Saturday, October 1, 2011

Carilah Ilmu Yang Bermanfaat Untuk Kebahagiaan Dunia dan Akhirat.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah SWT dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)." (Surah al-Faatir ayat 28)

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah SWT dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i (ilmu Islam). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW , ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “Ilmu yang muktabar menurut syarak adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka”.

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah SWT bukanlah orang alim yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya . Jika ilmu tersebut tidak di amalkan maka ilmu tersebut tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan.

Dalam al-Quran Allah SWT. menegur orang-orang yang tidak mengerjakan apa yang ia katakan atau ajarkan yang bermaksud : “Apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi bertasbih kepada Allah , dan Dia lah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (Surah Ash Shaff ayat 2-3)

Asbabun Nuzul ayat 1-3 .

Dari Abdullah bin Salam r.a katanya,"Sekelompok sahabat saling berbincang. Kami berkata; 'Jikalau kami tahu suatu perbuatan yang paling di cintai Allah SWT, pasti kami akan melakukannya'. Lalu turun ayat ini." (Hadis sahih riwayatHakim, Ahmad dan Tirmidzi)

Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Dan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari sahabat Usamah bin Zaid r.a ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Di hari kiamat didatangkan seseorang lalu dicampakkan ke dalam neraka maka terburailah usus-ususnya, dia berputar-putar dengan ususnya seperti seekor keledai berputar-putar pada ikatannya. Maka penghuni neraka mengerumuninya, mereka berkata, ‘Hai fulan, ada apa denganmu? Bukankah dulu engkau mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran?’ ia menjawab, ‘Benar, aku mengajak kepada kebaikan tetapi aku tidak mengerjakan dan aku melarang dari kemungkaran tetapi aku melakukannya”.

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata :"Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa. Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah SWT daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan:
"Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.

Di sebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Sahabat yang dimuliakan,
Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah SWT dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

Ingatlah bahawa apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah SWT mengikut kadar kecintaannya seseorang itu kepada dunia.

Allah SWT berfirman (maksudnya): "Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat." (Surah al-Rum ayat 7)

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (Hadis riwayat Ahmad dan al Hakim)

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.
Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan.

Sahabat yang dikasihi,
Apabila kita sampaikan sesuatu ilmu kepada orang lain dan ilmu tersebut diamalkan dan disampaikan semula secara berterusan hingga ke hari kiamat, maka kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan. Begitu juga sebaliknya ilmu yang memudaratkan orang lain atau ilmu bermaksiat kepada Allah SWT, pengamal dan penyampainya akan mendapat dosa disisi Allah dan dosa yang berterusan sehingga hari kiamat jika di amalkan dan diikuti oleh seseorang. Oleh itu jauhilah diri kita daripada perbuatan dan amalan yang boleh menyesatkan diri kita sendiri dan menyesatkan orang lain.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, " Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat". Setiap kalimah, pengajaran, ilmu, tazkirah, risalah, nasihat yang kita ambil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah merupakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang akan dapat menambahkan pahala dan amal soleh ketika kita hidup di dunia ini.

Empat Pesanan Saidina Umar al-Khattab Untuk Umat Islam

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
ِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berpesan dengan katanya :

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Huraiannya :

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah SWT. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah SWT.

Suatu ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda baginda yang bermaksud: “Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif daripada yang positif.

Orang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang, banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata: “Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah?.”

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Biasanya apabila seseorang suka menghina orang lain disebabkan kemiskinan, cacat anggota atau tidak ada kelulusan adalah seorang yang sombong dan ego. Setiap manusia ada kekurangan atau kelebihan, tetapi yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah kerana ketakwaannya bukanlah kerana fizikal yang cantik atau harta yang banyak. Orang yang bersikap suka menghina akan mendapat balasan di dunia lagi nanti di akhirat dia juga akan dihina.

Firman Allah SWT maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat ayat 11)

Sebab-Sebab Turun Ayat:

Diriwayatkan bahawa ayat diatas diturunkan kerana utusan Tamim telah menghina golongan fakir miskin dari kalangan sahabat Nabi SAW. seperti Bilal, 'Ammar, Shuhaib, Khabbab, Ibnu Fuhairah, Salman Al Farisy, Salim maula Abi Huzaifah dan lain lain.

Ada pula riwayat lain: Bahawa Shafiah Binti Huyay Ibn Akhtab r. ha. telah mengadu kepada Nabi SAW bahawa madu-madunya telah memanggilnya dengan panggilan: Hei Yahudi Binti Yahudi. Jawab Nabi SAW.: Mengapa engkau tidak katakan (kepada mereka) :  Ayahku Harun, pamanku Musa dan suamiku Muhammad.

Dari Abi Hurairah katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat hatimu dan amalanmu". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Ayat dan hadis diatas seolah-olah ingin menyatakan kepada kita bahawa sanjungan yang diberikan atau cacian yang dilemparkan kepada seseorang bukanlah suatu ukuran yang pasti. Demikian juga dengan amalan seseorang, apakah baik amalannya ataupun buruk. Dia bukanlah ukuran mutlak.

Barangkali orang yang pada zahirnya baik dan banyak amalnya, tetapi Allah SWT lebih Mengetahui barangkali di dalam hatinya ada tersemat sifat tercela yang boleh mengakibatkan amalannya tidak diterima oleh Allah SWT. Barangkali juga ada orang yang pada zahirnya tidak beramal solih malahan banyak berbuat maksiat, tetapi Allah Maha Mengetahui di dalam hatinya ada sifat terpuji , dia banyak bertaubat kepada Allah SWT tanpa diketahui oleh orang lain yang mana kerana sifat itu akhirnya ia berhak mendapat keampunan Allah SWT.

3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai keutamaan pasti Allah akan menjadikan hatinya rasa cukup, melancarkan segala urusannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan barangsiapa yang menjadikan Dunia sebagai keutamaannya, Allah akan menjadikan rasa tidak cukup itu di antara kedua matanya, menunggang-terbalik segala urusannya, dan tidak akan ada baginya daripada dunia melainkan sekadar apa yang ditakdirkan“.(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Orang yang menjadikan akhirat sebagai perkiraan hidupnya, akan hidup di dunia dengan tenang, tanpa ada rasa gelisah. Dia tidak melihat dunia melainkan sebagai peluang untuk beramal soleh, medan perlumbaan dalam melakukan kebaikan.

Sebaliknya, mereka yang mengejar dunia dan segala isinya. Sehinggakan saat hendak tidur pun masih terfikir-fikir untung rugi dunia yang dia perolehi, tanpa sedikitpun merasakan dirinya kelak akan menuju ke destinasi akhir, iaitu akhirat.

Manusia jenis ini, hatinya telah diikat rapi dan kemas dengan dunia dan segala kemewahannya. Tidak ada jalan keluar, melainkan dirinya perlu menanam rasa cinta kepada akhirat. Agar dirinya tidak terus tenggelam dalam hanyutan kegelapan.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)".(Hadis riwayat Ahmad dan al Hakim)

4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Jika kita sentiasa menjaga kehormatan saudara kita supaya tidak diketahui oleh orang lain maka sebenarnya kita telah melakukan sesuatu amalan yang dikasihi oleh Allah SWT.

Islam melarang kita mendedahkan aib orang lain kerana untuk menjaga kehormatan dirinya, kerana jika kita lakukan perkara ini maka aib kita akan didedahkan oleh Allah SWT. di dunia lagi, nanti di hari akhirat aib kita akan didedahkan oleh Allah SWT dihadapan orang ramai.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amalkan 4 kata-kata nasihat Saidina Umar al-Khattab r.a. iaitu jangan banyak ketawa kerana ianya akan mematikan hati, jangan suka menghina orang lain kerana kehinaan itu akan patah balik kepada diri kita sendiri, utamakan akhirat nescaya dunia akan datang kepada kita dan yang  terakhir jagalah kehormatan dan keaiban seseorang nercaya kehormatan dan keaiban kita akan dijaga oleh Allah SWT.

Thursday, September 29, 2011

Menyahut Seruan Ilahi Bagaimana Untuk Mendapatkan Haji Mabrur?

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
ِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ketika ini saudara-saudara kita yang telah terpilih menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan fardu haji ke Baitullah sedang sibuk membuat persiapan akhir. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dengan pemilihan ini kalian akan melengkapkan rukun Islam ke5 iaitu rukun yang wajib disempurnakan apabila berkemampuan. Ramai saudara-saudara kita tidak berpeluang untuk kesana walaupun telah lama mendaftar dan membuat bayaran penuh kerana quata tidak mengizinkannya.

Ingatlah! Pemergian kalian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji adalah jihad dijalan Allah SWT. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT, memohon kemaafan saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai, jika ada hutang-hutang yang lama belum dibayar maka diselesaikanlah atau minta halal kerana kita telah bebas daripada perkara-perkara yang wajib di selesaikan.

Ketika di Tanah Suci janganlah merosakkan ibadah kita dengan melakukan perkara mungkar serta kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti mengumpat, mencaci, memaki hamun dan mengutip batu di Tanah Suci untuk dibawa balik ke tanah air.

Oleh itu bagi setiap orang Islam yang ingin mengerjakan ibadat haji mestilah mengetahui segala rukun dan adab haji dengan betul supaya hajinya diterima oleh Allah.

Apalah gunanya jika ibadat haji yang mempunyai ganjaran dan kelebihan begitu besar seperti ganjaran orang yang berjihad di jalan Allah itu rosak dan binasa disebabkan perkara mungkar dan khurafat yang kita kerjakan. Malah ibadat haji yang kita kerjakan itu tidak diterima oleh Allah dan ia menjadi sia-sia.

Oleh yang demikian, bakal jemaah haji seharusnya mengambil perhatian berat berhubung perkara ini dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara mungkar dan khurafat. Mudah-mudahan dengan kita menjauhi segala perkara mungkar dan khurafat itu ibadat haji kita akan diterima oleh Allah.

Daripada Abdullah bin Masu'd bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hubungkanlah sekalian kamu antara haji dan umrah kerana ia menghapuskan dosa dan kemiskinan seperti menghembus tukang besi akan kotoran besi, emas dan perak. (Hadis riwayat Tirmizi).

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah dan tidak dicemari perkara dosa dan maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan". (Hadis riwayat Bukhari).

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah yang bermaksud : "Dan (diantara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barang siapa mengingkari (kewajipan) haji, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.".
(Surah Ali-Imran ayat 97)

Sesiapa yang telah mencukupi perbelanjaan untuk menunaikan haji maka dia wajib mengerjakannya tanpa ditangguh-tangguh lagi kerana ajal dan maut seseorang tidak siapa mengetahuinya. 

Lantaran itu, jelas di sini bahawa ibadah haji wajib ke atas setiap muslim, baligh, berakal, merdeka, aman perjalanan dan berkemampuan. Satu syarat tambahan untuk wanita iaitu adanya mahram bersamanya.

Yang dimaksudkan dengan kemampuan ialah:

1. Memiliki bekalan yang mencukupi bagi perjalanan pergi ke Tanah Suci dan perjalanan pulang ke tanah airnya untuk dirinya dan perbelanjaan mereka yang di bawah tanggungannya semasa pemergiannya.

2. Pengangkutan yang sesuai.

 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan)." (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih).

Dalam satu hadis Nabi SAW melarang keras sesiapa yang enggan atau tidak berniat langsung untuk menunaikan salah satu rukun Islam yang lima iaitu mengerjakan fardu haji  tanpa alasan yang dibenarkan syarak dan dia pula berkemampuan maka matinya adalah mati sebagai Yahudi atau Nasrani. na'uzubillahiminzalik.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani".(Hadis Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).

Terdapat 4 tingkatan ibadah haji yang dilakukan oleh orang-orang Islam sama seperti ibadah solat dan puasa iaitu :

Pertama : Haji Mardud.

Haji Mardud ialah haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT.

Kedua : Haji Maqbul.

Haji Maqbul adalah haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.

Ketiga : Haji Makhsus.

Haji Makhsus adalah ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang yang tertentu yang sempurna segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT tetapi diampunkan segala dosanya. 

Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud :
” Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya ”

Keempat : Haji Mabrur

Haji Mabrur adalah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua muslim boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga. 

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud :” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan syurga ”

Sahabat yang dihormati,
Setiap mukmin yang telah dipilih menjadi tetamu Allah SWT dan berpeluang mengerjakan fardu haji maka dia perlulah berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga ibadah haji yang dikerjakannya adalah mendapat Haji Mabrur.

Adapun perkataan “MABRUR” di segi pengertian bahasanya ialah perbuatan yang tidak ada syubahat atau keraguan padanya atau hanya diertikan dengan makna yang diterima.

Makna Haji Mabrur pada istilah ialah haji yang diterima dan balasannya yang luarbiasa iaitu syurga, manakala lawannya ialah Haji Mardud iaitu haji yang ditolak dan tidak diterima.

Apakah syarat-syarat untuk mendapat Haji Mabrur?

Untuk mencapai tingkatan haji yang mabrur, tidak semudah seperti yang disangkakan tetapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Ia memerlukan beberapa syarat yang tertentu berdasarkan masa-masa tertentu.

Sebelum menunaikan fardu haji ada beberapa perkara yang seharusnya diperbetulkan sebelum berangkat keTanah Suci iaitu :

1. Niat semata-mata kerana Allah SWT.

Niat semata-mata kerana Allah swt, jangan sekali dicampur-adukkan dengan perasaan riak dan takbur. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Umar Al-Khattab yang bermaksud ” Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu apa yang diniatkan ”

2. Wang perbelanjaan diperolehi daripada sumber yang halal.

Wang yang diperolehi dan akan digunakan untuk tujuan  menunaikan ibadat Haji hendaklah daripada sumber yang halal, jangan sekali dicampur-adukkan dengan sesuatu yang haram atau yang syubahat.

3. Kewajipan diri sendiri telah sempurna dan tidak mempunyai tanggungan lain yang wajib disempurnakan.

Setelah cukup syarat yang mewajibkan seseorang itu menunaikan haji tanpa memaksa diri sendiri dan semua tanggungan yang lain telah disempurnakannya tanpa menjejaskan pemergiaannya ke tanah suci untuk mengerjakan haji.

4. Semasa mengerjakan haji dijaga semua perkara iaitu :

a. Menyempurnakan segala rukun-rukun haji.

b. Menyempurnakan segala perkara-perkara wajib haji.

c. Membayar segala jenis dam yang dikenakan.

d. Tidak melakukan larangan ketika berihram haji seperti persetubuhan, kemaksiatan dan kemungkaran. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud :
” Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan termaklum, oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji ”

5. Selepas menunaikan haji (sudah balik ketanah air)

Orang yang telah menunaikan Haji, dianggap telah membersihkan dirinya daripada segala dosa dan kesalahan, setelah menunaikan ibadah haji khasnya setelah kembali ke tanah air maka beberapa perkara perlu diawasi :

a. Mengekalkan diri sentiasa dalam keadaan bersih dari sebarang noda dan dosa dengan menjauhkan perkara-perkara mungkar yang dilarang.

b. Memperbanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketakwaannya.

c. Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna di segi akhlak dan kelakuannya. 

Dengan terlaksananya segala apa yang dinyatakan seperti di atas, maka besar kemungkinan seseorang itu akan mencapai ke tahap Haji Mabrur yang diidamkan oleh setiap pengunjung Baitullahil Haram.

Sahabat yang dikasihi,
Dengan huraian yang ringkas ini, diharap akan dapat memberikan satu gambaran tentang Haji Mabrur dan pencapaiannya atau sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagai panduan untuk mencapai Haji Mabrur.

Sesiapa di antara kalian yang belum lagi menunaikan haji maka berdoalah kepada Allah SWT semoga dipermudahkan oleh Allah SWT dan diberikan-Nya rezeki  untuk menjadi tetamu-Nya kerana mereka yang terpilih sahaja layak menjadi tetamu-Nya.

Bagi sesiapa yang telah terpilih tahun ini untuk menjadi tetamu Allah SWT saya mengucapkan tahniah. Buatlah persiapan terbaik darisegi rohani, jasmani,  emosi, mental  dan kewangan.

Jangan lupa doakan saya dan keluarga semoga kami mampu pula ke sana dan diberikan oleh Allah SWT rahmat dan diberkati-Nya dan dimurahkan rezeki dan mampu meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.

Saya doakan kalian semua semoga dikurniakan taufik dan hidayah-Nya serta kemampuan untuk melaksanakan ibadah haji dengan sempurna dan penuh ketakwaan, terhindar dari sifat riak yang merosakkan amalan.

Kepada Allah SWT diserahkan segala urusan dan kepada-Nya dipohonkan ganjaran di atas setiap amal yang dikerjakan.

Wednesday, September 28, 2011

Jauhi 3 Perkara di Larang Keras dan 3 Perkara di Benci Oleh Allah SWT

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari al-Mughirah r.a, dari Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat bakhil dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas terdapat 3 perkara larangan keras (di haramkan) daripada Allah SWT iaitu :

1. Menderhakai ibu.

2. Membuat bakhil (kedekut)

3. Menguburkan (membunuh) anak perempuan.

Terdapat 3 perkara kebencian Allah SWT iaitu :

1. Terlalu banyak berbicara begitu begini.

2. Terlalu banyak bertanya.

3. Membuangkan harta tidak pada tempatnya.

Huraiannya :

Tiga perkara larangan keras (diharamkan) :

1. Menderhakai ibu.

Ibu adalah insan yang berjasa kepada anak-anaknya. Bermula dia mengandung, melahirkan , memberi susuan, membesarkan dan memberi penuh kasih sayang kepada anak-anaknya. Adalah amat malang ada anak yang menjadi anak derhaka kerana menyakiti hati ibunya, menyusahkan hidupnya, membiarkan penderitaannya semasa dia telah tua dan dibiarkan tanpa jagaan dan pembelaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis riyawat Bukhari )

Dalam hadis yang lain Nabi SAW. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah SWT. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini.

Di dalam al-Quran Allah SWT. berfirman maksudnya : “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” (Surah al-Nisaa’ ayat 36)

Di dalam ayat ini setelah Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah SWT. turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

Keredaan Allah SWT. terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibu bapanya.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :“Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”  (Hadis riwayat al-Tirmidzi )

2. Membuat bakhil (kedekut)

Seburuk-buruk sifat yang dimiliki oleh manusia terutama orang kaya adalah sifat bakhil atau kedekut . Orang kaya yang bakhil sebenarnya dia adalah orang yang sombong, bongkak dan bangga diri kerana dia merasakan hartanya akan dapat menyelamatkan dia daripada azab yang dahsyat di hari akhirat.

Sifat dan ciri-ciri orang bakhil dan kedekut ini iaitu apabila ada orang datang kepadanya samaada ahli keluarganya atau jirannya atau rakannya datang untuk meminta pertolongan belum pun sempat dia hendak ceritakan masaalahnya lantas dia akan berkata "maaf saya tidak dapat tolong" sedangkan hartanya beratus ribu ringgit, apalah salahnya dia menghulurkan bantuan, jika tidak dapat tolong banyak tolong sedikit pun tidak mengapa sekadarnya untuk membantu kesusahan orang lain.

Orang kaya seperti ini hidupnya tidak akan berkat dan perniagaannya tidak akan maju dan satu masa nanti dia akan mengalami kesusahan kerana doa orang yang susah tadi kepada Allah SWT ,"Ya Allah tunjukkanlah kekuasaan-Mu dan balasan-Mu kepada orang kaya yang kedekut ini, aku tahu dia memiliki harta yang banyak tetapi sifat sombongnya enggan menolongku ketika aku susah sedangkan Kau Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah, rezeki-Mu keseluruhan di langit dan bumi dan Kau amat membenci sifat hamba-Mu yang bakhil dan kedekut"

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud , "Maafkanlah kesalahan orang yang murah hati (dermawan). Sesungguhnya Allah melihat tangannya jika dia terjatuh. Seorang pemurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada syurga. Seorang yang bodoh tapi murah hati (dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah) tapi bakhil" (Hadis Riwayat Tabrani)

Jelaslah dalam hadis di atas seorang ahli ibadah, tinggi ilmu agamanya, tinggi pelajarannya (sampai jadi pakar) tetapi apabila kedekut sangat dibenci oleh Allah SWT . Harta ini sebenarnya milik Allah SWT, bukan hak kita sepenuhnya jangan ingat kita akan kaya selama-lamanya dan tidak akan jatuh bengkrap. Jangan ingat orang yang miskin dan susah akan susah selama-lamanya kerana dunia ini umpama roda ada kalanya kita di atas dan adakalanya kita akan dibawah.

Orang yang bakhil dan kedekut ini akan mendapat laknat malaikat diwaktu pagi-pagi lagi seperti hadis daripada Nabi SAW.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya :

"Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya."

"Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

3. Menguburkan (membunuh) anak perempuan.

Di zaman jahiliah dahulu orang-orang arab jahiliah menganggap anak perempuan adalah anak yang akan membawa sial atau menjatuhkan maruah keluarga, maka mereka akan membunuhnya dengan menanamnya hidup-hidup atau membunuhnya kemudian dikuburkannya.

Perbuatan ini adalah perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT kerana membunuh jiwa yang tidak berdosa. Dalam masyarakat kita pula anak-anak yang dilahirkan diluar perkahwinan iaitu hasil perzinaan di antara lelaki dan perempuan, untuk menjaga maruah keluarga dan untuk mengelakkan daripada mendapat malu maka anak-anak luar nikah ini akan dibunuh dan dibuangkan begitu sahaja seperti sampah. Setengah kes pekerja Majlis Perbandaran menjumpai mayat bayi ditempat pembuangan sampah dan ada setengahnya dimakan oleh anjing. Perbuatan manusia zaman sekarang sama dengan orang-orang jahiliah malah mungkin lebih kejam lagi kerana tidak pernah kita dengar orang arab jahiliah memberi makan anjing kepada mayat anak perempuan mereka.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata : 'Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku'. Maka Allah berkata kepada sipembunuh : 'Celakalah engkau, lalu di bawalah orang itu ke neraka'.”

Anak-anak kecil yang mati dibunuh oleh ibu yang melahirkannya akan mendakwa ibu tersebut di hari akhirat dan laknat Allah SWT akan diterima oleh wanita tersebut dan di humbankan kedalam api neraka Jahanam.

Tiga perkara kebencian Allah SWT :

1. Terlalu banyak berbicara begitu begini.

Terlalu banyak berbicara yang dilarang adalah membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba dan berbual kosong hal-hal dunia yang tidak berfaedah.

Lidah yang baik adalah lidah yang berzikir, membaca al-Quran, berkata benar dan mengajak manusia  kepada amal maaruf dan mencegah kemungkaran. Sedangkan lidah yang buruk adalah lidah yang digunakan untuk mendatangkan dosa kepada Allah SWT.

Abu Sufyan bin 'Abdullah al-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah". Mulut dan lidah itu menjadi begitu merbahaya apabila disalahgunakan.

Penggunaannya yang betul akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan di dunia dan hari akhirat.

Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan Nabi SAW bersabda maksudnya : "Setiap pagi segala anggota manusia berpesan kepada lidah: 'Engkau hendaklah selalu menjalankan perananmu dengan betul, mengikut perintah Allah. Jika engkau betul, maka betullah kami. Jika engkau bengkok, maka turut bengkoklah kami".

Lidah adalah anggota manusia yang akan memandu anggota-anggota lain bila lidah lurus dan benar maka anggota-anggota lain akan mengikut perjalanan lidah.

Dari hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W. ditanya tentang (amalan) yang paling banyak memasukkan orang ke dalam syurga. Baginda menjawab, 'Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik (husnul khuluq).' Baginda ditanya tentang hal yang banyak memasukkan orang ke neraka. Baginda menjawab, 'Mulut dan kemaluan'." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Oleh itu jagalah lidah kita bila hendak berkata berfikirlah dahulu sebab pepatah ada mengatakan, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

2. Terlalu banyak bertanya.

Salah satu sifat Bani Israel yang dibenci oleh Allah SWT adalah terlalu banyak bertanya iaitu mempersoalkan arahan Allah SWT. Bertanya kerana tidak mengetahu sesuatu perkara digalakkan kerana dengan bertanya akan mendatangkan kefahaman tentang sesuatu masaalah agama.

Tetapi yang dimaksudkan bertanya yang dibenci oleh Allah SWT adalah mempertikaikan sesuatu arahan agama, banyak alasan-alasan yang diberikan sedangkan arahan yang diberikan tidak pula di amalkan.

Contoh soalan yang dikemukakan seperti : Kenapa babi itu diharamkan? Kenapa wanita wajib menutup aurat? Kenapa lelaki boleh berpoligami sehingga 4 orang? Kenapa pembahagiaan harta pusaka anak lelaki mendapat dua bahagian sedangkan anak perempuan mendapat satu bahagian.? Kenapa orang lain kaya-raya sedangkan aku miskin? Kenapa aku mendapat penyakit sedangkan orang lain sihat wal afiat?

Orang mukmin tidak akan mempersoalkan semua arahan Allah SWT kerana setiap arahan itu mengandungi kebaikan. Dia akan berkata, "Kami dengar dan kami patuh", sedangkan orang fasik dan munafik akan banyak tanya dan mempersoalkan perintah-perintah Allah SWT.

3. Membuangkan harta tidak pada tempatnya.

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israak ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah S.A.W.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Pendek kata, umat Islam mesti hayati dan amalkan sifat terpuji suka bersyukur kerana mendapat apa jua nikmat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit . Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredaan Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati hadis di atas .Jauhilah dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka.

Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah SWT membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam.

Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan. Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu. Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa.

Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain. Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga.

Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan. Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.

Laksanakan Empat Perkara Paling Sukar Untuk Mencari Keredaan Allah

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Ali bin Abi Talib k.wj berkata : "Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat perkara iaitu:

Pertama : Memberi maaf pada waktu marah.

Kedua : Suka memberi pada waktu susah.

Ketiga : Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

Keempat : Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau
kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya."

Huraiannya :

Pertama : Memberi maaf pada waktu marah.

Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengawal perasaan marah dan senantiasa menjadi pemaaf.

Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memilikmi sifat tercela.. Sesiapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah sebenarnya ia sedang dikuasi oleh hawa nafsu. Banyak keadaan marah boleh mendatangkan perkara buruk. Apabila seseorang itu marah, ia dibantu oleh syaitan. Syaitan adalah musuh utama manusia yang berjanji kepada Allah untuk menggoda dan memesongkan anak cucu Adam.

Fiirman Allah SWT  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh” (Surah Al-A'raaf ayat 199)

 Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi SAW. lagi yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredaan Allah Taala." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kedua : Suka memberi pada waktu susah

Sifat suka bersedekah dan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan adalah satu sikap yang mulia. Terutama apabila pertolongan yang diberikan ketika itu kita juga sedang berada di dalam kesusahan.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : “Satu dirham mengatasi seribu dirham.”

Para sahabat bertanya, “Bagaimana berlaku demikian, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW. menjawab, “Seorang lelaki ada dua dirham, lalu disedekahkannya satu dirham yang paling baik. Seorang kaya mengeluarkan dari hartanya yang banyak dan disedekahkan seribu dirham. Maka satu dirham itu lebih baik.”

Nilai sedekah ketika susah lebih bernilai disisi Allah SWT daripada sedekah orang kaya yang diberikan tidak mendatangkan apa-apa kesusahan kepadanya.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).

Ketiga : Menjauhi yang haram pada waktu sunyi

Biasanya sesaorang manusia suka melakukan maksiat ketika bersunyian, ketika itu tidak ada siapa  yang melihatnya . Baginya akan terselamat daripada penglihatan manusia lain.

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku kepada orang mukmin iaitu dia merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat perbuatan dan amalannya sehingga segala hasad dengki yang tersimpan  di hatinya juga dapat diketahui oleh Allah SWT.

Perasaan takut, malu dan gementar untuk berhadapan di Mahkamah Allah SWT nanti membuatkan hati dan jiwanya sentiasa muraqabah terhadap-Nya.Ingatlah ketika di sini nanti lidah akan dikunci, giliran anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta alam yang ada disekitarnya, hari dan masa semuanya  akan mengaku perbuatan itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!

Di tambah pula akan di tayangkan 'video clip' semua perbuatannya semasa di dunia.Ia tidak boleh berbohong dan berdalih. Semua ini akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya.

Orang yang muraqabah , bertakwa dan muhsin akan  tenang walau pun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tohmahan dan seumpamanya. Dia merasa bimbang sekiranya kehilangan reda dan pertolongan dari Allah SWT

Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati seseorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.

Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiah  dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9). Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).

Keempat : Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Diriwayatkan oleh Jabir, Nabi SAW menyebut yang maksudnya: “Tiada sedekah yang lebih dicintai Allah daripada bercakap benar.” (Hadis riwayat Baihaqi) 

Sampaikanlah kebenaran walaupun pahit di dengar kepada orang yang kita mengharapkan sesuatu daripadanya. Contoh kepada ibu bapa  sendiri atau majikan kita. Jika di dapati sesuatu yang tidak betul maka tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya. Cara nasihat atau teguran biarlah cara hikmah dan bijaksana. Terpulanglah kepada mereka untuk menerimanya.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita hayati empat perkara yang paling sukar tetapi wajib kita laksanakan semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita sentiasa dipermudahkan-Nya untuk membuat kebaikan dan kebajikan. Tidak ada sesuatu yang akan menjadi mudah apabila dipermudahkan oleh Allah SWT, begitu juga tidak ada sesuatu yang sukar melainkan dihalang dan di sukarkan oleh Allah SWT .




Tuesday, September 27, 2011

Apakah Benar Dalam Masyarakat Majmuk Hukum Hudud Tidak Sesuai di Laksanakan?

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masyarakat kita setiap hari di sogokkan dengan bermacam-macam kekeliruan mengenai hukum-hukum Islam. Hinggakan umat Islam sendiri terpengaruh dan tidak meyakini akan kemuliaan dan kebaikannya, sedangkan sebagai seorang muslim dia wajib mendaulatkan dan melaksanakan undang-undang Allah SWT di muka bumi ini.

Jika bukan Islam mempertikaikan kebaikan dan hikmah yang terkandung di dalam undang-undang Allah SWT kita tidak merasa hairan kerana mereka bukan orang beriman dan tidak pernah diajar untuk mempercayainya. Tetapi kita akan merasai hairan dan bimbang jika orang yang memberi kenyataan dan cuba menafikan kebenaran dan kemuliaan undang-undang Allah SWT adalah terdiri dikalangan umat Islam sendiri.

Kita sering mendengar akhbar arus perdana cuba membawa pandangan negatif dan menganggap hukum-hukum Islam seperti hukum hudud, qisas , diat dan takzir tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara Malaysia di sebabkan Malaysia adalah masyarakat majmuk , malah mendapat sokongan oleh para pemimpin  umat Islam sendiri dengan alasan bahawa masyarakat di sini terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Apakah dakwaan itu benar dan dapat diterima?

Mengikut serah Rasulullah SAW , semasa baginda Nabi SAW menegakkan Daulah Islamiah Madinah dan merealisasikan hukum-hukum Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran, ketika itu masyarakat di Madinah adalah terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama. Di Madinah ketika itu adalah terdiri daripada bangsa Yahudi, kabilah Arab daripada Muhajirin dan Ansar, bangsa Habsyah, bangsa Romawi dan Parsi. Bangsa Yahudi yang menguasai ekonomi di Madinah terpaksa akur dan bersetuju memateri perjanjian dengan Kerajaan Islam Madinah dibawah pimpinan Rasulullah SAW. Walaupun selepas itu puak Yahudi ini melanggar perjanjian dengan Rasulullah SAW hinggakan mereka dihalau keluar daripada kota Madinah.

Islam masih meghormati agama Yahudi dan Nasrani dan membenarkan mereka mengamalkan ajaran agama mereka . Sehingga Rasulullah SAW pernah menjatuhkan hukuman zina kepada orang Yahudi  berdasarkan ajaran kitab Taurat yang mereka amalkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika di kaji secara teliti mengikut sejarah melayu Melaka, bahawa ajaran Islam dan perlaksanaan hukum hudud pernah dijalankan di Tanah Melayu semasa pemerentahan Kesultanan Melayu Melaka. 

Hukum / Undang-undang Islam telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini.

Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslamkan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan takzir.

Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin  bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut.

 “Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil makruf wa nahi munkar”

Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British, mengandungi 44 fasal dan Undang-undang Melaka yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang , mengandungi 44 fasal, setelah diteliti dan dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Walaupun tidak dinafikan bahawa di dalamnya terdapat juga unsur-unsur Undang-undang Adat Melayu, namun demikian ianya tidaklah menjejaskan sifat keIslamannya. Peruntukan-peruntukan undang-undang yang terdapat di dalamnya adalah menyeluruh dan luas, ianya mencakupi keseluruhan undang-undang Islam.

Pada mulanya undang-undang adat telah diikuti, akan tetapi apabila orang Melayu mula menganuti agama Islam, maka undang-undang Islam telah diterima dan adat Melayu mula diubah-suaikan supaya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Sahabat yang dihormati,
Kenapa kita mencari alasan untuk tidak mendaulatkah hukum hudud, qisas, diat dan takzir dengan dakwaan masyarakat majmuk? Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan merasai merdeka kenapa setelah 54 tahun negara mencapai kemerdekaan tidak ada satu pun undang-undang Islam yang melibatkan hudud, qisas dan diat dilaksanakan? 

Jika ada pihak lain cuba memberi penerangan kebaikan hukum hudud maka ada pihak lain yang mempersenda-sendakannya. Dan mendatangkan ketakutan kepada agama lain supaya takut kepada peraturan dan undang-undang Islam.

Kita akui dan memahami bahawa keadaan semasa bahawa perlaksanaan hukum-hukum Islam (hudud, qisas, diat dan takzir) perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan kesedaran perlu diberikan kepada umat Islam dan rakyat seluruhnya sebelum ianya dilaksanakan. Tetapi kita dapati pihak pemerentah tidak lagsung membuka peluang untuk memberi penjelasan kepada rakyat bahawa kebaikan undang-undang Islam dan perlu dipinda perlembagaan Persekutuan supaya memberi ruang yang lebih luas kepada perlaksanaan undang-undang Islam. Undang-undang Islam bukan hanya terdiri darisegi ibadah , munakahat dan faraid sahaja tetapi ianya adalah meragkumi hukum jenayah dan perbuatan sumbang dan dosa besar yang di kenakan dengan hukum hudud.

Hukum hudud bukanlah satu hukuman yang mudah dilaksanakan sekiranya tanpa mempunyai bukti yang kukuh untuk disabitkan satu-satu kesalahan. Jika tidak cukup bukti yang disyaratkan maka tuduhan terhadap zina, mencuri , minum arak dan lain-lain lagi akan ditolak oleh makhamah Syariah maka orang yang dituduh akan bebas daripada tuduhan. Dengan ini memberi hak kepada orang yang dituduh bebas daripada tuduhan tersebut. Malahan orang yang membuat tuduhan pula jika tidak mempunyai bukti yang kukuh akan didakwa. Ini akan memberi pengajaran kepada orang yang membuat tuduhan dan pembuat fitnah supaya berhati-hati sebelum ingin membuat sesuatu tuduhan. Keadilan ini tidak wujud di dalam undang-undang sekarang, pembuat tuduhan dan fitnah bebas melakukan jenayah fitnah dengan membuat vedio lucah, mengadakan sidang akhbar, dipuji dan mendapat ramai sokongan inilah kesan daripada menafikan keadilan dan undang-undang Allah SWT.

Setakat dakwaan bahawa kita belum mampu melaksanakan hukum hudud sekarang dan persekitaran masih belum sesuai tetapi usha-usaha positif kearah itu tidak diusahakan dan kerja-kerja dakwah dan tarbiah disekat d masjid-masjid, pemberian tauliah agama dikontrol oleh orang politik maka sampai bila pun umat Islam dan rakyat seluruhnya tidak akan dapat memahami bahawa keperluan dan keyakinan kepada undang-undang ciptaan Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran nul karim dan hadis Rasulullah SAW.

Setiap pemimpin umat Islam yang berkuasa dan berpengaruh di dalam masyarakat perlu ingat bahawa mereka semuanya akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti adakah mereka telah berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Allah SWT dimuka bumi ini. Apakah usaha, tindakan dan keinginan yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam sepenuhnya? bukan dakwaan kosong dan berpotifkan politik semata-mata.

Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat kenyataan bahawa agama resmi Malaysia adalah agama Islam :

"Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama."

Mengikut tafsiran sebenarnya apabila "Perkara 3 Perlembagaan bahawa agama Islam ialah agama resmi bagi Persekutuan.." sepatutnya perlu kembali kepada takrif Islam yang sebenarnya iaitu Islam adalah agama suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui kitab suci al-Quran nul karim dan melalui sunnah Nabi-Nya. Islam punya dua makna. Pertama, nash (teks) wahyu yang menjelaskan din (agama) Allah. Kedua, Islam merujuk pada amal manusia, yaitu keimanan dan ketundukan manusia kepada nash (teks) wahyu yang berisi ajaran din (agama) Allah.

Jika sudah jelas bahawa agama resmi Persekutuan Islam kenapa darisegi perlaksanaannya terpaksa ambi tafsiran daripada Suruhanjaya Reid?
Apakah dia Suruhanjaya reid? 

"Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri."

Jelas disini bahawa Suruhanjaya reid adalah suruhanjaya peninggalan Britisah dan ianya boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia yang beragama Islam untuk sesuaikan semula Perlembagaan Persekutuan dengan undang-undang Allah SWT samaada hukum qisas, hudud dan diat. Hukum Qanun Melaka adalah undang-undang yang paling hampir dengan undang-undang Islam sebenarnya maka jika kita tinggalkan undang-undang sekarang bukanlah satu yang asing kerana undang-undang Islam sendiri pernah dilaksanakan di Tanah Melayu dahulu. Yang asing bagi kita adalah kita pertahankan undang-undang Britisah yang pernah menjajah negara kita dahulu sedangkan kita telah merdeka 54 tahun yang lalu. Apa erti merdeka jika kita masih dikongkong dengan peraturan orang asing sedangkan kita adalah umat Islam dan menjadi hamba Allah SWT yang beriman dengan al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri, sejauhmana kita telah berusaha mencari rahmat dan keredaan Allah SWT dalam kehidupan kita sehari-hari. Jika kita berazam untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT dan berusha semaksima mungkin ketika di dunia ini maka ini adalah jihad yang paling besar. Walaupun kita memahami undang-undang Islam atau hukum hudud bukan boleh ditegakkan dalam masa sehari atau seminggu kerana undang-undang ini telah lama ditinggalkan, tetapi niat yang ikhlas, usaha berterusan dan cita-cita yang tinggi dan mencari mana-mana ruang yang boleh kita tegakkan undang-undang Islam bermula yang mudah-mudah dulu maka lama ke undang-undang ini akan diterima oleh rakyat dan orang bukan Islam juga boleh menerimanya kerana undang-undang Islam tidak pernah menzalimi manusia samaada umat Islam atau agama yang lain.

Kerja-kerja dakwah dan tazkirah perlu berterusan dan beri kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat seluruhnya akan keadilan ISLAM, kebenarannya, keindahannya maka saya yakin masyarakat kita semuanya samaada umat Islam atau bukan Islam akan menerimanya dengan hati terbuka. Saya menyeru kepada setiap ahli Parlimen yang beragama Islam perlu bersatu dalam perkara untuk menegakkan undang-undang Islam kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Dan pujuk rakan-rakan agama lain supaya memahami hasrat kita untuk tegakkan undang-undang Islam kepada kehidupan kerana satu-satunya agama yang di redai Allah SWT adalah Islam.

Firman Alah SWT maksudnya : 

"Sesunggunya agama disisi Allah Adalah Islam".
(Surah Ali Imran ayat 19)

"Jadi siapa yang menginginkan selain Islam berarti dia memilih kebathilan dan dalam keadaan merugi.(Surah Ali Imran ayat 82)

"Islam adalah Agama yang sempurna "(Surah Al Maidah ayat 3)


Monday, September 26, 2011

Kenapa Umat Islam Menolak Hukum Hudud?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hari ini akhbar arus perdana sibuk membicarakan hukum hudud. Ada yang mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam negara perlu lihat persekitarannya terlebih dahulu. Ada yang berkata, "Pendirian saya tetap sama yang hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini (Malaysia) kerana masyarakat majmuk berbilang kaum dan banyak pihak yang masih kurang jelas dengan perkara ini."

Sebagai seorang muslim, seseorang itu perlu berhati-hati dalam ucapan dan kata-katanya kerana jika tersilap kata boleh menyebabkan rosak akidah dan keimanannya kepada Allah SWT dan rukun Iman yang enam. Salah satu daripada rukun iman adalah percaya kepada Kitab (Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran).

Percaya dan beriman kepada kitab (al-Quran) bukanlah setakat dakwaan bahawa al-Quran itu kitab yang mulia dan diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril, tetapi apabila kita beriman dan percaya kepada al-Quran adalah kita yakin sebenar-benarnya tanpa keraguan apa yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran nul karim. Di dalam al-Quran jelas terdapat hukum-hukum Allah SWT iaitu hukum hudud, qisas dan diyat dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia samaada muamalah, munakahat, politik, ekonomi, akidah, ibadah, sains , sejarah dan sebagainya.

Penafian terhadap sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sudah cukup untuk mengeluarkan seseorang daripada keimanan. Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَكْفُ۱ُونَ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ وَ۱ُŰłُلِهِ وَيُ۱ِÙŠŰŻُونَ ŰŁَنْ يُفَ۱ِّقُÙˆŰ§ Űšَيْنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَ۱ُŰłُلِهِ وَيَقُولُونَ
ŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ. نُŰ€ْمِنُ ŰšِŰšَŰčْ۶ٍ وَنَكْفُ۱ُ ŰšِŰšَŰčْ۶ٍ وَيُ۱ِÙŠŰŻُونَ ŰŁَنْ يَŰȘَّŰźِŰ°ُÙˆŰ§ Űšَيْنَ Ű°َلِكَ ŰłَŰšِيلًۧ
Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُونَ Ű­َقًّۧ وَŰŁَŰčْŰȘَŰŻْنَۧ لِلْكَŰ§Ùِ۱ِينَ ŰčَŰ°ًَۧۚۧ مُهِينًۧ

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.”  (Surah al-Nisa’ ayat 150-151)

Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman:

ŰŁَفَŰȘُŰ€ْمِنُونَ ŰšِŰšَŰčْ۶ِ Ű§Ù„ْكِŰȘَِۧۚ وَŰȘَكْفُ۱ُونَ ŰšِŰšَŰčْ۶ٍ فَمَۧ ŰŹَŰČَۧۥُ مَنْ يَفْŰčَلُ Ű°َلِكَ مِنْكُمْ Ű„ِلَّۧ
ŰźِŰČْيٌ فِي Ű§Ù„ْŰ­َيَۧ۩ِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَيَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ يُ۱َŰŻُّونَ Ű„ِلَى ŰŁَŰŽَŰŻِّ Ű§Ù„ْŰčَŰ°َِۧۚ وَمَۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ
ŰšِŰșَŰ§Ùِلٍ Űčَمَّۧ ŰȘَŰčْمَلُونَ

“Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 85).

Walaupun ayat ini menceritakan tentang orang Yahudi yang tidak beriman sepenuhnya terhadap kitab Taurat, tetapi ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang mengambil sebahagian daripada al-Quran dan menafikan sebahagian daripada isi kandungan al-Quran.

Ibnu Abbas menyatakan:

. وَمَنْ ŰŁَقَ۱َّ Űšَهَ وَلَمْ يَŰ­ْكُمْ، فَهُوَ ŰžَŰ§Ù„ِمٌ فَۧ۳ِقٌ . مَنْ ŰŹَŰ­َŰŻَ مَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ فَقَŰŻْ كَفَ۱َ

“Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik”.

Firman Allah subhanahu wa taala:

يَŰčْمَلُونَ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ كَŰ°َّŰšُÙˆŰ§ ŰšِŰąَيَۧŰȘِنَۧ وَلِقَۧۥِ Ű§Ù„ْŰąَŰźِ۱َŰ©ِ Ű­َŰšِŰ·َŰȘْ ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„ُهُمْ هَلْ يُŰŹْŰČَوْنَ Ű„ِلَّۧ مَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan  akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain daripada apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah  al-A’raf ayat 147)

Betapa besarnya ancaman tersebut, maka siapakah lagi yang masih berani untuk menafikan hukum hudud dan hukum hakam yang terdapat di dalam al-Quran.?

Sahabat yang dimuliakan,
Persoalan besar yang dihadapi umat Islam hari ini adalah "KRISIS AKIDAH". Akidah umat Islam terlalu rapuh dan mudah dirosakkan oleh isu-isu semasa yang tidak sepatutnya berlaku. Seseorang boleh tercabut akidahnya kerana hendak mengambil hati orang-orang bukan Islam, untuk memuaskah hati manusia dan mencari keredaan manusia walaupun terpaksa menolak keredaan Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu reda terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Hadis riwayat Tabrani)

Huraian Hadis

1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.

2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk dan percakapan manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan dan percakapan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya apabila mereka menolak hukum hudud dan mengatakan ketingalan zaman akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.

3. Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredaan manusia. (orang kafir akan seronok kerana jaminan kita menolak hukum Allah SWT dan akan bersama-sama mereka mempertahankan peraturan ciptaan manusia)

4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.

5. Keredaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.

6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia , pengaruh, kuasa dan pangkat kedudukan maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasul-Nya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.

Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasul-Nya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman"

7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.

Pengajaran hadis :

1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.

2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.

Kesimpulannya seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjaga akidah kita supaya tidak rosak binasa dan jaga iman kita supaya tidak tercabut daripada hati kita, kerana ini adalah perkara yang paling berharga di dunia dan akhirat. Apabila seseorang mati dalam keadaan rosak akidahnya, tercabut imannya maka dia adalah serugi-rugi manusia kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepada-Nya. Amat malang seseorang yang hidup di dunia ini , memburu pengaruh, pangkat dan kuasa tetapi terpaksa mengadai akidahnya, bukan setakat dia rosakkan dirinya sendiri tetapi dia merosakkan akidah orang lain. Insaf dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan di hari akhirat. Jangan menyesal apabila nyawa sudah sampai kekerongkong ketika itu baru menyesal kerana sepanjang hidup di dunia melawan dan menentang Allah SWT, mempertikaikan hukum-hukum-Nya dan sentiasa mencari keredaan manusia. Sebelum terlambat kembalilah kepangal jalan kerana jalan taubat masih terbentang luas dan Allah SWT sentiasa menanti taubat hamba-hamba-Nya semasa hidup di dunia ini.

Sunday, September 25, 2011

Apakah Amalan Terbaik Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap yang hidup anak mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?


Seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 


Amalan anak-anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah :

1. Mendoakan untuk kedua ibu bapanya setiap lepas solat

2. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

3. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

4. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.

Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

5. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

6. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

7. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin