan kita memberi bantuan dan pertolongan ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)

lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.

Allah SWT memberi jaminan bahawa Dia akan memberi pertolongan kepada sesiapa dikalangan hamba-Nya dihari akhirat nanti. Kesusahan diakhirat adalah seperti berada kepanasan diPadang Mahsyar (mendapat perlindungan Arasy), menerima Buku Catatan (mendapat buku catatan di tangan kanan), Timbangan Amal {Mizan} (akan di pereksa dengan pemereksaan yang mudah) dan Titian Siratul Mustakim (melalui titian seperti kilat atau angin kencang). Pertolongan yang paling besar sekali adalah mendapat keampunan Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

Membantu orang yang susah dengan pemberian sedekah akan mendapat banyak kebaikan di dunia dan akhirat seperti hadis Nabi SAW riwayat Amru bin Auf r.a..

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah).

454. Soalan : Di dalam masyarakat kita terdapat sebahagian golongan yang suka membuat fitnah, mendedahkan aib orang lain, suka maki hamun dan membuat tuduhan zina dan liwath tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Dalam Islam apakah hukumnya perbuatan seperti ini dan adakah mereka termasuk orang-orang yang fasik?

Dalam Islam sesiapa sahaja yang suka membuat fitnah, mendedahkan aib orang lain, suka maki hamun maka mereka telah melakukan dosa yang besar. Jika mereka pula membuat tuduhan  zina atau liwath tanpa membawa 4 orang saksi lelaki yang adil dan muslim maka mereka boleh dikenakan hukum qazab iaitu di sebat 80 kali dikhalayak ramai dam mereka ini adalah orang-orang yang fasik. Bukti-bukti seperti vedio, cctv, gambar, DNA tidak boleh menggantikan 4 orang saksi kerana bukti-bukti tersebut seperti vedio, cctv, gambar, DNA, sumpah palsu semuanya boleh diubah suai dengan kecangihan teknologi yang ada sekarang.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah SWT :-

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ يَ۱ْمُونَ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰ”َنَۧŰȘِ Ű«ُمَّ لَمْ يَŰŁْŰȘُÙˆŰ§ ŰšِŰŁَ۱ْŰšَŰčَŰ©ِ ŰŽُهَŰŻَۧۥ فَۧۏْلِŰŻُوهُمْ Ű«َمَŰ§Ù†ِينَ ŰŹَلْŰŻَŰ©ً وَلَۧ ŰȘَقْŰšَلُÙˆŰ§ لَهُمْ ŰŽَهَۧۯَŰ©ً ŰŁَŰšَŰŻًۧ وَŰŁُوْلَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْفَۧ۳ِقُونَ

Maksudnya : "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka  sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik" ( Surah An-Nur ayat 4)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie  berkata :

ÙˆÙ„Ű§ ÙŠÙ‚ŰšÙ„ في Ű§Ù„Ù„ÙˆŰ§Ű· Ű„Ù„Ű§ ۣ۱ۚŰčŰ© Ù„Ű§Ù†Ù‡ ÙƒŰ§Ù„ŰČÙ†Ű§ في Ű§Ù„Ű­ŰŻ في Ű§Ù„ŰŽÙ‡Ű§ŰŻŰ©

Maksudnya : "Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

 454. Soalan : Siapakah golongan yang akan menjadi muflis di hari akhirat?

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”


Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”


Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)


Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh (sembahyang, puasa dan zakat) yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk syurga , sekiranya di samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal kejahatan yang membawa kepada dosa seperti suka memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang, suka  mendedahkan aib orang lain, suka mengumpat dan membuat fitnah.

Apabila berlaku proses timbangan segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia akan jadi Orang Muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.


Oleh itu ingatlah, bahawa orang yang paling rugi di akhirat nanti adalah Orang Muflis ,semasa di dunia tidak berhati-hati dalam tindakan dan amalannya, banyak di dorong oleh hawa nafsu dan pujukan syaitan. Pepatah melayu ada berkata : “Ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu .“ Anggota manusia yang paling bahaya adalah lidah. Walaupun dia lembut dan tidak bertulang tetapi apabila silap menggunakannya ianya boleh menghumban pemiliknya masuk kedalam neraka.

455. Soalan :  Apakah amal soleh yang perlu kita banyakkan di dunia supaya nanti apabila banyak ditolak amal-amal pahala yang kita bawa akan membantu kita semasa ditimbang (mizan) amal baik dan buruk kita ? 

 
Terdapat beberapa amalan yang patut kita perbanyakkan di dunia ini supaya ianya akan dapat membantu kita semua in syaa Allah :


1. Banyakkan bersedekah.


Bersedekahlah setiap hari walaupun seringgit atau sebiji kurma kerana sedekah akan dapat memedamkan kemurkaan Allah dan kematian su'ul khatimah.

Derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Firman Allah SWT maksudnya : “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.

Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

2. Banyakkan berzikir.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir sebanyak 100 kali dalam sehari, dia akan mendapat pahala memerdekakan 10 hamba, ditulis baginya 100 kebajikan, dihapuskan daripada 100 kejahatan, dan dia dilindungi daripada godaan syaitan sejak hari itu hingga petang. Tidak seorang pun yang datang membawa hasil yang lebih baik daripada yang diperolehnya, kecuali dia melakukan lebih banyak daripada itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


Zikir yang ringan di mulut berat di Timbangan dan disukai Allah

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ، قَŰ§Ù„َ:
قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… :كَلِمَŰȘَŰ§Ù†ِ ŰźَفِيْفَŰȘَŰ§Ù†ِ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„ِّŰłَŰ§Ù†ِ، Ű«َقِيْلَŰȘَŰ§Ù†ِ فِي Ű§Ù„ْمِيْŰČَŰ§Ù†ِ، Ű­َŰšِيْŰšَŰȘَŰ§Ù†ِ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَŰšِŰ­َمْŰŻِهِ. ŰłَŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيْمِ

Hadis riwayat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Saallallahu Alaihi Wassalam bersabda: "Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Banyakkan niat-niat yang baik untuk bersedekah.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).


Dalam satu riwayat menyatakan, ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "


Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW .bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.."
(Hadis Riwayat Bukhari  dan Muslim)

4. Bertakwa, berakhlak baik dan menjaga lidah daripada perkara yang diharamkan.

Abu Hurairah berkata : Rasulullah SAW ditanya mengenai hal apakah yang paling menyebabkan banyak orang masuk syurga. Rasulullah menjawab : "Takwa dan akhlak yang baik." Kemudian Rasulullah ditanya mengenai apakah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka. Rasulullah SAW menjawab : "Dua lubang iaitu lubang mulut dan kemaluan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai jalan selamat, ajaran Islam sejak mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menutur percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah lebih utama bagi seseorang itu untuk diam sahaja. Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh ajaran Islam.




Friday, June 14, 2013

Soal Jawab Agama Siri 30 (Pendidikan Islam Cara Luqman al-Hakim, Golongan Beruntung, Terkena Sihir, Malam Nisfu Syaaban dan Solat Witir)

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Siri 30 adalah menjawab persoalan pendidikan Luqman al-Hakim di dalam al-Quran, golongan yang beruntung mendapat pahala berterusan, tanda-tanda terkena sihir, doa malam Nisfu Syaaban mustajab di sisi Allah SWT dan kebaikan Solat Witir .

446. Soalan : Apakah ciri-ciri pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh Luqman al-Hakim seperti dinyatakan di dalam al-Quran?
 

Dalam Surah Luqman didapati lapan ayat berturut-turut secara khusus memperkatakan kisah Luqman, dimana tajuk ayat tersebut merupakan isi pengajaran Luqman kepada anaknya. Dari ayat-ayat tersebut dapat diklasifikasi kepada tiga asas utama iaitu Asas Aqidah, Asas Ibadah dan Asas Akhlak.

Pertama :  Asas Aqidah.
 

Persoalan aqidah merupakan isu terpenting dalam kehidupan Muslim . Ini disebabkan aqidah menurut Islam adalah asas bagi binaan Islam pada keseluruhannya. Daripada aspek yang lain ia juga dapat disifatkan sebagai benteng yang paling teguh bagi menjaga dan mengawasi segala bentuk penyelewengan.

Asas aqidah yang ditekankan di sini adalah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan satu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman ayat 13)

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Luqman memulai nasihat kepada anaknya supaya menjauhkan diri daripada syirik kepada Allah, kerana jiwa yang suci harus bersih daripada sebarang kerosakan dan kesesatan. Di antara punca kerosakan aqidah adalah syirik. Oleh itu ia hendaklah dijaga daripada syirik agar aqidah sentiasa berada dalam keadaan baik. Kerana kesucian dan kemurniaan aqidah itulah punca segala amalan yang baik.

Syirik adalah sebesar-besar dosa yang dilakukan oleh seseorang kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."

Kedua : Asas Ibadah.
 

Konsep ibadah dalam Islam bukan hanya terbatas kepada soal-soal ta'abbudi yang dikenali seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ibadah mempunyai erti yang sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian sepenuhnya dan berfungsi menjalinkan hubungan yang berterusan antara hamba dengan Allah SWT. Hubungan ini sebenarnya yang menjadi asas utama pendidikan Islam pada keseluruhannya.

Ibadah dalam Islam merangkumi keseluruhan kehidupan manusia iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam dan makhluk Allah yang lain. Setiap perkara yang kita lakukan dan tinggalkan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaan-Nya akan dikira sebagai beribadah kepada Allah SWT.

Solat adalah saluran utama hubungan manusia dengan Allah SWT. Ia merupakan pancaran yang menghidupkan dan menyuburkan keimanan dalam hati, kerana dengan bersolat seorang akan mengingati Allah melalui segala bacaan yang dibaca sepanjang solat.

Ketiga : Asas Akhlak.

Islam sangat mementingkan budi pekerti untuk mewujudkan unsur-unsur kekuatan dan peribadi yang baik, yang akan dapat mempertingkatkan taraf kehidupan di dunia serta keredhaan Allah di sebalik kehidupan sekarang ini. Dalam pendidikan Luqman asas ini ditekankan kepada beberapa perkara pokok iaitu :

1.Berbakti kepada kedua ibu bapa :

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan Kami wajibkan berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) "(Surah Luqman ayat 14)

2.Bersifat sabar :

Firaman Allah SWT yang bermaksud : "Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang sangat-sangat di ambil berat untuk melakukannya." (Surah Luqman ayat 17)

3.Tidak takbur dan sombong :

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang sombong, takbur lagi membanggakan diri." (Surah Luqman ayat 18)

Takbur ialah sikap jiwa yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain, samaada orang itu manusia atau jin. Sikap takbur inilah menyebabkan Iblis telah dilaknat oleh Allah SWT dan akan dihumbankan kedalan api neraka.

4.Kesederhanaan dalam semua perkara :
 

Kesederhanaan ini berlaku kepada keseluruhan sistem termasuk urusan ibadah. Seseorang Islam tidak digalakkan beribadah sehingga menyeksa diri sendiri kerana setiap diri itu ada hak yang mesti diberikan, seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguh bagi tubuh badan ada haknya yang mesti kamu berikan kepadanya."

Begitu juga dalam urusan membelanjakan harta, Islam tidak menggalakkan umatnya supaya berbelanja secara berlebih-lebihan atau sebaliknya (kikir).

Dalam konteks pendidikan Luqman didapati dua aspek ditekankan iaitu:

Pertama : Sederhana sewaktu berjalan, firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan sederhanakanlah langkahmu sewaktu berjalan." (Surah Luqman ayat 19).

Kedua : Sederhana waktu bercakap., firman Allah SWT yang bermaksud :  "Lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara itu suara keldai." (Surah Luqman ayat 19).

447. Soalan : Siapakah golongan yang beruntung mendapat pahala berterusan walau pun mereka sudah lama meninggal dunia?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Terdapat 9 golongan yang akan mendapat ganjaran yang besar di hari akhirat kerana kerja-kerja cemerlang yang telah disumbangkannya ketika di dunia.

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

1. Pemimpin yang adil. (Pemimpin yang mengambil al-Quran dan sunah dalam pemerentahannya)

2. Ulama yang menulis kitab (ilmu yang bermanfaat samaada ilmu hadis, ilmu tafsir , ilmu feqah dan ilmu tasauf)

3. Pengasas Jemaah Islamiah. (Jemaah Islam yang menghidupkan sunah Rasulullah SAW, menekankan aspek akidah, ibadah, akhlak dan untuk menegakkan syariat Allah SWT di muka bumi)

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

4. Ahli Sains yang menciptaan alat yang bermanfaat. (banyak memudahkan kehidupan manusia)

5. Dermawan sentiasa menyumbang untuk amal jariah. (sumbangan berterusan untuk pembangunan institusi Islam, menghidupkan pendidikan  dan dakwah Islam dalam masyarakat)

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat pula dengan manusia dan dekat dengan syurga, jauh dari neraka..." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Dar al-Quthni)

6. Pendakwah Islam (mengislamkan ramai orang bukan Islam dan laksanakan amar makruf nahi mungkar dan menghidupkan pendidikan Islam dan dakwah Islam)

Dari Sahl bin Sa'd as-SĂąidi, bahawasanya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda kepada 'Ali k.wj ketika beliau akan memberinya panji pada hari perang Khaibar: "Lakukanlah dengan perlahan hingga engkau turun ke lapangan menghadapi mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam dan beritahukanlah kepada mereka hak Allah yang wajib atas mereka. Demi Allah! sungguh, Allah beri hidayah di tanganmu seorang saja adalah lebih baik bagimu daripada onta merah (barang yang paling berharga dan bernilai paling tinggi bagi orang Arab saat itu)." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Para mujahidin (berjihad dijalan Allah)

8. Penulis Islam yang mengajak kepada kebaikan. Menulis dan menyampaikannya ilmu yang bermanfaat samaada menerbitkan buku-buku agama atau menulis artikal Islam di laman sosial.

9. Pengasas rumah anak yatim, maahad tahfiz dan sekolah agama.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda  memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

448. Soalan : Ustaz bolehkan saya tahu apakah tanda-tanda seseorang terkena sihir? Dan bagaimana cara untuk membuktikannya?

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

Cara-cara mengesan sihir adalah seperti berikut :

Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tanganmu :

1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52

2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118

3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.

4. Baca surah an-Nas ayat 1-6

Ketika membaca ayat-ayat di atas , letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahgian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kananmu itu di depan mata si sakit, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia , tidak diragukan, terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.

449. Soalan : Apakah kebaikan malam Nisfu Syaaban , adakah pada malam tersebut doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT?

Pada malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) adalah salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan pada malam Nisfu Syaaban banyakkan berdoa dan memohon keampunan disisi Allah SWT.
 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” (Hadis Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
 

Hadis di atas merupakan hadis yang sahih dari Rasulullah SAW berkenaan fadhilat Nisfu Syaaban.

Berdasarkan hadis di atas hanya dua golongan manusia sahaja yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT iaitu :


Pertama : Orang yang syirik kepada Allah SWT.


Kedua : Orang yang bermusuhan iaitu yang memutuskan silaturahim.

450. Soalan : Saya ingin bertanya jika saya telah solat witir selepas isya dan terjaga sebelum suboh dan dapat buat tahajud 2 rakaat, selepas itu perlu tutup dengan witir lagi atau tidak perlu? Adakah solat witir ini solat sunat yang dituntut?

Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.” (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)




Wednesday, June 12, 2013

Soal Jawab Agama Siri 29 (Isteri Derhaka, Isteri Solehah, Siapa Wanita Ahli Syurga dan Pahala Wanita Tinggal di Rumah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم  

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 29 adalah menjawab persoalan ciri-ciri isteri derhaka (nusyuz), ciri-ciri isteri solehah, siapakah yang layak memasuki syurga dan pahala wanita yang tinggal dirumah.

441. Soalan : Di dalam kehidupan masyarakat modern  hari ini terdapat ramai isteri  yang derhaka (nusyuz) kepada suaminya. Bolehkan ustaz terangkan apakah ciri-cirinya isteri derhaka.

Jika dilihat berdasarkan hukum feqah terdapat 9 ciri-ciri isteri derhaka (nusyuz) :

Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. 


Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.
Isteri perlu meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya).


Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.

 

Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak . 

Jika diizinkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.

Ketiga : Menyakiti hati suami .


Isteri yang suka menyakiti hati suaminya, suka berbantah-bantah atau tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menyakiti hatinya adalah berdosa besar.

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya." 

Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami ketika suami hajat bersama.


Ketika suami berhajat kepadanya dia engan melayan hajat suaminya tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau tak ada keinginan bukan alasan yang menasabah.


Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya : "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.
 

Keenam : Isteri membuat fitnah kepada suaminya.

Isteri cuba memfitnah atau mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu. atau isteri menuduh tanpa bukti yang sahih bahawa suaminya ada perhubungan dengan wanita lain.


Ketujuh : Isteri minta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak. 

Jika isteri meminta cerai kerana alasan suami berhajat berpoligami.bukanlah alasan yang syrie.

Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) 


Kelapan : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain.


Isteri selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya kepada lelaki yang buak mahramnya.

Kesembilan: Puasa sunat tanpa keizinan suami dan memasukkan seorang lelaki tanpa izin suaminya.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Walaupun lelaki yang datang kerumah isteri tersebut adalah terdiri daripada mahramnya. Tetapi jika suami tidak ada halangan di atas kehadiran mereka tidak menjadi masaalah .

442. Soalan : Jika isteri derhaka (nusyuz) apakah tindakan yang patut di ambil oleh suami untuk mendidik isterinya supaya taat kepada suami?

Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.


Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.



Jalan terakhir apabila suami sudah tidak berkemampuan menasihati isterinya adalah menceriakannya dengan talak satu. Jika isteri sudah ada tanda-tanda berubah maka bolehlah rujuk semula.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).” (Surah an-Nisa ayat 34)


443. Soalan : Untuk menjadi isteri yang solehah apakah perbuatan atau ciri-ciri  yang patut dilakukan oleh isteri terhadap suaminya?
 
Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.


Para isteri wajiblah mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri di belakang suaminya. Berdosa besar apabila seorang isteri menderhaki suaminya, begitu juga haram seorang wanita yang telah bersuami bercinta dengan lelaki lain melalui facebook atau talipon bimbit. Jauhkan diri kalian daripada menjadi isteri nusyuz kerana isteri nusyuz tidak akan mencium bau syurga.

Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu Wa Ta‘ala terhadap isteri yang solehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud : “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi )


444. Soalan :  Apakah ciri-ciri atau amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke dalam syurga?

Terdapat 15 ciri-ciri dan amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke syurga :
 

1. Bertakwa.
 
Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertakwa sebagaimana firman-Nya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. ( Surah Aali Imran : Ayat 133 )

2. Percaya rukun Iman dan menamalkannya.

Beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

Firman Allah SWT maksudnya : “ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” 
(Surah an-Nisaa’ ayat 13)

3. Percaya rukun Islam dan mengamalkannya.

Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Taat pada suami dan menjaga kehormatan diri

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Hadis Riwayat Thabrani)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."(Hadis Riwayat Muslim)

5.  Bersifat Ihsan.

Ihsan bermaksud seseorang itu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

6. Ikhlas kepada Allah SWT

Beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir Allah SWT serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.


8. Berbuat baik (ihsan)  dan tidak menyakiti hati kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.


9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang meminta-minta dan memaafkan orang yang menzaliminya.


10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.


11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.


12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, berbohong, mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba dan menjadi saksi palsu .


13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.


14. Berbakti kepada kedua orang tua.(dengan mendapat keizinan suaminya)


15.Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan yang jauh

445. Soalan : Jika suami keluar rumah untuk mencari nafkah, berjihad , berdakwah dan solat berjemaah dimasjid akan mendapat pahala yang besar disisi Allah SWT, bagaimana pula wanita yang duduk dirumah menjaga harta suami, menjaga kehormatan diri, mendidik anak-anak dirumah adakah wanita juga mendapat pahala yang sama seperti kaum lelaki?

 Allah ‘Azza wa Jalla berfirman :

وَقَ۱ْنَ فِي ŰšُيُوŰȘِكُنَّ وَلَۧ ŰȘَŰšَ۱َّŰŹْنَ ŰȘَŰšَ۱ُّŰŹَ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ِ Ű§Ù„ْŰŁُولَى وَŰŁَقِمْنَ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ وَŰąŰȘِينَ Ű§Ù„ŰČَّكَۧ۩َ وَŰŁَŰ·ِŰčْنَ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَ۱َŰłُولَهُ Ű„ِنَّمَۧ يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهُ لِيُŰ°ْهِŰšَ Űčَنكُمُ Ű§Ù„Ű±ِّŰŹْŰłَ ŰŁَهْلَ Ű§Ù„ْŰšَيْŰȘِ وَيُŰ·َهِّ۱َكُمْ ŰȘَŰ·ْهِÙŠŰ±Ű§ً

“Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Surah al-Ahzab ayat 33).
 

Diriwayatkan dari Anas bin Malik, dia mengatakan :

ŰŹŰŠÙ† Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ Ű„Ù„Ù‰ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… فقلن: ÙŠŰ§ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡، Ű°Ù‡Űš Ű§Ù„Ű±ŰŹŰ§Ù„ ŰšŰ§Ù„ÙŰ¶Ù„ ÙˆŰ§Ù„ŰŹÙ‡Ű§ŰŻ في ŰłŰšÙŠÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰، ÙÙ…Ű§ Ù„Ù†Ű§ Űčمل Ù†ŰŻŰ±Ùƒ ŰšÙ‡ Űčمل Ű§Ù„Ù…ŰŹŰ§Ù‡ŰŻÙŠÙ† في ŰłŰšÙŠÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡؟ ÙÙ‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: “من قŰčŰŻ -ŰŁÙˆ ÙƒÙ„Ù…Ű© Ù†Ű­ÙˆÙ‡Ű§ -منكن في ŰšÙŠŰȘÙ‡Ű§ ÙŰ„Ù†Ù‡Ű§ ŰȘŰŻŰ±Ùƒ Űčمل Ű§Ù„Ù…ŰŹŰ§Ù‡ŰŻÙŠÙ†  في ŰłŰšÙŠÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡”.

“Seorang wanita datang menemui Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian berkata : “Wahai Rasulullah, laki-laki memiliki keutamaan dan mereka juga berjihad di jalan Allah. Apakah bagi kami kaum wanita boleh mendapatkan amalan orang yang jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda : “ Barangsiapa di antara kalian yang tinggal di rumahnya  maka dia mendapatkan pahala mujahid di jalan Allah.” (Lihat Tafsir Al Quran Al ‘Adzim surat al-Ahzab ayat 33)



Tuesday, June 11, 2013

Soal Jawab Agama Siri 28 (Imam Mahdi, Turunnya Nabi Isa a.s., Keluarnya Yakjuj dan Makjuj dan Matahari Terbit Sebelah Barat.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم  


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,   
Soal Jawab Agama Siri 28 adalah menjawab persoalan tanda-tanda hari kiamat, lahirnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa a.s., keluarnya Yakjuj dan Makjuj dan matahari terbit sebelah barat.

435. Soalan : Percaya kepada hari kiamat adalah salah satu daripada enam rukun Iman. Apakah tanda-tanda awal sebelum datangnya tanda-tanda besar hari kiamat?

Daripada Anas ra berkata : "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh perempuan". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat 4 tanda-tanda awal hari kiamat iaitu :

1. Sedikit ilmu agama. : 

Ulama berkurangan dalam masyarakat. Masyarakat yang kurang ilmu lebih utamakan orang jahil menjadi pemimpin mereka, walaupun telah jelas pemimpin tersebut jahil tentang ajaran Islam dan tidak berminat untuk menjadikan Islam sebagai sistem dalam pentadbiran sebuah negara.
 

2. Banyak kejahilan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Hadis Riwayat Ahmad) 


3. Banyak berlaku perzinaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Hadis Sahih Riwayat Muslim)


4.Ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki

Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki.


436. Soalan : Apakah tanda-tanda besar sebelum datangnya hari kiamat?

Dalam hadis sahih riwayat Muslim terdapat 10 tanda-tanda besar  sebelum berlakunya hari kiamat seperti hadis berikut :

Nabi SAW bersabda maksudnya :“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian baginda menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(Hadis Riwayat Muslim )


Tanda-tandanya adalah seperti berikut :

1. Asap.

2. Dajjal.

3. Binatang.

4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya.

5. Turunnya Isa bin Maryam a.s.

6. Yakjuj dan Makjuj, 

Tiga kali gempa bumi :

7. Sekali di timur (gempa bumi).

8. Sekali di barat (gempa bumi).

9. Di Semenanjung Arab (gempa bumi)

10. Api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.

437. Soalan : Dalam hadis sahih riwayat Muslim dan Ahmad akan muncul nanti di akhir zaman seorang khalifah Islam yang bernama Muhammad bin Abdullah atau gelarannya Imam Mahdi. Bolehkah ustaz jelaskan apakah ciri-ciri Imam Mahdi dan apakah tugas yang akan dijalankan oleh Imam Mahdi?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (Hadis Riwayat  Abu Daud no. 9435)


Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)  


Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam adalah pemimpin, dan perkataan Mahdi bererti  "orang yang mendapat petunjuk"


Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan (sewenang-wenangnya). Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah SWT. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (Hadis Riwayat Thabrani)

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah SWT. mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).


Telah bersabda Rasulullah SAW :  "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membaiat Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibaiat di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (Hadis Riwayat Abu Daud 3737)


Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi (khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.


438. Soalan : Salah satu tanda-tanda akhir hari kiamat adalh turunnya Nabi Isa a.s. Bolehkan ustaz terangkan daripada hadis Nabi SAW menceritakan kisah turunnya Nabi Isa a.s.?


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa:

“Baginda (Nabi Isa a.s) akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim, Nabi Isa akan turun di Syria, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Baginda akan turun pada waktu fajar.

Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping Masjid Jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.


 Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 

“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. 

Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. 

Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad SAW adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad SAW selaku nabi terakhir.


Nabi Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Baginda dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba baginda diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman baginda akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam.



Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW  bersabda : “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda : “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”


439. Soalan : Siapakah dia Yakjuj dan Makjuj yang dinyatakan dalam hadis sahih akan melakukan kerosakan di  muka bumi sebelum berlakunya kiamat? 

Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Quran dan Hadis, ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s.

Yahjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh
manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit matahari” iaitu timur dunia.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.



Dari Zainab binti Jahsy : Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: "Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang soleh? Baginda menjawab: "Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan." (Hadis Riwayat Muslim)

  
Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan mereka.



Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. 

“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi.


Firman Allah SWT maksudnya : "(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ ayat 96 - 97)

 440. Soalan :  Dalam buku Dr. Naim Yassin yang bincangkan tentang matahari terbit sebelah barat sebagai tanda besar kiamat. Beliau bawa ayat Quran surah Al-An`am 157 dan menyatakan penafsiran ulama berdasarkan kitab Fathul Bari bahawa bila matahari terbit sebelah barat segala amalan soleh tidak diterima Allah.
Apabila berlaku keadaan ini (matahari sudah terbit sebelah barat) adakah semua ibadat tidak diberi pahala oleh Allah S.W.T ?


Menurut Hadis Abu Hurairah r.a itu (Fathul Bari: 11/352 dan Muslim:1/37 Hadis no 157) menjelaskan bila matahari sudah terbit dari tempat terbenamnya,  Bila tanda besar kiamat itu berlaku antaranya matahari terbit dari barat, maka tamatlah masa beramal bagi manusia. Pintu taubat telah ditutup. Amal manusia akan dikira sebelumnya sahaja. Jika ketika itu dia beriman dan bertakwa maka terselamatlah mereka sebaliknya jika mereka kafir kepada Allah SWT dan Rasul-Nya maka mereka tetaplah menjadi kafir sehingga berlaku.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radliallaahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

Ù„Ű§ ŰȘقوم Ű§Ù„ŰłŰ§ŰčŰ© Ű­ŰȘى ŰȘŰ·Ù„Űč Ű§Ù„ŰŽÙ…Űł من مŰșŰ±ŰšÙ‡Ű§، ÙŰ„Ű°Ű§ Ű·Ù„ŰčŰȘ، ÙŰ±ŰąÙ‡Ű§ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł؛ ŰąÙ…Ù†ÙˆŰ§ ŰŁŰŹÙ…Űčون، ÙŰ°Ű§Ùƒ Ű­ÙŠÙ† Ù„Ű§ ينفŰč Ù†ÙŰłًۧ Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù†ُÙ‡Ű§ لم ŰȘكن ŰąÙ…Ù†ŰȘ من Ù‚ŰšÙ„ ŰŁÙˆ ÙƒŰłŰšŰȘ في Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù†Ù‡Ű§ ŰźÙŠŰ±ًۧ
 

Maksudnya : “Tidaklah tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari arah barat. Apabila ia telah terbit (dari arah barat) dan manusia melihatnya, maka berimanlah mereka semua. Pada hari itu tidaklah bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman sebelum hari itu atau belum mengusahakan kebaikan di masa imannya”.

Soal Jawab Agama Siri 27 (Doa Rasulullah kepada Anas bin Malik, Doa Memohon Keteguhan Iman, Hukum Faraid, Khasiat Berbekam dan Makanan Sunah.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم  
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,  
Soal Jawab Agama Siri 27 adalah menjawab persoalan doa Rasulullah kepada Anas bin Malik, doa memohon keteguhan iman, hukum faraid, khasiat berbekam dan makanan sunah.

 431. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan kisah sahabat Rasulullah SAW yang bernama Anas bin Malik dan doa Nabi SAW kepada beliau iaitu doa untuk murah rezeki dan panjang umur?

Anas bin Malik bin Nadhr Al-Anshari Al-Khazraji adalah seorang shahabat nabi yang memiliki harta banyak dan berumur panjang.

Ketika Rasulullah Salallahu’ Alaihi Wasallam hijrah,  Anas bin Malik masih  kecil, berusia sepuluh tahun. Sejak kecil ia menjadi pelayan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam selama  lebih kurang sepuluh tahun.


Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bercerita: “Dahulu ibuku membawaku menghadap Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam.”


Berkata Ummu Anas: “Wahai Rasulullah, ini si kecil Anas, aku bawa ia kepadamu agar berkhidmat untukmu. Doakanlah untuknya wahai Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam!”


Rasulullah berdoa:

َۧللَّهُمَّ ŰŁَكْŰ«ِ۱ْ مَŰ§Ù„َهُ وَوَلَŰŻَهُ وَŰšَۧ۱ِكْ لَهُ فِيْهِ.
 
“Allahumma Aktsir Malahu Wa waladahu wa baarik lahu Fiima Rozaqtahu.”

Maksudnya : “Ya Allah perbanyaklah hartanya dan anak-anaknya, dan berkahilah apa yang Engkau anugerahkan padanya !” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Kesan daripada doa tersebut, Allah SWT telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.” 
Doa khusus Nabi S.A.W kepada Anas Bin Malik :

Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu,  warghfirlahu.
 
Maksudnya: "Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaan-Mu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya."


Mengikut catatan Anas bin Malik r.a. memang kaya, mempunyai  anak seramai 120 orang,  umur ketika meninggal dunia pada umur 104 tahun (93 H) dan meriwayatkan 2200 hadis Nabi SAW.

Abul ‘Aliyah Ar-Rayahi (tabi'in) berkata: “Anas bin Malik memiliki sebuah kebun kurma yang selalu berbuah dua kali dalam setahun.” (Tidak sebagaimana kebun pada umumnya yang berbuah hanya sekali)

Berdasarkan doa Nabi SAW di atas kita boleh amalkan untuk diri kita sendiri :


"Ya Allah, perbanyakkan hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku, berkatilah aku pada semua kurniaan-Mu, perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku"

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat fardu dan di waktu 1/3 akhir malam.

432. Soalan : Apakah doa yang perlu di amalkan untuk kita memohon keteguhan iman daripada Allah SWT?

Memohon keteguhan iman adalah antara doa yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi SAW dalam munajat-munajat baginda.

Doa untuk memeohon keteguhan iman adalah seperti berikut :

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang tidak akan lepas (murtad), nikmat yang tidak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad SAW di syurga yang paling tinggi." (Hadis Riwayat Ibn Hibban no. 2436)

Kenapa kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon keteguhan iman? Ini adalah kerana amalan kita di nilai di akhir hidup kita, jika baik maka syurgalah tempat tinggal kita tetapi jika buruk, maka nerakalah tempatnya.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesungguhnya amalan kamu di nilai bahagian akhirnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Selain daripada berdoa supaya teguhkan iman, Nabi SAW menyuruh kita agar berdoa supaya di berikan ketetapan hati kepada Allah SWT :

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu." (Hadis Riwayat Muslim)

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati-hati kami kepada-Mu." (Hadis Riwayat Tirmizi no. 3522, Ahmad. no. 302)

433. Soalan :  Saya ingin bertanya mengenai pembahagian harta mengikut hukum faraid. Seorang wanita meninggal dunia dengan meninggalkan harta sebanyak RM 300,000.00. Dia telah meninggalkan suami, bapa, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan, ibunya sudah lama meninggal dunia. Bagaimana cara pembahagiaan terhadap waris-warisnya untuk harta yang bernilai RM 300,000.00?

Mengikut hukum faraid :

Suami mendapat 1/4 bahagian
Bapa mendapat 1/6 bahagian.
Anak lelaki mendapat 2 bahagian
Anak perempuan mendapat 1 bahagian.

Untuk suami  : RM 300,000.00 X 1/4  = RM 75,000.00
Untuk bapa    : RM 300,000.00  X 1/6 = RM 50,000.00

Baki harta untuk (2 bahagian anak lelaki dan 1 bahagian anak perempuan)  :

RM 300,000.00 - RM 125,000.00 =  RM 175,000.00

Untuk bahagian seorang anak perempuan = 175,000.00 x1/4 = RM 43,750.00
Untuk bahagian seorang anak lelaki = RM 87,500.00 .

Pembahagian harta mengikut hukum faraid  :

Suami mendapat : RM 75,000.00
Bapa mendapat   : RM 50,000.00  
Dua orang anak perempuan masing-masing mendapat : RM 43,750.00
Seorang anak lelaki akan mendapat : RM 87.500.00  

434. Soalan : Berbekam adalah salah satu rawatan perubatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bolehkah ustaz nyatakan hadis-hadis yang menceritakan tentang kebaikan berbekam?

Amalkanlah berbekam kerana berbekam banyak menfaatnya untuk membuangkan darah kotor dalam badan kita.
 
Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." (Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)


3. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah SAW. bersabda: "Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


4. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Hadis Sahih Riwayat Sunan Abu Daud)


5. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah SAW. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu" (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud dan Jaami'ul Ushuul)


6. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad SAW. bersabda:
"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"


7. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: "Rasulullah SAW. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".(Hadis Riwayat Tarmizi)


8. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:  "Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu" (Hadis Sahih Riwayat Sunan Ibni Majah)


9. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah SAW. bersabda: "Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya" (Hadis Riwayat al-Hakim).


10. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah SAW. bersabda: "Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan." (Hadis Riwayat Ibni Majah)

11. Dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi menyatakan ketika Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan,” katanya.

435. Soalan : Selain daripada berbekam apakah makanan kesihatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW sebagai ubat untuk merawat penyakit?


Makanan kesihatan (makanan sunah) yang sentiasa digunakan oleh Rasulullah SAW adalah madu, habbatus sauda', buah delima dan kurma.

Hasiat Madu :

Firman Allah SWT naksudnya : “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl ayat 69)

Rasulullaah SAW bersabda maksudnya : “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


“Sungguh seorang datang pada Nabi SAW dan berkata saudaraku sakit perut, maka bersabda Rasul SAW : Beri ia madu. Lalu ia datang lagi mengadukan saudaranya masih sakit, Rasul SAW bersabda : beri ia madu. Lalu ia datang ketiga kalinya (saudaranya masih sakit) dan Rasul SAW bersabda : beri ia madu. Orang itu berkata : sudah kuperbuat (dua kali) namun tidak sembuh. Rasul SAW bersabda : beri ia madu, sungguh Maha Benar Allah dan jangan kau didustakan oleh perut saudaramu. Maka orang itu memberi saudaranya madu (yg ketiga kali) dan ia sembuh.” (Hadis Shahih Riwayat Bukhari)
 
Hasiat Habbatus Sauda' : 

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya. "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut"
(Hadis Riwayat  Bukhari.)

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: "Pada Habbatus Sauda' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".(Hadis Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.)

Buah Delima :

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Kurma Ajwa :

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.