Thursday, January 29, 2015

Kemuskilan Agama : Doa-doa Untuk Menghentikan Bayi Menangis Di Waktu Malam.

Soalan Pertama :

Saya nak minta pandangan dan doa-doa yang boleh di amalkan bagaimana nak hentikan bayi menangis tengah malam? Sedangkan siang dia tidur lena..seolah-lah ada yang menganggunya untuk tidur..tiap kali menangis kepala dan mata bayi akan mendongak ke atas seolah-olah ada sesuatu yang dipandangnya.

Jawapan :

Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.

Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.

Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.

Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.

Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.
Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.

Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi Allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.
Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.

Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.

Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.

Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah SAW. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi SAW sabdanya maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya."

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh jahat (jin dan syiatan).

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib. Wallahu a'lam

Wednesday, January 28, 2015

Semua Amal Manusia Akan di Perlihatkan dan di Adili di Yaumul Hisab


Yaumul hisab atau hari perhitungan amal adalah hari dimana Allah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya tentang amal mereka. Allah Ta’ala berfirman:

    Ű„ِنَّ Ű„ِلَيْنَۧ Ű„ِيََۧۚهُمْ (25) Ű«ُمَّ Ű„ِنَّ Űčَلَيْنَۧ Ű­ِŰłََۧۚهُمْ (26)

Maksudnya : “Sungguh, kepada Kami-lah mereka kembali. kemudian sesungguhnya (kewajiban) Kami-lah membuat perhitungan atas mereka.”  (Surah al-Ghasyiyah ayat 25 – 26).

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam sering berdoa di dalam solat dengan mengucapkan:

    َۧللَّهُمَّ Ű­َۧ۳ِŰšْنِيْ Ű­ِŰłًَۧۚۧ يَŰłِيْ۱َۧ

 "Allohumma haasibni hisaaban yasiiro (Ya Allah, hisablah diriku dengan hisab yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kemudian ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya tentang apa itu hisab yang mudah? Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam menjawab: “Allah memperlihatkan kitab (hamba)-Nya kemudian Allah memaafkannya begitu saja. Barangsiapa yang dipersulit hisabnya, nescaya ia akan binasa.” (Hadis Riwayat Ahmad, VI/48, 185, al-Hakim, I/255, dan Ibnu Abi ‘Ashim dalam Kitaabus Sunnah, no. 885. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hakim dan adz-Dzahabi).

Apakah Binatang Juga Dihisab?

Sesungguhnya makhluk yang pertama kali diadili oleh Allah Ta’ala adalah binatang, bukan manusia ataupun jin. Allah Ta’ala berfirman:

    وَŰ„ِŰ°َۧ Ű§Ù„ْوُŰ­ُوْŰŽُ Ű­ُŰŽِ۱َŰȘْ (5)

Maksudnya : “Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan.” (QS. At-Takwir: 5), yakni dikumpulkan di hari Kiamat untuk diadili.

    وَمَۧ مِنْ ŰŻََّۧۚŰ©ٍ فِي ْۧÙ„ŰŁَ۱ْ۶ِ وَÙ„Ű§َ Ű·َۧۊِ۱ٍ يَŰ·ِيْ۱ُ ŰšِŰŹَنََۭۧيْهِ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŁُمَمٌ ŰŁَمْŰ«َŰ§Ù„ُكُمْ مَۧ فَ۱َّŰ·ْنَۧ فِي Ű§Ù„ْكِŰȘَِۧۚ مِنْ ŰŽَيْŰĄٍ Ű«ُمَّ Ű„ِلَى ۱َŰšِّهِمْ يُŰ­ْŰŽَ۱ُوْنَ (38)

Maksudnya : “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) sepertimu. Tiadalah Kami lupakan sesuatu apapun di dalam Al-Kitab kemudian kepada Rabb-lah mereka dihimpunkan.” (Surah al-An’aam ayat 38)

Syaikh Muhammad bin Sholih al-‘Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Pada hari kiamat kelak, seluruh binatang akan dikumpulkan, sedangkan manusia menyaksikannya. Kemudian binatang-binatang itu diadili, sehingga binatang yang tidak bertanduk akan menuntut balas terhadap binatang bertanduk yang telah menanduknya di dunia. Setelah binatang tersebut diqisas, Allah akan mengubahnya menjadi tanah. Allah melakukannya untuk menegakkan keadilan di antara makhluk-Nya.” (Tafsiir Juz ‘Amma, hal. 70)

Hisabnya haiwan ini disaksikan oleh para malaikat, orang-orang yang beriman dan juga orang-kafir. Setelah binatang diadili, Allah Ta’ala berfirman: “Jadilah tanah!” Maka binatang-binatang itu berubah menjadi tanah. Tatkala melihat hewan itu diubah menjadi tanah, orang-orang kafir itu mengatakan, “Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah.” Inilah salah satu makna firman Allah Ta’ala:

    وَيَقُوْلُ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُ يَۧ لَيْŰȘَنِي كُنْŰȘُ ŰȘُ۱ًَۧۚۧ (40)

Maksudnya : “Dan orang kafir itu berkata, “Alangkah baiknya sekiranya aku menjadi tanah saja.” (Surah an-Naba ayat 40).

Hisabnya seorang mukmin, iblis, kafir dan munafiq.

Allah telah berjanji bahawa para pelaku maksiat dan dosa, tempat mereka di akhirat kelak adalah di neraka. Bagi syaitan, Iblis , orang-orang kafir dan munafiq ia akan berada di neraka buat selama-lamanya. Namun, bagi orang Islam yang berdosa (tetapi tidak mensyirikkan Allah), mereka akan tetap diseksa di neraka, walaupun akhirnya akan turut menempuh alam syurga.

Sesungguhnya Allah mengadili hamba-Nya yang mukmin seorang diri pada hari kiamat, tidak seorang pun yang melihatnya dan tidak seorang pun yang mendengarnya. Allah Ta’ala benar-benar menutupi aibnya sehingga tidak seorang pun yang mengetahuinya. Allah menunjukkan kesalahan-kesalahannya dan berkata kepadanya: “Apakah kamu mengetahui dosa ini? Apakah kamu mengakui dosa ini?” Maka dia menjawab, “Ya wahai Rabb-ku, aku mengetahuinya.” Tiap kali ditunjukkan dosa-dosanya, ia terus mengakuinya sampai-sampai ia merasa pasti binasa. Lalu Allah Ta’ala berfirman kepadanya:

    فَŰ„Ù†ِّي قَŰŻْ ŰłَŰȘَ۱ْŰȘُهَۧ Űčَلَيْكَ فِي Ű§Ù„ŰŻُّنْÙŠŰ§، وَŰŁَنَۧ ŰŁَŰșْفِ۱ُهَۧ لَكَ Ű§Ù„ْيَوْمَ

Maksudnya : “Sesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosamu di dunia, dan sekarang Aku mengampuni dosa-dosamu.”Kemudian diberikan kepadanya catatan amal kebaikannya.” (Hadis sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, VIII/353 –Fat-h, dan Muslim, no. 2768)

Ini adalah karunia besar yang Allah ‘Azza wa Jalla berikan kepada seorang mukmin. Allah Ta’ala menutupi aib seorang mukmin dan tidak membongkarnya di depan umum.Siapa yang suka buka aib orang lain Allah akan buka aibnya di akhirat.

Alhamdulillah, Allah Ta’ala telah menutupi dosa-dosa kita yang begitu banyaknya. Oleh itu, kita harus banyak bertaubat kepada-Nya dan memohon ampun kepada-Nya dari segala dosa. Mudah-mudahan Allah Ta’ala menghapus dosa-dosa tersebut.

Adapun orang-orang kafir dan munafiq, mereka akan dipanggil di hadapan seluruh makhluk. Para saksi akan menyeru mereka di hadapan seluruh makhluk:

    هَŰ€ُÙ„ŰąŰĄِ Ű§Ù„َّŰ°ِيْنَ كَŰ°َŰšُوْۧ Űčَلَى ۱َŰšِّهِمْ ŰŁَÙ„Ű§َ لَŰčْنَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Űčَلَى Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِيْنَ (18)

Maksudnya : “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Rabb mereka.” Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim.” (Surah Huud ayat 18)

Firman Allah SWT maksudnya : “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir.” (Surah al-Baqarah ayat 24)

“Barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batas larangannya, dimasukkan ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Dia menderita seksa yang hina-dina.” (Surah an-Nisaa ayat 14)

“Allah telah menyediakan untuk mereka yang munafik laki-laki mahupun perempuan dan orang kafir itu neraka Jahannam. Mereka itu kekal di dalamnya. Allah melaknati mereka itu dan untuk mereka azab yang kekal.” (Surah at-Taubah ayat 68)

Apakah jin juga dihisab?

Sesungguhnya jin juga akan dihisab kerana mereka juga dibebani syariat. Mereka akan dihisab dan diberikan balasan atas amal mereka. Oleh kerana itu, jin yang kafir juga akan dimasukkan ke dalam neraka. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

    ُۧŰŻْŰźُلُوْۧ فِيْ ŰŁُمَمٍ قَŰŻْ ŰźَلَŰȘْ مِنْ قَŰšْلِكُمْ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹِنِّ وَŰ§Ù„Ű„ِنْŰłِ فِي Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ (38)

Maksudnya : “Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu.” (Surah al-A’raaf ayat 38)

Demikian pula sebaliknya, bangsa jin yang beriman juga akan masuk ke dalam syurga dan merasakan kenikmatan-kenikmatan yang ada di dalamnya.

Hukuman ke atas sesiapa yang di dapati bersalah dalam perbicaraan ini ialah:

Pertama - Menerima balasan dari makhluk yang dilakukan jenayah itu terhadapnya.

Kedua - Memberi amal kebajikannya kepada orang yang ia aniayakan, di maki hamun, merampas hak orang lain, mengumpat dan memfitnah untuk membayar dengan pahalanya; dan apabila tidak ada lagi pahala untuk diberi kepada orang itu, maka ia terpaksa menanggung kesalahannya.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Ketiga - Dimasukkan ke dalam penjara yang disediakan Tuhan (Neraka Jahanam)

Untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi perbicaraan yang tersebut, maka Nabi Muhammad  S.A.W. mengingatkan umatnya serta menerangkan jalan keselamatan masing-masing - dalam hadis-hadis yang berikut:

1. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal soleh, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Dari Sa'id bin Zaid r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengambil tanah secara zalim sekalipun sejengkal, akan dibelitkan pada hari kiamat dengan tanah yang diperintahkannya mengangkut sebanyak itu dari tujuh petala bumi."  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melarang menyeksa binatang sampai mati dengan jalan mengikatnya untuk dijadikan sasaran panah,  rejaman dan sebagainya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Dari Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah S.A.W. melarang perbuatan melagakan binatang. "
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

5. Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, niscaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat."  (Hadis Riwayat Baihaqi)

Ada pun perkara-perkara yang berkenaan dengan ibadat kepada Allah,  maka yang mula-mula dibicarakan ialah ibadat solat lima waktu sehari semalam - sesiapa yang solatnya itu diterima Tuhan maka berjaya dan beruntunglah dia; sebaliknya rugi dan menderita orang yang tidak diterima solatnya. Sesiapa yang didapati solat fardunya terkurang, sama ada terkurang bilangannya, rukun,  syaratnya, sunatnya atau khusyuknya maka ditampal dan dicukupkan dengan solat-solat sunatnya jika ada, kalau tidak ada terpulanglah hukumnya kepada keadilan atau kemurahan Tuhan Rabbul `Alamin.

Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri supaya memperbanyakkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semata-mata kerana Allah SWT semoga kita semua akan terlepas daripada  setiap soalan dan siasatan , timbang amal dan dipermudahkan meniti Siratul Mustaqim tanpa terjatuh ke dalam jurang api neraka. Dapat memasuki syurga Allah SWT dengan rahmat Allah SWT.

Tuesday, January 27, 2015

Adab-adab Ketika Akad Nikah .

Akad nikah merupakan ikatan syar’i antara pasangan suami isteri. Dengan hanya kalimat ringkas ini, telah mengubah berbagai macam hukum antara kedua belah pihak. Oleh itu, Allah Ta’ala menyebutnya sebagai mitsaq ghalidz [Arab: Ù…ÙŠŰ«Ű§Ù‚Ű§ً ŰșÙ„ÙŠŰžŰ§ً] ertinya ikatan yang kuat. Allah berfirman,

وَŰŁَŰźَŰ°ْنَ مِنْكُمْ مِÙŠŰ«َŰ§Ù‚ًۧ ŰșَلِÙŠŰžًۧ
“Mereka (para wanita itu) telah mengambil perjanjian yang kuat dari kalian.” (Surah. An-Nisa’ ayat 21)

Dengan akad nikah, pasangan ini telah mengikat sebuah perjanjian, seiya, sekata, untuk membangun rumah tangga yang syar’i. Oleh itu, bagi anda yang telah berhasil melangsungkan perjanjian indah ini, jangan anda sia-siakan, jangan anda rosak tanpa tanggung jawab, buang jauh-jauh kata-kata: cerai, talak, dan sebagainya…

Agar akad nikah anda semakin berkah, berikut beberapa adab yang perlu diperhatikan:

Pertama, hindari semua hal yang menyebabkan ketidak-absahan akad nikah.
Oleh itu, pastikan kedua mempelai saling redha dan tidak ada unsur paksaan, pastikan adanya wali pihak wanita, saksi dua orang yang amanah. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Ù„Ű§ نِكَۭۧ Ű„ِÙ„Ű§ ŰšÙˆَلِي ÙˆŰŽَŰ§Ù‡ِŰŻÙŠ ŰčَŰŻÙ„ٍ

“Tidak sah nikah, kecuali dengan wali (pihak wanita) dan dua saksi yang adil (amanah).” (HR. Turmudzi dan lainnya serta disahihkan Al-Albani)

Kedua, dianjurkan adanya khutbatul hajah sebelum akad nikah.
Yang dimaksud khutbatul hajah adalah bacaan:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻَ لِلَّهِ نَŰłْŰȘَŰčِينُهُ وَنَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُهُ وَنَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِهِ مِنْ ŰŽُ۱ُÙˆŰ±ِ ŰŁَنْفُŰłِنَۧ مَنْ يَهْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَÙ„Ű§َ مُ۶ِلَّ لَهُ وَمَنْ يُ۶ْلِلْ فَÙ„Ű§َ هَۧۯِىَ لَهُ وَŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنَّ مُŰ­َمَّŰŻًۧ ŰčَŰšْŰŻُهُ وَ۱َŰłُولُهُ يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ( ۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű§Ù„َّŰ°ِى ŰȘَŰłَۧۥَلُونَ Űšِهِ وَŰ§Ù„ŰŁَ۱ْŰ­َŰ§Ù…َ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ كَŰ§Ù†َ Űčَلَيْكُمْ ۱َقِÙŠŰšًۧ) (يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű­َقَّ ŰȘُقَۧŰȘِهِ وَÙ„Ű§َ ŰȘَمُوŰȘُنَّ Ű„ِÙ„Ű§َّ وَŰŁَنْŰȘُمْ مُŰłْلِمُونَ) ( يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَقُولُÙˆŰ§ قَوْÙ„Ű§ً ŰłَŰŻِÙŠŰŻًۧ يُŰ”ْلِŰ­ْ لَكُمْ ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„َكُمْ وَيَŰșْفِ۱ْ لَكُمْ Ű°ُنُÙˆŰšَكُمْ وَمَنْ يُŰ·ِŰčِ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَ۱َŰłُولَهُ فَقَŰŻْ فَۧŰČَ فَوْŰČًۧ ŰčَŰžِيمًۧ.

Dalil anjuran ini adalah hadis dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan,

Űčَلَّمَنَۧ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰźُŰ·ْŰšَŰ©َ Ű§Ù„ْŰ­َۧۏَŰ©ِ ŰŁَنِ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ نَŰłْŰȘَŰčِينُهُ وَنَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُهُ وَنَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِهِ مِنْ ŰŽُ۱ُÙˆŰ±ِ ŰŁَنْفُŰłِنَۧ….

“Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengajari kami khutbatul hajah…-sebagaimana lafadz di atas – …(HR. Abu Daud 2118 dan disahihkan oleh Syaikh Al Albani).

Syu’bah (salah satu perawi hadis) bertanya kepada gurunya Abu Ishaq, “Apakah ini khusus untuk khutbah nikah atau boleh dibaca pada kesempatatan yang lainnya.” “Diucapkan pada setiap acara yang penting.”  Jawab Abu Ishaq.

Sebagian orang beranggapan dianjurkannya mengucapkan khutbah ini ketika walimah, meskipun acara walimah tersebut dilaksanakan setelah kumpul suami isteri.  Namun yang tepat –wallahu a’lam– anjuran mengucapkan khutbatul hajah sebagaimana ditunjukkan hadis Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anhu adalah sebelum akad nikah bukan ketika walimah. (A’unul Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud, 5:3 dan Tuhafatul Ahwadzi Syarh Sunan Turmudzi, 4:201). Wallahu a’lam.

Ketiga, ulama memberikan pandangannya untuk membaca syahadah ketika hendak akad dan juga beristighfar sebelum melangsungkan akad nikah, atau membaca surat Al-Fatihah. Tujuan bersyahadah dan beristighafr semuga pengantin lelaki, wali pengantin perempuan dan sakis-saksi di ampunkan dosa dan di terima taubatnya supaya nikah yang di jalankan menjadi lebih sempurna dan sah di sisi syarak.

Keempat, hendaknya pengantin wanita  ikut serta dalam majlis akad nikah, supaya beliau dapat mendengar sendiri majlis akad nikah tersebut. Jika pengantin perempuan hendak duduk di balik tabir pun tidak menjadi halangan kerana wali wanita tersebut akan menikahkan pengantin lelaki tersebut.  Allah Ta’ala mengajarkan,

وَŰ„ِŰ°َۧ ŰłَŰŁَلْŰȘُمُوهُنَّ مَŰȘَۧŰčًۧ فَۧ۳ْŰŁَلُوهُنَّ مِنْ وَ۱َۧۥِ Ű­ِŰŹٍَۧۚ Ű°َلِكُمْ ŰŁَŰ·ْهَ۱ُ لِقُلُÙˆŰšِكُمْ وَقُلُÙˆŰšِهِنَّ

“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (wanita yang bukan mahram), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (Surah Al-Ahzab ayat 53)

Semua orang tentu menginginkan hatinya lebih suci, sebagaimana yang Allah nyatakan. Kerana itu, ayat ini tidak hanya berlaku untuk para isteri Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tapi juga untuk semua mukmin.

Kelima, terdapat lafaz khusus untuk ijab qabul. Semua kalimat yang dikenal masyarakat sebagai kalimat ijab kabul akad nikah maka status nikahnya sah. Di sahkan oleh 2 orang saksi.

Keenam, hindari bermesraan setelah akad di tempat umum.

Pemandangan yang menunjukkan kurangnya rasa malu sebagian kaum muslimin, bermesraan setelah akad nikah di depan banyak orang. Kita sepakat, keduanya telah sah sebagai suami istri. Apapun yang sebelumnya diharamkan menjadi halal. Hanya saja, Anda tentu sadar bahawa untuk melepaskan kemesraan adadi dalam bilik sendiri, bukan di tempat umum seperti itu.

Bukankah syariah sangat ketat dalam urusan syahwat? Menampakkan adegan semacam ini di muka umum, boleh dipastikan akan mengundang syahwat mata-mata masyarakat yang ada di sekitarnya. Hadis berikut semoga boleh menjadi pelajaran penting bagi kita.

Dari Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma beliau menceritakan:

Fadhl bin Abbas (saudaranya Ibn Abbas) pernah membonceng Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di belakang beliau, kerana tunggangan Fadhl kecapekan. Fadhl adalah pemuda yang cerah wajahnya. Kemudian Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berhenti di atas tunggangannya, untuk menjawab pertanyaan ramai sahabat yang mendatangi baginda. Tiba-tiba datang seorang wanita dari Bani Khats’am, seorang wanita yang sangat cerah wajahnya untuk bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas melanjutkan,

فَŰ·َفِقَ Ű§Ù„Ùَ۶ْلُ يَنْŰžُ۱ُ Ű„ِلَيْهَۧ، وَŰŁَŰčْŰŹَŰšَهُ Ű­ُŰłْنُهَۧ، فَŰ§Ù„ْŰȘَفَŰȘَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ وَŰ§Ù„Ùَ۶ْلُ يَنْŰžُ۱ُ Ű„ِلَيْهَۧ، فَŰŁَŰźْلَفَ ŰšِيَŰŻِهِ فَŰŁَŰźَŰ°َ ŰšِŰ°َقَنِ Ű§Ù„Ùَ۶ْلِ، فَŰčَŰŻَلَ وَŰŹْهَهُ Űčَنِ Ű§Ù„Ù†َّŰžَ۱ِ Ű„ِلَيْهَۧ
Maka Fadhl-pun langsung mengarahkan pandangan kepadanya, dan takjub dengan kecantikannya. Kemudian Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memalingkan wajah baginda, namun Fadhl tetap mengarahkan pandangannya ke wanita tersebut. Lalu Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memegang rahang Fadhl dan memalingkan wajahnya agar tidak melihat si wanita…. (HR. Bukhari, no.6228)

Ketujuh, adakah anjuran akad nikah di masjid?
Terdapat hadis yang menganjurkan untuk mengadakan akad nikah di masjid, hadisnya berbunyi:

” ŰŁŰčÙ„Ù†ÙˆŰ§ Ù‡Ű°Ű§ Ű§Ù„Ù†ÙƒŰ§Ű­ و ۧۏŰčلوه في Ű§Ù„Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ ، و Ű§Ű¶Ű±ŰšÙˆŰ§ Űčليه ŰšŰ§Ù„ŰŻÙÙˆÙ”
“Umumkan pernikahan, adakan akad nikah di masjid dan meriahkan dengan memukul rebana.” (HR. At Turmudzi, 1:202 dan Baihaqi, 7:290)

Hadis dengan redaksi lengkap sebagaimana teks di atas statusnya dhaif. Kerana dalam sanadnya ada seorang perawi bernama Isa bin Maimun Al Anshari yang dinilai dhaif oleh para ulama, di antaranya Al Hafidz Ibn Hajar, Al Baihaqi, Al Bukhari, dan Abu Hatim. Akan tetapi, hadis ini memiliki penguat dari jalur yang lain hanya saja tidak ada tambahan “..Adakan akad tersebut di masjid..”. Maka potongan teks yang pertama untuk hadis ini, yang menganjurkan diumumkannya pernikahan statusnya shahih. Sedangkan potongan teks berikutnya statusnya mungkar. (As Silsilah Ad Dla’ifah, hadis no. 978).

Ke lapan, dianjurkan untuk menyebutkan mahar ketika akad nikah.

Tujuan dari hal ini adalah menghindari perselisihan dan masalah selanjutnya. Dan akan lebih baik lagi, mahar diserahkan di majlis akad. Meskipun ulama sepakat, akad nikah tanpa menyebut mahar statusnya sah.

Dalam Ensiklopedi Fiqh dinyatakan:

ŰŁَنَّ Ű°ِكْ۱َ Ű§Ù„ْمَهْ۱ِ فِي Ű§Ù„ْŰčَقْŰŻِ لَيْŰłَ ŰŽَ۱ْŰ·ًۧ لِŰ”ِŰ­َّŰ©ِ Ű§Ù„Ù†ِّكَِۭۧ فَيَŰŹُوŰČُ Ű„ِŰźْÙ„Ű§َŰĄُ Ű§Ù„Ù†ِّكَِۭۧ Űčَنْ ŰȘَŰłْمِيَŰȘِهِ ŰšِۧŰȘِّفَŰ§Ù‚ِ Ű§Ù„ْفُقَهَۧۥِ
Menyebut mahar ketika akad bukanlah syarat sah nikah. Kerana itu, boleh nikah tanpa menyebut mahar dengan sepakat ulama. (Mausu’ah fiqhiyah Kuwaitiyah, 39:151)

Hanya saja, penyebutan mahar dalam akad nikah akan semakin menenangkan kedua belah pihak, terutama keluarga.

Kesembilan, dianjurkan mengikuti peraturan yang di tetapkan pejabat agama supaya akad nikah tersebut berjalan dengan lancar dan tak ada halangan dan gangguan semasa akad nikah, Ini semua dalam rangka menghindari timbulnya perselisihan dan masalah di masa akan datang. Semakin mudah akad nikah, semakin baik menurut kaca mata syariah. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

ŰźÙŠŰ± Ű§Ù„Ù†ÙƒŰ§Ű­ ŰŁÙŠŰłŰ±Ù‡

“Nikah yang terbaik adalah yang paling mudah.” (HR. Ibnu Hibban dan dishahihkan Al-Albani)

Sifat mudah ini mencakup masalah nilai mahar, tata cara nikah, proses akad, dst.

Kesepuluh, sebaik-baiknya untuk melafadzkan ijab kabul dalam sekali nafas, . Kerana inti dari ijab qabul akad nikah adalah pernyataan masing-masing pihak, bahawa wali pengantin wanita telah menikahkan puterinya dengannya, dan pernyataan kesediaan dari pengantin laki-laki.

Kesebelas, doa selepas akad nikah.

Dianjurkan bagi siapapun yang hadir ketika peristiwa itu, untuk mendoakan pengantin. Di antara lafadz doa yang dianjurkan untuk dibaca adalah

Űšَۧ۱َكَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَكَ وَŰšَۧ۱َكَ Űčَلَيْكَ وَŰŹَمَŰčَ Űšَيْنَكُمَۧ فِي Ű§Ù„ْŰźَيْ۱ِ

“Semoga Allah memberkahimu di waktu senang dan memberkahimu di waktu susah, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”

Dinyatakan dalam hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,

ŰŁÙ† Ű§Ù„Ù†ŰšÙ‰ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…  :” كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ۱َفَّŰŁَ Ű§Ù„ْŰ„ِنْŰłَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ŰȘَŰČَوَّŰŹَ قَŰ§Ù„َ Űšَۧ۱َكَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَكَ وَŰšَۧ۱َكَ Űčَلَيْكَ وَŰŹَمَŰčَ Űšَيْنَكُمَۧ فِي Ű§Ù„ْŰźَيْ۱ِ

“Bahwa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila hendak memberikan ucapan selamat kepada orang yang menikah, baginda mendoakan: baarakallahu laka…dst.” (HR. Turmudzi, Abu Daud dan dishahihkan Al-Albani)

Dari A’isyah radhiallahu ‘anha, beliau mengatakan,

ŰȘَŰČَوَّŰŹَنِي Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…   فَŰŁَŰȘَŰȘْنِي ŰŁُمِّي فَŰŁَŰŻْŰźَلَŰȘْنِي Ű§Ù„ŰŻَّۧ۱َ فَŰ„ِŰ°َۧ نِŰłْوَŰ©ٌ مِنَ Ű§Ù„ْŰŁَنْŰ”َۧ۱ِ فِي Ű§Ù„ْŰšَيْŰȘِ فَقُلْنَ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰźَيْ۱ِ وَŰ§Ù„ْŰšَ۱َكَŰ©ِ وَŰčَلَى Űźَيْ۱ِ Ű·َۧۊِ۱ٍ

Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menikahiku, kemudian ibuku mendatangiku dan mengajakku masuk ke dalam rumah. Ternyata di dalamnya terdapat ramai wanita Anshar. Mereka semua mendoakan kebaikan, keberkahan kerana keberuntunganku. (HR. Bukhari dan Muslim)