Friday, August 8, 2014

Adab-adab Dan Hak-hak Jiran


Seorang muslim perlu berbaik-baik dengan jiran tetangga. Ziarah menziarahi dan saling bantu membantu jika jiran kita memerlukan bantuan dan pertolongan. 

ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN

1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur.

5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan. 

6. Menyintai mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadap,i sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

8. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.

9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’. 

11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya, anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.

13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.

14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.

15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.

16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.

17. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dillakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.

18. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.

19. Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.

20. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.

21. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.

22. Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan.

23. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya.

24. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.

25. Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.

26. Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana.

27. Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya. Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.

28. Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.

29. Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.

30. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran

 “ Jiran Sepakat membawa Berkat”

5 Perkara Ghaib yang Tidak Diketahui Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
 
Allah SWT berfirman,

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰčِنْŰŻَهُ Űčِلْمُ Ű§Ù„ŰłَّۧŰčَŰ©ِ وَيُنَŰČِّلُ Ű§Ù„ْŰșَيْŰ«َ وَيَŰčْلَمُ مَۧ فِي Ű§Ù„ŰŁŰ±ْŰ­َŰ§Ù…ِ وَمَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي نَفْŰłٌ مَۧ۰َۧ ŰȘَكْŰłِŰšُ ŰșَŰŻًۧ وَمَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي نَفْŰłٌ ŰšِŰŁَيِّ ŰŁَ۱ْ۶ٍ ŰȘَمُوŰȘُ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلِيمٌ ŰźَŰšِÙŠŰ±ٌ

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah Al Luqman ayat 34)

Sering kita dengar, orang-orang hanya mengaitkan masalah-masalah yang ghaib dengan hal-hal mistis, yang ghaib ialah hal-hal yang menakutkan, malah banyak orang yang berani menerangkan hal ghaib tanpa ia merujuk kepada Al Quran dan sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda dalam hadis yang panjang, yang telah diriwayatkan oleh Syaikhani, Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim,

ŰźَمْŰłٍ لَۧ يَŰčْلَمُهُنَّ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű«ُمَّ ŰȘَلَۧ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ { Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰčِنْŰŻَهُ Űčِلْمُ Ű§Ù„ŰłَّۧŰčَŰ©ِ وَيُنَŰČِّلُ Ű§Ù„ْŰșَيْŰ«َ وَيَŰčْلَمُ مَۧ فِي Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْŰ­َŰ§Ù…ِ وَمَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي نَفْŰłٌ مَۧ۰َۧ ŰȘَكْŰłِŰšُ ŰșَŰŻًۧ وَمَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي نَفْŰłٌ ŰšِŰŁَيِّ ŰŁَ۱ْ۶ٍ ŰȘَمُوŰȘُ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلِيمٌ ŰźَŰšِÙŠŰ±ٌ }

“Ada lima perkara (ghaib) tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, kemudian Rasul membaca (QS Luqman 34) : (1) sesungguhnya hanya disisiNya lah ilmu tentang hari kiamat; (2) Dan Dia yang menurunkan hujan; (3)Dia yang mengetahui apa yang ada dalam rahim; (4) dan tidak ada orang yang mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan/diperoleh besok, (5) dan tidak ada seorangpun yang mengetahui di bumi mana ia akan meninggal dunia. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, maha mengenal.”

Inilah 5 perkara ghaib yang tidak ada seoran gpun tahu kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala;

1. Hari Kiamat

Tidak ada makhluk didunia ini, jin, manusia, nabi dan malaikatnya yang mengetahui bila terjadinya hari kiamat, tahun apa, bulan apa, minggu apa, hari apa, jam berapa dan menit berapa, melainkan Allah satu-satunya, juga hambaNya Dalam ayat lain Allah menceritakan,
“Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang kiamat, ‘bila terjadinya?’ katakanlah!, ‘sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu ada pada Rabbku, tidak ada seorangpun yang dapat menjelaskan bila terjadinya kecuali Dia.” (Surah Al-A’raf ayat 187)

Dalam hadis JIbril yang masyhur, Rasul ditanya tentang hari kiamat, kemudian baginda menjawab “mal-mas’uulu ‘anha bi a’lama minas-sa’il (yang ditanya tidak lebih tahu dari pada yang bertanya)”, maksudnya yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu. Kemudian rasul hanya menjelaskan tentang tanda-tandanya saja.

Tidak ada yang mengetahui kepastian kiamat kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sudah dijelaskan diatas bahwa Rasul dan JIbrilpun yang sudah jelas kedekatannya dengan Allah saja tidak tahu, apalagi orang biasa yang tidak jelas apakah ia soleh atau tidak.

2. Turunnya Hujan

Begitu juga dengan hujan, tidak ada seorangpun yang mengetahui dengan pasti bila hujan akan turun. Dan ketika hujan turun tidak ada seorangpun yang tahu bila hujan ini akan berhenti. Dan dimana hujan itu akan turun. Namun jika Allah memerintahkan maka malaikat yang bertugas akan tahu bila dan dimana hujan itu turun.

Bila, dimana hujan akan turun, juga dengan lengkap Allah mengetahui berapa banyak air yang turun ketika itu. Dan tidak ada ilmu pengetahuan manapun yang mampu mejelaskan ini. Adapun perakiraan-prakiraan cuaca yang sering kita saksikan di tv-tv berita, itu hanya sekedar ramalan biasa berdasarkan sifat-sifat alam yang terjadi, bukan suatu kepastian tentang turunnya hujan.

“Dia (Allah) mengatahui yang ghaib dan Dia tidak memperlihatkan kepada siapa pun tentang yang ghaib itu” (SurahAl-Jinn 26)

3. Apa Yang Ada Di Dalam Rahim

Memang dengan berkembangnya teknologi modern zaman sekarang, orang sudah boleh mengetahui apa yang sedang dikandung oleh para isteri mereka. Laki-laki atau perempuan kah bayi yang sedang dikandung, dan besar kecilnya, juga cacat atau tidak.

Tapi subhanallah tidak ada seorang pun yang tahu apakah anak ini akan selamat ketika ibunya melahirkannya, berimankah ia setelah dilahirkan atau kufur, bahagia kah ia atau celaka.
Belum tentu bayi yang keluar dari rahim ibu yang miskin akan menjadi miskin pula besarnya nanti, tidak juga bayi yang keluar dari rahim ibu yang solihah akan menjadi solihah juga. Tidak ada yang mengetahuinya keculi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani dari sahabat Ibnu Mas’ud ra,

Ű„Ù†َّ ŰŁŰ­َŰŻَكُمْ يُŰŹْمَŰčُ Űźَلْقُهُ في ŰšَŰ·ْنِ ŰŁُمِّهِ ۣ۱َۚŰčِينَ يَÙˆÙ…Ű§ً نُŰ·ْفَŰ©ً ، Ű«ُمَّ يَكُونُ ŰčَلَقَŰ©ً مِŰ«ْلَ Ű°Ù„ِكَ ، Ű«ُمَّ يَكُونُ مُ۶ْŰșَŰ©ً مِŰ«ْلَ Ű°Ù„ِكَ ، Ű«ُمَّ يُ۱ْŰłَلُ Ű§Ù„Ù…َلَكُ ، فَيَنْفُŰźُ فِيهِ Ű§Ù„Ű±ُّÙˆŰ­َ ، وَيُŰ€ْمَ۱ُ Űšِۣ۱ْŰšَŰčِ كَلِمَۧŰȘٍ : ŰšِكَŰȘْŰšِ ۱ِŰČْقِهِ وَŰŁŰŹَلِهِ وَŰčَمَلِهِ وَŰŽَقِيٌّ ŰŁَوْ ŰłَŰčِÙŠŰŻٌ

“sesunguhnya seseorang diantara engkau semua dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu 40 hari, kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu 40 hari pula. Kemudian diutuslah seorang malaikat, lalu ia meniupkan roh kedalam janin tersebut. Dan diperintahkah malaikat tersebut dengan (menuliskan) 4 perkara; rezekinya; ajalnya; amalnya; dan apakah ia termasuk golongan orang-orang celaka atau bahagia.”

4. Apa Yang Dikerjakan/Diperolah Besok Hari

Setiap manusia, apapun keilmuannya, kehebatannya, kesolihannya tidak akan mengetahui apa yang akan ia lakukan atau ia peroleh dengan pasti esok hari. Dalam segala hal, termasuk rezeki, nasib, keuntungan, dan sebagainya. Kebaikan kah yang akan ia peroleh atau keburukan? Kerana perkara hari esok adalah perkara yang ghaib dan hanya Allah lah yang menguasai semua perkara ghaib.

Setiap manusia hanya berkata : “Saya akan begini”, “Saya akan begitu”, “Saya akan mendapatkan ini”, “Saya akan mendapatkan itu”, tapi apakah benar keesokkan harinya ia akan melakukan atau memperoleh semua yang ia rencanakan kemarin? Tentu semua itu Allah yang menentukan. Manusia hanya boleh berharap dan berdoa.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitabnya Syu’abul-Iman, Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menegaskan bahawa, “Sesungguhnya rezeki Allah tidak akan tertarik (didapati) oleh usaha seseorang, dan tidak akan ditolak oleh kebencian seseorang.” 

Seberapapun usaha manusia untuk mendatangkan rezeki tapi Allah SWT tidak menghendakinya, maka tak akan datang rezeki tersebut. Dan juga sebaliknya, seberapapun usaha seseorang untuk mencegah datangnya rezeki kepada salah seorang diantaranya tapi Allah menghendaki untuknya rezeki, maka sia-sialah usaha tersebut.

Kerana tidak ada yang terjadi dibumi ini kecuali atas kehendakNya, bahkan daun jatuh pun dari pohon dan bila daun itu jatuh ke bumi itu semua atas pengetahuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

“Tidak ada sesuatu apa pun yang kami luputkan di dalam kitab (lauh mahfuz).” (Surah Al-An’am ayat 38)

5. Di Bumi Mana Manusia Akan Meninggal

Dr. Aidh Al-Qarniy dalam salah satu tulisannya pernah mengutip sebuah cerita yang terjadi pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Dikisahkan bahawa Nabi Sulaiman a.s sedang berkumpul dengan para pengikutnya.

Namun ada salah satu pengikutnya yang merasa tidak tenang duduk berkumpul kerana ada seseorang yang tepat duduk disamping Nabi Sulaiman terus melihatnya. Kemudian dengan gelisah ia bertanya kepada Nabi Sulaiman, “Siapakah gerangan orang tersebut yang sangat tajam melihat kepada ku itu?” Nabi Sulaiman menjawab, “Ia adalah Malaikat Maut yang menyamar sebagai manusia.” Mendengar jawaban tersebut, pengikut tersebut terkejut dan ketakutan, menyangka bahawa ajal akan tiba. Kemudian ia berkata kepada Nabi Sulaiman, “Wahai Nabi! Mintalah kepada Allah agar memindahkan aku dengan anginNya ketempat yang sangat jauh!” Kemudian nabi berdoa maka hilanglah pengikut tersebut. Dalam suatu riwayat ia diterbangkan oleh angin ke negeri India.

Tak lama setelah itu, Nabi Sulaiman bertanya kepada malaikat Maut tersebut, “Kenapa kamu melihat orang tersebut seperti itu?” Kemudian ia menjawab, “Aku heran wahai Nabi. Aku mendapat perintah dari Allah untuk mencabut nyawa orang ini siang nanti di negeri India, tapi mengapa pagi ini ia masih berada disini?”

Kematian adalah suatu misteri yang tidak ada seorang pun yang tahu bila, dimana dan bagaimana ia meninggalkan dunia ini. Maka oleh itu kita sebagai seorang muslim yang tak punya daya apa-apa untuk selalu memohon kepada Allah agar kita dimatikan dalam keadaan yang husnul khatimah.

Inilah 5 perkara ghaib yang tidak ada satu makhluk pun didunia ini baik jin, manusia bahkan malaikat yang mengetahui hakikatnya kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata. Jadi perkara ghaib bukan semata perkara mistis, atau perkara dunia lain yang menyeramkan, atau pula perkara berhubungan dengan makhluk lain. Tetapi perkara ghaib ialah perkara yang kita sama sekali tidak ada kuasa untuk mengetahuinya, dan tak terlihat, baik dengan mata, fikiran atau khayalan.

Dan ini menjadi penting untuk diketahui, agar kita menjadi yakin akan kekuasaan Allah. Dan agar terhindar dari ikut campur atau masuk ke dalam 5 perkara ghaib tersebut.
Maksudnya siapa yang mengaku-ngaku mengetahui tentang 5 hal tersebut maka ia kafir. Atas dasar bahawa ia telah mengingkari apa yang ada dalam Al Quran. Dan Ijma’ ulama bahawa siapa yang mengingkari apa yang ada dalam Al Quran satu hururf saja maka ia telah menjadi kafir.

Wallahu a'lam



Sunday, August 3, 2014

Siapakah Yahudi, Israel Dan Zionis (Zionazi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
Umat Islam perlu tahu siapakah sebenarnya  Zionis supaya mereka tahu kenapa kerajaan haram Yahudi- Zionis laknatullah yang merampas tanah umat Islam di Palestin sanggup membunuh umat Islam Palestin tanpa peri kemanusiaan?

Mereka bercita-cita untuk membina "Negara Besar Israel Raya" yang terdiri daripada bumi Syam iaitu Palestin, Syria, Iraq, Jordan dan sebahagian daripada Mesir. Dalam sejarah mana-mana negara yang menguasai Palestin (Baitul Makdis) , negara tersebut akan menguasai dunia. Palestin telah menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia samaada darikalangan Yahudi, Kristian dan Islam.

Dalam surah at -Tin (surah ke 95 ayat 1-8)

Allah SWT berfirman,

1. Wat tiini waz zaituun
"Demi Tin dan Zaitun,"

Kata Tin dalam Al Quran hanya disebut satu kali, yaitu dalam surat ini. Ada
ahli  tafsir  yang  menyebutkan bahwa 'tin' adalah sejenis buah yang terdapat di
Timur  Tengah (yang sangat subur di negara Syria, Jordan, Mesir dan Iraq).  Bila  matang,  warnanya  coklat,  berbiji seperti tomat, rasanya
manis,  berserat  tinggi,  dan dapat digunakan sebagai obat penghancur batu pada
saluran  kemih  dan  obat  wasir.  Oleh  sebab  itu,  pada  Al  Quran terjemahan
kalimat Wattiin diartikan dengan "Demi buah Tin"

Kata  Zaitun  disebut  empat  kali  dalam Al Quran. "Zaitun" adalah sejenis
tumbuhan  yang  banyak  tumbuh di sekitar  Laut Tengah dan di bumi Palestin, pohonnya berwarna hijau, buahnya  pun berwarna hijau, namun ada pula yang berwarna hitam pekat, bentuknya seperti  anggur,  dapat  dijadikan  asinan dan minyak yang sangat jernih. Zaitun
dinamai  Al Quran sebagai syajarah mubaarakah (tumbuhan yang banyak manfaatnya).
(Surah An-Nuur 24ayat 35)

Dalam surah al-Isra' ayat 1, Allah SWT berfirman yang maksudnya, "Mahasuci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya (diturunkan nabi-nabi di negeri itu berikut kesuburan tanahnya). Ulama memberikan tafsirannya bahawa negeri yang berkati adalah bumi Syam (Syria, Jordan, Iraq, Mesir dan Palestin).

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan sirah para nabi dan rasul terdahulu dan sejarah penguasaan kerajaan-kerajaan dunia (sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW) sentiasa berusaah untuk menakluki Batul Muqaddis dan bumi Palestin untuk mereka menguasai dunia. 

Itulah sebabnya kenapa  puak Yahudi- Zionis Antarabangsa berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai bumi Palestin dan sanggup membunuh orang awam tanpa perikemanusiaan. Dengan itu puan Yahudi-Zionis Antarabangsa telah bekerjasaama dengan puan Kristian-Zionis Antarabangsa telah menubuhkan negara haram Israel (telah merampas bumi Palestin) dan bercita-cita meluaskan negara mereka merangkumi bumi Syam. (Penubuhan Negara Israel Raya)

Umat Islam perlu ingat bahawa  Zionis bukan saja di kalangan puak pelampau Yahudi tetapi ianya juga terdapat puak pelampau Kristin iaitu Kristian- Zionis Antarabangsa yang bekerjasama membantu puak Yahudi-Zionis Antarabangsa. Dua golongan ini yang telah bekerjasama membunuh umat Islam (di Palestin, Afginistan dan Iraq) dan menyesatkan umat Islam (di semua negara umat Islam) dengan berbagai cara termasuk hiburan, sukan, pergaulan bebas, muzik dan perniagaan yang menggunakan riba.

Dalam surah al-Baqarah dengan jelas Allah SWT berfirman, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama   mereka. (Surah al-Baqarah [2] ayat 120).

"Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka menghendaki kamu tersesat dari jalan (yang benar). (Surah an-Nisa' [4] ayat  44).

"Kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), (Surah al-Maidah [5] ayat 13).

Firman Allah SWT maksudnya :

2. Wa thuuri siiniin.

3. Wa haadzal baladil amiin

Maksudnya, " dan demi Bukit Sinai, dan demi kota Mekkah ini yang aman"

Hampir  seluruh  ahli  tafsir  sependapat kalau yang dimaksud 'Thuur Sinin'
pada  ayat  tersebut  adalah  bukit Tursina atau lebih dikenal dengan nama bukit
Sinai,  yaitu  bukit  yang  berada  di Palestina, tempat Nabi Musa a.s. menerima
wahyu.  Sementara  yang dimaksud 'Baladil Amiin' adalah kota Mekkah, tempat Nabi
Muhammad saw. menerima wahyu.

Dengan  ayat-ayat di atas Allah SWT. bersumpah dengan empat tempat penting,
iaitu  Tin, Tursina (bukit Sinai), Zaitun, dan Baladil Amin (kota Mekah), dimana
pada  empat  tempat  tersebut  Nabi Ibrahim as., Musa as., Isa as., dan Muhammad
SAW.  menerima  wahyu  untuk memberikan bimbingan dan pencerahan hidup pada umat
manusia. 

Oleh itu tempat-tempat tersebutlah menjadi rebutan mana-mana kerajaan yang bercita-cita untuk menguasai dunia. Umat Islam perlu yakin bahawa puan Yahudi-Zionis Antarabangsa yang menetap di bumi Palestin akan kalah di akhir zaman nanti mereka semuanya akan di bunuh oleh umat Islam di di dalam peperangan yang besar sehingga batu dan pokok kayu boleh berkata-kata menyatakan bahawa Yahudi-Zionis ada bersembunyi di belakang batu dan pokok kayu tersebut. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.,

"Kiamat tak akan terjadi sebelum kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi. Sampai ada seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, maka berkatalah batu dan pohon itu: "Hai muslim, wahai hamba Allah, ini ada Yahudi di belakangku. Kemarilah, bunuh dia!,". Kecuali pohon Gharqad*, karena dia adalah pohon Yahudi."

*Gharqad adalah nama pohon yang ditanam oleh orang-orang Yahudi. Tingginya, satu sampai tiga meter, kulit dan batangnya berwarna putih.

Untuk menjelaskan siapa sebenarnya Yahudi, Israel dan Zionis di bawah ini di huraikan secara ringkas untuk makluman kita semua.

1.    Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian. 

2.    Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.

3.    Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4.    Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5.    Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6.    Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7.    Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8.    Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif  terhadap Palestin.

9.    Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

10.    Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

11.    Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara  1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

12.    Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

13.    Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
         •    Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
         •    Perang 1967- ½ juta keluar.
         •    Perang 1973- Arab kalah
         •    1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

14.    Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu    antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

15.    Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

16.    Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea "Penubuhan Negara  Israel Raya".

17.    Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis Antarabangsa.

18.    Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

19.    Mereka telah menerima hampir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

20.    Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi  dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

21.    Rejim Yahudi- Zionis laknatullah  mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negara itu tidak akan membina senjata nuclear.

22.    Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

23.    Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA. Ketua tentera Yahudi-Zionis pada masa itu tidak di ambil tindakkan oleh mahkamah Antara termasuk Ariel Sharon ini menunjukkan PBB dan mahkamah Antarabangsa tidak berlaku adil terhadap kekejaman yang dilakukan oleh puak Yahudi -Zionis laknatullah.

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan.

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Hadits Salamah bin Nufail radhiyallahu ‘anhu : “Saat ini akan tiba masa berperang, akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang menampakkan (kebenaran) di hadapan manusia, Allah mengangkat hati-hati suatu kaum, mereka akan memeranginya dan Allah Azza wa Jalla menganugerahkan kepada mereka (kemenangan), dan mereka tetap dalam keadaan demikian, ketahuilah bahawa pusat negeri kaum mukminin itu berada di Syam, dan ikatan tali itu tertambat di punuk kebaikan hingga datangnya hari kiamat.” (HR Ahmad : IV/104; an-Nasa`i : VI/214-215; Ibnu Hibban : 1617-Mawarid; al-Bazzar dalam Kasyful Astaar : 1419; dari jalan al-Walid bin Abdurrahman al-Jarsyi dari Jabir bin Nufair.)

Syaikh Salim berkata : “Dan isnad ini shahih menurut syarat Muslim.”

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.



Adab-adab Berjimak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Adab sebelum Jimak :

Jimak adalah perlakuan persetubuhan antara suami dan isteri, iaitu dengan memasukkan batang zakar kedalam faraj isteri. Sebelum melakukan jimak, suami isteri haruslah mengikut adab-adab yang tertentu.

1. Mulakan dengan belaian lembut dan kata-kata manis yang memuji antara satu sama lain. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah SAW. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka jawab Rasulullah SAW  (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.”
(HR Ad Dailami)

2. Janganlah melakukan jimak dengan tergopoh gapah walaupun mungkin ketika itu masing-masing pasangan sudah bersedia melakukannya.

3. Lakukan pujuk rayu, ciuman mesra, sentuhlah tempat-tempat punca nafsu, seperti suami mencium dahi isterinya dan sebagainya.

4. Jangan melakukan jimak ketika perut terlalu kenyang atau terlalu lapar.

5. Makruh jimak dengan telanjang bogel. Keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah SAW. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Sabda Rasulullah SAW. lagi: “Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”.(HR Tirmizi).

Mengapa Rasulullah SAW. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

6. Suami dan isteri haruslah memulakan dengan lafaz ta'awwuz dan basmalah terlebih dahulu.

7. Baca doa sebelum jimak. Memadai jika suami sahaja yang membacanya, tetapi sunat kedua-dua suami isteri membacanya.

8. Makruh minum air ketika melakukan jimak. Kerana hal ini akan melemahkan nafsu dan mengendurkan rasa berahi di antara pasangan.

9. Gunakan kain pengelap yang berasingan di antara suami dan isteri. Menggunakan kain lap yang sama akan menyebabkan berlaku pergaduhan antara pasangan.

10. Haram jimak pada dubur isteri.

Doa sebelum jimak

Pastikan sebelum anda berjimak dengan pasangan suami-isteri bacalah dulu doa jimak, kelebihan doa ini dimana jin atau syaitan tidak dapat menyertai persetubuhan itu. Jika ditakdirkan persetubuhan itu menjadi anak, insyallah anak itu tidak akan dapat dipengaruhi oleh jin, syaitan dan iblis. Anak tersebut juga akan cenderung kepada kebaikan, ini adalah satu persediaan yang baik untuk perkembangan jiwa anak-anak.


Berdoalah dalam bahasa Arab.




(Bismillaahi, Allahomma jannibnaa wa jannibis syaitoona maa rozaktanaahu)

Maksud doa: "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan ia pada kami."
(H.R Bukhari)

Penjelasan :

Doa ini dibaca ketika pasangan suami isteri akan berjimak.. Al-BukhĂąrĂź menjelaskan, Nabi SAW bersabda: "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dengan isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan."

Adab selepas berjimak

1. Jangan terus meningalkan suami atau isteri dengan kadar segera.

2. Suami hendaklah memastikan isteri merasa puas dengan persetubuhan yang dilakukan. Tanda isteri puas ialah tubuhnya akan terasa sejuk.

3. Jangan segera mencuci alat kelamin setelah selesai berjimak.

4. Basuh dahulu zakar dan faraj jika mahu melakukan jimak kali kedua dalam masa yang sama.