Saturday, November 24, 2012

Sirah Sahabat : Abu Ubaidah Al Jarrah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedangang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.
Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.
Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kehebatannya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”
Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga suku Quraisy terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin Jarrah yang dijuluki dengan nama Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam kesulitan, beliau disenangi oleh semua orang yang melihatnya, siapa yang mengikutinya akan merasa tenang.
Abu Ubaidah termasuk orang yang masuk Islam dari sejak awal, beliau memeluk Islam selang sehari setelah Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra memeluk Islam. Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Shiddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah s.a.w. untuk menyatakan dua kalimah syahadat di hadapan Baginda.
Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Agama Islam. Hal itu tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali untuk menyertai perjuangan Rasulullah SAW..
Abu Ubaidah sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.. Beliaulah yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin dalam perang Badar. Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW
Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika dalam peperangan Badar Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22.
Sifat MuliaKetika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W..
Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak ternilai.
Dalam riwayat yang lain Abu Ubaidah mencabut anak panah yang terkena pada rahang Baginda SAW.
Rasulullah SAW memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”. Suatu ketika datang sebuah delegasi dari kaum Kristian menemui Rasulullah s.a.w.. Mereka mengatakan, “Ya Abul Qassim! Kirimkanlah bersama kami seorang sahabatmu yang engkau percayai untuk menyelesaikan perkara kebendaan yang sedang kami pertengkarkan, kerana kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi.” Rasulullah SAW. bersabda kepada mereka, “Datanglah ke sini petang nanti, saya akan kirimkan bersama kamu seorang yang gagah dan jujur.”
Dalam kaitan ini, Saidina Umar bin Al-Khattab ra mengatakan, “Saya berangkat tergesa-gesa untuk menunaikan solat Zohor, sama sekali bukan kerana ingin ditunjuk sebagai delegasi. Setelah Rasulullah selesai mengimami solat Zohor bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan. Saya sengaja meninggikan kepala saya agar beliau melihat saya, namun beliau masih terus membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya beliau melihat Abu Ubaidah bin Jarrah, lalu beliau memanggilnya sambil bersabda, ‘Pergilah bersama mereka, selesaikanlah kes yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu Abu Ubaidah pun berangkat bersama mereka.”
Rasulullah SAW  bersabda: “Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW. bersabda lagi.
“Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al Jarrah.”
Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.
Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja. Lalu Saidina Umar bertanya kepadanya:
“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab.
“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.
Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.
Sepeninggalan Rasulullah s.a.w., Umar bin Al-Khattab ra mengatakan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Tsaqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiat kamu, kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sungguh dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.’ Lalu Abu Ubaidah menjawab: Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah s.a.w. menjadi imam kita di waktu solat (iaitu Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra), oleh sebab itu kita patut menjadikannya imam sepeninggalan Rasulullah s.a.w.:.
Peperangan Yang Disertai.Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra ikut serta dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu memperolehi kemenangan besar dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berjaya menakluk semua negeri tersebut.
Ketika wabak penyakit Taun bermaharajalela di negari Syam, Khalifah Umar bin Al-Khattab ra mengirim surat untuk memanggil kembali Abu Ubaidah. Namun Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi,
“Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah bebaskan saya dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.”
Setelah Umar ra membaca surat itu, beliau menangis, sehingga para hadirin bertanya, “Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?” Umar menjawabnya, “Belum, akan tetapi kematiannya sudah di ambang pintu.”
Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidatu di hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”
Menjelang kematian Abu Ubaidah ra, beliau berpesan kepada tenteranya, Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya, “Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”. Assalamualaikum”.
Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.
“Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”
Kematiannya
Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam, kerana diserang penyakit taun. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun. Beliau di kebumikan di Urdun (Jordan).
(Sumber : Kitab Sirah Rasulullah, 75 gambaran kehidupan sahabat, 10 sahabat yang dijanjikan syurga.)

Tafsir Surah Al- Anfal Ayat 55 Dan 56


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya ," Sesungguhnya m
akhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka tidak beriman. (Iaitu) orang-orang yang terikat perjanjian dengan kamu (Rasulullah SAW), kemudian setiap kali berjanji mereka menghianati janjinya, sedang mereka tidak takut (kepada Allah)." (Surah al-Anfal ayat 55-56)

Asbabun Nuzul Surah al-Anfal ayat 55-56.

Said bin Jubair r.a. memaparkan, bahawa kedua-dua ayat ini diturunkan sehubungan dengan enam golongan kaum Yahudi yang sangat kufur. Mereka sentiasa mengingkari janji, setelah janji itu disepakati. Di antara keenam golongan itu, di antaranya Bani Quraizah." (Hadis Riwayat Abu Syaikh. Lihat Qurthubi : 4/2597).

Tafsirannya :

Ű„ِنَّ ŰŽَ۱َّ Ű§Ù„ŰŻَّوَِّۧۚ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ كَفَ۱ُÙˆŰ§ فَهُمْ لَۧ يُŰ€ْمِنُونَ (55)

55 "Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka tidak beriman."(Surah al-Anfal (8) ayat 55)

Sesungguhnya sejahat-jahatnya makhluk yang melata di bumi menurut pandangan Allah ialah orang-orang kafir yang mempunyai dua sifat iaitu :

Pertama: Keadaan mereka terus-menerus dalam kekafiran dan berketetapan hati untuk selama-lamanya berada dalam keingkaran kepada Nabi SAW sehingga tidak dapat diharapkan iman dari mereka, baik secara individu maupun mengenai kaumnya. Mereka itu ada yang kedudukannya sebagai pemimpin yang selalu dengki kepada Rasulullah SAW, membantah setiap ayat yang dalam Taurat yang menjadi saksi atas kebenarannya, padahal mereka dalam hati kecilnya meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW itu betul-betul utusan Allah, sehingga mengenal baginda seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri.

Mereka yang menjadi pengikut-pengikut mereka adalah orang-orang yang dalam keadaan membabi buta mengikuti saja pemimpin-pemimpinnya dan tidak mau melihat bukti-bukti yang tersebut dalam kitab mereka. Dalam ayat ini Allah menyamakan mereka itu dengan binatang, bahkan lebih sesat dari binatang kerana binatang-binatang itu ada manfaatnya bagi manusia, sedang mereka itu sama sekali tidak ada manfaatnya bagi dirinya maupun bagi orang lain. Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya:

ŰŁَمْ ŰȘَŰ­ْŰłَŰšُ ŰŁَنَّ ŰŁَكْŰ«َ۱َهُمْ يَŰłْمَŰčُونَ ŰŁَوْ يَŰčْقِلُونَ Ű„ِنْ هُمْ Ű„ِلَّۧ كَŰ§Ù„ْŰŁَنْŰčَŰ§Ù…ِ Űšَلْ هُمْ ŰŁَ۶َلُّ ŰłَŰšِيلًۧ (44)

Maksudnya : "Apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu). (Surah Al Furqan ayat 44)

Kedua : Orang-orang Yahudi itu ialah suka melanggar perjanjian. Setelah Nabi Muhammad SAW hijrah ke Madinah, maka dia adakan perjanjian dengan orang-orang Yahudi di Madinah di mana dalam perjanjian itu mereka dibiarkan menetap di Madinah dengan memeluk agamanya, dan mereka diberi jaminan keamanan bagi dirinya dan harta bendanya. Tetapi masing-masing kabilah Yahudi itu melanggar perjanjiannya.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, bahwa orang-orang Yahudi Madinah itu yang melanggar janji adalah kabilah Bani Quraizah. Mereka telah melanggar janjinya kepada Rasulullah SAW. kerana memberi bantuan senjata kepada orang-orang kafir Quraisy waktu perang Badar. Kemudian mereka berkata: "Kami terlupa dan merasa berbuat kesalahan." Lalu Rasulullah SAW mengadakan perjanjian kedua, tetapi oleh mereka dilanggar pula dengan menghasut orang supaya memerangi Rasulullah SAW ketika terjadi perang Khandak. Salah seorang ketuanya sengaja datang ke Mekah mengadakan perjanjian dengan orang-orang Quraisy untuk bersama-sama memerangi Nabi Muhammad SAW.

Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰčَŰ§Ù‡َŰŻْŰȘَ مِنْهُمْ Ű«ُمَّ يَنْقُ۶ُونَ ŰčَهْŰŻَهُمْ فِي كُلِّ مَ۱َّŰ©ٍ وَهُمْ لَۧ يَŰȘَّقُونَ (56)

56) (Iaitu) orang-orang yang terikat perjanjian dengan kamu (Rasulullah SAW), kemudian setiap kali berjanji mereka menghianati janjinya, sedang mereka tidak takut (kepada Allah)." (Surah al-Anfal ayat 56)

Orang-orang Yahudi itu telah beberapa kali mengadakan perjanjian dengan kaum Muslimin tetapi mereka selalu mengkhianati janjinya itu dan mereka tidak takut kepada Allah menghadapi akibat-akibat pengkhianatan itu.

Sahabat yang dimuliakan,
Dua ayat di atas dengan jelas menyatakan bahawa orang kafir yang tidak beriman kepada Allah SWT adalah seburuk-buruk makhluk yang bernyawa TERUTAMA kaum kafir Yahudi laknatullah. Kaum ini sejak dahulu lagi sehingga sekarang tidak pernah patuh dan mengikut perjanjian walaupun mereka sendiri telah mempersetujuinya. Bangsa yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah SWT ini tidak pernah menghormati agama atau bangsa lain terutama umat Islam. Mereka akan mencari alasan untuk menyerang dan membunuh umat Islam walaupun dengan apa cara sekali pun.

Dalam realiti semasa Rabu lalu 21 November 2012 perjanjian telah ditandatangani di antara Hamas dan Israel tetapi Israel laknatullah telah melaggar perjanjian tersebut dalam masa 2 hari sahaja selepas perjanjian.

Berita Terkini : ISRAEL LANGGAR PERJANJIAN GENJATAN SENJATA GAZA

BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh anggota tentera Israel di sempadan Gaza semalam, kata beberapa pegawai kesihatan.Menurut mereka, 15 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku selepas gencatan senjata antara pergerakan Hamas dan Israel dipersetujui pada Rabu lalu.

Gencatan senjata itu dipersetujui selepas Israel melancarkan serangan udara dan laut di Gaza selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Hamas.

Seorang jurucakap Hamas menuduh Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Mesir itu. Beberapa pegawai kesihatan menyatakan, penduduk Palestin yang terbunuh itu, Anwar Odeih, 23, terkena tembakan di kepala selepas dia mendekati pagar keselamatan di sempadan Gaza."Anwar hanya cuba untuk meletakkan bendera Hamas di pagar itu," kata seorang saudara lelaki tersebut. - Agensi.

Sahabat yang dikasihi,
Umat Islam perlulah cukup berhati-hati dan bersedia untuk menghadapai kemungkinan serangan tentera Zionis akan dilakukan terhadap penduduk Gaza bila-bila masa. Semua umat islam perlulah berdoa dan menghulurkan bantuan tanpa berhenti kerana umat Islam Palestin adalah saudara kita seagama dan bumi Palestin bukanlah hak rakyat Palestin sahaja, tetapi tanah Palestin yang penuh berkah adalah Tanah Wakaf umat Islam seluruh dunia. Mempertahankan bumi Palestin adalah wajib untuk semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik dan kumpulan, kerana tanggungjwaba ini adalah tanggungjawab untuk mempertahankan agama.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya di sana.

Firman Allah SWT. dalam Surat Al Hujuraat ayat 10 yang maksudnya :“ Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara….”

Dari Abdur Rahman bin Zaid bin Khalid al-Juhani r.a., katanya: "Nabi SAW bersabda maksudnya, "Barangsiapa yang memberikan persiapan - bekal - untuk seseorang yang berperang fi-sabilillah, maka dianggaplah ia sebagai orang yang benar-benar ikut berperang - yakni sama pahalanya dengan orang yang ikut berperang itu. Dan barangsiapa yang meninggalkan kepada keluarga orang yang berperang - fi-sabilillah - berupa suatu kebaikan - apa-apa yang diperlukankan untuk kehidupan keluarganya itu, maka dianggap pulalah ia sebagai orang yang benar-benar ikut berperang." (Muttafaq 'alaih)
1Like ·  · 

Kupasan Buku : Dialog Dengan JIn Islam - Siri Keempat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Syaitan Di Lubang-lubang Najis :

JI       : Di antara syaitan-syaitan itu ada yang terdiri dari kelompok-kelompok dan pasukan-pasukan yang sentiasa hidup dilubag-lubah kotoran.

MID   : Cuba jelaskan lebih lanjut untuk pembaca buku saya.

JI      :  Di antara syaitan-syaitan ada yang tinggal di rahim dan kemaluan para pelacur, untuk membuat kemaksiatan tersebut semakin menawan, sehingga kaum lelaki yang menggaulinya semakin ketagihan.

MID   :  Apakah yang demikian itu betul-betul begitu, atau sekadar merupakan was-was yang ditimbulkan syaitan pada diri manusia. Maksud saya, apakah betul-betul ada syaitan yang tinggal di kemaluan para pelacur?

JI      :  Memang betul-betul begitu. Saya bersumpah kepada Allah Yang Maha Agung, banyak sekali syaitan atau jin yang mengaku di depan saya bahawa mereka baru kembali dari rahim atau kemaluan wanita itu dan wanita ini. Ada pula di antara mereka yang bertempat di dubur lelaki dan perempuan, sehingga mengundang manusia untuk melakukan persenggaman melalui dubur, dan memudahkan terjadinya homoseksual.

JI      :  Ada pula di antaranya yang tinggal di kemaluan-kemaluan yang tidak normal, sehingga mengundang orang untuk melakukan hubungan-hubungan seksual yang luar biasa pula. Ada pula yang tinggal di kandang-kandang binatang, tempat-tempat hiburan, untuk melancarkan bisikan terhadap orang yang mendatangi tempat-tempat seperti itu, dan menemani mereka dengan setia. Lalu ada yang aktif di tempat-tempat hiburan misalnya tempat-tempat yang kalian sebut dengan disco dan sebagainya. Tempat-tempat seperti itu merupakan pagkalan ribuan syaitan. Di situ mereka menampakkan diri dalam berbagai bentuk, khususnya kerana syaitan sangat senang pada nyanyian dan musik yang hingar-bingar. Mereka asyik berjoget dalam keadaan yang betul-betul tidak boleh kalian bayangkan.

MID   : Apakah hal ini terjadi di negeri-negeri muslim dan negeri-negeri buak Islam?

JI       :  Ya. Syaitan-syaitan , bagaimamapun juga, bercita-cita menghancurkan umat manusia. Mereka tahu betul bahawa perilaku yang menyimpang dapat menimbulkan pelbagai penyakit. Iblis mengajari mereka bahawa kadang-kadang orang Kristian, Yahudi dan kafir yang masuk Islam. Kerana itu, sebaiknya menghancurkan umat manusia melalui kekafiran dan kesesatan. Itu sebabnya pula, tempat-tempat hiburan, bahkan yang berada di Amerika dan Eropah, tidak pernah kosong dari syaitan-syaitan yang menebarkan kekacauan. Kilang-kilang minuman keras adalah hasil tipu-muslihat syaitan dan jin kafir. Sebab, mereka pun sangat suka menyukai minuman keras yang memabukkan.

MID    :  Pernahkah engkau melihat Iblis?

JI       :  Pernah. Sekali ketika saya kecil, dan beberapa kali ketika saya remaja dan sebelum Allah memberikan kenikmatan kepada saya dengan masuk Islam.

MID   :  Untuk apa engkau mengadap Iblis, padahal saat itu engkau masih kecil?

JI       :  Aku tidak pergi menemuinya atas kemahuanku sendiri. Tetapi ayahkulah yang mengajakku menemuinya, agar dia (Iblis) memberikan berkahnya kepadaku.

MID   : Semoga Allah mengutuknya, dan segala puji bagi Allah yang telah menganugerahi engkau dengan masuk Islam.

JI       :  Alhamdulillah, alhamdulillah , aku telah masuk Islam.

MID   :  Katakan kepadaku bagaimana bentuknya?

JI       :  Bentuknya, ya , seperti jin yang telah aku katakan kepadamu. Akan tetapi Allah memberikan kutukan kepadanya dan kepada keturunannya dengan rupa yang buruk, sekalipun dia boleh menjelma dalam bentuk apa saja. Dia mempunyai ekor sangat pendek, sekitar 4-5 sentimeter atau lebih sedikit.

MID   : Apakah ekor tersebut secara umum dimiliki oleh semua jin, atau hanya Iblis dan anak-cucunya saja?

JI      : Alhamdulillah, hanya Iblis dan anak-cucu syaitannya saja yang memiliki ekor seperti itu. Sepertinya, mereka itu makhluk-makhluk istimewa. Sedangkan jin, sama sekali tidak punya ekor seperti yang kalian bayangkan. Ekor syaitan tidaklah sepanjang ekor kucing atau binatang lainnya, sebagaimana yang selama ini digambarkan oleh manusia.

MID   :  Berapa tingginya? Apakah dia betul-betul tinggi-besar, sebagiamana yang dibayangkan sesetengah orang selama ini, ataukah biasa-biasa saja?

JI      :  Di bandingkan dengan manusia, tingginya sekitar satu lengan. Ya, sekitar 140 hingga 160 sentimeter. Akan tetapi dia boleh menjelmakan dirinya dalam bentuk yang lebih tinggi dan besar, sampai sepuluh meter...

MID   :  Apakah dia mempunyai rumah atau istana?

JI       :  Istananya sangat besar sekali, dengan jutaan pelayan, jutaan pengawal, dan jutaan syaitan, di samping istana-istana lain di banyak tempat. Demikian pula halnya dengan para penguasanya yang di tempatkan di pelbagai jabatan pemerentahannya yang sangat luas itu.

MID     :  Dia juga mempunyai singgahsanakan?

JI        :  Ya, ya.

MID    :  Singgahsananya di atas air, tepatnya di lautan, betulkan?

JI       :  Iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kerajaannya yang sangat besar. Anak perempuannya yang paling besar juga mempunyai istana dan pengawal. Sedangkan anak-anaknya yang lelaki memiliki istana yang sangat besar, seperti yang dimiliki oleh para pegawai pemerentahannya. Dari sanalah mereka mengendalikan seluruh aktiviti penyesatan mereka terhadap umat manusia, dalam rangka merelisasikan cita-cita Iblis yang mereka anggap sebagai tuhan mereka.

MID   :   Bagus-bagus di mana markas besar Iblis?

JI       :  Di sana, di kedalamam samudera, seperti yang di isyaratkan Allah SWT yang bermaksud. " Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing." (Surah ar-Rahman ayat 20-21). Maksudku, ya, seperti yang kau katakan itu.

MID  :  Tepatnya di mana? Apakah Markas Besar Iblis itu terletak di Segitiga Bermuda?

JI     :  Persoalannya memang seperti yang kau katakan itu. Seberanya, peristiwa yang menimpa ekspedisi ke 19, bersama ekspedisi-ekspedisi selanjutnya, yang telah membongkar adanya Segi tiga Bermuda, bukanlah ekspedisi-ekspedisi yang pertama kali mengalami nasib malang di tempat yang misteri itu. Memang masaalah itu sudah terjadi sejak lama sekali, sehingga para nelayan takut memasuki wilayah tersebut. Yang sangat di takutkan adalah bahawa orang yang meneliti tempat itu akan mereka tangkap, manakala dia berani memasuki wilayah tersebut tanpa izin.

MID   :  Apakan izin tersebut boleh diperolehi dengan membakar kemenyan?

JI       :  Ya, kadang-kadang...

MID   :  Bagaimana caranya?

JI       :  Sebahagian dari meraka melakukan jual-beli dengan Iblis, dan mengatakan,"Kami berlindung kepada penguasa tempai ini dari segala merbahaya. Sebagaimana yang dilakukan orang-orang jahiliah ketika mereka melalui padang pasir atau tempat-tempat yang tidak dihuni oleh manusia. Atau, kapal dan pesawat yang melalui wilayah itu membawa ahli sihir (bomoh) yang mempunyai perjanjian dengan syaitan. Kalau tidak demikian, maka kemugkinan besar pesawat dan kapal tersebut,bersama para penumpangnya akan ditangkap.

Kadang-kadang mereka cukup menangkap para penumpangnya saja, untuk mereka jadikan bahan penelitian di kerajaan Iblis, atau untuk dijadikan korban kepada Iblis yang memang sangat gembira melihat kematian manusia, khususnya kalau di akhir hidup mereka tidak berada dalam Islam atau agama Muhammad SAW. Pengorbanan itu lazimnya, dilaksanakan di hari-hari besar Iblis.

MID   :  Akan tetapi, mengapa mesti merampas pula pesawat dan kapal-kapal itu?

JI       : Kapal-kapal dan pesawat-pesawat itu ditempatkan di tempat tertentu, di tutup dengan sinar tertentu, atau dikelilingi oleh ribuan syaitan, seperti sihir yang membawa seseorang perajurit yang tiba-tiba melemparkannya di depanmu, dan engkau tidak akan boleh melihatnya sebelum mereka meninggalkan tempat itu.

Bersambung....

(Di petik daripada buku Dialog Dengan Jin Islam - tulisan Muhammad Isa Daud)












Friday, November 23, 2012

Puasa Hari Asyura (10 Muharram)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah SAW. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda SAW. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Hadis Riwayat Muslim)


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Hadis Riwayat  Bukhari)


Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Hadis Riwayat Muslim)


Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah SAW. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Hadis Riwayat Muslim)


Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "moga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "moga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Hadis Riwayat Muslim)


Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Sahabat tang dikasihi,
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Semoga kita semua dapat mengamalkan puasa sunat yang dituntut iaitu pada 10 Muharram kerana amalan ini disurah dan digalakkan oleh Nabi SAW. Di harapkan in shaa Allah dosa-dosa kita setahun yang lalu akan diampunkan oleh Allah SWT.

Amalan Sihir Adalah Satu Dosa Besar Yang Di Kutuk Oleh Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Amalan sihir adalah amalan syaitan yang boleh mendatangkan dosa besar disisi Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda “Jauhilah diri kamu daripada tujuh (7) dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:” Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah SWT. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin kafir dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut.

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai ilmu sihir. Ilmu sihir ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin kafir atau hantu (syaitan) bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu (syaitan) tersebut dikenali sebagai berikut :

Hantu Bungkus : Boleh meresap dalam tubuh manusia,

Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu. (Jin akan menyerupai wajah perempuan tersebut)

Polong : Bagi menghisap darah mangsa.

Jembalang (hantu raya) : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyangnya atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR :

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa jenis sihir yang diamalkan oleh masyarakat melayu di nusantara.                                                                      

1. PATUNG.

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut (dengan izin Allah)

2. SANTAU.

Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

3. TELUR LAYANG (TUJU-TUJU)

Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut .(dengan izin Allah).

4. TANGKAL dan AZIMAT

Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam Jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

5. SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. Perbuatan ini biasanya dilakukan terhadap orang yang disukai.

Sihir cinta termasuk dalam sihir yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Sihir cinta kadang-kadang lebih menyayat hati – dia cantik tetapi tiada siapa yang ingin berkahwin dengannya. Kalau berkahwin pun tidak lama sudah bercerai. Apa yang tidak kena? Apabila seseorang itu suka bersendirian, pendiam, tidak suka berjumpa dengan orang, fikirannya meracau, selalu juga pening, lesu dan tidak bermaya serta hilang semangat tanpa diketahui punca sebenarnya, ini dinamakan sihir membuat orang tidak suka.

Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang menghadapi pening kepala yang berterusan, sekalipun telah mengambil ubat tapi dada terasa sesak terutama selepas Asar hingga tengah malam. Dia melihat orang yang datang melamar sebagai bermuka hodoh. Fikirannya kerap melayang, apabila tidur selalu gelisah dan tidak nyenyak, perut juga selalu berasa sakit, demikian juga di bahagian bawah tulang punggung.

5. RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa ghaib  hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa ghaib di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi SA.W. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

6. SAKA ( KETURUNAN )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan pesakit. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang  terdahulu. Dan diturunkan kepada generasi kemudian tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga perbuatan sihir yang dilakukan oleh bomoh dengan perantaraan jin kafir atau syaitan boleh diatasi dan di ubati penyakit tersebut.

Cara-cara mengatasi gejala sihir adalah seperti berikut :

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Quran yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad S.A.W. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir in shaa Allah.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Di dalam kitab zikir al-Mathurat karangan al-Imam Syahid Hassan al-Banna ada dihimpunkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa sahih yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk membina kekuatan rohani dan menghalang daripada gangguan sihir.

Lindungilah diri kita juga dengan :-

1. Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W umpamanya Zikir Al-Mathurat.

2. Menyebut nama Allah S.W.T. dalam setiap pekerjaan.

3. Menyebut nama Allah S.W.T. setiap kali masuk ke dalam tempat yang gelap.

4. Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.

5. Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.

6. Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.

7. Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.

8. Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah S.W.T. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan ayat-ayat Allah (al-Quran) itu sebesar-besar penawar. Oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan akidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin-jin kafir dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin kafir yang tidak beramal dengan petunjuk Allah S.W.T.

Sahabat yang dikasihi,
Kita semua berhak melindungi diri daripada terkena sihir. Ibarat kita semua berhak memandu kereta juga berhak untuk mengelak dari sebarang malapetaka ataupun tragedi. Kita berhak untuk hidup di dunia ini justeru juga berhak menangkis dan menepis semua perbuatan ghaib yang jahat daripada menimpa diri kita semua. Beramallah dengan ajaran Islam dan sunah Rasulullah SAW dan jangan tinggalkan doa-doa perlindung daripada gangguan syaitan yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita semua.

Semoga menjadi panduan yang berguna untuk kalian semua.

Wassalam

Thursday, November 22, 2012

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Ketiga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Adanya Jin Islam di rumah seorang muslim merupakan petanda baik dan bukti dari kenikmatan dan reda yang diberikan Allah SWT kepada penghuninya. Jin Islam tersebut mendoakan dan memohonkan ampunan kepada Allah SWT bagi penghuni rumah. Bahkan ada di antara mereka yang bangunkan penghuni rumah untuk solat fajar atau bangun tengah malam.

Di antara istighfar Jin Islam sebelum dan selepas tidur adalah mereka berdoa dengan "Penghulu Istighfar."

Diriwayatkan oleh Syadad Bin Aus r.a. dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda (maksudnya), "Penghulu Istighfar itu adalah : "Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau telah ciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu. Sesungguhnya aku telah berusaha sekuat yang boleh aku lakukan untuk memenuhi janji dan sumpah setiaku kepada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala yang Engkau ciptakan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu yang Kau anugerahkan kepadaku dan kembali pula kepada-Mu dengan dosaku. Kerana itu , ampunilah aku. Sebab, tiada yang berhak mengampuni dosa kecuali Engkau."
"Barangsiapa membacanya pada petang hari dengan penuh keyakinan, lalu mati pada hari itu, maka dia masuk syurga. Dan barangsiapa membacanya di pagi hari dengan penuh keyakinan, lalu mati pada hari itu, maka dia masuk syurga." (Hadis Riwayat Bukhari dan Tirmidzi)

Jika penghuni rumah suka melakukan maksiat dan lalai daripada berzikir kepada Allah SWT. Di dalam rumah tidak di bacakan al-Quran dan tidak dilakukan solat-solat sunat maka penghuni rumah tersebut seolah-olah menghalau Jin Islam yang ada dirumah tersebut dan mengundang syaitan-syaitan untuk datang ke rumah mereka. Rumah yang terdapat Jin-jin Islam yang soleh sebenarnya akan mengundang malaikat rahmat datang kerumah tersebut. Bergembiralah dengan rahmat dan anugerah Allah seperti itu.

Muhammad Isa Daud (MID) meneruskan dialog dengan Jin Islam (JI)
JI : Syaitan-syaitan amat suka hidup di telaga buta. Najis-najis dan kotoran sangat menarik mereka. Kerana itu, jika mereka mendengar azan, maka mereka pergi jauh-jauh ke tempat-tempat di dekat air. Mereka menutup telinga mereka dengan kedua-dua tangan mereka, atau menutup baju mereka ke kepala mereka. Bahkan di antara mereka ada yang bersembunyi di lubang-lubang jamban yang kotor.

[Abu Hurairah mengatakan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Apabila panggilan untuk solat dikumandangkan, maka syaitan lari lintang-pukang dan menjauh hingga tidak dengar azan.." (Muthafaq 'alaih) ]

Ingatlah kepada kaum wanita, agar mereka tidak membuang air (panas) mendidih di lubang-lubang tandas tanpa menyebut nama Allah dan tidak pula memohon perlindungan kepada-Nya dari gangguan syaitan yang terkutuk. Kadang-kadang air tersebut dapat mematikan syaitan, sehingga keluarganya mencuba melakukan balas dendam terhadap pemilik rumah, khususnya kaum wanita yang melakukan hal ini. Kalau mereka (syaitan-syaitan) boleh menampakkan diri nescaya mereka akan melakukan hal ini.

Jangan Menyimpan Patung dan Gambar Makhluk Bernyawa.

Dalam pertemuan pertama saya dengan Jin Islam sahabat saya, dia berjalan ke sana kemari, sambil menatap ke arah langit-langit saat menyampaikan salam. Tiba-tiba dia melihat tempat pensil itu dan dengan sungguh-sungguh mengatakan :

JI : Ambil pisau, dan potong kepalanya. Atau, buatlah kepalanya demikian rupa sehingga tidak lagi menyerupai kepala patung.

MID : Mengapa engkau kata begitu?

JI : Aku melihat syaitan bertenggek di kepala tempat pensil itu.

Muhammad SAW bersabda (maksudnya), "Orang yang paling hebat seksanya di hari kiamat adalah orang-orang yang melukis gambar-gambar ." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Malaikat tidak mahu masuk rumah yang di situ terdapat patung (atau ganbar-gambar)" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

MID : Kalau foto (gambar melalui kamera) bagaimana?

JI : Sama saja . Ia menarik syaitan untuk datang. Kerana itu jangan engkau lekatkan di dinding dan jangan pula engkau letakkan secara terbuka. Kalau ia merupakan gambar di majalah atau buku, maka balikkanlah, sehingga gambarnya tidak terlihat. Sampaikan pula kepada kaum muslimin bahawa foto hanya boleh dilakukan untuk keperluan darurat semata, dan sesudah itu balikkanlah, atau tutupilah bahagian atasnya. Yang penting, jangan sampai terlihat.

MID : Maha Benar Allah Yang Maha Agung. Akan tetapi aku masih ingin bertanya tentang 'magnetisme' yang engkau katakan muncul kerana adanya patung-patung yang boleh menarik kedatangan syaitan-syaitan. Apakah ia magnet dalam erti sesungguhnya, ataukah itu merupakan suatu ungkapan agar mudah dimengerti saja?

JI : Tidak, tidak, tidak, ia betul-betul magnet dalam erti sesungguhnya. Bahkan, syaitan-syaitan itu menyedut-nyedutnya sebagimana kalian menghisap suatu bauan yang harum. Syaitan-syaitan itu boleh melihat dari jauh, sebab patung-patung tersebut memiliki pantulan cahaya atau wap yang tidak boleh kalian lihat dengan mata kalian. Syaitan-syaitan itu menagkapnya sebagaimana seseorang mencium aroma makanan yang lazat.

MID : Bagaimana mainan yang dibuat dari belon, yang satu dalam bentuk gajah, sedangkan yang lain dalam bentuk pengantin. Kedua-duanya merupakan mainan kanak-kanak. Bagaimana dengan kedua-dua benda ini, apakah ia juga menarik syaitan?

JI : Tidak, tidak...mainan anak-anak tidak menarik syaitan.

MID : Mengapa?

JI : Sebabnya aku tidak tahu. Tetapi Aisyah r.ha. pernah bermain-main dengan mainan seperti itu, dan Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya. Agaknya, daya tarik yang menyebabkan syaitan-syaitan berdatangan boleh padam oleh kehendak dan kekuasaan Allah.

MID : Cuba perhatikan baik-baik, apakah cahayanya sama dengan cahaya yang dipancarkan bekas pensil itu?

JI : Tidak, tidak sama, sinarnya agak kurang. Sebab ia berada di tangan anak-anak. Pengaruh mereka membuat cahaya mainan itu mengecil.

MID : Subhanallah. Sungguh benar Rasulullah SAW.

Syaitan Menempati Tempat Tidur yang Kosong.

JI : Berhati-hatilah, jangan sampai engkau membiarkan salah satu bilik di rumahmu dalam keadaan kosong dari kegunaan, baik tidur mahupun berzikir kepada Allah. Sebab, kalau engkau kosongkan bilikmu, maka syaitan akan tidur di atas tempat tidurmu, dan mengisi bilik yang kosong itu.

[Nabi SAW bersabda maksudnya,"Bilik pertama untuk lelaki, bilik kedua untuk isterinya, bilik ketiga untuk tetamu, dan bilik keempat untuk syaitan." (Hadis Riwayat Muslim dari Jabir bin Abdullah) ]

MID ; Maksudmu, bilik tidur yang kosong adalah bilik tidur syaitan? Atau, tempat tidur yang ditinggalkan dan tidak ditempatinya akan menjadi tempat tidur syaitan?

JI : Kedua-duanya benar. Setiap tempat tidur yang ditinggalkan bererti di berikan kepada syaitan untuk mereka tiduri. Bahkan tempat tidur yang sama yang selama ini engkau gunakan. Kalau tidak demikian, mengapa Nabi SAW mengatakan, "Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tempat tidurnya, lalu hendak tidur lagi di atasnya, hendaklah ia terlebih dahulu membersihkannya dengan sarungnya tiga kali. Sebab, ia tidak tahu secara pasti apa yang terjadi di atasnya sesudah dia tinggalkan." (Muttafaq alaih)

MID : Kalau begitu , bukanlah merupakan syarat bahawa bilik dan tempat tidur itu kosong?

JI : Tentu saja tidak. Akan tetapi bilik dan tempat tidur yang kosong , seratus peratus, tidak hanya ditempati oleh satu syaitan saja, melainkan banyak syaitan, selama di situ tidak pernah disebut nama Allah atau bacaan al-Quran.

Syaitan-syaitan Berkeliaran.

JI : Terdapat pasukan iblis yang tersebar di seluruh tempat. Mereka adalah syaitan-syaiatan berkeliaran (peronda) . Di antara mereka ada yang berkumpulan di jalan-jalan untuk menyambut kaum wanita yang keluar rumah dengan bersolek.

[Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan, dan ketika pargi (menghadapkan belakangnya) dia memperlihatkan diri dalam bentuk syaitan pula. Kerana itu, jika salah seorang di antara kamu melihat seseorang wanita yang menarik perhatian, maka hendaknya dia segera mendatangi isterinya, sebab yang demikian itu dapat menolak (gejolak) yang ada dalam dirinya." (Hadis Riwayat Muslim dari Ibn Az-Zubair)

MID : Sampai begitu rupa perbuatan syaitan-syaitan itu? Lantas di mana otak orang-orang itu?

JI : Tentu saja orang yang berakal dan bijak akan selamat dari gangguan seperti ini. Akan tetapi ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, maka kesedarannya menjadi hilang. Syaitan hafal betul akan hal itu. Kerana itu, mereka segera mengumpulkan pasukan untuk menjatuhkan orang seperti itu.

Bersambung....

(Di petik daripada buku "Dialog Dengan Jin Islam" - tulisan Muhammad Isa Daud)

Tuesday, November 20, 2012

Cara-cara Rawatan Nabi SAW Untuk Mengubati Gangguan Jin Dan Syaitan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Syaitanmu telah membuatmu berasa demikian", tanya Aisyah, "bersamaku ada syaitan?" Jawab baginda SAW, "Ya". Tanya Aisyah, "Adakah bersama semua manusia ada syaitan pendamping (qarin)?", jawab baginda SAW, "Ya". Tanya Aisyah lagi, "Engkau juga ya Rasulullah?", jawab Rasulullah SAW. "Ya, tetapi dengan izin Allah aku terpelihara dari kejahatannya".(Hadis Riwayat Bukhari)

Qarin, atau syaitan pendamping inilah yang berhubungan dengan bomoh, iaitu qarinnya berhubung dengan qarin si pesakit, dari situlah bomoh mengetahui hal-hal yang telah terjadi kepada pesakit. Maka dengan ini, tahulah kita bahawa tipu daya syaitan itu sebenarnya lemah.

Selain daripada qarin (jin pendampin), satu lagi bentuk gangguan keatas manusia adalah jin kafir yang bernama 'saka'.

'Saka' adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.

Kebiasannya seseorang yang ada mendapat gangguan daripada jin saka adalah selalu mendapat gangguan di malam hari dan mengalami mimpi-mimpi ngeri :

1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.

2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan malamselepas itu sukar untuk tidur.

3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala,dan sebagainya.

4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.

6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.

7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.

8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).

9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.

Ketika berjaga sering mendapat gangguan seperti :

1. Selalu pening kepala (perubatan moden tidak dapat kesan).

2. Hilang ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.

3. Sering lesu dan malas bekerja.

4. Sentiasa sakit di tulang belakang.

5. Lenguh-lenguh sendi.

6. Terasa sesuatu berjalan didalam badan.

7. Mudah marah dan panas baran.

8. Cepat mengantuk (terutama mendengar ayat-ayat al-Quran dan tazkirah)

9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan

10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.

Sahabat yang dimuliakan,
Cara yang berkesan untuk melawan gangguan jin-jin kafir atau syaitan adalah dengan kita kuatkan semangat ,berfikiran positif semasa berubat dan yakin janji-janji Allah SWT bahawa syaitan adalah makhluk yang lemah.. Lidah sentiasa berzikir dan berdoa meminta perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan yang terkutuk

Antara kesan-kesan daripada gangguan iblis dan syaitan adalah:

1) Rasa tidak tenang hati, selalu rasa serba tidak kena.

2) Rasa takut yang tidak diketahui puncanya.

3) Terlalu sukar untuk bangun solat.

4) Jikalau sudah bersuami isteri, terasa tidak senang apabila bersama.

5) Selalu rasa cenderung kepada marah, walaupun tiada apa untuk dimarahkan.

Jikalau terdapat wujudnya tanda-tanda ini, maka ada kemungkinannya gangguan telah bermula.

Terdapat beberapa kaedah perubatan Rasulullah SAW yang dijalankan :

Di antara cara Nabi SAW bagi mengubati gangguan jin dan syaitan adalah seperti berikut :-

1) Membaca surah Al-Baqarah ke telinga si pesakit. Baringkan si pesakit dan bacakan surah Al-Baqarah di telinganya, kerana syaitan sangat takut kepada surah Al-Baqarah.

Sabda Nabi SAW di dalam musnad Ahmad Hanbal yang bermaksud, "Janganlah jadikan rumah kamu sunyi seperti kuburan. Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan".

2) Membacakan surah Al-Falaq dan An-Naas, dan menyuruh pesakit mengamalkannya, seperti mana kita lihat di dalam hadis di atas.

3) Membaca "a'uzu bikalimaatillah at-taammah, min syarrima khalaq", iaitu "Aku berlindung dengan kalam Allah, daripada kejahatan yang Dia ciptakan".

Ini merupakan amalan yang diajarkan kepada Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Juga dari amalan sunnah banyak membaca "A'uzubillahi minas syaitaanir rajiim".

4) Membacakan Ayat Kursi sebelum tidur. Kata syaitan sendiri kepada Abu Hurairah ra, "Sesiapa yang membacakan Ayat Kursi setiap kali sebelum tidur, maka dia tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi", dan amalan ini disahihkan oleh Rasulullah SAW.

5) Membacakan jampi Jibrail as ke atas pesakit, iaitu "Bismillahi arkiq, min kulli syai'in yukziq, wa min kulli sharrin haasid, Allahu yushfiq, bismillahi arkiq",

Bermaksud, "Dengan nama Allah aku jampikan engkau, dari segala apa yang mengganggu dirimu, dan dari segala kejahatan orang yang dengki, Allah lah yang menyembuhkan kamu, dengan nama Allah aku jampikan engkau".

Jampi ini dibacakan Jibrail as ketika Nabi terkena sihir, dan Rasulullah SAW sembuh setelah sekali bacaan. Jampi ini juga boleh dibacakan ke atas air, dan diberikan kepada pesakit untuk mandi dan minum.

6) Menggunakan daun bidara untuk dijadikan air mandi kepada pesakit, atau diberikan kepada pesakit untuk di hidu. Kaedah ini dipelopori oleh Ibnu Taimiyah. Ini kerana beliau mendapati jin amat alah kepada bau daun bidara. Kaedahnya, ikatkan sedikit daun bidara kepada batu-batu kecil, dan rendamkan di dalam botol berisi air. Ambil sedikit air dari botol dan dicampurkan di dalam air mandian, paling kurang selama seminggu.

7) Mencari punca sihir, sepertimana di dalam hadis, dan menghapuskannya. Ini merupakan kaedah yang paling berkesan di dalam mengubati sihir.

8) Adapun cara yang terakhir tetapi juga terpenting, adalah si pesakit menyemak semula amalan dan disiplin dirinya menurut Islam. Jikalau ada di dalam hati perasaan hasad, dengki, enggan menutup aurat dan sebagainya, maka perbaikilah segera. Ini kerana syaitan, menurut Imam Ahmad Hanbal adalah seperti anjing yang kelaparan. Jika di tangan kita ada tulang dan daging, berapa kali kita halaupun anjing itu, ia akan datang kembali, kerana kegemarannya ada pada kita.

Begitu juga syaitan, syirik, hasad dengki dan sebagainya, adalah kegemaran syaitan, maka betapa baik si pengubat atau kaedah yang digunakan, jikalau si pesakit sendiri enggan berubah, maka tidak hairan jikalau gangguan datang semula.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan sunah Nabi SAW ketika kita menjalankan rawatan untuk mengubati daripada gangguan jin kafir dan syiatan.

Sesungguhnya tiada nasihat yang lebih baik dari perkataan Rasulullah SAW, dan tiada sunah yang lebih baik dari sunah Rasulullah SAW. dengan bantuan Al-Quran dan sunah yang sahih, in shaa Allah segala gangguan dapat kita hindari.

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Kedua



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,
Biasanya jin tidak menampakkan diri kepada manusia kerana kemahuannya sendiri, kecuali ketika syaitan ingin menakut-nakutkan manusia dan ingin mencelakakannya. Sangat jarang terjadi ada jin soleh dan beriman yang melakukan perbuatan tersebut. 

Jin-jin yang melihatkan diri mereka kepada manusia dan mendengarkan suaranya dalam bentuk rupa yang hodoh dan menakutkan manusia adalah terdiri daripada jin-jin kafir atau syaitan-syaitan. Dalam istilah melayu dipanggil Hantu pocong, Pontianak, Hantu kopek, Hantu galah, Hantu jepun, Hantu air, Hantu laut, Jembalang tanah, Languisr, Hantu raya, Pelesit, Toyol dan sebaginya. Roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali semula kerumah kerana roh tersebut telah berpindah alam daripada alam dunia kepada alam barzakh.

Yang nampak seperti wajah simati balik kerumah sebenarnya adalah jin pendamping simati yang dipanggil qarin. Qarin boleh meyerupa bentuk seperti wajah si mati, terutama apabila simati ada mempelajari ilmu sihir atau ada beberapa amalan-amalan kebatinan yang bertentangan dengan syariat Islam. Jin kafir yang dipanggil "saka" adalah jin yang bersama seseorang yang ada mempelajari ilmu silat batin, ilmu kebal, perbomohan, ilmu susuk dan ilmu sihir (santau, tuju-tuju, ilmu pengasih dan sebagainya). 

Jin kafir yang berkhidmat dengan pengamal ilmu kebatinan yang sesat ini biasanya apabila tuan asal yang mengamalkan ilmu tersebut (dengan tujuan tertentu) apabila dia meninggal dunia , jin kafir ini akan mengganggu anak cucunya kerana sudah tidak ada lagi tuannya yang akan memberi makan dan melakukan pemujaan untuknya.

Jika seseorang mukmin itu selalu kembali kepada Allah SWT, pasti jin tidak akan sanggup menakut-nakutkan manusia atau memperlihatkan dirinya dalam bentuk asal. Kemampuan jin untuk menampakkan diri selalu disertai syarat tersedianya keadaan-keadaan yang membantu dan memudahkan perlakuannya itu. 

Syarat yang paling utama ialah orang tersebut jauh dari zikir kepada Allah SWT, lalai meminta perlindungan-Nya, tidak melakukan kewajipan-kewajipan yang diamanahkan kepadanya, tidak bersuci, berjalan ditempat-tempat sunyi dan di tempat perkuburan tanpa kawan dimalam hari.

Dari Ibn Umar r.a.bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sekiranya manusia mengetahui satu saja dari apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan bersendirian di malam hari." (Hadis Riwayat Bukhari, Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah dalam kitab Sahihnya)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Kebersihan itu sebahagian daripda iman." (Hadis Riwayat Muslim dari Ibn Ashim al-Asyari r.a)

Kebersihan ini mengandungi pengertian maknawi yakni meninggalkan perbuatan dosa dan bersih dengan mandi dan berwuduk.

Dalam Sahih Bukhari juga diriwayatkan sebuah hadis dari Aisyah r.ha, katanya, "Apabila Nabi bermaksud tidur, padahal baginda dalam keadaan junub, maka baginda mencuci kemaluan baginda, lalu berwuduk seperti untuk solat."

Banyak berzikir akan menyebabkan jin dan syaitan takut dan tidak berani menakut-nakutkan manusia sebagaiaman Nabi SAW bersabda maksudnya, " Baransiapa membaca  LA ILAHAILLALLAHU WAHDAHU LA SYARIKA LAHU, LAHUL-MULKU WA LAHUL-HAMDU WAHUWA 'ALA KULLI SYAIN QADIR, seratus kali setiap hari, maka dia memperoleh pahala setara dengan membebaskan sepuluh hamba, dituliskan baginya seratus kebaikan, dan dihindarkan darinya seratus keburukan. Dia memperolehi perlindungan dari gangguan syaitan sepanjang hari itu sampai petang tiba. Dan tidak akan ada orang yang boleh melebihi kebaikan yang diperolehnya itu kecuali orang yang mengerjakan amalan lebih dari yang dia lakukan. Dan barangsiapa membaca SUBHANALLAH WAL-HAMDU LILLAH seratus kali dalam sehari, maka dosanya di hapuskan, sekalipun banyaknya laksana buih di lautan." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Muhammad Isa Daud (MID) seterusnya berdialog kepada Jin Islam (JI) mengenai : 

Bagaimana Jin Dan Syaitan Hidup :

MID  : Apakah Iblis itu moyang jin pada umumnya, sebagaiaman Adam a.s. adalah moyang manusia?

JI      : Bukan, bukan. Iblis adalah keturunan jin dan bukan moyang jin.

MID   : Kalau begitu siapa moyang jin?.

JI       : Sejauh yang saya ketahui, Wallahualam, namanya Jan.

MID    : Lalu, bagaimana tentang Iblis laknatullah.

JI       : Dia adalah keturunan Jan. Dia sangat pandai mirip malaikat. Tetapi kemudian ia berperangai buruk dan sombong, sebagaimana yang telah kamu ketahui dari firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,' Sujudlah kamu kepada Adam! Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, lalu dia menderhakai perintah Tuhannya.." (Surah al-Kahfi ayat 50)

Iblis Adalah Moyang Syaitan :

MID   : Ramai orang meyakini bahawa Iblis adalah moyang jin.

JI      : Untuk mereka, saya ada bukti dan dalil al-Quran al-Karim sama sekali tidak mengatakan hal ini. Demikian pula halnya Nabi Muhammad SAW . Bagaimanapun, Iblis adalah moyang syaitan.

MID   : Lantas, apa perbezaan jin dan syaitan?

JI      : Syaitan adalah jin, tetapi tidak setiap jin adalah syaitan.

MID   : Cuba jelaskan lebih lanjut, sebab saya akan menyampaikan hal ini kepada para pembaca buku saya nanti.

JI      : Masalahnya sederhana saja. Iblis kawin dengan jin perempuan menjadi pengikutnya, lalu mereka dianugrahkan keturunan. Keturunan yang berasal dari Iblis inilah yang kemudian disebut syaitan. Mereka memiliki rupa dan bentuk yang bermacam-macam  nauzubillah, yang sebahagian besar memiliki bentuk yang sangat hodoh, atau seperti anjing. Mereka mempunyai kota-kota dan tempat tinggal, biasanya dipadang-padang pasir, gunung-gunung, pulau-pulau terpencil dan dipermukaan laut.

Akan tetapi , sesudah aku masuk Islam, dan terima kasih kepada Ismail, anak pakcikmu, aku boleh mengatakan bahawa semua yang tidak beragama Islam dan tidak melaksanakan ajaran-ajarannya dan tidak mengikut petunjuk Muhammad SAW, adalah syaitan, sekalipun berpenampilan menawan. Tidak peduli dia jin atau manusia. Dalam keadaan seperti ini, Iblis secara majazi, adalah moyang dan bapa spritual mereka.

Bahkan sebaiknya engkau katakan sahaja bahawa Iblis itu adalah pemimpin, moyang sekali gus tuhan bagi golongan jin yang bukan Islam. Mereka semua bergabung di bawah benderanya. Tiap-tiap golongan di antara mereka meyakini betul keyakinan mereka melalui khayalan-khayalan mereka.

MID  : Bagaimana boleh begitu?

JI     : Itu rahsia, aku tidak boleh menyampaikannya kepadamu sekarang. Mungkin lain kali.

Akan ku sampaikan kepadamu sesuatu yang sangat penting. Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat yang besar-besar. Iblis mempunyai wakil-wakil, lima di antara wajib kalian waspadai.

Pertana : Namanya Tsabar.

Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah, baik kematian anak atau kerabat, dan lain-lain. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Di ucapkannya, melalui mulut orang yang tertimpa musibah itu, keluh-kesah dan caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya. Untuk menghindarinya hendaklah engkau mengucapkan :

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Tsabar, yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

Kedua : Namanya Dasim.

Syaitan inilah yang selalu berusaha, dengan sekuat-kuat tenaganya, untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami-isteri, sehingga terjadi perceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Untuk menghadapinya hendaklah engkau mengucapkan :

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Dasin, yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

Ketiga : Namanya Al-A'war.

Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khusus kaum wanita masa kini, betul-betul sangat mengembirakan Iblis di kerajaannya yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinaan berurusan dengan pejabat besar mereka..

Keempat : Namanya Maswath.

Pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar maupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang diselenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

Kelima : Namanya Zalnabur.

Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang mengobarkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

[Dalam buku Akam Al-Marjan karya Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya iaitu : Tsabar, Al-A'war, Maswath, Dasim dan Zalnabur.]

MID  : Saya ingin sesuatu yang baru. Sebab maklumat seperti ini sudah pernah saya baca. Penjelasanmu ini sudah sangat dikenali kami, para manusia.

JI     : Tidak ada masaalah . Aku boleh mengatakan kepadamu puluhan, bahkan ratusan nama syaitan yang menghuni kerajaan Iblis. Tetapi itu tidak penting. Yang penting adalah selalu memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan dan gangguan mereka.

Jin Ada Yang Berusia Ribuan Tahun.

MID  : Apakan kelima-lima pembantu Iblis masih hidup sampai sekarang? Sebab Mujahid sudah menceritakan tentang diri mereka sejak seribu tiga ratus tahun yang lalu.

JI     : Ya, ya mereka masih hidup. Sebab , jin memang dianugrahkan usia panjang. Sebahagian besar kami hidup ratusan tahun, sedang yang lain ribuan tahun.

MID   : Ribuan tahun?

JI      : Ya, di antara kami ada jin yang berusia tiga ribu tahun, ada empat ribu , lima ribu dan enam ribu tahun. Bahkan, ada pula yang usianya mencapai tujuh ribu tahun, walaupun sedikit jumlahnya. Akan tetapi dikalangan syaitan ada yang seperti Iblis, hidup sejak dulu misalnya kelima-lima anak Iblis yang ku sebut tadi. Sampai kini mereka masih hidup.

MID  : Kalau engkau sendiri berapa umurmu?

JI     : Aku masih muda. Usiaku , dibandingkan dengan usia manusia, seperti remaja berusia lima belas tahun atau tujuh belas tahun. Usiaku seratus lapan puluh tahun, yang bila dinisbatkan pada dunia jin, adalah usia remaja.

MID  : Apakah ayahmu masih hidup?

JI     : Tidak , dia telah mati dalam suatu perebutan kekuasaan yang melibatkan dia dan 'tangan-kanannya' ayahku. Nenek-buyutku mati ketika mencuba mencuri-dengar perbicaraan yang ada di langit. Dia dikejar kilatan api dan mati dalam usia mendekati seribu tahun.

[ Al-Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya sebuah hadis dari Aisyah, dari Nabi SAW, katanya, "Para malaikat membicarakan berbagai masalah yang bakal terjadi dibumi, lalu syaitan mencuba mencuri-dengar, lalu memasukkannya ke telinga para dukun yang akan menambahnya dengan ratusan kebohongan.]

[Al-Quran menjelaskan, " Dan sesungguhnya kami (para jin dan syaitan) dahulu menduduki beberapa tempat untuk mendengar-dengarkan (berita dilangit) . Tetapi sekarang, barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengar (seperti itu) pasti akan menjumpai kilatan api yang mengintai (untuk membakarnya)." (Surah al-Jin ayat 9) ]

Tempat Duduk Jin Dan Syaitan.

Tempat tinggal jin adalah di padang-padang pasir yang luas, tempat-tempat terpencil, gunung-gunung, jurang-jurang, gua-gua, hutan-hutan, sebahgian mereka tinggal di atap-atap rumah, bilik-bilik tidur manusia (terutama yang kosong) ataupun dilorong-lorong rumah kita. Syaitan pula suka tinggal ditandas, bilik mandi, parit-parit dan longkang-longkang.

Kebanyakkan jin-jin Islam yang soleh suka tinggal di masjid-masjid dan surau-surau dan juga dirumah-rumah orang Islam yang taat kepada agama, jin yang beragama Kristian suka menghuni rumah orang-orang Kristian, cuma sebahagian besar suka tinggal di gereja-gereja. Demikian pula jin Yahudi suka tinggal dirumah-rumah orang Yahudi. Mereka saling mempengaruhi satu sama lain.

Jin Islam selalu mencari rumah yang penghuninya tunduk kepada Allah SWT, yang betul-betul muslim tidak sekadar ikut-ikutan. Jin Islam adalah makhluk yang betul-betul muslim. Mereka boleh menghafal ajaran-ajaran agama dengan kemampuan yang luar biasa. Kalbu mereka terisi keimanan , jika mereka mendengar bacaan al-Quran, mereka khusyuk mendengarkannya kemudian menangis tersedu-sedu kerana takut kepada Allah SWT.

MID   : Apakah engkau boleh melihat jin yang tinggal dirumah saya?

JI      : Ya, saya boleh melihat mereka. Mereka semuanya alhamdulillah muslim. Di antara mereka adalah Sa'id dan Marjam, dua anak jin perempuan yang bernama Zubaidah. Suaminya bernama Muhammad. Sekarang beberapa jin anak mereka sedang duduk-duduk di atap rumahmu. Mereka boleh disebut pembantu-pembantu rumah yang mengusir mara-bahaya yang akan menimpa penghuninya (dengan izin Allah) sepanjang mereka berpegang teguh kepada ajaran Islam.

MID   : Adakah Muhammad dan saudara-saudaranya itu tidak diganggu oleh burung-burung dan binatang-binatang yang juga menghuni atap rumahku?

JI      : Alhamdulillah, sepanjang hari mereka duduk-duduk seperti itu tanpa terganggu. Ketika engkau menyiapkan makanan , mereka turun dan ikut makan bersama kalian. Ketika kalian selesai makan dan mengangkat piring-piring, mereka mengucapkan alhamdulillah dan pergi lagi, sampai kelak datang malam hari, dan mereka solat dan kembali bertenggek sebentar di atap. Ketika telah letih, mereka turun dan tidur di mana saja, dikerusi, di permaidani, dan diserambi. Kemudian mereka solat tahajud di tengah malam. 

Ketika mereka duduk-duduk di atap, bergayutan di tiang-tiang dan bersandar dimana saja, mereka tidak pernah lupa berzikir kepada Allah SWT dan bertasbih kepada-Nya.

MID  : Tidakkah mereka pernah meninggalkan rumah untuk suatu keperluan, berpergian atau melakukan apa saja yang perlu bagi mereka?

JI     : Ya, mereka datang dan pergi. Bahkan , kadang-kadang mereka pergi di Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah atau di Masjid Nabawi di Madinah. Mereka pergi dan pulang dengan kecepatan laksana kilat.

MID  : Sungguh beruntung rumah ini bagi kami dan bagi mereka.

Bersambung....

(Di petik daripada buku : Dialog Dengan Jin Islam - tulisan Muhammad Isa Daud)