Saturday, September 3, 2011

Orang Mukmin Bersabar dan Tenang Menghadapi Ujian Daripada Allah SWT

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah penuh dengan ujian dan dugaan daripada Allah SWT. Ujian yang diberikan oleh Allah SWT terhapat hamba-hamba-Nya di dunia adalah untuk Dia memilih siapa diantara mereka  yang beriman dan bertakwa atau mereka yang kufur dengan nikmat-Nya dan tidak bersyukur.

Sesiapa yang bersabar dan sentiasa reda dengan ketetapan Allah SWT dan tidak melupakan asal-usulnya sebagai hamba yang lemah dan serba kekurangan akan menjadi insan soleh yang bersyukur dan tetap istiqamah di atas jalan Allah SWT.

Di zaman dahulu terdapat 3 orang daripada Bani Israil yang diuji oleh Allah SWT dengan penyakit dan kemiskinan kemudiaan dipulihkan-Nya dan menjadi hamba Allah yang kaya-raya. Tetapi ada diantara mereka yang kufur nikmat Allah SWT dan ada diantaranya yang bersyukur.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
“Bahawa sesungguhnya ada tiga orang daripada Bani Israil yang masing-masing mempunyai kekurangan. Seorang daripadanya berpenyakit sopak , seorang botak dan yang seorang lagi buta. Allah menguji mereka , dengan mengutuskan malaikat.

Malaikat itu datang kepada si sopak dan bertanya :
“Apakah sesuatu yang paling engkau inginkan?”
Si sopak menjawab , “Saya menginginkan paras yang tampan dan kulit yang cantik, serta hilang penyakit yang menyebabkan orang jijik untuk mendampingiku.”
Maka malaikat itu lantas mengusap si sopak dan kemudian hilangkan penyakit yang menjijikan itu serta ia di beri paras yang tampan, dan kulit yang cantik.
Malaikat itu bertanya lagi, “Harta apa yang paling engkau mahukan?”
Si sopak menjawab , “Saya ingin menjadi usahawan penternak unta yang berjaya.”
Kemudian dia di beri unta yang sedang bunting sepuluh bulan, dan malaikat tadi berkata :
“Semoga Allah memberi berkah dan rahmat atas apa yang kau terima”

Kemudian malaikat itu pergi kepada si botak dan bertanya :
“Apakah yang paling kau inginkan?”
Si botak menjawab : “ Rambut yang rapi dan hilangnya penyakit yang menjadikan orang jijik kepadaku ini.” Malaikat lantas mengusap si botak dan selepas itu hilanglah penyakit dan tumbuhlah rambut yang cantik rapi di kepalanya. Malaikat bertanya lagi, “Harta apa yang paling kau inginkan?” si botak menjawab, “Saya ingin menjadi usahawan penternak lembu yang maju.” Kemudian dia diberikan lembu yang sedang bunting dan malaikat tadi berkata, “Semoga Allah memberi berkah dan rahmat atas apa yang kau terima.”

Kemudian malaikat pergi pula kepada si buta dan bertanya, “Apakah sesuatu yang paling kau inginkan?” si buta menjawab, “Allah mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat.” Malaikat lantas mengusap si buta dan Allah mengembalikan penglihatan si buta. Malaikat itu bertanya lagi, “Harta apa yang paling engkau mahukan?” si buta menjawab, “Saya ingin menjadi penternak kambing.” Kemudian dia diberikan kambing yang sedang bunting.

Lama-kelamaan unta, lembu dan kambing milik mereka berkembang biak sehingga memenuhi satu kawasan. Lantas datanglah malaikat sebagai ujian daripada Allah. Malaikat itu menyamar sebagai seorang yang berpenyakit sopak seperti keadaannya dulu sambil berkata, “Saya seorang miskin dan telah kehabisan bekal di tengah perjalanan dan tidak menggantung harap kecuali kepada Allah SWT kemudian kepadamu. Saya benar-benar meminta pertolongan kepadamu dengan izin Allah yang telah memberi engkau paras yang tampan dan kulit yang halus serta kekayaan. Saya meminta kepadamu seekor unta untuk bekal melanjutkan perjalanan saya.”

Si sopak berkata,”saya tidak dapat memberikan apa-apa kepadamu.” Malaikat itu berkata,”Kalau tidak salah saya, saya penah kenal denganmu, bukankah kamu dulu orang yang mempunyai sakit sopak dan orang-orang jijik kepadumu, dan bukankah kamu dulu orang miskin lalu Allah memberi rahmat kepadamu? “ si kaya yang sebelumnya sopak itu berkata, “Sesungguhnya saya mempunyai harta kekayaan ini daripada nenek moyang saya.” Malaikat berkata, “Jika kamu berdusta maka semoga Allah SWT. mengembalikan kamu seperti keadaanmu semula.”

Kemudian malaikat datang kepada si botak dengan menyerupai orang yang berpenyakit botak sepertinya dahulu dan berkata seperti apa yang diperkatakan kepada si sopak. Si botak menjawab seperti si sopak. Kemudian malaikat itu berkata, “Jika kamu berdusta, semoga Allah menjadikan kamu seperti keadaan asalmu.”

Malaikat meneruskan perjalanannya ke tempat si buta dengan menyerupai orang buta seperti keadaan si buta dan berkata, “Saya seorang msikin dan telah kehabisan bekalan. Saya benar-benar minta pertolonganmu dengan izin Allah yang telah mengembalikan penglihatanmu, iaitu saya meminta satu ekor kambing untuk bekalan dalam melanjutkan perjalanan saya.”

Si buta menjawab, “Saya dulu juga seorang yang buta kemudian Allah mencelikkan penglihatan saya. Dan dulu Allah memberi kekayaan seperti ini, maka ambillah apa yang kau inginkan. Demi Allah, saya tidak akan menghalangmu daripada mengambil apa jua yang kau kehendaki kerana Allah.” Mendengar jawapan ikhlas itu, malaikat itu berkata, “Peliharalah harta kekayaanmu, sebenarnya kamu hanyalah diuji dan Allah benar-benar reda terhadap kamu dan Allah telah memurkai kedua-dua kawanmu.”

(Hadis Riwayat al- Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Kisah yang di ceritakan oleh Rasulullah SAW  ini adalah pada zaman Bani Israil bagaimana Allah SWT. telah menguji umat terdahulu. Pengajaran dan moral dari kisah ini adalah untuk kita semua mengambil iktibar sebagai umat Rasulullah SAW. Ujian Allah SWT tetap berlaku kepada setiap hamba-hamba Allah SWT yang mengaku beriman Allah SWT  dan rukun-rukun Iman yang lain. Ujian Allah SWT. ini datang dalam berbagai bentuk bergantung sejauh mana hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Apabila Allah SWT memberikan kekayaan dan kemewahan harta benda di jalan yang tiada di sangka-sangka , adakah kita tetap menjadi hamba Allah SWT  yang bersyukur?
Apabila Allah SWT. menguji kita dengan kesempitan hidup dan tidak mempunyai harta, adakah kita akan menjadi hamba Allah SWT yang tenang dan bersabar?
Apabila Allah SWT. menguji kita dengan kesakitan (penyakit) adakah kita reda dengan ketentuanNya , dan berusaha dan berikhtiar untuk mencari ubatnya ?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri, “ tepuk dada tanya iman”. Kita kena melatih hati dan pemikiran kita supaya positif setiap masa dan ketika dan sentiasa baik sangka dengan Allah SWT . Meyakini bahawa setiap peristiwa yang berlaku semuanya mengandungi ikhmah dan kebaikan, segala ujian Allah SWT. ini adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran-pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah diatas adalah seperti berikut :

1. Anjuran untuk berlemah lembut dan memuliakan orang-orang yang lemah dan miskin, memenuhi keperluan mereka, tidak melukakan hati mereka dan tidak menghina mereka.

2. Allah SWT. pasti menguji hamba-hambaNya untuk mengetahui antara mereka siapa yang bersyukur dan kufur nikmat, siapa yang soleh dan ingkar.

3. Kita wajib bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan dilarang kufur serta mengingkari nikmat.

4. Malaikat mampu datang dan menyamar sebagai manusia dan lainnya.

5. Kisah ini menjelaskan keutamaan bersedekah.

6. Bakhil dan kedekut adalah perbuatan yang di cela oleh Islam.

Friday, September 2, 2011

Ibadah Puasa Ramadan Melahirkan Takwa Kepada Allah SWT.

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ

 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramadan al-Mubarak telah kita tinggalkan, dan sekarang ini saat kita sedang merayakan hari Lebaran iaitu Hari Raya Aidilfitri. Kunjung mengunjungi antara sanak saudara, sahabat- handai, teman- taulan dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain semoga terjalin ikatan ukhwah dan silaturahim sesama saudara seagama.


Perlu kita ingin bahawa ibadah puasa yang kita kerjakan selama sebulan dibulan Ramadan akan membuahkan hasilnya iaitu TAKWA jika ibadah puasa tersebut dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah SWT. Jika  ada kesan TAKWA pada diri kita, iaitu hati dan jiwa kita semakin hampir dengan Allah SWT, perbuatan, percakapan dan akhlak kita bertambah baik daripada sebelumnya, maka diyakini bahawa puasa kita telah diterima oleh Allah SWT.


Puasa yang diterima oleh Allah SWT adalah puasa yang melahirkan insan soleh dan solehah, yang taat dan patuh kepada Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Jika dahulu dia tidak menutup aurat maka dia telah berubah menutup auratnya, jika dahulu dia selalu melambat-lambatkan solat tetapi sekarang dia solat pada awal waktunya dan berjemaah dimasjid dan jika dahulu akhlaknya tidak menceriminkan akhlak seorang muslim tetapi sekarang akhlaknya melambangkan dia seorang mukmin sejati!


Sahabat yang dimuliakan,
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud : "Bertakwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik."(Hadis Riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan).


Berdasarkan hadis di atas Nabi SAW. mengingatkan umatnya bahawa hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT. Takwa di sini bermaksud melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.


Sebenarnya untuk mencapai takwa yang hakiki, bukan sekadar menghendaki kita melaksanakan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya. Takwa memerlukan kita melakukan lebih daripada itu kerana ia membabitkan amalan roh dan jiwa.


Takwa membawa maksud berwaspada, berjaga-jaga dan takut kepada-Nya dengan menjauhi segala larangan-Nya. Asal dari perkataan 'ittaqa' itu juga membawa maksud menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara.


Jelas takwa bukan sahaja membawa maksud takut kepada Allah malah sebagai pelindung dan pemelihara daripada sebarang perkara buruk, lebih-lebih lagi perkara yang boleh membawa kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang rugi di akhirat nanti.


Ketinggian tahap takwa apabila ia dijadikan kayu ukur kepada pemilihan hamba Allah yang dipandang mulia di sisi-Nya. Semakin tinggi takwa seseorang maka semakin mulia ia di sisi Allah.


Firman Allah SWT. yang bermaksud ; "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan eadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat ayat 13)


Sahabat yang dikasihi,
Sebagai pelengkap ibadah puasa fardu yang kita kerjakan iringilah dengan puasa enam hari dibulan Syawal.


Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” –( Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.)




Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita sentiasa diberi kemampuan oleh Allah SWT untuk istiqamah di atas jalan Allah SWT dan menjadikan pakaian takwa sentiasa menghiasi diri kita di mana sahaja kita berada. Teruskan beramal sebagaimana kita kerjakan semasa dibulan Ramadan iaitu dengan amal-amal ibadah , qiyamulalil, bacaan al-Quran, berzikir dan beristighfar dan bersedekah.  Semoga Dia menerima semua amalan kita , mengampunkan dosa-dosa kita dan membebaskan diri kita daripada seksaan api neraka.

Thursday, September 1, 2011

Empat Amalan Yang Dapat Menyelamatkan Daripada Api Neraka

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah SAW pernah bersabda, “Perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “Bahkan tuan sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh kerana itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan petang hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) kerana dengan cara itulah kamu akan mencapai (syurga)”.
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa perbuatan yang akan menyelamatkan kita daripada seksaan api neraka adalah :

Pertama : Perbuatan sebaik mungkin.
Kedua : Perbutan setulus mungkin (bersungguh-sungguh ikhlas)
Ketiga : Perbuatan sedapat mungkin (bersungguh-sungguh hingga semaksima mungkin)
Keempat : Beribadah dengan cara sederhana dan istiqamah (berterusan).

Huraiannya :

Pertama : Perbuatan sebaik mungkin (peringkat ihsan)
Allah SWT berfirman bermaksud: “Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Ihsan adalah tonggak yang menegakkan kerangka agama seiring iman dan Islam. Namun, umat Islam kini memandang remeh konsep ihsan ini sehingga tidak mengambil endah kepentingannya dalam kehidupan seharian.

Ihsan bererti berbuat baik dan didefinisikan sebagai ajaran atau konsep mendukung etika kerja yang baik. Berdasarkan perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai produktiviti kerja secara optimum dengan hasil sumbangan terbaik dan berkualiti tinggi.  Konsep ihsan menjurus kepada dua matlamat utama. Pertama, ihsan dalam ibadat dan kedua, ihsan dalam muamalat.

Ihsan dalam ibadat ialah beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di samping ikhlas seolah-olah ketika itu sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Jika perasaan itu ada, sudah tentu manusia gerun untuk melanggar larangan Allah SWT.
Menurut Ibnu Hajar, sekiranya manusia tidak dapat melihat Allah, maka hendaklah dia meyakini Allah melihat dan mengawasinya. Justeru, setiap muslim hendaklah menyempurnakan ibadat dengan sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Perlu diingat konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah SWT dalam urusan ibadat semata-mata kerana ihsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.

Ihsan dalam muamalat adalah bersifat ihsan sesama manusia dan juga sesama makhluk Allah SWT yang lain. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Wahai Aisyah! Kamu hendaklah menaruh kasihan belas (berihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke dalam sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada sesuatu, maka ia akan rosak.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Perbutan setulus mungkin (bersungguh-sungguh ikhlas kerana Allah SWT)

Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada secara khusus atau umum semata-mata memburu keredhaa Allah. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan rasa keikhlasan tidak akan melakukan sesuatu mengharapkan pembalasan. Pepatah ada mengatakan, "Ada ubi ada batas aku beri jangan lupa di balas". Seseorang yang ikhlas juga tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia,jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.

Ikhlas selalunya lahir dari hati yang luhur dan mengharapkan reda Allah SWT. semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah SWT. akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas.

Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang, buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya.barang siapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dan RasulNya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan RasulNya (dan diberi pahala) dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai
kepada yang diniatnya itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga : Perbuatan sedapat mungkin (bersungguh-sungguh hingga semaksima mungkin)

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah SWT  menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun."
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Menurut hadis ini, apabila seseorang muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah SWT.
Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah SWT sukakan muslim yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. salah satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.

Hal ini disokong oleh sebuah hadis lain; “Sesungguhnya Allah itu cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.”
Barangkali sebab itu juga Allah SWT benci manusia yang ‘mencacatkan’ kesempurnaan . ciptaanNya. Jika sesuatu perbuatan dibuat sambil lewa maka tidak bersungguh-sungguh maka perbuatan tersebut pasti rendah kualitinya dan pelakunya akan mengalami kegagalan.

Keempat : Beribadah dengan cara sederhana dan istiqamah (berterusan) diwaktu pagi, petang dan sebahagian malam.

Islam tidak suka umatnya melakukan sesuatu ibadah yang banyak tetapi berhenti ditengah jalan dan tidak mampu dilakukan secara berterusan dan istiqamah. Sesuatu ibadah itu lebih baik dikerjakan sederhana tetapi berterusan dan istiqamah.

Islam menuntut setiap insan supaya berusaha mengejar dan mencari sedapat mungkin keperluan bagi menyempurnakan sebuah kehidupan sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Cara paling sesuai dianjurkan Islam ialah dengan bersederhana.
Ibadah yang dilakukan sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik daripada ibadah yang banyak tetapi berhenti ditengah jalan.

Diriwayatkan dari Aisyah ra : "Seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad SAW bersabda,” Amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”(Hadis Riwayat Bukhari)
Pada masa sama, perlu ada keseimbangan supaya kedua-dua tuntutan dunia dan akhirat dapat disempurnakan sebaiknya seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati besok pagi.” (Hadis riwayat Ibn Asakir)

Istiqamah bermaksud kita  menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan. Istiqamah ini mencakupi pelaksanaan semua bentuk ketaatan kepada Allah samaada zahir  dan batin dan meninggalkan semua bentuk larangan-Nya. Apabila  hati telah istiqamah dalam makrifat kepada Allah, dalam takut pada-Nya, pengagungankan-Nya, malu pada-Nya, cinta pada-Nya, berhajat pada-Nya, keinginan pada-Nya, harapan pada-Nya dan berdoa dan bermunajat pada-Nya, tawakkal pada-Nya dan berpaling dari selain-Nya maka organ tubuh lainnya akan istiqamah. Kerana sesungguhnya hati adalah komanden seluruh organ tubuh dan yang lain adalah prajurit.

Jika kita ingin anggota tubuh badan kita istiqamah maka istiqamahkanlah hati kita dengan Iman. Dan iman  ini tidak akan berlaku istiqamah,  kecuali lisan kita telah istiqamah terlebih dahulu, sebagaimana yang pernah Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya  :"Tidaklah iman seorang hamba itu lurus (istiqamah) hingga hatinya istiqamah, dan hatinya tidak akan istiqamah kecuali lisannya telah istiqamah." (Hadis Riwayat Ahmad)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita melakukan amal ibadah soleh, amal ibadah dan amal kebajikan secara bersungguh-sungguh, ikhlas, sederhana dan berterusan (istiqamah). Setiap amalan kita akan dinilai dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi.



Monday, August 29, 2011

Kedatangan Syawal Menandakan Berakhirnya Ramadan al-Mubarak

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita telah berada dipenghujung Ramadan, jika diizinkan Allah SWT hari Selasa ini kita sama-sama akan menyambut 1 Syawal 1432.  Ini lah tandanya kita umat Rasullullah SAW dan hamba Allah SWT sekali lagi akan menamatkan tugasan ibadah yang mencabar dan penuh kenangan pahit manis di tahun ini. Bermakna, sekali lagi kita telah melaksanakan  amanah yang sering di himpit oleh tuntutan hawa nafsu agar  berhenti  berpuasa dan membazirkan wang untuk berbelanja.  Malah kita sendiri dapat menilai apakah sempurna ibadah puasa kita atau apakah KPI keimanan kita di bulan Ramadan ini.  Walau apapun,  mudah-mudahan kita semua umat Rasullulah SAW di panjatkan ketakwaan sepanjang masa setelah kita melaksanakan sebulan lamanya tugasan ibadah dan amanah dengan penuh keinsafan.

Apabila tiba sahaja 1 Syawal maka umat Islam meraikan salah satu hari kebesaran umat Islam. Salam Eidul Fitri untuk sahabat-sahabat semua, 'Taqabbalallahu min na wa minkum' (semoga Allah terima amal kami dan amal kamu) Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Dibulan ini umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Fitri, dengan susana kegembiraan bertemu kaum keluarga, sanak saudara, teman dan taulan, bermaaf-maafan dan saling ziarah menziarahi. Juadah enak berbagai bentuk dan rasa disajikan, kueh mueh dan hidangan istimewa menanti para tetamu yang datang berziarah menandakan ikatan silaturahim bertambah erat diantara sesamu muslimin.

Sahabat yang dimuliakan,
Bulan Syawal adalah bulan sangat yang sangat istimewa kerana sepanjang bulan itu adalah merupakan Hari Raya. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Terdapat banyak keistimewaan di bulan Syawal, di antaranya:

Pertama :Bulan Syawal adalah bulan keampunan.

Sabda Rasulullah SAW dan Ibnu Mas'ud r.a. yang maksudnya:"Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat Aidil Fitri, Allah Taala berfirman:
 "Hai para Malaikat-Ku, tiap-tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hamba-Ku yang berpuasa dalam bulan Ramadan lalu menunaikan solat Hari Raya juga mengharapkan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka."

Lalu ada seruan: "Hai umat Muhammad, kembalilah kamu ke rumahmu masing-masing, sesungguhnya semua kejahatanmu telah diganti dengan kebaikan.”

Maka Allah Taala berfirman: "Hai para hamba-Ku, kamu semua telah berpuasa untuk-Ku dan juga telah berbuka untuk-Ku, oleh kerana itu bangkitlah kamu semua, kamu semua telah diampuni."(Zubdatul Wa'izhiina)

Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia supaya terpesong dan jauh dari rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Dari Wahab bin Munabbih, bahawa dia berkata: Nabi s.a.w. bersabda maksudnya :"Sesungguhnya Iblis yang dilaknat Allah itu berteriak pada setiap hari Raya, maka para bala tenteranya berkumpul di sekitarnya sambil berkata: "Wahai sri baginda kami, siapakah yang menjadikan baginda murka, maka sesungguhnya dia akan kami hancurkan."

Iblis berkata: "Tidak ada sesuatu pun. Akan tetapi Allah Taala pada hari ini telah mengampuni umat ini. Maka kamu semua harus membuat mereka sibuk dengan segala macam yang lazat-lazat, dengan syahwat dan dengan minum khamar, sehingga Allah murka kepadanya."

Orang-orang yang berakal hendaknya dapat menahan dirinya pada hari Raya, dari segala macam nafsu syahwat serta dari segala yang dilarang, bahkan hendaknya selalu taat untuk-Nya.

Kedua : Bulan yang dikabulkan doa dan Allah SWT melihat dengan rahmat kasih sayangNya.

Rasulullah SAW  bersabda yang maksudnya:"Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Hari Raya Fitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus dari solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah Taala mengampuni semua dosa kamu. mengabulkan semua doamu dan melihat kamu semua dengan kasih-sayang."(Durratul Wa'izhiina)

Awal pagi Syawal kita disunatkan sembahyang hari raya dan Allah SWT menjanjikan keredaan dan kempunan-Nya. Bersabda Nabi SAW maksudnya :"Apabila Hari Raya Fitri, maka Allah mengirim para Malaikat. Maka para Malaikat sama-sama turun ke bumi di setiap daerah, lalu mereka berkata: "Hai umat Muhammad, keluarlah kamu semua kepada Tuhan Yang Maha Mulial" Maka ketika mereka telah tampak keluar ke tempat solat mereka,

Allah berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, saksikanlah olehmu semua, bahawa sesungguhnya telah-Ku jadikan pahala mereka atas puasanya itu, keredaan-Ku dan ampunan-Ku."

Ketiga : Bulan yang merupakan peringatan kepada hari akhirat.

"Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini merupakan peringatan terhadap Hari Raya di akhirat. Apabila engkau melihat orang-orang, sebahagian dari mereka ada yang pergi dengan berjalan, sebahagian lagi ada yang berkenderaan, sebahagian dari mereka ada yang berpakaian dan ada juga yang tidak berpakaian, sebahagian mereka ada yang memakai pakaian yang indah dan sebahagian yang lain ada berpakaian biasa dan sebahagian ada yang tertawa riang dan sebahagian lain nya ada yang menangis, maka ingatlah perjalanan di hari kiamat, sesungguhnya hai itu pun demikian pula."

Sahabat yang dikasihi,
Nabi SAW berwasiat pada Sayyidina Ali r.a. yang bermaksud :

"Wahai Ali! Barangsiapa yang mengikut sertakan puasa Ramadhan dengan enam hari di bulan Syawal, Allah menulis baginya pahala puasa satu tahun penuh."

Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad SAW. sabdanya (maksudnya) : "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu.  (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Teruskanlah amalan-amalan kalian yang telah dilakukan pada bulan Ramdan, untuk dilaksanakan pada bulan Syawal ini dan bulan-bulan yang akan datang. Bangunlah untuk berqiyamulail dan bertahajjud, berwitir dan membaca al-Quran. Pastikan solat fardu di masjid, menghadiri majlis ilmu, sentiasa berwuduk dan tidak meninggalkan solat dhuha. Ringan-ringankan tangan bersedekah pada fakir miskin, anak-anak yatim dan untuk amal jariah. Kurangkan makan dan minum kerana makan yang berlebihan boleh mendatangkan mudarat dan menambahkan penyakit dan boleh mengelapkan hati.

Amalan-amalan yang perlu diamalkan dibulan Syawal :
1. Mengerjakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal.
2. Bersolat berjemaah setiap hari (QS. At-Taubah: 18).
3. Meneruskan  ibadah qiyamullail dan iktikaf.
4.  Lidah dibasahi dengan dibasahi dengan zikir, terutama bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
5.  Tidak meninggalkan shalat Duha.
6 Menyemai berinfak, bersedekah, berwaqaf dan berzakat  sepanjang masa.
7. Memelihara silaturrahmi atau  menjaga tali silaturahim dengan saudar yang mahram dan saudara bukan mahram serta dengan semua hamba Allah di muka bumi ini.

Ingatlah bahawa belengu yang merantai Iblis dan syaitan akan terlerai. Mereka memulakan tugas baru setelah diikat dan diseksa oleh Allah SWT. Mereka ingin membalas dendam kerana dosa orang-orang beriman yang berpuasa telah diampunkan oleh Allah SWT Mereka akan bekerja siang malam untuk mengoda dan menghasut anak Adam untuk melakukan maksiat dan dosa dan melupakan untuk mengingati Allah SWT.

Begitu juga jangan kita lupakan amalan wajib dan sunat pada 1 Syawal:

1) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
2)Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
3)Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
4)Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid untuk bersembahyang di pagi raya.
5)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

6)Masa melakukan "Takbir Mursal" ialah mulai dari malam hari raya Aidilfitri dan berakhir dengan masa bermulanya sembahyang hari raya pada hari esoknya.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW  sabdanya maksudnya : "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. " (Hadis Riwayat Tabrani)
Syawal sebagai bulan peningkatan prestasi ibadah perlu di isi dengan mencari keredaan Illahi. Jangan terleka dengan gamitan hawa nafsu dunia  - jika menyesal sudah tiada gunanya - nasi menjadi bubur.

Ingatlah, jangan menunggu datangnya Ramadan sekali lagi baharu kita berusaha untuk meningkatkan prestasi ibadah kita. Kerana kita tidak tahu saat bila nafas kita akan terhenti.  Lupakan yang lalu dan mulakan kebersihan hati di pagi Syawal yang mulia ini.

Menurut huraian ulama rahimahullah takbir hari raya - Aidilfitri  hukumnya sunat dan lafaznya yang lengkap seperti berikut:

Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„َÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ وَللهِ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ.
Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ كَŰšِÙŠŰ±ًۧ، وَŰ§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ، وَŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšُكْ۱َŰ©ً وَŰŁَŰ”ِÙŠÙ„Ű§ً.
Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„َÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ، وَÙ„Ű§َ نَŰčْŰšُŰŻُ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű„ِيَّŰ§Ù‡ُ، مُŰźْلِŰ”ِيْنَ لَهُ Ű§Ù„ŰŻِّيْنَ وَلَوْ كَ۱ِهَ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُوْنَ.
Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„َÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ­ْŰŻَهُ، Ű”َŰŻَقَ وَŰčْŰŻَهُ، وَنَŰ”َ۱َ ŰčَŰšْŰŻَهُ، وَŰŁَŰčَŰČَّ ŰŹُنْŰŻَهُ، وَهَŰČَمَ Ű§Ù„ْŰŁَŰ­ْŰČََۧۚ وَŰ­ْŰŻَهُ، Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„َÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ وَللهِ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ.
Allah Maha Besar,  Allah Maha Besar,  Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar,  Allah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian.
Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya, segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya, Maha Suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petangnya.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa, amatlah benar dan tepat janji-Nya, ia telah memenangkan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w. ), ia juga telah menguatkan tentera-Nya dan Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan,  tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.

Sunday, August 28, 2011

Empat Ciri-ciri Ahli Syurga

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Ali k.wj pernah berkata, empat ciri-ciri ahli syurga ; merahsiakan musibah , merahsiakan sedekah, mentaati kedua ibu bapa, dan banyakkan membaca : kalimah la ilaha illAllah - Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡)

Huraiannya :

Pertama : Merahsiakan musibah.

Apabila kita ditimpa musibah sebaik-baiknya bersabar dan jangan ceritakan kepada orang lain melainkan ada keperluan untuk membantu kita. Kesusahan dan penderitaan kita mengadulah kepada Allah SWT kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan jadilah hamba Allah SWT yang bersabar dan tidak mengeluh dan banyakkan memuji Allah SWT. kerana jika kita banyak bercerita kesana sini dikhuatiri seolah-olah menyalahkan takdir sedangkan musibah itu adalah pemberian daripada Allah SWT untuk menghapuskan dosa-dosanya dan diganjari pahala yang besar.

Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman:  'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kedua : Merahsiakan sedekah.

Sedekah boleh diberikan samaada secara terbuka atau secara rahsia. Sebaik-baik sedekah adalah diberikan secara rahsia tanpa diketahui oleh orang lain untuk menjaga keikhlasan hati kepada Allah SWT dan untuk membuangkan perasaan riak dan bangga diri kerana banyaknya sedekah yang telah diberikan. Dalam satu hadis Nabi SAW ada menyatakan seorang yang banyak bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya (secara rahsia) adalah salah seorang daripada tujuh golongan yang akan mendapat perindungan Arasy di hari akhirat nanti.

Ada juga hadis Nabi SAW yang menceritakan salah satu golongan yang tidak diterima amalnya di hari akhirat adalah golongan yang bersedekah tetapi dia mengharapkan pujian daripada manusia dan dibuat tidak ikhlas kerana Allah SWT, maka amalannya ditolak.

Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah rahsia memadamkan kemurkaan Tuhan.” (Hadis Riwayat Al-Tabrani).

Sedekah secara rahsia itu lebih diutamakan kerana ia lebih dekat kepada keikhlasan, iaitu merupakan ruh bagi setiap amal, dan kerana ia juga lebih jauh daripada perasaan riak yang merosakkan amal.

Semasa menjadi khalifah Islam Saidina Ali k.wj diberitakan setiap pagi beliau akan menghantar makanan dipintu rumah ibu-ibu tunggal yang miskin dan kematiaan suami. Setelah kewafatan beliau tidak ada lagi makanan yang dihantarkan, barulah mereka tahu bahawa yang menghantar makanan adalah beliau sendiri.

Ketiga : Mentaati kedua ibu bapa.

Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban, malaikat Jibril a.s telah memohon tiga doa (kebinasaan) dan Rasulullah SAW pun telah mengaminkan ketiga-tiga doa itu. Jibril adalah malaikat yang begitu hampir dengan Allah SWT dan adalah jelas kepada kita bahawa amin dari Nabi SAW  menjadikan doa itu bertambah makbul. Salah satu golongan tersebut adalah seseorang yang kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka telah tua tetapi dia tidak berkhidmat kepada mereka .

Satu kisah dizaman Nabi Musa a.s. seorang anak yang soleh menjadi teman Nabi Musa a.s. di syurga kerana baktinya kepada ibunya yang telah tua.

Nabi Musa a.s. ingin benar mengetahui siapakah yang akan menjadi temannya di syurga. Setelah diwahyukan oleh Allah mengenai sifat-sifat lelaki itu, Nabi Musa a.s. terus mencarinya.

Lelaki itu seorang penjual daging dipasar. Setelah menemui lelaki itu, Nabi Musa a.s. menyatakan hasratnya untuk menjadi tetamu lelaki itu beberapa hari. Lelaki itu bersetuju memerimanya.

Sebenarnya, Nabi Musa a.s. mahu melihat apakah amalan yang menyebabkan lelaki itu menjadi temannya di syurga kelak, Nabi Musa a.s. tetap merahsiakan tujuannya.

Setelah Nabi Musa a.s. memasuki rumah lelaki itu, baginda serta merta dihidangkan dengan sup daging. Sewaktu baginda menikmati sup, lelaki itu masuk kebilik dan keluar mendukung seorang wanita yang sangat tua lalu meletakkan diatas tilam. Lelaki itu menyuapkan sup daging kemulut wanita tua itu hingga kenyang. Selepas makan, lelaki itu menukar pakaian wanita tua tadi yang kotor terkena sup. Dia membasuh pakaian itu di sebuah telaga berhampitan rumahnya.

Agak lama barulah lelaki tadi menemui Nabi Musa a.s. yang sedang memerhatikan perbuatannya. Nabi Musa a.s. bertanya :"Siapakah perempuan tua itu?"

Lelaki itu menjawab dengan suara sayu, "Itulah ibu saya. Dia sekarang ini sudah terlalu tua.Tidak berdaya lagi menguruskan dirinya, sebab itu saya membuat segala-galanya. Maafkan saya kerana tidak melayan saudara makan sebentar tadi."

Nabi Musa a.s. merasa terharu mendengar kata-kata lelaki itu, hatinya berbisik, 'Alangkah besar bakti dan kasih sayang lelaki itu kepada ibunya. Patutlah Allah telah menyediakan baginya syurga di akhirat kelak.'

Kemudian Nabi Musa a.s. menghampiri lelaki itu dan menerangkan tujuan sebenar baginda ingin menjadi tetamu hari ini, "Saya ingin sangat melihat apakah amalan yang menyebabkan Allah SWT. menjadikan saudara teman saya di syurga kelak."

Sebaik mendengar penjelasan baginda, lelaki itu terus sujud syukur dan terus berazam akan meningkatkan keimanannya kepada Allah serta berbakti kepada ibunya.

Kenapakah pemuda ini mendapat kemuliaan boleh menjadi teman Nabi Musa a.s di syurga? Ibu pemuda ini sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya menjadikan anaknya yang soleh ini sebagai teman Nabi Musa a.s . di syurga, dan doa ibunya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Keempat : Banyakkan membaca : kalimah la ilaha illAllah - Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡)

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda maksudnya  : ‘Perbaharuilah iman kalian.’ Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?’ Baginda menjawab : ‘Banyakbanyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’  (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan)

Dari Ibnu ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Bukan ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’, orang yang kesepian di kuburnya dan pada saat kebangkitannya. Seolah-olah aku melihat ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’ sementara mereka mengusap tanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : ‘Segala puji bagi Allah Yang telah menghilangkan duka cita dari kami.’
(Faathir: 34)’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi)

Saidina Ali k.wj telah bertanyakan Rasulullah SAW,  apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT?. Nabi SAW  menyebut kalimat‘La Ilaha Illallah’  kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah terdiri atas kalimah ini.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

مَنْ كَŰ§Ù† ۹ِ۟۱َ كَÙ„Ű§Ù…ِه Ù„Ű§ Ű„ِلهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŻَŰźَلَ Ű§Ù„ŰŹَنَّŰ©َ

“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya sahih.)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita sama-sama beramal dengan empat perkara yang dikatakan oleh Saidina Ali k.wj. untuk mendapat keredaan Allah SWT dan akan memasuki syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Jika kita istiqamah dengan kesabaran, bersedekah, mentaati kedua ibu bapa dan banyakkan berzikir kalimah tayyibah maka hubungan hati kita dengan Allah SWT akan terjalin dan dengan ini kasih sayang dan rahmat-Nya akan diberikan-Nya kepada kita.