Saturday, December 11, 2010

Qudwah Hasanah dan Berlemah Lembut Akhlak Seorang Mukmin

 Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap harta benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

Setiap sesuatu yang hendak dibina mestilah ada asasnya.Maka asas kepada pembentukan adab dan kelakuan seorang Muslim ialah empat buah hadis nabi sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Qairawani, seorang Ulama' besar dalam mazhab Maliki.

1.Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.”

Asas pertama ialah kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan kita sebagai Muslim. perkara yang tiada kena mengena dengan kita ialah segala perkara yang haram dan makruh di sisi agama.Manakala segala perkara yang berkaitan dengan kita ialah perkara yang menjadi suruhan Allah baik berupa perkara wajib mahupun sunat.

Adapun perkara harus itu hendaklah kita berhati-hati dengannya kerana boleh jadi ia berkaitan dengan kita dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan kita. Umpamanya, hiburan nyanyian itu harus hukumnya di sisi Islam tetapi ia boleh membawa makruh dan haram sekiranya tidak penuhi syarat-syaratnya.Malah, ulama' berpendapat bahawa orang yang sudah terbiasa dengan nyanyian itu tidaklah boleh diterima penyaksiannya di mahkamah syari'ah.

Maka kesimpulannya, Al Qur'an dan As Sunnah lah yang menjadi kayu ukur sama ada sesuatu itu ada kena mengena dengan kita atau tidak.

2.Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a  kepada Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri."

Asas kedua yang hendak dibincangkan ialah berkenaan cara berkasih sayang dan bercinta sesama manusia dalam Islam. Hadis di atas menekankan bahawa tanda kesempurnaan iman seseorang Muslim itu ialah dia menyayangi sesuatu yang ada pada saudaranya sebagaimana ia menyayangi sesuatu yang ada pada dirinya sendiri. Sebagai contohnya, sekiranya kita sayangkan kesihatan diri kita, jaga diri kita supaya sentiasa sihat, maka begitu juga kita hendaklah merasakan bahawa saudara seislam dengan kita pun patut menjaga kesihatan. Begitu juga kalau kita sayang anak kita dan mahu mereka berjaya di dunia dan akhirat, samalah dengan saudara seIslam dengan kita.

Namun begitu, cinta dan sayang kita kepada apa yang ada pada diri kita ataupun yang ada pada saudara kita haruslah tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasul-Nya kerana ia boleh membawa murtad sekiranya kita ucap atau iktiqad begitu.

3. Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... ."

Asas yang ketiga ialah bercakap dengan perkataan yang baik ataupun diam sahaja.
Seorang Muslim sejati hendaklah sentiasa menjaga kata-katanya agar tidak terkeluar daripada batas-batas syari'at. Ini kerana kata-kata yang terkeluar daripada batas syara' boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kemurkaan Allah dan lebih teruk lagi, boleh menyebabkan aqidah tergadai!!! Itu yang melibatkan dosa besar, sedangkan dosa kecil yang melibatkan perkataan pun Nabi larang.

4. Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi s.a.w. : "Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi s.a.w : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah s.a.w.mengatakan : " Jangan marah ! "

Asas yang keempat ialah menahan diri daripada perasaan marah. Suka marah adalah salah satu sifat mazmumah(terkeji). Ia merupakan ajaran syaitan kerana marah itu sifatnya panas dan panas itu sifat api. Maka cara untuk memadamkan api ialah dengan air. Apabila seseorang itu terasa ingin marah, maka nabi mengajar kita agar berwudhu' supaya hati yang ingin atau sedang marah disejukkan oleh air wudhu'. Marah tidak mendatangkan manfaat kepada kita bahkan ia membawa kepada permusuhan dan dendam kesumat. Jadi, seorang muslim sejati hendaklah mengawal emosinya agar tidak mudah marah dan menggantikannya dengan sifat sabar, salah satu sifat mahmudah(terpuji).

Adapun marah kerana agama, maka ia adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat.Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Hendaklah kita membezakan antara marah kerana emosi dengan marah kerana mendidik.

 Firman Allah s.w.t.
وَمِمَّۧ ۱َŰČَقْنَŰ§Ù‡ُمْ يُنْفِقُونَ

Yang bermaksud: "Dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka."
(Surah Al-Anfaal, Ayat: 3).

Firman Allah s.w.t.
وَمَۧ ŰȘُنْفِقُÙˆŰ§ مِنْ Űźَيْ۱ٍ فَلِŰŁَنْفُŰłِكُمْ وَمَۧ ŰȘُنْفِقُونَ Ű„ِلَّۧ ْۧۚŰȘِŰșَۧۥَ وَŰŹْهِ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَمَۧ ŰȘُنْفِقُÙˆŰ§ مِنْ Űźَيْ۱ٍ يُوَفَّ Ű„ِلَيْكُمْ وَŰŁَنْŰȘُمْ لَۧ ŰȘُŰžْلَمُونَ

Yang bermaksud: "Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurang."
(Surah Al-Baqarah ayat  272).

Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pengajaran dari pesanan Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dia Malaikat lalu salah satu darinya berdoa: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada si hamba yang menafkahkan hartanya". Manakala Malaikat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini".

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada kita qudwah hasanah (suri tauladan yang baik) adalah untuk menjadi ikutan kita. Qudwah hasanah adalah satu bentuk dakwah yang paling berkesan sekali untuk kita mengajak orang lain kepada kebenaran Islam. Betapa ramai orang kafir dizaman Nabi s.a.w telah memeluk agama Islam disebabkan mereka melihat contoh dan akhlak yang baik ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang Muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik, bagi orang yang percaya kepada Allah dan Hari Kemudian dan menyebut, Allah (sebutan) yang banyak.” (Surah al Ahzab ayat 21)

Dalam hadis yang panjang, hadis ke dua dalam matan Al Arbain Imam Nawawi ada membincangkan tentang Ihsan. Rasulullah s.a.w.telah memberikan makna Ihsan sebagai “Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Allah, kiranya engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah tetap melihat kamu.”  

Rasulullah s.a.w.adalah qudwah yang baik bagi manusia. Dalam hubungan dengan pembinaan akhlak insan, kita kena faham bahawa akhlak Rasulullah adalah hasil didikan terus dari Allah s.w.t. Rasulullah merealisasikan akhlak yang terkandung dalam ajaran al Qur'an (khuluqul Qur'an) atau menzahirkan akhlak al Qur'an. Sekiranya ingin melihat manusia yang sedar kepada konsep ihsan dan melaksanakan dalam kehidupan sehariannya maka lihatlah apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam amalan kehidupannya (sunnah).

Bagaimana konsep ihsan ini dapat membentuk akhlak insan? Kesedaran ke atas konsep ihsan ini sewajarnya timbul dari dalam diri seseorang dan menjadikan seseorang itu merasakan dirinya sentiasa di perhatikan oleh Allah s.w.t.

Sejauhmana sampainya makna Maha Melihat dan Maha Mendengar itu ke dalam diri kita. Kalau sekadar ada pengetahuan dan faham akan konsep ihsan itu ia belum membawa apa-apa makna kepada diri kita. Ia sekadar tibanya maklumat dan pengetahuan kedalam benak otak kita tetapi konsep ihsan itu tidak merubah perangai atau tingkah laku kita. Selagi konsep ihsan itu tidak mampu merubah tingkahlaku zahir kita selagi itu kita belum ada ilmu tentang ihsan. Ilmu ditakrifkan sampainya makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Kalau makna sesuatu sampai ke dalam diri, maka ia akan dizahirkan sebagi perubahan tingkah laku. Oleh itu akhlak adalah bermaksud perlakuan atau perbuatan yang terhasil dari arahan ilmu.

Sebagai contoh mudah, ramai orang tahu bahawa solat itu wajib dilakukan lima kali setiap hari. Terdapat ramai orang yang tahu hal ini tetapi tidak melaksanakan perintah wajib itu. Mereka seperti ini sekadar ada maklumat dan pengetahuan tentang wajibnya solat itu tetapi tak sampai makna wajib solat itu kedalam dirinya. Ertinya orang ini tidak ada ilmu tentang solat. Pengetahuan solat yang dimiliki tidak menggerakkan ia untuk melaksanakan solat lima kali sehari semalam. Akhlaknya dizahirkan sebagai orang yang suka meninggalkan solat. 

Begitu juga ramai orang yang ada maklumat dan pengetahuan tentang puasa, zakat dan lain-lain kewajipan tetapi bila berkemampuan tidak melaksanakan kewajipan itu, ini ertinya tidak sampai makna kedalam dirinya tentang kewajipan itu. Dia tiada ilmu berkaitan dengan hal itu. Maklumat dan pengetahuan tidak merobah tingkah lakunya.

Seterusnya ramai orang tahu rasuah itu haram bagi yang menerima dan memberi tetapi manusia mencari kelemahan undang-undang agar mereka terlepas dari tangkapan maka orang yang seperti ini tidak ada ilmu tentang haramnya rasuah itu.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah kita memberi perhatian tentang konsep ihsan ini agar kita bukan sekadar ada maklumat, ada pengetahuan tentang sesuatu perkara tetapi juga kita ada ilmu tentang hal itu, kerana ilmulah yang dapat merubah tingkahlaku seseorang bagi membentuk akhlak yang mulia. Ilmu inilah yang mengangkat darjat manusia disisi Allah s.w.t.. Kalau sekadar maklumat dan pengetahuan ia belum boleh mengangkat darjat manusia disisi Allah s.w.t.. Contoh terbaik ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Hati Seorang Mukmin

Berkata Wahab bin Munabbih, bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah Ta’ala telah berfirman maksudnya : 'Sesungguhnya semua petala langit-Ku dan bumi-Ku menjadi sempit untuk merangkul-Ku, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh qalb (hati) hamba-Ku yang Mukmin'.” 
(Hadis Riwayat Ahmad)

Adab Makan dan Minum Mengikut Sunah Nabi SAW.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai pembawa rahmat (kebaikan) kepada sekalian alam. Nabi s.a.w banyak mengajarkan kita tentang cara hidup seharian yang bersendikan kepada 'aqidah dan ibadah', sejak kita mula bangun pagi, masuk tandas, makan dan minum, memakai pakaian, menaiki kenderaan, mula bekerja, pulang kerumah, berehat dan tidur.

Sukatan makan dan minum yang menjadi panduan hidup orang Mukmin adalah berdasarkan sabda Nabi SAW  yang maksudnya : "Adalah kami para Nabi, kami tidaklah hidup kenyang."

Nabi SAW  tidak makan sebelum baginda merasa lapar dan lebih dahulu berhenti sebelum sampai ke tahap kenyang atau merasa puas.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa adab-adab makan dan minum cara Nabi SAW  untuk menjadi panduan kita semua untuk mendapat keberkatan di sisi Allah s.w.t  dengan mengikut sunnah baginda.

Pertama : Membasuh tangan sebelum makan.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum makan) dan membasuh selepasnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Turmudzi).

Dari Sayyidah Aisyah r. 'anha bahawa Rasulullah SAW  apabila berjunub, maka baginda berwudhu' (seperti wudhu') untuk solat dan apabila baginda ingin makan baginda membasuh kedua tangannya (lebih dahulu).

Kedua : Membaca Bismillaah. (Bismillahirahmanirrahim)

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu."
Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)"
 (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : "Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga : Membaca doa makan.


 Sabda Nabi SAW, yang maksudnya :
"Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.
maksudnya : Ya Allah, berkahilah rezeki  yang Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa Neraka." (Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni)

Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW. bila hendak makan: 'Allahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu', 
maksudnya: "Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya."

Keempat : Makan dan minum dengan tangan kanan.
 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW  bersabda yang maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya."
 (Hadis Riwayat  Muslim).

Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupanya. Termasuk juga apabila kita mengambil lauk pauk di dalam majlis hendaklah menggunakan tangan kanan bukan  tangan kiri kerana adat melayu yang mengambil lauk tangan kiri (takut sudu kotor) adalah tidak ikut sunnah. 

Kelima : Makan makanan yang mengiringi (makanan yang terdekat)


Nabi SAW  bersabda maksudnya : "..dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau."
(Hadis Riwayat Bukhari).


Dalam hadis yang lain Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu menyebut nama Allah (dikala hendak makan) dan hendaklah setiap orang (mula) makan makanan yang mengiringinya." (Hadis Riwayat Bukhari)


Maksud makanan yang mengiringi adalah makanan yang terdekat kerana menjadi adab Islam mengutamkan makanan yang berdekatan daripada mengambil makanan yang berdekatan dengan rakannya. Selepas itu barulah ia mengambil makanan yang jauh sedikit daripadanya.


Keenam : Mula makan tepian bukan tengah.


Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pingan (bahagian tengah), akan tetapi hendaklah dia memakan makanan daripada dahagian di sebelah bawahnya (tepi yang berdekatan dengannya) kerana sungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (kebawah)" (Hadis Riwayat Abu Daud).


Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya keberkatan itu turun ke bahagian tengah makanan, maka kamu makanlah daripada bahagian yang di tepinya (yang mendekatimu) dan janganlah kamu makan daripada bahagian tengahnya (puncaknya)"


Ketujuh : Duduk semasa makan.


Makan dan minum secara berdiri adalah bukan daripada adab Islam kerana Nabi SAW menunjukkan contoh makan dan minum baginda secara duduk.


Pada satu ketika Nabi SAW  telah dihadiahkan sesekor kambing yang telah dimasak. Maka baginda turun makan secara berlutut. Tiba-tiba bertanya seorang Arab Desa kepada baginda. "Duduk apakah ini?". Maka baginda SAW  menjawab : "Sungguhnya Allah telah menjadikan saya seorang hamba yang pemurah, dan Dia (Allah) tidaklah menjadikan saya seorang yang tidak kenal belas kasihan lagi keras kepala (derhaka)."
(Hadis Riwayat Abu Daud).


Kelapan : Makan dengan tiga putung jari.


Kaab bin Malik memberitakan : "Adalah kebiasaan Rasulullah SAW  menjemput makanan dengan menggunakan tiga putung jari."
(Hadis Riwayat Muslim)


Menjemput makanan dengan kurang daripada tiga jari menunjukkan kesombongan, manakala  menjemput dengan lebih tiga putung jari pula menandakan buruk makan. Kerana bila makan roti, buah tamar atau kuih muih eloklah gunakan tiga putung jari. Tetapi jika makan nasi perlu menggunakan putung lima jari kerana bersesuaian dengan jenis makanan. Begitu juga makan bubur nasi , bubur kacang atau sop perlu menggunakan sudu pula.


Kesembilan : Tidak mencela atau mengaibkan makanan.


Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan bahawa : "Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang dihidang), jika baginda berselera baginda memakannya dan jika baginda tidak ingin baginda meninggalkannya."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Perkataan mengaibkan atau merendah-rendahkan makanan itu seperti seseorang sedang makan ia berkata, "Makanan ini tawar ebar, masam rebam, masin perat, pedas gila, mentah dan sebagainya. Terutama ketika berbuka puasa.


Tujuan kata-kata itu bermaksud mencela makanan tersebut termasuk menyindir orang yang memasaknya kurang prihatin tentang rasanya. Jika ingin menegur pun eloklah secara hikmah untuk kebaikan akan datang dan bukan diucapkan semasa menjamu selera kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain.


Nabi SAW  pernah dijamu sejenis biawak padang pasir (dhabb), dikala baginda ditanyakan : "Adalkah dia haram?". Baginda menjawab ; "Tidak! Cuma dia tidak (hidup) di bumi kaumku, maka tidaklah seleraku untuk memakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)


Juga sebagaimana terdapat dalam suatu kisah kaum ini (Quraisy) di kala ditanyakan Nabi SAW : "Adakah binatang ini haram?" Maka baginda menjawab : "Tidak! Akan tetapi saya tidak menyukainya disebabkan baunya." (Hadis Riwayat Muslim)


Kesepuluh : Bercakap semasa menjamu selera.

Semasa makan para ulama menggalakkan bercakap mengenai kebaikan makanan, percakapan-percakapan baik dan kisah-kisah orang soleh sekitar makanan dan selainnya.


Semasa makanan berada dimulutnya jangan bercakap kerana perbuatan tersebut adalah buruk bila makan bersama orang lain. Kerana ditakuti makanan terhambur ke muka orang lain. Jika boleh semasa mengunyah hendaklah tidak berbunyi.


Kesebelas : Makan suapan terjatuh.


Jaabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda maksudnya ; "Apabila suapan seseorang kamu terjatuh, maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharataan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir)"
(Hadis Riwayat Muslim)


Di galakkan memakan suapan (makanan) yang terjatuh, jika boleh dibasuh seberapa boleh dan makan semula. Jika makanan tersebut jatuh dan lantai tersebut agak kotor maka makanan tersebut diambil juga dan diberikan kepada haiwan dan jangan dibuangkan dan ditinggalkan kepada syaitan. Ini menunjukkan Islam cukup menbenci perbuatan menbazir dan tidak menghormati makanan. Nasi-nasi yang terjatuh di meja makan hendaklah dikutib dan dimakan semula kerana kita tidak tahu keberkatan  rezeki ada dibutiran mana nasi yang terjatuh.


Kedua belas : Tidak bernafas dalam bekas minum.


Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa, "Sungguh Nabi SAW  melarang bernafas dalam bekas minum atau menghembuskan kedalannya."
(Hadis Riwayat Turmudzi)


Ketiga belas : Tidak makan banyak.


Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Orang Mukmin makan menggunakan sebuah perut, sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut" (Hadis Riwayat Bukhari)


Hadis yang lain Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Tiadalah wadah yang diisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, dimana dia menyangka bahawa dengan beberapa suap makanan, maka punggungnya (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian juga, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan yang sepertiga lagi (kosongkan) untuk pernafasan (bernafas)." (Hadis Riwayat Turmudzi)


Keempat belas : Larangan makan sambil meniarap.


Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya ; "Bahawa Nabi SAW  melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Kelima belas : Jangan memerhatikan orang sedang makan.
Seseorang yang sedang makan bila diperhatikan akan menyebabkan tidak selesa.


Keenam belas : Menjempun para tetamu untuk makan : "Sila menjamu selera!" kepada para tetamu.


Rasulullah SAW bersabda : "Yang masih tinggal cuma saya dan engkau."
Abu Hurairah berkata ; " Benar tuan, wahai Rasulullah SAW"
Baginda berkata : "Sila duduk, sila minum!"
Maka saya duduk , lalu saya minum.
Maka baginda berkata lagi : "Minumlah!"
Lantas saya minum.


Ketujuh belasa : Sesudah makan menjilat pingan dan jari.


Sabda Nabi SAW  bermaksud : "Sungguh kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.'
(Hadis Riwayat Muslim)


Malah Rasulullah SAW  menyuruh umatnya agar menyapu makanan dalam pingan (untuk dimakan) .


"Perbuatan Nabi SAW  dimana baginda menjilat (dan menghisap) sisi-sisi makanan (serta memakannya) daripada tiga putung jari (yang menjemput makanan) sebelum lagi baginda menyapu jari-jarinya."
(Hadis Riwayat Musliam)

Kelapan belas : Larangan bangun meninggalkan makanan sehingga hidangan di angkat.


Sabda Nabi SAW  bermaksud : "Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan, dan janganlah dia menggerakkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan, dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu, kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan, dan barangkali dia masih perlu untuk makan."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Kesembilan belas : Memuji dan menyanjungi Allah.


Bila hidangan diangkatkan Nabi s.a.w memuji Allah SWT dengan doanya : 
"Segala puji bagi Allah, sebagai pujian yang banyak, bagus dan diberkati. Kami tidaklah merasa cukup dengan seorang selain Engkau, kami tidaklah meninggalkan nikmat Engkau, dan kami tidaklah terkaya daripada kurniaan Tuhan kami."


Kedua puluh : Membasuh kedua tangan selepas makan.


Hadis dari sumber Salmaan r.a. telah pun di sebutkan berbunyi : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh dua tangan sebelum dan sesudah makan."


Sahabat yang dikasihi.
Marilah sama-sama kita amalkan adab-adab makan dan minum yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk menjadi peduman kita semua untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah baginda.

Friday, December 10, 2010

Kisah Penciptaan Nabi Adam a.s.

Dari Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w.baginda bersabda : “Allah menciptakan Adam, tingginya 60 hasta”. Kemudian Allah berfirman maksudnya : “Pergilah, berilah salam kepada malaikat itu, dan dengarkan penghormatan keturunanmu”.

Adam berkata : “Assalamu’alaikum (Semoga kesejahteraan tetap atasmu)”.

Mereka menjawab : “Assalamu’alaika wa rahmatullah ( Semoga kesejahteraan dan Rahmat Allah atasmu) .

Mereka menambah wa rahmatullah (dan rahmat Allah).

Setiap orang yang masuk Syurga atas bentuk Adam. Penciptaan itu senantiasa berkurang hingga sekarang”.

(Hadis Riwayat Bukhari).


Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Ketika Allah menciptakan Adam dan telah meniupkan ruh padanya, Adam bersin, lalu ia mengucapkan : “Alham­dulillah (segala puji bagi Allah)”, ia memuji Allah dengan seizinNya.

Lalu Allah berfirman kepadanya : “Rahimakallah ya Adam (Hai Adam, semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu).

Pergilah kepada para malaikat itu yakni yang duduk-duduk dari mereka, dan ucapkanlah : “Assa­lamu’alaikum (semoga kesejahteraan tetap atasmu)”.

Mereka menjawab : “Wa’alaikas salam wa rahmatullah (semoga kesejateraan dan rahmat Allah atasmu)”.

Kemudian ia kembali kepada Tuhannya. Allah berfirman : “Inilah penghormatanmu dan penghormatan di kalangan anak cucumu”. Lalu Allah berfirman kepadanya dengan tergenggam kedua belah tanganNya: “Pilihlah mana yang kamu sukai ?”.

Adam menjawab saya memilih tangan kanan TuhanKu”. Dua tangan Tuhanku yang kanan adalah penuh berkah, kemudian dibentangkannya, tiba-tiba di sana ada Adam dan keturunannya.

Adam berkata : “Wahai Tuhanku, apakah itu”,

Allah berfirman : “Mereka adalah ketu­runanmu”.

Masing-masing dari mereka telah tercatat umurnya diantara dua matanya.

Tiba-tiba ada seorang laki-­laki yang paling bersinar atau termasuk orang yang bersinar dari mereka.

Adam berkata : “Wahai Tuhanku, siapakah ini?”.

Allah berfirman: “Ini adalah anakmu Dawud, telah Aku catat umurnya 40 tahun”.

Adam berkata : “Wahai Tuhanku, tambahlah umurnya”.

Allah berfirman : “Itulah yang telah Aku catat baginya”.

Adam berkata : “Wahai Tuhanku, aku memberikan 60 tahun dari umurku untuknya”.

Allah berfirman : “Kamu dan itu”. Kemudian Allah menempatkannya di Syurga selama yang dikehendaki Allah, kemudian diturunkan daripadanya dan Adam menghitung (umur) dirinya.

Beliau bersabda : “Malakul maut (malaikat penjabut ruh) datang kepadanya, lalu Adam berkata : “Kamu tergesa-gesa, saya telah dicatat berumur 1000 tahun”.

Malaikat maut menjawab : “Memang, tetapi kamu telah memberikan kepada anakmu Dawud 60 tahun”.

Lalu Adam menentang, maka keturunannyapun menentang. Adam lupa maka keturu­nannya pun lupa. Beliau bersabda : Sejak itu, diperintahkan untuk membuat catatan dan saksi-saksi”.

(Hadis Riwayat Turmudzi).
——————————————————————————–

Memohon Ampun Kepada Allah s.w.t.

Dari Anas bin Malik ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Allah berfirman maksudnya : “Wahai anak Adam ( manusia ), sesungguhnya selama kamu berdo’a dan mengaharap kepadaKu, Aku memberi keampunan kepadamu terhadap apa (dosa ) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampun kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adaml, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu niscaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi”. (Hadits Riwayat Turmudzi).

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya  : “Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hambaNya dari pada salah seorang di antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil. (Hadis Riwayat Muslim).

Melahirkan Peribadi Wanita Muslimah Sebagaimana Yang Dikehendaki Islam

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sangat perlu untuk membahas tajuk ini kerana beberapa alasan. Diantara alasan tersebut adalah apa yang kita saksikan dalam kehidupan sebagian wanita muslimah di zaman ini. Dalam beberapa hal seorang wanita Muslimah begitu serius, tapi dalam hal-hal yang lain sangat kurang dan jauh dari nilai-nilai agama.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan suatu fitnah sesudahku lebih merbahaya kepada kaum lelaki melainkan godaan wanita."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebagai contoh, kita boleh menyaksikan seorang wanita muslimah yang solehah, melaksanakan syiar-syiar Islam. Namun, tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan mulut dan dirinya. Tidak peduli dengan kesihatan dan aroma yang keluar dari mulut atau tubuhnya. Atau sebaliknya, begitu besar perhatiannya terhadap kesihatan dan kebersihan dirinya tapi melalaikan ibadah dan pelaksanaan syiar-syiar Islam.

Contoh lain, kita dapati ada seorang muslimah mencurahkan perhatiannya pada ibadah tapi tidak memiliki pandangan yang benar tentang Islam yang menyeluruh, ‘bagaimana Islam membicarakan tentang alam, kehidupan dan manusia.’

Ada yang suka belajar agama dan menghadiri majlis-majlis ilmu, tapi tidak menjaga lisannya dari ghibah (mengumpat) dan namimah (mengadu domba).

Ada yang hubungan peribadinya dengan Allah s.w.t.  baik, tapi tidak menjaga hubungan baik dengan tetangga dan rakan-rakannya.

Ada yang menjaga hubungannya dengan rakan-rakan dan tetangganya baik tapi tidak melaksanakan dengan baik hak-hak kedua ibu bapanya. Kurang mengambil perhatian dan tidak berbakti dan melaksanakan tanggungjawab kepada mereka. Hak-hak orang tua diabaikan.

Ada yang berbakti kepada kedua orang tuanya baik tetapi tidak memenuhi hak-hak suaminya. Apabila hadir dimajlis-majlis keraian. majlis perkahwinan dan pertemuan sesama para wanita bersek dan berhias diri dengan sempurna tetapi bila berada dirumahnya tidak berhias untuk suami.

Ada yang berbakti kepada suaminya tetapi tidak membantu suaminya untuk berbakti kepada masyarakat dan tidak membantu suaminya untuk berbuat kebajikan, bertaqwa dan beramal soleh.

Ada yang taat dan patuh kepada suaminya tetapi  kurang memperhatikan pembinaan dan pembentukan keperibadian anak-anaknya. Kurang membena perkembangan kejiwaaan dan akal mereka. Kurang memperhatikan suasana sekelilingnya yang akan memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan tarbiyyah anak-anaknya.

Ada yang memperhatikan itu semua tetapi  kurang menjalin ikatan silaturahimnya kepada kaum keluarga dan saudara-mara.

Ada yang silaturahim terhadap keluarganya baik, tapi hubungannya dengan lingkungan sekitarnya tidak baik. Sibuk dengan urusan peribadinya. Tidak peduli dengan persoalan kaum muslimin dan muslimat.

Ada yang memperhatikan persoalan peribadi dan umat Islam tetapi kurang memperhatikan pengembangan pengetahuannya. Tidak menambah pengetahuannya dengan belajar dan terus membaca.


Kalau kita merasa heran dari ini semua, keheranan kita akan bertambah ketika kita mengetahui bahawa itu semua muncul dari para wanita Muslimah yang memiliki tingkat kesadaran yang cukup baik terhadap agama ini. Dari para wanita Muslimah yang tumbuh dalam lingkungan Islam dan memiliki bekal pengetahuan agama yang tidak sedikit!

Ini disebabkan tidak prihatin dan tidak memandang Islam dengan pandangan yang jauh dan seimbang seperti yang telah diajarkan oleh Islam. Pandangan yang menyeluruh tentang manusia, kehidupan, dan alam sekelilingnya. Pandangan yang mendorong seseorang untuk melihat segala sesuatu dengan seimbang. Tidak megutamakan satu aspek dengan meninggalkan aspek yang lain.

Sahabat yang dimuliakan,
Orang yang memperhatikan dengan teliti ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis akan mendapati begitu banyaknya dalil yang menjelaskan perilaku yang seharusnya dimiliki wanita Muslimah dalam hubungannya dengan Tuhannya, pembentukan peribadinya dan hubungannya dengan orang lain. Urusan yang mengatur kehidupan yang mengatur segala sesuatu dari yang besar sampai yang kecil. Semua nash tersebut akan memberikan cara-cara kehidupan yang seimbang. Kehidupan yang menjamin kebahagiaan, kejayaan di dunia dan kehidupan di hari kemudian.

Semua ini yang telah digariskan oleh Islam dalam Al-Qur’an dan sunnah akan mengantarkan seorang wanita Muslimah mendapatkan kepribadiannya yang mulia. Kepribadian yang sejalan dengan fitrahnya. Sehingga melahirkan wanita Muslimah yang unggul, mulia dan istimewa dalam perasaan, pemikiran, perilaku dan hubungannya.

Mencapai tingkat tersebut sangatlah penting bagi kehidupan umat manusia secara umum kerana wanita memiliki pengaruh yang sangat besar bagi kehidupan generasi akan datang, melahirkan para pejuang, menanamkan nilai-nilai, menghiasi kehidupan dengan cinta, kasih sayang dan keindahan serta membangunkan  rumah tangga dengan rasa aman, tenang, tentram dan damai.

Sahabat yang dikasihi,
Wanita Muslimah adalah satu-satunya wanita yang sanggup menerangi dunia wanita yang telah tersesat jauh dengan kehidupan jahiliah dan hanya mengutamakan kecantikan dan kebendaan semata-mata. Wanita Muslimah berkemampuan untuk melahirkan peribadi-peribadi mulia dan meninggalkan kehidupan wanita morden hari ini yang telah menyempang jauh dengan ajaran Islam yang sebenar. Hal itu dengan mengenalkan dirinya, menghadapkan dirinya pada sumber permikiran yang murni untuk kembali kepada kepribadiannya yang mulia yaitu kepribadian yang telah dibentuk oleh Al-Qur’an dan As Sunnah.

Wahai wanita Islam yang sejati!
Apabila piala hatimu telah dipenuhi kecintaan dan kesetiaan yang mendalam kepada Allah, barulah mudah fizikal dan akal diarah untuk melakukan sebarang bentuk kebaktian. Sesungguhnya kebaktian yang utama dilakukan oleh wanita Islam yang sedar ialah membantu agama Allah supaya syariat Islam mewarnai seluruh hidup insan. Setiap saat seluruh tenaga akan digembeling untuk menyebarkan seruan keyakinan supaya setiap anggota masyarakat menepati tujuan manusia diciptakan.

Oleh itu berhati-hatilah didalam menjalani kehidupan ini, sentiasa berwaspada dan menjaga akhlak dan peribadimu. Jangan kecundang dengan tipu daya dunia dan terpengaruh dengan pujuk rayu anak Adam. Sekiranya kamu kekal dengan status wanita solehah insya Allah pasti kamu akan mendapat kebahagiaan di dunia dan mendapat kemuliaan di hari Akhirat.m
Mudah-mudahan Allah Subhaanahu Wata’aala memberikan taufiq dan hidayahnya padamu untuk istiqamah dalam agama yang telah dibawa Nabi Muhammad s.a.w.



Bertaqwa dan Akhalak Yang Baik Adalah Ciri-ciri Penghuni Syurga.

 Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., baginda bersabda maksudnya : "Syurga dan Neraka bertengkar di hadapan Tuhan. Syurga berkata : 'Wahai Tuhan, gerangan apakah yang masuk Syurga hanya orang-orang yang lemah dan orang-orang bawahan ?'

Neraka berkata : 'Saya diutamakan dengan orang-orang yang sombong'.

Allah Yang Maha Tinggi berfirman kepada Syurga: 'Kamu adalah rahmat Ku', dan berfirman kepada Neraka : 'Kamu adalah adzab Ku, denganmu Aku menimpakan orang yang Aku kehendaki, masing-masing dari kamu berdua sampai penuh'. 

Rasulullah bersabda maksudnya : “Adapun Syurga, maka sesungguhnya Allah tidak menzalimi makhluk-Nya seorangpun, dan sesungguhnya Allah menciptakan Neraka untuk orang yang dike­hendakiNya, kemudian mereka dilemparkan padanya (Neraka), maka Neraka berkata : “Masihkah ada tambahan ?” sampai tiga kali, sehingga Tuhan meletakkan kedua telapak kaki-Nya di Neraka, maka Neraka itu penuh dan seba­hagiannya ditolakkan kepada sebahagian yang lain”. Lalu Neraka berkata : “Sudah, sudah, sudah”. 
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik ra. dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda maksudnya : “Jahannam senantiasa menjadi tempat pelem­paran, lalu dia berkata : “Apakah masih ada tambahan ?”. Sehingga Tuhan Yang Maha Mulia meletakkan kedua telapak kaki-Nya, lalu sebahagiannya berkumpul dengan sebahagian yang lain dan Neraka berkata : “Sudah, sudah; demi Kemulian Mu dan Kehormatan Mu”. Di Syurga senantiasa ada tambahan, sehingga Allah menciptakan makhluk untuknya; lalu mereka ditempatkan oleh Allah sebagai tambahan penghuni Syurga. 
(Hadis Riwayat Muslim).

Firman Allah s.w.t.  dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Ku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh (di dalam Syurga), iaitu apa yang tak pernah dilihat mata, tak pernah didengar telinga, dan tak pernah terlintas dalam hati semua manusia”, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Bacalah jika kalian mau, ‘Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang’ (Surah As-Sajdah : 17)”.

Sahabat yang dimuliakan,
Sifat-sifat penghuni Syurga dan sifat-sifat penghuni Neraka boleh dilihat di dunia ini lagi. Walaupun seseorang itu tidak pasti sepenuhnya kemana arah kehidupannya nanti selepas kematiaan samaada ke Syurga atau ke Neraka tetapi ciri-cirinya telah dijelaskan dengan terang dan nyata oleh Allah s.w.t di dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Dari hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. ditanya tentang (amalan) yang paling banyak memasukkan orang ke dalam Syurga. Baginda menjawab, 'Taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik (husnul khuluq).' Baginda ditanya tentang hal yang banyak memasukkan orang ke Neraka. Baginda menjawab, 'Mulut dan kemaluan'."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dari hadis diatas telah jelas kepada kita bahawa orang yang bertaqwa (muttaqiin) dan akhlak yang baik adalah ciri utama yang boleh membawa jalan ke Syurga. Orang muttaqiin adalah mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t. Apakah sifat-sifat orang muttaqiin yang mempunyai kedudukan yang mulia disisi Allah s.w.t? 
Sifat-sifatnya adalah seperti berikut :

1. Merasa takut kepada Allah s.w.t dalam keadaan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan. Sentiasa berhati-hati didalam kehidupan ini, takut kalau-kalau ada perkataan atau perbuatannya yang menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t. Model kehidupannya adalah bersumberkan Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

2. Mempunyai perasaan malu kepada Allah s.w.t. dan pada makhluk untuk melakukan maksiat.

3. Jika ia terlanjur berbuat maksiat kerana lupa atau jahil, tubuhnya bergoncang, yang kegoncangannya itu boleh dirasakan benar oleh manisnya bertaqarrub kepada Allah, lantas mengucapkan 'Astaghfirullah...astaghfirullah'. akhirnya ia berdo'a , 'Hamba mohon ampun, hamba bertaubat kepada-Mu, wahai Dzat Yang Paling Penyayang. Hamba menyesal. Hamba berhasrat tidak kembali pada kemaksiatan lagi untuk kedua kalinya.'

4. Sentiasa jujur dalam perkataan, selalu ikhlas dalam amalannya. Jika hendak tidur, ia berzikir kepada Allah, sehingga nilai tidurnya mengharap redha Allah. Jika bangun, ia juga berzikir kepada-Nya sehingga bangunnya diselimuti oleh rahmat dan pertolongan Allah.

5. Para muttaqin adalah bersifat ihsan, kebaikan, cergas dan mempunyai perasaan belas kasihan. Ia tahu, mendengar dan sentiasa beramal dengan ketaatan dan aqidahnya sentiasa murni tidak syirik dan riak, hatinya sentiasa takut dan mencintai Allah.

6. Hatinya luhur, jiwanya murni dan kasih dan sayang sesama Mukmin dan tidak mementingkan dirinya sendiri. Sentiasa mencari redha Allah dan menjauhi kemurkaan Allah .

Sahabat,
Oleh itu marilah kita sentiasa meningati Allah s.w.t semasa seorang diri, bersama keluarga atau dengan orang lain. Yakinlah dengan janji-janji Allah bahawa Dia tidak akan sia-siakan amal soleh dan amal kebaikan yang kita lakukan kerana-Nya. Pepatah ada mengatakan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, jika terlanjur baliklah kepangkal jalan dengan bertaubat dan beristighfar"

Thursday, December 9, 2010

Kesenangan Hidup di Dunia Jangan Melupakan Kita Kehidupan di Hari Akhirat

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah jambatan untuk menuju hari akhirat. Hidup di dunia ini samaada miskin, kaya, berpangkat,  berpelajaran dan tiada kelulusan semuanya adalah ujian Allah s.w.t. Setiap seorang akan ditanya akan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Semakin besar pangkat seseorang atau semakin banyak hartanya di dunia maka semakin besar ordit dan pemereksaan keatasnya di hari akhirat nanti. Satu persatu akan dihitung darimana dia perolehi harta itu dan kemana pula ia membelanjakan. Para pemimpin pula tidak akan terlepas dari soalan adakah ia merasuah rakyat untuk memilihnya menjadi pemimpin dan setelah berjaya dilantik menjadi pemimpin adakah harta rakyat dipergunakan dengan seadil-adilnya?

Semual soalan-soalan ini perlu kita jawab dahulu di dunia ini sebelum ianya disoal, diordit dan disiasat di Mahkamah Allah s.w.t di hari akhirat nanti. Jika lulus alhamdulillah akan mendapat ganjaran besar dimasukkan ke dalam Syurga tetapi bila gagal maka penyesalan dan ketakutan akan menghantui dirinya dan ketika itu tidak berguna lagi penyesalan.

Sahabat yang dimulikan,
Sejarah telah membuktikan bahawa pengaruh harta benda dan perniagaan akan melanda sesiapa saja tidak kita samaada ia orang beriman atau tidak beriman jika tidak berhati-hati di dalam kehidupan ini. Hati dan jiwa tidak boleh terputus untuk beriman kepada Allah s.w.t dan sentiasa mengingati kematian dan hari akhirat.

Contoh Qarun asalnya seorang beriman dan miskin . Dia dilantik oleh Nabi Musa a.s. sebagai pembantunya menulis wahyu daripada Allah s.w.t. Dia diajar dengan ilmu oleh Nabi Musa untuk menukarkan barangan logam biasa menjadi emas. Dengan kekayaan ini Qarun telah gagal untuk membayar zakat dan menjadi penentang pula kepada Nabi Musa a.s. dan cuba memfitnah baginda. Akhirnya ia dibenamkan keperut bumi dengan gedung-gedung hartanya sekali kerana kekufurannya.

Contoh kedua seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Tsa'labah. Di zaman Rasulullah s.a.w seorang lelaki bernama Tsa’labah. Beliau adalah seorang yang miskin. Semasa beliau meskin beliau adalah seorang yang patuh dan sentiasa solat berjemaah bersama Rasulullah s.a.w. Tiap-tiap waktu, sebelum Bilal azan beliau sudah berada di mesjid ,dan mengambil saf pertama. Biasanya selepas sahaja salam lantas beliau terus balik kerumah di sebabkan beliau hanya ada sehelai kain sahaja untuk di gunakan isterinya untuk solat di rumah.

Tsa’labah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w kemiskinannya dengan sedih dan hiba dan meminta Rasulullah s.a.w mendoakannya, agar menjadi kaya, supaya dapat dengan tenang mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t. Mulanya Nabi s.a.w menasihatkannya agar jangan menjadi kaya takut beliau tidak dapat menguasai hartanya dan menguasai nafsunya. Oleh kerana berkali-kali di desak oleh Tsa’labah, Nabi s.a.w pun mendoakannya untuk menjadi kaya seperti yang di minta dan memberikannya sepasang kambing sebagai modal.

Dengan menerima kambing itu, di jaganya bersungguh-sungguh dengan takdir Allah, kambing yang di peliharanya menjadi dan berkembang biak. Oleh kerana kambingnya telah membiak dengan banyaknya Tsa’labah mengembala di luar Madinah. Dengan kesibukannya mulalah beliau tidak datang solat berjemaah bersama-sama Rasulullah s.a.w, hinggakan solat Jumaat pun beliau meninggalkannya. Tsa’labah sudah lupa daratan, lupa janjinya kepada Rasulullah s.a.w untuk terus istiqamah dengan Islam bila menjadi kaya raya.

Apabila arahan dari Nabi s.a.w untuk membayar zakat Tsa’labah berkata kepada wakil Nabi s.a.w katanya :
“Apa kata kamu? Aku mesti mengeluarkan zakat ternakanku? Dan hendak di berikan kepada orang miskin yang malas bekerja itu? Bagus betul cara kamu ni. Begitu susah dan sakitnya aku memelihara dan menggembala kambingku ini, di suruh pula memberikan sebahagiannya kepada pemalas-pemalas itu. Aku tidak akan mengeluarkannya walau setengah ekor pun”

Dengan keenganan beliau membayar zakat, Nabi s.a.w memutuskan tidak akan menerima zakat Tsa'labah samapi bila-bila. Dizaman Sayyidaina Abu Bakar dan Sayyidina Umar beliau minta hendak membayar zakat ternakannya tetapi ditolak oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Akhirnya bala Allah turun. Dengan takdir Allah , penyakit datang kepada kambing-kambing Tsa’labah, bermula 5 dan 6 ekornya mati .Bertambah sedih Tsa’labah atas kematian kambing-kambingnya dan beliau mengutuki Allah dan mengatakan Allah tidak adil kepadanya.Akhirnya beliau sendiri di timpa penyakit dan mati dalam keadaan murtad dan menolak hukum Allah s.w.t.

Berdasarkan dua kisah di atas dapatlah kita menggambil pengajaran bahawa segala ajaran Islam yang di fardukan oleh Allah s.w.t kepada kita perlulah di laksanakan dengan sempurna tanpa syarat.

Islam adalah satu cara hidup yang sempurna yang merangkumi semua bidang kehidupan manusia. Islam meminta kita menjaga hubungan dengan Allah s.w.t di dalam ibadah khusus dan menjaga hubungan sesama manusia.

Kisah-kisah di atas adalah sebahagian dari kisah-kisah lain yang telah terbukti berlaku balasannya di dunia lagi. Bayangkan betapa azabnya mereka-mereka yang engkar suruhan Allah s.wt ini akan mendapat balasan dari Allah s.w.t. semasa di alam barzakh dan hari akhirat nanti.

Sahabat yang dikasihi,
Orang-orang yang beriman tidak akan memikirkan hanya dirinya dan ahli keluarganya sahaja untuk terselamat dan bebas dari azab Allah. Tetapi dia juga memikirkan bagaimana dia hendak berusaha supaya umat Islam yang lain terselamat juga dari menerima azab Allah s.w.t. Oleh itu dia tidak boleh berdiam diri, dia mesti dan wajib menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah.

Orang-orang Mukmin akan merasai bahawa tanggung jawab untuk menyebarkan kesedaran Islam, membaiki akhlak mereka dan mengerakkan mereka yang sedang tidur lena dengan mimpi-mimpi indah yang melekakan, supaya bangun bersama-sama untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada Allah s.w.t. Kemajuan teknologi sekarang ini cukup melekakan semuanya di hujung jari. Di dalam internet sahaja terdapat 1001 macam kebaikan dan keburukan. Gunakanlah kemudahan dan kebaikan ini untuk menyampaikan dakwah.



Kebaikan dan Fadhilat Beristighfar Setiap Hari.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah s.w.t. atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah s.w.t.

Jika dilihat pada pengertian istighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan segala noda dan dosa yang telah dilakukan.

Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah s.w.t. sambil memohon ampun dari segala dosa. Allah s.a.w. memerintahkan hamba-hambaNya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya :

j1.gif

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi"
(Surah an-Nisaa ayat 106)

Firman Allah s.w.t.

j3.gif
"Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)."
(Surah Muhammad ayat 19)

Walaupun istighfar adalah sunat, namun perintah Allah s.w.t. pada ayat-ayat di atas menunjukkan adanya penegasan bahawa istighfar merupakan satu tuntutan agama yang tidak boleh dilupakan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan sebagai orang Mukmin untuk sentiasa beristighfar bukan saja sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi malahan untuk merebut fadhilat istighfar sebagaimana yang disebut dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.
 
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"
(Hadis Riwayat Muslim).


Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat banyak kebaikan dan fadhilat beristighfar.  Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Di hapuskan dosa-dosanya dan terselamat daripada azab Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”
(Surah Al-Anfal ayat 33)

 
"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Kedua : Mendapat balasan Syurga.

Firman Allah s.w.t. maksudnya :  “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.” 
(Surah al-Imran ayat 135-136) 

Menurut Qatadah rahimahullah: “Al-Qur’an menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar”. 

Berkata Sayyidina Ali k.w.: “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.

Ketiga :  Terselamat daripada melakukan perbuatan keji .

"Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali"
(Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan; Tafsiy Ibnu Katsir, 1/408).

Keempat : Di jauhi daripada sifat gelisah (ham) dan berdukacita (hazan).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita” 

Ke lima : Di bebaskan daripada kedukaan , menghilangkan kesempitan hidup dan mendapat rezeki dijalan yang tidak diduga-duga.

Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga"
(Hadis Riwayat Abu Dawud).

 
Sahabat yang dikasihi,
Basahkanlah lidah kita dengan istighfar setiap hari lebih daripada 100 kali kerana Nabi s.a.w yang bersifat maksum dan tidak berdosa pun beristighfar 100 kali sehari, maka kita yang penuh dengan noda dan dosa perlu beristighfar lebih banyak lagi lakukanlah sebanyak-banyak yang boleh.

Lidah yang sentiasa beristighfar akan di benci oleh syaitan dan syaitan tidak akan hadir bersama kita.

Kalimah istighfar yang perlu kita baca adalah :


 ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ű§Ù„ŰčَŰžِيْمِ َۧلَّŰ°ِي Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيُّ Ű§Ù„ْقَيُوْمُ وَ ŰŁَŰȘُوْŰšُ Ű„ِلَيْه
 
'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi'

Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan keampunan Allah s.w.t. dan mendapat balasan Syurga yang disediakan-Nya untuk orang-orang Mukmin.




Fadhilat Selawat Kepada Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Bahwa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s.. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar"

"Berkata pula Mikail a.s. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

"Berkata pula Israfil a.s. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t.  dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

"Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w .Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Kebaikan selawat :

1. Rasulullah s.a.w. akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas baginda.
2.  Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.
3.  Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.
4.  Do'a yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
5.  Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat.
6.  Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.
7.  Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
8.  Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui.

Wednesday, December 8, 2010

Kenapakah Ramai Yang Memilh Neraka?

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita tanya kepada sesiapa saja manusia di dunia ini bila sudah meninggal dunia kemanakah dia hendak pergi?
Ia akan jawab mereka ingin masuk ke Syurga. Kemudian apabila kita tanya lagi soalan kedua adakah dia sudah membuat persiapan untuk memasuki Syurga? Maka kita akan bertemu dengan banyak jawapan. Ada mengatakan masih muda lagi nanti kalau sudah  tua baru hendak bertaubat dan membuat amal ibadah, ada jawapan mengatakan belum cukup persediaan dan mungkin ada yang tidak menjawabnya kerana sedang seronok dengan kehidupan di dunia dan tidak mahu fikirkan lagi bab kematian.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ; "Semua umatku akan masuk ke dalam Syurga, melainkan orang yang enggan.
Sahabat merasa hairan lalau bertanya : "Ya Rasulullah ! Siapa yang tidak suka masuk Syurga?
Maka Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesiapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk Syurga dan sesiapa yang menyalahi ajaranku (sunnah) maka orang itulah yang tidak mahu masuk Syurga."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis di atas marilah sama-sama kita renungkan di manakan nasib kesudahan kita nanti? Adakah kita akan di masukkan ke dalam Syurga atau di campakkan ke dalam Neraka?

Di dalam kehidupan dunia yang penuh tipu daya ini, apakah yang ingin kita cari sebenarnya? Adakah kekayaan, kemewahan, kesenangan yang kita kecapi menjamin untuk kita masuk ke dalam Syurga? Ataupun semua ini menjadi sebagai perangkap kepada kita untuk di campakkan ke dalam Neraka? Tetapi kenapalah ramai manusia memilih untuk dijadikan bahan bakar api Neraka?
Persoalannya adakah kita percaya kepada hari akhirat yang pasti akan berlaku? Sejauh manakah keimanan kita semua beriman kepada Allah s.w.t.

Cuba kita semua bayangkan betapa dahsyatnya seksaan yang paling ringan di Neraka dengan bahang bara api diletakkan dibawah tapak kaki pun sudah boleh mendidihkan otak yang ada di atas kepala, apatah lagi kalau seksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu berdiri di atas bara api yang panas sehingga boleh menggelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja api di dunia ini pun kita sudah menjerit kepanasan dan kita tidak mampu menahannya walaupun masa seminit, cuba bayangkan betapa pedihnya seksaan api Neraka yang berterusan tanpa henti-henti.

Oleh itu marilah kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t., perbanyakkan bertaubat dan beristighfar memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t. menerima semua amalan yang kita kerjakan.

Sahabat yang dihormati,
Di ceritakan bagaimana suasana yang mengerikan pada hari kiamat nanti, seorang demi seorang manusia akan dihadapkan kepada Allah s.w.t. di "Mahkamah Qadhi Rabbun Jalil". Tidak ada seorang jua pun yang sanggup menolong orang lain, walaupun dia ada sahabat karibnya sewaktu di dunia dahulu, ataupun anak dan isterinya. Pada masa itu tiada lagi pembantu peribadi dan tiada lagi peguam bela.Kalau di dunia mungkin boleh mencari peguam yang terbaik untuk membela nasib tuduhan terhadapnya tetapi tidak pada hari tersebut. Manusia pada ketika itu ada yang tidak berpakaian tetapi mereka tidak sempat untuk memikirkan malu atau tidak kerana masing-masing takut dengan bakal hukuman yang akan di jatuhkan oleh Allah s.w.t. terhadap perbuatannya ketika di dunia.

Selain itu, apabila membicarakan tentang berapakah dalamnya jurang api Neraka? Rasanya tidak mampu kita menghitung berapakah dalamnya jurang api Neraka yang di tempuh oleh perjalanan kepantasan batu besar yang jatuh dalam masa 70 tahun lamanya. Apa yang lebih mengerikan lagi ialah apabila jurang yang teramat dalam ini dipenuhi dengan bermacam-macam bentuk seksaan dan apabila sampai saatnya nanti pintu Neraka itu akan di tutup serapat-rapatnya. Maka pada ketika itu, tidak ada seorang pun di antara penghuninya yang dibenarkan keluar daripadanya. Seksaan demi seksaan, habis satu jenis seksaan masuk pula pada jenis seksaan yang lain dan begitulah seterusnya. Alangkah malangnya bagi mereka yang mendapat seksaan tersebut.

Walau bagaimanapun , ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah s.w.t. di bawah Arasy Allah s.w.t. yang mulia di hari akhirat nanti..Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan bertuah ini seperti hadis Nabi s.a.w di bawah :

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:” Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. 1. Pemimpin yand adil. 2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. 3.  Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid. 4. Dua  lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. 5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan 'Aku takutkan Allah' . 6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya. dan 7. Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah s.w.t.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat,
Manusia yang jauh daripada rahmat Allah akan mengalami sakit jiwa. Jiwanya tidak tenang dan sukar untuk  menerima  kebenaran dan sentiasa sibuk dengan kesenangan hidup di dunia yang melekakan. Hatinya dibaluti dengan cinta harta, cinta tahta dan cinta wanita yang semakin menebal di dalam sanubarinya. Mereka tetap memilih jalan ke Neraka dan merasa bangga dan terus berkubang dengan lumpur kekafiran dan hanyut bergelumang dengan lautan maksiat yang akhirnya mereka akan di bawa oleh arus seterusnya menghantarkannya mereka ke pintu api Neraka. Na'uzubillahiminzalik.

Oleh itu marilah sama-sama kita berdo'a kepada Allah s.w.t. agar kita dikurniakan 'husnul khatimah" (penutup yang baik) iaitu mati dalam keadaan beriman kepada Allah s.w.t dan dapat mengucapkan kalimah "Laa illaha illalah" di akhir hayatnya. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari Neraka Jahannam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api Neraka Jahannam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan daripada api Neraka Jahanam”.
 
Kita juga memohon perlindung dengan Allah s.w.t daripada "Suul khatimah" (penutup yang buruk) atau mati dalam keadaan berlumuran dengan dosa dan kesalahan.

Muhasabahlah diri kita sekarang ini kerana sesudah kita bertemu Allah s.w.t nanti tidak ada gunanya penyesalan pada masa itu. Pintu taubat masih terbuka dan Allah s.w.t sentiasa bersedia menerima taubat dan permohonan keampunan daripada hamba-hamba-Nya.

Tuesday, December 7, 2010

Laksanakan Lapan Amanah Untuk Orang Mukmin.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah s.w.t  telah menjadikan setiap sesuatu di dunia ini  berpasang-pasangan. Malam dengan siang, bumi dengan langit dan lelaki dengan perempuan. Penciptaan keatas lelaki dan perempuan adalah ujian Allah s.w.t. Masing-masing akan di soal di hari akhirat nanti apakah semasa hidup di dunia ini telah melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang di amanahkan oleh-Nya?

Allah s.w.t telah menyeru kepada lelaki dan perempuan Muslim dan lelaki dan perempuan Mukmin bahawa terdapat lapan amanah dan tanggungjawab yang mesti di laksanakan di dunia ini iaitu ketaatan, benar, sabar, khusyuk, bersedekah, berpuasa, memelihara kehormatan dan banyak menyebut (nama ) Nya. Jika kesemua yang dinyatakan ini dapat disempurnakan maka ganjaran yang besar oleh Allah s.w.t iaitu keampunan dan pahala yang benar di akhirat nanti.

Firman Allah s.w.t.  yang bermaksud :" Sungguh lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah. Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang benar."
(Surah al-Ahzab ayat 35)

Ummu 'Imarah al-Anshari r.ha. berkata : "Ayat ini (Surah al-Ahzab ayat 35) diturunkan berkenaan dengan perkataanku kepada Rasulullah s.a.w. : "Wahai Rasulullah, aku melihat wahyu-wahyu yang diturunkan Allah selalu berkaitan dengan kaum lelaki. Tak pernah ada kaum wanita disebut-sebut dalam wahyu Allah."
(Hadis Riwayat Tirmidzi -hadis hasan)

 Sahabat yang dimuliakan,
Allah s.w.t tidak bezakan di antara lelaki dan perempuan jika kedua-duanya berpegang dengan prinsip, "kami dengar dan kami patuh" maka rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t akan di berikan-Nya di dunia ini dan dihari akhirat akan mendapat balasan Syurga seluas langit dan bumi.

Lapan perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Ketaatan.
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tidaklah pantas bagi lelaki yang Mukmin dan perempuan yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai  Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata."

Qatadah  r.a meriwayatkan bahawa suatu ketika, Rasulullah s.a.w meminang Zainab r.ha untuk Zaid bin Harithsah (anak angkat baginda). Zainab r.ha mengira, Rasul s.a.w hendak meminang untuk baginda sendiri. Zainab r.ha menolak bila mengetahui pinangan itu untuk Zaid r.a. Setelah turun ayat ini , Zainab menerima pinangan tersebut." (Hadis Sahih Riwayat Thabrani. Lihat Qurthubi 8/5455 dan Ibnu Katsir : 4/246).

Berdasarkan ayat di atas lelaki dan perempuan Mukmin wajib mematuhi segala arahan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya tanpa soal dan banyak alasan. Melaksanakan semua yang diwajibkan Allah s.w.t dan meninggalkan semua larangan-Nya.

Kedua : Benar.

Dari Abu Mas'ud r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berkata benar menuntun kepada  kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menuntun ke Syurga, dan sesungguhnya seorang laki-laki akan senantiasa berkata benar sehingga dicatat di sisi Allah sebagai orang berkata benar. Dan sesungguhnya bohong itu menuntun kepada kedosaan dan sesungguhnya kedosaan itu menuntun ke Neraka, dan sesungguhnya seorang laki-laki akan dicatat di sisi Allah sebagai pembohong."

Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. juga menganggap pembohong itu dalam kebinasaan.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Celakalah berkata-kata dengan kata-kata yang menyebabkan manusia menertawakannya padahal ia berbohong, celakalah baginya, celakalah baginya, celakalah baginya." (Hadis Riwayat  Ahmad dan Tirmidzi)

Bukan lelaki sahaja yang mesti berkata benar tetapi perempuan juga di wajibkan berkata benar dan tidak berbohong.
Ketiga : Sabar.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
(Surah az-Zumar, ayat10).

Seterusnya Allah s.w.t. juga berfirman: "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud : "Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Khusyuk.

Kusyuk dalam menunaikan solat.
Orang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"
(Surah al-Baqarah ayat 45-46)

Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Solat yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi Syurga Firdaus.

Kelima : Bersedekah.

Sedekah memiliki keutamaan dan pahala yang besar di dunia dan akhirat. Hanya orang yang diinginkan Allah dan diberi-Nya taufiklah yang akan mendapatkan itu semua. Oleh itu setiap Muslim Mukmin mestilah merebut peluang yang besar ini untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh.”
(Surah al-Munafiqqun ayat 10)
 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sedekah akan memadamkan kesalahan (dosa), sebagaimana air memadamkan api.”
(Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

Keenam :  Berpuasa.

Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan menyediakan satu pintu khusus di Syurga yang dinamai Al Rayyan. Pintu Syurga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi s.a.w.dalam satu hadisnya yang bermaksud : " Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (Hadis Riwayat  Ahmad dan Bukhari-Muslim).
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api Neraka.” (Hadis Riwayat  Ahmad dan Baihaqi). 

Ketujuh : Menjaga kehormatan.

1. Menutup aurat samaada lelaki dan perempuan  sebagai upaya syar’i untuk menjaga atau melindungi kehormatan, dan mencegah semua hal-hal yang mengakibatkan terjadinya kecurigaan, fitnah dan kerusakan.

2. Kesucian hati: Orang-orang yang beriman, baik laki-laki maupun perempuan, mengisi hati mereka dengan ketaqwaan dan menjunjung tinggi kehormatan. Maha benar Allah yang telah berfirman maksudnya :"Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka"
( Surah al-AhzĂąb: 53)

3. Kemuliaan akhlak atau budi pekerti: Senantiasa berakhlak mulia seperti menundukkan pandangan samaada lelaki atau perempuan, dan tidak mengekori aurat lelaki atau perempuan,  memiliki sifat kesopanan dan rasa malu.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman."
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
 
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu" (Surah al-Ahzab ayat 59)

Kelapan : Banyak berzikir menyebut nama Allah.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya 
berzikir seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” 
( Surah Al Insan ayat 25 - 26)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit." 

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu". Para sahabat Rasulullah s.a.w. berkata "Wahai Rasulullah s.a.w. bagaimanakah kami perbaharui iman kami?" Rasulullah s.a.w. menjawab "Ucapkanlah: "Laailaha illallah sebanyaknya".

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menghayati semua perintah dan suruhan Allah s.w.t . Orang Mukmin lelaki dan perempuan tidak banyak alasan untuk melaksanakan kepatuhannya. Laksanakanlah dengan ikhlas lapan perkara yang dihuraikan diatas dengan bersungguh-sungguh supaya kita akan mendapat keampunan dan pahala yang besar di sisi-Nya diakhirat nanti.