Saturday, June 27, 2009

Nasihat Khalifah Umar dan Ulama Muktabar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ulama yang muktabar sering memberikan kata-kata nasihat yang berguna untuk menjadi panduan dan pedoman hidup kita. Nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut : 

Pertama : Khalifah Umar al-Khattab berpesan kepada Saad bin Abi Waqas dan bala tentera Islam ketika menghadapi empayar Parsi yang besar dan kuat, katanya :

"Aku menyuruh kamu dan bala tentera bersamamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan, sesungguhnya bertakwa kepada Allah itu adalah persediaan yang paling baik untuk menghadapi musuh dan tindakan yang paling kuat di medan perang, aku perintahkan kepadamu dan sesiapa sahaja bersamamu supaya lebih berhati-hati kepada diri sendiri daripada memberi perhatian kepada musuh. Kerana dosa yang di lakukan oleh tenteramu lebih di takuti daripada musuh kamu. Kerana sesungguhnya di beri pertolongan kepada orang-orang muslimin itu dengan sebab maksiat musuh terhadap Allah. Kalau tidak kerana itu kita tiada kekuatan untuk menghadapi mereka. Kerana bilangan kita tidak sama dengan bilangan mereka, dan persediaan kita tidak sama dengan persediaan mereka. Kalau kita sama-sama melakukan maksiat seperti mereka, maka mereka lebih daripada kita dari segi kekuatan (dari segi bilangan tentera, kecangihan dan persediaan zahir- penulis).Dan jika kita di beri pertolongan dengan kelebihan yang ada pada kita, maka kita tidak boleh mengalahkan mereka, dengan kekuatan kita.

Ketahuilah kita bahawa bersama kamu dalam perjalanan kamu itu, para malaikat hafazhah (yang di tugaskan berkenaan suratan amal) dengan perentah Allah, maka ketahui apa yang kamu kerjakan, maka rasa malulah kepada mereka jangan kamu mengerjakan maksiat terhadap Allah sedang kamu berada di jalan Allah. Jangan kamu katakan musuh kita lebih jahat daripada kita, sebagaimana berlaku pada Bani Israel, apabila mereka melakukan maksiat, lalu mereka di kalahkan oleh kafir majusi lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung dan itulah ketetapan yang terlaksana. Mintalah pertolongan Allah untuk menghadapi diri kamu sebagaimana musuh-musuh kamu dan aku meminta itu kepada Allah untuk aku dan untuk kamu."

Kedua : Khalifah Umar bin Abd Aziz  :

"Wahai sekelian manusia ! Janganlah kalian menganggap kecil dosa-dosa itu. Selidiki dan ushakanlah untuk mengkikis habis apa-apa dosa yang telah di lakukan, dengan jalan melakukan taubat. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu akan menghilangkan segala perbuatan-perbuatan jahat. Itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat. "

Telah sia-sia dan merugi orang-orang yang keluar dari rahmat Allah SWT  yang meliputi segala sesuatu dan dia telah di haramkan untuk masuk ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Ketahuilah bahawa perasaan aman pada hari esok (akhirat) tersedia bagi orang yang takut akan Allah, iaitu orang-orang yang suka menjual barang yang sedikit untuk di tukarkannya dengan yang banyak, orang yang suka tukar yang fanak dengan yang kekal abadi. "

Ketiga : As Sydul Jalil Abu Muhammad Sahal At-Tastari berkata :

"Telah di teliti oleh alim ulama akan pengertian IKHLAS, maka mereka tidak dapati selain yang di sebut ini, iaitu gerak seseorang dan diamnya dalam sulitnya dan terangnya semuanya kerana Allah SWT  semata-mata, tidak di campuri oleh hawa nafsu."

Keempat : Al-Imam As Syahid Hassan Al-Banna berpesan katanya :

"Wahai saudara ! Berimanlah kamu kepada Allah, perkukuhkanlah mengenal dan bergantung kepadaNya, janganlah kamu gerun selain Allah, tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah laranganNya.

Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak yang mulia dengan apa yang di kurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa lagi solehin.

Hadapilah Al-Quran untuk mengkajinya dan terhadap sirah Nabawiah kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjadi orang yang praktikal bukan orang yang berhujah saja. Apabila Allah memberikan kepada sesuatu kaum itu hidayah maka di berinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali otang-orang yang suka berhujah.

Kasih mengasihilah di antara kamu dan jagalah serapi-rapinya ikatan kamu sebab ianya merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu dan tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka."

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati kata-kata nasihat yang tersebut diatas, amat berguna untuk kita hayati dalam kehidupan kita semata-mata mencari keredaan Allah SWT.



Nasihat Ibrahim bin Adham

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di ceritakan bahawa seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim. “Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini sudah menzalimi diri sendiri, maka terangkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku.” 

Ibrahim bin Adham menjawab “ Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan lima perkara ( yang aku akan katakan) nescaya apa saja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudharatkan dirimu. 

Lelaki tersebut itu pun berkata :”Apa dia? Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishak”

Ibrahim bin Adham menerangkan :

“Pertama : Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah Azzawajalla, maka janganlah engkau makan rezekiNya” 

Lelaki itu meningkah dan berkata “ Dari sumber mana lagi aku nak makan. Sedangkan segala yang ada di dunia ini rezekiNya.” 

Ibrahim bin Adham mencelah: “Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau engkau makan rezeki kurniaNya, kemudian engkau menderhaka kepadaNya! 

“Tentu tidak.” Jawabnya.

“Kedua : Jika engkau hendak menderhaka kepada Allah maka janganlah engkau menginap di mana-mana pun di atas duniaNya.” 

Lelaki itu berkata: “Ini lebih hebat lagi dari yang pertama. Kalau Timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah maka di manakah aku akan tinggal? 

Ibrahim bin Adham mencelah “Hai pulan adakah patut engkau makan rezeki Allah, tinggal di bumiNya kemudian engkau derhaka kepadaNya? 

“Tidak.” Jawabnya.

“Ketiga : Kalau engkau mahu juga menderhaka sedangkan engkau makan rezeki Allah, dan tinggal di bumiNya, maka carilah tempat yang kira-kira Dia tidak nampak engkau mencabar perintahNya. Kalau engkau temui, nah engkau lakukanlah maksiat tersebut.”

“Keempat : Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya : “Berikanlah tempoh untuk bertaubat nasuhah dan untuk beramal soleh kerana Allah.”

“Takkan dia mahu menurut perintahku”

“Ha pulan. Apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak berdaya menolak maut, untuk mendapatkan tempoh taubat, dan engkau faham betul kalau maut datang engkau tidak di beri tempoh maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan maksiatmu)?

“Kelima : Apabila datang Malaikat Zabaniah pada hari qiamat hendak membawamu masuk neraka maka janganlah engkau pergi bersamanya!”

“Sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku, atau menerima perintahku.”

Kata Ibrahim bin Adham :” Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?”

Lelaki itu pun berkata. “Wahai Ibrahim cukuplah, cukuplah!”

“Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadaNya”

Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama Ibrahim Adham hingga mereka di pisahkan oleh ajal masing-masing.

Sahabat yang dimuliakan,
Pengajaran yang boleh kita ambil dari kesah di atas bahawa kita hendaklah sentasa mengawasi setiap saat perjalanan hidup kita supaya kita tidak melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT. Alangkah kerdilnya jiwa ini berbanding nikmat dan rahmat yang telah di berikan Allah SWT kepada kita, supaya kita sentiasa bersyukur dan patuh segala perintah dan suruhanNya.




Wednesday, June 24, 2009

Takut Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Imam Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin, menukilkan satu kisah teladan antara seorang guru dan beberapa orang muridnya. Di kalangan murid-murid itu ada seorang murid yang lebih di sayangi oleh guru. Sampailah suatu ketika mereka merasa tidak puas hati meluahkan perasaan kepada guru. "Kenapa dia lebih di sayangi daripada kami semua?" Guru tidak banyak menjawab, malah memberi satu tugas kepada semua muridnya termasuk murid yang tersayang.

Kata guru itu, " Ambillah tiap orang dari kamu seekor burung ini dan sembelih burung itu tanpa di lihat oleh sesiapa pun." Setelah melakukan tugas yang di beri oleh guru, kembalilah semua mereka dengan sembelihan masing-masing. Mereka begitu gembira kerana telah berjaya mencapai maksud guru supaya di sembelih burung tanpa di lihat oleh sesiapa pun. Anehnya, murid yang tersayang telah kembali tanpa menyembelih burung itu, Guru bertanya kepadanya di hadapan murid-murid lain, "Kenapa kamu tidak menyembelihnya?" Jawab murid berkenaan, " Puas saya mencari tempat yang tidak boleh di lihat orang. Ke mana jua saya pergi, tidak dapat lari dari di lihat oleh Allah SWT." Mendengar penjelasan murid berkenaan, fahamlah murid-murid yang selainnya kenapa ia di sayangi oleh guru.

Demikianlah akhlak orang yang muraqabah. Perbuatannya luhur, perkataannya benar, fikirannya bersih, hatinya mulia. Tersemat pada dirinya takut sebenarnya pada murka Allah SWT. dan tidak takut selain daripada Allah SWT. Bimbangnya pada nasib akhirat mengatasi bimbangnya akan pengaruh di dunia. Ia tidak banyak berkata-kata kecuali yang mengandungi kebaikan. Ia banyak merenung diri daripada berkata hal orang lain (mengumpat). Ia bimbang menerima amanah kerana takut tidak tertunai, lebih-lebih lagi amanah kepimpinan.

Orang mukmin yang bertakwa kepada Allah, sentiasa menyebukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan, membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, berkhidmat pada masyarakat tanpa mengharap ganjaran. Dia bijak membahagikan masanya dengan berkesan, masa untuk dia memperkemaskan dirinya dengan ilmu agama dan kemahiran. Sentiasa meningkatkan ibadah khusus iaitu dengan membaca zikir al- Ma'thurat kubra pagi dan petang, membaca al- Quran, solat duha, solat tahajud dan lain-lain lagi. Untuk ilmu pula memperuntukan masa untuk hadir di majlis-majlis ilmu dan ceramah agama, mengikuti program usrah dan halaqat, program-program dakwah , membaca buku-buku fikrah tulisan ulama yang muktabar dan mengkaji hadis Nabi SAW dan tafsir al-Quran.

Sahabat yang dimuliakan,
Bayangkanlah, sekiranya kalian laksanakan semua perkara berupa tanggung jawab di atas masa yang ada tidak mencukupi berbanding masa yang ada pada kalian! Kalian tidak ada masa untuk hadir program yang melalaikan, menonton konset-konset yang tidak berfaedah atau bersiar-siar tanpa ada tujuan yang jelas. 

Ingatlah! Masa adalah kehidupan, lebih berharga dari emas dan permata, masa tidak boleh di ganti dengan harta di dunia, kalau ia berlalu bermakna habislah sebahagian daripada hidup kita.

Nabi SAW mengajar kita berdoa yang bermaksud " Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas, sikap bakhil dan penakut, hutang yang menyibukkan fikiran (dan mengacau hatiku) dan orang yang menindasku."(Hadis Riwayat Bukhari).

Sunday, June 21, 2009

Tanda-tanda Hati Yang Hidup

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidupkanlah hati ini dengan sentiasa mengingati Allah SWT, bersihkan hati dengan zikirullah, muraqabah setiap saat dan ketika dan ketika di malam yang gelap gelita munajatlah kepada yang Maha Esa, mohonlah keampunan di atas dosa-dosa yang di lakukan, insya Allah hati akan menjadi lembut dan terbina kekuatan yang luar biasa, iaitu kekuatan perhubungan dengan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati perlu di bentuk supaya sihat dan mulia dengan Islam.Hati yang rabbani adalah hati yang setiap ketika dan saatnya berhubung dengan Allah SWT  dan mematuhi segala titah perintahNya.

 Di antara tanda-tanda hati yang hidup :

1.Sentiasa mengingati dan berzikir kepada Allah SWT.

2.Kuat berpegang pada ajaran Islam.

3.Menjauhi larangan Allah SWT dan meninggalkan perkara yang sia-sia.

4.Bersih dari hasad dengki, cepat marah dan menipu.

5.Reda dengan sistem hidup Islam.

Fauzan bin 'Ayat(ahli sufi) pernah berkata "Apabila iblis berjaya mencapai salah satu dari tiga perkara berikut dari anak Adam maka iblis tidak akan tuntut lain-lain perkara dari anak Adam .

Tiga perkara tersebut adalah seperti berikut :

1.Terpedaya dengan diri sendiri.

2.Merasai amalan-amalannya melebihi kerja-kerja orang lain.

3.Terlupa dengan dosa-dosa sendiri"

Al- Sauri pernah menasihati anak muridnya "Sekiranya kamu tidak mahu sifat ujub berada pada dirimu maka janganlah kamu suka pada pujian orang. Jika kamu mahu pada pujian-pujian mereka dan ingin orang memandang kerja-kerjamu dengan martabat yang tinggi, maka itu adalah ujub"

Al-Fadhil bin Iyadz  berkata "Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia, riak namanya. Dan membuat sesuatu amalan kerana manusia, syirik hukumnya. Dan dinamakan ikhlas itu ialah Allah SWT menyelamatkan engkau dari kedua-duanya."

Nabi Isa a.s pernah berkata maksudnya " Berapa banyak api lampu-lampu yang dipadamkan oleh angin ribut, tetapi berapa banyak lagi ibadat yang telah dipadamkan oleh angin ujub. Segala amalan soleh mendapat cahaya (nur) daripada Allah SWT tetapi ia akan menjadi gelap sekiranya ribut ujub melanda api itu, walaupun dengan satu tiupan"

Sahabat ya ng dimuliakan,
Memohon keteguhan iman adalah antara doa yang paling banyak di panjatkan Nabi SAW  dalam munajat-munajat baginda. Iman kita ada kalanya naik dan ada kalanya turun. Adalah amat malang jika permulaan hidup berada dalam takwa, tetapi di akhirnya mati dalam "su' ul khatimah", maka nerakalah tempat kembalinya.

Maksud hadis sahih riwayat al-Bukhari, Nabi SAW bersabda maksudnya "Sesungguhnya amalan kamu di nilai pada bahagian akhirnya" mafhum dari hadis ini bermaksud jika diakhirnya baik, maka syurgalah tempatnya, demikian sebaliknya jika buruk, nerakalah tempatnya.

Oleh itu Nabi SAW  mengajar kita sentiasa berdoa : "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang tidak akan lepas (murtad), nikmat yang tak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad SAW di syurga yang paling tinggi selama-lamanya" (Hadis riwayat Ibn Hibban)

Sebab-sebab Doa Tidak di Makbulkan Oleh Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Pada suatu masa Ibrahim bin Adham pernah di tanya kenapakah doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT .?

Ibrahim bin Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT:

1. Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hakNya (tanggung jawab kamu kepadaNya)

2. Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.

3. Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.

4. Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan patuh padanya.

5. Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga.

6. Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka.

7. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.

9. Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

10. Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Dengan itu maka taatlah akan Allah SWT, beramallah dengan Al-Quran, hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW, perangilah syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.

Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun (istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika engkau demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati sepuluh perkara seperti yang dinasihatkan oleh Ibrahim bin Adham semoga doa-doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Munajat Kepada Allah

 
Ya Allah!
Kenapa hati ini begitu keras untuk mengingati-Mu?
Mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran?
Setiap hari aku solah, membaca al-Quran, tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatannya.
Bagaimanakah akan aku tempohi hidup ini?
Adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima?

Ya Allah!
Janganlah Engkau tinggalkan aku.
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan.
Apalah diri ini tanpa-Mu.
Aku begitu lemah untuk mengharung gelombang dunia ini.

Ya Allah!
Kasihanilah jiwaku yang kerdil ini.
Aku sangat harap pimpinan-Mu.
Aku sangat merindui belaian-Mu
Bantulah aku, Ya Allah!
Bantulah aku, Ya Rabbi!
Lemparkanlah cahaya-Mu kedalam jiwaku....

Ya Allah!
Apalah erti hidup ini tanpa kehadiran-Mu.
Apalah gunanya hartaku, anak dan isteri serta kemewahan
yang aku miliki tanpa rahmat-Mu.....

Ya Allah!
Berilah petunjuk-Mu kepadaku.
Aku tahu bahawa petunjuk-Mu adalah mahal dan perluku bayar.
Aku redha...Ya Allah!
Engkau ambilah apa yang aku miliki
Tetapi...campakkanlah nur-Mu kedalam jiwa ini.

Ya Allah!
Aku sedang cari seorang "pembantu", yang akan mengingatiku ketika aku lupa pada-Mu,
mengerakkan tidurku ketika panggilan Jihad sedang berkumandang dan sentiasa redha
di atas segala keputusan yang telah Kau putuskan.

Ya Allah!
Aku malu untuk berhadapan dengan-Mu.
Aku begitu kotor kerana riak, tamak, sombong, dengki telah membelenggu hidupku.
Jiwaku lemas, setiap kali aku cuba mengingati-Mu setiap kali juga jiwaku menghalang dan fikiranku berkecamuk.

Ya Allah!
Di manakah cahaya-Mu?

Ya Allah!
Hanya kepada Engkau tempat aku mengadu.
Hanya kepada-Mu tempat aku mencurahkan perasaanku.
Kerana aku tahu hanya Engkau yang dapat membimbing jiwaku yang kerdil ini.
Maka bimbinglah aku.

Ya Allah
Pimpinlah aku,
Pimpinlah aku,
Pimpinlah akuuuu.....Ya Allah!!

Wassalamualaikum wm. wb. 

(abubasyer)