Saturday, September 21, 2013

Berbaik Sangka Dengan Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,  
Hidup kita di dunia ini adalah umpama putaran roda kenderaan. Ada masa sedih, ada masa gembira, ada masa senang dan ada masa susah. Hati kita juga berubah-rubah, ada masa tenang dan ada masa gundah gulana.  Ada masa seronok dan yakin dengan ketentuan Allah tetapi ada masa resah gelisah, kecewa, forbiah, truma dan kadangkala terdetik kenapa berlaku ke atasku? Apa kesalahanku?

Kesemua peristiwa berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita adalah sesuatu ketentuaan Allah SWT yang diciptakan sebagai ujian dan dugaan, untuk Allah SWT menguji hamba-hamba-Nya samaada ia ingin bersabar atau tidak. Samaada ia hendak redha atau pun tidak. Samaada ia berbaik sangka kepada Allah SWT atau pun tidak.

Allah berfirman maksudnya  : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah" (Surah Al-Hajj ayat 70)

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah  Al-Hadid ayat 22) 

Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " 
(Surah Yunus ayat 61)

Walaupun sesuatu peristiwa itu yang berlaku di atas ketentuaan Allah tetap Allah SWT memberi pilihan manusia untuk berubah, berusaha, berikhtiar dan berdoa.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya." (Surah Ar-Ra'du ayat 11)

Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Tidak tertolak qada' itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SWT  bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman maksudnya :  'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasrkan hadis di atas hanya doalah satu-satu cara yang boleh di buat untuk merubah apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ulamak mencadangkan bahawa bila kita berdoa perlu berulang-ulang kali jangan jemu-jemu dan berserah bulat kepada Allah SWT.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Bahawa bila kita yakin Allah  akan beri kebahagiaan untuk membina  rumah tangga muslim dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, maka keyakinan itu akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin bahawa Allah mencintai dan mengasihi kita dan di jauhi dari musibah yang pernah kita alami dengan kekecewaan dan truma sebelum ini, maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin kita akan diberi rahmat oleh Allah SWT. dan terpelihara iman dan akidah kita dan mendapat kematian yang baik (mati dalam mengucap kalimah syahadah), maka keyakinan ini akan ditunaikan ole Allah SWT.

Hidup kita di dunia yang sementara ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Anggaplah pengalaman lama sebagai iktibar dan kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dalam keadaan beriman. Kita diberikan Allah kesihatan tubuh badan dan memiliki rezeki yang tidak putus-putus. Masih mampu berfikir dan masih mampu melaksanakan kewajipan kita kepada Allah SWT.  Maka tanda kita bersyukur dan meredhai Allah SWT maka kita perlulah baik sangka dengan Allah dan menganggap qada' dan qadar yang telah berlaku itu yang paling baik Allah tetapkan untuk kita. Dengan keyakinan ini akan hilang perasaan kecewa, putus asa, forbia, truma, takut, bimbang, risau, gelisah dan ragu-ragu.

Hati orang Mukmin tidak pernah takut apa yang akan ditetapkan Allah SWT. untuk masa depannya. Kekasih kita yang Maha Berkuasa akan beri dan pilih sesuatu yang baik dan Dia akan menambahkan lagi rezeki dan akan sentiasa menjaga kita dari bala dan bencana dan sentiasa mendorong kita melakukan kebaikan dan amal-amal soleh.

Sahabat yang dikasihi,
Alangkan mulianya hati orang mukmin hidupnya sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain dan sentiasa berdakwah dan menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kejahatan. Allah SWT akan memberi sakinah (ketenangan) dan kebahagiaan di dunia dan di  akhirat dan akan di tempatkan kita oleh Allah SWT di Syurga Firdaus yang paling tinggi tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.

Soal Jawab Agama Siri 88 (Akad Nikah, Cara-cara Rujuk, Isteri Aktif di Laman Sosial, Suami Cemburu Dan Bantuan Untuk Saudara Baru)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
 
Soal Jawab Agama Siri 88 adalah menjawab persoalan mengenai mengadakan majlis akad nikah, cara-cara rujuk, isteri aktif dalam laman sosial, cemburu dalam Islam dan bantuan untuk saudara baru.

726. Soalan : Saya dan pasangan dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Disember 2013 bersamaan 14 Safar 1435. Terdapat sesetengah pendapat menyatakan bulan Safar tidak elok  dibuat majlis pernikahan. Disini, saya ingin bertanya adakah benar pendapat yang menyatakan bahawa bulan Safar tidak sesuai di buat majlis pernikahan dan perkahwinan? Adakah ada di nyatakan di dalam Al-Quran  atau hadis hari dan masa yang sesuai untuk majlis akad nikah dan perkahwinan?


Besarlah harapan saya sekiranya ustaz sudi menghurai permasalahan ini. 

 Jawapan :

Al-Quran dan Sunnah tidak pernah menyatakan secara khusus hari-hari yang tidak harus seseorang itu melakukan sebarang perbuatan seperti nikah kawin. Malahan Rasulullah telah bersabda yang maksudnya : “Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar.” (Hadis Riwayat Bukhari , Muslim, Abu Daud, dan Ahmad )

Rasulullah SAW bersabda; “Beranggapan sial termasuk kesyirikan (baginda menyebutnya tiga kali).” Lalu baginda bersabda, “Tidak ada di antara kita yang selamat dari beranggapan sial. Menghilangkan anggapan sial tersebut adalah dengan bertawakal.” (HR. Abu Dawud)

Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa terhadap sesuatu perkara seperti kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu, gerakan binatang dan lain-lain adalah perbuatan yang tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah SWT tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”  (Surah al-A’raaf (7) ayat 131)

Oleh itu bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur (ramalan buruk kerana sesuatu),  maka dia telah terjebak dalam lembah kesyirikkan.

Daripada ‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ ۱َŰŻَّŰȘْهُ Ű§Ù„Ű·ِّيَ۱َŰ©ُ مِنْ Ű­َۧۏَŰ©ٍ فَقَŰŻْ ŰŁَŰŽْ۱َكَ

Maksudnya : “Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.”  (Hadis Riwayat Ahmad, no: 6748)

Daripada ‘Abdullah Ibnu Mas’ud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


مِنَّۧ Ű„ِÙ„Ű§َّ وَلَكِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يُŰ°ْهِŰšُهُ ŰšِŰ§Ù„ŰȘَّوَكُّلِ Ű§Ù„Ű·ِّيَ۱َŰ©ُ ŰŽِ۱ْكٌ Ű§Ù„Ű·ِّيَ۱َŰ©ُ ŰŽِ۱ْكٌ Ű«َÙ„Ű§َŰ«ًۧ وَمَۧ.

Maksudnya : “Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.”  (Hadis Riwayat Abu Daud, no: 3411)



Dengan ini sebarang kerja bolehlah dilakukan pada waktu yang sesuai berpandukan pandangan dan kelapangan manusia itu sendiri. Dalam Islam semua hari adalah sesuai untuk majlis perkahwinan. Walau bagaimanapun ada baiknya tidak dilakukan majlis tersebut dalam bulan Ramadan kerana setiap orang Islam berusaha merebut fadhilat Ramadan atau hari-hari yang hampir ke Ramadan, kerana dikhuatiri akan berlaku perbuatan salah laku yang menyebabkan kifarah seperti bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadan. Apa yang penting, kita memohon kepada Allah S.W.T. agar perkahwinan itu berpanjangan hingga ke akhir hayat, hidup aman daman dengan mendapat zuriat soleh dan solehah disamping restu daripada kedua ibu bapa anda. Wallahu a'alam 

727. Soalan : Bolehkah seorang suami menyetubuhi isterinya pada masa iddah untuk merujuknya?

Jawapan :

 

Jika seorang suami mentalak isterinya dengan talak satu atau talak dua maka secara otomatik si isteri masuk dalam masa iddah. Si isteri menjalani masa iddah di rumah suaminya, si isteri tetap tinggal bersamanya kerana ia masih berstatus isteri dalam perlindungan suami. 

Dalam mazhab Syafie berpendapat bahawa si suami wajib rujuk sebelum menyetubuhi isterinya. Iaitu dengan mengucapkan kalimat rujuk. Misalnya dengan mengatakan: "Saya rujuk kepadamu, Saya kembali kepada si Fulanah Binti Fulana dengan disaksikan dua orang saksi dari kalangan kaum muslimin. 

Mazhab Syafie menolak rujuk melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan mazhab Hanafi . Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz rujuk yang jelas terlebih dahulu adalah haram.

Imam As-Syafie berkata :-


"Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jimak dan lainnya, kerana tiada rujuk tanpa lafaz, maka tidak sah rujuk bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (rujuk) semasa iddah barulah sah rujuknya" (Al-Umm)


Dengan pernyataannya itu berakhirlah masa iddah, setelah itu ia boleh menyetubuhi isterinya bila saja ia mahu. Inilah cara yang paling selamat jika ia berhasrat menyetubuhi isterinya yang berada dalam masa iddah. Adapun jika talaknya itu talak tiga, maka si isteri tidak boleh tinggal bersamanya. Si isteri harus keluar dari rumahnya dan tidak halal baginya hingga si isteri menikahi lelaki lain. Dan bila suami baru kepada bekas isterinya itu menceraikannya barulah ia boleh kembali kepada bekas isterinya dahulu dengan menjalani akad nikah semula.  Wallahu a'lam.

728. Soalan : Saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gamabr, nota, korespondences yang terdapat di dalamnya?

Jawapan :

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka. 

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6). 

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah SAW ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda ; “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan). 

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadis tadi.

729. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan adakah salah jika seorang suami meminta seorang isteri memberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan social atau email. Sekiranya si isteri tidak bersetuju dengan nasihat dan pandangan suami atas perkara-perkara diatas, apakah yang patut dilakukan oleh si suami?  Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?

Jawapan :

Tidak salah jika si suami ingin meminta isteri memberitahu suaminya jika si isteri menerima panggilan telefon, mendapat sms atau e-mail kerana hak suami menjaga dan mengawal pergaulan isterinya. Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam-; “Cemburu ada dua; satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadis ini soleh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5783). 

Menurut ulama maksud cermburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadis Riwayat at-Tayalisi dari ‘Ammar). 


Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah). 

Sabda Nabi SAW yang maksudnya : “Tiga manusia akan diharamkan Allah dari syurga;
1. Orang yang ketagih arak
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya. (Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu ‘Umar. Hadis Soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 3503). Wallahu a'lam. 


730. Soalan : Kawan sekerja saya seorang perempuan berbangsa Cina dia telah memeluk agama Islam baru-baru ini setelah hampir setahun saya berdakwah kepadanya menjelaskan tentang kebaikan ajaran Islam. Alhamdulillah dengan hidayah dan taufik daripada Allah SWT dia telah menerima Islam dengan hati terbuka. Soalan saya bagaimana harus saya lakukan supaya beliau menjadi seorang muslim yang baik dan terus mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya?

Jawapan :

Tahniah saya ucapkan kepada puan kerana atas usaha puan Allah SWT memberikan hidayah dan taufik-Nya kepada kawan puan tadi sehingga dia memeluk agama Islam. Besar ganjaran pahala yang akan puan terima di akhirat nanti. Terdapat dua hadis mengenai pahala atau kebaikan mengajak orang bukan Islam kepada Islam.

1. Daripada Sahl bin Sa’d radhiyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullaah Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallaam pernah bersabda: “Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang sahaja (kerana dakwah) melalui diri mu, (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah.”(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Pada zaman Rasulullaah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallaam, binatang peliharaan merupakan harta yang besar nilainya, terutama unta. Unta Merah adalah jenis unta yang terbaik dan termahal kerana badannya yang tinggi besar. Jadi, untuk mendekatkan pemahaman para sahabat baginda, mengenai harta yang mahal , maka digunakan contoh yang paling mudah dan terdekat dengan mereka iaitu unta merah.

2. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang sedikit pun.” (Hadis Riwayat Muslim).

Perlu diingat bahawa sekiranya seseorang memasuki Islam dan beriman kepada Allah SWT kerana usaha-usahanya, maka pahala orang tersebut dan pahala keturunannya yang beriman sehingga kehari kiamat akan diperoleh oleh orang yang berdakwah tadi tanpa dikurangkan walaupun sedikit. Umpama air sungai yang mengalir tanpa henti-henti.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang melakukan satu kebaikan, dan kebaikan itu diikuti oleh orang lain maka ia dapat ganjaran terhadap apa yang dia lakukan dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa ada sebarang kekurangan. Manakala sesiapa yang melakukan keburukan dan keburukan itu diikuti oleh orang lain maka ia mendapat ganjaran terhadap apa yang dia buat dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa sebarang kekurangan. ” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Untuk menjadikan kawan puan istiqamah dengan agama Islam yang baru di anutinya maka puan perlulah melakukan beberapa perkara :

1. Tolong pantau pengajian ilmu fardu ain yang diikutinya samaada melalui Perkim, Jabatan Agama Islam, JAKIM, Persatuan Cina Muslim, Hidayah Centre atau Outreach ABIM . Badan kerajaan dan NGO ini ada menyediakan kelas-kelas asas fardu ain untuk saudara baru.

2. Bantu keperluan untuk dirinya jika dia memerlukan seperti nasihat, kaunseling dan bantuan kewangan kerana biasanya saudara baru akan dipulaukan oleh keluarganya jika mereka mengetahuinya. Dengan adanya tempat mengadu dan bergantung ketika susah akan menyebabkan jiwanya yang masih baru menerima Islam akan istiqamah dengan Islam.

3. Berikan buku-buku yang asas mengenai Islam seperti buku tulisan Sayyid Abul Ala al- Maulana Maududi (Toward Understanding Islam dan Asas-asa Islam,). Ustaz Fathi Yakan : Apa Ertinya Saya Memeluk Islam dan buku-buku yang asas bab akidah , ibadah dan fikrah Islam.

4. Seseorang Saudara Baru yang didaftarkan adalah layak untuk menerima bantuan sagu hati yang ditetapkan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam seperti berikut :

(a) Sagu hati memeluk Islam
(b) Berkhatan
(c) Kelengkapan Ibadah
(d) Urusan pengebumian


5. Namun Saudara Baru juga boleh memohon untuk mendapatkan bantuan yang ditetapkan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam seperti :

(a) Bantuan sara hidup
(b) Bantuan tempat tinggal
(c) Bantuan perubatan
(d) Bantuan perkahwinan
(e) Bantuan bagi apa-apa pendidikan atau pengajian yang difikirkan perlu oleh Majlis atau Jabatan


 6. Puan jadikan dia sebagai adik angkat dan bawa berjumpa keluarga puan supaya dia merasai kemesraan  dalam kehidupan keluarga orang Islam.



Su'ul Khatimah Kerana Mencabar Tuhan

couplecabar

Friday, September 20, 2013

Soal Jawab Agama Siri 87 (Pelaburan Berunsurkan Riba, Berhutang, Kesesatan Syiah dan Bertaubat)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah

Soal Jawab Agama Siri 87 adalah menjawab persoalan jenis-jenis pelaburan yang mengandungi riba, tidak sempat membayar hutang, kesesatan Syiah dan bertaubat.

721. Soalan :  Saya setuju melabur sejumlah wang dalam perniagaan yang diushakan kawan saya. Persetujuan telah dibuat kedua-dua belah pehak tempoh pelaburan selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun dengan jumlah keuntungan tetap 3% dibayar sebualn hingga habis tempoh perjanjian saya akan menerima jumlah pelaburan asal. Apakah boleh saya melabur dan hukumnya pelaburan yang sebegini harap ustaz jelaskan?

Jawapan;


Pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap pada setiap bulan (atau dalam tempoh tertentu), tanpa tertakluk kepada untung-rugi yang dikongsi bersama, pelaburan itu tidak sah di sisi Syariat kerana ia berunsurkan riba. Hal ini telah disepakati para ulamak. Jadi 3% yang dijanjikan pada setiap bulan itu adalah riba dan tidak halal. Kecualilah jika 3% yang dijanjikan itu dinisbahkan kepada keuntungan dan tertakluk kepada untung rugi syarikat atau perniagaan terbabit (yakni tiada keuntungan yang akan diberikan jika syarikat/perniagaan mengalami kerugian pada bulan tertentu), maka ia sah di sisi Syariat. Itu dilihat dari aspek pembahagian keuntungan. Perlu juga dilihat dari aspek-aspek lain seperti produk yang diperniagakan (adakah halal?), bentuk perkongsian dan sebagainya untuk memastikan keseluruhannya sah mengikut syariat.  Wallahu a'lam.

722. Soalan :  Saya mengajak kawan-kawan untuk melabur dalam perniagaan yang saya akan usahakan dan saya menjanjikan dividen tahunan 10% dari nilai pelaburan, namun dividen itu adalah saya beranggapan hanya sebagai hadiah penghargaan kepada mereka dalam perniagaan runcit saya . Adakah situasi ini diizinkan syarak ustaz? Mohon pencerahan terima kasih.

Jawapan;

 
Pelaburan dengan menjanjikan keuntungan tetap dalam jangka masa tententu, peratus yang dijanjikan dinisbahkan kepada modal pelaburan, bukan kepada perolehan untung pelaburan, pelaburan sebegitu tidak menepati Syariat kerana ia berkonsepkan riba walau apa nama sekalipun diberikan kepada keuntungan tersebut (dividen, bunga, untung, hibah atau sebagainya) kerana ukuran hukum bukan melihat kepada nama/istilah semata-mata, tetapi melihat kepada apa yang realiti di sebalik nama/istilah itu.

Adapun jika seseorang berhutang dari rakannya, kemudian ketika membayarnya ia memberi suatu hadiah/saguhati kepada rakannya itu sebagai perhargaan atau terima kasih, itu dibenarkan (malah digalakkan) kerana ia tidak dijanjikan dan tidak disyaratkan terlebih dahulu.

723. Soalan :  Seseorang yang berhutang tanpa diketahui oleh warisnya, jika meninggal, tiada siapa yg melunaskan hutang tersebut bagi pihak dirinya, jadi bagaimana dosa hutang yang ditanggung tersebut, adakah diselesaikan di akhirat nanti dgn cara membayar pahala amalan kepada si penghutang
 

Jawapan :

Jika seseorang berhutang tetapi dia berniat hendak membayarnya jika berkemampuan, tetapi dengan izin Allah SWT dia meninggal dunia, maka dia di kira tidak berdosa kerana bukan di sengajakan untuk tidak membayar hutang.

Terdapat hadis menegaskan;

مَنْ ŰŁَŰźَŰ°َ ŰŁَمْوَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ يُ۱ِÙŠŰŻُ ŰŁَŰŻَۧۥَهَۧ ŰŁَŰŻَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُ، وَمَنْ ŰŁَŰźَŰ°َ يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű„ِŰȘْÙ„Ű§َفَهَۧ ŰŁَŰȘْلَفَهُ Ű§Ù„Ù„َّهُ

 “Sesiapa mengambil harta orang lain dengan keinginan untuk membayarnya, Allah akan membayar bagi pihaknya. Sesiapa mengambilnya dengan keinginan untuk memusnahkannya (yakni tiada keinginan untuk membayarnya), Allah akan memusnahkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a. Soheh al-Bukhari, Kitab al-Istiqradh…, hadis no. 2387).

Menurut penjelasan ulamak; maksud “mengambil harta orang lain’ merangkumi mengambilnya sebagai hutang, mengambilnya untuk menyimpanya (wadi’ah), melalui melalui satu bentuk mu’amalah atau lain-lainnya. Ia tidak terikat dengan mengambil secara zalim sahaja. Maksud; “dengan keinginan untuk membayarnya” ialah; berniat untuk membayarnya ketika di dunia.

Maksud “Allah akan membayar bagi pihaknya” ialah; Allah akan membantunya untuk membayarnya atau Allah akan melapangkan rezkinya sehingga ia dapat membayar hak orang lain sebelum kematiannya. Atau boleh juga difahami dengan maksud doa dari Nabi SAW, iaitu; “Semoga Allah akan membayar bagi pihaknya”. Menurut Imam al-Munawi; makna zahir hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa berniat untuk menunaikan/membayar (hutang kepada orang lain yang tertanggung atas bahunya), kemudian ia mati sebelum sempat membayarnya kerana kesusahannya atau kerana matinya secara tiba-tiba, Allah tidak akan mengambil dari kebaikan-kebaikannya di akhirat (untuk dibayar kepada pemilik hutang tadi), akan tetapi Allah akan menjadikan pemilik hutang redha kepadanya (dan tidak menuntut haknya)” (Faidhul-Qadier, hadis no. 8351).

Maksud “mengambil dengan keinginan untuk memusnahkannya” ialah mengambil hak orang lain tanpa berniat membayarnya. Maksud “Allah akan memusnahkan hartanya” ialah; Allah akan memusnahkan hartanya di dunia dengan mentakdirkan banyak berlaku dugaan kepadanya, kerugian demi kerugian, musibah dan terhapusnya barakah, dan di akhirat pula Allah akan menghukumnya kerana hak orang lain tersebut.

Abu Hurairah r.a. menceritakan; Suatu hari Nabi SAW pernah bertanya sahabat-sahabatnya; ‘Tahukah kamu siapa orang muflis?’. Mereka menjawab; ‘Orang muflis mengikut kefahaman kami ialah seorang yang tidak memiliki wang (untuk membayar hutangnya) dan tidak pula memiliki barang (untuk digadai bagi membayar hutangnya)’. Lalu Nabi bersabda; “Seorang muflis dari kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) ia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah oang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian dari pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditapukkan ke atasnya hingga akhirnya ia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (Hadis Riwayat Muslim. Soheh Muslim, kitab al-Birri wa as-Shilah wa al-Adab, hadis no. 2581).

724. Soalan : Saya ada berbahas dengan orang Syiah, dia beri alasan bahawa ajaran Syiah mengutamakan keluarga Rasulullah SAW berbanding dengan Ahli Sunah Wal Jamaah. Apakah benar dakwaan Syiah dan bagaimana kita hendak berhujah dengan golongan Syiah yang sesat ini?

Jawapan :


Sebenarnya ajaran Syiah adalah satu ajaran sesat yang bersekala besar. Tidak ada ajaran sesat yang besar dan berpengaruh seperti ajaran Syiah ini kerana Syiah mempunyai negara iaitu Iran dan mempunyai sumber kewangan yang besar untuk menyebarkan fahaman Syiah di seluruh dunia. Hakikat sebenarnya Syiah bukan salah satu mazhab yang diikhtiraf oleh Ahli Sunah Wal Jamah dan mereka bukan mencintai ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW. Golongan ini yang paling banyak menipu dan berdusta atas nama Saidina Ali k.wj, Saidina Hussin r.a. dan ahlul bait yang lain. Mereka mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW, dan menolak hadis-hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Saidatina Aisyah r.ha., Saidina Umar, Saidina Osman, Anas bin Malik r.a dan lain-lain .Mereka juga menolak hadis-hadis sahih daripada ulama hadis seperti  Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Abu Daud dan para-para ulama hadis, sebaliknya  mereka mencipta banyak hadis-hadis palsu tanpa melalui para perawi hadis yang amanah hingga sampai kepada Rasulullah SAW.

Terdapat 17 doktrin atau ajaran Syi’ah yang tersembunyi dari kaum muslimin terutama dari golongan ahli sunni (Ahli Sunnah Wal Jammah) sebagai bahagian dari pengamalan doktrin taqiyah(menyembunyikan Syi’ahnya).

Ketujuh belas doktrin rahsia ini terdapat dalam kitab-kitab suci Syi’ah seperti kitab Usuhulu Kaafi dan Rijalul Kashi. Ajaran ini juga bertangung-jawab dalam mengubah keaslian dan kesucian Qalamuallah Al Quran ul karim.

Berikut adalah antara doktrin-doktrin yang sesat lagi menyesatkan :

1. Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi’ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki(Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Jelas Doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah SWT QS: Al-A’raf (7) ayat 128,“Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikaruniakan kepada siapa yang Dia kehendaki”.

Kepercayaan Syi’ah diatas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam Syi’ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2. Ali bin Abi Thalib yang diklaim sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang dhahir dan yang bathin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).

Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syi’ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dengan doktrin semacam ini Syi’ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syi’ah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

3. Para imam Syi’ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).

4. Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib oleh Syi’ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan surga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara rinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).

5. Keinginan para imam Syi’ah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).

6. Para imam Syi’ah mengetahui kapan datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).

7. Para imam Syi’ah mengetahui apapun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

8. Allah itu bersifat bada’ yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi’ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40). Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadits Syi’ah), Bahawa Allah tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi imam Syi’ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi’ah Allah bersifat bada’ (Ushulul Kaafi, hal. 232).

9. Para imam Syi’ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah. Para imam Syi’ah bersifat Ma’sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi’ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Argumentasi Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).

10. Para imam Syi’ah sama dengan Rasulullah Saw (Ibid).

11. Yang dimaksud para imam Syi’ah adalah Ali bin Abi Thalib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)

12. Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur’an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat Al-Qur’an An-Nisa’: 47, menurut versi Syi’ah berbunyi: “Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie ‘Aliyyin nuuran mubiinan”. (Fashlul Khitab, hal. 180).

13. Menurut Syi’ah, Al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

14. Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi’ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).

15. Menghalalkan nikah Mut’ah, bahkan menurut doktrin Syi’ah orang yang melakukan kahwin mut’ah 4 kali darajatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

16. Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja’far berkata kepada temannya: “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku.” (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja’far Muhammad Hasan At-Thusi).

17. Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada didekat kuburan Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Kesemua 17 doktrin Syi’ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah SAW. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi’in hingga sekarang? Jelaslah berpegang salah satu daripada doktrin tersebut menyebabkan seseorang jatuh mutrad dan terkeluar daripada akidah Islam. Jauhilah Syiah dan beritahu ahli keluarga kita kesesatan yang dipegang oleh golongan Syiah ini.

725. Soalan : Apabila seseorang yang berpegang kepada ajaran Syiah adakah dia hendak kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar adakah taubatnya diterima Allah SWT?

Jawapan :


Apabila seseorang telah sedar bahawa sebelum ini dia berada di dalam keadaan kesesatan kerana berpegang dengan akidah Syiah maka dia boleh kembali kepada Islam dengan beberapa Syarat.

1. Perlu mengucap semula dua kalimah syahadah kerana syahadah yang dia ucapkan semasa menjadi pengikut Syiah tidak sah.

2. Bertaubat nasuha dan merazam untuk tidak kembali semula kepada Ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan. Dan berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenarnya.



3. Perlu kembali menyedarkan pengikut Syiah yang berasal daripada Ahli Sunah Wal Jamaah yang telah menjadi pengikut Syiah supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Dia pasti dapat mengenali orang-orang yang telah di sesatkan oleh Syiah.


Rasulullah bersabda maksudnya : “Seandainya kamu melakukan perbuatan dosa sehingga dosa –dosamu mencapai setinggi langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah akan mengampuninya (menerima taubatmu)”. (Hadis Riwayat Baihaqi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersanda maksudnya : “Seorang yang bertaubat dari suatu dosa seakan-akan tidak pernah memiliki dosa.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).


Sabda Nabi SAW maksudnya : “Apabila kamu berbuat dosa, maka lakukanlah kebaikan (untuk menghapuskannya.” (Hadis Riwayat Baihaqi)








 

Wednesday, September 18, 2013

Soal Jawab Agama Siri 86 (Syafaat Di Akhirat, Ulama Jahat, Anak Kecil Meninggal Dunia, Binatang Perosak Dan Hukum ASB dan ASN)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
 

Soal Jawab Agama Siri 86 adalah menjawab persoalan syafaat di akhirat, siapakah ulama su' (jahat), anak meninggal sebelum baligh. membunuh binatang perosak dan hukum melabur di ASB dan ASN.

716. Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan semasa semua manusia di timbang amal kebaikan (pahala) dan amal kejahatan (dosa), di Mizan nanti sekiranya amal kejahatan (dosa) manusia melebihi kebaikan (pahala) dan manusia akan dimasukkan ke dalam neraka, masih adakah syafaat yang boleh menyelamatkan manusia daripada dimasukkan ke dalam neraka?

Jawapan :

Masih terdapat beberapa syafaat (pertolongan) yang boelh menyelamatkan manusia daripada di masukkan ke dalam api neraka.

8 Jenis Syafaat Di Padang Mahsyar Kelak ialah :

1. Al-Quran.


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya" 

(Hadis Riwayat Muslim)

2. Puasa.


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


3. Malaikat.


Firman Allah SWT maksudnya : "Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah." (Surah Al-Anbiya ayat 28)


4. Nabi Muhammad SAW.


4.1. Syafa’at Nabi SAW diperuntukkan bagi kaumnya yg tidak mempersekutukan Allah SWT (Syirik)

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya syafa’atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah SWT ” (Hadis Riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang paling berbahagia dengan (mendapatkan) syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan (kalimat) Laa ilaaha illallahu (tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah) dengan ikhlas dari hati atau jiwanya.“ (Hadis Riwayat Bukhari).

4. 2. Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi pelaku dosa besar di kalangan umatnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Syafa’atku adalah bagi pelaku-pelaku dosa besar (kabair) dari kalangan umatku.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

4. 3. Syafa’at Nabi SAW bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan (debat) dan dusta serta orang yang selalu memperbaiki akhlak.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan bagi seseorang yang memperoleh sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun berbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”(Hadis Riwayat Abu Daud).

4. 4. Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi umatnya yang banyak berselawat kepadanya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Orang yang lebih berhak mendapat syafa’atku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Hadis Riwayat Ibn Mas’ud r.a)

Sabdanya lagi : “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan dunia dan akhiratnya dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

5. Para Syuhada.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya." (Hadis Riwayat Abu Darda)

6. Ulama.


Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (Hadis Riwayat. Ibnu Majah)

7. Para Hafiz Al-Quran.


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)


8. Syafaat-syafaat kecil.


8.1. Solehin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada Allah, Nabi Muhammad, agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar. Termasuk sahabat yang soleh boleh memberi syafaat kepada sahabatnya yang lain.

8.2. Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.

8.3. Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.

717. Soalan :  Di dalam masyarakat kita terdapat orang berilmu dipanggil ulama, tetapi sebahagian daripada mereka tidak berani menegakkan kebenaran kerana menjaga kepentingan jawatan mereka. Mereka sanggup bersyubahat menyokong pemimpin yang zalim dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang bertentangan dengan hukum Islam yang sebenarnya. Apakan pandangan Islam terhadap ulama seperti ini dan bagimana kedudukan mereka di akhirat nanti jika tidak bertaubat dan kembali menyatakan kebenaran?

Jawapan :

Untuk menjawap persoalan tersebut terdapat hadis Nabi SAW.  

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Ulama itu ada tiga jenis. (Pertama) orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. (Kedua) orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). (Ketiga) orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dari ilmunya." (Hadis Riwayat ad-Dailami). 


Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' (ulama jahat) yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.


Balasan ulama seperti ini di hari akhirat jika tidak bertaubat sebelum mati adalah seperti hadis berikut : 

Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah bin Zaid r.a.: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keldai yang menggerakkan penggilingan. Penghuni neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya: ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab: ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya’.”

718. Soalan : Adakah benar pendapat yang mengatakan bahawa ibu bapa akan masuk syurga sekiranya terdapat tiga orang anaknya mati semasa kecil?

Jawapan :

Mana-mana pandangan atau pendapat yang sejajar dengan Islam serta mempunyai bukti atau keterangan, maka pendapat itu adalah betul lagi diterima. Begitulah juga dalam masalah ini, kerana berdasarkan kepada keterangan sebuah hadis ‘Anas yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di mana baginda Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

Maksudnya : “Tidak ada manusia di kalangan muslim yang kematian tiga anak kecil yang belum sampai had baligh, melainkan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga dengan limpah kurnia dan rahmat kepada mereka”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis tersebut, amat jelas di mana ibu bapa yang kematian tiga orang anak di masa kecilnya akan dimasukkan ke dalam syurga dengan syarat mereka menerima qada’ Allah dengan penuh kerelaan dan kesabaran.

Selain dari itu, hadis tersebut juga menjadi dalil yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mati sebelum baligh adalah merupakan ahli syurga dan termasuk juga kanak-kanak orang kafir. Begitulah menurut pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh ulama’ yang lain.



719. Soalan : Bagaimana hukum membunuh binatang pengganggu seperti lipas, semut, lalat, nyamuk dan binatang-binatang serupa lainnya?.

Jawapan :

Syariat Islam dibangun untuk menciptakan/mendatangkan kemaslahatan (jalbun mashalih) dan menghapus semua bahaya dan kerosakan (dar' ul mafasid). Semua yang mendatankan kerosakan dan mengganggu boleh dihilangkan sesuai dengan tingkatan kerosakan dan gangguan yang timbul. Hal ini dijelaskan dalam Sabda Nabi SallallĂąhu 'Alaihi Wa sallam:

لَۧ ۶َ۱َ۱َ وَلَۧ ۶ِ۱َۧ۱َ

"Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membahayakan"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan disahihkan al-Albani dalam Irwa’ al-ghalil no. 896).


Dari sini, para Ulama menetapkan kaedah yang berbunyi:

Ű§Ù„Ű¶َ۱َ۱َ يُŰČَŰ§Ù„ُ

"Semua madharat (bahaya, gangguan) (harus) dihilangkan."
 
Sehingga semua yang mengganggu dan mendatangkan kerosakan harus dihilangkan (dilenyapkan) sesuai dengan tingkat kerosakan yang ditimbulkannya.Tentang masalah membunuh serangga yang sering ada di dalam rumah seperti lipas, semut dan sejenisnya pernah ditanyakan kepada Syaikh Bin BĂąz rahimahullĂąh dan beliau menjawab:

"Serangga-serangga tersebut apabila menimbulkan gangguan maka boleh dibunuh, namun tidak boleh dilakukan dengan menggunakan api (dibakar). Boleh dibunuh dengan berbagai alat pembasmi lainnya berdasarkan sabda RasulullĂąh SallallĂąhu 'Alaihi Wasallam:

ŰźَمْŰłٌ فَوَۧ۳ِقُ يُقْŰȘَلْنَ فِى Ű§Ù„ْŰ­ِلِّ وَŰ§Ù„ْŰ­َ۱َمِ Ű§Ù„ْŰ­َيَّŰ©ُ
وَŰ§Ù„ْŰșُ۱َُۧۚ Ű§Ù„ŰŁَŰšْقَŰčُ وَŰ§Ù„ْفَۧ۱َŰ©ُ وَŰ§Ù„ْكَلْŰšُ Ű§Ù„ْŰčَقُÙˆŰ±ُ وَŰ§Ù„ْŰ­ُŰŻَيَّۧ
 
Maksudnya : "Lima (hewan) perosak yang boleh dibunuh di luar tanah suci dan di tanah suci iaitu: ular, gagak, tikus, serigala dan rajawali." (Muttafaqun ‘alaihi)
 
Nabi SallallĂąhu 'Alaihi Wasallam telah memberitahukan bahawa sifat pengganggu ada pada hewan-hewan tersebut. Nabi SallallĂąhu 'Alaihi Wasallam memanggil binatang-binatang pengganggu itu disebut fawĂąsiq. Nabi SallallĂąhu 'Alaihi Wasallam pun mengizinkan untuk membunuhnya. Demikian juga serangga-serangga, diperbolehkan membunuhnya di tanah suci dan luar tanah suci apabila binatang-binatang tersebut menimbulkan gangguan, seperti semut, lipas, nyamuk , tikus dan hewan lain menimbulkan gangguan.

720. Soalan :  Saya ingin membuat pertanyaan tentang Amanah Saham Bumiputra. dan Amanah Saham National

1. Apakah hukumnya kita membuat pelaburan disini.?

2. Bolehkah kita gunakan duit dividen yang kita dapat
Harap tuan dapat terangkan..?

Jawapan : 

Menurut Fatwa Negeri Selangor bahawa pelaburan di dalam ASB dan ASN adalah tidak halal kerana terdapat aktiviti pelaburan yang bercampur-campur yang patuh syariah dan juga yang tidak patuh syariah.

Keputusan fatwa tersebut adalah seperti berikut :

"Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-    

Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

    Ù…Ű§ ۧۏŰȘمŰč Ű§Ù„Ű­Ù„Ű§Ù„ ÙˆŰ§Ù„Ű­Ű±Ű§Ù… Ű„Ù„Ű§ŰșÙ„Űš Ű§Ù„Ű­Ű±Ű§Ù… Ű§Ù„Ű­Ù„Ű§Ù„
 

Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”     

Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.  

Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

2. Kalau wang haram, maka menggunakan atau memakannya adalah haram. Oleh itu wang keuntungan yang haram eloklah diserahkan kepada Baitumal, digunakan untuk kepentingan awam. 

Wallahu a'lam.




Monday, September 16, 2013

Tafsir Surah Ibrahim Ayat 27

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Firman Allah SWT :

يُŰ«َŰšِّŰȘُ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ŰšِŰ§Ù„ْقَوْلِ Ű§Ù„Ű«َِّۧۚŰȘِ فِي Ű§Ù„ْŰ­َيَۧ۩ِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَفِي Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱َŰ©ِ وَيُ۶ِلُّ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ وَيَفْŰčَلُ Ű§Ù„Ù„َّهُ مَۧ يَŰŽَۧۥُ (27)
 

Maksudnya : "Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (al-Qaulu as-Tsabit) (dalam kehidupan ) di dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim, dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki" (Surah Ibrahim ayat 27)

Asbabun Nuzul Surah Ibrahim ayat 27 :

Al-Barra' r.a menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan tentang azab kubur dan keadaan yang terjadi di alam kubur. (Hadis sahih riwayat Nasai)

Huraiannya :

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa Dia meneguhkan orang-orang yang mukmin dengan ucapan-ucapan yang baik dan teguh baik dalam kehidupan di dunia ini maupun di akhirat. Dengan demikian ada hubungan timbal balik antara iman dan ucapan yang baik dan teguh. 

Iman mendorong seseorang untuk senantiasa menggunakan ucapan yang baik dan teguh. Sebaliknya ucapan yang baik itu dapat memelihara keteguhan iman seseorang.
Dalam ayat ini selanjutnya Allah SWT. menegaskan, bahawa Dia membiarkan sesat orang-orang yang zalim dan yang suka berbuat menurut kehendaknya sendiri tanpa mengabaikan peraturan yang benar antara lain ialah mengucapkan kata-kata yang buruk yang mengajak kepada kekafiran, kemusyrikan, kemaksiatan dan sebagainya.

Di dalam Tafsir Jalalain dalam Surah Ibrahim ayat 27 :


يُŰ«َŰšِّŰȘُ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ŰšِŰ§Ù„ْقَوْلِ Ű§Ù„Ű«َِّۧۚŰȘِ فِي Ű§Ù„ْŰ­َيَۧ۩ِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَفِي Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱َŰ©ِ وَيُ۶ِلُّ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ وَيَفْŰčَلُ Ű§Ù„Ù„َّهُ مَۧ يَŰŽَۧۥُ (27)
 

Maksudnya : "(Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu) iaitu kalimat tauhid itu (di dunia dan di akhirat) iaitu di alam kubur, ketika dua orang malaikat menanyakan kepadanya tentang Rabb mereka, agama mereka dan nabi mereka. Maka orang-orang yang beriman dapat menjawabnya dengan benar; demikianlah menurut keterangan yang disebutkan di dalam hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim (dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim) iaitu orang-orang kafir; oleh sebab itu mereka tidak mendapat petunjuk untuk memberikan jawaban yang benar. 

Bahkan mereka hanya mengatakan, "Kami tidak tahu," demikian menurut keterangan dalam hadis (dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.)"

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman maksudnya :"Sehingga apabila tiba maut kepada salah seorang di kalangan mereka, berkatalah ia: 'Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku dapat mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Bahkan sesungguhnya ia hanya perkataan yang dia ucapkan, sedang di hadapan mereka ada barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula." (Surah al-Mukminun (23) ayat 99-100)

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir (40) ayat 46 maksudnya : "Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang, dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “ Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang sedahsyat-dahsyatnya!”

Apakah yang dimaksudkan dengan “Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang”? Ia bermaksud azab sebelum hari kiamat. Ini kerana ayat selepas itu menyebut, yang maksudnya: “dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat):

"Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang sedahsyat-dahsyatnya!”. 

Jelas sekali azab yang pertama ialah azab sebelum kiamat yang dibentangkan kepada mereka pada waktu pagi dan petang.

Peristiwa di alam kubur atau di alam barzakh bermula apabila seseorang itu telah mati dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur. Di alam kubur itulah seseorang itu dikatakan berada di alam barzakh. Barzakh ialah dinding pemisah di antara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu di antara alam dunia dengan alam akhirat. 

Setelah seseorang itu mati, dia akan kembali ke alam akhirat tetapi sebelum menempuh alam akhirat, dia akan berada di alam barzakh terlebih dahulu. Alam akhirat yang sebenarnya ialah alam Mahsyar iaitu setelah berlaku kiamat yang seterusnya manusia akan menuju ke syurga atau ke neraka. Jadi, alam barzakh ialah tempat seseorang itu akan menunggu setelah dia mati sebelum dia dibangkitkan semula oleh Allah SWT di hari kiamat nanti.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita beramal dengan amal soleh, perbanyakkan ibadah dan buatlah amal-amal kebajikan dan kebaikan samaada kepada ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan masyarakat seluruhnya. Jadilah diri kita mukmin yang sentiasa membawa amal kebaikan dan berguna kepada orang lain. Amal soleh dan semua kebaikan yang kita lakukan di dunia ini adalah bekalan penting untuk kita bawa semasa berada di alam barzakh dan seterusnya hari akhirat.

Soal Jawab Agama Siri 85 (Nafkah Anak, Hukum Makan Daging Gajah dan Kuda, Berkorban, Syarat Khatib, Husnul Khatimah Dan Su'ul Khatimah)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 85 adalah menjawab persoalan nafkah anak jika kematian bapa, hukum memakan daging gajah dan kuda, tidak boleh potong kuku dan gunting rambut siapa yang hendak berkorban, syarat-syarat menjadi khatib khutbah, tanda-tanda husnul khatimah dan su'ul khatimah.

711. Soalan :  Saya hendak bertanya soalan, siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak-anak yang kematian bapa? ibu masih ada tetapi kurang kemampuan.
 
Jawapan;

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan kewajipan bapa ialah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan. Seorang tidak di bebani lebih dari kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kerana anaknya, dan jangan pula seorang bapa (menderita) kerana anaknya. Ahli waris pun (berkewajipan) seperti itu juga”.(Surah al-Baqarah ayat 233)

Berdasarkan ayat ini para ulama menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung di atas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung oleh waris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya) merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dan sebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungan nafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagai contohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, maka nenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnya iaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbali berdalilkan ayat di atas.

Menurut mazhab Syafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usul perempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkah tidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anak yang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya, diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebih dekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapa kepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat. Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapa kepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipan nafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang ada tidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan (iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).

Perlu disebutkan; kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak mampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh Syarak untuk menanggung nafkah orang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakati ulama. 
Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluan diri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. Sabda Nabi SAW maksudnya : "Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk ahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Hadis Dahih Riwayat Muslim; 997, dari Jabir r.a.). Wallahu a’lam.
712. Soalan : Apakah hukumnya memakan daging gajah dan daging kuda?
Jawapan :
 
1. Daging gajah.

Menurut jumhur ulama (Mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali); daging gajah haram dimakan kerana ia tergolong dalam binatang bertaring.  Abu Tsa’labah al-Khusyani r.a. menceritakan; “Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yang bertaring dari binatang-binatang buas” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 5530, 5780. dan Sahih Riwayat Muslim; 1932).

Maksud bertaring ialah haiwan yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya (an-Nihayah. Al-Majmu’). Di antara contoh yang disebut ulama  bagi binatang-binatang jenis ini ialah; anjing, kucing, singa, harimau, serigala, gajah, kera dan seumpamanya (lihat; Nailul-Autar, as-Syaukani; 1/131. Al-Majmu’, an-Nawawi; 9/14. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; perkataan “At’imah”).

2. Daging kuda.

Daging kuda halal memakannya kerana kehalalannya telah sabit dari hadis-hadis Nabi SAW. Asma binti Abu Bakar r.a. menceritakan; “Kami pernah menyembelih seekor kuda pada zaman Nabi SAW dan memakannya” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 5510, 5519). 
Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Nabi SAW menegah kami dari memakan daging kaldai pada hari Khaibar dan membenarkan kami memakan daging kuda” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari; 5520. Sahih Riwayat Muslim; 1941). Wallahu a’lam.
713. Soalan : Ustaz, saya ingin bertanya adakah benar sesiapa yang hendak berkorban pada hari Raya Haji ini tidak boleh potong rambut dan kuku. Jika benar waktu bila larangan tersebut bermula?
Jawapan :

Disunatkan orang yang ingin melaksanakan korban untuk tidak memotong kukunya, mencukur/memotong rambut dan juga mencukur/mencabut bulu pada badannya sama ada bulu ketiak, bulu ari-ari, misai, janggut dan sebagainya apabila masuk bulan Zulhijjah dari hari pertamanya hinggalah setelah korbannya dilaksanakan. Jika dilakukan hukumnya adalah makruh. Ini berdalilkan sabda Nabi SAW; “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah (yakni mengetahui masuknya bulan Zulhijjah), sesiapa dari kamu yang ingin melakukan ibadah korban hendaklah dia menahan (menangguh) dari (membuang/memotong) bulu/rambut dan kuku-kuku di badannya hingga ia melaksanakan korbannya” (Hadis Sahih Riwayat Muslim; 1977/41, dari Ummu Salamah r.ha).

Menurut Syeikh Ibrahim al-Marwaruzi; hukum anggota-anggota badan yang lain sama seperti hukum rambut/bulu dan kuku (yakni makruh dibuang sebelum dilaksana korban).

Menurut ulama'; Hikmah tegahan ini ialah supaya keampunan Allah SWT yang datang melalui ibadah korban itu akan meliputi seluruh tubuhnya termasuklah rambut, bulu-bulu badan, kuku dan sebagainya.

Menurut Syeikh Mansur Ali Nashif;  ia juga dituntut dari ahli keluarga orang yang melakukan korban supaya keampunan Allah SWT yang sempurna itu turut merangkumi mereka (at-Taj al-Jami’, 3/115). Wallahu a’lam.

714. Soalan : Apakah adab-adab untuk Khatib yang membaca khutbah? Adakah perlu terlalu panjang sehingga 40 minit kerana terdapat makmum yang berbagai kedudukan di dalam masyarakat yang perlu balik cepat untuk sambung kerja, untuk makan tengahari dan sebagainya terutama daripada syarikat swasta.?

Jawapan :

Berdasarkan kepada hadis sahih, sudah banyak di perkatakan oleh para ulama' mengenai syarat-syarat dan adab serta etika seorang imam dan khatib yang seharusnya diikuti supaya dia menjadi seorang imam atau khatib yang dihormati dan disegani.

Antara syarat seorang imam dan khatib itu mestilah mempunyai pengetahuan agama yang mencukupi, khususnya dalam bab sembahyang dan mereka juga mesti fasih membaca al-Quran dengan makhraj dan tajwidnya yang betul. Manakala adab dan etikanya pula, seorang imam atau khatib itu mestilah peka dan prihatin dengan keadaan makmum di belakangnya yang sudah pasti terdiri daripada manusia yang mempunyai  pelbagai ragam dan kedudukan serta peringkat umur dan pengetahuan agamanya.  Di samping itu, dia juga harus prihatin dan mengambil kira keadaan masa, tempat dan suasana. Ammar bin Yasir berkata: “Aku mendengar Rasullah bersabda: “Sesungguhnya panjang sembahyang seseorang (imam) dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (terhadap ajaran Islam), maka panjangkan sembahyang dan pendekkan khutbah”.

Maksud panjang sembahyang dalam hadis ini ialah sembahyang lebih panjang daripada khutbah, bukan bermaksud panjang sembahyang sehingga menyusahkan makmum.  Ada riyawat lain menyebutkan bahawa khutbah Rasullah dan sembahyangnya adalah sederhana.  

Anas bin Malik pula berkata: “Aku tidak pernah melihat orang sembahyang lebih ringkas dan lebih sempurna selain daripada Rasulullah”. Dan dalam satu peristiwa dimana Rasullah pernah menegur sahabat agungnya, Muaz bin Jabal yang pernah menjadi imam sembahyang di sebuah perkampungan dan membaca surah yang panjang.  Tindakannya itu menyebabkan seorang daripada makmum telah mufaraqah dan terus sembahyang bersendirian kerana beliau terlalu banyak kerja yang hendak diuruskan. Perbuatan makmum ini dimarahi oleh Muaz lalu memberitahu Rasulullah.  

Rasulullah pun bersabda kepada Muaz, maksudnya: “Apakah engkau hendak membuat fitnah” sambil diulanginya tiga kali dan terus bersabda lagi:  “Kalau engkau membaca surah pendek-pendek, tentulah semua orang boleh mengikuti engkau kerana di antara kalangan makmum ada yang sakit, uzur, tua, kanak-kanak dan ada yang mempunyai banyak urusan”. 
Rasulullah sendiri pernah mempercepatkan sembahyang tatkala mengimamkan satu sembahyang semata-mata kerana terdengar tangisan seorang kanak-kanak, kerana takut ibunya tidak khusyuk.

Khutbah juga tidak seharusnya dipanjangkan, cukuplah di antara 10 dan 15 minit sahaja.  Khutbah yang pendek, padat ditambah dengan penggunaan bahasa yang baik adalah lebih berkesan daripada yang panjang berjela-jela sehingga menjemukan dan membosankan para jemaah. Apatah lagi di setengah masjid ruang solatnya kecil sehinggakan ketika sembahyang Jumaat terdapat ramai para jemaah yang terpaksa sembahyang di luar masjid sebab ruang dalam masjid telah penuh, dimana mereka  terdedah dengan panas terik dan kadang-kadang hujan pula.

Kesimpulannya bahawa imam atau khatib yang sering sahaja membaca surah-surah dan berkhutbah panjang serta tidak mengambilkira kesesuaian waktunya sehingga menyusahkan para jemaah adalah tidak selaras dengan sunnah Rasulullah S.A.W. , Wallahu a’alam.

715. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan apakah yang dimaksudkan dengan Husnul Khatimah dan Su'ul Khatimah?

Jawapan :

Husnul khatimah bermaksud berakhimya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Keadaan seseorang saat tutup usia memiliki nilai tersendiri, kerana balasan baik dan buruk yang akan diterimanya bergantung pada keadaan ketika saat tutup usianya.
 

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan selainnya)

Husnul Khatimah adalah pengakhiran yang baik, iaitu seorang hamba, sebelum meninggal, ia diberi taufik dan hidayah untuk menjauhi semua yang dapat menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Dia bertaubat dari dosa dan maksiat, serta semangat melakukan ketaatan dan perbuatan-perbuatan baik, hingga akhirnya dia meninggal dalam keadaan ini. 

Ini berdasarkan hadis shahih dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hamba-Nya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya, “bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Allah akan memberikannya taufik untuk beramal soleh sebelum dia meninggal.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan dishahihkan al Hakim dalam Mustadrak)

Husnul khatimah memiliki beberapa tanda, di antaranya ada yang diketahui oleh hamba yang sedang sakaratul maut, dan ada pula yang diketahui orang lain. Tanda husnul khatimah, yang hanya diketahui hamba yang mengalaminya, iaitu diterimanya khabar gembira saat sakaratul maut, berupa redha Allah sebagai anugerah-Nya. 


Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Rabb kami ialah Allah,’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):’Janganlah kamu merasa takut dan jenganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) Syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (Surah Fushshilat, ayat 30)

Su’ul khatimah (penyudahan yang buruk) adalah meninggal dalam keadaan berpaling dari Allah, berada di atas murka-Nya serta meninggalkan kewajiban dari Allah. Su’ul khatimah ialah apabila sewaktu akan meninggal dunia seseorang dikuasai oleh perasaan was-was yang disebabkan keragu-raguan atau keras kepala atau mencintai keterlaluan terhadap kehidupan dunia yang akibatnya ia harus masuk ke Neraka secara kekal jika tidak diampuni oleh Allah SWT.

Sebab-sebab su’ul khatimah secara ringkas antara lain adalah perasaan ragu dan sikap keras kepala yang disebabkan oleh perbuatan atau perkara dalam agama yang tidak pernah dilaksanakan dan sentiasa membelakangkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW menunda-nunda taubat, banyak berangan-angan tentang kehidupan duniawi, senang dan membiasakan maksiat, bersikap munafik dan bunuh diri.

Tidak diragukan lagi, demikian ini akhir kehidupan yang menyedihkan, selalu dikhawatirkan oleh orang-orang yang bertakwa. Semoga Allah menjauhkan kita darinya. Terkadang nampak pada sebahagian orang yang sedang sakaratul maut, tanda-tanda yang mengisyaratkan su’ul khatimah, seperti: menolak mengucapkan syahadah, justeru mengucapkan kata-kata buruk dan haram, serta menampakkan kecenderungan padanya dan lain sebagainya. 

Biasanya terdapat tanda-tanda buruk yang mengaibkan seperti keluar ulat dari mulutnya semasa dimandikan, wajahnya bertukar menjadi hitam, jika digali kubur , kubur menjadi sempit atau ada lintah atau ular di dalam kubur yang hendak dikebumikan mayat tersebut dan berbagai-bagai lagi ditunjukkan oleh Allah SWT tanda-tanda kematian su'ul khatimah. Nauzubilahiminzali. Wallahu a'lam.