Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Jika seseorang mendapat su'ul khatimah dalam akhir hayatnya maka kecelakaan dan keburukanlah yang akan menantinya dialam barzakh dan hari akhirat.
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Jika seseorang mendapat su'ul khatimah dalam akhir hayatnya maka kecelakaan dan keburukanlah yang akan menantinya dialam barzakh dan hari akhirat.
Banyak contoh-contoh su'ul khatimah salah satu daripada tanda su'ul khatimah adalah mendapat kematian ngeri selepas mencabar Allah SWT.
Su’ul khatimah (penyudahan yang buruk) adalah meninggal dalam keadaan menderhakai Allah SWT, berada di atas murka-Nya kerana mencabar kekuasaan-Nya. Su’ul khatimah berlaku ketka meninggal dunia dia sedang bermaksiat kepada Allah SWT. Berdua-duaan tanpa nikah dan keluar perkataan buruk dan kufur cuba mencabar kekuasaan Allah SWT dengan sikap ego, takbur dan bongkak .
Sebab-sebab su’ul khatimah secara ringkas antara lain adalah perasaan ragu dan sikap keras kepala yang disebabkan oleh perbuatan atau perkara dalam agama yang tidak pernah dilaksanakan dan sentiasa membelakangkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW . Tidak mahu bertaubat, banyak berangan-angan tentang kehidupan duniawi, senang dan seronok dengn maksiat.
Terdapat kisah benar yang menyayat hati dua orang pemuda dan pemudi melayu yang berdua-duaan di atas motor (belum berkahwin) mendapat kemalangan ngeri kerana mencabar kekuasaan Tuhan dan engan mendengar nasihat keluarganya dan kawan-kawannya untuk meninggalkan maksiat.
Kisahnya seperti berikut :
Sepasang Couple Kemalangan Hancur Berkecai Selepas Mencabar Tuhan!
WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
Berita : Sep 18 Wed 11:31
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (Kejadian di tempat saya- Johor. Tempat dan nama-nama terlibat tidak perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !
Sepasang couple (lelaki dan perempuan yang belum bernikah), dinasihat oleh keluarga dan kawan-kawan agar jangan suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dengan kata-kata perli oleh mereka berdua..
Nak jadi cerita semalam.. Terluncur kata-kata dari mereka berdua, “Kalau Tuhan berani , mari kita jumpa.. Tenguk siapa lagi kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua-duanya tergelak-gelak
Kira-kira jam 11.30 mlm (tanggal 16 Sept 2013), mereka berdua berkenderaan motosikal memecut laju di highway tepi kampung kami. Tiba-tiba berdentum bunyi kemalangan.
Kedua-dua pasangan itu didapati terpelosok ke bawah lori 16 tayar.
Menurut saksi, mereka cuba memotong tapi ada kereta bergerak perlahan di depan, lalu terbabas ke lori semula, tidak dapat dielak lagi..
Apa yang terjadi kepada mereka?
Kedua-duanya digelek hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bahagian dari badan kedua-dua yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung, bagai dikikis habis..
Bomba yang mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip sisa-sisa itu dengan penyodok sahaja. Oleh kerana mayat-mayat, mati berasingan, maka dapat la diasingkan jugak antara keduanya..
Di hospital, keduadua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jalan lain.
Mayat itu kemudian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ dan dikerandakan. Kepada keluarga masing-masing dipesan supaya jangan dibuka laig keranda itu..
Maka siang tadi (17 Sept 2013), telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu.. Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah !
Apakah nasib merek malam ini wahai kawan-kawanku !?
Wahai saudara-saudaraku!
Wahai hamba-hamba Allah!
Ambillah pengajaran dari kejadian ini!
Na’uzubbillah! Inilah salah satu SU'UL KHATIMAH iaitu balasan Allah SWT dibayar tunai di dunia ini lagi.
No comments:
Post a Comment