Friday, September 28, 2012

Apakah Perbezaan Di Antara Orang Mukmin Dengan Orang Munafik?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Orang mukmin dan orang munafik adalah  dua golongan yang amat berbeza sekali darisegi sifat, akhlak dan keperibadian mereka, umpama langit dengan bumi. Orang mukmin sentiasa beriman dan bertakwa dan beristiqamah dengan ajaran Islam sedangkan orang munafik hatinya bersifat nifak dan hidup dengan kepura-puraan dan kebencian kepada orang mukmin dan ajaran Islam.

Berikut ini dikutip tulisan dari Imam Al Ghazali yang menjelaskan ucapan Imam Hatim Al Ashom, seorang ulama yang soleh ketika mengupas perbezaan antara orang mukmim dengan orang munafik. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Seorang mukmin senantiasa disibukan dengan bertafakur, merenung, mengambil pelajaran dari aneka kejadian apapun di muka bumi ini, sementara orang munafik disibukkan dengan ketamakan dan angan-angan kosong terhadap dunia ini.

Kedua : Seorang mukmin berputus asa dari siapa saja dan kepada siapa saja kecuali hanya kepada Allah, sementara orang munafik mengharap dari siapa saja kecuali dari mengharap kepada Allah.

Ketiga : Seorang mukmin merasa aman, tidak gentar, tidak takut oleh ancaman siapa pun kecuali takut hanya kepada Allah kerana dia yakin bahawa apapun yang mengancam, dia ada dalam genggaman Allah, di lain pihak orang munafik justru takut kepada siapa saja kecuali takut kepada Allah, nauzubilah.

Keempat : Seorang mukmin menawarkan hartanya demi mempertahankan agamanya, sementara seorang munafik menawarkan agamanya demi mempertahankan hartanya.

Kelima : Seorang mukmin menangis kerana malunya kepada Allah meskipun dia berbuat kebajikan, sementara seorang munafik tetap tertawa meskipun dia berbuat keburukan.

Keenam : Seorang mukmin senang berkhalwat dengan menyendiri bermunajat kepada Allah, sementara seorang munafik senang berkumpul dengan bersukaria bercampur baur dengan khalayak yang tidak ingat kepada Allah.

Ketujuh : Seorang mukmin ketika menanam merasa takut jikalau merosak, sedangkan seorang munafik mencabuti seraya mengharapkan kesuburan.

Kelapan : Seorang mukmin memerintahkan dan melarang sebagai siasat dan cara sehingga berhasil memperbaiki, larangan dan perintah seorang mukmin adalah upaya untuk memperbaiki sementara seorang munafik memerintah dan melarang demi meraih jawatan  dan kedudukan sehingga dia malah merosak, nauzubillah.

Daripada kenyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa terdapat lapan perbezaan yang jelas akhlak antara seorang mukmin dengan seorang munafik. Justeru kita harus benar-benar berusaha menjauhi diri daripada perbuatan dan amalan orang-orang munafik seperti diuraikan di atas. 

Sahabat yang dimuliakan,
Kita perlu mencegah diri kita untuk meyakini adanya pemimpin yang menandingi kebesaran dan keagungan Allah SWT. Kita harus yakin siapa pun yang ada jawatan atau pangkat kedudukan di dunia ini hanyalah sekedar makhluk yang hidup sementara dan akan menemui kematian. Jangan tertipu dan terpesona dengan kedudukan, pangkat, dan harta sebab itu hanyalah amanah sementara sahaja jika tidak dijaga dan diawasi ianya boleh memesongkan kita daripada matlamat hidup yantg sebenarnya.

Kehidupan sekarang ini di zaman kecangihan teknologi maklumat sungguh mencabar.  Berita fitnah, umpat mengumpat, mendedahkan keaiban, sumpah seranah dan maki hamun dan saling menjatuhkan di antara satu sama lain sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak merasa bersalah dan dosa di sisi Allah SWT. Tujuannya adalah untuk terus berkuasa dan mengaut keuntungan harta dunia dalam projek pembangunan dan dunia perniagaan. Golongan berkuasa hanya mengutamakan kroni dan ahli keluarga semata-mata tanpa melihat kesusahan dan penderitaan rakyat miskin yang memerlukan pembelaan. Golongan munafik ini  tidak segan silu menggunakan apa saja jalan yang salah semata-mata untuk mencapai matlamat kekal berkuasa dan menjaga status ko.

Sahabat yang dikasihi,
Kita hanya sekadar makhluk yang hidup sementara di dunia ini, bila tiba masanya kita semua akan dijemput kesana. Sebaik-baiknya kita perlulah membuat persiapan sebagai bekalan untuk kepulangan kita ke alam barzakh dan hari akhirat. Oleh itu janganlah kita meletakkan kemuliaan manusia melebihi kemuliaan Allah SWT. Hanya Allahlah segala-galanya, Dia Penguasa yang mutlak dan Dia Pemilik alam ini. Tidak ada kuasa lain melainkan kuasa Allah Azza Wa Jalla.

Bulatkan dan bersihkan hati kita hanya kepada Allah dengan dibuktikan oleh kesungguhan ibadah dan amal soleh kita. Oleh itu tiada  yang dituju selain Allah, tiadalah yang diharap selain mengharap daripada Allah, tiadalah yang ditakuti selain Allah, tiadalah dipanjatkan doa dan pergantungan hidup melainkan kepada Allah SWT.

Setiap Peristiwa Berlaku Di Muka Bumi Mempunyai Kebaikan Di Sisi Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai insan biasa hidup kita tidak sunyi daripada kegembiraan dan kedukaan. Adakalanya kita berbahagia dan merasa seronok di atas kejayaan yang kita perolehi, tetapi tidak kurang juga merasai terharu kerana tidak tercapai hajat yang diimpikan. Kedua-dua perkara tadi adalah lumrah kehidupan.   

Fitrah manusia mahukan semuanya berlaku seperti yang dirancangkan dengan sempurna . Namun, sebagai syarat bagi ujian di dunia, banyak perkara yang berlaku tidak seperti yang dijangkakan. Sementara seseorang merasakan keadaan hidupnya sekarang ini cukup selesa dan berbahagia, tetapi di masa akan datang belum tentu berlaku seperti yang dirancangkan, mungkin berlaku sebaliknya dan tampak merugikan pada tanggapan awal.

Dalam keadaan itu, apa yang menimpa orang mukmin adalah untuk menyedarkanya bahawa setiap kajadian bagi setiap detik kehidupan seseorang, pasti ada hikmah di sebaliknya. Seseorang perlu ingat bahawa setiap yang dijangkakan berlaku, mungkin berubah menjadi tidak baik baginya.

Dalam Surah Al-Baqarah, Allah SWT mengaitkan setiap apa yang manusia sangka baik, mungkin buruk manakala apa yang disangka buruk, adalah baik untuknya seperti firmanNya yang bermaksud :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)

Di antara rahasia ayat ini bahwa ayat ini menghendaki seorang hamba untuk menyerahkan urusan kepada Zat yang mengetahui akibat segala perkara serta reda dengan apa yang Dia pilihkan dan takdirkan untuknya, kerana dia mengharapkan daripada Allah SWT akibat-akibat yang baik.

Dalam ayat yang lain firman Allah SWT maksudnya : “Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Yunus ayat 107)

Sahabat yang dimuliakan,
Seseorang yang berfikiran positif dan reda dengan takdir Allah SWT  akan menilai setiap saat dalam kehidupannya dengan panduan al-Quran, iman, kebijaksanaan dan panduan mata hati meyakini bahawa Allah SWT adalah sebagai 'Penolong' dan 'Teman' yang sebenarnya, mencipta sesuatu dengan kebaikan. Walaupun  nampak susahnya pada pandangan zahir . Dia juga tahu bahawa Allah SWT akan melindunginya dan dia tidak ragu-ragu meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah SWT.
 
Seseorang boleh melihat bagaimana takdir yang telah ditetapkan Allah SWT berlaku serta akibatnya hanya dalam waktu yang singkat. Takdir Allah SWT adalah suatu yang terbaik untuk kita. 

Keyakinan seseorang yang baik dengan Allah SWT akan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada-Nya akan menilai/mempertimbangkan aspek tersirat disebalik sesuatu peristiwa. Dia tahu bahawa tiada sesuatu yang akan berlaku selain daripada apa yang telah ditakdirkan baginya oleh Allah SWT. Dia memandu dirinya dengan kesedaran bahawa segalanya berjalan di bawah kekuasaan Allah. Dalam surah Yunus ada menjelaskan bahawa Allah SWT mengetahui segala sesuatu.

Firman Allah SWT maksudnya :  "Dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca suatu ayat al-Quran serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikit pun dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah, baik di bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan yang lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)." (Surah Yunus ayat 61)

Bahawa bila seorang hamba menyerahkan urusan kepada Rabbnya serta reda dengan apa yang Allah SWT pilihkan untuk dirinya, Allah SWT pun akan mengirimkan bantuan-Nya kepadanya untuk melakukan apa yang Allah SWT pilihkan, berupa kekuatan dan tekad serta kesabaran.  Dia juga maklum bahawa dengan bersabar dan yakin kepada Allah dalam keadaan yang paling sukar sekalipun, dia akan tetap mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT dengan balasan syurga.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidak seorangpun di rugikan walau sedikit, sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.” (Surah al-Anbiya ayat  47)

Namun, jika Allah menginginkan sesutu yang baik. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Untuk itu, seorang muslim tidak patut menyimpang daripada mempercayai Allah sepanjang hidupnya. Dia perlu menunjukkan keazaman dan kesabaran yang jitu. Bertindak dengan menyedari bahawa apa yang menimpanya hanyalah satu ujian daripada Allah untuk membuatkannya layak ke syurga. Sebagai balasan daripada ketabahan yang ditunjukkannya, dia mengjangkakan untuk kekal di dalam syurga selama-lamanya sebagai seorang yang mendapat cinta dan keredaan Allah SWT. Semua ini hanya diperolehi orang beriman yang tabah dalam kesabaran dan meletakkan kepercayaannya kepada Allah SWT sehingga akhir hayatnya.

Seseorang yang beriman mesti sentiasa ingat tiada sesuatu selain Allah boleh masuk campur dalam apa-apa perkara. Melupakan kebenaran ini membawa seseorang kepada kelalaian. Syaitan akan memperdaya manusia dengan menimbulkan rasa kecewa dan mudah untuk mempersoalkan qada dan qadar Allah SWT. Jika hati manusia sudah terpesong jauh dan menyalahkan takdir maka keadaan ini boleh jatuh syirik dan boleh menjejaskan akidah. Walaubagaimanapun, ini sesungguhnya adalah tipudaya syaitan yang mematahkan semangat seseorang dan menghalangnya daripada berfikir dengan waras.  

Firman Allah SWT maksudnya : "Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Surah Ali ‘Imran ayat 160)

Sahabat yang dikasihi,
Kita perlu merancang kehidupan kita sebaik-baiknya. Jika berjaya apa yang kita rancangkan maka sebenarnya berlaku disebabkan keizinan Allah SWT maka hendaklah kita banyak bersyukur. Tetapi jika sekirannya rancangan kita gagal dan apa yang kita hajatkan tidak berhasil, percayalah itu semua berlaku disebabkan Allah SWT ada perancangan yang lebih baik untuk kita sedangkan kita tidak mengetahuinya. Hikmah dan hikmatnya yang tersirat berada di dalam ilmu Allah SWT. maka kita perlu banyak bersabar dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Jika perkara ini kita boleh terima dan reda insya Allah kita akan menjadi hamba Allah yang dirahmati dan dikasihi-Nya di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Katakanlah, 'Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia "mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?” mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Surah al-Ahzab ayat 17)





 

Thursday, September 27, 2012

Carilah Waktu Dan Amalan-amalan Mustajab Doa Ketika Berdoa Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berdoa adalah senjata orang mukmin. Apabila kita ingin berdoa maka carilah waktu-waktu mustajab doa kerana waktu tersebut paling hampir dengan Allah SWT dan pintu rezeki dari langit terbuka luas.

Terdapat beberapa waktu-waktu mustajabnya doa.

Pertama : Satu pertiga malam

Waktu satu pertiga malam adalah di antara jam 3.30 pagi atau jam 4.00 pagi sehingga ke waktu sebelum Subuh. 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya: "Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya berfirman kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". (Hadis Riwayat Muslim)

Maka sepertiga malam adalah waktu yang paling afdal untuk kita solat tahajud dan berdoa kepada Allah SWT.

Kedua : Sewaktu hujan turun, waktu pasukan tentera bertempur dan waktu mendirikan solat.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :  "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".
(Hadis Riwayat Abu Daud).

Ketika hujan turun pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

Ketiga : Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat.

Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

Dalam hadis yang lain sepanjang hari Jumaat juga terdapat waktu mustajab doa.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya".
(Hadis Riwayat Bukhari).
 
Keempat :
.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu."  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

 Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Keenam : Setiap sujud di dalam setiap waktu solat.

 Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu perbuatan hamba yang lebih disukai Allah daripada tatkala Allah melihatnya sedang sujud sambil membenamkan wajahnya ke dalam tanah (debu)" (Hadis Riwayat At-Tabrani di dalam Al-Ausat)

Nabi  S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

Ketujuh : Waktu Duha.

Waktu Duha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (28 minit selepas waktu syuruk).

Solat Duha adalah solat memohon dimurahkan rezeki.

Malahan di antara fadhilat solat Duha ialah memurahkan rezeki. 

Doa selepas solat duha  : "Ya Allah, Sesungguhnya waktu duha itu duhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.Berkat waktu duha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Kelapan : Selesai solat fardu. 

Ditanya kepada Rasulullah SAW., 'Doa manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Kesembilan : Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Abu Daud).

Sahabat yang dimuliakan,
Selain daripada waktu-waktu mustajab doa terdapat pula amalan-amalan yang memustajabkan doa.

1. Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.

Sebagaimana yang terdapat dalam hadis Qudsi,

ÙˆÙ…Ű§ ŰȘَقَ۱َّŰš Ű„Ù„ÙŠَّ ŰčَŰšْŰŻِي ŰšŰŽÙŠŰĄٍ ŰŁŰ­َŰšَّ Ű„Ù„ÙŠَّ مِمَّۧ Ű§ÙŰȘ۱۶ŰȘُ Űčَليهِ ، ÙˆÙ„Ű§ يَŰČŰ§Ù„ُ ŰčَŰšْŰŻِي يَŰȘَÙ‚Ű±َّŰšُ Ű„Ù„ÙŠَّ ŰšŰ§Ù„Ù†َّÙˆŰ§Ùِلِ Ű­ŰȘَّى ŰŁُŰ­ِŰšَّهُ

Maksudnya : "Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada ia mengerjakan apa yang telah Aku wajibnya akepadanya. Dan tidaklah hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku (setelah menjalankan yang wajib) dengan amal-amal sunnah sehingga Aku mencintainya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Bahawa siapa yang bersungguh-sungguh dalam mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan fardu lalu diikuti amalan sunnah (amalan sunat), Allah akan mendekatkan ia kepada-Nya dan memenuhi hatinya dengan makrifah, ketenangan, cinta, rindu, takut dan harap kepada-Nya.

2. Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya.

Rasulullah SAW. maka baginda bersabda yang bermaksud :
"Tetaplah kamu memperbanyak sujud. Ini kerana tidaklah engkau sujud sekali kepada Allah melainkan Allah akan mengangkatmu satu darjat dan akan menghapuskan satu kesalahan."
(Hadis Riwayat Muslim, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).

3 .'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.(bertawasul dengan amalan terbaik yang kita pernah lakukan)

Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajud, iaitu,

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." (Surah Ali-Imran ayat 192-194)

Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (tawasul dengan amalan sendiri)) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita.

4. Menghulurkan pertolongan.(sedekah)

Sabda Nabi SAW maksudnya: "Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah, manakala sedekah kepada keluarga ada dua fadilat iaitu fadilat sedekah dan fadilat silaturrahim"
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda Nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

5. Bersabar menghadapi ujian kehidupan.

Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Apakah Bacaan-bacaan Doa yang mustajab.?

1. Beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:

"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad"

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." (Hadis Hasan riwayat Ahmad.)

2. Doa Nabi Musa a.s. sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", 

Maksudnya :  "Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

3. Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.

Sebagai contoh, ar-Razzak (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.

Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

4. Doa yang dibaca selepas membaca tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal".

Maksudnya : "Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tanda kita reda dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua. Mereka yang sombong tidak suka berdoa dan mengharap belas kasihan daripada Allah SWT, tetapi seorang mukmin yang bertakwa akan sentiasa lidahnya berzikir dan berdoa mengharap pertolongan , rahmat dan kasih sayang-Nya.

Wednesday, September 26, 2012

Mukmin Yang Baik Akhlaknya Sentiasa Membantu Dan Memuliakan Ibu-ibu Tunggal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Ibu Tunggal adalah wanita yang ditinggalkan oleh suaminya samaada di sebabkan kematian atau cerai hidup. Biasanya ibu tunggal akan menjaga dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Kesusahan dan penderitaannya tetap ditanggungnya dengan sabar dan tabah, hatinya cukup cekal mengharungi bahtera hidup yang penuh cabaran dan dugaan.

Walaupun hidup tanpa suami atau ketua keluarga, hidup perlu diteruskan dan pergantungan dan tawakal hanya kepada Allah SWT. Ibu tunggal yang beriman dan bertakwa akan mendidik dan membesarkan anak-anaknya hingga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW sabdanya : “Orang yang berusaha membantu janda dan orang miskin seolah-olah berjuang dijalan Allah” dan aku kira baginda telah bersabda, “Seperti orang yang bersembahyang malam tetapi tidak berasa letih dan seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka (tidak rasa lapar)” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas orang Islam yang membantu janda (ibu tunggal) dan orang miskin untuk memperbaiki keadaan dan menjaga mereka adalah sama dengan pahala mereka yang berjihad atau yang sentiasa sembahyang dan sentiasa berpuasa kerana memerlukan kesabaran yang kuat dan kadang-kadang terpaksa mengeluarkan wang dan harta. Golongan janda (ibu tunggal) dan orang miskin adalah dua golongan yang dianggap kurang bernasib baik oleh Islam dan ia wajib ditolong. Ibadah tidak terbatas kepada amalan-amalan tertentu malah merangkumi semua kerja kebajikan yang diniatkan kerana Allah.
Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat penyayang dan adil sehingga dapat mengatasi masalah golongan terbiar dan yang tidak berada.

Membantu darisegi kewangan kepada ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak-anak yang ramai adalah digalakkan dan sangat dituntut dalam agama terutama ibu tunggal yang menjaga anak-anaknya sendiri iaitu  anak yatim (jika bapanya telah meninggal dunia).

Nabi S.A.W. memberi jaminan bahawa sesiapa yang mengasuh dan berlemah lembut dengan anak yatim akan dapat bersama-sama Nabi S.A.W. disana. Itu adalah derajat yang akan diperolehi oleh orang  yang mengasuh dan berlemah lembut terhadap anak yatim  .

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda  memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Imam Ibnu Bathal rahimahullah berkata : “Orang yang mendengar hadis ini wajib melaksanakannya, agar ia boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di syurga."

Jika kita membiarkan ibu-ibu tunggal yang miskin tanpa diberi bantuan dan pertolongan dibimbangi  kita menzalimi mereka, maka maslahat anak-anak yatim juga akan terjejas. Tidak kiralah kezaliman tu dari sudut mental, fizikal, material mahupun emosi. Para ibu tunggal telah sedia menanggung terlalu banyak bebanan. Dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dan lain-lain lagi. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan. Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan mereka kepada Allah SWT, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran mereka terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Di dalam akhbar kita ada terjumpa kisah kerana desakan hidup ada ibu tunggal yang terlajak dalam membuat pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan. 

Sahabat yang dimuliakan,
Membantu ibu tunggal bukan hanya memberikan wang ringgit sahaja tetapi bantuan boleh diberikan dalam berbagai bentuk, misalnya mencarikan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan kemampuannya, memberi peluang-peluang perniagaan untuk berniaga kecil-kecilan, membantu untuk mereka membuka taska atau tadika dirumah-rumah mereka dan membantu mereka mengikuti kursus-kursus kemahiran seperti membuat kuih dan menjahit pakaian  adalah usaha-usaha murni dan  dipandang mulia oleh Islam.

Kita juga perlu membantu dan menolong mereka supaya masaalah mereka dapat disalurkan  kepada agensi kerajaan  yang menguruskan kebajikan seperti Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, semoga mereka mendapat bantuan secara tetap tiap-tiap bulan melalui  agensi tersebut.

Di samping kita memberi bantuan kepada ibu tunggal kita juga perlulah membantu anak-anak ibu tunggal yang masih kecil dan bersekolah. Perlu difikirkan bantuan untuk persekolahan anak-anak mereka seperti pakaian , bag dan kasut sekolah, buku-buku pelajaran, yuran persekolahan dan tambang bas sekolah sekiranya jarak rumah dan sekolah perlukan pengangkutan.

Ibu tunggal juga manusia biasa yang memerlukan pasangan hidup yang baru setelah kematian suami atau di ceraikan suaminya yang lama. Jangan dipandang rendah jika ada lelaki berhati mulia walaupun telah berkahwin untuk mengambilnya menjadi  pasangan hidup yang sah semata-mata untuk membantu kerana Allah SWT dan mengisi keperluan hidupnya untuk memiliki ketua keluarga yang dapat membimbingnya kejalan Allah.
Berpoligami adalah harus disisi syarak jika suami berkemampuan.

Amalan yang mulia dengan memberi bantuan ini terdapat satu hadis daripada Nabi SAW betapa mulianya mereka yang memberi bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berkorban masa , tenaga dan wang ringgit setakat kemampuan kita untuk mengurangkan beban ibu-ibu tunggal terutama mereka yang kematian suami dan terpaksa menanggung anak-anak yatim yang masih kecil. Bantuan kalian adalah merupakan jihad dijalan Allah SWT dan setiap ringgit yang diberikan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT. 



Tuesday, September 25, 2012

Jangan Di Sia-siakan Masa Dan Umur Kalian Ketika Hidup Di Dunia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Dua nikmat yang manusia sering lalai dan alpa ialah kesihatan dan waktu atau usia yang Allah berikan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Barangsiapa berbuat baik pada umurnya yang tersisa , nescaya di ampunkan kesalahannya yang lampau , dan barangsiapa berbuat jahat pada umurnya yang tersisa , nescaya di seksa terhadap kesalahannya yang sudah lewat dan yang tersisa ".( Hadis Riwayat ath-Thabarani ) .

Berdasarkan dua hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa umur, masa lapang dan kesihatan adalah perkara-perkara penting yang perlu kita jaga dan gunakan sebaik-baiknya. Kelalaian dalam kita menjaga masa lapang dan usia yang berharga akan menjadikan kerugiaan dalam hidup kerana masa bukanlah boleh dinilai dengan emas tetapi masa adalah lebih berharga daripada emas iaitu kehidupan. Begitu juga kesihatan cukup bernilai dan berharga kerana dengan kesihatan yang baik, tidak berpenyakit akan menjadikan seseorang itu boleh beribadah dengan sempurna, makan minum dengan penuh nikmat, berriadah menambahkan kesihatan, bekerja mencari rezeki, menuntut ilmu dan boleh bermusafir dan ziarah menziarahi saudara mara.

Orang mukmin sentiasa menjaga dan menggunakan masa dengan baik. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin supaya tidak sia-sia begitu sahaja.Begitu tinggi nilai masa dari pandangan seorang beriman kerana masa yang berlalu tidak akan berulang dan tidak boleh diganti.Masa adalah jalan dan wasilah menuju ke alam akhirat. Kebahagian di akhirat adalah bergantung kepada amalan-amalan soleh kita ketika di dunia ini.

Sewajarnya setiap Muslim memulakan harinya dengan doa yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat supaya dibaca pada waktu pagi dan petang. :

"Ya Allah! Aku berlindung dengan nama-Mu dari rasa sedih dan duka. Aku berlindung dengan nama-Mu dari rasa lemah dan malas. Aku berlindung dengan nama-Mu dari sifat bacul dan kikir. Aku berlindung dengan nama-Mu dari beban hutang dan penindasan orang." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Doa ini memberi kesan kepada jiwa untuk lebih bersemangat, mengurus masa dan urusan lain samaada memberi idea, masa dan tenaga untuk manfaat bersama. Orang yang mensia-siakan masa dengan kerja tidak berfaedah, sebaliknya tidak suka  untuk berkongsi idea dan tenaga pada perkara kebaikan sangat dibenci oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap detik masa berlalu dan masa tidak pernah berhenti daripada bergerak , maka berjalan sahaja masa setiap hari maka bertambahlah umur kita. Peringkat umur yang paling matang untuk seoraang manusia adalah ketika berumur 40 tahun. Nabi SAW dilantik oleh Allah SWT menjadi Rasul adalah ketika berusia 40 tahun. Dalam al-Quran Allah SWT menyebut umur 40 tahun dengan firman-Nya yang bermaksud :

"Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah al-Ahqaaf ayat 15)

Ayat di atas menceritakan inilah dia ciri-ciri orang mukmin, apabila sampai ke pada umur 40 tahun dia sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kebaikan dirinya sendiri, kedua ibu bapanya dan zuriat keturunannya .

Ketika mentafsirkan ayat ini, Ibn Kathir berkata, 40 tahun merupakan peringkat umur kuat, cergas dan matang. Pada usia ini, akalnya sampai ke syilingnya, kefahaman dan kematangannya cukup sempurna. Dan dikatakan bahawa ghalibnya seseorang itu tidak akan berubah daripada kebiasaannya atau perangainya apabila telah mencapai usia 40 tahun.

Jika umur kita sudah sampai kepada 40 tahun adakah hidup kita sentiasa dihiasi dengan akhlak yang mulia, ibadah yang khusyuk, banyak amal-amal soleh dan amal ibadah telah di lakukan dan bertambah ilmu yang bermanfaat dan merancang sebaik-baiknya bekalan untuk hari akhirat? Jika perkara kebaikan ini berlaku alhamdulillah banyakkanlah bersyukur tetapi jika berlaku sebaliknya semakin umur meningkat melebihi 40 tahun maka semakin banyak maskiat dan dosa dilakukan, tidak ada terdetik untuk bertaubat, semakin aktif membuat fitnah, mengumpat , mengadu domba dan berkekalan mencari rezeki yang haram, nauzubillahiminzalik bersiap-siaplah untuk memasuki neraka .

Membicarakan mengenai umur manusia, marilah sama-sama kita renung satu hadis daripada Nabi SAW yang bermaksud :

Berkata Utsman bin Affan r.a. bahawasanya Nabi SAW  bersabda: “Allah telah berfirman:  Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: gila, kusta dan sopak. Dan apabila ia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan mendorongnya agar suka bertaubat. Dan apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku jadikannya dicintai oleh para malaikat. Dan apabila ia mencapai usia delapan puluh tahun Aku akan catatkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya. Dan apabila ia mencapai usia sembilan puluh tahun, akan berkatalah para malaikat: 'Orang ini sebagai tawanan Allah di bumi-Nya, maka diampunkanlah segala dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan. Dan apabila dia mencapai usia lanjut, Allah mencatatkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sehat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatatkan atasnya lagi.” (Hadis Riwayat Tirmidzi - Hadis Qudsi)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menfaatkan masa lapang yang ada, kesihatan yang baik dikurniakan oleh Allah SWT dan umur yang masih ada untuk melakukan ketaatan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ingat ! Setiap saat masa hidup kita akan di audit oleh Allah SWT dan semua makhlauk dan dau malaikat akan menjadi saksi kemana umur dan masa kita habiskan ketika hidup di dunia yang fana ini.




Amalan Bantu Membantu Sesama Muslim Sungguh Mulia Di Sisi Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Amalan bantu membantu sesama muslim sungguh mulia di sisi Allah SWT. Kebaikan yang akan diperolehi bukan sahaja kebaikan di dunia malahan kebaikan itu akan diperolehi semasa berada di hari akhirat. Ketika di hari akhirat hanya amal-amal soleh yang dilakukan semasa di dunia sahaja akan dapat membantu.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa kebaikan-kebaiakan yang boleh dijadikan panduan dan iktibar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat.

2. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat

3. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.

4. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

5. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga

6. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya.

7. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya

Huraiannya :

1. Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat.

lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.

Allah SWT memberi jaminan bahawa Dia akan memberi pertolongan kepada sesiapa dikalangan hamba-Nya dihari akhirat nanti. Kesusahan diakhirat adalah seperti berada kepanasan diPadang Mahsyar (mendapat perlindungan Arasy), menerima Buku Catatan (mendapat buku catatan di tangan kanan), Timbangan Amal {Mizan} (akan di pereksa dengan pemereksaan yang mudah) dan Titian Siratul Mustakim (melalui titian seperti kilat atau angin kencang). Pertolongan yang paling besar sekali adalah mendapat keampunan Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

2. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

Membantu orang yang susah dengan pemberian sedekah akan mendapat banyak kebaikan di dunia dan akhirat seperti hadis Nabi SAW riwayat Amru bin Auf r.a..

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah).

Dengan memberi sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan Arasy daripada panas terik di Padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

3. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui”. (Surah An-Nuur ayat 19)

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :“Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat Tirmidzi).

4. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

Firman Allah SWT maksudnya : ‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah ayat 2)

Begitulah hendaknya dalam kerukunan hidup di dunia, sentiasa memberi pertolongan kepada yang memerlukan semoga Allah memberi pertolongan kepada orang yang bersifat pemurah agar dia mendapat kelapangan di dunia dan akhirat. Pertolongan beginilah yang dituntut oleh syariat Islam supaya hidup ummah sentiasa terjamin dan kukuh melalui tolong-menolong serta mengeratkan persaudaraan dan merapatkan silatulrahim yang disertai ganjaran pahala dari Allah yang tidak terhingga.

5. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.

llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah SWT menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga. Setiap muslim wajib menuntut ilmu. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan.”.

Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya dalam Al-Quran surat Al-Mujaadilah ayat 11 yang bermaksud : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.

Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.

6. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya.

Berkumpul dan mengkaji al-Quran dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah SWT. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.

7. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah SWT, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafaat kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbanyakkan amal-amal soleh di dunia ini dengan memberi pertolongan , sedekah dan kerja-kerja kebajikan kepada golongan fakir-miskin, anak yatim , orang kurang upaya, warga emas dan sesiapa sahaja yang susah dan memerlukan bantuan dan pertolongan terutama mereka yang ditimpa musibah dan bencana alam.

Selain daripada memberi pertolongan, kita juga diperintahkan supaya menutup aib saudara kita yang lain, dilarang sama sekali kita menugumpat, memfitnah, mengadu domba dan menceritakan keburukan orang lain.

Islam menggalakkan menuntut ilmu kerana orang berilmu tidak sama dengan orang jahil kerana orang berilmu akan mengetahu hukum hakam dan akan sentiasa beramal menuju ke syurga Allah SWT.



Sunday, September 23, 2012

Apakah Ciri-ciri Seorang Hamba Di Cintai Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap mukmin akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hatinya sentisa cinta dan kasih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ini adalah kerana apabila seseorang telah mendapat kecintaan Allah ini merupakan derajat yang tertinggi di sisi-Nya.

Kecintaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala merupakan roh iman dan amal soleh untuk orang-orang yang beriman. Dialah yang menciptakan manisnya iman dalam kalbu sehingga pemiliknya merasa nikmat untuk taat dan berzikir kepada-Nya. Sekiranya kecintaan kepada Allah itu hilang dari seseorang, ianya hanya tinggal jasad tanpa roh. 

Terdapat lima (5) ciri-ciri seorang hamba itu di cintai oleh Allah SWT.

Pertama: Mengikuti sunah dan ajaran Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. 

Ini merupakan sebab utama untuk mendapatkan kecintaan Rabb yang Maha Tinggi. 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,

قُلْ Ű„ِنْ كُنْŰȘُمْ ŰȘُŰ­ِŰšُّونَ Ű§Ù„Ù„َّهَ فَۧŰȘَّŰšِŰčُونِي يُŰ­ْŰšِŰšْكُمُ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَيَŰșْفِ۱ْ لَكُمْ Ű°ُنُÙˆŰšَكُمْ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ ŰșَفُÙˆŰ±ٌ ۱َŰ­ِيمٌ

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Surah Ali-Imran ayat 31)
Ibnul Katsir berkata, "Ayat yang mulia ini menghakimi atas setiap orang yang mengaku cinta kepada Allah sedangkan ia tidak berada di atas jalan hidup Nabi Muhammad SAW, bahawa ia berdusta dalam pengakuannya pada saat itu juga. Sehingga ia mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW dan Din Nawabi (Islam yang baginda bawa) dalam semua perkataan dan perbuataannya. Sebagaimana yang tertera dalam hadis yang sahih, dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, baginda bersabda: "Siapa yang beramal dengan satu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami, maka ia tertolak."

Al-Hasan al-Bashri dan ulama salaf lainnya telah berkata: Suatu kaum mengaku mencintai Allah, lalu Allah menguji mereka dengan ayat ini. lalu beliau membaca ayat di atas.

Cinta kepada Allah tidak cukup hanya pengakuan. Tapi harus disertai pembuktian dan amalan. Dan tanda bukti nyatanya adalah mengikuti utusan-Nya Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam semua keadaanya; baik dalam perkataan dan perbuatannya, dalam pokok agama dan cabangnya, dalam zahir dan batinnya. Maka siapa yang mengikuti Rasul itu menunjukkan benarnya pengakuannya. Dan siapa yang tidak mengikuti Rasul, ia tidak cinta kepada Allah Ta'ala. Kerana kecintaan kepada Allah mengharuskan untuk mengikuti utusan-Nya. Jika hal itu tidak berlaku pada seseorang, menunjukkan tidak adanya kecintaan kepada Allah dalam dirinya, ia dusta dalam pengakuannya.
   
Kedua: Berlemah lembut kepada sesama orang mukmin, bersikap keras terhadap orang-orang kafir, berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kecuali hanya kepada-Nya.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyebutkan sifat ini dalam satu ayat,

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ مَنْ يَ۱ْŰȘَŰŻَّ مِنْكُمْ Űčَنْ ŰŻِينِهِ فَŰłَوْفَ يَŰŁْŰȘِي Ű§Ù„Ù„َّهُ Űšِقَوْمٍ يُŰ­ِŰšُّهُمْ وَيُŰ­ِŰšُّونَهُ ŰŁَŰ°ِلَّŰ©ٍ Űčَلَى Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِينَ ŰŁَŰčِŰČَّŰ©ٍ Űčَلَى Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ِينَ يُŰŹَŰ§Ù‡ِŰŻُونَ فِي ŰłَŰšِيلِ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَلَۧ يَŰźَŰ§Ùُونَ لَوْمَŰ©َ لَۧۊِمٍ

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela." (Surah al-Maidah ayat 54)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyebutkan beberapa sifat kaum yang mendapatkan kecintaan Allah. Berada pada urutan pertamanya, tawaduk dan tidak takabbur (sombong) terhadap kaum muslimin. Lalu mereka tegas terhadap orang kafir, tidak tunduk dan menghinakan diri di hadapan mereka. Mereka juga berjihad di jalan Allah; yakni jihad terhadap diri sendiri, syaitan, orang-orang kafir, kaum munafikin dan orang-orang fasik. Mereka tidak takut terhadap celaan orang yang suka mencela; yakni apabila ia menjalankan perintah agamanya maka ia tidak mempedulikan terhadap orang yang menghina dan mencelanya.

Ketiga: Menegakkan amalan-amalan sunah sesudah yang fardu. 

Sebagaimana yang terdapat dalam hadis Qudsi,

ÙˆÙ…Ű§ ŰȘَقَ۱َّŰš Ű„Ù„ÙŠَّ ŰčَŰšْŰŻِي ŰšŰŽÙŠŰĄٍ ŰŁŰ­َŰšَّ Ű„Ù„ÙŠَّ مِمَّۧ Ű§ÙŰȘ۱۶ŰȘُ Űčَليهِ ، ÙˆÙ„Ű§ يَŰČŰ§Ù„ُ ŰčَŰšْŰŻِي يَŰȘَÙ‚Ű±َّŰšُ Ű„Ù„ÙŠَّ ŰšŰ§Ù„Ù†َّÙˆŰ§Ùِلِ Ű­ŰȘَّى ŰŁُŰ­ِŰšَّهُ

Maksudnya : "Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada ia mengerjakan apa yang telah Aku wajibnya akepadanya. Dan tidaklah hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku (setelah menjalankan yang wajib) dengan amal-amal sunnah sehingga Aku mencintainya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Bahawa siapa yang bersungguh-sungguh dalam mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan fardu lalu diikuti amalan sunnah (amalan sunat), Allah akan mendekatkan ia kepada-Nya dan memenuhi hatinya dengan makrifah, ketenangan, cinta, rindu, takut dan harap kepada-Nya.

Dan di antara amalan-amalan sunat yang dituntut adalah solat, sedekah, berzikir, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran, mengerjakan haji (selain haji pertama), umrah dan berpuasa sunat.

Keempat: Mencintai, menziarahi, memberi pertolongan  dan menasihati saudara muslim kerana Allah. 

Amal-amal ini terdapat di dalam satu hadis qudsi,

Ű­Ù‚َّŰȘ Ù…Ű­ŰšŰȘي للمŰȘŰ­Ű§ŰšÙŠÙ† فيَّ ، ÙˆŰ­Ù‚ŰȘ Ù…Ű­ŰšŰȘي للمŰȘŰČŰ§ÙˆŰ±ÙŠÙ† فيَّ ، ÙˆŰ­Ù‚ŰȘ Ù…Ű­ŰšŰȘي للمŰȘŰšŰ§Ű°Ù„ÙŠÙ† فيَّ ، ÙˆŰ­Ù‚ŰȘ Ù…Ű­ŰšŰȘي للمŰȘÙˆŰ§Ű”Ù„ÙŠÙ† فيَّ

Maksudnya : "Kecintaan-Ku untuk orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, Kecintaan-Ku untuk orang-orang yang saling menziarahi kerana-Ku, Kecintaan-Ku untuk orang-orang yang saling berkorban di jalan-Ku, Kecintaan-Ku diberikan untuk orang-orang yang saling menyambung kekerabatan kerana-Ku." (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu HIbban dalam al-Tanashuh. Syaikh Al-Albani menyahihkan hadis di atas dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 3019, 3020, 3021)

Makna saling menziarahi kerana-Ku: kunjungan sebagian mereka kepada sebagian yang lain kerana Allah dan berharap reda-Nya kerana adanya ikatan cinta kerana Allah atau kerjasama untuk taat kepada-Nya.

Sedangkan makan orang-orang yang saling berkorban di jalan-Ku: Mengorbankan diri mereka dalam keredaan-Nya seperti bersatu untuk berjihad melawan musuh Allah dan melaksanakan perintah-perintah-Nya yang lain serta memberikan hartanya kepada saudaranya jika ia sangat memerlukannya." (Lihat: al-Muntaqa, Syarh al-Muwatha': 1779)

Kelima: Ujian Allah Subhanahu Wa Ta'ala berupa musibah dan bencana.

Musibah dan bencana yang menimpa seorang mukmin boleh menjadi sebab datangnya kecintaan Allah dan menjadi sebahagian dari tanda cinta-Nya kepada hamba-Nya. Ia laksana ubat, walaupun pahit ia akan meminumnya untuk mendapatkan apa yang ia inginkan. 

Dalam hadis Sahih disebutkan,

Ű„ِنَّ ŰčِŰžَمَ Ű§Ù„ŰŹَŰČَۧۥِ مَŰčَ ŰčِŰžَمِ Ű§Ù„Űšَلَۧۥِ وَŰ„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَŰ­َŰšَّ قَوْمًۧ ِۧŰšْŰȘَلَŰ§Ù‡ُمْ فَمَنْ ۱َ۶ِيَ فَلَهُ Ű§Ù„Ű±ِّ۶َۧ وَمَنْ ŰłَŰźِŰ·َ فَلَهُ Ű§Ù„ŰłَّŰźَŰ·ُ

Maksudnya : "Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang reda (terhadapnya) maka baginya keredaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah." (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Pada dasarnya, datangnya musibah adalah baik untuk orang beriman. Kerana musibah tersebut menjadi penghapus dosa dan kesalahannya di dunia. Sehingga di akhirat  sudah tidak ada dosa yang dipikulnya. Terlebih akan diangkat derajatnya dan diampuni dosa-dosanya melalui musibah tersebut.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman (dosanya) di dunia. Dan apabila Dia menghendaki keburukan (terhadap hamba-Nya) Dia tahan dosanya sehingga disempurnakan balasannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

Para ulama menjelaskan, yang ditahan dosanya adalah orang munafik. Allah menahan dosanya di dunia untuk dibalas secara sempurna pada hari kiamat.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk meletakkan diri kita menjadi hamba Allah yang dicintai-Nya dengan melaksanakan lima ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

Memperoleh kecintaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala cukup penting kerana inilah jalan yang akan membawa kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Sekiranya kita benar-benar di cintai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala maka para malaikat dan semua mahluk akan mencintai kita dan mendoakan kesejahteraan hidup kita.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan kita golongan orang-orang yang mendapatkan kecintaan-Nya, sehingga Dia senantiasa membimbing kita, mengkabulkan doa kita, mengampuni dosa dan kesalahan kita, dan memasukkan kita ke dalam syurga-Nya.
Amiin.

Sifat Orang Mukmin Mudah Memaafkan Kesalahan Orang Lain

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Manusia biasa sering melakukan kesilapan dan kesalahan.  Sebaik-baik orang yang bersalah adalah perlu meminta maaf. Jika seseorang yang bukan Islam terkeluar perkataan yang menyinggung perasaan umat Islam, dan dia sedar perkataannya itu mendatangkan kemarahan umat Islam dan dia secara suka rela meminta maaf dan menyesal di atas keterlanjurannya maka kita sepatutnya memaafkannya. Sifat pemaaf adalah akhlak muslim yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua. 

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah SAW adalah sikap pemaaf baginda. Ini dapat kita perhatikan dalam banyak peristiwa yang dialami baginda melalui banyak riwayat yang menceritakan kemuliaan akhlak baginda dengan memaafkan orang kafir yang menyakiti baginda hingga menyebabkan mereka masuk Islam.
 

Dalam sirah Rasulullah SAW, baginda sering disakiti oleh wanita Yahudi di Madinah, bukan sahaja dimaki hamun malahan di letakkan duri di jalan yang baginda lalui dan juga di lemparkan najis kepada baginda SAW tetapi baginda tetap bersabar dan tidak membalas kejahatan wanita tersebut dengan kejahatan. Apabila wanita tersebut tidak kelihatan baginda pergi menziarahinya dan di dapati wanita tersebut sedang sakit. Bila melihat kehadiran Nabi SAW melawat kerumahnya wanita tersebut terkejut dan kagum kerana betapa tingginya akhlak baginda memuliakannya walaupun beliau sering mengganggu baginda, akhirnya wanita tersebut masuk Islam.

Salah satu sifat mahmudah adalah sifat pemaaf dan lawan daripada sifat ini adalah sifat pemarah dan pendendam. Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah SWT.

Jika umat Islam mengikuti akhlak Rasulullah SAW dan mudah memaafkan kesalahan orang lain ini adalah akhlak terpuji yang boleh menjadi daya tarikan dakwah kepada orang bukan Islam untuk mendekati Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran ayat 132).

Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )

 Jika umat Islam sukar memaafkan kesilapan orang yang bukan Islam dan mengatakan "tiada maaf bagimu" ini akan memberi kesan negatif kepada agama Islam sendiri dan mereka (orang bukan Islam) akan salah tafsir dengan beranggapan bahawa agama Islam adalah agama yang keras dan tidak ada tolak ansur dan timbang rasa. Mereka juga akan beranggapan bahawa umat Islam adalah satu umat yang  sombong, ego, dan tidak ada toleransi.

Memang benar kita akan bertegas kepada sesiapa sahaja dikalangan orang yang bukan Islam yang cuba menghina Islam atau Nabi Muhammad SAW tetapi kita akan memaafkan jika mereka sedar akan kesalahan diri mereka sendiri dan meminta maaf, sepatutnya kita memaafkan dan memberi amaran supaya jangan mengulangi kesalahan tersebut pada masa akan datang.

Kenapa kita sukar memaafkan kesalahan orang lain sedangkan kita juga sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Adakah kita suka jika kita melakukan kesalahan orang tersebut tidak mahu memaafkan kesalahan kita sedangkan kita sudah memohon maaf? Pasti kita tidak suka kerana jiwa kita akan merasa bersalah jika orang tersebut masih tidak memaafkannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pergaduhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sahabat yang dihormati,,
Orang yang bertakwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Allah SWT mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang bertakwa). Allah SWT mengampunkan mereka yang pemaaf serta menempatkan mereka di syurga.

Sikap pemaaf adalah akhlak yang mulia dan dituntut syarak. Memaafkan orang adalah akhlak mulia dan tergolong dalam amalan yang amat digalakkan. Tentu sekali bagi mereka yang dikasihi Allah SWT akan mudah mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
 

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita tanamkan pada hati dan jiwa kita sifat pemaaf, kerana sifat pemaaf adalah sifat ahli-ahli syurga sedang sifat pemarah dan pendendam adalah sifat ahli-ahli neraka. Dari sifat pemarah dan pendendam akan melahirkan sifat hasad dengki, irihati , sombong, bongkak dan takbur. Bawalah akhlak Islam di mana sahaja kita berada, supaya tindakkan kita tidak mencemarkan kesucian dan kemuliaan akhlak Islam. Umat Islam bukannya umat yang bengis, kasar dan pendendam.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah SWT terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya samaada ketika kita hidup di dunia maupun kehidupan di hari akhirat. Allah SWT akan memaafkan kesalahan dan dosa kita di akhirat nanti jika di dunia kita sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.



Isu Syariah Dalam Multi Level Marketing (MLM)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam mengharamkan riba tetapi membenarkan dan menggalakkan umatnya terlibat dalam perniagaan. Perniagaan yang halal tidak sama dengan mengambil riba. Walaupun nampak seperti sama darisegi keuntungan tetapi darisegi sistem dan perlaksanaan untuk mendapat keuntungan adalah berbeza. Perniagaan dalam Islam ada aqad jual beli secara sah dan reda meredai, bukan secara paksa dan menindas.

Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Salah satu perniagaan yang menjadi kegemaran manusia dewasa ini tidak kira samaada orang Islam atau bukan Islam adalah Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. 

Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM. 

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Syariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Syariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Syariah untuk mendalami proses sistem ini.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum kita ingin memulakan perniagaan terutama MLM perlulah kita mendalami secara jelas darisegi hukum perniagaan tersebut samaada ianya mempunyai unsur-unsur perjudian, riba, penindasan, syubahat, tidak jelas akad jual beli dan sebaginya. Walaupun produk barangannya halal disahkan oleh JAKIM tetapi belum tentu sistem MLM itu dibenarkan oleh syarak.

Islam menyuruh umatnya berhati-hati dan perlu memahami hukum halal haram sebelum memulakan perniagaan.

Saidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

Ù„Ű§ ÙŠŰšŰč في ŰłÙˆÙ‚Ù†Ű§ Ű„Ù„Ű§ من Ù‚ŰŻ ŰȘفقه في Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ†
Maksudnya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Hadis Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani menyatakan Hasan)

Sahabat yang dihormati,
Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : 

Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). 

Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat beberapa unsur syubhat dan haram . Ini tidaklah bermakna  MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Maksud ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh Ali pernah ‘terpaksa' membeli  sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan Ali ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu Ali belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi Ali senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

Inilah yang dimaksudkan mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.
Oleh itu perbincangan panjang tentang 'Ghabnun' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabnun' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila di sebut 'ghabnun' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku.  Banyak jenis 'Ghabnun' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Syariah sejak dari awal.

2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : 

Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. 

Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Syariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Syariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi syubhah apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Syariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Syariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju'alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas broker di atas broker dan seterusnya. 

Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan Ustaz Zaharudin bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Walaupun demikian, jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Mendapat wang komisyen kerana mencari ahli baru :

Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. 

Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). 

Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Űčن Ű”ÙÙ‚ŰȘين في Ű”ÙÙ‚Ű© ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ©
Maksudnya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" 
( Hadis Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM  seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah,  atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah  dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas. 

Ingin di tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-
1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.
2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.
3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang di lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"

Lihat, dalam contoh di bawah ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?

a-      Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b-     Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.

c-       Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d-     Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.

e-      Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.

Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim.  Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"
4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded'.
5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semula darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.

Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadis dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Pun begitu, point ini boleh diealakkan jika aqad tersebut boleh dipisahkan dan berdiri dengan sendirinya. Pemantauan penasihat Syariah diperlukan bagi memastikan hal ini mampu dibuat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). 

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. 

Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang di sebutkan di atas, malah di sarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, di  sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Syariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Syariah, ia tiadalah halal di sisi Syariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Syariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Di akhir ulasan tulisan Ustaz Zaharuddin berkata : "Saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Syariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Syariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. 
Wallahu ‘alam."

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan huraian di atas dan dalil-dalil daripada hadis Nabi SAW dan pandangan ulama muktabar hukum Multi Level Marketing (MLM) lebih banyak mirip kepada HARAM kerana mempunyai unsur riba, perjudian, penindasan, syubahat dan tidak jelas akad jual beli dan syarat-syarat yang di berikan lebih menjurus kepada penindasan.

Oleh itu sebagai seorang mukmin yang beriman dan bertakwa perlulah kita jauhi apa sahaja urusan samaada perniagaan atau pekerjaan yang haram dan syubahat. 

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram..." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

(Di petik daripada tulisan Ustaz Hj Zaharuddin bin Hj Abd Rahman - Tajuk Isu Syariah Dalam Multi Level Marketing)