Saturday, December 3, 2011

Orang Mukmin Akan Berhati-hati Memilih Pemimpin Kerana Semuanya Akan di Pertanggungjawabkan di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amalan hidup kita daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya semuanya akan di hisab di hari akhirat nanti. Tidak sedikit pun akan dibiarkan oleh Allah SWT, jika baik, mulia, dan mendatangkan manfaat akan diberi balasan pahala yang setimpal malahan mungkin akan dilipat gandakan oleh Allah SWT akhirnya menuju ke syurga. Begitu juga jika buruk, bermaksiat dan mendatangkan mudarat maka ianya akan dihisab dan dibalasi dengan dosa dan akhirnya akan mendapat balasan neraka.

Firman Allah SWT maksudnya : "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).'' (Surah al-Zalzalah ayat 7).

Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT. yang mempunyai akal fikiran. Mereka mampu menentukan dan membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk dan sama ada ia menjadi suruhan atau larangan-Nya.

Oleh sebab itu, manusia bukanlah dicipta dengan sia-sia ataupun tanpa matlamat dan tujuan. Bahkan mereka dijadikan untuk beribadah kepada Penciptanya yang merupakan tujuan utama kehidupan ini.

Manusia perlu bijak menyesuaikan aktiviti dan amalannya dengan tujuan hidup yang jelas bersesuaian dengan fitrah dan kehendak Tuhan. Ini kerana segala perbuatan mereka itu akan dinilai dan dibalas sama ada dosa atau pahala, walaupun kebaikan dan kejahatan yang mereka lakukan hanyalah sebesar zarrah atau sebesar biji sawi sekalipun.

Sedangkan sekecil-kecil perbuatan pun mendapat balasan, apatah lagi jika ia melakukan sebesar-besar perbuatan. Sudah tentu syurga atau neraka adalah tempat yang sesuai bagi mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka alpa dan hanya mengejar kehidupan duniawi sahaja sedangkan balasan akhirat adalah lebih indah dan kekal abadi.

Ini dijelaskan oleh Allah SWT. dalam surah an-Nisa ayat 134 yang bermaksud: "Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.''

Dosa dan pahala ialah balasan mereka yang melakukan sesuatu untuk memenuhi matlamat ibadah atau sebaliknya dalam bentuk zahir dan batin, gerak anggota atau gerak hati.

Persoalan balasan baik dan buruk ini ditimbulkan semata-mata mahu mendidik umat Islam supaya melakukan sesuatu yang tidak bercanggah dengan kehendak agama, seterusnya dapat menjamin kebahagiaan hidup masyarakat seluruhnya dengan undang-undang dan peraturan Ilahi.

Sahabat yang dimuliakan,
Salah satu tanggungjawab besar yang perlu kalian mengambil perhatian adalah cara kalian memilih pemimpin. Kalian pasti akan ditanya dan kalian tidak akan dapat melarikan diri di akhirat nanti. Jika betul cara kalian membuat pilihan maka kalian akan terselamat daripada azab yang besar nanti dan jika kalian tersilap atau kalian memilih hanya berdasarkan nafsu dan emosi, kalian tidak melihat syarat-syatar dan ciri-ciri yang Islam gariskan maka kalian akan ditanya, bertanggungjawab dan akan mendapat seksaan yang azab disediakan oleh Allah SWT.

Dalam zaman moden ini tangan kalian cukup memainkan peranan yang penting. Tangan dan jari-jari yang kalian gunakan untuk memangkah dan membuat pilihan akan menjadi saksi dihadapan Allah SWT bahawa siapakan pemimpin yang telah di pilih? Jika tersalah pilih pemimpin tersebut tidak akan dapat menolong kalian dan masing-masing akan dipertanggunjawabkan di atas kesalahan yang telah dilakukan.

Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW  membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para sahabat menjawab:" Allah SWT. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda SAW. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."
Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Bukan setakat bumi yang akan menjadi saksi tetapi tempat mengundi, peti undi, pencil yang digunakan, hari, masa, tahun,  anggota-anggota lain seperti mata, kaki, telinga , hidung dan kakitangan SPR yang bertugas akan menjadi saksi kepada setiap individu yang membuat pilihan.

Sekiranya kita telah mengundi selama 5 penggal maka setiap penggal akan di hisab satu persatu dan penyiasatan dan pengadilan cukup teliti dah halus hinggakan tidak ada satu pun perkara akan tercicir.

Ketika itu dimanakah kalian hendak meminta pertolongan kerena kesilapan orang yang kalian pilih? Pemimpin yang kalian pilih telah melepaskan diri, dia juga tidak terlepas dengan kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 161 yang bermaksud : " Tidak mungkin seorang Nabi mengkhianati dalam urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatinya; kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedangkan mereka itu tidak teranayai ".

Apakan syarat-syarat pemimpin yang telah Islam tetapkan? Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Pemimpin mestilah orang beriman dan bertakwa dan terikat kesetiaan kepada Allah.  

2. Mempunyai akhlak Islam tidak terlibat dengan rasuah, jenayah, konsperasi mengaibkan seorang muslim, isterinya menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

3. Bersikap jujur dan amanah dan tidak menzalimi rakyat dengan tidak berlaku adil di dalam pembahagiaan kekayaan hasil bumi dengan melanggar perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

4. Mengutamakah rakyat tidak  mengutamakan kroni dan kelompok tertentu di dalam pembahagian projek, jawatan dalam pentadbiran dan sumbangan kebajikan atau subsidi.

5. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan rakyat dan dengan negara lain.

6. Pembawa Amanah dan mendaulatkan undang-undang Islam, tidak menolak hukum hudud dan tidak memperkecilkan kemapuan syariat Islam dalam mentadbir negara. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah SWT yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Quran memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah SWT dan menunjukkan sikap baik kepada rakyatnya sebagaimana Firman Allah SWT maksudnya :

“Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Quran memerintahkan agar kaum muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam. Pemimpin Islam juga mesti menyelesaikan pelbagai perbezaan pendapat atau pengaduan orang ramai. Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pandangan atau menegur pemimpin perlulah di ambil perhatian. Pemimpin tidak boleh bersilap kasar dan keras (tidak kena tempat) dengan memaksa rakyat dengan kekerasan (memaksa rakyat dengan keputusannya). Pemimpin Islam tidak boleh hanya melaungkan selogan-selogan kosong untuk mengutamakan rakyat tetapi apabila berlaku perbezaan pendapat dengan rakyat mengambil sikap tidak mahu bertolak ansur.

7. Pemimpin yang dipilih mestilah mengutamakan pendidikan Islam sebagai asas untuk menguatkan akidah dan akhlak Islam, bukannya pemimpin yang menggalakan hiburan melampau batas, tidak kawal rancangan television yang merosakkan akidah umat Islam dengan cerita hantu dan tahyul, membina banyak pusat-pusat hiburan, kelab malam, meluluskan lesen-lesen judi dan arak dan membiarkan dan menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan wanita. Pemimpin yang gemar pada hiburan dan melanggar syariat perlu segera ditukar.

Kalian semua boleh menilainya, jangan mudah menerima berita fitnah yang mengaibkan ulama dan membenci pendakwah Islam  yang banyak diwar-warkan akhbar arus perdana dan propaganda menentang hukum-hukum Islam.

Sahabat yang dihormati,
Mungkin ada bertanya bangaimana disatu-satu tempat itu tidak terdapat ciri-ciri pemimpin Islam yang dinyatakan di atas? Sedangkan kita perlu buat pemilihan?
Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. 

Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. 

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah ayat 217). 

Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.
 
Pemimpin (calun) yang kurang mudarat (kurang bahaya)  itu ciri-cirinya adalah :
1. Pemimpin yang ada perjanjian dengan pemimpin Islam untuk berkongsi kuasa dan matlamat yang sama iaitu membenteras rasuah dan menghapuskan ketidak adilan kepada rakyat.

2. Bersetuju memberi hak yang lebih luas dari segi agihan kekayaan dan membenarkan  rakyat bersuara dan berhimpun secara aman .

3. Bersetuju untuk memulihkan dan memperkasakan sistem keadilan di dalam setiap bidang kementerian dalam kerajaan  yang dibentuk. Terutama untuk menghapuskan tangkapan tanpa perbicaraan.

4. Pemimpin tersebut hendaklah menghormati hak umat Islam yang termaktub di dalam perlembagaan dan undang-undang syariat.

Jika pemimpin tersebut mempunyai ciri-ciri tersebut maka boleh dipilih sebagai sokongan untuk menguatkan pemimpin Islam yang akan mentadbirkan negara.

Nabi SAW semasa hijrah daripada Mekah ke Madinah pernah meminta tolong lelaki Yahudi yang baik peribadinya untuk menunjukkan jalan pintas ke Madinah supaya perjalanan baginda dan Saidina Abu Bakar tidak tergendala dipertengahan jalan daripada gangguan kafir Quraisy Mekah. Dalam keadaan kita kurang kemampuan dan kekuatan ketika ini boleh digunkan kekuatan orang bukan Islam untuk membantu kita untuk mencapai matlamat utama keredaan Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita bermuhasabah dan lihat balik segala amalan kita sebelum ini yang mungkin tanpa kita sedari telah memberi saham kepada pemimpin yang gagal melaksanakan hukum-hukum Allah SWT dan masih kuat mempertahankan undang-undang ciptaan manusia. Mungkin kita banyak dipengaruhi oleh akhbat arus perdana yang banyak menyelewengkan fakta dan banyak menabur fitnah. Kali ini berilah peluang kepada saudara-saudara kita yang berusha dan bekerjakeras untuk menegakkan keadilan Islam dan menghidupkan roh pendidikan Islam yang telah lama di tinggalkan. Yakinlah apa yang kalian lakukan ini untuk mendaulatkan Islam akan mendapat rahmat dan keberkatan di sisi Allah SWT. 

Jika kalian ditanya nanti di akhirat apakah usaha dan peranan kalian untuk menegakkan hukum-hukum Allah?  Kalian bisa menjawab bahawa kalian telah menggunakan tangan kalian untuk membuat pemilihan terbaik. Kalian tidak akan ditanya samaada berjaya atau tidak yang penting tugas dan tanggungjawab kalian telah kalian penuhi. Ini adalah jihad dan pengorbanan kalian yang besar disisi Allah SWT. Buatlah sesuatu perubahan dan berdoalah kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengizinkan ISLAM berkuasa memerentah dan mentadbirkan negara mengikut syariat Allah SWT.






Friday, December 2, 2011

Hamba Allah Yang Bersyukur Terselamat Daripada Ujian Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap orang yang beriman akan diuji oleh Allah SWT samaada dia hendak bersyukur atau tidak di atas nikmat rezeki yang dikurniakan-Nya. Sesiapa yang bersyukur dan reda dengan takdir Allah SWT akan terselamat daripada ujian-Nya dan sesiapa yang kufur tidak bersyukur dan tamak haluba akan mendapat kemurkaan Allah SWT dan azab yang akan ditimpakan ke atasnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Bahawa sesungguhnya ada tiga orang daripada Bani Israil yang masing-masing mempunyai kekurangan. Seorang daripadanya berpenyakit sopak , seorang botak dan yang seorang lagi buta. Allah menguji mereka , dengan mengutuskan malaikat.

Malaikat itu datang kepada si sopak dan bertanya :
“Apakah sesuatu yang paling engkau inginkan?”
Si sopak menjawab , “Saya menginginkan paras yang tampan dan kulit yang cantik, serta hilang penyakit yang menyebabkan orang jijik untuk mendampingiku.”
Maka malaikat itu lantas mengusap si sopak dan kemudian hilangkan penyakit yang menjijikan itu serta ia di beri paras yang tampan, dan kulit yang cantik.
Malaikat itu bertanya lagi, “Harta apa yang paling engkau mahukan?”
Si sopak menjawab , “Saya ingin menjadi usahawan penternak unta yang berjaya.”
Kemudian dia di beri unta yang sedang bunting sepuluh bulan, dan malaikat tadi berkata :
“Semoga Allah memberi berkah dan rahmat atas apa yang kau terima”

Kemudian malaikat itu pergi kepada si botak dan bertanya :
“Apakah yang paling kau inginkan?”
Si botak menjawab : “ Rambut yang rapi dan hilangnya penyakit yang menjadikan orang jijik kepadaku ini.” Malaikat lantas mengusap si botak dan selepas itu hilanglah penyakit dan tumbuhlah rambut yang cantik rapi di kepalanya. Malaikat bertanya lagi, “Harta apa yang paling kau inginkan?” si botak menjawab, “Saya ingin menjadi usahawan penternak lembu yang maju.” Kemudian dia diberikan lembu yang sedang bunting dan malaikat tadi berkata, “Semoga Allah memberi berkah dan rahmat atas apa yang kau terima.”

Kemudian malaikat pergi pula kepada si buta dan bertanya, “Apakah sesuatu yang paling kau inginkan?” si buta menjawab, “Allah mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat.” Malaikat lantas mengusap si buta dan Allah mengembalikan penglihatan si buta. Malaikat itu bertanya lagi, “Harta apa yang paling engkau mahukan?” si buta menjawab, “Saya ingin menjadi penternak kambing.” Kemudian dia diberikan kambing yang sedang bunting.

Lama-kelamaan unta, lembu dan kambing milik mereka berkembang biak sehingga memenuhi satu kawasan. Lantas datanglah malaikat sebagai ujian daripada Allah. Malaikat itu menyamar sebagai seorang yang berpenyakit sopak seperti keadaannya dulu sambil berkata, “Saya seorang miskin dan telah kehabisan bekal di tengah perjalanan dan tidak menggantung harap kecuali kepada Allah s.w.t. kemudian kepadamu. Saya benar-benar meminta pertolongan kepadamu dengan izin Allah yang telah memberi engkau paras yang tampan dan kulit yang halus serta kekayaan. Saya meminta kepadamu seekor unta untuk bekal melanjutkan perjalanan saya.”

Si sopak berkata,”saya tidak dapat memberikan apa-apa kepadamu.” Malaikat itu berkata,”Kalau tidak salah saya, saya penah kenal denganmu, bukankah kamu dulu orang yang mempunyai sakit sopak dan orang-orang jijik kepadumu, dan bukankah kamu dulu orang miskin lalu Allah memberi rahmat kepadamu? “ si kaya yang sebelumnya sopak itu berkata, “Sesungguhnya saya mempunyai harta kekayaan ini daripada nenek moyang saya.” Malaikat berkata, “Jika kamu berdusta maka semoga Allah s.w.t. mengembalikan kamu seperti keadaanmu semula.”

Kemudian malaikat datang kepada si botak dengan menyerupai orang yang berpenyakit botak sepertinya dahulu dan berkata seperti apa yang diperkatakan kepada si sopak. Si botak menjawab seperti si sopak. Kemudian malaikat itu berkata, “Jika kamu berdusta,semoga Allah menjadikan kamu seperti keadaan asalmu.”

Malaikat meneruskan perjalanannya ke tempat si buta dengan menyerupai orang buta seperti keadaan si buta dan berkata, “Saya seorang msikin dan telah kehabisan bekalan. Saya benar-benar minta pertolonganmu dengan izin Allah yang telah mengembalikan penglihatanmu, iaitu saya meminta satu ekor kambing untuk bekalan dalam melanjutkan perjalanan saya.”

Si buta menjawab, “Saya dulu juga seorang yang buta kemudian Allah mencelikkan penglihatan saya. Dan dulu Allah memberi kekayaan seperti ini, maka ambillah apa yang kau inginkan. Demi Allah, saya tidak akan menghalangmu daripada mengambil apa jua yang kau kehendaki kerana Allah.” Mendengar jawapan ikhlas itu, malaikat itu berkata, “Peliharalah harta kekayaanmu, sebenarnya kamu hanyalah diuji dan Allah benar-benar redha terhadap kamu dan Allah telah memurkai kedua-dua kawanmu.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Kisah yang di ceritakan oleh Rasulullah SAW  ini adalah pada zaman Bani Israil bagaimana Allah SWT. telah menguji umat terdahulu. Pengajaran dan moral dari kisah ini adalah untuk kita semua mengambil iktibar sebagai umat Rasulullah SAW Ujian Allah SWT tetap berlaku kepada setiap hamba-hamba Allah SWT  yang mengaku beriman Allah SWT dan rukun-rukun Iman yang lain. Ujian Allah SWT. ini datang dalam berbagai bentuk bergantung sejauh mana hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Apabila Allah SWT memberikan kekayaan dan kemewahan harta benda di jalan yang tiada di sangka-sangka , adakah kita tetap menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur?
Apabila Allah SWT  menguji kita dengan kesempitan hidup dan tidak mempunyai harta, adakah kita akan menjadi hamba Allah SWT yang tenang dan bersabar?
Apabila Allah SWT. menguji kita dengan kesakitan (penyakit) adakah kita redha dengan ketentuanNya , dan berusaha dan berikhtiar untuk mencari ubatnya ?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri, “ tepuk dada tanya iman”. Kita kena melatih hati dan pemikiran kita supaya positif setiap masa dan ketika dan sentiasa baik sangka dengan Allah SWT . Meyakini bahawa setiap peristiwa yang berlaku semuanya menggandungi ikhmah dan kebaikan, segala ujian Allah SWT. ini adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita pada Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran-pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah di atas adalah seperti berikut :

1. Anjuran untuk berlemah lembut dan memuliakan orang-orang yang lemah dan miskin, memenuhi keperluan mereka, tidak melukakan hati mereka dan tidak menghina mereka.

2. Allah SWT. pasti menguji hamba-hambaNya untuk mengetahui antara mereka siapa yang bersyukur dan kufur nikmat, siapa yang soleh dan ingkar.

3. Kita wajib bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan dilarang kufur serta mengingkari nikmat.

4. Malaikat mampu datang dan menyamar sebagai manusia dan lainnya.

5. Kisah ini menjelaskan keutamaan bersedekah.

6. Bakhil dan kedekut adalah perbuatan yang di cela oleh Islam.

Jauhi Sifat Tamak dan Panjang Angan-angan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan." (Hadis Riwayat Bukhari - dalam al-Sahih 11/243 dan Muslim dalam al-Sahih 2/724 no. 1047 dan Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin)

Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa ada dua perkara yang menyebabkan anak Adam tua . Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tamak

Kedua : Angan-angan.

Huraiannya :

Pertama : Tamak.

Manusia yang menjadikan dunia sebagai  matlamat hidupnya akan bersikap tamak haluba dan tidak akan bersyukur di atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Dia akan terus mencarai habuan dunia tidak kita samaada ianya halal atau pun haram yang penting harta yang diingininya itu mesti dapat dan matlamat yang dituju perlu dicapai.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah emas nescaya dia masih mahukan yang ketiga dan tidak ada yang dapat menutup keinginan anak Adam kecuali tanah, dan Allah akan menerima taubat sesiapa yang bertaubat. Dan sesungguhnya Allah menjadikan harta ini hanya untuk menegakkan sembahyang yang dikeluarkan untuk zakat."

Sifat tamak terhadap harta ini Allah SWT ceritakan dalam al-Quran adalah kisah Qarun di zaman Nabi Musa a.s. Firman Allah SWT maksudnya : “Dia (Qarun) berkata: 'Sesungguhnya aku hanya diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." (Surah al-Qashash ayat 78)

Qarun bersifat tamak dan ujub  kerana dia merasakan bahawa harta yang banyak yang dia miliki adalah hasil daripada kepandaiannya mengumpulkan harta dan perniagaan yang dia usahakan, sedangkan asalnya dia adalah seorang yang miskin dan tidak memiliki apa-apa kepandaian. Berkat daripada pertolongan dan doa Nabi Musa a.s yang menyebabkan Allah SWT mengurniakan harta yang banyak kepadanya. Ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat adakah Qarun hendak bersyukur dan taat kepada-Nya.Kerana sifat tamak dengan harta yang dimilikinya dan sifat ujub maka dia enggn membayar zakat dan menentang perintah Allah SWT yang diwahyukan-Nya kepada Nabi Musa a.s..akhirnya Qarun dibinasakan oleh Allah SWT, dia dan hartanya ditelan bumi dengan izin Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian pada salah seorang antara kamu, lalu ia berkata :'Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orng-orang yang soleh" (Surah al-Munafiqun ayat 10)

Oleh itu jauhilah sifat tamak dengan harta kerana harta yang ada di dunia adalah pinjaman sementara ianya tidak kekal yang kekal adalah apabila harta tersebut di sedekahkan, di infak dijalan Allah SWT dan dikeluarkan zakat.

Orang yang bersifat tamak tidak mahu membayar zakat dan tidak suka bersedekah, akhirnya harta yang disimpan itu akan dibinasakan oleh Allah SWT. hidupnya tidak akan bahagia dan sering menghadapai bala dan musibah.

Kedua : Angan-angan.

Panjang angan-angan atau banyak berhayal menyebabkab seseorang berada dialam fantasi bukan lagi realiti. Sedangkan ini adalah racun yang berbahaya apatah lagi angan-angan tersebut tidak kesampaian di samping membazir masa sahaja . Lantas, dia sentiasa rugi dalam kehidupannya dan menempuh kehinaan. Sebaliknya mereka yang bercita-cita dan disertakan dengan perlaksanaan mengikut strategi dan buah fikiran yang baik sudah tentu akan mengecapi kejayaan. Angan-angan adalah racun dalam kehidupan dan musibahnya jauh lebih banyak daripada manfaatnya.

Oleh itu hendaklah kita menggantikan sifat panjang angan-angan dengan manfaatkan waktu lapang dengan beribadat. Waktu yang lapang juga digunakan untuk membaca buku-buku agama, membuat kerja-kerja kebajikan, berdakwah dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar , ziarah orang sakit , solat sunat, berzikir dan menuntut ilmu.

Ingatlah masa adalah kehidupan, tidak berlalunya sesaat masa itu menandakan  sudah habisnya sebahagian daripada kehidupan kita. Semakin berlalunya hari ini bermakna kita semakin hampir dengan kematian.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta nasihat-menasihati dengan kesabaran".
(Surah al-'Asr ayat 1-3)

Ayat ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa pentingnya menjaga masa lapang dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu, pesanan Allah SWT. tentang keberuntungan bagi mereka yang menjaga masanya dan memanfaatkan masa hidupnya dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

Juteru itu janganlah kalian habiskan masa dengan berangan-angan untuk masuk syurga tanpa beramal soleh, untuk menjadi kaya tanpa berusaha atau pun ingin ternama dan disanjung tinggi oleh manusia. Sesungguhnya panjang angan-angan adalah mainan syaitan dan mengikut hawa nafsu. Jangan meletakkan kalian di zon selesa dan suka kepada hayalan yang tidak berfaedah seperti cerita angan-angan 'mat jenin'. 

Jangan jadikan harimu berlalu tanpa manfaat dan jangan kalian tanamkan harta kalian ditempat yang tidak berfaedah. Sebab usia itu terlalu singkat untuk di sia-siakan , dan harta itu terlalu sedikit untuk kalian simpan dalam hal-hal yang tidak berguna. Alangkah ruginya jika orang yang berakal menghabiskan waktunya dengan melakukan hal-hal yang dia tidak oleh mengambil manfaat dan kebaikannya, dan membelanjakan hartanya dalam hal-hal yang tidak menghasilkan pahala dan ganjaran. Hidup kalian di dunia ini terlalu singkat oleh itu gunakan sepenuhnya ilmu, masa, tenaga dan harta yang ada demi mencari keberkatan dan  keredaan Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita muhasabah dan mujahadah diri kita supaya kita mampu melawan nafsu yang suka kepada sifat tamak  kepada harta, kedudukan , pangkat dan puji-pujian manusia. Pada masa yang sama jauhi angan-angan kosong , hayalan dan duduk rehat-rehat tanpa berusaha dan bekerja. Orang mukmin sifatnya diwaktu siang seperti singa bekerja keras mencari nafkah , berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT kemudian diwaktu malam menjadi abid bertahajjud, berdoa , bermunajat hingga menitiskn air mata penyesalan. Jika kalian jauhi dua sifat mazmumah tersebut kalian akan berbahagia di dunia dan akhirat.

Akhirkata ingatlah pesanan Saidina Ali bin Abi Talib k.wj. : "Yang aku sangat khuatirkan atas kamu dua perkara iaitu panjang angan-angan dan menuruti hawa nafsu, kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat , dan menuruti hawa nafsu itu menghalangi daripada kebenaran (hak)."

Wednesday, November 30, 2011

Amalkanlah Tiga Sunah dan Kesukaan Nabi SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Berdasarkah hadis di atas terdapat tiga kesukaan Nabi SAW di dunia ini.

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Wanita yang halal (isteri-isteri yang solehah)

Kedua : Wangian.

Ketiga : Rasa seronok dalam  solat.

Huraiannya :

Pertama : Wanita yang halal (isteri-isteri yang solehah)

Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah meletakkan darjat yang tinggi kepada kaum wanita. Di zaman jahilaiah wanita dijadikan barang dagangan, bila sudah tidak berguna akan dibuangkan begitu sahaja. Di zaman jahiliah juga apabila seorang wanita melahirkan anak perempuan maka keluarga tersebut akan mendapat aib yang besar dan mereka akan membunuh anak perempuan tersebut. Islam telah meletakkan darjat yang sama di antara wanita dan lelaki dari segi amal soleh, pahala dan takwa, sesiapa yang lebih tinggi takwanya kepada Allah SWT maka dia lebih mulia di sisi Allah SWT  tidak kira  samaada dia seorang lelaki atau  wanita.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Setiap lelaki yang normal memerlukan wanita untuk dijadikan isteri kerana dengan perkahwinan yang sah akan melahirkan cinta dan kasih sayang semata-mata kerana Allah SWT. kerana cinta adalah anugrah Allah SWT. Cinta yang suci adalah warisan syurga yang mana Nabi Adam a.s rasa kesunyian di syurga lalu dijadikan Siti Hawa untuk dijadikan isteri baginda di syurga. Lahirlah cinta dan kasih sayang  sebagai fitrah kurniaan Allah SWT.

Cinta dan kasih sayang baginda kepada wanita solehah yang menjadi isteri-isteri  baginda,  kerana mereka membantu baginda dalam perjuangan menegakkan Islam dimuka bumi ini. Kasihnya baginda kepada mereka kerana kesemua meraka menjadi penenang hati, pendorong semangat, dan memberi nasihat-nasihat yang berguna ketika baginda menghadapi saat getir perjuangan menegakkan agama Allah ini penuh dugaan dan tribulasi.

Bayangkan betapa sedihnya baginda di atas kematian isteri yang pertama lagi tercinta Siti Khadijah  yang banyak membantu dan berkorban dikala masyarakat dan kaum keluarganya  menolak dakwah baginda. Siti Khadijah telah mengorbankan seluruh hartanya semata-mata untuk berjihad dijalan Allah SWT.

Nabi SAW memberi amaran tidak mengaku umatnya kepada lelaki bujang yang tidak suka berkahwin (tidak suka wanita) sedangkan dia berkemampuan. Nabi SAW juga menggalakkan bagi lelaki yang sudah berkahwin untuk berpoligami dengan syarat berkemapuan dan bertanggungjawab kerana baginda berbangga umatnya yang ramai di hari akhirat nanti.

Suka kepada wanita (sebagaimana Nabi SAW menyukainya) perlulah mengikut peraturan Islam dan akhlak Islam iatu perlu menjurus kepada pernikahan yang sah untuk menjadi suami isteri . Perkahwinan adalah sunah Rasulullah SAW yang penting untuk melahirkan zuriat keturunan yang sah kearah pembinaan keluarga Islam, masyarakat Islam dan daulah Islamiah.

Ahli saikologi ada menyatakan, "Cinta yang diucapkan selalu di antara lelaki dan wanita sebelum mereka berkahwin akan mengurangkan cinta tersebut apabila mereka mendirikan rumah tangga." Memang benar kata-kata tersebut kerana sebahagian besar perceraian yang berlaku sekarang ini adalah mereka-mereka yang bercinta berlebihan sebelum berkahwin.

Kedua : Wangi-wangian.

Rasulullah SAW adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

Ù…Ű§ ŰŽÙ…Ù…ŰȘ ŰčÙ†ŰšŰ±Ű§ Ù‚Ű· ÙˆÙ„Ű§ Ù…ŰłÙƒŰ§ ÙˆÙ„Ű§ ŰŽÙŠŰŠŰ§ ŰŁŰ·ÙŠŰš من Ű±ÙŠŰ­ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡

Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah SAW.”
(Hadis Riwayat  Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hadis Riwayat Abu Daud – sanad hasan).

Jika seseorang diberi wangian seperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi SAW diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (Hadis Riwayat Bukhari).

Nabi SAW bersabda:

من Űč۱۶ Űčليه Ű±ÙŠŰ­Ű§Ù† ÙÙ„Ű§ ÙŠŰ±ŰŻÙ‡

Maksudnya : “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hadis Riwayat Muslim)

Memakai wang-wangian adalah sunah Rasulullah  SAW terutama ketika solat dan bersama masyarakat ketika menjalankan tugas, kerana Islam tidak suka umatnya berada di dalam keadaan berbau badan atau peluh kerana bauan ini boleh menyakitkan hidung sesiapa yang mendekatinya.

Wangi-wangian ini adalah khusus untuk kaum lelaki bukannya wanita.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wangian lelaki apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain .

Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram.

Nabi SAW bersabda:

ŰŁÙŠÙ…Ű§ Ű„Ù…Ű±ŰŁŰ© ۧ۳ŰȘŰč۷۱ŰȘ ÙÙ…Ű±ŰȘ ŰšÙ‚ÙˆÙ… Ù„ÙŠŰŹŰŻÙˆŰ§ Ű±ÙŠŰ­Ù‡Ű§ فهي ŰČŰ§Ù†ÙŠŰ©

Maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Ketiga : Rasa seronok dalam  solat.

Rasulullah SAW  merasakan solat adalah penyejuk matanya, rasa seronok dan tenang sekali kerana dalam solat terbina hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Rasulullah menganjurkan umatnya melaksanakan ibadat solat tepat pada waktunya. Baginda SAW pernah ditanya oleh Ibnu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling afdal? Jawab Baginda: Menunaikan solat tepat ada waktunya. Kemudian Ibnu Mas’ud bertanya lagi:
Selepas itu, apa pula? Jawab Baginda: Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Akhirnya Rasulullah ditanya lagi: Kemudian, apa lagi? Ujar Baginda: Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Antara hikmah solat ialah mendidik umat hidup dengan budaya ‘tepat pada waktunya’ sekali gus menggambarkan pentingnya masa dalam kehidupan seorang muslim. Di samping itu, ibadat solat juga melatih umat hidup secara tertib dan berperaturan.

Fungsi solat juga sebagai penawar ketenangan hati di samping membersihkan jiwa dan raga daripada sebarang kekotoran.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat adalah penyejuk mata hati baginda. Kesan yang paling besar terhasil daripada pelaksanaan ibadat solat dengan penuh khusyuk dan ikhlas, ia berupaya menghalang seseorang muslim daripada keinginan melakukan kemungkaran, baik tindakan mahupun perkataan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Firman ini secara jelas menegaskan solat penawar atau jalan penyelesaian ampuh untuk mencegah amalan tidak bermoral dan jenayah yang membarah dalam kehidupan manusia sejagat. Dalam erti kata lain, ibadat solat tonggak mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup umat Islam.

Sesaat seorang hamba Allah berdiri tegak menunaikan ibadat solat, dia tidak boleh menoleh ke kanan mahupun kiri melainkan meluruskan pandangan wajahnya ke arah tempat sujud.

Mereka juga terikat dengan ikrar dibaca dalam solat, inilah solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu ya Allah Tuhan sekalian alam.

Ibadat solat jika dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas akan memantulkan ketenangan hati, keimanan mapan dan ketrampilan akhlak yang terpuji.

Nabi SAW sentiasa melaksanakan solat tahajud hingga bengkak-bengkak kaki baginda kerana seronoknya baginda bersolat .

Sungguh Nabi SAW  solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi SAW.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”
(Hadis riwayat Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari)

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah SAW. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah SWT untung nasib belum dipastikan samada syurga atau neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?

Salah satu ciri-ciri orang mukmin adalah dia merasakan cukup seronok apabila masuk waktu solat dan dia akan solat berjemaah di masjid atau disurau sebagaimana seronoknya Nabi SAW terhadap ibadah solat.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita mengikut sunah dan kesukaan Nabi SAW dia atas tiga perkara di atas. Kita cinta kepada wanita iaitu isteri kita, kita berikan sepenuh cinta dan kasih sayang, beri nafkah yang cukup dan memberi pendidikan Islam sehingga menjadi isteri solehah , kita suka memakai wangi-wangian yang harum setiap masa dan menjadikan solat itu sebagai amalan harian yang menyeronokkan hati kita samaada solat fardu atau sunat dan kerjakannya hingga merasa khusyuk kepada Allah SWT.






Tafsir Surah Al-Jin Ayat 6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :
وَŰŁَنَّهُ كَŰ§Ù†َ ۱ِŰŹَŰ§Ù„ٌ مِنَ Ű§Ù„ْŰ„ِنْŰłِ يَŰčُÙˆŰ°ُونَ Űšِ۱ِŰŹَŰ§Ù„ٍ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹِنِّ فَŰČَۧۯُوهُمْ ۱َهَقًۧ)
 
Maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Surah al-Jin (72) ayat 6)

Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan pengakuan jin bahawa ramai manusia berlindung   kepada laki-laki jin sehingga menyebabkan jin-jin itu bertambah ganas dan durhaka serta dapat dengan mudah menyeret orang-orang yang berlindung kepada mereka untuk berbuat kejahatan. Maksudnya, ketika orang-orang itu berlindung kepada jin kerana takut kepadanya dan tidak berlindung kepada Allah SWT, maka jin akan menghinakan mereka; dengan segala keberanian dan meningkatkan penganiayaan terhadap mereka.

Tafsir Jalalain Surah Al Jin ayat 6 menyatakan :

"Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan (memohon perlindungan)  kepada beberapa laki-laki di antara jin di dalam perjalanan mereka sewaktu mereka beristirahat di tempat yang menyeramkan, lalu masing-masing orang mengatakan, aku berlindung kepada penunggu tempat ini dari gangguan penunggu lainnya yang jahat (maka jin-jin itu menambah bagi mereka) dengan permintaan perlindungannya kepada jin-jin itu (dosa dan kesalahan) kerana mereka mengatakan, bahawa kami telah dilindungi oleh jin anu dan orang anu."

Asbabun Nuzul Surah al-Jin ayat 6.

Ibnu Saad mengetengahkan sebuah hadis melalui Abu Raja' dari kalangan Bani Tamim yang menceritakan, bahawa sesungguhnya aku menjadi penggembala kambing milik keluargaku dan aku menanggung beban pekerjaan mereka semuanya. Ketika Nabi SAW. telah diutus, kami keluar dari kalangan keluarga kami melarikan diri. Sewaktu kami sampai di suatu padang, sebagaimana biasanya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kami, iaitu apabila kami kemalaman, maka pemimpin (syekh) kami mengatakan, "Sesungguhnya kami berlindung kepada penunggu lembah ini dari gangguan jin pada malam ini." Maka kami pun mengatakan hal yang serupa. Lalu ada suara yang ditujukan kepada kami seraya mengatakan, 
 
"Sesungguhnya jalan keluar bagi laki-laki ini ialah mengucapkan kesaksian, iaitu bahawa tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah. Kesaksian itu siapa pun yang mengucapkannya, nescaya darah dan harta bendanya selamat." 

Lalu kami kembali, dan langsung masuk Islam. Abu Raja' mengatakan, sesungguhnya aku berpendapat bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan peristiwa yang dialami oleh aku dan teman-temanku, iaitu firman-Nya, "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambahkan bagi mereka dosa dan kesalahan..." (Surah al-Jin ayat 6 dan seterusnya) 

Dalam riwayat yang lain Abu Raja' berkata bahawa orang-orang jahiliah sering berdoa; "Kami berlindung kepada jin penguasa lembah ini." Namun salah seorang berkata, bahawa jalan untuk meraih keselamatan, adalah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya. Siapa yang bersaksi demikian, harta dan keselamatan jiwa orang yang mengucapkannya pasti aman. Kemudian turunlah ayat ini." (Hadis Riwayat Ibnu Saad. Lihat Ibnu Katsir 6/188-189 dari Ibnu Saad dalam ath-Thabaqat 7/139)

Dalam tafsir Fi Zilalil Quran Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah berkata :

"Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Surah al-Jin (72) ayat 6)

Ini merupakan isyarat dari makhluk jin kepada satu kepercayaan yang lumrah dalam masyarakat jahiliah dan masih terus lumrah hingga ke zaman ini di dalam berbagai  masyarakat, iaitu kepercayaan yang menganggap makhluk jin itu mempunyai kuasa di atas alam bumi dan manusia, mempunyai qudrat kuasa mendatangkan manfaat dan mudarat dan menguasai kawasan bumi, laut dan udara dan sebagainya hingga menyebabkan kaum musyrikin memohon perlindungan kepada ketua jin yang menjaga sesuatu wadi dari kejahatan orang-orangnya yang jahat apabila mereka hendak bermalam di padang gurun atau tempat yang sunyi. Setelah itu barulah mereka tidur dengan aman.

Syaitan itu dapat mengongkongi hati manusia kecuali mereka yang di lindungi Allah sahaja terselamat dari kongkongannya. Orang yang bergantung kepada syaitan adalah musuh-Nya, malah syaitan akan menyakiti manusia dan menyusahkannya. Kumpulan jin itu sendiri menceritakan apa yang berlaku."

Sahabat yang dimuliakan,
Banyak hadis-hadis daripada Nabi SAW menyatakan bahawa syaitan dan jin-jin kafir adalah musuh Allah SWT dan musuh orang-orang mukmin yang mana mereka akan menyesatkan manusia dan menjerumuskan kepada syirik dan melakukan dosa besar kepada Allah SWT.

Bomoh-bomoh yang menggunakan syaitan dan jin-jin kafir sebagai khadam adalah merupakan wali syaitan yang ramai menyesatkan umat Islam kepada amalan syirik dan kurafat. Mereka menggunakan sihir, santau dan pemujaan untuk mendatangkan penyakit (dengan izin Allah)  kepada orang beriman dan membuat ramalan-ramalan palsu  untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam mengatakan orang tersebut melakukan santau dan sebagainya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.” (Hadis Riwayat Muslim).


Bomoh yang menggunakan khidmat jin atau syaitan ini selain mengubati mereka yang sakit, ia juga  menawarkan khidmat tanam susuk, serikan wajah, ilmu pengasih, pelaris perniagaan, pendinding diri (menggunakan bahan-bahan yang telah dipuja), mandi bunga, semahan darah ayam hitam atau kambing hitam (baru buka gelanggang silat atau rumah baru) dan berbagai-bagai amalan syirik yang amat dilarang keras oleh Nabi SAW.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib (menggunakan khidmat bomoh) adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.”(Surah al-Maidah, ayat 90)


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, yakinlah syaitan dan jin-jin kafir adalah musuh kita yang nyata dan jauhkan diri kita daripada mereka dan mintalah perlindungan Allah SWT daripada gangguan, hasutan dan godaan mereka.
 
Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah al-Baqarah (2) ayat 208)
 
Jauhkan diri daripada berjumpa bomoh yang menggunakan khidmat jin atau syaitan, jika kita menghadapi sakit berpunca daripada gangguan makhluk halus maka jumpalah pakar perubatan Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa dan jampi-jampi yang diambil daripada amalan Nabi SAW. dan para sahabat. Dengan ini  kita akan dapat menyelamatkan akidah kita daripada di pesongkan oleh para bomoh yang mencari keuntungan dan kepentingan diri.

Amalkanlah zikir al-Mathurat yang di susun oleh al-Imam Syahid Hasan al-Banna yang dihimpunkan daripada beberapa ayat-ayat al-Quran dan doa-doa amalan Nabi SAW waktu pagi dan petang. Amalkanlah waktu lepas subuh dan lepas asar atau magrib supaya lidah dan hati kita hidup dengan zikir dan mengingati Allah SWT dan dapat terhindar daripada gangguan jin dan syaitan.

Selain daripada berzikir banyakkan membaca al-Quran di dalam rumah kita supaya malaikat rahmat akan sentiasa hadir mendengan bacaan al-Quran dan syaitan akan menjauhkan dirinya jika para malaikat sentiasa bersama kita, insya Allah.

Tuesday, November 29, 2011

Kisah Su'ul Khatimah (Mati Terbakar Kerana Memperikaikan Hukum-hukum Allah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat
dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Sahabat yang dimuliakan,
Bertaubatlah kita kepada Allah SWT kerana kematian akan datang bila-bila masa. Kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah orang yang kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila  enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti seseorang ingin melawan arahan Tuhan. Jangan cuba mencabar Allah SWT dan menghina ajaran Islam pasti balasannya akan di terima di dunia lagi dan di akhirat telah tersedia seksaan api neraka yang amat dahsyat.

Carilah Keberkatan Dalam Hidup Supaya Berbahagia di Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sering mendengar sejak kecil lagi ibu bapa kita ada memberi nasihat jangan buat dosa dan jangan tinggalkan solat nanti kita akan mendapat keberkataan daripada Allah SWT dalam hidup ini.

Firman Allah SWT maksudnya :"Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka sesuai apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-A'raf ayat 96)

Sekiranya seseorang manusia itu beriman dan bertakwa maka Allah SWT akan melimpahkan kepada mereka barakah (berkat) daripada langit dan bumi. Tetapi jika seseorang itu kufur kepada Allah SWT maka Dia akan menurunkan azab-Nya .

Apakah itu berkat?
Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu “ BARAKAH ~ ŰšŰ±ÙƒŰ© “ . Dan perkerjaan “ mengambil berkat “ pula dikenali sebagai “ TABARRUK ~ ŰȘŰšŰ±Ùƒ “.Oleh itu “ berkat “ ini ialah : BAHAGIA, BERUNTUNG, BERTAMBAH DAN BERKEMBANG .

Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikannya sebagai :

Ű§Ù„ŰšŰ±ÙƒŰ© : Ű«ŰšÙˆŰȘ Ű§Ù„ŰźÙŠŰ± Ű§Ù„Ű„Ù„Ù‡ÙŠ في Ű§Ù„ŰŽÙŠŰĄ

Maksudnya : “ Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu “.

Maka jelaslah “ MENGAMBIL BERKAT “ pula ialah : “ Mengharapkan datangnya kebaikan daripada Allah SWT dari sesuatu yang dipercayai mempunyai nilai-nilai keberkatan “.

Sebenarnya banyak alim ulama telah memberikan penjelasan tentang makna “Berkat” ini. Supaya senang di fahami berkat bermakna “Kebaikan yang bertambah, berterusan dan berpanjangan”. Contoh yang paling mudah kita perhatikan firman Allah SWT dalam Surah Ali
 Imran ayat 96 berbunyi ;


Maksudnya : "Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (Surah Ali Imran ayat 96)

Allah SWT. memberitahu kepada kita bahawa Baitullah (Masjidil Haram) itu adalah tempat yang berkat. Keberkatannya dapat dilihat dengan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah dimana manusia mengunjunginya dari dahulu sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. sehingga kini kunjungan manusia sentiasa berterusan dan berpanjangan.

Kalau dilihat kepada kehidupan seharian kita, bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah SWT telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT itu kebaikannya bertambah, kebaikannya berpanjangan dan berterusan?

Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah SWT mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin banyak dia bersedekan dan semakin bertambah takwa dia kepada Allah SWT. Hidup dia dirahmati Allah SWT dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-

هي Ű«ŰšÙˆŰȘ Ű§Ù„ŰźÙŠŰ± Ű§Ù„Ű„Ù„Ù‡ÙŠ في Ű§Ù„ŰŽÙŠŰĄ؛ ÙŰ„Ù†Ù‡Ű§ ۄ۰ۧ Ű­Ù„ŰȘ في قليل ÙƒŰ«Ű±ŰȘه، ÙˆŰ„Ű°Ű§ Ű­Ù„ŰȘ في ÙƒŰ«ÙŠŰ± نفŰč، ومن ŰŁŰčŰžÙ… Ű«Ù…Ű§Ű± Ű§Ù„ŰšŰ±ÙƒŰ© في Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ± ÙƒÙ„Ù‡Ű§ Ű„ŰłŰȘŰčÙ…Ű§Ù„Ù‡Ű§ في ۷ۧŰčŰ© Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčŰČ ÙˆŰŹÙ„.

Ertinya : "Iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla."

Walaupun begitu, tidak ramai manusia yang mampu mencapai darjat tersebut, dan masih ramai individu soleh yang melakukan kebaikan, namun masih sering terfikir-fikir tentang ganjaran buatnya untuk dinikmati di dunia ini lagi.

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila kita beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, Dia akan mengurniakan lapan (8) keberkatan yang akan menghiasi hidup kita. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.

Rumahtangga kita didamaikan oleh Allah SWT dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian si suami, isteri dan anak-anak.

Hati dan fikiran dikurniakan ketenangan yang akhirnya memberikan kesan positif kepada produktiviti kita di tempat kerja dan tugas, lalu mendapat kenaikan gaji dan pangkat. Hidup bertambah bahagia dan terhindar daripada masaalah hutang yang membebankan kehidupan. Jika berhutang pun akan ada cara dan jalan untuk menyelesaikannya.

Kedua : Keberkatan pada kesihatan.

Allah SWT selamatkan kita dan keluarga dari penyakit.

Nabi SAW bersabda :

Ű”Ù†Ű§ŰŠŰč Ű§Ù„Ù…ŰčŰ±ÙˆÙ ŰȘقي Ù…Ű”Ű§Ű±Űč Ű§Ù„ŰłÙˆŰĄ ÙˆŰ§Ù„ŰąÙŰ§ŰȘ ÙˆŰ§Ù„Ù‡Ù„ÙƒŰ§ŰȘ

Maksudnya : "Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus dalam keburukan, kecatatan dan kebinasaan." (Hadis Riwayat at-Tabrani, al-Haitahami : sanadnya Hasan)

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ada juga penyakit yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah untuk menambahkan pahala dan menghapuskan dosa orang yang diberikan-Nya penyakit dengan syarat dia bersabar dan tenang dan tidak merungut dan menyalahkan takdir.

Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”

Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Dikurniakan zuriat yang sihat dan jika sakit sekalipun, ia tidak seteruk mereka yang lebih parah sakitnya.

Ketiga : Keberkatan pada harta, rezeki dan makan-minum.

~ Rezeki itu daripada sumber yang tidak haram dan tidak syubhat.

~ Rezeki itu sedikit dirasa, tetapi mencukupi keperluan.

~ Rezeki itu dengannya kita mampu membiayai keluarga dan menjaga kebajikan mereka menurut neraca syariat.

~ Rezeki itu tidak “ menggelapkan hati “ daripada cahaya Allah SWT.

~ Rezeki itu tidak menyebabkan kita jauh daripada hidayah Allah SWT.

~ Rezeki itu menyemarakkan lagi semangat untuk beribadat.

Nabi SAW  bersabda  :

Ù„Ű§ يŰČÙŠŰŻ في Ű§Ù„ŰčÙ…Ű± Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„ŰšŰ±ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰ±ŰŻ Ű§Ù„Ù‚ŰŻŰ± Ű„Ù„Ű§ ŰšŰ§Ù„ŰŻŰčۧۥ ÙˆŰ„Ù† Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ Ù„ÙŠŰ­Ű±Ù… Ű§Ù„Ű±ŰČق Ù„Ù„ŰźŰ·ÙŠŰŠŰ© يŰčÙ…Ù„Ù‡Ű§

Maksudnya : "Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu'allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya" ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad - Hadis Hasan)

Harta yang tidak berkat adalah bila seseorang melakukan maksiat dan dosa dan mendapat rezeki daripada sumber yang haram.

Tetapi sebaliknya orang yang diberkati Allah SWT apabila dia dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.

Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.

Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai 'qana'ah'  iaitu 'berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus berusaha untuk memperbaiki diri dan kerja.'

Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah SWT untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.

Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang. Ini termasuklah di dalam tawaran Allah SWT yang disebut di dalam Surah at-Talaq, yang dinamakan oleh ramai sebagai 'ayat seribu dinar'

Firman Allah SWT :

وَمَن يَŰȘَّقِ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰŹْŰčَل لَّهُ مَŰźْ۱َŰŹًۧ  وَيَ۱ْŰČُقْهُ مِنْ Ű­َيْŰ«ُ لَۧ يَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ وَمَن يَŰȘَوَكَّلْ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ فَهُوَ Ű­َŰłْŰšُهُ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰšَŰ§Ù„ِŰșُ ŰŁَمْ۱ِهِ قَŰŻْ ŰŹَŰčَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لِكُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ قَŰŻْ۱ًۧ

Maksudnya : "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya  rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq ayat 2-3)

Namun perlu diperhati sejelas-jelasnya, ayat di atas mensyaratkan seseorang perlu bertakwa dahulu  sebagai jalan dibuka dan jalan kemudahan dan kebaikan dari pelbagai sumber tidak dijangka. Tidaklah sama sekali tepat pandangan ramai yang mengaitkan ‘gantung' ayat tersebut di rumah dan kedai sebagai cara meningkatkan rezeki dan pendapatan, tanpa bersifat takwa di dalam kerjaya, perniagaan dan tugasan. Sedangkan hakikatnya, takwa itulah kuncinya, bukan dengan menggantung ayat tersebut dan sebagainya.

Ibn Abbas  menegaskan maksud jalan keluar di atas sebagai jalan keluar dari perkara syubhat di dunia, jalan keluar untuk menghadapi kematian, dan kesukaran di hari kiamat. (Tafsir Al-Qurtubi)

Nabi SAW bersabda :
لو ŰŁÙ†ÙƒÙ… ŰȘوكلون Űčلى Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű­Ù‚ ŰȘوكله Ù„Ű±ŰČقكم ÙƒÙ…Ű§ ÙŠŰ±ŰČق Ű§Ù„Ű·ÙŠŰ± ŰȘŰșŰŻÙˆ ŰźÙ…Ű§Ű”Ű§ً وŰȘŰ±ÙˆŰ­ ŰšŰ·Ű§Ù†Ű§ً

Maksudnya : "Kalau kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, nescaya akan diberikan rezeki kepadamu sebagaimana diberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dengan perut lapar di pagi hari, pulang dalam keadaan kenyang."

Para ulama menyebut dengan jelas lagi terang, maksud tawakkal dalam hadis di atas merujuk kepada usaha, ilmu dan bersungguh dan sesudah itu bersangka baik  kepada Allah.

Terdapat harta yang berkat tetapi ditimpa musibah dan bencana, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah SWT dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.Justeru, bukan tugas kita untuk menuduh harat si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita  tidak tahu hakikat sebenarnya. Semua kebaikan hanya di dalam ilmu Allah SWT.

Sesiapa yang bersangka baik kepada Allah SWT, maka Dia akan menunaikan sangkaan baiknya. Begitu juga sebaliknya.

Keempat : Keberkata sekeliling yang baik

Dipermudah oleh Allah SWT untuk berada di tempat dan persekitaran yang baik dan tidak merbahaya untuk diri dan keluarga.

Kewujudannya menjadi pendorong kepada kebaikan mereka yang disekitarnya, penyekat kepada kemaksiatan. Ia bertepatan dengan sebuah hadis daripada Nabi SAW :

Ű„Ù† من Ű§Ù„Ù†Ű§Űł Ù…ÙŰ§ŰȘÙŠŰ­ Ù„Ù„ŰźÙŠŰ± مŰșŰ§Ù„ÙŠÙ‚ Ù„Ù„ŰŽŰ± ÙˆŰ„Ù† من Ű§Ù„Ù†Ű§Űł Ù…ÙŰ§ŰȘÙŠŰ­ Ù„Ù„ŰŽŰ± مŰșŰ§Ù„ÙŠÙ‚ Ù„Ù„ŰźÙŠŰ± ÙŰ·ÙˆŰšÙ‰ لمن ŰŹŰčل Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù…ÙŰ§ŰȘÙŠŰ­ Ű§Ù„ŰźÙŠŰ± Űčلى ÙŠŰŻÙŠÙ‡ وويل لمن ŰŹŰčل Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù…ÙŰ§ŰȘÙŠŰ­ Ű§Ù„ŰŽŰ± Űčلى ÙŠŰŻÙŠÙ‡

Maksudnya : "Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya ( Hadis Riwayat Ibn Majah , hadis sahih )

Kelima : Keberkatan di dalam amal dan ibadah :

~ Amalan yang diamalkan itu sesuai dengan kehendak Allah  dan Rasul-Nya.

~ Amalan itu ikhlas kerana Allah SWT.

~ Amalan itu membuahkan hasil yang selari dengan kehendak Islam.

~ Terasa manisnya beribadat.

~ Lahirnya ibadat itu setelah mempelajari Sunah Nabi SAW.

Keenam : Keberkatan pada masa:

Terdapat banyak hadis-hadis Nabi SAW yang menceritakan keberkatan masa dan saat untuk berdoa yang mustajab di sisi Allah SWT. Mukmin yang diberkati Allah SWT akan mampu menfaatkan saat yang mustajab berdoa untuk dia berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT.

~ Berdoa di saat menjelangnya Subuh ( 1/3 daripada malam ).

~ Makbulnya doa di antara Azan dengan Iqamah.

~ Makbulnya doa di antara Azan Jumaat dengan selesainya khutbahnya.

~ Makbulnya doa khasnya di bulan Ramadan dan terutamanya di 10 hari-hari terakhirnya.

~ Makbulnya doa ketika melakukan Ibadah Haji khasnya ketika melakukan Wuquf di Arafah.

Ketujuh : Keberkatan pada usia :

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ada orang yang menjalin silaturrahmi, yang sisa umurnya tinggal tiga tahun, kemudian Allah menambah umurnya menjadi tiga puluh tahu. Dan ada orang yang memutuskan silaturrahmi, yang sisa umurnya masih tiga puluh tahun, kemudian Allah menjadikan umurnya tiga tahun. Kemudian beliau membacakan firman Allah swt: ‘Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab’.” Ar-Ra’d/13: 39. (Safinah Al-Bihar 1: 514).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :"Sebaik-baik diantara kalian ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya". (Hadis Riwayat Tarmidzi).

Keberkatan usia atau umur seseorang adalah apabila hidupnya sentiasa buat kebaikan, menyambungkan silaturahim dan beramal soleh.

~ Usia yang ada dimanfaatkan untuk menegakkan perjuangan Islam.

~ Usia sedikit, tetapi mendatangkan manfaat yang besar – contohnya ulama silam, mereka mampu menghasilkan kitab-kitab yang berjumlah beratus-ratus jilid dan judul walaupun mereka tidak mampu hidup lama.

~ Usia itu memenuhi persoalan : “ Untuk apa kita datang, apakah tujuan kita dilahirkan ke dunia ini dan kemana akan kita pergi selepas kematian? “.


Kelapan : Keberkatan menuntut ilmu :

 Űčَنْ ŰŁَنَŰłِ Űšْنِ مَŰ§Ù„ِكٍ قَŰ§Ù„َ قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű·َلَŰšُ Ű§Ù„ْŰčِلْمِ فَ۱ِÙŠŰ¶َŰ©ٌ Űčَلَى كُلِّ مُŰłْلِمٍ. (Ű§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡ وŰșÙŠŰ±Ù‡)

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah SAW. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan lain-lainnya).

~ Sedikit yang dipelajari dengan ikhlas kerana Allah SWT, membuahkan lagi ilmu-ilmu lain.

~ Sesuai dengan ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya

~ Ianya membuahkan amal seterusnya iman.

~ Ianya merangsangkan lagi minat beribadat.

~ Ilmu yang dimiliki dapat difahami, diamalkan dan dikembangkan pula kepada orang lain.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT, melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya semoga kita mendapat keberkatan datangnya daripada langit dan bumi yang akan dikurniakan oleh Allah SWT.







Monday, November 28, 2011

Orang Mukmin Sentisa Amalkan Bersedekah, Membayar Zakat dan Berdoa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Aswad bin Yazid meriwayatkan bahawa Abdullah berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah, perliharalah harta kamu dengan berzakat dan hindarilah bala dengan berdoa." (Hadis Riwayat Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra jil 3, hal 382. Albani menganggapnya sebagai hasan di dalam Sahih al-Jamik al-Shagir)

Berdasarkan hadis ini terdapat tiga perkara kebaikan yang dinyatakan Nabi SAW iaitu :

Pertama : Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah.

Kedua :  Perliharalah harta kamu dengan berzakat.

Ketiga : Hindarilah bala dengan berdoa.

Huraiannya :

Pertama : Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah.

Hadis ini merupakan hadis yang sangat istimewa. Ia menjadi bukti bahawa sedekah dengan izin Allah SWT telah menjadi salah satu cara untuk berubat dan penawar bagi suatu penyakit.

Salah satu terapi yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit namun tidak di ambil berat oleh umat Islam adalah berubat dengan sedekah. Padahal dengan izin Allah SWT , sedekah memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati berbagai penyakit. Ini sudah terbukti kebenarannya. Jika difikirkan sekali lalu seperti tidak logik bagaimana sedekah boleh berfungsi memainkan peranan dalam penyembuhan sesuatu penyakit, tetapi ini bukanlah perkara mustahil. Kita perlu ingat bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah SWT, ubat dan penyembuhan semuanya datang daripada Allah SWT, maka jika bersedekah itu satu cara boleh meredakan kemurkaan Allah SWT maka ianya amat mudah bagi Allah SWT untuk menyembuhkan sesuatu penyakit itu.

Jika Nabi SAW sendiri menyatakan ' ubatilah sakit kamu dengan bersedekah' pasti ada hikmah dan rahsia yang besar dibalik bersedekah tersebut. Nabi SAW tidak akan berkata mengikut hawa nafsunya melainkan ianya adalah wahyu yang datangnya daripada Allah SWT. Para doktor moden hari ini mungkin tidak nampak logik atau resionalnya perkara ini dan mereka akan nampak lebih pada jenis penyakit dan ubat yang bersesuaian sahaja.

Ibnu Qayyim berkata : "Setiap doktor tidak akan mengubati penyakit dengan cara mengajak  pesakitnya untuk menjernihkan hati, memperkuat roh dengan bersedekah, mengajak membuat kebaikan, mengingati Allah dan menganjurkan untuk memberkati diri untuk akhirat. Mereka bukanlah doktor yang sebenarnya, mereka hanya mengubati penyakit untuk sementara waktu"(Zad al-Maad jilid 4, hal. 144)

Terdapat banyak kes penyakit kronik yang tidak mampu diubati di hospital tetapi dengan izin Allah penyakit tersebut baik apabila pesakit tersebut memberikan sedekah dengan niat kerana Allah SWT semata-mata. Ubatnya adalah sedekah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin kalian telah banyak sedekah, tetapi tidak kalian niatkan untuk Allah SWT untuk menyembuhkan dari penyakit kalian.

Cuba sekarang dan hendaknya kalian yakin bahawa Allah SWT akan menyembuhkan penyakit kalian. Berilah makan orang-orang fakir, atau bantulah  anak-anak yatim, atau wakafkanlah hartamu, atau keluarkanlah sedekah jariahmu. Sungguh sedekah dapat menghilangkan penyakit dan kesusahan, musibah atau cubaan.

Mereka yang diberi taufik oleh Allah SWT telah mencuba nasihat ini. Akhirnya mereka mendapatkan ubat rohiyah yang lebih mujarab daripada ubat jasmani. Rasulullah SAW  juga mengubati dengan ubat rohiyah sekaligus boleh mengubati penyakit lahiriyah.

Para salafus soleh juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai. Jangan bakhil untuk diri kalian sendiri, jika kalian memang memiliki harta dan kemudahan. Inilah kesempatannya untuk kalian cuba dan amalkan.

Dikisahkan bahawa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.

Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah telaga, kerana manusia sedang memerlukan air. Saya berharap akan ada mata air di dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Lelaki itu lalu menggali perigi dengan izin Allah SWT penyakitnya pun sembuh “. (Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”).

Bersedekah dengan harta  yang kalian paling  cintai, dan mengeluarkan sedekah terus menerus, nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya walaupun hanya sebahagian penyakit. Yakin kepada Allah SWT  sesungguhnya Allah SWT tidak melalaikan balasan untuk orang yang berbuat baik.

Bersedekahlah dengan bersungguh-sungguh dan percayalah kepada Allah SWT. Jangan seperti orang yang melalaikan nasihat yang bermakna ini, hingga ia tidak mahu mengeluarkan sebahagian hartanya untuk bersedekah lagi. Padahal bertahun-tahun ia menderita sakit dan berulang-alik berjumpa doktor untuk mengubati panyakitnya, dengan menghabiskan banyak wang dari simpanannya.

Keluarkan sedekah lagi, perbanyak sedekah semampumu. Jika kalian masih belum sembuh, mungkin Allah SWT memanjangkan sakitmu untuk sebuah hikmah yang dikehendakiNya atau kerana kemaksiatan yang menghalang kesembuhanmu. Jika demikian cepatlah bertaubat dan perbanyak doa di sepertiga malam terakhir.

Sekiranya ada di antara kalian yang diberikan nikmat sihat oleh Allah SWT, jangan tinggalkan sedekah dengan alasan kalian sihat. Seperti halnya orang yang sakit boleh sembuh maka orang yang sihat pun boleh sakit. Ada pepatah mengatakan, “Mencegah lebih baik dari mengubati”.

Sekali lagi diulangi, di samping kalian berikhitar mencari penawar untuk mengubati penyakit yang dihadapi jangan tinggal sedekah, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. Empat perkara ini perlu ada dan jangan dipisahkan insya Allah kalian akan sembuh daripada apa sahaja penyakit yang kalian sedang hadapi.

Kedua :  Perliharalah harta kamu dengan berzakat.

Hikmah mengeluarkan zakat adalah seperti berikut:

1. Untuk kesucian rohani.
Orang yang mengeluarkan zakat, jiwa mereka akan terdidik dengan baik, sifat rahmah dan penyayang akan terpupuk di sanubari.

2. Untuk diri sendiri.
Sebagai satu pensucian dan mengembangkan harta, lahirkan rasa kesyukuran dengan pemberian Allah SWT dan membawa suatu rasa keamanan dan kesejahteraan.

3. Untuk masyarakat.
Dengan berzakat, ia mengurangkan perasaan irihati di antara mereka yang tidak berkemampuan, memberi satu panduan Islam dalam menguruskan ekonomi dan kewangan dan membolehkan pembahagian sebahagian kekayaan orang-orang yang kaya kepada orang-orang miskin.

Orang yang enggan mengeluarkan zakat bererti telah merobohkan satu daripada rukun-rukun Islam. Sebagaimana mengeluarkan zakat oleh yang berkemampuan kepada yang tidak berkemampuan boleh menimbulkan kasih sayang dan saling hormat-menghormati antara dua lapisan masyarakat, maka kengganan mengeluarkan zakat akan menimbulkan perselisihan dan kebencian antara sesama mereka.

Golongan fakir dan miskin tetap berharap akan dapat hak mereka yang telah ditentukan oleh Allah SWT dari harta orang kaya setiap tahun. Orang kaya harus bersyukur kepada Allah SWT atas kesenangan hidup yang didapatinya dengan mengeluarkan zakatnya. Enggan mengeluarkan zakat adalah merampas hak orang miskin, dan merampas hak orang tentu sekali akan membawa kebencian orang yang terzalim dan akan di murkai oleh Allah SWT.

Zakat dapat memelihara harta kalian daripada kebinasaan dan zakat juga menyucikan harta dan diri pembayar Zakat. Allah SWT berjanji akan mengembangkan harta mereka dan tidak mengurangkan walau sedikit sekali pun. Dan Allah SWT menenangkan jiwa mereka. Oleh itu kalian wajib yakin dengan janji-janji Allah SWT itu dan kalian tidak seharusnya takut menjadi miskin atau harta kalian berkurangan kerana berzakat

Ketiga : Hindarilah bala dengan berdoa.

Seorang mukmin yang sentiasa dalam hidupnya  berdoa dan berhubung hati dengan Allah S.W.T.  akan mempunyai  kekuatan dalamannya amat luar biasa dan akan mencapai kecemerlangan dalam hidupnya berbanding mereka yang dalam hidupnya tidak mahu berdoa dan hanya bergantung pada akal fikirannya semata-mata untuk mencapai sesuatu perkara.

Rasulullah S.A.W.  selalu berdoa (mengajarkan kepada umatnya) : " Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan). " (Hadis riwayat Ahmad)

Doa memohon selamat daripada bala dan kehinaan ini terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi S.A.W. ada mengajarkan kepada kita untuk berdoa : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)."

Doa ini patut dibaca oleh kita semua untuk menjauhkan diri, keluarga dan semua muslim dari sebarang bahaya yang menanti kita tanpa diduga.
 
Bacalah doa pendek dibawah ini dengan harapan Allah melindungi kita :-

من نَŰČَلَ مَنْŰČِÙ„Ű§ Ű«ُمَّ Ù‚Ű§Ù„ " ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ ŰšِكَلِمَۧŰȘِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„ŰȘَّŰ§Ù…َّۧŰȘِ من ŰŽَ۱ِّ Ù…Ű§ Űźَلَقَ " لم يَ۶ُ۱َّهُ ŰŽَيْŰĄٌ Ű­ŰȘى يَ۱ْŰȘَŰ­ِلَ من مَنْŰČِلِهِ Ű°Ù„Ùƒ
( A'uzu bikalimaatillaahittaammaati min syarri maa khalaq)

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula."
( Hadis Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, Nabi SAW  bersabda maksudnya  :-

ÙÙ‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ من ŰŁÙŠ ŰŽÙŠŰĄ Ù‚Ű§Ù„ Ù„ŰŻŰșŰȘني ŰčÙ‚Ű±Űš Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁÙ…Ű§ Ű„Ù†Ùƒ لو قلŰȘ Ű­ÙŠÙ† ŰŁÙ…ŰłÙŠŰȘ ŰŁŰčÙˆŰ° ŰšÙƒÙ„Ù…Ű§ŰȘ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ§Ù…Ű§ŰȘ من ێ۱ Ù…Ű§ ŰźÙ„Ù‚ لم ÙŠŰ¶Ű±Ùƒ Ű„Ù† ێۧۥ Ű§Ù„Ù„Ù‡

Ertinya : Nabi SAW bertanya : "kena apakah kamu ?"
Lelaki berkata :" Aku disengat kala"
Nabi SAW berkata : "Sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat"
( Hadis Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ يقول من Ù‚Ű§Ù„ " ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„Ű°ÙŠ Ù„Ű§ يَ۶ُ۱ُّ مŰč ۧ۳ْمِهِ ŰŽَيْŰĄٌ في Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶ ÙˆÙ„Ű§ في Ű§Ù„Űłَّمَۧۥِ وهو Ű§Ù„ŰłَّمِيŰčُ Ű§Ù„ْŰčَلِيمُ " Ű«َÙ„Ű§Ű«َ مَ۱َّۧŰȘٍ لم ŰȘُŰ”ِŰšْهُ فَŰŹْŰŁَŰ©ُ ŰšَÙ„Ű§ŰĄٍ Ű­ŰȘى يُŰ”ْŰšِŰ­َ وَمَنْ قَŰ§Ù„َهَۧ Ű­ÙŠÙ† يُŰ”ْŰšِŰ­ُ Ű«َÙ„Ű§Ű«ُ مَ۱َّۧŰȘٍ لم ŰȘُŰ”ِŰšْهُ فَŰŹْŰŁَŰ©ُ ŰšَÙ„Ű§ŰĄٍ Ű­ŰȘى يُمْŰłِيَ

(Bismillaahillazii laa yadurru ma'asmihii syai un fil ardi walaa fissamaa i wahuwassamii 'ul 'aliim)

Ertinya : Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
( Hadis Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hadith Hasan)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita beramal dengan tiga perkara yang di perintahkan oleh Rasulullah SAW untuk kita laksanakan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup kita. Bersedekah dan berdoa adalah sunat yang dituntut untuk dilaksanakan tetapi berzakat yang telah cukup syarat zakat iaitu cukup nisab dan tempuhnya adalah wajib dilaksanakan. Semoga kita mendapat rahmat dan kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan melaksanakan perintah dan arahan Allah SWT dan Rasul-Nya.