بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah, Soal Jawab Agama Siri 32 adalah menjawab persoalan mengenai huraian doa di antara dua sujud, rukun solat, solat istikharah, waktu-waktu dilarang solat dan perkara-perkara yang menyebabkan solat di tolak.
456. Soalan : Semasa kita membaca doa di antara dua sujud iaitu :(Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii )
Bolehkan ustaz huraikan tujuh doa tersebut kepada Allah SWT?
Doa di antara dua sujud sunat dibaca :
Maksudnya: "Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."
Huraiannya:
1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Semasa berdoa minta Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa kita samaada dosa kecil atau dosa besar.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا ، وَلا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ , فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Allāhumma inni ẓalamtu nafsī ẓulman kaṡīrā, wa lā yaghfiruẓ ẓunūba illa anta, faghfirlī maghfiratan min ‘indik, warḥamnī innaka antal Ghafūrur Raḥīm”
Maksudnya : “Ya Allāh, sungguh aku telah banyak menẓālimi diriku, dan tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka, ampunilah aku dengan ampunan/maghfirah dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Lihat Fāṭul-Bārī [2/369] dan Syarh Muslim li an-Nawawī [8/296])
Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Setiap daripada kamu ialah orang yang berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah orang yang bertaubat.” (Hadis Riwayat Ahmad)
2) Warhamni (rahmati aku)
Mohon kepada Allah SWT semoga Dia memberi rahmat kepada kita di dunia dan akhirat. Manusia akan dimasukkan kedalam syurga adalah dengan rahmat Allah SWT.
"Dan jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87).
"Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)"." (Surah al-Kahfi ayat 10)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Mohon kepada Allah SWT semoga Dia menutup aib kita samaada ketika di dunia dan akhirat.
Nabi SAW bersabda maksudnya :“Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi).
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Mohon kepada Allah SWT semoga mengangkat darjat kita sebagaimana Dia mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan berilmu.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "...Allah akan mengangkat (darjat) dikalangan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat."(Surah al-Mujaadalah ayat 11)
Allah SWT juga menaikkan 27 darjat bagi sesiapa yang solat berjemaah berbanding solat bersendirian.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)". (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Mohon Allah SWT murahkan rezeki kita jika ada dilangit turunkanlah, jika ada dibumi keluarkanlah, jika ada di lautan naikkalah, jika jauh dekatkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika haram halalkanlah dan jika sukar permudahkanlah.
Nabi SAW telah bersabda maksudnya : “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki.”(Hadis Riwayat Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan kepadaku." (Hadis Riwayat Tirmizi)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Berdoa dan mintalah kepada Allah SWT petunjuk yang benar supaya kekal dalam iman dan Islam.
"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu." (Hadis Riwayat Muslim)
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu." (Hadis Riwayat Tirmizi)
7) Wa’aafinii (sihatkan aku)
Mohon kepada Allah SWT semoga Dia jauhkan kita daripada sebarang penyakit, samaada penyakit hati atau penyakit fizikal. Otak yang sihat lahir dari badan yang sihat.
"Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakan" (Hadis Riwayat Muslim)
"Ya Allah, ya Tuhanku, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku." (Doa dalam kitab Zikir al-Mathurat)
457. Soalan : Apkah rukun-rukun dalam solat, jika tertnggal salah satu daripada rukun tersebut adakah sah solat?
Terdapat 13 rukun dalam solat. Jika tertinggal salah satu daripada rukun tersebut maka solatnya tidak sah.
Rukun-rukun tersebut adalah seperti berikut :
1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring
Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
2. Niat dalam hati
Niat dalam ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.
Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Takbiratul ihram.
Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Nabi SAW memulai solat baginda dengan ucapan Allahu Akbar. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim pula telah disebutkan bahawa Nabi SAW mengangkat suaranya ketika bertakbir sehingga didengari oleh makmum dibelakangnya.
Justeru, para ulama telah menyatakan bahawa bagi seseorang imam, disunatkan baginya untuk menguatkan takbiratul ihramnya sehingga boleh didengari oleh makmum dibelakangnya, manakala bagi seseorang yang menunaikan solat secara bersendirian, maka memadai baginya untuk memperdengarkan takbiratul ihram itu untuk dirinya sahaja (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh oleh Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayliy 1/631).
Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati.
Sebelum membaca fatihah disunatkan membaca doa iftitah :
Sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:
لاَ تَتِمُّ صَلاَةٌ لأَحَدٍ مِنْ النَّاسِ حَتَّى يَتَوَضَّأَ فَيَضَعَ الْوُضُوءَ يَعْنِي مَوَاضِعَهُ ثُمَّ يُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ اللَّهَ جَلَّ
وَعَزَّ وَيُثْنِي عَلَيْهِ وَيَقْرَأُ بِمَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ.
"Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah baginya (dihafalnya) (Hadis Riwayat Abu Daud ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.)
4. Membaca Al-Fatihah.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) berkata hadis daripada Nabi SAW bersabda: "Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi barangsiapa (yang) tidak membaca dengan al-Fatihah al-Quran."(Hadis riwayat Nasa’i, Termidzi dan Muslim)
5. Rukuk.
"Diriwayatkan dari Hudzaifah ra, beliau berkata, "Aku pernah solat bersama Nabi SAW. Lalu baginda membaca subhana robbiyal adzimi dalam rukuknya. Dan ketka sujud membaca subhana rab al-a'la. Dan setiap baginda membaca ayat rahmat, Nabi SAW diam lalu berdoa (agar rahmat tersebut diberikan kepadanya), sedangkan pada saat membaca ayat tentang seksa Allah SWT (adzab) baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah SWT." (Sunan al-Darimi, no 1273).
Kedua hadis ini tidak menyebutkan kata-kata wabihamdihi.Tetapi dalam riwayat yang lain Nabi SAW pernah membaca wabihamdihi
"Rabi' bin Nafi' menceritakan kepada kami, dari Uqbah bin Amir ra, beliau berkata: Bertasbihlah kamu kepada Tuhanmu Yang Maha Agung," Rasulullah SAW lalu bersabda, "Jadikanlah bacaan itu dalam setiap rukukmu."
Manakala turun ayat "Bertasbihlah kepada Tuhanmu Yang Maha Tinggi,"
Rasulullah kemudian bersabda, kerjakanlah perintah itu dalam setiap sujudmu." (ada riwayat lain) bahwa Ahmad bin Yunus menceritakan kepada kami sebuah hadis yang diriwayatkan dari Uqbah bin Amir ra dengan kandungan yang sama, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW kalau rukuk baginda mengucapkan subhana robbi al- adzimi wa bihamdihi tiga kali." (Sunan Abi Dawud, no 736).
Dari sini menjadi jelas bahwa Rasulullah SAW juga menambahkan wabihamdihi di dalam rukuk dan sujudnya.
Di dalam ruku membaca :
Subhaana rabbiyal azhim wabihamdihi (3x)
Maksudnya : Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
6. I‘tidal selepas rukuk.
I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:
Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")
Dari Abu Hurairah ra berkata : Bahwasanya Nabi SAW bersabda : “Apabila imam membaca “Sami’allahu liman hamidahu” (Allah Maha mendengar bagi siapa yang memuji-Nya), maka bacalah : “Allahumma Robbanaa lakal hamdu” (Ya Allah Tuhan kami hanya kepada Engkaulah segala puji), karena sesungguhnya barangsiapa yang bacaannya bersamaan dengan bacaan malaikat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah berlalu."(Hadis riwayat Bukhari)
I‘tidal bermaksud bangkit daripada rukuk dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah.
Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat.
Sujud dua kali dalam setiap rekaat maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud.
Bacaan dalam sujud:
Subhaana rabbiyal a'la wabihamdihi (3x)
Maksudnya : Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Dari Ibnu Abbas ra, berkata : Nabi SAW bersabda : "Aku diperintah sujud diatas tujuh tulang dan dahi, dan baginda memberi isyarat dengan kedua tangannya ke hidung baginda, kedua tangannya, kedua lututnya dan kedua ujung kakinya, dan kami tidak menggabung pakaian dan rambut".(Hadis Riwayat Bukhari)
Ketika melakukan duduk antara dua sujud itu, disunatkan membaca doa:
(Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii )
Maksudnya: "Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."
Doa seumpama ini diriwayatkan dalam beberapa hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, di antaranya yang bermaksud :
"Daripada Ibnu ‘Abbas sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ketika duduk antara dua sujud: "Ya Allah! Ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, berilah aku petunjuk dan kurniakanlah aku rezeki." Manakala di dalam riwayat Ibnu Majah (ditambah): "Angkatkanlah kedudukanku." (Hadis riwayat At-Tirmidz)
Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke kiblat.
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir.
Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi Wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir adalah wajib dibaca.
Diriwayatkan hadis daripada ‘Abdil Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahil bin Sa’din as-Sa’idi (r.a), hadis daripada bapanya, hadis daripada datuknya, (kata datuknya) daripada Nabi SAW bersabda: "Tiada solat bagi barangsiapa yang tiada wuduk, tiada wuduk bagi barangsiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ semasa berwuduk, dan tiada solat bagi barang siapa yang tidak berselawat atas Nabi, dan tiada solat bagi orang yang tidak sukakan orang ansar.’ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
12. Memberi Salam
Menoleh ke kanan dan ke kiri. Setelah selesai tahiyyat, memberi salam dengan membaca:
Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)
Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir.
13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.
458. Soalan :Saya telah mendapat dua tawaran untuk belajar di universiti, satu di dalam negeri dan satu lagi di luar negara. Kedua-dua tempat saya minat, saya jadi serba-salah yang mana satu yang lebih baik untuk saya buat pilihan. Bolehlah ustaz beri panduan apakah cara yang patut saya lakukan?
Apabila saudara menghadapi masaalah untuk membuat dua pilihan manakah satu yang paling baik, maka Islam menganjurkan saudara buat solat istikharah .
Rasulullah SAW. telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan Allah SWT dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan, sama ada yang kecil mahupun besar, agar beroleh kebaikan. Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah berupa meramalkan masa depan dengan berpandukan kepada berhala dan syaitan.
Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai sesuatu kerja atau amalan), dalam segala hal sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran.
Baginda SAW bersabda maksudnya : "Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan sesuatu pekerjaan, maka kerjakanlah dua rakaat solat sunat dan berdoa:
” Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kepada-Mu dari keutamaanMu yang besar, sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.
Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' baik bagiku dalam
(agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)
Maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.
Apabila Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' buruk bagiku (dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)
Maka singkirkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku redha dengannya."
Rasulullah SAW menambahkan bahawa seseorang boleh menyebut masalah atau keperluannya selepas membaca 'urusan ini'.
Bagaimana Allah SWT menjawab permohonan ini?
Al-Quran menunjukkan bahawa Allah SWT akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam Surah al-Syams ayat 7-8, bermaksud: “Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.”
Ilham adalah pemberitahuan Allah SWT kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadis yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.
Hendaklah mengerjakan solat istikharah 7 kali berturut. Panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadis yang maksudnya : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada Tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda atau perasaan yang datang terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu”
(Hadis Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi)
Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua (atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani.
Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadis Nabi SAW maksudnya : "Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua (atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani.
Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadis Nabi SAW maksudnya : "Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
459. Soalan : Bolehkan ustaz terangkan apakah waktu-waktu yang dilarang untuk kita solat sunat?
Daripada
Uqbah bin Amir r.a dia beliau berkata :’” Tiga waktu yang kami
dilarang oleh Rasulullah SAW menunaikan solat dan mengebumikan orang
mati; Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,ketika betul-betul
tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala ) dan ketika matahari
condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam.” ( Hadis
Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai,Ibnu Majah,Tirmizi dan Abu Daud )
Berdasarkah hadis di atas terdapat 3 waktu yang dilarang untuk kita mengerjakan solat qada' atau solat sunat iaitu :
1. Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,
2. Ketika betul-betul
tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala ) dan
3. Ketika matahari
condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam
Huraiannya :
1. Ketika tepat matahari terbit sehingga naik.
Solat-solat
sunat dilarang ketika matahari terbit. Sebahagian ulama mengecualikan
Solat Subuh dan Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Subuh dan
tinggal satu rakaat kemudian masuk waktu tepat matahari terbit , maka
dia boleh meneruskan solat itu sehingga selesai. Begitu juga dengan
Solat Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Asar dan tinggal satu
rakaat sahaja lagi kemudian tiba waktu betul-betul terbenamnya
matahari maka dia boleh meneruskan solatnya sehingga selesai.
Perkara
tersebut merujuk kepada hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Siapa yg dapat satu rakaat dari solat, maka dia mendapat solat itu " (Muttafaqun a'laihi dari Abu Hurairah)
Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan maksudnya:
”
Apabila salah seorang kamu semua mendapat satu sujud dari solat Asar
sebelum terbenam matahari, maka sempurnalah solatmu. Dan jika mendapat
satu sujud pada Solat Subuh sebelum terbit matahari, maka
sempurnalah solatnya.”
Maksud perkataan sujud dalam hadis tersebut adalah rakaat.
2. Ketika betul-betul
tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala )
Ketika istiwa’ iaitu matahari berada tepat di atas kepala pada tengah hari sehingga tergelincir sedikit.
Perkara
ini berdasarkan kepada hadis Uqbah di atas. Namun demikian
sebahagian ulama mengecualikan pada hari Jumaat dan ketika solat di
Masjidil Haram,Mekah. Ulama juga membenarkan untuk menunaikan solat
Tahayyatul Masjid dalam waktu tersebut pada hari Jumaat.
Demikian
juga pendapat Imam Abu Yusof . Dalilnya merujuk kepada hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a berkata: "Rasulullah SAW membenci
solat pada tengah hari selain hari Jumaat dan bersabda: 'Sesungguhnya
api neraka Jahanam menyala kecuali pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat
Abu Daud ).
Adapun
dalil yang mengecualikan solat yang dilakukan di Masjidil Haram di
Kota Mekah adalah riwayat daripada Jubair bin Muth’im bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: ” Wahai Bani Abdi Manaf
janganlah kamu semua menghalang seseorang yang akan tawaf di rumah ini
( Masjidil Haram ) dan jangan pula menghalang orang yang hendak
solat pada waktu bila pun di malam atau siang hari. ” ( Hadis Riwayat
Ashabus Sunan dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmizi )
3. Ketika matahari
condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam
Ketika matahari kekuning-kuningan hendak terbenam sehingga benar-benar terbenam .
Untuk
Solat Asar yang telah mendapat satu rakaat dan solat di Masjidil
Haram sebagaimana merujuk dalil hadis-hadis di atas dibenarkan.
Wallahua’lam..
Solat adalah ibadah pokok dan ia merupakan tiang atau tunggak kepada seluruh ibadah-ibadah yang lain sesudah iman. Di akhirat kelak solatlah diantara ibadah yang akan dihisab dan dinilai lebih dahulu daripada ibadah-ibadah lain. Kalau ibadah solat tidak lulus di dalam pepereksaan Allah kerana beberapa kecacatan akibat beberapa amalan kita yang boleh merosakkan pahalanya, maka ibadah-ibadah lain yang kita lakukan walaupun cantik, banyak dan hebat turut tertolak dan tidak dinilai oleh Allah SWT.
Orang yang mengerjakan ibadah solat adalah sebagai penentu bahawa ia telah beriman. Orang yang meninggalkan solat ia telah derhaka kepada Allah SWT dan telah merobohkan tiang agama. Amat berat hukumnya di sisi Islam orang yang meninggalkan solat fardu tanpa uzur yang dibenarkan oleh syarak.
Di dalam kitab 'Majmuk Salasi Risaa'il' bahawa ada sepuluh perkara yang kalau dilakukan oleh orang yang melakukan solat menyebabkan solatnya tidak diterima dan ditolak oleh Allah SWT. iaitu :
1.Makan minum dan pakaian mestilah daripada sumber yang halal.
2.Hendaklah mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Hati tidak mengingat perkara lain selain daripada menumpukan kepada Allah.
3.Jangan ada rasa di dalam hati perasaan riak, yaini melakukan solat itu kerana selain daripada kerana Allah SWT.
4.Jangan ada sifat takbur kepada makhluk.
5.Jangan melakukan umpatan kepada orang lain.
6.Jangan ada perasaan 'ujub di dalam hati ('ujub ialah merasai diri mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain mempunyai kekurangan. Diri sendiri seharusnya diberi keutamaan bukan orang lain).
7.Jangan ada perasaan suma'ah di dalam hati (suma'ah ialah ingin supaya memperdengarkan atau agar orang lain tahu akan kebajikan dan kebaikan yang ia lakukan dan merasa senang hati kalau ada orang lain tahu).
8.Melakukan amalan kebajikan kerana takut dengan Allah.
9.Jangan kerana malu kepada makhluk, tapi hendaklah kerana malu dengan Allah yang mendorong kita melakukan ibadah itu.
10.Jangan lakukan ibadah itu kerana mengikut hawa nafsu, yakni melakukan dengan gopoh-gapah, kerana hendaklah cepat selesai atau hendaklah banyak jumlah ibadah, tapi melakukannya secara tidak berakhlak (tidak berhalusi).
No comments:
Post a Comment