أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita telah berada dipenghujung Ramadan, jika diizinkan Allah SWT hari Selasa ini kita sama-sama akan menyambut 1 Syawal 1432. Ini lah tandanya kita umat Rasullullah SAW dan hamba Allah SWT sekali lagi akan menamatkan tugasan ibadah yang mencabar dan penuh kenangan pahit manis di tahun ini. Bermakna, sekali lagi kita telah melaksanakan amanah yang sering di himpit oleh tuntutan hawa nafsu agar berhenti berpuasa dan membazirkan wang untuk berbelanja. Malah kita sendiri dapat menilai apakah sempurna ibadah puasa kita atau apakah KPI keimanan kita di bulan Ramadan ini. Walau apapun, mudah-mudahan kita semua umat Rasullulah SAW di panjatkan ketakwaan sepanjang masa setelah kita melaksanakan sebulan lamanya tugasan ibadah dan amanah dengan penuh keinsafan.
Apabila tiba sahaja 1 Syawal maka umat Islam meraikan salah satu hari kebesaran umat Islam. Salam Eidul Fitri untuk sahabat-sahabat semua, 'Taqabbalallahu min na wa minkum' (semoga Allah terima amal kami dan amal kamu) Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Dibulan ini umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Fitri, dengan susana kegembiraan bertemu kaum keluarga, sanak saudara, teman dan taulan, bermaaf-maafan dan saling ziarah menziarahi. Juadah enak berbagai bentuk dan rasa disajikan, kueh mueh dan hidangan istimewa menanti para tetamu yang datang berziarah menandakan ikatan silaturahim bertambah erat diantara sesamu muslimin.
Sahabat yang dimuliakan,
Bulan Syawal adalah bulan sangat yang sangat istimewa kerana sepanjang bulan itu adalah merupakan Hari Raya. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Terdapat banyak keistimewaan di bulan Syawal, di antaranya:
Pertama :Bulan Syawal adalah bulan keampunan.
Sabda Rasulullah SAW dan Ibnu Mas'ud r.a. yang maksudnya:"Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat Aidil Fitri, Allah Taala berfirman:
"Hai para Malaikat-Ku, tiap-tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hamba-Ku yang berpuasa dalam bulan Ramadan lalu menunaikan solat Hari Raya juga mengharapkan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka."
Lalu ada seruan: "Hai umat Muhammad, kembalilah kamu ke rumahmu masing-masing, sesungguhnya semua kejahatanmu telah diganti dengan kebaikan.”
Maka Allah Taala berfirman: "Hai para hamba-Ku, kamu semua telah berpuasa untuk-Ku dan juga telah berbuka untuk-Ku, oleh kerana itu bangkitlah kamu semua, kamu semua telah diampuni."(Zubdatul Wa'izhiina)
Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia supaya terpesong dan jauh dari rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Dari Wahab bin Munabbih, bahawa dia berkata: Nabi s.a.w. bersabda maksudnya :"Sesungguhnya Iblis yang dilaknat Allah itu berteriak pada setiap hari Raya, maka para bala tenteranya berkumpul di sekitarnya sambil berkata: "Wahai sri baginda kami, siapakah yang menjadikan baginda murka, maka sesungguhnya dia akan kami hancurkan."
Iblis berkata: "Tidak ada sesuatu pun. Akan tetapi Allah Taala pada hari ini telah mengampuni umat ini. Maka kamu semua harus membuat mereka sibuk dengan segala macam yang lazat-lazat, dengan syahwat dan dengan minum khamar, sehingga Allah murka kepadanya."
Orang-orang yang berakal hendaknya dapat menahan dirinya pada hari Raya, dari segala macam nafsu syahwat serta dari segala yang dilarang, bahkan hendaknya selalu taat untuk-Nya.
Kedua : Bulan yang dikabulkan doa dan Allah SWT melihat dengan rahmat kasih sayangNya.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Hari Raya Fitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus dari solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah Taala mengampuni semua dosa kamu. mengabulkan semua doamu dan melihat kamu semua dengan kasih-sayang."(Durratul Wa'izhiina)
Awal pagi Syawal kita disunatkan sembahyang hari raya dan Allah SWT menjanjikan keredaan dan kempunan-Nya. Bersabda Nabi SAW maksudnya :"Apabila Hari Raya Fitri, maka Allah mengirim para Malaikat. Maka para Malaikat sama-sama turun ke bumi di setiap daerah, lalu mereka berkata: "Hai umat Muhammad, keluarlah kamu semua kepada Tuhan Yang Maha Mulial" Maka ketika mereka telah tampak keluar ke tempat solat mereka,
Allah berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, saksikanlah olehmu semua, bahawa sesungguhnya telah-Ku jadikan pahala mereka atas puasanya itu, keredaan-Ku dan ampunan-Ku."
Ketiga : Bulan yang merupakan peringatan kepada hari akhirat.
"Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini merupakan peringatan terhadap Hari Raya di akhirat. Apabila engkau melihat orang-orang, sebahagian dari mereka ada yang pergi dengan berjalan, sebahagian lagi ada yang berkenderaan, sebahagian dari mereka ada yang berpakaian dan ada juga yang tidak berpakaian, sebahagian mereka ada yang memakai pakaian yang indah dan sebahagian yang lain ada berpakaian biasa dan sebahagian ada yang tertawa riang dan sebahagian lain nya ada yang menangis, maka ingatlah perjalanan di hari kiamat, sesungguhnya hai itu pun demikian pula."
Sahabat yang dikasihi,
Nabi SAW berwasiat pada Sayyidina Ali r.a. yang bermaksud :
"Wahai Ali! Barangsiapa yang mengikut sertakan puasa Ramadhan dengan enam hari di bulan Syawal, Allah menulis baginya pahala puasa satu tahun penuh."
Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad SAW. sabdanya (maksudnya) : "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Teruskanlah amalan-amalan kalian yang telah dilakukan pada bulan Ramdan, untuk dilaksanakan pada bulan Syawal ini dan bulan-bulan yang akan datang. Bangunlah untuk berqiyamulail dan bertahajjud, berwitir dan membaca al-Quran. Pastikan solat fardu di masjid, menghadiri majlis ilmu, sentiasa berwuduk dan tidak meninggalkan solat dhuha. Ringan-ringankan tangan bersedekah pada fakir miskin, anak-anak yatim dan untuk amal jariah. Kurangkan makan dan minum kerana makan yang berlebihan boleh mendatangkan mudarat dan menambahkan penyakit dan boleh mengelapkan hati.
Amalan-amalan yang perlu diamalkan dibulan Syawal :
1. Mengerjakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal.
2. Bersolat berjemaah setiap hari (QS. At-Taubah: 18).
3. Meneruskan ibadah qiyamullail dan iktikaf.
4. Lidah dibasahi dengan dibasahi dengan zikir, terutama bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
5. Tidak meninggalkan shalat Duha.
6 Menyemai berinfak, bersedekah, berwaqaf dan berzakat sepanjang masa.
7. Memelihara silaturrahmi atau menjaga tali silaturahim dengan saudar yang mahram dan saudara bukan mahram serta dengan semua hamba Allah di muka bumi ini.
Ingatlah bahawa belengu yang merantai Iblis dan syaitan akan terlerai. Mereka memulakan tugas baru setelah diikat dan diseksa oleh Allah SWT. Mereka ingin membalas dendam kerana dosa orang-orang beriman yang berpuasa telah diampunkan oleh Allah SWT Mereka akan bekerja siang malam untuk mengoda dan menghasut anak Adam untuk melakukan maksiat dan dosa dan melupakan untuk mengingati Allah SWT.
Begitu juga jangan kita lupakan amalan wajib dan sunat pada 1 Syawal:
1) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
2)Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
3)Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
4)Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid untuk bersembahyang di pagi raya.
5)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
6)Masa melakukan "Takbir Mursal" ialah mulai dari malam hari raya Aidilfitri dan berakhir dengan masa bermulanya sembahyang hari raya pada hari esoknya.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW sabdanya maksudnya : "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. " (Hadis Riwayat Tabrani)
Syawal sebagai bulan peningkatan prestasi ibadah perlu di isi dengan mencari keredaan Illahi. Jangan terleka dengan gamitan hawa nafsu dunia - jika menyesal sudah tiada gunanya - nasi menjadi bubur.
Ingatlah, jangan menunggu datangnya Ramadan sekali lagi baharu kita berusaha untuk meningkatkan prestasi ibadah kita. Kerana kita tidak tahu saat bila nafas kita akan terhenti. Lupakan yang lalu dan mulakan kebersihan hati di pagi Syawal yang mulia ini.
Menurut huraian ulama rahimahullah takbir hari raya - Aidilfitri hukumnya sunat dan lafaznya yang lengkap seperti berikut:
Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya, segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya, Maha Suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petangnya.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa, amatlah benar dan tepat janji-Nya, ia telah memenangkan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w. ), ia juga telah menguatkan tentera-Nya dan Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian.اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya, segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya, Maha Suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petangnya.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa, amatlah benar dan tepat janji-Nya, ia telah memenangkan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w. ), ia juga telah menguatkan tentera-Nya dan Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.
No comments:
Post a Comment