Thursday, June 20, 2013

Soal Jawab Agama Siri 36 (Hikmah Berpuasa, Membayar Fidyah, Sakit Tidak Berpuasa Dan Lain-lain lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 36 adalah menjawab persoalan hikmah berpuasa, membayar fidyah, sakit tidak berpuasa, bersugi semasa puasa dan masukkan air kehidung ketika berwuduk.

471. Soalan :  Bulan Ramadan al-Mubarak telah hampir tiba umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah dengan berpuasa selama sebulan. Bolehkan ustaz terangkan apakah hikmah dan kebaikan berpuasa?


Terdapat banyak hikmah dan kebaikan ibadah puasa yang kita kerjakan di bulan Ramadan yang difardukan oleh Allah SWT,  semoga dengan memahami hikmah dan kebaikan ibadah puasa ini akan menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah SWT, di antaranya ialah:

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamai Al Rayyan. Pintu syurga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa ( puasa zahir dan batin).

Nabi SAW bersabda dalam satu hadisnya yang bermaksud : " Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadan, maka tidak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim).

Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad SAW  sebagai benteng yang kokoh dari seksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari seksa api neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi).

Nabi SAW. menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan mengumpat. (Hadis Riwayat  Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada orang yang puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak kasturi. Sehingga Nabi SAW bersabda maksudnya "Maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi orang yang puasa iaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam menikmati juadah berbuka puasa dengan melahirkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)  


Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesihatan dan kesembuhan dari berbagai  penyakit. “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.”
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Sayyid Muhammad  menegaskan bahawa rahsia kesihatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan bahan-bahan kotor lainnya dari dalam tubuh.
Menurut pandangan beliau puasa ialah cara mendapatkan kesihatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketakwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. 

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah  Al Baqarah ayat 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang AllahSWT  berikan kepada orang yang puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari seksa api neraka. Matanya tidak akan sampai melihat seksaan api neraka dalam bentuk apapun juga. Nabi SAW. bersabda maksudnya :  “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam al-Quran Allah SWT berfirman maksudnya : “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.”
(Surah At Taubah ayat 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (as-saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) kepada  Allah SWT. Makna lawatan, tegas beliau, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) boleh sampai kepada Allah SWT. Lawatan kepada Allah SWT ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilaksanakan  (contoh makan, minum, mendatangi isteri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sayyid Muhammad cuba mentafsirkan ayat 10 dalam Surah Az Zumar : “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” 

Orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tidak terhitung banyaknya dari Zat Yang Maha Pemberi, Allah SWT.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah SWT memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerana  orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. 

Dalam satu hadis  riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, Nabi SAW bersabda maksudnya : “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah SWT kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah SWT menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama seperti dengan orang yang berpuasa itu sendiri walaupun dengan sepotong roti atau seteguk air. 

Dalam satu riwayat Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad dan An-Nasa’i)   

Malaikat meminta ampun kepada Allah SWT untuk orang yang menjamu makanan dan minuman untuk orang yang berpuasa. Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadan meski pun hanya seteguk air. (Hadis Riwayat  Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjemaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan berselawat (memintakan ampunan) baginya.

472. Soalan : Sesiapa yang tidak mampu berpuasa kerana sakit yang kritikal perlu membayar fidyah puasa. Bolehkan ustaz terangkan apakah dia fidyah dan syarat-syarat yang dikenakan fidyah?

Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu :

1. Meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia.

2. Sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. 

3. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada' puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.

Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqada'nya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya:

1. Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada' puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.

2. Seseorang yang menangguhkan qada' puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada' puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.

3. Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada' puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.

4. Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada' puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada' bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya.

5. Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada' puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya.

Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.

6. Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.

7. Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama.

8. Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.

9. Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.

10. Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada' puasa mengikut jumhur ulama.

11. Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada' puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.

Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja.

Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain. Wallahu 'alam.

473. Soalan : Saya ada kemusykilan mengenai bab puasa, ibu sahabat saya telah meninggal 3 tahun lepas, tetapi telah sakit dan uzur 2 tahun sebelumnya dan tidak larat untuk puasa. Persoalannya ialah:

1. Jika anak-anak mahu menggantikannya, bolehkah dibahagi-bahagikan contohnya 60 hari dibahagi kepada 6 orang anak, yakni setiap seorang ganti 10 hari?

2. Jika kita bayar fidyah? Adakah anak-anak masih kena puasa juga? Yakni bayar fidyah+ganti puasa? Atau hanya perlu membayar fidyah dan tidak perlu ganti puasa.
Diharapkan ustaz dapat memberikan sedikit pencerahan.

Qada’ puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia ini ada 2 keadaan :-

1. Seseorang yang belum sempat mengganti puasanya oleh kerana dia berada di dalam keuzuran ketika itu seperti sakit, atau musafir, maka jumhur ulama’ mengatakan, dia tidak memikul apa-apa tanggungan dan tidak dikira berdosa. Dengan kata lain, tidak perlu qada' puasa, kerana baginya, puasa adalah sesuatu kefarduan yang belum sempat ditunaikannya.

2. Jika dia mati dalam keadaan dia boleh mengerjakan puasa ganti, Menurut Mazhab Hanbali, hukum menggantikan puasa bagi waris adalah sunat ataupun mustahab (digalakkan). Menurut Mazhab Syafie (Qaul Jadid) dan Mazhab Hanbali, Wali wajib memberi makan bagi setiap puasa yang ditinggalkannya dengan secupak makanan [al-Fiqh al-Islami, cet ke 3, 2/681]. (Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670 gram.)

Soalan 1 : Hadis dari ‘Aisyah ra :-
“Barangsiapa yang mati dan masih menanggung puasa, maka berpuasalah bagi pihak oleh walinya” -[Hadis Muttafaq 'alaih, al-Lu'lu' wa al-Marjan, ms 704].

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa pewaris hanyalah sunat atau mustahab mengqada’kan bagi pihak ibu atau bapa yang telah meninggal. Waris itu termasuklah anak-anak yang bersedia berpuasa bagi pihak ibu-bapanya. 

Sebagaimana yang dinyatakan, jika dibahagi-bahagikan puasa yang terhutang sebanyak 60 hari dengan 6 orang anak, maka setiap anak bolehlah melakukan 10 hari puasa qada’ bagi pihak ibunya.

Soalan 2 : Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, maka bolehlah membayar fidyah keatas hari-hari yang ditinggalkannya. 

Berkata Syiekh al-Qaradawi :-

“Boleh memberi makan kepada fakir miskin bagi pihak si-mati, dengan menggunakan harta peninggalannya, sebanyak hari-hari yang ditinggalkannya, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah dibayar dengan peninggalannya (hartanya), hutang kepada lebih berhak dibayarkan”. [Fiqh al-Shiyaam, ms 76].

Jawatan Kuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang wanita tua yang tiada berupaya berpuasa didalam bulan Ramadan. Wanita tersebut berkeadaan terlalu tua dan sakit selama 3 tahun. Apa yang perlu dilakukan? Jawabnya :

“Jika begitu situasi yang dijelaskan, wanita tersebut wajib memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari yang dia tidak berpuasa pada bulan Ramadan pada masa 3 tahun tersebut, dengan memberi 1/2 saa’ gandum, kurma, beras, jagung atau apa sahaka makanan ruji (asasi) yang anda memberi makan kepada keluarga.” – [al-Lajnah al-Daa'imah 10/161].

Kesimpulannya, hendaklah membayar fidyah sebanyak hari yang ditinggalkan, dan tidak perlu lagi mengqadha’kan puasa tersebut. Wallahu 'alam

474. Soalan :  Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
 

Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari
dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut. 


475. Soalan: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.? 


Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
 

Wednesday, June 19, 2013

Soal Jawab Agama Siri 35 (Bermusafir di Bulan Ramadan, Larangan Berpuasa Sebelum Ramadan Dan Lain-lain lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 35 adalah menyelesaikan persoalan bermusafir di bulan Ramadan, larangan berpuasa sebelum Ramadan, cara-cara menghayati Ramadan, Solat Terawih dan darjat-darjat puasa.


471. Soalan : Saya terlibat dengan tugasan kerja yang boleh dikatakan kebanyakan hari saya ‘out station’ yang membabitkan perjalanan yang jauh. Kadang-kadang keluar negara. Oleh kerana saya musafir, saya solat jamak dan qasar. Saya baca al-Quran (terjemahan) menyatakan orang musafir pun boleh buka puasa. Saya rasa kadang-kadang amat letih dalam tugas, memang rasa nak buka puasa. Cuma ada orang beritahu saya bahawa orang yang kebanyakan hari musafir seperti pilot kapalterbang atau driver bas tidak boleh buka puasa. Ada pula kata tak boleh buka melainkan jika betul ‘dah teruk’. Lepas itu jika buka pun sekali makan sahaja, lepas itu tidak boleh makan lagi kerana menghormati bulan puasa. Betulkah ustaz apa yang saya nyatakan ini sila huraikan masalah ini?

Saudara, Islam adalah agama Allah yang memberikan kemudahan kepada penganutnya. Ia bukan syariat yang membebankan, bahkan ia satu syariat yang penuh rahmah untuk membolehkan penganutnya taatkan Allah dalam kadar yang mereka mampu. Solat jamak dan qasar, begitu juga iftar (berbuka puasa) semasa musafir adalah antara ‘rukhsah’ (kelonggaran) yang Allah berikan untuk hamba-hambaNya. Berhubung dengan hukum berbuka puasa semasa bermusafir maka saya jawab seperti berikut; 


1. Keizinan iftar (berbuka puasa) apabila seseorang itu bermusafir adalah dari nas al-Quran dan as-Sunah, bukan pendapat mana-mana pihak. Maka, tiada siapa yang boleh membatalkan keizinan yang tertinggi ini. 

Firman Allah (maksudnya) : “..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah ayat 185).

Ayat ini memberikan keizanan untuk mereka yang bermusafir berbuka puasa. Maka ia merangkumi setiap yang bermusafir, samada dia sering bermusafir, atau jarang bermusafir, tidak menjadi persoalan. Keizinan diberikan kepada sesiapa yang bergelar musafir. Ertinya, apabila dia boleh mengqasarkan solat kerana musafir, dia juga mendapat kelonggaran berbuka puasa pada bulan Ramadan.

2. Samada dia merasa beban dalam musafirnya ataupun tidak, dia tetap mendapat kelonggaran berbuka. Ini kerana ‘illah (paksi) hukum dalam hal ini adalah safar (permusafiran). Sekalipun mungkin di zaman kini bagi yang menaiki kapalterbang mewah tidak merasai apa-apa beban, namun dia tetap dikira sebagai seorang musafir, maka dia mendapat kelonggaran ini. Apa yang penting, dia wajib menggantikannya pada hari-hari lain.

3. Pada asalnya, kelonggaran bererti dia mempunyai pilihan. Jika dia mahu dia boleh mengambil kelonggaran tersebut dan digantikan puasa pada hari yang lain. Jika dia enggan dia boleh terus berpuasa. 

Daripada Anas bin Malik r.a, katanya: “Aku bermusafir bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan. Orang yang berpuasa tidak mempertikaikan yang berbuka, dan yang berbuka pula tidak mempertikaikan yang berpuasa” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, bagi seseorang yang bermusafir semasa Ramadan dia boleh membuat pilihan yang paling baik untuk dirinya. 

Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah SAW : “Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi SAW “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Hadis Riwayat Muslim)

4. Para ulama berbeza pendapat tentang manakah lebih afdal ketika bermusafir; puasa atau berbuka. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa jika puasa tidak menjadi bebanan, maka berpuasa lebih baik. Ini kerana dalam hadis Jabir r.a:

“Bahawa Rasulullah SAW keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghanim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya” (Hadis Riwayat Muslim).

Dalam hadis ini menunjukkan, jika tidak kerana bebanan ke atas para sahabah, tentu baginda terus berpuasa. Dalam riwayat Muslim juga menyebut dalam peristiwa di atas baginda memarahi mereka yang enggan berbuka setelah baginda berbuka. Baginda menyebut: “Mereka itu menderhaka! Mereka itu menderhaka!”.

5. Adapun jika puasa menjadi beban sehingga boleh membawa mudarat, maka seseorang wajib membuka puasanya. Nabi SAW melarang para sahabah berpuasa sehingga memudaratkan diri. Ini seperti hadis di atas yang mana Nabi SAW menyatakan bahawa mereka yang enggan berbuka puasa sekalipun telah menjadi bebanan kesusahan kepada diri itu sebagai menderhakai arahan atau teladan baginda SAW. 

Dalam riwayat al-Bukhari: “Rasulullah SAW. dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa?. Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir!”.

Maka hendaklah sesiapa yang merasakan dirinya terbeban sehingga memudaratkan kesihatan atau keadaannya, maka dia wajib membuka puasa.

6. Jika Nabi SAW menyuruh membuka puasa apabila bimbang mudarat atau bebanan yang terlalu berat untuk dirinya secara individu, sudah pasti dia lebih patut membuka puasa jika memudarat pihak-pihak lain. Ini seperti pemandu kenderaan awam yang jika mereka berpuasa boleh menghilangkan tumpuan mereka dalam perjalanan seterusnya boleh mengundang kemalangan, maka mereka hendaklah berbuka puasa. Jika ia tidak mengganggu tugas dan mengancam keselamatan awam, maka mereka tidak diwajibkan berbuka, namun mempunyai pilihan.

7. Dikiaskan dalam hal ini, mereka yang sakit yang mungkin akan menjadi mudarat jika terus berpuasa, maka mereka wajib berbuka. Jangan ada yang membahayakan diri dengan meninggalkan rawatan dan ubat semata-mata kerana ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Allah yang mewajibkan puasa Ramadan itu, Allah itu juga telah mewajibkan berbuka bagi hamba-hambaNya yang dalam mudarat. Maka taatilah Allah dalam kedua arahan tersebut. Apa yang penting, wajib menggantinya apabila mampu, atau membayar fidyah bagi yang terus tidak berkemampuan.

8. Para ulama seterusnya berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa. Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian. Kata Abdullah bin Masud r.a: “Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan.

9. Namun, hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, namun orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah. Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan. Islam agama yang berusaha mengelakkan fitnah dan salah sangka dalam kalangan manusia.

10. Maka, seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor musafir ini –seperti perbahasan di atas-, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain.

472. Soalan : Saya ada mendengar tazkirah daripada seorang penceramah, beliau mengatakan bahawa terdapat larangan berpuasa  sehari atau dua hari sebelum Ramadan. Minta ustaz huraikan maksud larangan tersebut?

Memang benar terdapat hadis Nabi SAW yang melarang umat Islam berpuasa satu atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW : 
Ù„Ű§َ ŰȘَقَŰŻَّمُÙˆŰ§ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ ŰšِŰ”َوْمِ يَوْمٍ وَÙ„Ű§َ يَوْمَيْنِ


Maksudnya : “Janganlah mendahulukan Ramadan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” (Hadia Riwayat Muslim no. 1082)
 
Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, berpuasa di akhir bulan Syaaban ada tiga bentuk:

Pertama : Jika berniat dalam rangka berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas terlarang.

Kedua : Jika berniat untuk berpuasa nazar atau mengqada' puasa Ramadan yang belum dikerjakan, atau membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.

Ketiga : Jika berniat berpuasa sunat semata-mata maka ulama yang mengatakan harus ada pemisah antara puasa Syaaban dan Ramadan melarang hal ini walaupun itu sesuai kebiasaan dia berpuasa, di antaranya adalah Imam Hasan al-Basri.

Namun yang lebih jelas dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan ataukah tidak. Ini berdasarkan maksud hadis di atas.  Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadan adalah kebiasaan dia berpuasa –seperti puasa Isnin-Khamis, maka itu dibolehkan. Namun jika tidak, itulah yang terlarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan Al-Auza’i. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 257-258)

Kenapa ada larangan mendahululan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadan?

1.  Jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan adalah dalam rangka hati-hati, maka hal ini terlarang agar tidak menambah hari berpuasa Ramadan.

2. Semoga memisahkan antara puasa wajib dan puasa sunat. Memisahkan antara amalan yang wajib dan sunat adalah sesuatu yang disyariatkan. Sebagaimana Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melarang menyambungkan solat wajib dengan solat sunat tanpa diselangi dengan salam atau zikir terlebih dahulu.(Lihat Lathoif Al Ma’arif, 258-259)

473. Soalan :  Apakah cara terbaik untuk saya menghayati bulan Ramadan dan menambah amalan di dalamnya?

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadan diturunkan padanya Al Quran, sebagai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil).”


Sesuai dengan bulan Al-Quran ini, maka penghayatannya melibatkan tiga cara:


1. Berusaha membanyakkan amal baik dengan tujuan mengukuhkan keimanan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.


2. Mempertingkatkan ilmu, melalui pembacaan dan pengkajian Al-Quran, serta mempelajari sejarah baginda Rasulullah S.A.W.


3. Menghayati nilai murni yang ditunjukkan dalam Al-Quran, terutama dari sudut akhlak. Tingkah laku kita sebagai orang yang beriman harus mencerminkan akhlak mulia yang diajar dalam kitab tersebut.


Penghayatan bulan Ramadan dan Al-Quran tidak terbatas dalam lingkungan solat dan puasa secara ritual sahaja. Malah, lebih dari itu, kita mesti menghayatinya dalam setiap aspek kehidupan seharian dan melahirkannya dalam tingkah laku, pertuturan dan gerak hati kita.


 474. Soalan : Saya ingin menunaikan solat terawih di bulan Ramadan. Bagaimana caranya?

Solat terawih adalah sangat digalakkan pada malam-malam Ramadan. Ia adalah ibadat khusus di dalam bulan Ramadan, dan tidak dilakukan pada bulan-bulan lain.


Masanya adalah setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Namun, boleh dikerjakan bersendirian juga.


Solat terawih boleh dilaksanakan sebanyak 8 rakaar, 20 rakaat atau 36 rakaat, setiap 2 rakaat dengan satu salam. 


Cara menunaikannya adalah sama seperti solat sunat biasa (seperti sunat qabliyah (sebelum) atau ba’diyah (selepas) bagi solat fardu lima waktu).

Menurut hadis Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. maksudnya: “Adalah Rasulullah S.A.W sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal dimalam-malam bulan Ramadan, hanya baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda S.A.W bersabda: “Sesiapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah S.W.T, nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu.” 


475. Soalan : Menurut Imam al-Ghazali terdapat tiga darjat puasa yang dilakukan oleh umat Islam iaitu Puasa Umum, Puasa Khusus dan Puasa Khususul Khusus. Saya minta dihuraikan maksud ketiga-tiga darjat puasa tersebut?


Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

1. Puasa Umum : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

2. Puasa Khusus : iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

3. Puasa Khususul Khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

Jadi puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.

Soal Jawab Agama Siri 34 (Doa Nabi Yunus a.s, Keberkatan, Doa Pergi Masjid dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 34 adalah menjawb persoalan mengenai doa Nabi Yunus a.s, keberkatan dalam Islam, doa pergi masjid, bersalaman dengan bakal mak mertua dan najis tahi cicak.

466.Soalan : Di dalam al-Quran terdapat banyak doa-doa yang diucapkan para Rasul untuk memohon keampunan kepada Allah SWT. Bolehkan ustaz terangkan sedikit fadilat doa Nabi Yunus a.s. yang terdapat di dalam al-Quran?

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran kepada para pendakwah bahawa tugas menyeru manusia kepada akidah tauhid dan kebenaran  Islam perlu kepada kesabaran , istiqamah dan ketenangan. Seorang pendakwah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan dakwah sedangkan hasilnya adalah urusan Allah SWT.


Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya : “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap :
"Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)

Tidak ada seorang pun yang mengetahui  perasaan dalam diri Nabi Yunus a.s. selain Allah SWT. Nabi Yunus a.s. cukup marah kepada kaumnya kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam keadaan demikian, baginda meninggalkan kaumnya.


Doa Nabi Yunus a.s. yang dinukilkan di dalam al-Quran adalah :
"Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.) 


Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan fadilat doa Nabi Yunis a.s. :


“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s. “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzalimin.”

467. Soalan :  Solat berjemaah di masjid adalah solat yang sangat dituntut kerana fadilatnya 27 darjat lebih baik daripada solat bersendirian dirumah. Bolehkan ustaz jelaskan doa untuk pergi ke masjid?


Apabila mendengar seruan azan untuk solat fardu maka terdapat doa yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk di amalkan untuk kita bersiap-siap ke masjid. Doa tersebut adalah seperti berikut :


Maksudnya : "Ya Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, perbesarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untukku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku. Ya Allah, ciptakanlah cahaya untukku dalam kuburku … dan cahaya dalam tulangku. Tambahkanlah cahaya untukku, tambahkanlah cahaya untukku, tambahkanlah cahaya untukku" (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 695)
 
Nabi SAW mengajarkan kepada kita bahawa apabila kita berniat untuk ke masjid untuk solat fardu maka berdoalah kepada Allah SWT supaya diri kita diliputi cahaya, bermula daripada hati kita (hati adalah raja punca segala kebaikan ) kemudian lidah kita (supaya lidah membaca al-Quran, menyampaikan ilmu dan mengajak kebaikan), pendengaran kita (supaya telinga banyak mendengar perkara baik, majlis ilmu dan bacaan al-Quran), penglihatan kita (supaya mata digunakan untuk melakukan ketaatan).

Kemudian kita memohon kepada Allah SWT memberikan cahaya kepada 6 dimensi (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) kenapa perlu kepada 6 dimensi? Ini adalah kerana iblis berjanji di hadapan Allah SWT agar dia akan menggoda anak cucu Adam dalam semua arah. Oleh itu kita minta perlindungan Allah SWT daripada godaan dan hasutan iblis dan syaitan. Cahaya yang meliputi 6 dimensi akan menjadi penghadang dan pendinding daripada gelombang buruk yang dibawa oleh iblis dan syaitan.

Iblis telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia dari setiap penjuru hidup, dari depan ,dari belakang,  dari kanan, dan dari kiri.

468. Soalan : Apakah maksud berkat di dalam Islam ? Dan apakah tanda-tanda  terdapat keberkatan pada umur , rezeki dan ilmu?

Perkataan berkat (barakah) bermaksud  perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya maksud berkat  (barakah) disini adalah memohon restu dari Allah SWT agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Berkat ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah SWT..

Firman Allah SWT :

وَنَŰČَّلْنَۧ مِنَ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥِ مَۧۥً مُŰšَۧ۱َكًۧ
 

Maksudnya "Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" (Surah Qaaf ayat 9)

Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah SWT kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah SWT memberi pertolongan, rahmat dan  keberkatan dalam kehidupan . 

1. Keberkatan pada umur :

Tanda-tanda keberkatan pada umur adalah  semakin panjang umur maka semakin banyak amal soleh dan amal kebajikannya dan meninggalkan dosa dan maksiat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

2. Keberkatan pada rezeki :

Tanda keberkatan pada rezeki walaupun sedikit tetapi mencukupi. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah SWT
 

Apabila kita mensyukuri rezeki Allah SWT maka Allah SWT akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.
 

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya, “ Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang. ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 

Setiap Mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rezeki adalah ketentuan Allah SWT . Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

 

Kita sering mendengar berita orang kaya rezekinya melimpah ruah tetapi hidup keluarganya porak peranda, anak-anaknya menjadi penjenayah dan penceraian berlaku di antara suami istari. Ini menunjukkan tidak ada keberkatan rezeki yang mereka perolehi ada sesuatu yang tidak kena maka berlakulah keadaan seperti ini.
 

Kita juga mendengar suatu keluarga yang pendapatannya kecil menanggung anak-anak yang ramai tetapi anak-anaknya menjadi insan yan berakhlak mulia dan berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Ini menunjukkan ada keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
 

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah telah berfirman, “ telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi ( pengedar ) rezeki kepada bani Adam : mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim)
 

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului Kemurkaan-Nya. Dan pastikan sumber rezeki yang kita perolehi dari sumber yang halal dan tidak meninggalkan suruhan Allah SWT semasa mencari rezeki , rezeki yang diperolehi akan diberkati dan hidup kita akan sentiasa mendapat rahmat Allah SWT .


3. Keberkatan Pada Ilmu :

Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i ( ilmu Islam ). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah SWT. dan Rasulullah SAW. , ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “ Ilmu yang muktabar menurut syara ’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka ”.

 

Mengenai ilmu pengetahuannya yang bermanfaat kepada orang lain. Dengan kata lain, segala ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menambahkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya. Antara lain, seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut.
Ilmu yang berkat adalah ilmu yang difahami, dilaksanakan dan disampaikan pada orang lain. Ilmu yang berkat juga akan mendekatkan diri kita kepada Allah SAW


469. Soalan :  Saya nak tanya apakah hukum seorang lelaki salam tangan bakal mak mertua?

Dalam perkara ini, lelaki tersebut dilarang untuk bersalaman dengan bakal mak mertuanya tanpa sebarang lapik. Hal ini adalah kerana hubungannya dengan wanita tersebut adalah seperti mana hubungannya dengan bakal isterinya (ajnabia/asing). 

Walau bagaimanapun,  selepas bernikah dengan bakal isterinya, hubungannya dengan mak mertuanya adalah sama seperti mana hubungannya dengan mak kandungnya sendiri, iaitu hubungan yang mahram (tidak boleh berkahwin dengannya buat selama-lamanya) kerana telah bernikah dengan anaknya. 

Demikianlah sistem perhubungan di dalam sebuah keluarga Islam. ia begitu menjaga status setiap individu yang berperanan di dalam keluarga tersebut. sebagai contohnya tahap ayah dan ibu mertua disamakan seperti ayah dan ibu kandung. Bersentuhan kulit dengan mereka tidak menyebabkan terbatalnya wuduk, dan seorang menantu tidak boleh berkahwin dengan mertuanya buat selama-lamanya kerana status mereka dengannya adalah seperti hubungan seorang ayah dengan seorang anak begitu juga sebaliknya. 

470. Soalan :  Saya nak tanya.adakah batal wuduk jika kita terpijak najis cicak?
 
Dalam persoalan ini, wuduk saudara tidak terbatal. Ini adalah kerana memijak tahi cicak ataupun apa jua jenis najis sekalipun tahi manusia tidak akan menyebabkan wuduk terbatal.

Apa yang perlu saudara lakukan hanyalah mencuci/membasuh tahi tersebut sehingga hilang sifat-sifatnya dan ciri-ciri najis seperti warna, bau dan juga rasanya (guna deria sentuhan). 

Jika tahi manusia adalah najis muralazah, basuh hingga bersih dan hilang bau, rasa dan warnanya.

Setelah sifat najis hilang dan sertu telah dilakukan, saudara boleh terus bersolat ataupun menyentuh al-Quran.

Tuesday, June 18, 2013

Mengajak Manusia Ke Jalan Hidayah Merupakan Bekalan Pahala Di Akhirat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka. (Hadis Riwayat Muslim  no.6980)

Huraiannya :


Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bagaimana seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal. 

Segalanya adalah adil dan saksama malah dilipat-gandakan lagi oleh Allah SWT.  Ganjaran inilah yang akan menjadi saham di akhirat yang besar untuk kita semua.

Nabi SAW bersabda maksudnua : “Demi Allah, jikalau Allah memberikan petunjuk kepada seseorang disebabkan kamu, maka itu lebih baik untukmu daripada unta-unta merah.” (Hadis Muttafaq alaih.)

Dalam hadis yang lain baginda bersabda maksudnya, “ Barangsiapa yanng mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” (Hadis Riwayat Muslim)


Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. Konsep ganjaran pahala juga menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan di dunia ini. .
 

Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul a.s. Walaupun menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)" (Surah Yunus ayat 72)
 

Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama. 


Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing). (Surah al-Taghabun ayat 2)
 

Rasulullah SAW  juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.
 

Marilah kita berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita mahu keuntungan berlipat-ganda dalam bentuk wang dan harta, maka sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat-ganda dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.

Soal Jawab Agama Siri 33 (Doa ketika bersama isteri, Qarin manusia, Amalan Fitrah Dan Lain-lain lagi)


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 33 adalah menjawab persoalan mengenai doa ketika bersama isteri, Qarin manusia, amalan fitrah, merubah ciptaan Allah dan tabaruj.

461. Soalan : Apakah doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ketika bersama isteri (berjimak). Jika membaca doa tersebut apa kebaikan yang akan kita perolehi?

Nabi SAW mengajarkan kita membaca doa perlindungan daripada gangguan syaitan.

Doanya seperti berikut;


ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… ŰŹÙ†ŰšÙ†Ű§ Ű§Ù„ŰŽÙŠŰ·Ű§Ù† ÙˆŰŹÙ†Űš Ű§Ù„ŰŽÙŠŰ·Ű§Ù† Ù…Ű§ ۱ŰČقŰȘÙ†Ű§

Maksudnya: “Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.”

Jika kita membaca doa ini syaitan akan menjauhkan dirinya dan jika ditakdirkan oleh Allah SWT mendapat zuriat maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya.
 

Dari Ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), " Sekiranya salah seorang di antara kamu bermaksud mendatangi (mencampuri) isterinya, maka hendaklah dia mengatakan,'Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau anugerahkan kepada kami, 'Sebab, kalau Allah menakdirkan lahirnya seorang anak dari hubungan itu, maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tetapi jika seseorang itu berjimak sedangkan dia tidak membaca doa,  syaitan akan bersama-sama melakukan perseggamaan bersamanya.

Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila seseorang mencampuri (berjimak) isterinya tanpa menyebut nama Allah, maka jin akan bergabung dengannya dan melakukan persenggaman bersamanya." (Di riwayatkan oleh Ibn Jarir Ath-Thabariy dalam Tafsirnya, dan oleh Al-Hakim dan At-Tirmidzi dalam Nawadir Al-Ushul)

462. Soalan : Apabila lahir sahaja anak Adam ke dunia Allah SWT akan hadirkan bersama-samanya Qarin dikalangan jin. Bolehkah ustaz terangkan siapakah Qarin yang sebenarnya dan apakah tugasnya?
 

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin kafir) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Tugas Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan Qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda SAW.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: 'Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong'. (Allah berfirman) : 'Janganlah kamu bertengkar dihadapan-Ku, dan sungguh, dahulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu.'. Keputusan-Ku tidak dapat diubah dan Aku tidak menzalimi hamba-hamba-Ku."
(Surah Qaf ayat 27-29)

Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(Qarin) jin (syaitan) yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata : "Ibn Abbas r.a, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'jin (syaitan)' yang ditugaskan berdamping dengannya".

Disifatkan bahawa Qarin ini pada hari kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman Allah S.W.T. menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia.

463. Soalan : Apakah amalan fitrah yang digalakkan oleh Islam untuk dilakanakan oleh umatnya?

Hadis Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

ŰźَمْŰłٌ مِنْ Ű§Ù„ْفِŰ·ْ۱َŰ©ِ Ű§Ù„ْŰźِŰȘَŰ§Ù†ُ وَŰ§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰ­ْŰŻَۧۯُ وَنَŰȘْفُ Ű§Ù„ْŰ„ِŰšْŰ·ِ وَŰȘَقْلِيمُ Ű§Ù„ْŰŁَŰžْفَۧ۱ِ وَقَŰ”ُّ Ű§Ù„ŰŽَّۧ۱ِŰšِ

Maksudnya : “Lima hal yang termasuk fitrah iaitu: khitan (berkhatan), mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai.”
(Hadis Riwayat Bukhari (6297 - Fathul Bari), Muslim (3/257 - Nawawi), Malik dalam Al-Muwatha (1927), Abu Daud (4198), At-Tirmidzi (2756), An-Nasa'i (1/14-15), Ibnu Majah (292), Ahmad dalam Al-Musnad (2/229) dan Al-Baihaqi (8/323)

Masa paling lama untuk servis 4 perkara adalah tidak melebihi 40 malam.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Hadis Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan berkhatan, mencukur bulu kemaluan, cabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.

464. Soalan : Apakah hukumnya jika wanita membuat tahi lalat tiruan, menipiskan bulu kening, meratakan gigi, menggunakan botox untuk mencantikkan wajah dan melakukan pembedaham plastik untuk memancungkan hidung dan membesarkan payu dara?
 

Kesemua perbuatan tersebut adalah haram kerana cuba merubah ciptaan Allah SWT.

Ibnu Mas’ud ra berkata; “Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”.  Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?”  Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah SAW; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah SWT berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wanita mukmin tidak perlu mencantikakan wajahnya dengan perkara-perkara yang dilarang oleh agama memadailah menserikan wajah dengan sentiasa berwuduk, banyak membaca al-Quran dan solat malam. Jika hati bersih daripada hasad dengki, iri hari , sentiasa tersenyum dan berfikiran positif sebenarnya inilah faktor yang akan melahirkan wajah yang ceria, bercahaya dan awet muda.

465. Soalan : Apakah hukumnya jika wanita keluar rumah bersolek berlebih-lebihan  hingga merubah wajahnya yang asal dan apakah maksud bertabaruj bagi wanita?

Wanita mukmin dilarang apabila keluar rumah dengan bersoleh berlebih-lebihan kerana perbuatan tersebut menyamai perbuatan semasa zaman jahiliah.

Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan;
 

“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang boleh merangsang syahwat laki-laki…

Sedangkan sifat-sifat tabarruj di zaman jahiliyah ada beberapa pendapat;

Pertama; seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki.  Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid.

Kedua, wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya dan genit.  Ini adalah pendapat Qatadah.

Ketiga, wanita yang memakai wangian.  Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih.

Keempat, wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia memakainya, dan berjalan di tengah jalan.  Ini adalah pendapat al-Kalabiy.

Kelima, wanita yang memakai tudung terlalu kecil dan nipis dan tidak menutup dada-dada hingga menampakkan warna kulit dan rambut mereka.

Perbuatan yang termasuk Kategori Tabarruj

1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat

Wanita yang mengenakan pakaian tipis, atau memakai seluar jean yang ketat dan merangsang termasuk dalam kategori tabarruj.

2. Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Nabi SAW bersabda; “Setiap wanita yang memakai wangian,  janganlah ia mengerjakan solat ‘Isya’ bersama kami.”(Hadis Riwayat Muslim)

3. Berhias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)

Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya.  Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj.   Dalam sebuah hadis diriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya; “Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” (Hadis Riwayat  Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaai)

4. Berdandan Berlebihan

Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya.  Misalnya, memakai bedak denggan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menjolok dan sebagainya.   Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif.  Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”

5. Membuka Sebahagian Aurat

Wanita yang memakai tudung tetapi memakai baju kemeja T lengan pendik,  bertudung tetapi terlalu kecil dan nipis kainnya atau memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan, dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.
 

6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi



Sunday, June 16, 2013

Soal Jawab Agama Siri 32 (Doa Di antara Dua Sujud, Rukun Solat, Solat Istikharah Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, Soal Jawab Agama Siri 32 adalah menjawab persoalan mengenai huraian doa di antara dua sujud, rukun solat, solat istikharah, waktu-waktu dilarang solat dan perkara-perkara yang menyebabkan solat di tolak.


456. Soalan :  Semasa kita membaca doa di antara dua sujud iaitu :(Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii )
Bolehkan ustaz huraikan tujuh doa tersebut kepada Allah SWT?

Doa di antara dua sujud sunat dibaca :

Maksudnya: "Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."


Huraiannya:

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Semasa berdoa minta Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa kita samaada dosa kecil atau dosa besar.

 Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰžَلَمْŰȘُ نَفْŰłِي Űžُلْمًۧ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ ، وَÙ„Ű§ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ Ű„ِÙ„Ű§ ŰŁَنْŰȘَ , فَۧŰșْفِ۱ْ لِي مَŰșْفِ۱َŰ©ً مِنْ ŰčِنْŰŻِكَ ، وَۧ۱ْŰ­َمْنِي Ű„ِنَّكَ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ
 

Allāhumma inni áș“alamtu nafsÄ« áș“ulman kaáčĄÄ«rā, wa lā yaghfiruáș“ áș“unĆ«ba illa anta, faghfirlÄ« maghfiratan min ‘indik, waráž„amnÄ« innaka antal GhafĆ«rur Raáž„Ä«m”

Maksudnya : “Ya Allāh, sungguh aku telah banyak menáș“ālimi diriku, dan tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka, ampunilah aku dengan ampunan/maghfirah dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Lihat Fāáč­ul-BārÄ« [2/369] dan Syarh Muslim li an-NawawÄ« [8/296])


Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Setiap daripada kamu ialah orang yang berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah orang yang bertaubat.” (Hadis Riwayat Ahmad)

2) Warhamni (rahmati aku)

Mohon kepada Allah SWT semoga Dia memberi rahmat kepada kita di dunia dan akhirat. Manusia akan dimasukkan kedalam syurga adalah dengan rahmat Allah SWT. 

"Dan jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87).

"Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)"." (Surah al-Kahfi ayat 10)


3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Mohon kepada Allah SWT semoga Dia menutup aib kita samaada ketika di dunia dan akhirat.

Nabi SAW bersabda maksudnya :“Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi).

4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Mohon kepada Allah SWT semoga  mengangkat darjat kita sebagaimana Dia mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan berilmu. 

Firman Allah SWT yang bermaksud, "...Allah akan mengangkat (darjat)  dikalangan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat."(Surah al-Mujaadalah ayat 11)

Allah SWT juga menaikkan 27 darjat bagi sesiapa yang solat berjemaah berbanding solat bersendirian.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)". (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Mohon Allah SWT murahkan rezeki kita jika ada dilangit turunkanlah, jika ada dibumi keluarkanlah, jika ada di lautan naikkalah, jika jauh dekatkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah,  jika haram halalkanlah dan jika sukar permudahkanlah.

Nabi SAW telah bersabda maksudnya : Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki.”(Hadis Riwayat Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

 "Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan kepadaku." (Hadis Riwayat Tirmizi)


6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Berdoa dan mintalah kepada Allah SWT petunjuk yang benar supaya kekal dalam iman dan Islam.

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu." (Hadis Riwayat Muslim)

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu." (Hadis Riwayat Tirmizi)
 
7) Wa’aafinii (sihatkan aku)

Mohon kepada Allah SWT semoga Dia jauhkan kita daripada sebarang penyakit, samaada penyakit hati atau penyakit fizikal. Otak yang sihat lahir dari badan yang sihat.

 "Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakan" (Hadis Riwayat Muslim)


"Ya Allah, ya Tuhanku, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku." (Doa dalam kitab Zikir al-Mathurat)


457. Soalan : Apkah rukun-rukun dalam solat, jika tertnggal salah satu daripada rukun tersebut adakah sah solat?

Terdapat 13 rukun dalam solat. Jika tertinggal salah satu daripada rukun tersebut maka solatnya tidak sah.

Rukun-rukun tersebut adalah seperti berikut :

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring 


Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
 

2. Niat dalam hati 

Niat dalam ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


3. Takbiratul ihram.

Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Nabi SAW  memulai solat baginda dengan ucapan Allahu Akbar. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim pula telah disebutkan bahawa Nabi SAW  mengangkat suaranya ketika bertakbir sehingga didengari oleh makmum dibelakangnya.


Justeru, para ulama telah menyatakan bahawa bagi seseorang imam, disunatkan baginya untuk menguatkan takbiratul ihramnya sehingga boleh didengari oleh makmum dibelakangnya, manakala bagi seseorang yang menunaikan solat secara bersendirian, maka memadai baginya untuk memperdengarkan takbiratul ihram itu untuk dirinya sahaja (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh oleh Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayliy 1/631).

Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan  takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati.


Sebelum membaca fatihah disunatkan membaca doa iftitah :
Sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:


Ù„Ű§َ ŰȘَŰȘِمُّ Ű”َÙ„Ű§َŰ©ٌ Ù„ŰŁَŰ­َŰŻٍ مِنْ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ Ű­َŰȘَّى يَŰȘَوَ۶َّŰŁَ فَيَ۶َŰčَ Ű§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄَ يَŰčْنِي مَوَۧ۶ِŰčَهُ Ű«ُمَّ يُكَŰšِّ۱ُ وَيَŰ­ْمَŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰŹَلَّ
وَŰčَŰČَّ وَيُŰ«ْنِي Űčَلَيْهِ وَيَقْ۱َŰŁُ Űšِمَۧ ŰȘَيَŰłَّ۱َ مِنْ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ.
 

"Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah baginya (dihafalnya) (Hadis Riwayat Abu Daud ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.)

4. Membaca Al-Fatihah.

Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) berkata hadis daripada Nabi SAW bersabda: "Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi barangsiapa (yang) tidak membaca dengan al-Fatihah al-Quran."(Hadis riwayat Nasa’i, Termidzi dan Muslim)


5. Rukuk.

"Diriwayatkan dari Hudzaifah ra, beliau berkata, "Aku pernah solat bersama Nabi SAW. Lalu baginda membaca subhana robbiyal adzimi dalam rukuknya. Dan ketka sujud membaca subhana rab al-a'la. Dan setiap baginda membaca ayat rahmat, Nabi SAW diam lalu berdoa (agar rahmat tersebut diberikan kepadanya), sedangkan pada saat membaca ayat tentang seksa Allah SWT (adzab) baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah SWT." (Sunan al-Darimi, no 1273).


Kedua hadis ini tidak menyebutkan kata-kata wabihamdihi.Tetapi dalam riwayat yang lain Nabi SAW pernah membaca wabihamdihi


"Rabi' bin Nafi' menceritakan kepada kami, dari Uqbah bin Amir ra, beliau berkata: Bertasbihlah kamu kepada Tuhanmu Yang Maha Agung," Rasulullah SAW lalu bersabda, "Jadikanlah bacaan itu dalam setiap rukukmu." 


Manakala turun ayat "Bertasbihlah kepada Tuhanmu Yang Maha Tinggi," 

Rasulullah kemudian bersabda, kerjakanlah perintah itu dalam setiap sujudmu." (ada riwayat lain) bahwa Ahmad bin Yunus menceritakan kepada kami sebuah hadis yang diriwayatkan dari Uqbah bin Amir ra dengan kandungan yang sama, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW kalau rukuk baginda mengucapkan subhana robbi al- adzimi wa bihamdihi tiga kali." (Sunan Abi Dawud, no 736).

Dari sini menjadi jelas bahwa Rasulullah SAW juga menambahkan wabihamdihi di dalam rukuk dan sujudnya.


Di dalam ruku membaca :


Subhaana rabbiyal azhim wabihamdihi (3x)


Maksudnya : Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


6. I‘tidal selepas rukuk.

I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:


Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")


Dari Abu Hurairah ra berkata : Bahwasanya Nabi SAW bersabda : “Apabila imam membaca “Sami’allahu liman hamidahu” (Allah Maha mendengar bagi siapa yang memuji-Nya), maka bacalah : “Allahumma Robbanaa lakal hamdu” (Ya Allah Tuhan kami hanya kepada Engkaulah segala puji), karena sesungguhnya barangsiapa yang bacaannya bersamaan dengan bacaan malaikat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah berlalu."(Hadis riwayat Bukhari)


I‘tidal bermaksud bangkit daripada rukuk dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah.


Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
 

7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat

Sujud dua kali dalam setiap rekaat maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud.

Bacaan dalam sujud:


Subhaana rabbiyal a'la wabihamdihi (3x)


Maksudnya : Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Dari Ibnu Abbas ra, berkata : Nabi SAW bersabda : "Aku diperintah sujud diatas tujuh tulang dan dahi, dan baginda memberi isyarat dengan kedua tangannya ke hidung baginda, kedua tangannya, kedua lututnya dan kedua ujung kakinya, dan kami tidak menggabung pakaian dan rambut".(Hadis Riwayat Bukhari)


Ketika melakukan duduk antara dua sujud itu, disunatkan membaca doa:

(Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii )


Maksudnya: "Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."


Doa seumpama ini diriwayatkan dalam beberapa hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, di antaranya yang bermaksud :


"Daripada Ibnu ‘Abbas sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ketika duduk antara dua sujud: "Ya Allah! Ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, berilah aku petunjuk dan kurniakanlah aku rezeki." Manakala di dalam riwayat Ibnu Majah (ditambah): "Angkatkanlah kedudukanku." (Hadis riwayat At-Tirmidz)
 

Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke kiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir.

Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

 
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi Wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir adalah wajib dibaca.

Diriwayatkan hadis daripada ‘Abdil Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahil bin Sa’din as-Sa’idi (r.a), hadis daripada bapanya, hadis daripada datuknya, (kata datuknya) daripada Nabi SAW bersabda: "Tiada solat bagi barangsiapa yang tiada wuduk, tiada wuduk bagi barangsiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ semasa berwuduk, dan tiada solat bagi barang siapa yang tidak berselawat atas Nabi, dan tiada solat bagi orang yang tidak sukakan orang ansar.’ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


12. Memberi Salam

Menoleh ke kanan dan ke kiri. Setelah selesai tahiyyat,  memberi salam dengan membaca:
Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)


Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir.

 
13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.


458. Soalan :Saya telah mendapat dua tawaran untuk belajar di universiti, satu di dalam negeri dan satu lagi di luar negara. Kedua-dua tempat saya minat, saya jadi serba-salah yang mana satu yang lebih baik untuk saya buat pilihan. Bolehlah ustaz beri panduan apakah cara yang patut saya lakukan?

Apabila saudara menghadapi masaalah untuk membuat dua pilihan manakah satu yang paling baik, maka Islam menganjurkan saudara buat solat istikharah .

Rasulullah SAW. telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan Allah SWT dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan, sama ada yang kecil mahupun besar, agar beroleh kebaikan. Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah berupa meramalkan masa depan dengan berpandukan kepada berhala dan syaitan.

Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai sesuatu kerja atau amalan),  dalam segala hal sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran.


Baginda SAW bersabda maksudnya : "Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan sesuatu pekerjaan, maka kerjakanlah dua rakaat solat sunat dan berdoa:

” Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kepada-Mu dari keutamaanMu yang besar, sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.

Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' baik bagiku dalam
(agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)

Maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.
Apabila Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' buruk bagiku (dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)

Maka singkirkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku redha dengannya."

Rasulullah SAW menambahkan bahawa seseorang boleh menyebut masalah atau keperluannya selepas membaca 'urusan ini'.

Bagaimana Allah SWT menjawab permohonan ini?

Al-Quran menunjukkan bahawa Allah SWT akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam Surah al-Syams ayat 7-8, bermaksud: “Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.”

Ilham adalah pemberitahuan Allah SWT kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadis yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.

Hendaklah mengerjakan solat istikharah 7 kali berturut. Panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadis yang maksudnya : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada Tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda atau perasaan yang datang terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” 
(Hadis Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua (atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani.

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadis Nabi SAW maksudnya :  "Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi) 

459. Soalan : Bolehkan ustaz terangkan apakah waktu-waktu yang dilarang untuk kita solat sunat?

Daripada Uqbah bin Amir r.a dia beliau berkata :’” Tiga waktu yang kami dilarang oleh Rasulullah SAW menunaikan solat dan mengebumikan orang mati; Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,ketika betul-betul tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala ) dan ketika matahari condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam.” ( Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai,Ibnu Majah,Tirmizi dan Abu Daud )
Berdasarkah hadis di atas terdapat 3 waktu yang dilarang untuk kita mengerjakan solat qada' atau solat sunat iaitu :

1. Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,
2. Ketika betul-betul tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala ) dan 
3. Ketika matahari condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam
Huraiannya : 
 
1. Ketika tepat matahari terbit sehingga naik.

Solat-solat sunat dilarang ketika matahari terbit. Sebahagian ulama  mengecualikan Solat Subuh dan Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Subuh dan tinggal satu rakaat kemudian masuk waktu tepat matahari terbit , maka dia boleh meneruskan solat itu sehingga selesai. Begitu juga dengan Solat Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja lagi kemudian tiba waktu betul-betul terbenamnya matahari maka dia boleh meneruskan solatnya sehingga selesai. 

Perkara tersebut merujuk kepada hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Siapa yg dapat satu rakaat dari solat, maka dia mendapat solat itu " (Muttafaqun a'laihi dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan maksudnya:
” Apabila salah seorang kamu semua mendapat satu sujud dari solat Asar sebelum terbenam matahari, maka sempurnalah solatmu. Dan jika mendapat satu sujud pada Solat Subuh sebelum terbit matahari, maka sempurnalah solatnya.”

Maksud perkataan sujud dalam hadis tersebut adalah rakaat.

2. Ketika betul-betul tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala )
Ketika istiwa’ iaitu matahari berada tepat di atas kepala pada tengah hari sehingga tergelincir sedikit. 

Perkara ini berdasarkan kepada hadis Uqbah di atas. Namun demikian sebahagian ulama mengecualikan pada hari Jumaat dan ketika solat di Masjidil Haram,Mekah. Ulama juga membenarkan untuk menunaikan solat Tahayyatul Masjid dalam waktu tersebut pada hari Jumaat.

Demikian juga pendapat Imam Abu Yusof . Dalilnya merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a berkata:  "Rasulullah SAW membenci solat pada tengah hari selain hari Jumaat dan bersabda: 'Sesungguhnya api neraka Jahanam menyala kecuali pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Abu Daud ).

Adapun dalil yang mengecualikan solat yang dilakukan di Masjidil Haram di Kota Mekah adalah riwayat daripada Jubair bin Muth’im bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: ” Wahai Bani Abdi Manaf  janganlah kamu semua menghalang seseorang yang akan tawaf di rumah ini ( Masjidil Haram ) dan jangan pula menghalang orang yang hendak solat pada waktu bila pun di malam atau siang hari. ” ( Hadis Riwayat Ashabus Sunan dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmizi )

3. Ketika matahari condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam
 
Ketika matahari kekuning-kuningan hendak terbenam sehingga benar-benar terbenam .
Untuk Solat Asar yang telah mendapat satu rakaat dan solat di Masjidil Haram sebagaimana merujuk dalil hadis-hadis di atas dibenarkan. Wallahua’lam..

460. Soalan : Solat fardu lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang difardukan oleh Allah SWT. Saya ingin bertanya apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan solat kita di tolak oleh Allah SWT?

Solat adalah ibadah pokok dan ia merupakan tiang atau tunggak kepada seluruh ibadah-ibadah yang lain sesudah iman. Di akhirat kelak solatlah  diantara ibadah yang akan dihisab dan dinilai lebih dahulu daripada ibadah-ibadah lain. Kalau ibadah solat tidak lulus di dalam pepereksaan Allah kerana beberapa kecacatan akibat beberapa amalan kita yang boleh merosakkan pahalanya, maka ibadah-ibadah lain yang kita lakukan walaupun cantik, banyak dan hebat turut tertolak dan tidak dinilai oleh Allah SWT.


Orang yang mengerjakan ibadah solat adalah sebagai penentu bahawa ia telah beriman. Orang yang meninggalkan solat ia telah derhaka kepada Allah SWT dan telah merobohkan tiang agama. Amat berat hukumnya di sisi Islam orang yang meninggalkan solat fardu tanpa uzur yang dibenarkan oleh syarak.

Di dalam kitab 'Majmuk Salasi Risaa'il' bahawa ada sepuluh perkara yang kalau dilakukan oleh orang yang melakukan solat menyebabkan solatnya tidak diterima dan ditolak oleh Allah SWT. iaitu :

1.Makan minum dan pakaian mestilah daripada sumber yang halal.

2.Hendaklah mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Hati tidak mengingat perkara lain selain daripada menumpukan kepada Allah.

3.Jangan ada rasa di dalam hati perasaan riak, yaini melakukan solat itu kerana selain daripada kerana Allah SWT.

4.Jangan ada sifat takbur kepada makhluk.

5.Jangan melakukan umpatan kepada orang lain.

6.Jangan ada perasaan 'ujub di dalam hati ('ujub ialah merasai diri mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain mempunyai kekurangan. Diri sendiri seharusnya diberi keutamaan bukan orang lain).

7.Jangan ada perasaan suma'ah di dalam hati (suma'ah ialah ingin supaya memperdengarkan atau agar orang lain tahu akan kebajikan dan kebaikan yang ia lakukan dan merasa senang hati kalau ada orang lain tahu).

8.Melakukan amalan kebajikan kerana takut dengan Allah.

9.Jangan kerana malu kepada makhluk, tapi hendaklah kerana malu dengan Allah yang mendorong kita melakukan ibadah itu.

10.Jangan lakukan ibadah itu kerana mengikut hawa nafsu, yakni melakukan dengan gopoh-gapah, kerana hendaklah cepat selesai atau hendaklah banyak jumlah ibadah, tapi melakukannya secara tidak berakhlak (tidak berhalusi).