Sunday, June 21, 2009

Munajat Kepada Allah

 
Ya Allah!
Kenapa hati ini begitu keras untuk mengingati-Mu?
Mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran?
Setiap hari aku solah, membaca al-Quran, tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatannya.
Bagaimanakah akan aku tempohi hidup ini?
Adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima?

Ya Allah!
Janganlah Engkau tinggalkan aku.
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan.
Apalah diri ini tanpa-Mu.
Aku begitu lemah untuk mengharung gelombang dunia ini.

Ya Allah!
Kasihanilah jiwaku yang kerdil ini.
Aku sangat harap pimpinan-Mu.
Aku sangat merindui belaian-Mu
Bantulah aku, Ya Allah!
Bantulah aku, Ya Rabbi!
Lemparkanlah cahaya-Mu kedalam jiwaku....

Ya Allah!
Apalah erti hidup ini tanpa kehadiran-Mu.
Apalah gunanya hartaku, anak dan isteri serta kemewahan
yang aku miliki tanpa rahmat-Mu.....

Ya Allah!
Berilah petunjuk-Mu kepadaku.
Aku tahu bahawa petunjuk-Mu adalah mahal dan perluku bayar.
Aku redha...Ya Allah!
Engkau ambilah apa yang aku miliki
Tetapi...campakkanlah nur-Mu kedalam jiwa ini.

Ya Allah!
Aku sedang cari seorang "pembantu", yang akan mengingatiku ketika aku lupa pada-Mu,
mengerakkan tidurku ketika panggilan Jihad sedang berkumandang dan sentiasa redha
di atas segala keputusan yang telah Kau putuskan.

Ya Allah!
Aku malu untuk berhadapan dengan-Mu.
Aku begitu kotor kerana riak, tamak, sombong, dengki telah membelenggu hidupku.
Jiwaku lemas, setiap kali aku cuba mengingati-Mu setiap kali juga jiwaku menghalang dan fikiranku berkecamuk.

Ya Allah!
Di manakah cahaya-Mu?

Ya Allah!
Hanya kepada Engkau tempat aku mengadu.
Hanya kepada-Mu tempat aku mencurahkan perasaanku.
Kerana aku tahu hanya Engkau yang dapat membimbing jiwaku yang kerdil ini.
Maka bimbinglah aku.

Ya Allah
Pimpinlah aku,
Pimpinlah aku,
Pimpinlah akuuuu.....Ya Allah!!

Wassalamualaikum wm. wb. 

(abubasyer)

No comments: